31.7.08

Itu bukan soalnya

Kami kena pindah rumah sewa. Tuan rumah suruh pindah. Kami pindahlah...
Lainlah kalau kami tuan rumah. Tak timbul soal pindah. Sebagai penyewa baik budi kami kena akur lah. Itu bukan soalnya di sini.

Soalnya, kami kena angkat katil. Rak dapur. Dapur jenama Khind. Buku. Rak buku. Berkotak-kotak itu. Berkotak-kotak ini. Tilam. Bantal. Kain cadar. Pakaian harian. Pakaian dalam. Pakaian kotor. Pakaian sukan. Pakaian kuliah. Pakaian solat. Rak kasut. Kasut kasual. Kasut kulit. Kasut sukan. Rak TV. TV jenama Sony.

Habis dalam lima trip. Guna tiga buah kenderaan.
Jauhnya ibarat dari Taman Universiti ke Taman Sri Pulai kira-kira misalannya begitulah. Atau dari Penjara Sungi Buloh ke Mahkamah Tinggi Shah Alam lah.

Malam-malam. Kami angkut.


Kami pindah angkut naik motosikal tau. Kalian ingat kami ada duit nak sewa lori?
Hahaha.. Cuba kalian bayangkan... Tak mustahil apa?! Analoginya begini :

Sedangkan sang semut boleh mengangkat sang kumbang kelapa seberat satu
perpuluhan tiga gram yang jauhnya tujuh puluh kaki atau dua puluh satu meter.
Walaupun sang kumbang lebih berat darinya.

Inikan pula kita hanya seratus kali ganda dari tujuh puluh kaki jauhnya. Yang jauhnya kira-kira dua perpuluhan satu tiga kilometer. Katalah berat purata kita enam puluh kilogram. Berat barang-barang itu pula enam ratus kilogram. Tidakkah kita seharusnya malu dengan sang semut? Dia dah lama bersatu. Kita?
Seharusnya kita keluar dari zon selesa kita. Dikhuatiri kita terlalu manja. Manja biasa takpe. Takut manja yang bergesel-gesel sampai kita sendiri naik rimas. Parah kita! Itu bukan soalnya.

Soalnya, dalam hati kalian selalu terdetik ke? Buat apa kerja rajin-rajin, bukan naik gaji pun.. Bukan dapat anugerah pun. Ye tak? Iye lah tu...

Atau, buat apa belajar rajin-rajin. Belum tentu dapat kerja. Ye tak? Lebih-lebih lagi zaman sekarang. Nak kena pakai kabel.

Persoalannya pula, dalam hati kalian ada ke pernah rasa sesuatu. Oh, gaji aku dah naik. Aku kena kerja rajin-rajin lebih dari biasa dan pertingkatkan prestasi dari sebelumnya. Ada? Kalau ada, baguslah! Jika sebaliknya, pergilah mampos!

Maka, suatu hari kamu pun berkata. "Bos, prestasi saya tidak meningkat la.., bos ambil lah balik tambahan kenaikan gaji saya." Ada ke? Ada? Hah!

Jarang kita dengar buaya yang menolak bangkai kan? Jika ada, tolong tinggal jejak di sini. Saya ingin berkenalan dengannya.

Itu bukan soalnya lah!

____
Belasungkawa :
SN S. Othman Kelantan
telah pulang ke Rahmatullah

al-Fatihah.

30.7.08

Kempunan Ballack

Entri hari ini ditunda pada keesokannya.





"Saya bangga beberapa pemain Malaysia yang menunjukkan kesungguhan sepanjang permainan."

"Agak sukar untuk pemain saya beraksi di padang seperi ini. Pemain saya bermain secara berhati-hati kerana takut mengalami kecederaan."

Ayat lapik jurulatih Chelsea, Luis Phelipe Scolari yang dalam proses mempertajamkan Bahasa Inggerisnya.


Nota bulu kaki:
Jika mahu mempertajamkan bahasa.
Datanglah untuk berjumpa dengan penulis kebencian anda! Antologi Kacak-Jelita
KLIK SINI

29.7.08

Penangguhan buah kita

Entri pada hari ini terpaksa ditunda keesokannya. Sebabnya...






