31.7.09

Noktah

Satu hari, gua ajak awek gua dan laskar cinta supaya tukar habit. Selalu gua bersekongkol tidur di rumah. Dengan mereka. Kali ni, gua heret mereka tidur kat resort. Supaya mereka kenal apa itu dikatakan resort. Tapi, gua fikir lapan belas kali. Buat apa gua suruh mereka kenal apa itu resort. Alangkah baiknya, jika gua ajak mereka supaya mengenal huruf terlebih dahulu. Untuk bacalah dengan nama Tuhanmu.



.

30.7.09

Hari ini dalamnya ada sejarah

Arakian tersebutlah satu kisah, di bumi yang diberi nama Tanahair Api Angin. Mewarwarkan kepada rakyat jelata bahawa di bumi Tanahair Api Angin sedang mencari ikon bunga yang perlu dinobatkan sebagai bunga kebangsaan. Maka, satu pertandingan diadakan untuk rakyat jelata. Dan pada ketika itu, tidak berapa banyak pertandingan yang dibuka kepada rakyat. Kebanyakan pertandingan dibuka untuk golongan bangsawan, istana dan kru-kru serta kroni-kroni penganjur. Cuma, sejak perlantikan ketua unit yang baru ni, pertandingan lebih bersifat telus. Jadi, dalam syarat pertandingan diletakkan kakitangan dan saudara-mara pihak penganjur yang terdekat tidak dibenarkan memasuki pertandingan.

Di mana, hadiah pertama adalah merupakan pekej percutian dari Mekah ke Madinah hanya untuk makan angin saja. Dan untuk membeli-belah. Serta tangkap gambar bagi tebal album peribadi. Hadiah kedua pula, adalah pakej tajaan sambung belajar ke Edinburgh, Scotland atau ke Oklohama, Jepun waima surat tawaran belajar belum diterima lagi dari pihak kedutaan. Takpe. Ini bersyarat bagi mereka yang berkhidmat dalam sektor awam sahaja. Lebih-lebih lagi jika tahu penempatan ditempatkan ke kawasan yang jauh. Atau main politik jabatan. Bagi saja alasan sambung belajar. Hadiah ketiga pula, merupakan bekerja di tempat-tempat yang tiada sangat tekanan pembangunan tetapi gaji lumayan nak mampos! Dengan enam kenaikan tangga gaji. Tanpa bersusah-payah membuat pelarasan gaji ataupun bukti KWSP. Contohnya bekerja di Pulau Aur. Hadiah saguhati pula sebanyak 50 buah berupa satu laman sesawang facebook untuk kegunaan peribadi bagi dimasukkan gambar-gambar yang boleh ditatap oleh seluruh dunia. Memasukkan gambar porno dengan secara automatisnya hadiah diberikan kepada orang lain. Hadiah iringan pula ialah sepinggan kuih cucur udang atau cucur badak atau cucur kodok. Pilih antara satu. Hadiah ini adalah hadiah dari pemimpin untuk rakyat. Dan juga merupakan hadiah penyertaan.

Baik, lupakan soal hadiah. Maka, telah tiba saat yang dinanti-nantikan. Rakyat jelata dan semua penghuni mengusul pelbagai jenis bunga untuk dinobatkan sebagai bunga kebangsaan. Terdapat tidak kurang dari 800 jenis bunga yang dicadangkan. Dan cadangan bukan hanya sekadar memberi cadangan tetapi disertakan justifikasinya yang kukuh juga. Antaranya ialah bunga tulip, ros, melati, cempaka, kemboja, kekwa, bourgenvilla, kenanga, sakura, teratai, dahlia, anggerik, orkid. Termasuklah bunga plastik, bunga api dan Bunga Citra Lestari. Akhirnya, dari sebegitu banyak ditapis-tapis menjadi 22 jenis bunga yag terpilih pada saringan kedua. pada peringkat ini. 23 jenis bunga yang layak itu ialah bunga rafflesia, bangkai, lavender, melor, helikonia, raya, krisantemum, anthurium, lili peri, nankusa, kakao, kristal, pinjaman, matahari, tanjung, geti, tahi ayam, rampai, telor, manggar, pahar, padi dan bunga kobis.

