31.12.06

Hari Raya Korban

Hari ini Hari Raya Qorban. Apa pengorbanan anda?

Di masjid tempat orang tua aku tinggal, tiada lagi daging diedar ke rumah kerana lembu hanya dipotong empat ekor saja. Sesiapa yang mahu daging bolah datang ke masjid selepas selesai solat sunat hari raya aidiladha. Jurucakap masjid kata.

Di masjid tempat orang tua aku berniaga. Biasanya ada orang meninggalkan sekilo daging untuk bapak tiap-tiap tahun. Tahun ini katanya ada lima belas ekor lembu disembelih. Pasti semua penduduk dapat.

Keesokannya...
Di masjid tempat orang tua aku tinggal, aku dengar orang ramai berebut-rebut mahukan daging lembu di masjid. Ada yang sanggup berasak-asak dan tolak-menolak semata-mata mahukan daging yang terhad. Ada juga yang bukan beragama Islam turut ikut serta. Umat Islam juga bergasak-gasak mahukan daging percuma. Tongong betul umat masa kini. kau sanggup bertikam-tikaman untuk daptkan daging korban.

Di masjid tempat orang tua aku berniaga. Aku dengar tukang sembelih menyelinap masuk daging, lebih 10Kg (sarat bonet kereta!) dia ambil. Sudahnya, baki daging yang ingin diagih-agihkan menjadi sedikit. bahlul betul si tukang sembelih! Sudah diberi upah, mahu curi lagi daging korban. Memang tak selamatlah kau! Ramai yang menyumpah-nyumpah. Apa dah jadi ni.

Hari Raya Qorban. Saddam Hussein kena korban. Dahsyat sungguh akhir zaman.

30.12.06

Selling very very Fast! kata Naga

(Jualan hujung Tahun 2006)

Ini iklan. Entri terbaru baca di bawah. Stok sikit beb! Lebih tebal dari Jiwa Kacau. Woh! RM26 (gaya pos). RM23 (gaya datang ambil sendiri). Percayalah, anda tidak akan dapat tawaran TERISTIMEWA ini di blog lain. Hubungi: atochsmart2 at yahoo dot com. Atau kau punya buku lain untuk ditukar boleh juga. Tapi, pastikan kualitinya dan kuantitinya sama. Ada berani? CEPAT!

29.12.06

Biar Cita-cita Tinggi Melangit

“Awak mesti kena target berapa awak nak skor dalam SPM nanti.” Kata cikgu dalam kelas tingkatan lima itu. Tingkatan 5 Enggang namanya.

“SPM ni merupakan tiket awak untuk melangkah setapak seterusnya.” Dia menambah lagi.
Hari itu saja, tiga jam dia membebel pasal SPM untuk menyuntik motivasi diri anak-anak bangsa. Penisilinnya adalah kata-kata semangat. Jangan putus asa.

Sebab aku tak kenal apa itu erti putus asa. Maka, aku berkenalan dengan erti kejayaan dan kecemerlangan diri. Di kala itu, aku sudah mula melawan sifat-sifat kemalasan yang sial itu. Lalu, aku ambil kertas A4. Aku senaraikan jumlah skor setiap subjek yang aku target. Kira punya kira, sasaran aku enam agregat. Wow! Hebat aku. Aku fikir begini, kalau kau punya matlamat, kau letaklah matlamat yang paling tinggi yang mahu kau capai. Barulah kau ada kemajuan. Setidak-tidaknya, kau akan berada dalam tekanan. Tekanan ini yang mendorong kau untuk melonjak lebih tinggi. Kalau awal-awal kau dah letak sekadar cukup makan maka setakat itulah pencapaian kau. Itu betul. Namun, dari segi realisitik aku fikir lain pula. Berpadanan dengan usaha aku. Kemampuan aku. Sikap aku yang malas membaca ini ditambah dengan masa yang terhad pula. Maka aku letak sasaran sebelas agregat pun dah memadai.

Sebelum SPM bermula, aku mendisiplinkan diri untuk tidak main-main atau berfoya-foya. Untuk mendorong diri aku supaya lebih rajin, aku buat jadual belajar acuan aku sendiri. Dua hingga tiga jam dalam sehari aku peruntukkan membuat ulangkaji di sebelah malam. Sebetulnya, itu pun aku tak ikut. Penipu betul aku ni! Paling lama, satu jam secara jujurnya. Masuk jam berikutnya, aku dah lelap. Sambung belajar membuat peta. Mana tidaknya, sebab membaca sambil berbaring. Lantas, aku kata dalam hati, aku kena ada meja belajar sendiri. Baru semangat sikit! Aku pun buatlah meja belajar sendiri guna kayu dan papan yang terpakai. Dikutip di sekitar kawasan tempat aku tinggal. Aku pun cat meja itu dengan warna merah menyala. Baki cat ICI bapak yang diambil dari tempat kerjanya untuk mengecat stor luar rumah. Guna ajalah cat itu. Lagipun, aku yakin warna merah itu berupaya untuk menyemarakkan lagi semangat jiwa aku untuk terus studi dan teruja untuk mengulangkaji. Merahkan tandanya berani.

Aku minta mak duit untuk beli lampu studi. Murah-murah punya. Meja cun dah siap, aku alas dengan plastik lutsinar dan di bawahnya aku sisipkan helaian kertas yang tertulis kata-kata semangat juang daripada pelbagai pujangga. Antaranya, “setitik usaha, setitik hasil.” Aku rasa, aku buat begitu telah memotivasikan diri aku sendiri untuk selesa studi. Aku sayang meja itu macam aku sayang diri aku sendiri. Lepas SPM habis, meja itu aku tak buang. Hajat dihati untuk disimpan dan tatapan anak sambil berkata “Inilah meja yang ayah buat sendiri untuk mengulangkaji pelajaran masa ambil SPM 1995. Cantik tak?” Tapi sayang, meja itu kakinya patah satu demi satu. Kini, aku berbangga kerana meja itu berkorban untuk seorang lelaki yang hatinya tak mudah patah sebaliknya kaki meja itu yang patah. Akhirnya, aku memperolehi dua belas agreagat. Kurang satu daripada sasaran. Kalaulah aku kekalkan dengan matlamat sasaran yang asal, dah tentu aku dapat tujuh agregat pastinya. Huh, sebab itu cita-cita aku nak jadi Perdana Menteri. Paling tidak, dapatlah aku jadi Timbalannya.


.

28.12.06

Buku, anak atau keduanya sekali

Kata orang, buat buku sama macam buat anak. Itu orang kata, ada betulnya juga sebab buat buku bila dah terbit, kau rasa puas dan kau rasa bangga. Tapi, kau jangan riak! Begitu juga buat anak, bila dah lahir, kau juga rasa puas yang infiniti dan kau rasa bangga bergelar ayah. Ini menunjukkan kau adalah lelaki terhebat kerana pancutan kau menghasilkan zuriat yang sah atau waris kau sendiri. Aku tak mahu ulas kaedah kau buat. Teknik harimau merengek ke, menunggang kuda ke, ketam bangkang ke atau apa saja. Maaf, jika mesej ini berbaur lucah yang melampau. Tapi, itulah hakikatnya. Apa yang aku nak cerita sini adalah perbezaan buat anak dan buat buku. Jika kau mahu anak ada identiti diri yang sah, kau hanya daftarkannya untuk dapatkan surat beranak dan MYKID. Begitu juga buku. Kau dapatkannya nombor ISBN untuk dikata buku itu sah di sisi undang-undang dan diluluskan. Buku itu kan warisan kita. Warisan bangsa kita juga. Akan datang mereka akan baca. Lambakkanlah buku bahasa kita!


Tapi, buat anak tak sama dengan buat buku. Kenapa aku kata tak sama? Kau perhatikan betul-betul frasa di perenggan satu dan perenggan kedua. Sesungguhnya buat anak memerlukan dua orang. Satu di atas satu di bawah (kau mula berfantasilah tu). Atau apa cara yang kau pilih sekalipun namun ia memerlukan berpasangan dengan jantina yang berlainan. Kau fahamkan? Tak perlulah aku ulas lanjut. Berbeza dengan kau buat buku. Seorang diri pun boleh kan? Ramai-ramai pun boleh. Buat anak biasanya waktu malam (mungkin ada yang buat waktu siang juga. Ha ha ha.) Maknanya di sini, ada hari-hari tertentu yang kau perlu pilih untuk menghasilkan kualiti benih yang baik. Jangan kau tala ikut suka saja. Ada juga waktu-waktu yang haram kau tala. Mentang-mentanglah kau produktif dalam menghasilkan cecair itu. Manakala, buat buku waktu bila-bila pun boleh, misalnya aku buat ketika selatan tanah air kita dilanda bah besar. Ketika orang lain mengerjakan haji juga kau boleh. Sambil korek hidung pun kau boleh buat buku. Tapi percayalah, buat anak lebih nikmat berbanding buat buku. Nikmat yang sungguh tak terhingga. Aduh! Aku mula berfantasi berada di atas awangan. Sebaliknya, buat buku taklah senikmat buat anak. Tapi kau rasa puas dengan hasil tangan kau dan kau rasa mahu buat lagi dan lagi. Bukankah anak itu pewaris kita? Anak itu juga kesinambungan bangsa. Banyakkanlah bangsa kita!