Penulis sedang menikmati buah. Buah-buahan tropika tu... Maaf la ye kerana terpaksa menelan air liur sendiri. Sedap tak tertahan ni... Lebih-lebih lagi rambutan dari Sungai Koyan. Buahnya bujur membesar. Muat-muat semulut bila nak dikupas. Rambutnya lebat. Isinya padat dan tebal. Longkah pula tu. Rasanya manis secukup rasa. Tidak terlalu banyak air. Urmm... Lain dari yang lain. Selain dari buah dadu, buah karom, buah fikiran, buah hati, buah d*da dan buah te**is. Kalian suka buah apa ye?

Enam teka-teki ahtok hari ini:
1/ Buah apa kena langkah dulu baru boleh makan?
2/ Buah apa sesekali ada di tengkuk?
3/ Buah apa biji di luar?
4/ Buah apa tidak bertangkai?
5/ Buah apa boleh beranak-pinak?
6/ Yang ni panjang sikit, Pak Mat ada kebun buah-buahan. Semua jenis buah ada ditanam. Satu hari, kebunnya terbakar. Tapi magisnya ada 3 jenis buah yang selamat. Dan tak terbakar. Apakah jenis buah-buah itu itu dan kenapa ia selamat?

Sila hantar jawapan anda ke emel atochsmart2@ AT yahoo DOT com atau klik sini. Dengan tajuk : Ahtok, inilah buah saya. Dikuti dengan susunan nombor seperti berikut:
1/ Buah ......
2/ Buah ......
3/ Buah ......
4/ Buah ......
5/ Buah ......
6/
a) Buah ....... Sebab :
b) Buah ....... Sebab :
c) Buah ....... Sebab :

Hadiah menarik menanti anda. Hanya seorang pemenang aje sebab ada satu hadiah je.

28.7.08

Kita : apa yang kita pakai (part viii)

Maka tangan Guy Ritchie segera bertindak liar. Dengan terburu-buru lelaki itu melucutkan baju Madonna Louise Veronica Ciccone. Lalu, cangkuk kutang hitam itu dilepaskan secepat kilat hinggga sepasang buah montok dan ranum milik Madonna Louise Veronica Ciccone menyerlah bangga, dihiasi puting coklat kemerahan. Tertegak bangga menghiasi kedua-dua puncak. Panas!!!

Kain Madonna Louise Veronica Ciccone diselak dengan tangan hingga ke pinggang sebelum Madonna Louise Veronica Ciccone melemparkannya ke bawah. Seluar dalam hitam wanita berjenama Calvin Klein itu terus mahu ditanggal keluar. Giannya kini berpanjangan seperti ketagihan. Madonna Louise Veronica Ciccone merasakan ada sesuatu di celahan pehanya yang mengembung sangat ranum. Pula dihiasi sejemput bulu roma yang lembut tipis memukau pandangan Guy Ritchie.

"Hak ptuii! Pahingnya seluar dalam kamu! Tak basuh ke? Kamu tahu tak seluar dalam itu melambangkan hati budi manusia. Kalau bersih! Bersihlah ia... Kalau kotor, ibarat kotorlah juga! Hak hak ptuii! Argh! Pergi tukar seluar dalam! Harap jenama je bagus!"

Koma.

"Abang tidak mencintaimu selagi sayang tidak menukar seluar dalam. Lihat seluar dalam abang yang bersih ini. Walaupun jenama tak top. Tapi, bersih."

"Hape abang merepek ni?!" Madonna Louise Veronica Ciccone kebingungan.

_____
Drama ini adalah pengulangan cerita pada tahun 1969. Pengarah dan pelakonnya saja yang berbeza. Entri di atas adalah percubaan sangat murahan untuk menarik pembaca ke sini. Harap maklum. Tapi, kalau nak geli-geleman klik sini.

Semua orang pakai seluar dalam kan? Warnanya saja yang menjadi rahsia.
Seluar dalam itu melambangkan hati budi kita, kata Pak Pyn Habib. Hayatinya betul-betul. Klik sini.

25.7.08

Kami baru pulang dari lawatan tapak

Kami baru pulang dari lawatan tapak. Lama juga di sana. Jauuuuuuhhhh sangat. Pergi naik bas. Balik pun naik bas. Motosikal kami tinggal di tempat parkir. Situlah tempat biasa kami letak.