Daripada 23 jenis itu, maka dipilih satu saja yang mendapat undian SMS tertinggi serta dicampur markah juri profesional. Bunga itu ialah bunga raya. Ia dipilih berdasarkan sifatnya yang tidak berbau. Senang ditanam di mana jua. Bunganya tidak bermusim. Mempunyai lima kelopak. Warnanya yang merah melambangkan keberanian yang nyata. Maka, Bunga Raya diisytiharkan Bunga Nasional bagi Tanahair Api Angin. Sejak itu, penggunaan bunga raya diadaptasi secara meluas. Termasuklah menamakan nama cahaya mata yang baru lahir antaranya Nurul Raya'iyah, Ali Raya, Muhammad Hibiscus dan sebagainya. Fanatik sungguh!

Namun, kini bunga raya semakin dilupakan. bunga raya tiada tempat di kedai-kedai bunga hidup mahupun bunga plastik. Apatahlagi di majlis-majlis keramaian atau keraian kebanyakan bunga manggar, bunga rampai, bunga pahar dan bunga api lebih mendapat tempat. Rupanya, ramai tidak tahu bunga raya itu banyak khasiat dari batangnya, daunnya dan bunganya sendiri penuh khasiat.

Selamat menyambut bulan kemerdekaan


.

29.7.09

Bersendiri

Satu hari aku ke Kota Bahru untuk membeli barang keperluan. Tambahan pula, tiada apa yang hendak dibuat pada hari tersebut. Kemudian, aku pusing-pusing melilau-lilau mencari tempat parkir. Dan pada hari itu aku terasa bodoh sungguh apabila makan tengahari seorang diri. RAsa diri seperti dipulaukan pun ada juga. Sampaikan orang yang datang untuk mengira makanan aku menegur.

"Make sore Be? Hehe" Dia akhiri dengan tawa kecil.

"Hoh la, sore cukupla. Di kubur nanti kito pung sore jugok. Ke guano?" Aku membalas pertanyaan dia.

"Hahaa" Dia ketawa lalu terkedu.

Dan pada hari itu, aku membeli sejadah, kopiah, baju putih polos pakaian solat, senaskhah al-Quran dan seutas tasbih. Entah kenapa aku jadi insaf dan rasa dekat benar dengan Tuhan. Barangkali inilah hasilnya apabila tinggal di negeri yang dikenali Serambi Mekah. Alahai...


.

28.7.09

Siri Papa III

Ta Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, ya Tuhan kami perkenankanlah doa kami.

(Ibrahim: 40)

27.7.09

Sisi Papa II

Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang bertaqwa.

(Furqan: 74)

24.7.09

Sisi Papa I

Ya Tuhanku berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang soleh. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar permohonanku.

(ali-Imran, 38)

22.7.09

Petua tahan lama

Ya, pada hari ini gua nak kongsi petua. Pada lazimnya kita akan menggunakan lilin apabila bekalan elektrik terputus. Baru-baru ni gua masuk rumah, tekan suis lampu. Lampu tak menyala. Tekan suis lagi satu pun sama. Tekan suis kipas apatahlagi. Gua pun nyalakan lilin. Lama jugak gua berlilin malam tu. Bila gelap macam ni la baru sibuk nak baca buku. Rupanya, pakai lilin ni membuatkan kita insaf sekejap dan datang naluri nak membaca. Alahai... Kemudian, gua terfikir suis utama. La... Patutla, suis utama tak 'ON'. Aduyai.. Maka, gua pun padamkanlah lilin. Lilin gua lebih tahan lama dan boleh digunakan untuk jangka panjang. Ini yang pertama.

Yang kedua. Kebiasaannya lilin akan cepat habis atau cair. Kecuali lilin kek hari jadi je yang tak sempat nak mencair dah kena tiup. Jadi, untuk menjadikan lilin ini menyala lebih lama, cubalah adik kakak simpan lilin ini di dalam peti sejuk selama lebih kurang 24 jam sebelum adik kakak gunakan. Lihatlah hasilnya adik kakak pasti kagum. Lebih tahan dan lebih lama.



