31.8.08

Kita : apa yang kita pakai (finale)

Urgh!

Z di kala itu terbaring di atas meja makmal komputer. Sedang Raft cuba ingin meloloskan panties Z. Baru saja hendak bermula. Namun, ada sesuatu kejutan untuk mereka.

Tiba-tiba. Belum sempat melakukan apa-apa. Pintu belakang makmal komputer itu terkuak luas. Berdentum bunyinya dibuka. Zakaria terus meluru ke dalam. Zakar panggilan manjanya.

"Zaka err Zak arr.. Tulong saya Zek, budak ni cuba mahu menodai saya... Tulong... bang Zak." Z berlari-lari sambil mendapatkan Zakaria dan menutupi kedua buah benjolan susunya dengan baju kebayanya.

"Tulong...! Eheee.. Dia mahu perkosa saya. Tolong Zak..." Z sujud di kaki Zakaria dan terduduk di situ. Menangis teresak-esak kononnya.

Lalu. Zakaria mendapatkan Raft dalam beberapa langkah.

Pedepang!!! Dusyum!

Tamparan hebat mengena pipi si Raft. Lalu. Diheretnya Raft.

Raft jadi bengang! Dia terperangkap. Terperangkap dengan permainan ayat-ayat cinta (perhatikan ayat-ayat cinta sengaja digunakan) berahi Z. Yang hampir dituduh perogol bersiri. Tak sempat mahu menjelaskan semuanya. Tangan dan kaki dah hinggap di badannya.

Z pakai guna-guna.

Astagfirullah...!

Pakai susuk kecantikan paras rupa rupanya, supaya kelihatan menggiurkan di mata lelaki.
Padahal Z dah tua kerepot nak mampos! Pakai panties pun yang getahnya dah longgar. Haha!

Peringatan!
Jangan sesekali meniru untuk pakai susuk! Kelak memakan diri sendiri.

___
Lawatan : Novel Susuk. Gezek Filem Susuk. Ulasan filem Susuk.

30.8.08

Kita : apa yang kita pakai (part ix)

Ketika membuka pakaiannya, Delaila terpandang akan daging pejal lemak yang membengkak megah di dada dengan ditutupi oleh bra hitam triumph yang nipis buatannya. Dihadiahkan oleh Sunita pada hari lahirnya yang lepas. Satu set bersama seluar katuk jenis Graphic Lace Thong berwarna hitam juga.

Perlahan-lahan Delaila menanggalkan cangkuk bra yang berada di bahagian depan, maka tampaklah dua bongkah daging pejal lemak dihiasi kismis kemerahan itu. Itu juga yang menjadi idaman setiap lelaki di kolejnya. Idham Faris, Izzul Afiq, Mohd. Ghadaffi, Johari Johar dan Ahmad Zulkifli. Pelajar Cina pun meminatinya juga, lebih-lebih Bernard Chong dan Linden Wong. Termasuklah Chua Soi Gek.

Delaila berasa bangga melihat daging pejal lemak yang masih pejal membengkak itu sambil meramas-ramas perlahan dan menguis-nguis dengan jari jemarinya kismis di situ. Aah! Delaila mengerang. Dan mulutnya dibuka luas. Lalu, Delaila pun tunduk sambil melurut kain satinnya yang berwarna putih beserta seluar katuknya. Dia mencapai kain batik cap semut lalu menyarungkannya pada tubuhnya. Untuk siap-siap pergi mandi. Bersiap untuk berbuka. Usai berbuka, mahu ke masjid.

Selepas solat sunat terawih, ada kelas mengaji pula. Lepas kelas mengaji. Ada kerja sekolah yang perlu dilangsaikan. Esok, meneruskan ibadah puasa. Delaila punya tanggungjawab yang lebih besar dari itu. Dia seorang gadis yang boleh pakai. Bukan tak boleh pakai! Susah nak cari zaman sekarang ni. Gadis solehah! Delaila bukan seangkatan dengan Maria Ozawa.




.

29.8.08

Makan nasi ambang lagi sedap menyambut ambang kemerdekaan sebelum datang bulan Ramadhan

Satu hari.

Saya dan awek saya jalan-jalan di pusat membeli-belah.
Di situ banyak sungguh jual bendera Malaysia.

Kemudian.
Awek saya capai satu bendera bersaiz kecil.

"Buat apa?" Saya tanya.

"Kan nak merdeka. Ingat nak kibar jalur gemilang kat rumah dan kat pejabat. Nak beli arr"

"Apa maknanya kibar bendera untuk MERDEKA. Dan tak memberi makna jika hati dan jiwa kita belum MERDEKA."

"Setahun sekali bang! Sekurang-kurang ada semangat patriotik!"

"Owh.. Berdiri di dataran. Berpelukan pakwe makwe. Lepas pesta, kondom berterabur disapu tukang sampah. Tukang sampah beritahu la... Kalau tak, tak tahu juga! Jangan jadikan sambutan MERDEKA lebih jijik dari sampah!"

"Apa kaitannya dengan nak kibar jalur gemilang bang?"

"Entah! Kah kah kah... Belilah!"

___
Saya bukan mahu menjajah pemikiran kalian. Cuma fikirkanlah! Malam-malam kemuncak detik jam dua belas malam. Kita disajikan dengan pemuda-pemudi yang terkinja-kinja sana-sini. Konsert di mana-mana. Konvoi di merata-rata. Cubalah pergi masjid solat hajat. Minta kemerdekaan fizikal, rohani dan mental. Apalah kiranya.

.

28.8.08

Pakej dah tetap

BERBULAN MADU :
Pergi bercuti ke sesuatu tempat selepas berkahwin.

BERBULAN MADU CAP DUA BUDAK :
Pergi bercuti ke sesuatu tempat (dicadangkan di Melaka je. Toksah jauh-jauh!) selepas berkahwin setelah mendapat dua orang cahaya mata selama dua hari satu malam je.


Kedua-dua peribahasa di atas SARAPAN PAGI disediakan. Harap Maklum!


.

27.8.08

Makan dalam rumah lebih baik dari makan di luar

12 Tahun.
Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri (SKTP), Johor Bahru, Johor.

Gua tiada asas dalam ilmu perdebatan.

Disebabkan ketokohon gua yang cikgu nampak. Dan ketegasan gua dalam bercakap dengan kawan-kawan di dewan peperiksaan. Dan perubahan ketara gua dari pendiam kepada yang sangat peramah. Atau tiada calon hensem yang lebih sesuai masa tu (mungkin!). Sudahnya, gua terpilih menjadi calon debat peringkat kelas di sekolah. Gua sukalah. Eeeiii bestnya.., gua kata dalam hati.