Kami baru pulang dari lawatan tapak. Kami turun dari bas. Seorang demi seorang. Beratur. Kami tak terjun. Tak melompat. Sopaaaaaan sangat. Setelah turun bas, kami pandang sekeliling. Penatnya... Arghhh... Letih badan.

Kami baru pulang dari lawatan tapak. Mataku terpandang motor RXZ Abe. Ada tersadai elok di tempat parkir. Aku merenung tajam. Sangat janggal kerana motornya umpama Harley Davidson dari kejauhan. Maka, aku garu kepala. Uiks! Apa yang tak kena motor kau Be? Kami tanya.

Kami baru pulang dari lawatan tapak. Kami menghampiri motor RXZ Abe.

"Pap! Adoi! Absorber gua kena kebas daa... Sepasang plak tu..."

"Patutla..." Kami kata. Motor kau lowered semacam je. Dia tenggek batu-bata sebagai alas.

Ekekekekeke... Kami gelak.
Waktu-waktu begini, ramai yang gelak dari yang simpati.

Absorber batik RXZ Abe dikebas. Ini jam musim absorber batik.

"Dugaan.." kata Abe.

"Takpe. Di padang nanti kau jumpalah orangnya..." Aku menyedapkan hati Abe yang runsing lagi nampak gelisahnya.

Kami baru pulang dari lawatan tapak.

24.7.08

DIN DAN DNA

Di luar sana hujan tak reda-reda lagi. Barangkali lebat hingga menjelang malam. Hujan-hujan begini masih ada yang mencicip aiskrim kon.

Selaku Timbalan Ketua Studio pada sesi kali ini. Aku datang berjumpa Kamaruddin untuk dapatkan penjelasan tentang maklumat sekunder. Maka, aku buat keputusan untuk berjumpanya di Studio saja. Walaupun aku dan dia duduk serumah. Aku lebih suka berjumpanya di studio. Aku rasa lebih selamat dan selesa. Entah mengapa bicara pasal dia meremang bulu roma tengkuk. Lagipun aku dan dia ada perbezaan. Maklumlah aku tidur di bilik luar, sedangkan dia tidur di bilik utama. Nampak kan, ada perbezaan kelas di situ.

Jadi, aku terus tanya pada dia.

"Din din.. Kau ada dapat maklumat tentang infrastruktur dan utiliti kan? Boleh tak maklumat tu kau bagi untuk digunapakai dan dikongsi oleh kawan-kawan yang kita suka satu studio."
Yang kita suka tu aku tambah. Entah iye entah tidak.

"Arrghh! Mana boleh! Aku susah-payah dapatkan. Senang-senang kau nak mintak!"

Suasana diam.

"Kalau kau nak maklumat, kita tukar maklumat. Apa yang kau ada. Baru aku bagi." sambung dia lagi.

"Memang selama ni sesiapa yang ada maklumat diorang kongsi dan bagi... Sebab buat apa nak kutip maklumat banyak-banyak kali. Kan buat projek yang sama." Aku kata.

"Tak boleh! Maklumat ni nak dapat susah wo! Puas aku pujuk pengarah, jumpa orang tu. Orang ni. bla bla bla..." dia membalas.

Aku mengusap dada. Menyabarkan diri sendiri agar reda.

Di luar sana hujan tak reda-reda lagi. Barangkali lebat hingga menjelang malam. Hujan-hujan begini masih ada yang mencicip aiskrim kon.

Sumpah! Aku tak heret dia ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen. Atau meminta dia buat ujian DNA. Cuma apa yang aku buat, mendoakan dia agar hatinya lembut selembut rambutnya yang ikal berombak laksana rambut hakim. Jelas kan? Aku tidak berniat jahat.

23.7.08

Ketawa tak boleh dipaksa. Begitu juga Cinta.