.

20.7.09

Dari Kuala Lumpur ke Kuala Lipis




Nama gua dah komersil. Ada siapa kisah? Gua dah bagitau pada semua orang-orang Menchester di sini, bahawasanya awek gua sekarang sedang menunggu hari. Kalau ditakdirkan gua tak duduk ofis ni maknanya gua pergi teman awek gua kat hospital bersalin. Tapi kau tengoklah nanti. Bukan diorang ingat pun. Bukan diorang kisah pun. Tarikh tu tak penting bagi diorang. Well well well... Tapi saaaaaaaaaaaaaaaaaaaangat penting bagi gua.

Ya Allah tidak ada yang mudah kecuali sesuatu yang Engkau jadikan mudah, Engkaulah yang yang menjadikan yang susah itu mudah.


.

16.7.09

Nampak tak telor dia

























Semoga semua berjalan lancar dan selamat. Amin...


.

13.7.09

Keluar perut gergasi masuk mulut buaya

Satu hari. Gua turun belanja dapur di 'GERGASI'. Keluar dari perut 'GERGASI' awek gua ditahan oleh beberapa orang pemuda. Mempromosikan produk jenama arezzo (lihat sini). Gua pun layan sekali duduk bersama laskar-laskar cinta. Mereka memberi penerangan dan memberitahu ada kupon khusus pada hari ini. Sempena promosi dan pembukaan kedai. Harga set dapur elektrik tu lebih kurang RM3k. Dua orang pemuda tu kata, kupon diberi diskaun di antara RM100-RM300. Sambil menunjukkan kad kupon pelanggan-pelanggan yang terdahulu.

Kemudian, gua siat kad kupon tersebut. Gua bagitau kalau dapat RM1k camne? Dia jawab paling tinggi RM300 bang. Nah! Gua dapat RM1k potongan. Terkejut berok mereka. Mereka tidak percaya. Kaunter jadi kecoh. Mereka kata ini silap cetak. Semua staf bertugas datang berkumpul. Mati-mati mengatakan kesilapan cetak berlaku. Mereka jadi panik! Aku biasa saja. Mereka tak senang duduk. Aku biasa saja.

Lantas, pemuda yang satu lagi menelefon manager. Menanyakan akan hal itu. Manager menjawab melalui talian bahawa hal itu adalah benar. Gua dan awek gua antara pelanggan terpilih katanya. Alahai. Girangnya hati kami di kala itu. Tiada siapa yang tahu. Kemudian, mereka memberi 'juice mixer' pula sebagai hadiah percuma. Dua pemuda tadi takut gajinya dipotong. Sehingga kalut begitu. Menurut manager, kad kupon yang bernilai RM1k hanya ada lima keping. Aku dan awek aku antara tiga yang pertama. Oleh sebab tiga yang pertama. Kemudian, mereka menawarkan periuk khas untuk set dapur elektrik itu, buatan German. Dengan syarat menambah wang RM1k & pilih mana-mana produk arezzo sebagai hadiah. Pergh! Wow!

Malam itu, kami habis RM3k dengan membawa pulang 3 barangan bernilai lebih dari RM9k. Hai, entahlah, samada kami diperdaya oleh sindiket jualan atau mata kami menjadi kabur malam itu atau kami terkena dek pukau tak nampak harga. Haha! Anggaplah itu hadiah untuk awek tercinta sudah. Malam itu, MPV kami penuh dengan tiga barangan tersebut. Kepada mereka yang ingin mencuba nasib, silalah ke perut 'GERGASI' Shah Alam untuk produk ini. Sebelum Ultraman datang menyerang.


.

8.7.09

Biasa camnilah

Memandu dari Stockholm City ke Manchester adalah perkara rutin setiap hujung minggu. Itu biasa beb! Perkara yang tak biasa lakukan kemudian dilakukan berulang-kali ia akan menjadi biasa la. kalau kau terperanjat mendenga itu, kau tak biasa dengar. Dan kau tak biasa buat. Kalau kau tak biasa makan budu tumis misalnya. Kau cubalah supaya ia akan menjadi kebiasaan pada diri kau. Begitu juga dengan pengat durian atau pulut durian. Kau makanlah buat biasa. Kalau kau tak biasa sarapan yang berat-berat. Kau cubalah sarapan batu goreng. Batu itu sifatnya berat.