Tajuk diberi "Tinggal di bandar lebih baik dari tinggal di kampung". Selaku kumpulan pembangkang. Dan gua pembangkang ketiga gua sangkal tajuk debat yang diberi. Tiba giliran gua, gua bangun bagi hujah gua. Maka, gua cakaplah di kampung udara nyaman tiada pencemaran, bebas hiruk-pikuk. Kau bayangkan gua guna perkataan hiruk-pikuk. Susana yang tenang, aman, damai, kerukunan dan kejiranan yang utuh, tiada penyakit denggi dan sebagainya. Tiba penyakit denggi, gua ulang dua kali. Denggi! Gua kata.

Bunyi loceng, ting! Sekali. Gua cakap lagi di kampung banyak kebun buah-buahan. Sebab gua suka buah-buahan kampung. Segar-bugar. Dan bebas pesticide. Itu plus point gua rasa. Sebab juri angguk-angguk kepala.

Bunyi loceng ting! ting! Dua Kali. Gua berhenti dengan ayat ayam kampung lebih baik dari ayam bandar. Bukan apa, gua takut kena tolak point. Kalau terlebih.

Giliran kumpulan pencadang tiba. Mereka melontarkan isi biasa-biasa saja. Tak berapa bernas dan berfakta. Tiada pengkayaan perbendaharan kata langsung! Antaranya, di bandar peluang pekerjaan lebih banyak, fasiliti yang maju, peluang pendidikan, mentaliti yang lebih ke depan. Hidup lebih maju. Biasa je kan? kan?

Iyela. Tentulah juri agak bias dengan kata-kata yang dilontarkan oleh perempuan cantik. Punya lesung pipit di pipi. Anak dara pulak tu... Melontarkan senyuman manis. Tewaslah team gua.


17 Tahun.
SMK St. Joseph, Johor Bahru, Johor.

Sekali lagi gua dipilih mewakili sekolah sebagai pembahas ketiga. Gua mati-mati nak undur diri dari ikut serta. Cikgu gua tak bagi. Bukan apa, gua kata, gua ada sikit gugup. Lagipun gua bukan bagus sangat! U mesti bolehlah! Cikgu Vasanthi cakap. Gua malas nak bertekak dengan cikgu. So, gua masuklah. Demi nak mengharumkan nama sekolah. Apalah sangat, asal dapat sijil sudahlah...

Pusingan pertama tim sekolah gua menang bergaya. Tajuk diberi "Kemajuan sebuah negara bergantung kepada kesetabilan politik berbanding kesetabilan ekonomi." Sekolah gua pencadang. Atas nasihat Cikgu Vasanthi, pembahas pertama diberi isi soal pentadbiran. Pembahas kedua diberi isi soal pilihan raya. Gua, sudah barang pasti isi yang tak berapa penting. Mengenai soal kepemimpinan. Kau pun tahu kan kepemimpinan tu susah nak sebut. Sampai tersasul-sasul. Alahai, sekolah gua boleh menang pulak! Mana taknya, lawan sekolah baru. Sekolah baru siap tahun lepas. Budaknya mentah lagi. Haha!

Sekolah gua masuk pusingan kedua. Selaku wakil sekolah, kat sekolah hidung jadi kembang. Jalan pun mula berkepak. Hah, inilah manusia cepat lupa diri. Tak ikut resmi padi.

Tahap gigil gua dah makin besar getarannya. Gua berdoa kepada Allah. Bagilah gua demam supaya gua dapat escape dari pertandingan tu. Lagipun pembahas simpanan dok saja. Makan gaji buta. Apa barang!? Maka, petang tu kepala gua mula pening-pening. Badan gua pun lemah semacam. Sebelum sehari pertandingan gua disahkan menghidap penyakit chicken pox satu badan. Padan muka gua! Kena dua kali dalam hidup. Siapa kata chicken pox kena sekali seumur hidup. Maka, tempat gua digantikan dengan pembahas simpanan. Itulah... Menyesal pulak gua doa minta penyakit. Kalau gua tahu doa itu dimakbulkan, lebih baik gua minta menang tanpa bertanding. Atau rumah banglo sebiji. Hahaha!


____
Selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-51 : Perpaduan Teras Kejayaan.
Hari ini bentuk kerajaan, esok lusa turun harga minyak. Kemudian, buat-buat lupa harga makanan.
.

26.8.08

Sukan bola tampar boleh tanduk dengan kepala

Saya masih tak faham kenapa ada acara-acara sukan terpaksa memakai baju yang ketat-ketat, seluar kecil yang sendat-sendat atau memperagakan fesyen separa bogel. Nampak lurah dan garis-garis halus yang memberahikan. Kalau masih zaman batu primitif okeylah. Sekarang dunia dah maju, zaman dah berubah. Fesyen sukan juga harus berubah.

Sebab itu, sesetengah peminat sukan, suka menonton sukan bukan kerana minat kepada sukan itu tapi kerana cara atlet itu berpakaian yang lebih mengghairahkan. Lebih-lebih lagi atlet wanita.

"Asyik tengok sukan* ni je dua tiga kali... Sukalah tu.."

Seorang perenang wanita barulah hebat kalau dia berenang memakai baju kurung kedah misalnya. Dan menutup kepala menggunakan tudung yang dipintal-pintal di bahagian depan. Mengenakan brooch di depan atau di atas bahu. Lebih-lebih lagi brooch mutiara dari Sabah yang original.

Perenang lelaki pula memakai pakaian jalur-jalur menegak lengan panjang, bertali leher seperti mahu ke pejabat. Baju tak berseterika pun tak apa. Asalkan pakai stoking selain warna putih. Barulah dikira hebat. Hebat di kolam renang kalau menang.

*Sukan ni yang dimaksudkan ialah sukan bola tampar pantai (wanita).

*****

Tahun 1992.

Sukan Malaysia ke empat (SUKMA IV). Giliran Johor menjadi tuan rumah.
Semua murid sekolah menengah. Seluruh Daerah Johor Bahru. Dikerah menyertai Sukma IV. Untuk menjayakan penciptaan logo gergasi bergerak. Logo SUKMA dan Logo Harimau. Dan pertunjukan gimrama ringan-ringan. Pada acara pembukaan nanti. Di Stadium Tan Sri Hj. Hassan Yunos.

Tiga bulan kami banyak skip kelas. Asyik dok berlatih je. Takde latihan pun kami skip kelas. Ha ha!

Kami dibekalkan gegelung rotan, track suit satu set, sarung tangan, sarung kaki, kasut dan topi. Ada yang dapat warna kuning, merah, putih dan biru. Dapat makan dan minum percuma. Dapat tengok awek percuma. Sudah cukup menggembirakan kami. Oh ya, tidak semua yang terpilih dalam pertunjukan gimrama ringan-ringan ni. Siapa yang terpilih tu kira bertuah lah.

Terlalu gemuk tidak terpilih.
Terlalu pendek pun tidak terpilih.

Kawan saya. Rozam. Pendek. Tidak terpilih. Tapi dipilih menjadi maskot harimau.
Kawan saya. Shahrul. Gemuk. Tidak terpilih. Tapi dipilih menjadi tukang bancuh air. Alahai. Suka giler mereka. Tak payah nak terkinja-kinja hafal step dan pergerakan lompat bintang. Yang mencarut-carut tu.