Satu hari. Kami rakan sepengajian ingin bercuti di dalam negara. Jadi, ada usul mencadangkan supaya menyewa van sahaja. Jangan nak mengada-ngada membeli Mercedez pula. Atau membuat personal loan membeli Proton Perdana V6. Destinasi pilihan adalah ke air terjun terdekat saja. Berbanding ke Venezuela yang semata-mata di sana ada Miss Universe dan harga minyaknya yang murah giler. Entah siap yang suruh bandingkan dengan Venezuela, kurang periksa pula.

Maka, air terjun Kota Tinggi, Johor jadi pilihan. Selaku pemandu yang biasa dengan jenis kenderaan kuasa tinggi. Dan jalan yang berliku-liku. Aku dipertanggungjawabkan untuk memandu. Apa ada hal?! Setakat memandu. Tapi kalau ada apa-apa jangan salahkan aku.

Dalam perjalanan, salah sebuah van kami meter temperaturenya naik mendakak. Biasalah, van sewa kan. Lainlah kalau van kompeni. Sebagai pemandu yang mahir dalam hal sebegini, aku control macho. Ini masalah kecil dan simple. Aku pun cool je la.

Semua penumpang keluar dari perut van. Terkesima tak tahu apa nak buat. Yantzen sebagai pemandu van Rusa itu tanya kepada aku. Apa hal erk Tok meter temperature dia? Aku diam. Masih duduk di kerusi pemandu van ford yang satu lagi. Dia yang pandu, dia tanya aku pulak? Dalam hati aku.

Cuba try buka bonet. Kita tengok enjin. Ada masalah kot?.. Saripah bersuara dari belakang.

Aku rasa dia pakar dalam hal mekanikal enjin. Maklumlah, dia satu-satunya pelajar yang memakai kenderaan di kampus di kala itu. Zup..., terus dia ke depan menonjolkan diri. Biasalah, kalau tak menonjol tak nampak pulak. Menonjol baru orang tahu. Whop! Kita tinggalkan tonjol menonjol ni. Berbalik kepada van tadi.

Eh, mana enjin van ni. Kat depan takde. Aik..., kat belakang kot? Saripah kehairanan.

Barangkali dia ingat enjin van boleh disamakan dengan enjin Kancil 850.

Semua masih terkesima.

Aku masih control macho. Aku turun. Lalu. Aku dengan riak dan bangga terus buka dan melipat tempat duduk pemandu.

Kah kah kah... Kedengaran rakan-rakan lain ketawa mengekek. Dari belakang.

La.. Enjin kat bawah la woi... Ada suara kedengaran.

Aku seperti biasa tak ketawa. Serius berpanjangan. Aku bukannya suka ketawa sangat kalau tak perlu. Lebih-lebih hal sedih begini. Bala dan ujian begini mana boleh ketawa. Maka, aku jenguk enjin kat bawah tempat duduk pemandu.

Aku rasa, radiator kering dan gersang la ni.., takde air. Getus hati aku.

Aku sentuh penutup radiator. Urgh! Panas! Getus hati aku. Panas!

Tanpa berfikir panjang, aku ambil kain lap. Aku buka penutup radiator.

Bezzzzzzzzzz... chessseee!!!
Air radiator memancut keluar. Kah kah kah, aku ketawa.

Kemudian,

mereka mentertawakan aku. Kah kah kah... Murekekekeke!!! Kah kah... Ha ha ha....

Celaka! Getus hati aku.

____
Pengajaran : Untuk bercuti yang selesa sila guna kenderaan yang sesuai. Lebih elok beli Mercedez Benz E-Series. Jangan Sewa! Bukan mengada-ngada. Untuk selesa. Apa salahnya...

22.7.08

Mawar berduri

Gua satu grup dengan Sumartini lagi.

Ada bagusnya juga dengan grup dia ni...



Contohnya....

Gua dapat naik sampan percuma mengharungi sungai.

Gua dapat pinjam laporan EIA berbulan lamanya.

Dengan dua contoh ini gua rasa cukup.

Hanya kerana dia pandai PR dan memliki pipi yang gebu barangkali.
Wo, dia berupaya menjual aset yang dia miliki. Lagipun, cakapnya lembut sekali.


Owh Sumartini, kalau ada jodoh tak ke mana... Ini bukan gua yang lafaz.