Menjejak kaki ke dalam rumah. Lagi pula yang belum pernah diduduki insan sebelum ini, bukan tak biasa. Tentu kau berasa seram. Member gua kata, dia tidur rumah gua dia terasa kena tindih sepanjang dia tidur. Kami tiba seawal jam empat pagi. Sampai saja di rumah, gua memberi salam. Gua masuk. Member gua pun masuk. Gua ambil wuduk. Member gua ambil bantal terus ke kawasan pembaringan. Manakala gua solat Isyak yang tertangguh. Doa sikit. Bersugi, kemudian baru tidur. Member gua dah lelap. Member gua biasa begitu. Gua tak biasa beb kalau tidur tak gosok gigi dan tak ada wuduk.

Esoknya, member gua memomokkan gua mengatakan rumah yang gua duduk ada makhluk. Gua kata, itu biasa. rumah yang ditinggal lama, memang ada yang mengisi. member gua kata, kau tak takut ke? gua jawab, takut itu sebenarnya, apabila kita semakin takut maka kita sepatutnya makin mendekati dan menghampirinya. Sesungguhnya, di kubur kita juga keseorangan tanpa teman. Maka kita seharusnya takutkan hanya pada Allah.

Memandu dari Stockholm City ke Manchester adalah perkara rutin setiap hujung minggu.


.

3.7.09

Hati

Tiada yang menggembirakan hati ini melainkan pada hari itu, Fiqa The Power Ranger Red menunjukkan sekeping kad berbentuk hati. Tertulis "I Love U Dad". "Happy Father Day".

Walaupun tulisan dalam kad itu tak menarik langsung. Comot dan hodoh sedikit. Tapi itulah, apa yang aku dapat rasakan pertalian antara kami semakin kuat dan utuh. Jalinan murni tersemai di situ. Semoga ada kebahagiaan terbina untuk kami sekeluarga. Amin. Terima kasih power ranger Fiqa


.

2.7.09

Mempersembahkan




Mendapat jemputan membuat persembahan vokal di sana-sini. Bukanlah sesuatu yang asing bagi saya. Lebih-lebih lagi di tanah air sendiri. Tanah air yang patut kita semua cintai. Bukan saya mahu riak. Jauh sekali takbur. Lagi jauh mahu bongkak. Tapi itulah hakikat. Dengan bakat dan anugerah vokal yang dikurniakan Ilahi kepada saya, insyaAllah saya boleh pergi jauh. Fewwwiittt...! Pakej pun dah lengkap. Ada apa mereka kisah?

Negara-negara luar juga menghubungi saya untuk persembahan selingan majlis-majlis berkhatan misalnya. Majlis perasmian. Majlis suai-kenal dan pelbagai majlis yang tidak dapat disebutkan di sini. Amerika misalnya, meminta saya untuk persembahan sempena majlis pelancaran peluru berpandu G157CH. Tapi saya tolak mentah-mentah. Iran juga misalnya memohon untuk saya membuat persembahan sempena majlis khatam al-Quran. Juga saya tolak mentah-mentah. Kerana kurang sesuai bagi saya. Majlis begitu rupa diisi dengan persembahan ala-ala dunia penuh glemer.

Di dunia yang fana ini. Jika menyimpan bakat terpendam yang kita ada. Orang tidak akan tahu sampai bila-bila, siapa kita. Dan tak mahu ambil tahu langsung tentang kita. Maka, kita perlu keluarkan bakat yang kita ada. Yang penting keluarkan dulu. Soal ok ke tak ok ke. Itu soal nombor dua puluh sembilan. Bukankah bakat itu satu anugerah Tuhan. Jika bakat kita dipersenda, maknanya orang mempersenda anugerah Tuhan. Itu saja.

Mendapat jemputan membuat persembahan vokal di sana-sini. Bukanlah sesuatu yang asing bagi saya. Lebih-lebih lagi di tanah air sendiri. Tanah air yang patut kita semua cintai.


.