Tapi, yang mustahak dapat sijil. Mereka suka. Dan rasa tak menyesal.

Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim mengucapkan terima kasih kepada Sipulan Bin Sipulan - gimrama

di atas perkhidmatan cemerlang yang telah disumbangkan kerana menjayakan Sukan Malaysia ke IV.
Kau tenung perkataan perkhidmatan cemerlang. Aku tak tahulah sama ada Rozam dan Shahrul dapat sijil itu. Kalau dapat pun barangkali ada tertulis 'maskot' dan 'tukang bancuh air' masing-masing. Bukan senang nak dapat.

Kita patut rasa bangga! Tak kiralah apa. Janji kita ada sumbangan pada negara.

.

25.8.08

Kucing F.I.V 100 ketam

Baca entri ini sambil mendengar lagu yang disajikan. Lebih seronok. Lebih sedap.






Lagu ini cuba menyampaikan kalau kita membela kucing untuk kegunaan domestik. Pastikan kita jaga dengan baik. Sudah menjadi tanggungjawab penjaganya untuk menjaga dengan baik. Jangan biarkan berak merata-rata sudahlah. Makian dan kebodohan akan dapat dek kucing itu dan tuannya jika membuat kacau ganggu. Tak kiralah tuannya itu putera raja atau puteri raja. Jika kucing yang kita bela terkena jangkitan H.I.V F.I.V, eloklah kita hantar ke klinik haiwan yang berhampiran. Dapatkan resit untuk membuat tuntutan. Sekiranya perlu, buat laporan polis. Sebab ada yang buat durjan ke atas kucing kita. Jangan main sumpah-sumpah di dalam masjid tak semena-mena. Tak baik!

Lagipun kalau kucing kita dipaksa untuk diliwat. Oleh tikus atau pak menti (gelaran tikus jantan yang besar) misalnya. "Awak tu tikus, hendak menampar kepala kucing". Suruh atau ajar mereka lari dan lawan. Jangan main tadah je lubang tu. Dalam konteks ini sup sesumpah mungkin relevan untuk disimbah. Namun orang yang lebih mementingkan kesihatan mereka lebih gemar sup ketam. Sebab dalam sup ketam mengandungi sodium fosfat, kalium iadida, natrium klorida. Eh! Itu 100 Plus. Bukan sup ketam.

Lagi satu, ketam mengandungi protein yang tinggi, dapat membantu pembinaan semula platelet darah yang hilang. Setiap hari sila dapatkan ketam yang segar. Tak kiralah ketam harimau atau ketam bunga. Dapat ketam nipah lagi bagus. Yang cengekerangnya bewarna kehitaman. Hirup supnya saja. Isi ketam bagi anak-anak atau suami makan. Kah kah kah! Ingat, masak sup. Tapi, kalau masak lemak cili padi. Bertambah-tambah selera nanti.

Berbalik kepada kucing tadi. Anak kucing yang kita bela itu, kita galakkan dia berkawan dengan kucing yang baik-baik saja. Kalau dapat kucing yang beriman lagi bagus. Kalau dia demam, suruh minum air kelapa muda. Bagi dia sihat dan pulih kembali. Tapi tapi tapi. Ini semua bergantung kepada bilangan jantan dan betina. Terpulang! Jika diberi susu badan, sangat elok. Ia bertindak daya tahan badan. Membina antibodi badan yang kuat berbanding susu tepung yang berada di pasaran. Jika boleh jangan lepas susu.

Sesungguhnya banyak khasiat susu badan ni.

Berbalik kepada maksud yang sebenar lagu di atas. Natijahnya, hanya satu iaitu ingin menyampaikan 'Kita jumpa di London pada Sukan Olimpik 2012'. Maskot dicadangkan adalah kucing bernama Pussy. Pasti. Bukan mungkin! Haha!

Rumusannya, ketam merupakan penawar yang paling mujarab untuk merawat denggi. Minuman 100 Plus adalah minuman isotonik sukan terhebat setakat ini. Sangat berbeza dengan minuman kesihatan. Banyak kucing seluruh dunia namanya 'pussy'. Heh! Jangan imajin pussy yang satu lagi. Ceh!

.

22.8.08

Kalau hantar jahit tepi, nanti orang tahu kita jahit baju. Hantar jahit tengah

Satu malam.

Awek saya mahu menjahit baju. Sebelum dia mencapai lipatan baju yang cantik itu. Sempat saya mengeluarkan kata-kata dalam bentuk suara.

"Nanti dulu!"

"Kenapa?"

"Ni hah! Ada gunting dalam lipatan."

"Erm,, ish ish ish..."

*****

Ketika kau mahu membayar minuman yang kau beli di kaunter. Juruwang sedang bergayut di telefon yang disewanya melalui TELEKOM. Dia buat selamba. Kau pula mula mahu menghulurkan wang. Dia tetap selamba. Mula kau merenungnya dan mengetuk-ngetuk jari-jemari kau di meja kaunter itu. Di dada kau tersemat 'sabar itu separuh daripada iman'.

KEMUDIAN. Selepas kau bayar. Dalam dada kau masih terbuku 'customer is always right'. Hak ptuii. Kau rasa mahu meludah! Sekian.

21.8.08

Kita : apa yang kita makan (finale)

Sukiman berlari-lari anak menuju ke arah Muthu. Di bawah pohon ceri palsu merimbun kelihatan Muthu dan Semandol sedang leka bermain dam aji papan berbuahkan tutup botol ceper.

"Apa hal kau termengah-mengah ni Suki? nak kata kau salah seorang dalam kontinjen Malaysia ke Olimpik Beijing takde pulak nama kau! Apa cerita beb?" Semandol menegur sambil membelek tangannya yang berparut akibat jatuh semasa sesi latihan acara equestrian.

"Ada! huh ha.. ada huh ha.. ada, ada berita baik ni.." Jawab Sukiman yang bermata juling itik termengah-mengah menghela nafas sambil duduk di atas pangkin. Muthu melongo menanti. Matanya terkebil-kebil macam mata cicak kubin terkena cuka luput tarikh.

"Tadi aku pergi hendap huh ha..., kat rumah pompuan tadi tu.. hah!" Sukiman menarik nafas panjang. Dan nampak sangat dia cepat pancit!

"Pompuan seksi siot tadi tu?" tanya Semandol semacam tak sabar. Sambil membelek tangannya yang berparut akibat jatuh semasa sesi latihan acara equestrian.

"Ye lah..., yang mana lagi..."

"Habis tu?" tanya Muthu juga tak sabar. Muthu bukan tau soal iman.

"Tadi. Laki dia balik. Dia henjut dan henyak habis. Dia punyalah menjerit bila kena tala. Aku dengar naik stim beb. Mak datok oi...! Takde kontol punya.. Eh! Kontol plak. Control... "

DIAM. SEPI.

"Ermm, memang pompuan ni ganas habis lu tau...! Terkesima aku!" sambung Sukiman yang bermata juling itik.