Member gua yang melafazkan minta tak nak sambung. Nak putuslah tu. Sampai di sini sajalah hubungan kita. Misalnya dia kata begitu. Tapi, gua kira dia lebih memilih kata yang ada jodoh tu. Kalau kau yang membaca pun tak faham. Maknanya ada kebengapan yang tebal harus kau kikis. Owh, kau sudah kikis segala apa yang aku beri, senang saja kau kata begitu! (Selalu-selalu kau dengar begini)

Itupun setelah menerima banyak bunga mawar berduri dari Sumartini. Penghujung sekali, member gua dapat hok warna seputih salju. Hahaha! Durinya tajam menyucuk ke hati. Lalu terkulai layu. Aduyai...

Menitis air mata darah sekalipun, ia tak akan berlaku. Titik!
Kalau kau yang membaca pun tak faham. Maknanya ada kebengapan yang tebal harus kau kikis.

21.7.08

Kebanggaan kita tak semestinya kebanggaan semua

Buat kerja gruping ni biasalah kan. Ada yang curi tulang. Ada yang lepas tangan. Ada juga yang guna nama je letak nama muka surat kedua selepas muka depan (cover). Contohnya kawan saya, Am. Haha! Dalam grup gua ada sorang mamat ni, nama dia Kamaruddin. Kita panggil Kamar je la ye. Untuk mengabui panggilan sebenarnya Din Kula. Gua, selaku ketua kumpulan B, Kamar diberi tugas untuk menyiapkan cover laporan. Mudah kan?

Dua hari dua malam dia buat muka depan. Bertungkus-lumus menghadap komputer. Ya, gua tahu sebab gua memantau.

Sekali. Malam terakhir, dia tunjuk hasilnya. Semua ahli grup macam nak termuntah tengok cover dia.

"Kau buat cover macam taik. Budak darjah empat nak masuk darjah lima pun lebih cantik buat cover. Huuueeekkkk...!!! Hak ptui!!" Mereka semua cakap dalam hati dan bisik-bisik. Sebab mereka tahu kalau cakap depan, ada saja hujah dia nak berdebat. Lagipun takut kena gigit pun ada juga.

Sudahnya, semua angguk kepala tandanya setuju la tu.

"Setuju?" tanya gua selaku ketua kumpulan.

"Setujuuuuuuuu......" jawab semua.

Tapi penolong ketua kumpulan tak setuju. Bantah sekeras-kerasnya. "Kalau macam nilah cover kita. Pasti kita kena gelak.. Dan pasti imej grup kita tercalar!" dia kata.

Lalu, dia usul cover hendaklah ditukar reka bentuknya kepada yang lain. Seluruhnya. Ya, seluruhnya! Dia guna perkataan tercalar tu gua tak tahan.

Maka, gua mengarahkan dalam diam supaya Misai membuat cover yang lebih sedikit cantik dari cover Kamar. Sebab Misai lebih pandai sedikit menghargai seni kecantikan berbanding Kamar. Dan Misai lebih pandai menghargai masa. Cuma kadang-kadang je dia bangun lewat. Tak sampai 3 jam cover dah siap. Bravo! Pssst.. Kamar tak tahu. Jangan bilang dia tau. Hahaha!

Setelah kerja siap. Kami pun hantar laporan kami dengan cover yang baru dan cantik. Guna cover yang Misai buat.

Kamar pun kata, pergh, cantik cover ni. Mesti dapat A punya la... Dia berkata sambil duduk dan menalakan cover yang dibuatnya ke sinar lampu kalimantang di bilik itu.

"Hak ptui!!" Mereka semua cakap dalam hati dan bisik-bisik.
Sampai sekarang Kamar dok bangga dengan covernya sendiri. Hahaha! (Gua rasalah...)
Barangkali dia dah jaja cover itu sampai ke U.K. Sebab dia dok ulang-alik ke Ulu Kelang buat lawatan tapak.

Pssst.. Kamar tak tahu. Jangan bilang dia tau. Hahaha! Untuk kita-kita aja.

____
Kalau kau rakyat Malaysia, patutkah kau bangga dengan produk tempatan?
Baca sini untuk dapat ide

18.7.08

Hati kita lebih penting dari hati orang lain.

Satu petang, masa gua dok hostel. Gua memang suka jerang air bila kat hostel ni. Ada feel lain sikit kalau minum petang kat hostel.