Jadi, kau buat buku ATAU buat anak? atau
Buat anak DAN buat buku? atau
Buat anak SAMBIL buat buku? atau
Buat buku SAMBIL buat anak? atau
Kau tak buat apa-apa langsung?
Maknanya kau buat bodoh! Kah kah kah...
Kau boleh juga buat lain. Buat rumah, buat kuih misalnya la kan. Atau apa saja kau nak buat.

p/s: Maharaniku dah masuk 7 purnama (bakal zuriat yang ke-2). Doakan saja. Semoga semuanya selamat. Kenduri doa selamat atau istilahnya lenggang perut akan dibuat di Johor Bahru secara sederhana. Datanglah!
Pesanan : Kau akan lebih puas + nikmat bila kau buat buku sesekali sambil buat anak. Kan rezeki namanya. Tak percaya, cubalah. Pesanan ringkas ini bagi mereka yang sudah berumahtangga saja. bagi yang belum, buatlah apa yang patut. Sekian.

27.12.06

puisi hujung tahun

Hari ini saya akan menyampaikan sebuah puisi yang bertajuk selamat

tahun 2006 sudah penghujung
selamat menempuhi tahun 2007
selamat hari raya aidiladha
panjang umur kita jumpa tahun depan
semoga tahun depan melakar kejayaan

sekian, terima kasih


.

26.12.06

pastikan zine ini menjadi milik anda!



zine juring akan menemui anda penghujung tahun 2006
anda punya sebarang komen atau ulasan. sila komen!jika malu anda boleh sms di talian 019-2140806komen membina anda amat dialu-alukan. Cepat!P/s: Maklumlah ini bukan kepakaran saya.

Misi hujung tahun

Semalam.
Aku ada misi. Misi yang tidak bernoktah.
Cuma ada koma...
Misi yang berkesudahan dengan "aku pergi dulu, ada urusan".
Aku tak sambut Hari Natal.
Penghujung 2006 aku kena pindah!
Mari tolong beramai-ramai aku pindah rumah baru.
Bukan rumah aku.
Ha. ha.


.

23.12.06

Bebayang unta di padang pasir


Mungkin kalian ada menerima ini melalui e-mel. Gambar di atas adalah imej unta yang di ambil dari atas. Bewarna gelap adalah bebayangnya. Cerah itu adalah objeknya. Saja nak bagi tahu.

22.12.06

Mendengar khutbah jumaat

Aku dan jemaah lain duduk sebaris mendengar khutbah. Dalam saf kami, boleh dikira mana yang betul-betul mendengar dan mana yang mendengar sambil tidur. Dalam saf tu, lebih kurang 75 peratus tidur. Aku bukan. Aku mendengar dengan teliti. Tajuk khutbah pada hari ini di masjid ini adalah tentang haji. Aku dengar juga lah. Kan dapat pahala. Manalah tahu suatu hari nanti kalau ada rezeki bolehlah aku naik haji. Kau doakan sajalah aku naik haji ke Mekah.

Khatib membaca khutbah, aku dengar dengan tekun. Apalah mereka ni, tidur saja. Kau dengarlah khutbah. Kau tengok aku ni, siap bawa buku catatan dan pen untuk menulis isi kandungan khutbah. Aku pun membuka buku catatan kecil dan sebatang pen untuk mula menulis.


Diam.

Allahu Akbar. Allahu Akbar.
Aku tergesa-gesa bangun untuk menunaikan solat. Orang lain pun bingkas bangun.

Woo! Aku pun terlena juga rupanya. Celaka punya Syaitan! Memang dia yang salah!

Bukan rutin biasa #2

Destinasi ketiga aku adalah di dalam bangunan yang sama tapi aras yang berbeza.

"Saya nak submit pelan kat sini ke?" Aku saja bertanya walaupun aku dah tahu memang sini tempatnya.

"Untuk pelan apa ni?" Dia yang tak tahu.

"Layout plan. Pelan susunatur."Aku jawab ringkas saja tapi dalam dua bahasa.

"Oh.. Aras bawah dik" Dia kata penuh yakin dan menggelarkan aku adik.
Oh ya, aku baru trim misai, patut nampak macam adik. Barangkali adik dia tak ada misai atas. Tapi aku ada misai bawah macam lalang terbakar.

Woo.. Kau mahu memperkotak-katikkan aku lagi ya. Dalam hati aku.
Lalu aku beredar. Ternyata mereka tak mahir lagi dalam hal ini. Aku keluar sekejap untuk menyedapkan hatinya dan aku datang semula.

Penyambut tetamu di depan kaunter itu mukanya merah padam bila melihat aku datang semula dengan muka yang bengis. Dalam hati aku dah sedia satu ayat. Hoi, inilah kaunternya. kau bagi direction yang salah kepada pelanggan!

"Jumpa tak?" Dia tanya aku dengan tersipu-sipu.

"Orang tu kata hantar sini. Betul lah!" Aku sambil senyum tawar.

"Akak! Ni pelan submit sini ye" Dia menjerit kononnya mahu menutup kesalahannya yang dah aku ketahui.

"Tolong cop sini. Sign sekali. Tulis tarikh." Aku kata serius.

Dia buat apa yang aku suruh dengan tangan terketar-ketar. Mukanya yang penuh dengan bedak Kutikura terserlah ketidakrataannya. Badannya yang gempal, lebih elok aku mempercepatkan urusan. Ha hah... Aku serah apa yang patut dan aku ambil semula apa yang patut. Lalu aku berambus meninggalakan kaunter itu yang tak berapa mesra terhadap penggunanya. Nasib baik tak ada tahi kucing. Nak saja aku bubuh di depan kaunter itu. Harap saja kaunter besar dan gah. Tapi langsung tak mesra. Aku menyumpah-nyumpah dalam hati. Namun malaikat masih ada bersama di dampingku untuk menenangkan.

Hujan di luar tak berhenti turun. Pintu masuk pejabat basah kerana keluar-masuk orang yang kakinya basah. Mengakibatkan pengemop lantai terpaksa kerja lebih untuk hari itu.

Aku naik ke aras lima. Depan kaunter tiada orang menunggu. Aku malas betul mahu menekan loceng kecil di atas meja. Lalu aku masuk saja ke dalam. Aku terjah! Rupanya, orang di dalam pun tiada juga. Hanya tinggal beberapa kerat yang sedang khusyuq bermain game barangkali. Aku keluar semula. Menekan loceng sekuat hati. Saja bagi dengar dengan jelas seluruh pelusuk ruang pejabat itu.

"Ya encik?" Perempuan muda itu datang sambil tangannya menyeluk saku di baju sejuk yang dipakainya. Orangnya kurus. Kulit mukanya putih mulus. Tak sempat aku melihat di dadanya. Bukan untuk melihat buahnya. Kau jangan fikir yang bukan-bukan. Aku mahu melihat tag namanya.

"Nak hantar pelan ni..." Aku kata ayat penyata lalu menyerahkan semua benda tu.
Dia ambil. Dia cop. Aku beredar tanpa sebarang bicara lagi. Berat sungguh mulutnya ingin berkata terima kasih. Aku kan pelanggan dia. Dia patut anggap aku selalu betul. Utamakan pelanggan kan dah menjadi piagam jabatan dia. Barangkali aku perlu membawa jarum dan benang untuk menjahit mulutnya. Oh, nasib baik ketiak kau tidak berbau masam! Aku masih boleh memaafkan kau.

bersambung...

21.12.06

Bukan rutin biasa #1.

Perut aku mengalami kesenakan yang amat. Malam itu, banyak air yang keluar. Aku jadi lemah. Hajat di hati tak mahu ke pejabat, tapi klien telefon untuk minta submit dokumen ke jabatan-jebatan teknikal di Melaka pada keesokan harinya. Celaka punya klien. Maksud aku klien punya buah. Kau tahu-tahu sajalah. Kalau nak hantar dokumen, banyak persiapan awal yang perlu dibuat. Lainlah kalau opis kau dah ada semuanya. Surat la, Itu la, ini la. Sudahnya, aku terpaksa juga ke pejabat pada petangnya. Banyak betul cabarannya. Pagi itu ada satu nombor KL telefon.

"Huh! Ini macam klien je" Dalam hati aku
"Halo. Kat mana?" Dia
"Kat opis." Aku
"Opis kepala hotak hang!" Dia gelak.

Woh! Dia dah telepon opis barangkali. Dalam hati aku.

"Baru sat aku telepon opis. Hang takdak." Dia gelak lagi.
"O.. Aku baru nak pergi opis." Aku

Perbualan telepon pun diteruskan. Tak payah aku lanjutkan di sini. Dia telefon aku dah tentu ada hajat punya, kalau tidak masakan dia mahu telefon.

Aku perlukan sehari suntuk untuk submit dokumen ke semua jabatan taknikal yang berkaitan. Itupun kalau sempat. Kalau kau harapkan jabatan yang satu lagi memang lambat. Jadi, aku ambil keputusan untuk hantar sendiri satu-satu ke jabatan teknikal dengan tangan. Dalam perjalanan ke Melaka di lebuhraya, cuaca sungguh baik. Kusangka panas hingga ke petang rupanya, hujan turun dengan lebat apabila tiba di Seremban. Lebat sungguh. Dalam kotak fikiran aku berkira-kira, kalau begini perjalanan menghantar dokumen ada sedikit terganggu. Ada juga dokumen-dokumen yang basah terpaksa dihantar jawabnya.

Perut aku yang memulas, penuh air ini masih lagi senak. Bila-bila masa saja boleh meletup. Tak kira masa dan tempat. Hujan yang turun dari semalam di Melaka tak berhenti-henti. Hujan rahmat barangkali. Sungguh sejuk dan dingin pada hari itu. Kalau tidur di tilam yang empuk pasti nyenyak dibuatnya. Dah perut ini masih meragam. Hujan-hujan begini, lapar pula tapi perut tak lalu nak terima. Sudahnya, pagi itu aku hanya menjamah sedikit makanan sebagai mengalas perut. Pagi-pagi lagi aku sudah bertolak ke jabatan kerajaan untuk mengejar waktu hingga ke petang kerana ada banyak jabatan yang perlu aku pergi. Kau tahu sajalah, jabatan ini bukannya berkelompok satu tempat.