"Habis tu? Tak ade peluanglah kita nak projek!?" Semandol semacam kecewa.

"Frojek kefala hottak kau berjamful?" Suki mengangkat keningnya. Seraya membelek tangannya yang berparut akibat jatuh semasa sesi latihan acara equestrian.

"Iyela... Malam ni... Aku dengar anak dia..., kena pergi tuisyen. Sampai... Sampai pukul 10 malam, masa tu kita henjutlah dia ramai-ramai.. Hahaha!"

"Kiman! Tadi, apa yang kau nampak? Dan apa yang kau dengar?" Semandol. Tidak membelek tangannya dah. Pengarah melarang.

"Kau pun tahu kan, mata aku ni juling. Tapi, aku... Aku belum pekak lagi. Dengar apa yang dia cakap,

bang...! bang..., bukaklah. I tak sabar nak rasa ni... Mesti sedap kan? (suara seakan keluar dari hidung)"

KOMA.

"Sapulah... Errmmm, mesti sedap kan? (suara disengaukan gelombangnya)"

"Ayang nak ke?"

"Mestila... auuuww!"

KOMA.

"Abang masukkan ye?"

"Masuklah cepat bang!"

"Okeyy, takut meleleh kat cadar ni...."

"Nak cabut ke...?"

"Janganlah cabut... Sampai esok pun takpe...."

DIAM.

"Eh ye ke? Kau seirus ni Kiman..!"

"Jom! Jom ikut aku kalau tak caya!

SAMPAI.

"Hah! Tengoklah!"


"Oi oi oi... Damn!"

"Mereka tengah makan Mc D la bodoooohh! Pokemon!! Biawak komodo...! Kambing gurun! Ikan kering!"

"Oit.. Oit. apsal ikan pun keluar?"

"Ikan tu haiwan kan?"

"(((((((((( Ekekekekekeke ))))))))))"

"CUTTTT!!!!" Jerit pengarah.

"Kenapa ketawa?!" Herdiknya lagi.

Owh! Mereka sedang sibuk mementaskan teater.


Psst! Sekarang, rakyat Malaya sibuk berbicara pementasan teater. Juga sibuk membeli bendera jalur gemilang mahu dikibar. Entah sama ada nak kibar normal atau disongsangkan. Masing-masing sibuk urusan duniawi. Maklumlah, 31 Ogos dah nak dekat.

____
Nota provok untuk kegunaan pihak berkaitan :
1/ Maaf! Penulis anti-klimaks. Penulis sukakan yang cantik. Lebih-lebih lagi wanita urban yang cantik di kalangan tak cantik. Sekalipun kau punya gugusan hidung yang kembang. Tak kisahlah! Asal hati cantik.
2/ Nak makan Mc D cuba pergi ke Mc D berhampiran. Dan dapatkan gelas kontur Coca-Cola percuma sementara stok masih ada. Sempena sukan olimpik Beijing. Dengan berbuat begini kita memperolehi diskaun 50 peratus apabila makan di Mc D.
KLIK SINI. Mana mungkin kalau kau tak cantik!
3/ Satu-satunya majlis hari lahir bertemakan buah-buah yang cantik! KLIK SINI

.

20.8.08

Awan yang terpilu

Seperti malam-malam yang aku suka. Kala jam tiga atau empat pagi, kalau si cilik terjaga, aku pasang niat membancuh minuman kegemaran untuk mereka. Ya, niat aku begitu. Tapi, kau faham-faham ajelah. Aku seorang yang obses tidur mampos! Lagi pula, Afiqah Afarah lebih gemar mengejutkan ibunya berbanding ayahnya kalau nak minum pagi-pagi buta. Alahai...

Kalau datang hanginnya satu badan. Seboleh-boleh dia mahu menerima dari tangan bondanya sekalipun ayahandanya dah siap-siap menbancuh untuknya. Strateginya mudah. Dah siap bancuh, bagi pada tangan si bonda. Alahai... Bukan anak bapak!

Berbeza sangat dengan Afifah Mahirah. Dengan sesiapa pun dia tak kisah! Biasalah, pembawaan budak tak sama. Ada budak masa kecil lagi dah kena chicken pox. Ada budak tunggu dah tua, baru kena.

Satu malam, aku syak si Afiqah Afarah mengejutkan bondanya yang tak berapa sihat. Berat kepala. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Belum kebah dari demam. Berbaring di katil dah dua hari dua malam. Terlentang. Seluruh badannya panas empat puluh darjah celsius. Kakinya kejap sejuk kejap panas. Dua hari sebelum, sudah dimasukkan ke wad sepetang lamanya. Badan dimasukkan air. Doktor memasang syak kena denggi. Namun, setelah diperiksa darahnya okey okey saja. Ekoran dari itu, badannya menjadi lemah.

Air Cap Badak dah nak habis dua dozen.
Air 100 Plus dah berbotol-botol mengalahkan atlet Olimpik.
Demam-dema begitu. Tinggi pula seleranya. Nak yang berperisa oren. Ceh!
Arrgghh!! Itu semua tak mujarab! Sup ketam lebih baik untuk persediaan Olimpik!

Maka, si ibu tetap gagahi untuk membancuh milo untuk si Afiqah. Minuman kegemaran dia. Aku fikir dah berbotol-botol dia pekena milo sedari pagi tadi sampai ke malam. Kalau masuk acara lumba lari 100m kategori kanak-kanak, menang punyalah!

Tiba-tiba aku dikejutkan dengan satu bunyi gedebuk di ruang dapur. Sedang aku enak-enak bermimpi bertanding dalam sukan Olimpik acara gimrama artisitik barangkali. Dan bunyi lain mengiringi kejatuhan itu.

Aku yang obses tidur mampos, bingkas bangun. Mimpi termati. Alahai, aku lihat awek aku sudah jatuh terduduk. Dan bekas berisi air masak bergelandangan di lantai. Air melimpah ruah. Habis. Tidak...! Aku tidak menjerit Tidaaaak!!. Aku cool je.

Aku terus memapah awek aku. Dengan penuh rasa bersalah. Dan membawanya semula di pembaringan. Untuk dia meneruskan mimpinya dalam kebasahan. Kedengaran dari mulutnya perkataan 'takkk laraaaattt'. Aku syak tangannya menggigil ketika mahu menuang air ke botol Fiqa. Kakinya yang menggelatar tak upaya mahu menampung berat badannya mengakibatkan dia jatuh. Itu teori kinetik jirim melawan tarikan graviti aku.

Kemudian. Aku mengambil alih membancuh milo untuk diberi kepada Fiqa. Doalah suatu hari nanti dia menjadi atlet pertama untuk merangkul pingat emas untuk Malaysia. Ada masa dua puluh tahun aku perlu latih dia. Dan bagi minum milo. Ingat, Milo O tau!