Gua selalu jerang air guna heater yang gua bawak dari rumah. Walhal memang jelas peraturan hostel dilarang guna heater.

Habis..?!, Camne gua nak guna cerek hostel. Bayang cerek pun gua tak nampak. Maka, gua gunalah heater. Isi air dalam jug. Letak kat ruang dapur. Pasang heater. Switch on. Dah.

Gua pun dengan macho masuk bilik semula. Masukkan nescafee 3 in 1 dalam mug, tunggu air mendidih sampai seratus darjah celcius. Sementelahan gua tunggu air, gua pun bersandar kat pintu koridor sambil tengok telatah budak-budak hostel blok satu lagi. Terlompat-lompat macam kera kena belacan.

"Hoi tok! Buat apa?" ada member tegur gua.

"Lu tak nampak ke gua buat apa? Gua tengah basuh kain ni..." Balas gua pada member gua yang dah tau bertanya pula.

"Hahaha.. Jom ar main bola." Member gua provok.

Dalam kami bersembang. Tiba-tiba dia menjerit.

"Api! Api! Api! Terbakar... Terbakar!!"

Dia terlompat-lompat sambil menunjuk ke arah gua.


Lantas. Apa lagi...
Lantas, gua menoleh ke belakang. Mak aiiih. Api dah merebak beb.
Dengan sepantas kilat, gua berlari pecut. Lalu, gua sambar baldi. Gua isi air dalam baldi. Gua jirus ala-ala Bomba memadamkan kebakaran.

Dapur hostel berasap.

Jug plastik gua cair...


Kabinet kayu dapur hostel musnah dimakan api.
Hati gua luluh seluluhnya...

Dada gua berdegup kencang.
Dup dap! dup dap! dup dab!
Ini baru api dunia. Belum api neraka! Dalam hati gua.

Mamposlah felo marah gua punya ni..
Syyy.. Tutup kes. Rileks.. Jangan cakap dengan felo tau. Gua berbisik halus untuk memujuk hati gua sendiri.

Hati kita lebih penting dari hati orang lain. Percayalah..!
Buat apa kita jaga hati orang tapi hati sendiri sakit bagai ditikam. Fikirkanlah...!

17.7.08

Mendukung biawak hidup

Entah siapa punya ide ntah...
Tup tup, gua dapat satu grup dengan Sumartini. Gua pun kurang pasti dalam hal ini. Camne dia boleh tercampak dalam grup gua. Dia sendiri boleh jawab rasanya. Bukan! Sumartini bukan tak cun. Cun beb! Pipi gebu, kulit halus mulus kuning langsat. Bukan gua tak mau Sumartini grup gua. Dah ditakdirkan begitu. Nak buat camne. Ah! Itu bukan soalnya di sini.

Soalnya. Lu tahu-tahu aje la kan. Kerja dalam grup. Semua boleh bertindak sebagai ketua. Dan semua juga boleh bertindak sebagai ahli biasa. Dan semua boleh jadi member lelap. Semua barangkali boleh jadi aktif. Maka, gua ambil pendekatan, lu pikirlah sendiri. Sebab, takde siapa dilantik jadi ketua. Pandai-pandai arah diri sendiri.

Satu hari. Dalam grup itu. Oh ya, lupa pulak nak beritahu nama grup tu. Katalah nama grup itu, heksagon. Ada ke bagi nama heksagon. Ok ok.. Ahli heksagon masing-masing buat kerja. Macam nak mampos! Sibuk mengalahkan semut menghurung gula. Helang menyambar ular melingkar. Maka, setiap ahli dengan tugas masing-masing sebagaimana yang telah dibincangkan. Maka, buatlah kerja sampai malam.

Malam itu, Sumartini dengan mata terkebil-kebil dan terkemut-kemut. Merapati gua selaku ketua grup yang mereka tergila-gila nak lantik sangat secara tak rasmi. Menanyakan soalan ini.

"Tok, ada apa-apa lagi ke kerja nak buat?"

"Dah takde daaahh...!! Balik arr, kalau nak balik!" gua cakap dengan nada sindir yang amat pedas lagi ganas dengan alunan kata berlagu. Dengan melafazkan sekali nafas.