Jadi, di sini aku bukan mahu cerita tentang jambatan jabatan. Aku mahu cerita dan kongsi tentang kaunter di jabatan itu. Apabila kau hantar dokumen atau surat atau apa saja barang, kaunter depan (front desk) akan menerimanya. Kecuali jabatan itu tiada kaunter. Kaunter pertama yang aku pergi adalah kaunter Jabatan Perancangan di MBMB. Setibanya aku di sana, dalam keadaan kesejukan dan menggigil aku menyerahkan segala dokumen di kaunter tersebut. Sampul surat sedikit basah terkena air hujan di luar tadi, namun dokumen di dalamnya masih terlipat rapi dan bersih.

"Saya nak submit pelan la."

"Pelan apa tu..."

Lalu aku keluarkan dari sampul surat surat iringan bersama pelan.

"Akak, kalau nak submit macamana! Dia menejerit ke bilik yang satu lagi

"Kau tengok dan cop terima je la.." Dia jawab.

Huh! Naik pecah juga gegendang teling aku mendengar dia menjerit. Tak sangka pula perempuan seayu dia menjerit sekuat hati.
Dia cop, sign. Aku senyum. Dia senyum tawar. Aku beredar.
Aku bergegas keluar dari ruang jabatan dan turun melalui lif yang disediakan. Sampai di tingkat bawah. Ada air hujan turun di luar.
Payung aku tertinggal di tingkat atas. Pap! Aku naik atas semula. Ini semua gara-gara perempuan yang menjerit tadi. Hilang konsentrasi aku.
Ambil payung cap BONUS LINK lalu beredar.
Masa ini yang leceh, keluar-masuk kereta. Tutup-buka-tutup payung dan pintu kereta. Baru jabatan yang pertama baju aku dah basah. Macamana nanti kalau jabatan yang terakhir. Hujan di luar memang tak akan berhenti nampak gayanya. Sesekali kedengaran kilat sabung-menyabung.

Kereta meluncur laju ke Seri Negeri untuk jabatan seterusnya. Mulanya aku mahu ke Pajabat Tanah tapi, aku saja mahu ke Pejabat Tanah dan Galian dulu di tingkat 2. Sampai kaunter depan, tiada orang. Semua duduk di bahagian dalam membuat kerja dengan tekun (aku agak). Aku tekan loceng. Ting! Aku senyum.

"Saya nak hantar layout plan untuk permohonan baru.."

"Okey"
Aku hulur dokumen. Dia cop dan sign. Aku ambil dan beredar.

"Terima kasih" Aku kata. Dia beredar ke tempatnya dengan menjawab sama-sama dengan meninggalakan bau ketiak masam.

Sambung...

18.12.06

Bukan Kupinta (part VII)

Seminggu selepas perlawanan akhir itu, cikgu Rahman memanggil empat nama. Aku, salah seorang darinya. Empat nama ini dipilih mewakili peringkat daerah. Daerah Johor Bahru. Manjalani latihan siang-malam-pagi-petang. Silih berganti. Wakil dari sekolah lain pun ada. Hari pertama aku begitu teruja untuk menjalani latihan. Maklumlah nak mewakili pasukan di peringkat daerah. Manakala hari yang kedua. Aku pasrah. Cikgu Rahman memanggil aku.
"Dean, ini bukan kehendak saya. Awak tidak dibenarkan mewakili peringkat daerah."
"Cikgu Rahman terus menyampaikan saja tanpa berselindung.""Kenapa cikgu? Kenapa? Kenapa?""Sebab status awak. Ni hah. Awak orang halimunan kan?""Aku diam dan tunduk membisu."
"Tak apa. Awak cuma tak dibenarkan bermain dan turut serta. Kalau awak nak saksikan perlawanan masih boleh. Errr. Jangan putus asa. Ujar cikgu Rahman sambil menepuk belakang aku. Deras juga tepukan dia tu."

Diri ini pulang dengan diselubungi perasaan yang kecewa. Perkara yang berlaku pagi tadi di sekolah, mengganggu emosi aku seharian. Entah kenapa. Ada saja yang tak kena. Serba tak kena. Perkara ini aku belum sampaikan pada keluarga. Rasanya tak payah. Ermmmph.. Nanti apa pula kata keluarga erk. Membelangkangkan mereka pula. Tak apalah aku akan beritahu nanti. Satu masa yang aku fikirkan sesuai. Satu masa yang aku rasa patut. Pernah aku menolak tawaran mewakili sekolah untuk pertandingan melukis. Aku kata pada cikgu bakat yang aku ada tak ke mana kerana saya sekadar menumpang di sudut yang kecil di sini. Bapak presiden tidak mahu menerima saya. Pak Menteri di sini pun begitu.
"Tapi aku tengok lukisan aku bukanlah cantik sangat. Bukanlah seni sangat. Biasa-biasa aja." "Entah kenapa dia pilih aku. Naik hairan aku. Aku hairan naik. Mungkin seni bagi dia."


Pertandingan mengaji pun begitu. Maksud aku tilawah al-Quran. Mentang-mentanglah aku pandai dan lancar mengaji. Pandai pulak tajwid. Masa kecil aku belajar mengaji dengan pakcik aku. Garang bukan kepalang. Tak lepas rotan di tangan. Sebab tu cepat pandai. Cepat khatam. Ustazah Maria pilih aku wakil sekolah. Ishhh. Tak ada calon lain ke ustzah? Muka saya kan tak hensem! Kalau aku masuk pun tak ke mana wahai ustazah. Bakat aku di takuk itu saja. Sebab aku punya halangan yang besar. Halangan perundingan dalam dunia yang berbeza. Tapi mengenangkan cikgu agama. Ustazah Maria tu betul-betul mengharapkan aku. Maka, akulah juga kena harumkan nama sekolah. Nak diharapkan siapa lagi. Tak lain tak bukanlah. Aku jugak. Tapi... Aku tak mahu pisang berbuah dua kali. Susah nanti. Susah!



Walaupun cikgu Rahman mempelawa aku untuk melihat pertandingan perlawanan itu, namun aku menolak. Bukan aku merajuk. Tapi aku pergi membawa diri. Hati ini sudah terguris cikgu. Hati ini sudah mentah. Terasa hati dibuatnya. Biarlah aku bersendiri. Carilah pengganti orang peribumi yang lebih layak untuk menggantikan tempatku ini.

"Buat apa nak tengok. Dah tak berhasil dah. Tahi kucing betul." Dalam hati aku yang terguris.


Air mataku mula mahu bergelinangan. Keluar kaca-kaca. Tipu kalau tak tersentuh. Terasa macam ada paku menucuk kornea mata. Lalu aku beredar. Bukannya apa. Aku tak sanggup mendengar keputusan ini. Telinga aku dapat terima tapi hati aku sebaliknya. Wooh... Aku kena terima hakikat ini.

Sepanjang berada di sekolah aku kawal perasaan dan mental ini dari dikacau-ganggu perkara tadi. Biarlah aku rahsiakan semua ini dari pengetahuan rakan-rakan sekolahku yang lain. Biarlah rahsia. Tak mahu buka pekong di dada. Huh, lagipun dada aku tak ada pekong kan? Aku juga malu sebenarnya. Bukan malu apa. Malu pada negara yang aku tumpang selama ini. Negara yang aku nyanyikan lagunya setiap pagi Isnin perhimpunan sekolah. Juga aku pimpin membaca doa sebelum memulakan perhimpunan pagi. Tidak mengiktiraf kebolehan dan bakat aku. Tak boleh bagi lampu hijau dalam banyak hal dan banyak segi. Lantas, diri aku juga di sisihkan. Siapalah aku ini...

Cikgu mendesak aku juga untuk mewakili sekolah. Kekadang cikgu ni keras kepala juga. Dia kata tak ada calon lain. Alasan!"Awak calon yang paling layak."

.

15.12.06

Kedengaran bunyi menyeramkan di atas kereta.

Satu petang yang tak berapa redup. Aku memandu kereta dengan cukup laju.
Entah, aku tak pasti berapa kelajuan sebenar. Sedang kereta aku meluncur laju membelah angin lewat petang, aku tiba-tiba menjadi kaget. Kenapa? Hah, kau dengar kisah ini.

Satu-persatu kereta mewah dan cikai aku pintas. Baru puas hati aku!
Kau ingat kereta CC kecil tak laju. Mercedez, BMW, Honda, KIA, Proton kotak dan yang seangkatan dengannya. Habis aku potong.
Pendek kata semua jenis model kereta yang meluncur di atas jalan, aku sesah.
Cuba kau bayangkan! Lori empat gandar dan enam gandar juga habis aku pintas.


Dalam keseronokan aku memotong sambil memecut dengan gaya kacak, ada satu bunyi datang dari atas bumbung kereta. Aku jadi panik. Muka aku pucat (aku rasa).
Huh, bunyi apa itu? Mengapa tiba-tiba dia datang? Dalam hati aku.
Untuk pengetahun kau, kereta aku takde sun-roof.

Bunyi itu semakin kuat. Ketttak.. Taak.. Taaakk! Kelentaaang... Tungggg! Berkali-kali.
Aku pandang cermin belakang, tiada apa yang sangkut.
Aku pandang cermin tepi kiri dan kanan, tiada apa menghentam.
Aku berhenti di tepi jalan. Menghidupkan lampu kecemasan.

Tik tok tik tok (sebut banyak kali). Kereta-kereta dan lori-lori yang aku potong tadi, memotong aku semula. Aku tahu, pemandunya mentertawakan aku. Aku peduli apa!
Sejurus selepas aku memberhentikan kereta, aku meninjau-ninjau keadaan keliling dan belakang kereta. Aku tinjau, di atas bumbung juga. Manalah tahu kalau-kalau ada kucing hitam atau raksasa gaban melompat di atasnya.
Err...Ternyata tiada.