Aku mengelap air yang tumpah di lantai dapur. Kebasahan. Khuatir kalau-kalau makhluk lain pula terjatuh nanti. Aku terus mengelap. Dan mengelap. Dan aku mengelap air mata yang bergenangan di pipi. Bagai ada kaca di mata. Lalu kuusap. Tahi mata terikut pula. Kesyahduan melanda. Kira-kira jam empat pagi. Barangkali embun jantan juga turut pilu. Sempat kulihat awan yang terpilu dari celahan tingkap. Pagi itu.

Kemudian. Perutku terasa lapar pula. Menjenguk periuk nasi. Oh, lupa pula. Petang tadi sudahku rendam dengan air. Alahai, sekeras-keras kerak nasi, kena air lembut juga, getus hati kecilku.


.

19.8.08

satu sembilan sifar lapan sifar lapan


Saat berada di Planet Musytari pada waktu malam. Sejuk di luar. Panas di dalam.


***
Selamat Hari Lahir SAYANG!

Tiada KATA indah dapat kuucapkan meniti di bibir
tiada APA dapat kukirimkan buatmu ketika ini
kecuali cebisan KASIH SAYANG dan CINTAku padamu
aku jua tidak mengharapkan apa-apa darimu
melainkan SENYUMAN dan layananmu yang
mengisi RUANG hidupku.

KESIHATANmu lebih penting dari SEGALAnya.
Penyakit itu membuang SEGALA DOSA.
Anggaplah lawatan kita ke WAH CHAN tempohari sebagai
yang TERISTIMEWA untukmu dariku...
Dan KITA pengunjung pertama KE SINI
Kala kuali belum panas. roti belum diuli.

Selamat Hari Lahir SAYANG!
Aku menDOAkan semoga kau lekas SEMBUH.
Nah! Saya bagi tiga biji buah salak.

___
Teka-teki hari ini :

Syarikat Y ada tujuh staf lelaki termasuk bos, enam staf perempuan.
Seorang staf lelaki cuti balik kampung.
Seorang staf perempuan cuti konvokesyen.
Seorang lagi staf perempuan diberi MC tapi datang pejabat.
Hari Isnin. Masing-masing dapat tiga biji buah salak.
Ada berapa bijikah jumlah buah salak di Syarikat Y pada hari tersebut?

.

18.8.08

Kumbang di padang pasir

Saya melakar rajah atau gambarajah carta alir lebih tepatnya. Bagaimana gerak kerja kita untuk menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya untuk projek studio. Dalam Bahasa Melayu.

Maka, di depan. Saya conteng di papan hijau. Modus operandinya. Ada kotak-kotak yang berkait di antara satu sama lain ibarat satu proses dalam pelbagai peringkat. Ditunjukkan dengan perkaitan anak panah. Ada juga anak panah yang putus-putus. Tertulis tempoh masa.

Berdasarkan penerangan ketua studio dalam Bahasa Melayu dan saya selaku timbalannya menterjemahkannya di papan hijau. Di depan. Saya lihat tiada seorang pun budak Melayu yang mencatat baik apa yang dicakap atau apa yang dicatat. Sama ada yang pandai atau yang kurang pandai. Duduk melongo saje-saje. Hanya mendengar dengan kedua cuping telinga. Konon-kononlah kepala hotak genius.

Sedangkan, beberapa pelajar Cina mencatat walaupun mereka dah pandai. Berbeza kan? Bukan saya nak kutuk pelajar Melayu malas dan bodoh sombong. Ia berbalik kepada soal sikap. Itulah hakikatnya. Ermm, waktu itu saya tak mengaku saya budak Melayu.

Saya cakap dalam hati saya. Saya budak Jawanese kacuk Boyanese. Haha!

Kita sangat risau kumbang boleh hidup di padang pasir atau tidak. Dan kita sibuk mencari kumbang dalam kiambang. Apa maksudnya? Maksudnya lebih kurang beginilah kalau tak faham, maknanya ada kebengapan. Kamu mahu melihat anak itik mati di kolam?

Berbalik kepada mauduk asal. Adakah dengan penggunaan Bahasa Inggeris (B.I) dalam mata pelajaran Sains dan Matematik, prestasi B.I pelajar meningkat? Bukankah lebih baik memperkukuhkan mata pelajaran B.I itu terlebih dahulu. Saya kira, itu yang lebih mustahak.

Sudahlah dia tercicir dalam B.I. Kemudian, Sains dan Matematik pula. Sehingga kini, tiada kajian terperinci dijalankan mengenai perkara ini.

Okey, kita ambil contoh ni. Seseorang yang mahir dalam ilmu ICT misalnya, tak semestinya dia patut belajar Bahasa Inggeris sampai khatam terlebih dahulu. Baharulah dia akan mahir dalam ICT, begitu? Hanya kerana dunia ICT kebanyakannya menggunakan Bahasa Inggeris. Sesungguhnya, ia dua perkara yang berbeza.

Seseorang yang berhabuk dan pandai berkomunikasi Bahasa Inggeris tapi sepatah haram tak tahu langsung meneroka dunia ICT. Apa kes pulak? So so so..., korelasi dua pemboleh ubah ini sangat lemah!

KPM, sila maklumkan statistik prestasi peningkatan penggunaan B.I dalam Sains dan Matematik. Dan adakah B.I dapat dipertingkatkan? Kajilah sedalam-dalamnya, jangan jadi seperti kerbau dicucuk hidung.

Selepas sekian lama Bahasa Melayu memandaikan semua rakyat. Kini, Bahasa Inggeris menggantikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu.
~ Prof. Emiritus Dr. Abdullah Hassan. ~

Lu fikirkanlah untuk gua!

___
Saya main-main pun boleh dapat pingat PERAK Olimpik Beijing!
~ Lee Chong Wei ~

15.8.08

Malam yang masam-masam manis

Satu malam, saya sedang makan malam. Bersendiri kerana awek saya sibuk dengan urusan duniawi di dapur.

Dalam pinggan yang lain ada kicap. Makan bersama ikan kembung kukus. Nasi juga nasi kukus. Pendek kata, semuanya kukus.

Datang si kecil Afifah Mahirah menggolekkan buah oren.
Buah oren yang satu lagi sudah dikupas. Rasanya masam.

Kemudian.
Ia masuk betul-betul dalam pinggan kicap.
"Ermmm... Sabar je la..," getus hati saya.

Afifah Mahirah ketawa kecil. Hik hik hik...
Mengukir senyum.

Saya membatalkan niat mahu mengherdiknya.

Dalam hati saya ketawa kecil. Ada ledakan bunga api tidak berbunyi tapi berwarna-warni.

Dan bunga-bunga cinta.

"Fifa... Kalau nak main boling bukan kat sini. U get what I mean?" Saya kata pada dia.

Kemudian.
Patutkah saya jawab sosej koktel itu dibeli dari kedai motor apabila ditanya oleh Afiqah Afarah.

Selanjutnya. Dia dah tahu jawapan yang saya beri. Kemudian. Fiqa berkata,

"Apelah... Beli sosej kat kedai motor. Mana ade...?"