"Errrmmm...., okeylah.." Sumartini jalan menuju ke daun pintu yang sediakala terkuak. Bayangnya menghilang ditelan gelap malam.

Entah siapa punya ide ntah...

"Ada ke patut dia tanya soalan gitu? Esok ada submittion babe! Balik betul dia...? Betul-betul dia balik!" dalam hati gua menyumpah dan menyampah.



Padan muka semua ahli grup. Inilah akibatnya mendukung biawak.




Err. Gua tak cakap Sumartini biawak! Korang yang fikir begitu. Aha..!
Gua cakap dia pipi gebu, kulit halus mulus kuning langsat. Weh, itu bukan soalnya di sini.

Soalnya di akhirat nanti. Apakah gaya kepemimpinan gua akan dipersoalkan?
Sedangkan gua dilantik jadi ketua atas dasar demokrasi. Bukan gua yang tergila-gilakannya sendiri. Ini konspirasilah ni..

16.7.08

Kita : apa yang kita pakai (part vii)

Satu hari yang cukup sunyi bagi gua. Kalau sunyi sepi membungkam diri memang pantang bagi gua. Macam hidup ni seolah-olah kosong. Sebab cuti semester dah bermula. Maka, gua cari ide untuk bertandang ke rumah sewa member gua. Bikin tak sunyi. Al-maklum pulak ada member gua yang tak dapat pulang bercuti di kampung. Kesian mereka.

Kebetulan, bapak gua baru angkat Honda EX5 beb. Meter tak sampai seratus Km lagi beb. Hitam berkilat. Cantik menawan. Gua pun rembat senyap-senyap. Lalu, gua tanpa sebarang niat, nak menunjuk motor baru tu pada member gua. Gua pergilah ke rumah dia. Nama dia Rozam. Rozamusliadi Roslan. Zam, ikut gua pi Skudai. Ada apa? Ikut je la.. Motor baru ni... Gua nak test..

Gua pun pergi Skudai dengan niat untuk lepak-lepak dengan member yang tak dapat pulang bercuti ke kampung. Kesian mereka. Pasti mereka kesunyian. Gua cubalah nak isi kesunyian dan kesepian tu. Gua takde niat langsung nak menunjuk motor baru bapak gua tu. Gua cuma nak tanyang je, tu motor bapak gua.

Lepak punya lepak. Lama-lama gua pun rasa naik bosan. Terasa angin naik kepala. Lebih kurang sama kalau gua lepak kat rumah. Lebih baik gua lepak rumah. Gua pun cakap ngan member gua. Nama dia Talip. Oi Talip! Apa program harini? Takde pe. Dok umah je la. Awat? Dia tanya gua. Apa kata, kita gi Melaka balik hari. Perkataan itu yang terpacul dari mulut gua. Yang gua sendiri sedari. Ikut sesedap rasa. Itulah sebab mulut percakapan kita berbau. Naik apa? Naik motor la beb. Gua balas.

Ni motor Suzuki RG Sport Poji pun ada. Dia tinggal sini. Orangnya balik kampung. Kata Wak. Merangkap member gua juga. Mohd. Aznee Wagiman nama sebenar dia. Kalau cuti, dia jarang balik kampung. Sibuk bergelandangan. Sudahnya dia kantoi banyak subjek. Tak dapat bawak balik segulung. Dua gulung tikar dia bawak.

Ok jom.

Dengan berbekalkan motor dua biji. Kitorang terus bertolak ke Melaka. Dengan tanpa niat langsung! Kitorang pergi Melaka ikut Lebuhraya Utara-Selatan. Dipendekkan cerita, banyak cabaran jugak masa naik motor berkonvoi tanpa tujuan tu. Panas, hujan, angin, asap, habuk, punggung kematu, cucuk bontot lori. Haha... Kejap gua potong member gua. Kejap gua potong member gua. Begitulah bersilih ganti. Membelah angin belakang lori mencium bau asap.

Sudahnya, kitorang singgah rumah member yang satu lagi. Dia pulang ke kampung halamnnya kat Merlimau. Nama panggilan dia Lan. Makcik, kitorang nak tumpang tidur sini... Apa ada hal.. Mak dia kata. Sungguh baik mak dia. Dalam hati siapa yang tahu kan??