"Woh! Rupanya jalur getah yang panjang atas bumbung tu tercabut, lalu melibas-libas seperti ekor naga melibas badannya sendiri. Nasib tiada calar!"
Ha ha...

Aku pasang ke cangkuknya semula. Lalu aku beredar dan meluncur laju membelah angin di lebuhraya. Meneruskan perjalanan semula.


.

Kedengaran bunyi menakutkan di bawah kereta.

Kau pernah dengar atau terbaca cerita ini. Begini...
Ada sebuah kereta meluncur pada tengah-tengah malam buta. Gelap-gelita. Lalu, kereta itu terbabas kemalangan masuk ke gaung yang sungguh mengerikan. Naik bulu roma tengkuk aku. Sebabnya, hanya kerana pemandunya jadi gabra dan kaget hanya kerana ada bunyi yang menakutkan berlaku di bawah kereta sedang ia memandu.
Ngeri bercampur seram aku dengar. Naik lagi bulu hidung aku. Seram sejuk dibuatnya.
Kejadian yang serupa menimpa ke atas aku (sebagai pemandu) dan kereta aku. Lagi bertambah seram jika diri kita sendiri yang mengalaminya. Tapi, yang pelikya kejadian ini berlaku pada tengah-tengahari buta. Di siang hari yang panas terik mentari. Sedang memandu dengan kadar yang sederhana ala-ala ronda-ronda makan angin, ada satu bunyi datang dari bawah kereta aku. Ibarat bunyi satu heretan diselangi ketukan besi menghentam besi lagaknya. Menyucuk-nyucuk bunyinya. Agak kuat juga. Nak kata aku langgar kucing hitam, tak ada bangkainya di tengah jalan, setelah aku lihat cermin belakang. Aku pasti, aku tak melanggar apa-apa makhluk lalu makhluk itu tersangkut di bawah kereta. Takkanlah kau tak nampak di siang hari. Tidak.

Aku pasti, aku tidak melanggar sebarang objek. Tiada pula bau yang menimbulkan syak dan ragu-ragu menusuk ke hidungku. Lalu, aku memperlahankan kenderaan dan menutup radio kereta. Aku dengar bunyi itu betul-betul dengan teliti. Dengar dengan menggunakan kedua-dua cuping telinga aku yang normal.
Berhenti. Tepi jalan.
Aku mahu menyelinap masuk dan memeriksa bawah kereta itu. Kau bayangkan! Memang susah kau nak lihat kan? Peluh keringat mula membasahi seluruh tubuhku. Kali ini bukan seram sejuk lagi. Hangat dan hangit menyelubungiku. Aku rasa, mahu saja aku terbalikkan kereta itu untuk melihat di bahagian bawahnya. Aku tak berdaya nak menterbalikkan kereta itu. Aku khuatir juga kalau-kalau ada mayat tersangkut.

Tapi...Di tayar juga, tiada apa-apa kesan darah atau tulang-belulang yang sangkut atau yang sudah hancur dilenyek. Cuma yang ada tempelan tahi kucing yang sudah kering. Tak guna punya kucing! Berak merata. Salah kucing lagi...
Ada apa agaknya di bawah kereta itu? Lalu aku jadi takut pada kereta sendiri. Sebaliknya, kereta aku tak pernah takut pada aku. Masa itu, aku rasa keringat yang mencurah adalah keringat debaran yang terasa keseramannya. Meremang bulu roma.

Walhal, aku rasa telur aku tak mengecut. Masih segar dan kental. Itu menandakan aku tak kecut! Namun aku rasa pundi kencing aku dah penuh.

Aku pun manahan teksi. Dan aku menaiki teksi pulang ke rumah.


Huh! Hari itu, aku malas mahu memandu sendiri. Apatah lagi dalam keadaan yang mengantukkan ketika sang mentari memancarkan cahayanya ke bumi. Biar lori tunda yang bawa. Aku mahu juga merasa kenikmatan sebagai penumpang. Kah kah kah.


.

14.12.06

Aku cakap: betul-betul tak guna!

Sekembalinya aku dari Putrajaya ada cerita boleh dikongsi.

Memandu pulang dalam keadaan cuaca yang amat panas cukup memanaskan cuping telinga. Tekak aku kering kehausan kerana dahagakan air berperisa anggur. Air dalam botol mineral di dalam kereta dah kekeringan ditelan dek sang mentari. Aku telan air liur sajalah jawabnya. Hati aku pun masih belum dingin dengan rentetan berurusan dengan Kura-kurajaan Kurajaan tadi.

"Saya datang nak ambil pelan yang dah sign tu oleh Pengarah" Aku dengan senyum.

"Oh, ya. Tadi ada awak telefon ya. Projek mana tu ya?" Dia.

"Ha'ah. Projek Pak Polisi punya di Bandar Hilir. BILUT (kau baca huruf konsonan saja)" Aku.

"Sekejap ya." Dia lalu beredar. Menggeledah apa yang patut.

Tidak lama kemudian.

"Encik, pelan tu pihak Pemaju BILUT dah ambil kesemuanya la". Dia datang dengan tangan kosong.

"Oh, ye ke. Encik pasti ke? Siapa yang ambil ye?" Aku dengan nada hampa.

"Saya tak pastilah siapa yang ambil, tapi Isnin lepas orang dia ada datang dan ambil." Dia dengan yakin.

"Encik betul-betul pasti. Muktamad?" Aku ingin kepastian kerana kekeliruan mula timbul.

"Ya, saya pasti". Dia.

Pap! Aku berdiri sekejap. Bateri henpon dah kong. Maka, aku beredar.

Lalu akau beredar terus ke Pejabat Pemaju BILUT untuk mengambil pelan yang dimaksudkan. Dalam hati ada panas! Tadi dia tak kata pula pemaju dah ambil. Sekarang dia kata pemaju dah ambil.

Sampai di pejabat pemaju BILUT aku menanyakan pelan itu. Jawapan sungguh mengecewakan. Tiada ambil katanya, sebab dari hari Isnin orang yang incharge projek ni pergi outstation. Lalu aku menelefon orang yang incharge itu dengan menggunakan telefon pejabatnya. Padan muka dia sebab bateri handphone aku dah kong. Mati-mati dia kata dia tak ada ambil. Dia kata dia tak bersalah. Aku mula naik angin satu badan. Mana satu yang betul. Pelan itu berada di mana sekarang ni? BILUT pun bingung juga.

Jadi, sudahnya aku membuat keputusan untuk berpatah-balik ke pejabat Kurajaan tadi. Sebab dalam hati aku berkata, kalau Pemaju BILUT ambil pasti dia maklum pada aku. Telinga aku mula berasap. Hati juga mula menggelegak. Tapi, aku kewl saja.

"Encik, tadi saya ke pejabat pemaju BILUT, dia kata tak ada ambil pelan itu" Aku tidak menghentak meja. Tidak membaling kerusi. Tiada sebarang caci-maki.

"Ya, ada orang dia datang ambil, tapi saya tak pasti yang mana." Dia cuba menegakkan kebenaran lagi.

"Mungkin Encik tersilap kot? Sebab pihak BILUT memang banyak projek. Semua jalan serentak. Ada lebih kurang 14 ratus ribu di Malaysia." Aku menambah hujah dan fakta sambil menunjukkan muka yang bengis.

"Ya, saya pasti. Saya yakin." Dia hanya berkata itu berulang-kali.

Aku terdiam seketika, pelan itu ada di mana sebenarnya? Siapa yang mengambilnya? Wo, ini sudah jadi misteri.

"Tak kan saya mahu berpatah-balik ke opis pemaju BILUT dan tanya sekali lagi. Matilah saya! Mana satu yang betul ni! Biar betul!". Aku berkata lagi. Kali ini dengan nada tegas dalam kesedihan.

Dia berfikir dengan kepala otaknya.

"Okey, kejap saya check dulu, betul ke pelan itu. Bandar Hilir ya?" Dia.

Sejuk sikit hati aku bila dia kata begitu. Dari tadi kenapa kau tak semak dulu.

Selang beberapa minit kemudian dia keluar membawa segulungan pelan yang dimaksudkan. Aku senyum. Tapi dalam hati aku f**k u! Kau memperkotak-katakkan aku. Celaka. S**t la. Sedap mulut kau aja. Aku penat ni tau...!

Dia meminta maaf banyak-banyak di atas kesilapannya tadi. Menyusahkan aku. Hampir-hampir dia mahu melutut menyembah dan mencium kaki aku yang bau busuk tapi aku halang. Adakah aku memaafkannya? Ya, aku maafkannya. Lain kali jangan buat lagi tau!

Habis. Aku beredar.

Moral : Dia juga adalah manusia yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.

P/s: Hati aku sejuk kembali kerana ada yang membeli MASUK BARISAN sejurus selepas urusan itu selesai. Lebih-lebih lagi bila terkena penghawa dingin. Terima kasih Amyz


.

13.12.06

Kepuasan yang infinti

"Puas tak?" Aku

Diam.

"Tak puas lagi ke?" Aku

Terus diam.

"Sekarang baru puas hati saya bang ensem! Errmmm… Kini saya betul-betul puas. Puas sepuas-puasnya. Terima kasih ye bang ensem! Lain kali kalau teringin saya minta lagi." Awek aku.

"Nak lagi ke?" Aku.

"Cukup la bang ensem. Jangan perli saya plak. Bukan saya yang mahu. Baby dalam ni yang mahu tau…" Awek aku.