Suka saya dengar dia sebut sosej. Bunyi Sho shej.

14.8.08

TiDaK BoLeH

Entri pada hari ini ditunda pada keesokannya.



Sesungguhnya KESIHATAN sesuatu yang TIDAK BOLEH DIBELI di kedai motor.


.

13.8.08

Kita : apa yang kita main (finale)

Shima Gebu Gedombak bermenung di berandah dapur sambil melihat ayam dan itik memagut padi yang ditaburkan oleh Mama Som Som Bak. Pohon nyiur yang melambai-lambai di keheningan pagi membuatkan hatinya tenang seketika. Namun, fikirannya melayang-layang mengenai tawaran Tauke Ah Seng Ah semalam. Tawaran untuk main dengan bayaran. Melayan dua lagi temannya.

"Apahal yang Shima Gebu Gedombak menung saja ni, mama nampak runsing je.. Jiwa kacau ke?" Tegur Mama Som Som Bak.

"Eh, tak ada apa ma..." jawab Shima Gebu Gedombak.

"Bertengkar dengan Jimmie Stanley d' Alfo Raldo ke?" Tanyanya sambil membasuh tangan.

"Eh.. Takdelah.. Mana ada."

"Hah, Jimmie mana?"

"Ada kat luar tu dengan abah.., ada rancangan nak ke Pejabat Pos katanya."

"Shima tak suka ke Jimmie nak ke Pejabat Pos tu? Kan dia tuntut rebet tunai..."

"Bukan tu.. Shima tak kisah yang tu... Shima risau samada dia boleh tuntut ke tidak! Dia kan bukan warganegara. Lagipun dia pakai MPV. Errrm, tapi kalau dapat duit tu Shima nak guna. Ehiks"

"Habis?! Shima menung ni kenapa..? Mari beritahu mama. Mungkin mama boleh tolong?! Alah, mama rasa dia boleh dapat duit tu.." Tangannya menarik tangan Shima Gebu Gedombak ke meja makan.

"Pasal Ah Seng Ah semalam..."

Mama Som Som Bak tersengeh.

"Ermmm... dia ajak Shima main ke?"

"Mana mama tahu?"

"Alah..., Mama dah biasa dengan perangainya tu"

"Mama biasa main dengan dia eh?" tanya Shima Gebu Gedombak sambil tersengeh. Mama Som Som Bak juga turut tersenyum.

"Berapa dia tawar kalau dia tertewas?" tanya Mama Som Som Bak.

Shima Gebu Gedombak angkat lima jari.

"Erm..boleh lah tu.. Kena top-up sikit arr dari duit rebet tunai yang Kerajaan bagi tu.. Lumayan apa!" jawab Mama Som Som Bak berpuas hati dengan harga yang ditawarkan oleh Ah Seng Ah kepada Shima Gebu Gedombak.

"So, Shima nak ke?" Tanya Mama Som Som Bak lagi.

"Entah lah Ma, Shima pun tak tahu, nanti apa pulak kata abang Jimie, sedang dia susah-susah ke Pejabat Pos ambil duit. Shima pulak ambil duit tu semata-mata mahu melayan karenah Ah Seng Ah. Tak pernah buat kerja macam ni. Main biasa adalah dulu, tapi tak pernah pulak dapat habuan!"

"Shima cuba dulu, nanti mungkin Shima minat dan tertarik pulak."

"Mama biasa main ke ni?"

"Adalah sekali-sekala ketika abah tak ada."

"Abah tak tahu ke ma?" tanya Shima Gebu Gedombak lagi.

"Mama rasa abah tahu tapi buat tak kisah je, dia anggap itu hiburan eksotik buat mama."

"Apa?! Eksotik?! Wow!"

"Ermm... hah, eksotik! Erm... Sesuatu yang luar biasa keistimewaannya."

"Tak ekstrem melampau ke mama?"

"Takdelah... Mana ada."

"Isshk.. Mama ni..! Mama sanggup lakukan begitu. Tak sangka Shima.. Huh! Menyampah! Errr sedap ke main dengan tauke tu mama? Hehehe..."


***
Hah, mulalah kalian berfantasi yang bukan-bukan.

Shima Gebu Gedombak baru bercadang nak guna duit rebet tunai subsidi minyak tu untuk main mahjong. Main dengan Ah Seng Ah dan rakan-rakannya. Kalau Ah Seng Ah tewas, Shima Gebu Gedombak dapat habuan besar.

Teruk kan? Kalau Jimmie tahu mampos dikitainya.

Kalian dapat duit rebet tunai tu buat apa? Joli katak la tu... Hahaha!

Kalau saya, saya nak beli basikal sukan. Untuk bersenam tiga kali seminggu. Lepas sebulan saya letaklah bawah katil. Boleh buat tukun.


.

12.8.08

Pahit akan manis akhirnya

Sedang belakang parang kalau di asah lagikan tajam. Inikan pula bakat kita. Percaya tak?
Sesuatu yang pahit akan manis jua akhirnya. Betul tak? Diri sendiri belum merasa. Maka, tak tahulah! Cuba kalau kita dah mengalaminya. Kita akan angguk kepala. Minat itu tak boleh dipaksa-paksa.

Satu hari. Pensyarah kami suruh membuat lakaran mudah (skech) bas. Nak lakar bentuk bas kami pergi ke Kuala Terengganu. Baru ada feel. Entah siapa bagi ide begitu. Di sana, kami pun mula melakar bas. Masing-masing ambil posisi mengelilingi bas. Aku dan sekumpulan rakan yang lain ambil posisi dari pandangan depan dengan sedikit condong ke kanan, empat puluh lima darjah. Lakar garisan-garisan sebagai asas. Sedang kami lakar. Pensyarah kami pusing-pusing meninjau kami buat.

"Ni hah! Bentuk bas!" Tiba-tiba dia berlari menepuk-nepuk bas. Tap! Tap! Tap!"Ini hah! Bas!"

Alahai, kawan aku lakar bas jadi kotak segi empat tepat dan dua bulat sebagai tayarnya. Standard budak darjah dua. Patutlah dia marah. Haprak!

Belakang parang diasah ada yang lama ada yang kejap berdasarkan si pengasah dan medium pengasahnya. Kalau guna batu ladung asah parang. Lama lah! Siot betul!

Kalau nak makan hempedu manis, cecahlah gula dengan kicap. Semakin pahit kita nak telan. Semakin manis kita perolehi kemudian hari. Kemudian, kau berkata dalam hati, Iyela betul! Minat itu boleh dipupuk.

11.8.08

Ketam masak lemak cili padi dua marhalah

Zaman-zaman aku menunggang motosikal dulu. Jejaklah dua ratus kali aku membuat perjalanan jauh melebihi dua marhalah.

Kali yang ke seratus sembilan puluh sembilan. Aku menunggang motor dari Johor Bahru ke Mersing. Menuju ke Endau.

Sampai ke KM89, motosikal aku pancit dan bocor. Menolak le ke bengkel. Alahai...

Penat sungguh. Tapi aku berupaya membakar kalori dan berjaya menurunkan berat badan. Dengan hanya melakukan aktiviti itu.

Dua bulan sebelum ke Taman Negara, aku rajin melakukan senaman. Badan aku jadi fit. Bentuk badan jadi cantik. Aku sihat.

Dulu, aku bejalan kaki ke Masjid. Sepanjang perjalanan ke Masjid Malaikat memayungkannya (mungkin). Segala otot dan nadi berfungsi dengan baik. Tak pancit!

Kini, berjalan kaki ke Masjid tak sampai dua marhalah pun dah pancit. Adoi yaiii... Kawan aku pesan, kalau nak kurang berat badan, sarapan jangan tingggal telor.

"Memanglah sarapan tak boleh tinggal telor. Haha!" Aku jawab.

Jadi, aku nak kongsi petua mengurangkan berat badan ni.
"Ambil akar daun pandan sambil selawat 3 kali. Rebus dengan dua gelas air, jadikan satu gelas dan minum bila suam. Lakukan dua kali seminggu selepas makan. Dalam beberapa hari berikut anda akan kerap buang air bagi membuang lemak. Insyaallah cuba la....."
Tiada akar daun pandan akar rotan pun berguna! Hahaha!

____
Lawatan sambil belajar lalu kau boleh memenangi hadiah pertandingan selepas berjaya mengurangkan berat badan dalam tempoh tiga bulan. Yeay!
Tips percepat bakar kalori.
Mengira Indeks Jisim Tubuh (BMI) anda
Pesanan set pelangsingan lengkap
Epal mampu susutkan lemak
Merancang menu

8.8.08

Dail *100# & pilih 'Perkhidmatan', kemudian 'Sukan Beijing'

Dalam satu mesyuarat yang panjang. Errr, pendek sepatutnya.

Sebelum habis mesyuarat tu kami dah tempah meja makan. Dan sistem layan diri. Untuk ahli mesyuarat tingkaplah kononnya. Tinggal ambil, duduk, makan. Tak payah bayar. Bos bayar! Tak kiralah kau on diet ka, jaga makan ka, puasa ka, hanya makan saja tanpa hadir mesyuarat ka. Bos dah belanja, bedal je la...


Sedang kami ambil makanan. Ada orang kulit gelap gelita dok situ makan. Duduk kat tengah meja yang disusun panjang. Oh ya, lupa pula mahu memaklumkan. Ahli mesyuarat tingkap tadi membincangkan isu politik yang terdiri daripada beberapa parti pencadang dan pembangkang. AMNO, MCA, MIC, PKR, PAS, BEBAS dan sebaginya. Di pejabat kami. Patutlah ada wakil MIC.

Apa?!!!

Pejabat kita jadi bilik gerakan...? Arrrghh.. Tidak!
Komen tuan mengenai apa lojiknya Bahagian A dan Bahagian B laporan ini, saya terkesima mahu menjawab. Nasib baik bos dah pandai selok-belok lalu berkata 'saya putar Halim!'

Damn! Siapa kata. Hanya dengan menyusun meja berbentuk U dan menampal skrin layar putih untuk pemancar projektor LCD dituduh begitu. Dituduh menjadi bilik gerakan. Owh tidak...!

Maka, Menteri Perdana mengarahkan semua rakyat Malaya perlu melupakan dakwaan terhadap Anwar, kita kena fokus pingat emas di Sukan Olimpik Beijing. "Ini bukan arahan! Ini perbincangan." Kata pengerusi mesyuarat tingkap memulakan bicara.

Nampak tak mesej yang saya mahu sampaikan?
Dail *100# & pilih 'Perkhidmatan', kemudian 'Sukan Beijing'

7.8.08

Makan dalam

Satu petang dalam perut kereta.

Awek saya yang jual mahal semasa saya mengorat dia, bertanya kepada saya. "Nak makan apa ari ni ye?"

"Makan dalam!" spontan saya jawab.

Awek saya yang jual mahal semasa saya mengorat dia, jeling saya. "Apa?! Makan Dalam??!" Awek saya yang jual mahal semasa saya mengorat dia, jawab sedikit terkejut.


Lama.


Kemudian. Saya jawab. "Iyela.. Makan dalam rumah. Hehehe.."

Awek saya yang jual mahal semasa saya mengorat dia membuat cubitan manja ke peha saya.

"Whoap! Whoap! Sabarla sayang.." Saya kata, sebab dia nak lakukan gigitan cinta pula.

"Kalau nak menang pertandingan tu, kita kena makan epal hijau. Bukan! Bukan epal hijau saja. Semua dah silap! Apa yang kita fokus pada kesihatan, bukannya untuk kurus." Klik sini.


Dua perenggan akhir saya merekacipta sendiri untuk menyedapkan cerita.

Erm.. Saya tak kata awek saya tu gemuk atau obes. Saya cuma kata, gelembung. Saya suka mana-mana bahagiannya yang gelembung. Sedap apa? Asalkan dia sihat. Tapi, kalau pinggangnya ramping lagi saya suka. Sedap sikit mata memandang. Senang sikit untuk dipeluk. Ikatan pelukan tangan kanan dan kiri saya bertemu. Jadi, saya cadangkan dia pakai corset. Pergh! Cadangan saya ditolak mentah-mentah. Kah kah kah!

6.8.08

Bila tangga diberak kucing jiran

Entri pada hari ini ditunda pada keesokannya.


Kukirimkan sajak ini...

Bila tangga diberak kucing jiran.
Kau tahu membela kucing segala macam.
Maka seharusnya kau tahu kucing itu tidak berak merata-rata di rumah jiran kau.
Di tangga atau di dalam pasu bunga misalnya.
Kecuali kau 'kasi' kucing kau. Tidak pun kucing kau 'kasi' kau.

Tak kiralah apa alasannya sekalipun.
Kucing kau bergaduh ke sampai terberak-berak.
Atau kucing kau beromen sampai tak sempat nak ke tandas.
Aku peduli hape! Tahinya berketul-ketul dan melekat.
Sangat pahit dan haring! Menusuk ke rongga hidung.

Hak hak ptui! Kau punya kucingkan. Penat aku basuh tangga.
Kau buat selamba. Eeeii... Nak aje aku selet tahi itu ke muka kau.
Apa kau rasa? Coklat vanilla ke blueberry ribena? Heh!
Tapi aku bukan jenis makhluk begitu.
Untuk pengetahuan kau.
Kau akan rasa sesuatu bila tangga diberak kucing jiran.


9.00 Malam.
Tangga rumah.
.

5.8.08

Hanya satu persinggahan

"Siapa pernah berkhemah sebelum ini?" Aku memulakan pertemuan kecil ini dengan soalan cepu emas kepada mereka.

"Saya. Saya tak pernah! Hehehe.."