Aku membelikan awek aku aiskrim untuk dia menikmatinya. Dua tupperware besar aku beli. Tinggal separuh dia tinggalkan. Aku tak makan aiskrim sebab aku dah punya aiskrim batang sendiri (kau jangan fikir yang bukan-bukan). Aku tahu kau fikir. Kau fikir yang satu lagi. Kau fikir kisah sebatang tongkat dan perisainya kan?


P/s: Selamat melakar azam baru. Aku mahu bercuti panjang pada Hari Raya Aidiladha ini.

12.12.06

200 Naskah telah terjual!


Pang Chin Fei wanita Cina pertama yang dah beli. Dia juga wartawan pertama yang dah baca. Saya kagum katanya. Bahasanya indah! Kalian, bila lagi mahu miliki MASUK BARISAN. Cepat! Sementara stok masih ada.

8.12.06

Aku duduk mendengar sambil memejamkan mata


Negeri Selangor memang mendahului negeri-negeri lain dalam segala segi di Malaya. Tak payahlah aku senaraikan apa yang Negeri Selangor dahului. Banyak sangat.

Kalau kau dapat solat Jumaat di
Masjid Negeri Selangor Darul Ehsan yang dinamakan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah kau harus bangga dan sedikit riak. Kenapa? Kerana Masjid itu gah tersergam indah. Aku kurang periksa pula berapa tiangnya.

Ia menjadi lambang keagungan dan kedaulatan agama
Islam di negeri ini. Perasmiannya oleh Sultan Selangor Darul Ehsan pada 11 Mac 1988 bersamaan 23 Rejab 1408 hijrah. Lain-lain kau boleh rujuk di wikipedia.

Aku solat Jumaat memang di situ kalau tidak ada kerja-kerja luar. Aku selalu datang awal. Selalu aku datang awal. Aku duduk di sof depan tapi di tingkat bawah. Duduk dengan sopan. Mendengar dengan khusyuq. Pejam mata.

Di sini, tak payahlah aku ulas apa intipati khutbah tu. Nanti kau boring pula. Dipendekkan cerita, aku pulang dari solat Jumaat. Apa intipati khutbah Jumaat. Ya, aku tanya diri aku.

Oh ya! Tajuknya Jangan Lena Ketika Khutbah Sedang Dibaca. Tak guna!


.

Tiga dalam satu

Pagi-pagi lagi telefon pejabat sudah berbunyi. Di kala sedang sibuk-sibuk begini, memang fobhia mendengar deringan telefon. Klien sedang memburu kau untuk membuat tindakan susulan ke atas pelan yang dihantar tempohari ke Putrajaya. Klien rasa resah dan mendengus apabila mendengar jawapan dari kau bahawa pelan belum siap diproses dan belum bersedia untuk diambil. Kau jadi serba salah dan serba tak kena di awal pagi. Lalu, kau 'cong' klien dengan menabur janji-janji permata dan berlian. Kau tabur kata-kata manis.

Sedang kau nak bancuh milo untuk minum pagi, telefon bimbit kau berbunyi. Klien yang satu lagi bertanya apa kemajuan laporan setakat ini. Bila nak hantar draf sebab jabatannya mahu tutup akaun. Jika tidak kau tiada bukti untuk menuntut pembayaran kerana L.O tidak dikeluarkan. Dah nak masuk tahun baru katanya memang. Jadi, kau pun 'kelentong' dan tak berjanji pada dia untuk menghantar dalam minggu depan. Dia cuba memomokkan kau dengan menyatakan kompeni lain kebanyakan dah hantar. Kau satu-satunya saja kompeni yang tinggal. Lalu, kau sekali lagi menabur kata-kata cinta kepada klien yang satu lagi kerana yang menelefon kau adalah seorang bini orang yang sudah ditebuk tupai.

Baru saja kau mahu melabuhkan punggung di kerusi pejabat kau, sambil mengacau milo yang kau bancuh tadi, kau terima SMS pula. Ini pun klien juga. Katanya dia dah sampai ke rumah dan ingin mengajak kau pergi joli dan joget-joget di JOM HEBOH bersama-sama dengannya. Lalu, kau balas SMS itu dengan menabur kata-kata yang sedap untuk dibaca. Kini, dalam fikiran kau ada macam-macam benda kau nak buat. Masing-masing ada 'due date' yang perlu kau patuhi. kau boleh jadi budak psikik!

Akhirnya, kau duduk selesa di kerusi tak berapa empuk, sambil menikmati Milo 3 dalam 1. Mengunyah roti yang sedap perisa blueberry. Dengan suasana bilik berhawa dingin, telefon tidak berbunyi lagi, sunyi sepi. Hanya kedengaran orang sedang menaip. Kau mulakan kerja lain, menghantar entri untuk mengemaskini kau punya blog. Ha ha ha!


.

7.12.06

Batuk atuk agak teruk

Dalam kedinginan pagi yang sunyi. Sepi dipecahkan oleh batuk Atok terkokol-kokol.

"Bang bangun bang!"
"Bang bangun!.."

Mimpi indah belum sempat ke penghujungnya sudah dikejut dengan gopohnya. Apalah kesudahan si pendayung di tengah lautan yang berombak itu agaknya. Belum pendayung sampai ke tebing untuk ke tanah seberang. Terhenti pula. Aku tersentak, terus duduk menggaru-garu kepala dan sesekali menguap.

"Atok dah batuk-batuk tu."

"Kenapa?" Aku tanya lagi kemudian menguap lagi.


Kenapa pagi itu tersa mengantuk amat. Entahlah.

"Boleh tanya lagi!?. Cepat hantar Atok pergi Hospital."

Tanpa banyak bicara aku membasuh muka ala kadar, menggosok gigi dengan laju, menghidupkan enjin kereta.

Aku masuk, atok masuk juga. Hani masuk. Bertiga ke hospital

Sementara aku memandu, hani memicit-micit bahu Atok untuk menenangkan batuknya yang kronik. Aku memandu dengan lajunya tanpa memandang kiri dan kanan. Suasana masih gelap di luar.


Atok terbatuk-batuk dah sampai tahap kronik. Uhuk.. Uhuk.. Uhuk.. Arrghh!
Sesekali disedutnya alat kecil tu untuk membantu pernafasannya. Kasihan juga aku melihat. Tapi, aku hanya pandang dan berkata sabar di dalam hati.

Tanpa bual-bicara. Dalam kereta sunyi sepi, hanya kedengaran batuk atuk. Dengan penuh konsentarasi aku memandu. Terus memandu. Batuk Atuk itu telah memotivasikan aku untuk terus pergi. Kereta itu meluncur laju membelah embun pagi di kala jam 4.30 minit pagi.

Tiba di hospital, aku terus parkir di zon kecemasan. Menurunkan Atok. Atok dirawat seadanya. Pernafannya dah lega setelah diberi ubata dan gas.

Kami pun balik semula. Dalam perjalanan balik ke rumah aku ikut jalan yang sama. Tapi, dalam hati aku menjadi tertanya-tanya. Banyak betul lopak-lopak dan lubang-lubang becak di sepanjang jalan ini. Lebih-lebih lagi kereta kecil ini menghentam lubang, terhentak punggung dibuatnya. Bergegar tengkorak.


Kenapa semasa pergi tadi perjalananku begitu lancar? Seolah-olah melalui jalan yang rata.

Huish! Aku tidak bermimpi atau separa sedar ni. Aku yakin aku memang sedar, ketika memandu di kala itu. Aku tak mabuk. Aku tak berhalimunan.


.

Jiwa tak kental

"Kau tahu guna software ni?" Aku.

"Software ni?" Aku.

"Software ni ni?" Aku lagi.

"Semua kau tak tahu. Apa yang kau tahu hah!?" Aku mula meninggikan suara.

"Tak kan semua nak kena aku ajar. Kau belajarlah sendiri. Kalau tak paham baru kau tanya." Aku.

"Ini tidak! Kau nak kena suap aja. Mana boleh tahan!" Aku semakin marah yang meluap-luap.

(setan mula memainkan peranannya)

"Cubalah independent sikit!". Aku

Dia tertunduk bisu. Lalu dia pergi meninggalkan tempat duduknya membawa hati yang terluka. Terasa hati agaknya. Mukanya masam ada tertulis tanda kemarahan.

"Huh! Cakap sikit nak merajuk. Bagi motivasi sikit dah terasa. Balik kampung pi tanam jagung la. Itulah budak sekarang. Jiwa tak kental. Tak tahu kenal erti susah. Semua nak senang. Semua nak ada depan mata." Dalam hati aku membebel diselaputi dengan perasaan yang geram yang menebal.

5.12.06

Lagi kisah di Lebuhraya Utara-Selatan

Suatu petang, aku sedang memandu kereta di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), tiba-tiba handphone aku berbunyi.

"Tennne nenenet... Tenne nenet..." Muzikal apa entah.

Kau pun tahu kan? Aku tak mahu angkat telefon ketika sedang memandu. Lebih-lebih lagi memandu dengan laju di lebuhraya. Merbahaya!

Lalu handphone itu dibiarkan berbunyi saja. Paling kuat, jika tak berangkat pemanggil akan memaki-hamun atau tidak menelefon lagi.

Selang beberapa minit, handphone itu berbunyi lagi. Aku sudah bilang, kalau aku tidak angkat maknanya aku sedang memandu atau bermesyuarat atau aktiviti mencarut di kantor. Pemanggil tak faham bahasa agaknya. Polis ada di jalanan tu. Tiba-tiba saja dia boleh saman aku kalau dia dapati aku tidak menggunakan handsfree ketika sedang memandu.

"Encik, tolong berhenti tepi, encik didapati bersalah kerana menggunakan telefon bimbit ketika sedang menandu"

"Errr.. Tapi"

"Takde tapi-tapi lagi. Salah tetap salah!"

Kononnya aku bayangkan begitulah dialognya.

Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk berhenti di hentian sebelah kerana pundi kencing aku dah penuh. Selepas mengosongkan pundi kencing, tidak semena-mena handphone aku berbunyi lagi. Macam dia tau-tau aja. Aku pun mengangkatnya. Aku mendengar suara awek aku, Ani Mimi namanya (bukan nama sebenar). Dia berpesan dan memperingati aku supaya berhati-hati ketika memandu,

"Abang... (suaranya manja), saya baru saja dengar Radio tadi, ada sebuah kereta yang bergerak bertentangan arah di lebuhraya. Tolong berhati-hati ye bang!".

"Gila!!!, Ini boleh mendatangkan marah" kata Aku, "Bukan satu, tapi beratus-ratus!"


Maksud aku yang gila bukan awek aku, Radio itu.


Nota 1 :
Walau apa jua keadaan sekalipun, kau akan mempersalahkan subjek lain berbanding orang yang kau sayang. Kenapa? Demi untuk menjaga hati dan perasaannya dari dilukai.

Nota 2 :
Nama sebenar Ani Mimi adalah Mahani yang merangkap awek dan isteri aku yang satu lagi

Payahnya, sepayah mahu cerita.

"Budak sekarang mewah-mewah. Apa diminta semuanya dapat. Order saja! Mak dulu, hidup susah tau. Kais pagi makan pagi kais petang makan petang. membanting tulang buat kerja kampung."

"Buat apa mak susah-susah kais. Mak kaut je la" Hah hah hah.


"Dengar sini! Jangan nak gelak-gelak eh. Fahami kesesusahan orang dulu-dulu. Barulah kau boleh maju. Orang yang senang tu bukan senang nak senang tau. Cuba kau tanya dia, dulu hidup dia susah ke senang. Dia melalui zaman susah dulu, baru boleh hidup senang. Kau tengok yu anak orang sebelah, bapak dia cukup kaya. Tapi belum tentu anak dia kaya sebab tu harta bapak dia. Bukan harta dia."


"Tajuk cerita ni susah dan senang ke mak? Atau ada tajuk lain?"


"Tengok tu! Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. hah, itu tajuknya"


"Tapi kan, kalau bapak dia kaya, dah tentu lah anak dia akan mewarisi harta bapak dia kan?"


"Ya betul, tapi lama-lama harta itu akan habis kan? Sebab anak dia takde ilmu untuk mengurus harta tu dengan betul."


"Jadi, ilmu itu lebih penting dari harta la ye?"


"Kau fikir la sendiri, mak ada kerja kat dapur ni"


Dalam situasi yang lain pula.


"Nak ambil lah jam tangan pakcik cap TAG HEUVER ni, telefon bimbit cap NOKIA ni sebagai mengenang jasa baik anak. Kalu tak cukup ambil lah harta-benda pakcik yang anak mahu"


"Takpe lah pakcik, harta tak penting sangat. Ilmu lagi penting. Kan?"


(sambil beredar meninggalakan pakcik yang terpinga-pinga memikirkan jawapan antara kepentingan ilmu dan harta mana yang lebih penting)



Nota:
Jika kita tidak berharta, bagaimana kita mahu menuntut ilmu.
Jika kita tidak berilmu, bagaimana kita mahu menjaga harta dengan baik.
Ingat! Anak kita adalah harta kita. Disebabkan dia harta kita, kita berilah ilmu kepadanya sebagai satu tuntutan fardhu ain.

4.12.06

Dari kecil sudah di ajar erti susah

Ayah orangnya memang kuat bekerja. membanting-tulang menyara keluarga. Muda-muda dulu dia angkat simen, kayu, batu, angkat berat. Bukan, maksud aku dia kerja buruh binaan. Buruh kasar la senang cerita. Maka, tapak tangannya kasar bila bersalaman.

Satu hari, ayah mengajak membonceng motosikalnya. Jalan-jalan makan angin. Ronda-ronda. Aku pun suka gila! Rupa-rupanya dia bawa aku ke tempat kerjanya di tapak pembinaan. Kerjanya, membasuh simen dan mengangkat batu. Aku akur saja arahan ayah pada waktu itu. Habis aku di'kerja'kannya.

Angkat besi itu. Aku angkat.
Angkat batu itu. Aku angkat.
Pendek kata semua kerja berat yang disuruhnya aku buatlah. Takde yang aku tolak. Aku kan anak yang baik! Patuh pada suruhan ayah dan ibu.

Sudahnya, aku rasa macam nak patah pinggang aku. Bancuh simen secara manual guna cangkul di bawah panas terik mentari. Kau bayangkanlah! Air keringat menitis-nitis membasahi pipi dan gugur ke bumi. Habis tangan aku yang licin jadi kasar-kasar, maklumlah tak pakai sarung tangan.

Tiba petang hari, ayah ajak balik. Kami pun balik.

Di rumah ayah tanya.
"Kau tahu kenapa aku ajak kau buat kerja tu?"
"Entah"
"Supaya kau tahu betapa susahnya ayah kau mencari rezeki untuk sesuap nasi."
"Adussh...! Sesungguhnya kerja ayah itu amat berat mata memandang berat lagi bahu memikul."
"Kau baru sehari, ayah dah hampir setahun dah."
"Takpelah ayah. Kalau gitu, ayah sambung belajar, saya kerja ganti ayah. Ahak."
"Bukan gitu maksud ayah. Kau belajarlah rajin-rajin, jangan jadi macam ayah. Setidak-tidaknya, kau tak jadi buruh binaan macam ayah."

2.12.06

Bagi aku entri yang boleh dimuatkan dalam...

Aku sedang menyalin dan palagiat entri-entri yang boleh aku kerjakan. Hahaha.
Kau tunggu saja penghargaan kredit jika entri itu terpilih. Kau dapat habuan. Aku juga dapat habuannya. Projek ini sedang berjalan. Tunggu aku maklum nanti.


.

Bukan Kupinta (part VI)


Akhirnya bola deras tadi terlepas dan tiada siapa yang menahan. Sayang! Peluang bagi kami terlepas. Pasukan lawan cuba mengatur untuk menyerang. Jurulatih di luar menjerit-jerit. Stick down! Stick Down! Kami faham arahan itu la mangkuk! Kau jangan angkat stick. Pastikan stick di tanah. Tunduk dan pandang hadapan. Sentiasa bersedia. Aku tengok mereka lebih teratur mengatur serangan. Ada persefahaman yang kuat. Komunikasi yang bagus. Maklumlah juara bertahan. Mengapa mereka ada? Mengapa kita tidak? Detik hati kecil aku. Separuh masa pertama tiada sebarang jaringan. Kedua-dua pasukan masih terikat 0-0.

Semasa rehat. Cikgu Rahman sempat memberi beberapa tips kepada kami untuk mengatur serangan dengan lebih pantas dan teratur. Lebih terancang. Semua berhak untuk menjaringkan gol. Kerja sepasukan. Dah berbuih mulut cikgu Rahman mengulangi perkataan tu. Kekadang budak-budak ni degil juga. Macam tengah adang tu dia seorang yang bermain. Main tamak istilah teknikalnya. Istilah lain tamak haloba.

Goooooollll. Seorang rakan berlari ke tepi padang. Rakan ain datang menghampiranya dan mengerumuninya untuk meraikan kejayaan kami membolosi gawang pihak lawan. Hasil dari pukulan sudut pendek (short corner). Sepuluh minit selepas separuh masa kedua dimulakan. Gembira memang tak terkata. Memang saat itu sudah terbayang naik pentas. Menjadi johan. Sebelah kaki sudah berada di puncak kegemilangan. Pihak lawan tidak putus asa. Asakan demi asakan dibuat. Semua pemain diminta bantu pertahanan. Pertahanan kami agak goyah ketika itu. Memang. Kegembiraan kami tidak berpanjangan. Sebelum babak perlawanan berakhir, gawang kami dibolosi saat-saat akhir akibat kecuaian pertahanan. Inilah padahnya. Rasakan kau. Tak mahu dengar nasihat dan arahan. Kalau arahan kata guna pensil 2B. Kau gunalah. Jangan guna pensil lain. Kiasannya lebih kurang begitu.

Perlawanan akhirnya ditentukan melalui pukulan penalti setelah masa tambahan tidak menemui juga sebarang jaringan. Ada lima orang perlu disenaraikan untuk mengambil pukulan. Aku terpilih. Cikgu Rahman menyusun siap yang patut pukul dulu. Aku disusun orang ketiga. Ya, aku mengambil pukulan ketiga. Yang pastinya pukula aku menewaskan penjaga gol lawan. Menguis dan songket sedikit di sudut kiri gawang gol. Hurrray. Namun, penjaga gol menghampakan kami kerana bola leret yang begitu mudah tak berupaya ditahannya lalu bergolek perlahan untuk meraikan kemenangan pihak lawan. Apa nak buat. Dah cuba sehabis baik. Takdir penentu segala. Kami hanya sekadar menyandang naib johan bagi zon Johor Bahru dalam Daerah Johor Bahru. Kalah kepada juara bertahan.

Bukan loli pop


Ini bukan iklan loli pop.

1.12.06

Bukan mencarut

Dalam kepahitan, ada kemanisannya.
Memang betul agaknya slogan ini kalau dikira-kira.

Aku sedang sibuk sekarang ni. Sampai tak sempat nak berseketiduran
! Huah... Huah... Huah...


Nota: Berseketiduran seerti dengan bersetubuh.

Mencarut di kantor

Aku gagahi juga diri ini memandu di lebuhraya itu. Sayup-sayup mata memandang kengantukan. Memandu di kala panas terik mentari memang mengantukkan. Berjumpa dengan pegawai itu untuk mendapatkan info yang telah dijanjikan. Sebelum pergi, sudah aku buat temujanji. Ya, aku sudah bilang dengan dia jangan pergi ke mana-mana.

Sampai di pejabatnya, dia tiada. Kata orang-orang situ dia keluar ke tapak. Aku tunggu. Lama aku tunggu. Sempat kira bilangan jubin-jubin di lantai kaki lima kantornya. Jam dah lama aku tenung. Gambar Agung yang ada melekat kaku di situ pun naik murka. Apatahlagi gambar Pak Lah Perdana Menteri kita. Dia cool aje. Dah hampir dua jam aku tunggu kaunter depan tu.

Tup-tup datang seorang wanita gempal memberi maklum bahawa orang yang ingin aku temui ada di bilik mesyuarat. Dia sedang bermesyuarat. Barangkali dia lalu belakang katanya.

Hoi hoi hoi

Pap! Kan saya dah buat temujanji dengan dia. Kenapa dia buat macam ni?! Ini boleh mendatangkan marah! Aduish, betul-betul buat aku fed-up la dengan jabatan ini. Dari tadi aku tercongok kat sini, kau masih tak sampai-sampai. Bengang ni. Bengang! Panas! Panas! Dalam hati aku.

Bukan kau tak tahu masa itu wang. Time is money but money is not time. Kan aku dah mencarut!

Wa de fak! Itu kata naga. Aku pinjam cuma. Woooh!


.

30.11.06

Hidup ini sepi tanpa dia

Kau bayangkan satu kisah gergasi yang kesepian. Itu kisah gergasi. Kisah dongeng dari negara Scotland.

Ini aku. Kisah aku sudah beberapa hari aku kesepian ni (kau jangan fikir yang bukan-bukan). Aku tinggal berseorangan di rumah. Awek aku telah pergi meninggal meninggalkan rumah dengan izin aku. Mahu bertemu dengan nenek katanya. bagus jika begitu.

Kau bayangkan, aku menjalani kehidupan seperti orang bujang. Tanpa belaian kasih sayang dan hilai tawa mereka. Kau pernah? Wuuuisyyh!... Sepi sungguh hidup aku tanpa mereka. Pulang ke rumah hanya masak Maggi. Bukan tak tahu nak masak. Kalau tinggal seorang, buang masa je kau masak. Nasib baiklah aku kuat motivasi diri. Boleh juga aku bertahan untuk beberapa hari ini walaupun tanpa mereka.

Aku rasa ruang tamu rumah begitu kosong! Pulang dari pejabat mati kutu dibuatnya. Oh, aku tak sanggup. Oh, bilakah mereka mahu pulang agaknya? Lebih-lebih lagi malam ini malam Jumaat kan? Biasa malam Jumaat aku baca Yaasin. Keh keh keh.


.

29.11.06

Seluar bercorak untuk cucu

Gambar Hiasan
Ini kisah benar. Benar kisah ini.

Datuk mempunyai seorang cucu. Nama cucunya Mohd. Ishak. Badannya agak gempal dan besar. Umurnya baru masuk enam tahun. Tapi, berat badannya 'MasyaAllah'. Sungguh berat! Mengalahkan seekor babi bunting. Entah berapa Kg agaknya. Kalau diberi ayam goreng seekor, habis diratahnya bersendirian. Memang habis.

Alkisah, datuknya Ishak ini orangnya kerdil, badannya kecil. Ala-ala Ibrahim Pendek. Tapi bukan. Dia bukan Ibrahim Pendek. Cuma fizikalnya agak kecil.

Satu hari, datuk si Ishak kelewatan mahu ke tempat kerja. Cari seluar dalam tak jumpa. Itulah tinggal satu-satunya seluar dalamnya. Lain semuanya basah di jemuran.

"Mana seluar dalam aku yang cantik ni. Semalam aku taruk sini. Dah hilang!" Dalam hati si datuk. Cari punya cari tak jumpa.

Sudahnya, datuk si Ishak tidak pergi kerja hanya kerana mencari seluar dalamnya yang hilang. Tak kan nak pergi kerja tak pakai seluar dalam. Katanya bersendirian.

Taraaa...

"Atuk atuk, tengok seluar Is pakai ni. Cantik tak?"
Kata cucunya yang baru pulang dari sekolah sambil berlari-lari menunjukkan seluar yang dipakainya.

Pap! Atuk menepuk dahi. "Aduh, cucu aku... Takda seluar lain ka? Itu seluar katok atok la"

"Kenapa tok?"

"Ini bukan seluar untuk ke sekolah sayang. Ini seluar untuk buat kerja ringan-ringan dan bersenggama."

"Tapi, kawan-kawan semua tanya beli kat mana. Semua kata seluar orang besar. Mereka kata saya namapak matang pakai seluar ni. Hehehe"

Si datuknya garu kepala. Mamposss...! Katanya dalam hati.


.

Tak mahu 'blackout' tanpa lilin lalu disuruhnya aku membeli lilin

"O Abangku cayang. Ada beli lilin?" Awek aku.

"Pap! Alamak lupa lah." Aku

"Kan Ayang dah pesan suruh beli. Lupa lupa lupa. Asyik lupa je." Awek aku.

"Entah. Macamana leh lupa erk?" Aku

"Tu la. Abang termakan semut banyak sangat tak?" Awek aku.

"Bila masa aku makan semut ni? Masa Abang makan semut datang ada la. Nak kena ni, tuduh-tuduh aku." Dalam hati aku.

"Okey. Esok Abang belilah." Aku menamatkan ayat.

"Ayah! Len. Len (dia maksudkan lilin)." Anak aku.


Aku senyum.

Yeay! Dia dah mula pandai bercakap. Pelat-pelat sikit. Ayah dan ibunya cakap, dia dengarkan memasang telinga. Kalau perkataan baru bagi dia, katanya "Ooo", diulang semula perkataan itu.


Contohnya, buah. Dia kata "Ooo uah, uah...

Sungguh melucukan puteri kecil ini. Muaks!


Nota kaki cagu : Aku dah beli lilin yang besar tu sebatang. Tak habis setahun. Harganya RM25.90. Kah kah kah. Nak sangat lilin.


.

28.11.06

Masih hairan selepas mesyuarat

Kami bergegas ke tempat mesyuarat kerana masuk 20 minit lewat. Sepatutnya jam 12 petang waktu Malaysia.

Ketuk pintu yang tak berkunci. Pulas tombol. Bagi salam. Masuk. Aku pasti ini ahli mesyuarat.

Semua hadirin terdiam. Mata-mata liar melihat kelibat kami berdua. Belum sempat menghela nafas dan membetulkan tempat duduk, pengerusi dah mengajukan soalan. Gelojoh betul pengerusi itu. tapi mukanya nampak baik.

"Kenapa datang lambat ni?" Pengerusi mesyuarat bertanya kepada kami.

"Errm... Ada kemalangan teruk tadi di Lebuhraya Tuan. Jalan jamn teruk." Aku kata menyalahkan keadaan merangkap cuba mereka alasan.

"Okey takpe. So, anything you want to report to us about submission? Tanya pengerusi lagi.

"Kami dari perunding Y dan nama saya YD. Ini staf saya Atok Saifuddin. Kita perlukan pelan ini, pelan itu, maklumat ini, maklumat itu. Bersekali dengan Pelan R&D Bla... bla...bla... Jadi, pada 4/12/2006 kita akan submit ke PTG dan jabatan teknikal yang berkaitan di negeri yang berkenaan." Bos aku menerangkan dengan panjang lebar. Semua orang dengar.

"Anything? Lain-lain ada soalan" Pengerusi tanya lagi.

Semua diam.

"Kalau semua tak ada soalan. Okey pastikan surat salinan diserahkan kepada kami." Pengerusi kata.

Orang yang duduk di sebelah kiri dan kanan pengerusi mengangguk-angguk.

Aku tengok bos bangun, lalu berkata "Okey kalau takde apa-apa saya minta diri dulu."

"Aiik! Dah nak balik dah? Cepat betul nak balik, baru sampai. Biar betul?". Aku terkejut sebab kerusi belum panas.

Bos bangun. Salam para hadirin keliling meja mesyaurat. Lalu beredar.

Aku juga terpaksa beredar sebab aku tumpang kereta bos. Tak kan aku nak tunggu. nanti aku nak balik naik apa? Aku juga terpaksa mengekori bos.

Di luar bilik mesyuarat aku pelik dan hairan. Pengerusi tak meminta kami beredar kalau tiada apa-apa perkara berbangkit. Lagipun mesyuarat ini yang pertama untuk berkenalan dengan perunding lain. Uiks... Kenapa pula bos nak cepat beredar. Aduhai... Aku masih hairan ini.

Sedang kami makan tengahari di bawah, salah seorang ahli mesyuarat baru turun untuk makan. Maknanya mesyuarat dah selesai. Uik, aku semakin hairan.


.

Bapak pergi berjumpa doktor

Satu hari bapak aku pergi berjumpa doktor. Katanya rimas tengok ketumbuhan daging di payu daranya pipinya. Tiba-tiba aje benda alah tu muncul. Entah datang dari mana. Makin diusik, makin membesar. Makin diusik, makin membesar.

Sudahnya bapak mengambil keputusan untuk berjumpa doktor. Bukan doktor haiwan. Itupun atas nasihat emak. Beriya-iya emak memujuk. Akhirnya, bapak akur dan mengalah dengan pujukan emak. Lalu pergi bertemu doktor tanpa sebarang temujanji.

"Sakit apa encik?" Doktor itu memulakan pertanyaan.
"Pipi saya ada daging terlebih. Ni hah." Bapak aku sambil menunjukkan lebihan daging itu.
"Ooo. Ini ke? Dah berapa lama ni?" Doktor itu ingin kepastian.
"Lama tak lama jugak la. Setahun lebih dah." Bapa aku berkira-kira.