"Ok. U all nak berguraulah ni dengan saya.. Right, nampaknya, semua tiada pengalaman di sini. Kecuali saya yang langsung tiada pengalaman juga. Ha ha ha.. (semua ketawa). Okey guys, kita nak ke Taman Negara Endau Rompin. T-N-E-R" Aku kata.

"Habis! Kena bawa apa yerk tok?" seorang perempuan pendek tapi mekar bertanya.

"Okey, right. Bagi perempuan. Saya tugaskan untuk bawa bekal makanan secukupnya. Dan ditugaskan untuk memasak. Siapa yang tak tahu masak. Syyy... Diam-diam je. Jangan mengaku. Kat dalam hutan takde siapa tahu. Okey lupakan itu. Jadi, antaranya kita bawalah sayur terung. Mentimun. Petola. Ermm apa lgi ye.. Arrr.., lobak merah!" Aku kata lagi. Dengan nada yang serius barangkali.

Mereka mencatat. Apa yang aku cakap.

Entah apa motif entah, aku suruh perempuan bawa sayur itu. Aku sendiri kurang pasti. Haha...

Kan aku dah kata, aku juga tiada pengalaman langsung. Hanya itu yang aku terbayang di kala itu. Tak bolehlah mahu dipersalahkan aku. Lagipun imaginasi aku barangkali perempuan suka yang keras-keras dan panjang. Dan tahan lama. Lebih-lebih lagi TNER tu tempatnya keras! Psst.. Ada juga wanita yang suka agak lembik dan lekit-lekit. Kuih seri muka misalnya.

"Okey guys! Taman Negara yang kita nak pergi ni hanya satu persinggahan je tau... Bukan nak duduk selama-lamanya macam di Syurga... Ingat ye..." Aku menutup pertemuan kecil itu.


.

4.8.08

Sejarah mungkin berulang

Kami ke Kuala Terengganu nak belajar teknik fotografi. Guna kamera SLR manual. Manalah kami tahu lagi tika dan saat itu guna kamera gitu. Maklumlah budak baru belajar. Satu grup dalam lima hingga enam orang semuanya. KamarRUDdin grup kami. Pensyarah kata, masing-masing ambil gambar. Klik sana! Klik sini! Jika ada gambar hok individu yang cantik-cantik, maka boleh sumbang untuk markah kumpulan. Kami punya tajuk lanskap kejur dan landskap lembut. Bukan landskap politik!

Kalau gambar individu cantik. Boleh sumbangkan untuk kumpulan. Aku pegang kata itu. Kama ada tangkap gambar arca penyu itu di tengah-tengah bulatan. Cantik! Sebab gambar yang lain mereka tangkap tak cantik. Secara perbandingannya, gambar itulah paling cantik. Alahai, dia tak nak bagi untuk sumbang kepada kumpulan. Tiba masa kumpulan kami jumpa pensyarah. Satu-satu pensyarah belek. Hok ni, haprak! Hok ni haprak! Hok ni lagi haprak! Kemudian, jumpa gambar penyu. Hok ni, okey!

"Hok ni gambar sape?"

"Saya. Saya." KamarRUDdin jawab penuh takabbur.

"Apsal hok ni tak bagi grup?"

Semua diam membisu. Macam landskap kejur.

Kama tetap berdegil. La... KamaRUDdin nak dia dapat nama. Gambar negatif entah mana diletaknya kerana Alex Key rakan sebiliknya mencari tak jumpa. Sanggup dia potong dan pisahkan.

Satu hari, aku ketemu Alex Key menangis teresak-esak lepas jumpa pensyarah. Di dalam tandas lelaki.

Aku tanya dia "Kenapa U nangis Lex?"

"Saya tak sangka mendapat roomate yang mementingkan diri sendiri. Selfish! Hik hik hik" Alex menjawab dengan suara parau macam robot tercekik kuih pau.

"Sudahlah Lex, jangan nangis. I faham perasaaan U. Biarkanlah dia dengan labu-labunya."

"Apa itu? Saya kurang pahamlah."

"U pakai berapa RAM?"

"Errrm, lagi saya tak paham ahtok.."

"Alex! (Saya meniggikan suara...). Sejarah selalunya tinggal sejarah. U jangan ulang sejarah ini. U pernah terkenakan dulu! Kali ni, terkena lagi. Dalam kes ini, daripada U menangis macam gembeng ni, eloklah U buat laporan polis je."

"Buat apa? Hanya kerana gambar penyu?" Alex menjawab dengan suara parau macam robot tercekik kuih pau.

"Oh ya, I lupa lah, polis tak sempat semua ni. Mereka sibuk memantau kes lain. Dalam kes ni, kes sabotaj je... Apalah sangat."

"Apa itu ahtok?" Alex semakin kebingungan.

"Argh, slow la U ni! Adoiiiiyaii..." Aku terus meninggalkan Alex menitiskan air mata jantannya lalu beredar dari tandas lelaki. Kami punya tajuk lanskap kejur dan landskap lembut. Bukan landskap politik!

_____
Lawatan sambil belajar dan makan :
Majlis hari jadi di awal bulan kemerdekaan
Klik untuk
Foto
Klik untuk
Video

1.8.08

Pendustaan terancang

Ini bukan sekual entri yang lepas-lepas. Juga bukan kesudahan entri untuk KamaRUDdin.

Kama selalunya menunggang motosikal Honda C70. Lampu bulat. Kaler kelabu. Buruk sikit. Tak buruk sangat. Satu hari. Kama baru habis kelas. Bersiulan ke tempat parkir motosikal. Baaaaanyak motosikal situ.

"Eh, eh, mana pulak motosikal aku?" Mata Kama mula melilau-lilau.

"Tadi letak sini..." Kama dah beberapa kali berulang-alik. Memeriksa.

Ya, motor Kama dah hilang. Begitulah kesimpulannya.

"Kama. Eh, Din! Eh, RUD! Eh, Muding! Kenapa balik jalan kaki?" tegur kawan serumahnya. Bingung nak panggil Kama ke Din ke Rud ke Muuding ke. Panggil Kula sajalah!

"Motor hilang beb. Kena rembat.!"

"Hait. Motor buruk sikit pun kena rembat ka? Ekekeke..." kawan serumahnya mempersendakan dia.

"Aku rasa, ia satu pencurian yang terancang..." Kama jawab.


Satu bulan kemudian. Motor Kama dijumpai. Tinggal bangkai. Rangka sedikit karat sahaja yang ada. Enjin. Karburator. Jantung. Semua dah lesap!

Malam itu, Kama baca Yaasin di biliknya. Solat hajat.

Kama kata, "kalau aku jumpa budak tu. Aku gigit dia! Lumat aku kerjakan.. Damn!"


Ya, Kama tak bohong! Tapi perkataan Damn Kama tak sebut. Kama sebut s**l!


Oh, aku rasa, Damn dan s**l adalah perkataan dusta. Satu pendustaan yang terancang. Hak hak hak... Lagi satu. LIWAT. Eh, ada ke Kama sebut?