Tak lama bapak sampai di muka pintu depan rumah.

"Siyalan punya doktor. Sebelum cucuk, tengoklah dulu. Sakit pipi aku! Luka plak tu." Bapak memarahkan sambil memaki doktor yang tersalah ubat enject ke arah pipi bapak.

Sudahnya, pipi bapak ada kesan parut dan ketumbuhan daging yang masih belum hilang. Setahu aku klinik itu, memang selalu tersalah bagi ubat. Entahla. Silap-silap orang batuk diberinya racun tikus.

27.11.06

Jangan kau berlagak hah!

Selepas saja Arkitek yang berlagak itu menelefon aku. Aku jadi panik dan resah. Mana tidaknya. Macam-macam dia kata tentang projek ini. Memomok-momokkan, menggertak, menakut-nakutkan dengan suaranya yang tak berapa sedap dan tak sempat aku nak bidas. Oh, kau tunjuk terror dengan aku ya. Nanti kau, aku akan kenakan batang hidung kau. Bukan nak balas-membalas. Tapi, kalau kau boleh buat aku pun boleh buatlah wahai Arkitek berlagak. Kau berlagak tak kena tempat. Cubalah berbudi-bahasa sikit kalau nak berbincang. Aku ajak berbincang kan? Kalau kau nak cepat. Kau buatlah sendiri! Aku ada kawan Arkitek lain jugak tapi taklah berlagak seperti kau! Har har har.
Dulu-dulu. Projek beratus-ratus ekar aku selia. Projek satu daerah tu... Itu dulu. Penuh tumpuan. Itu masa aku rajin. Rajin yang berlebih-lebihan. Malas yang amat kurang.

Kini, projek yang hanya sekangkang kera. Itupun nak kecoh satu dunia! Kau tak boleh nak urus! Aku kata untuk aku sendiri.

Aku naik aras satu. Entah. Mana? Tolak aras dua. Entah. Tanpa arah. Jumpa orang itu. Tak tahu. Tolak aras satu semula. Unit yang lain pula. Orang yang lain juga.

"Maaf encik, Puan Siti Zaleha takde"

Keluar minum agaknya. Aku kata dalam hati.
Entah. Aku bingung. Memang bingung. Macam bola dibuatnya diri aku. Tak jumpa orang yang 'benar' (the right person).

Kekadang aku merasa bingung. Bukan. Bukan aku tak tahu. Cuma aku tak berapa pandai agaknya dari segi pengurusan mental yang penuh berserabut.

Nota kaki kayu: Aku pun boleh berlagak dengan hasil karya digital aku. Cuba kau tengok sini >>>Fantasi-Aaa!<<< (lihat page 30,31,32,33 & 60).

26.11.06

Aku rasa ia penting.

Pernah dulu aku tak sempat nak tukar-salin baju pakaian seragam sekolah. Kepenatan tidak terhingga rasanya dari pagi hingga ke petang. Padat aktiviti sekolah. Balik lewat petang. Oleh sebab terlalu penat aku melabuhkan badan di pembaringan di atas tilam yang cukup empuk.

Zzzzz. Aku tidur dengan nyenyak. Tak sedar apa-apa.

Sedar-sedar esok pagi matahari dah terbit. Aku bangkit dari tidur. Tengok jam dah pukul 8 pagi. Aku terus bergegas ke sekolah.

"Hoi basuh muka, mandi dulu, siap-siap kemaskan dirilah..."Emak

"Dah lewat ni mak. Sarapan pun tak sempat. Pergi jela..." Aku

Hari itu aku ke sekolah macam bermimpi. Dengan pakaian yang kusut dan renyuk. Rambut kusut-masai. Semua kawan pandang. Hah, aku peduli apa! Janji aku ke sekolah. Pakaian kan kedua penting. Sekolah lebih penting kan? Menuntut ilmu niatnya. Tapi aku kantoi, aku ke sekolah tak mandi pagi.

Sudahnya, tiap-tiap hari kawan sekelas aku tanya. Kau tak mandi pagi ke? Walaupun aku bersungguh-sungguh mandi pagi apabila hendak ke sekolah. Sabun segala. Sikat rambut biar rapi. Maklumlah, zaman itu, aku belum pandai bergaya.

23.11.06

Surat yang belum terbalas

Aku jumpa ini. Surat dari kawan. Tulisan tangan. Macam cakar ayam. Sila baiki tulisan anda! Nak saja aku kata kat dia. Bagi memuaskan hati, aku taip semula tanpa melakukan sebarang penyuntingan dari yang asal untuk tatapan semua.

Dear ah tok & mahani (nek)

hai kawan, ni surat dari cucunda ni. apa khabar? saja-saja rindu dan nak kirim salam. eh, udah kahwin lah. tahniah banyak-banyak hari tu ada lah saya dapat kad jemputan, kirim sampai rumah. terharu betul saya rasa nak nangislah :). semoga sihat walafiat.

saya sekarang masih kerja di Kuching lah adalah selalu nampak ah tok cerita-cerita di sbp web. saya saja malas nak guna IT lah masih orang manual ni. rasa tulis surat mesra sikit ma... "aiyo ini macam ma...." Rasanya, lepas graduat sudah dekat 3 tahun lah. Masing-masing mengerja masa depan dan kejayaan dalam hidup ha.. gembira rasanya apabila seorang-seorang demi seorang menyampaikan berita gembira yang mereka nak kahwin ha. saya rasa bahawa alex tak dapat menghadiri majlis kahwin tapi, dlm hati turut gembira sebenarnya. Semoga ah tok dan nek juga bahagia dan mencapai apa-apa yang dihajati, eh bila nak beranak ni :) ada rancangan?

Saja rasa alex ini jarang berhubung/ contact balik kawan-kawan di semenanjung kadang-kala rasa bersalah jua, ha. tu talip dan jaja pun udah kahwin terasa gembira dengar tu. tapi, talip itu budak memang paling susah nak contact... Sham dan Toh Yean adalah saya selalu contact yang tinggal Talip aje (untuk budak Urban Design). Saya sekarang bekerja di sebuah syarikat Bumiputera (Melanau) dalam bidang perancangan dan landskap... erm, lepas graduat sampai sekarang, belum lagi nak tukar kerja... mungkin harap-harap akhir tahun ni ada peluang di tempat lain kot. ah tok dan mahani kerja kat mana?

Eh, lupalah nak kirim salam untuk anak kamu (kalau ada), juga lah. Hehehehe.

Jaga diri kamu berdua baik-baik kerana umur ah tok & nek semakin meningkatlah.

Alex Kee
7/6/2004
Budak SBP dulu-dulu..

*kalau free, bolehlah main contact-contact
alamat: 853 BDC, Lrg A1-C
Taman Satria, Stampin
93350 Kuching
hp : 016-8673643. 082-464721 (H). 082-460966 (O)
emel:
kkcalex11@hotmail.com




.

22.11.06

Siaran Tertunda Keputusan Rasmi GEJU2006

Siaran Tertunda.

KEPUTUSAN RASMI ANUGERAH GENG JURNAL 2006.

JURI PERINGKAT PERTAMA:
OP, Tokrimau, Rudy, Miecreation, Nettbiru, Mukeh, Basri, Effa dan Mat Jan.

JURI PERINGKAT KEDUA:
1. Rudy Bluehikari (AWET 2001) - KETUA JURI
2. Fajar Seluas angkasa (AWET 2002)
3. Mat Jan (AWET 2003)
4. Sultan Muzaffar (AWET 2004)
5. Tokrimau (AWET 2005)

1) Weblog Baru Terbaik
AFRO DAN TAPAI
http://afrodantapai.blogspot.com/

2) Entri Terbaik (Kategori: Merangsang Intelek)
HAIRIE EUSOFF
Tajuk Entri: Boikot Barang yahudi atau Tidak Perlu? - hujah guna Hadis dan Quran >>> http://www.hairieusoff.com/blog/index.php?itemid=27

3) Entri Terbaik (Kategori: Menyentuh Emosi)
ATTOCHSMART
Tajuk Entri: Mak Pengorbananmu Tetap Kusanjung >>> http://attoch.blogspot.com/2006/03/mak-pengorbananmu-tetap-kusanjung.html#links

4) Entri Terbaik (Kategori: Mencuit Hati)
SINAGANAGA
Tajuk Entri: Suatu Hari Di Lebuhraya >>> http://sinaganaga.blogspot.com/2006/05/suatu-hari-di-lebuhraya-yang-sibuk.html

5) Fotoblog Terbaik
UNSUNGHERO >>> http://www.flickr.com/photos/unsunghero/

6) Rekabentuk Terbaik
TOPED >>> http://cilopake.s0lidmind.com

7 ) Projek Terbaik (kategori: luar web)
Diablog oleh Bukunota a.ka Nazmi

8 ) Projek Terbaik (kategori: dalam web)
Lumba Foto oleh Nettbiru

9) Anugerah Khas Juri (Maksimum 3 orang)
tiada pemenang

10) Anugerah Weblog Terbaik 2006 (AWET '06)
SERA HONEYBIRU >>> http://www.honeybiru.org

11) Anugerah Penghargaan Geng Jurnal
1. BASRI >>> http://dugongsenyum.blogspot.com
(Selaku Presiden Geng Jurnal 2005)

2. OP >>> http://www.kroni.biz/fikirandalamkembara
(Orang yang sentiasa menjadi tulang belakang di sebalik aktiviti Geng Jurnal)

12) Anugerah Pakaian Terbaik Lelaki:
Attokz >>>http://attokz.cjb.net/

Pakaian Terbaik Perempuan:
Amyz >>> http://www.kroni.biz/amyz

ANUGERAH ECERAN:
ANUGERAH PUISI SANTAK RAPAT 2006 Kingbinjai



.