Esok pagi, selesai salam peluk dengan keluarga yang kitorang tumpang tidur free of charge, kitorang bertolak ke Bandaraya Melaka. Sambung aktiviti kutu rayau. Beli kamera pakai-buang. Kami tangkap gambar yang boleh pose-pose menarik. Klik sana! Klik sini! Wah! happening betul. Dan hidup kami barulah terasa tak kosong dan sepi. Dah selesai. Kitorang pun berambus balik. Barulah hidup ini tak terasa sunyi.

Mana taknya. Balik rumah gua kena bebel maut pulak dengan bapak gua.

Kau ke mana hah?! Umah kawan. Gua jawab.
Hisshh. Kang... Pang! Bapak gua cuba angkat tangan nak pelempang gua. Tapi tak jadi tas dasar simpati. Dia dapat capai telinga gua. Di piat telinga gua je. Adeh.., dehh!
Ni ni, meter dah banyak ni. Tentu kau pergi jauh.
Mannna adaaa.. Gua cuba bohong sunat. Haha!
Kau pergi Melaka kan? Cakap kau memang tak boleh pakai..! Tak boleh pakai cakap kau!!! (Dialog ni gua tambah.)
Aik, mana plak orang tua ni tahu... Kantoi gua.

Barulah hidup ini tak terasa sunyi kan? Member gua pulak kena sound dengan Poji sebab cover ekzos motor dia tercabut. Itu satu hal. Satu hal lagi, Poji suruh jaga motor bukan suruh tunggang motor pergi Melaka. Sound direct empat hari empat malam berkumandang. Barulah hidup member gua tak terasa sunyi.

Kalau sepi, tontonlah filem SEPI. (link sengaja tidak disediakan)

15.7.08

Kita : apa yang kita pakai (part vi)

Bang ada rokok bang?

Rokok Suria bang. Suria Malaysia.

DIAM.

Bang kenal Azizah bang?

Doktor. Oh Doktor..!

Mana doktor ni.

Aku lapar ni.

Dah pukul lima ni.

Dari pagi aku tak makan.

Kata kul lima ada makan.

DIAM.

Karang aku kuar aku bunuh karang hah.

Aku bunuh ayam itik. Aku bunuh semua! Haha!

DIAM.

Nanti aku tak makan.

Keluarga aku kenal.

Diorang ada kat Sekinchan.

Doktor???!!! Arggghhh!


Kesian kan bila dah jadi begini?
Makan-pakai pun tak terjaga.
Sayangilah diri kita. Sebelum terjadi apa-apa.
Nanti saudara pun tak nak mengaku saudara.
Gunakan kewarasan kurniaan Tuhan sebaik mungkin.

14.7.08

Kita : apa yang kita main (part ix)

Am gemar kepada sukan bola sepak.

Satu hari. dia tanya jam saya. Masa tu saya di studio melukis. Biasalah, kalau nak melukis atas tracing paper masa tu sapu bedak.

Eh kul berapa? Dia pegang tangan saya, dia tengok sendiri.

Alamak! Bola dah start. Dia lari sekuat hati. Beberapa langkah dia pergi.

Gedebum!
Dia jatuh tersungkur atas lantai yang licin akibat debu bedak yang budak-budak guna di studio. Terlentang. Tersungkur dan terkangkang.

Saya. Nino nino nino... Automatik suara keluar dari mulut saya. Kebetulan saya seorang saja ada 'tool box' di studio itu. Jadi, saya gunalah 'tool box' itu pertolongan cemas. Padahal dalam 'tool box' itu bukan alat pertolongan cemas. Alat tulis. Saya bukan mahu menjatuhkan air mukanya. Saya mahu membantu dia. Tak sangka pula, ia jadi bahan ketawa.

Saya harap dia tak kecil hati. Sebab, budak lain mentertawakan dia. Mereka mentertawakan saya. Saya rasalah... Apa? Ingat muka saya serius, saya tak boleh buat lawak. Jadi, untuk Am kau jadi subjek lawak. Lain kali jangan main-main.

Siapa suruh kau lari! Hahaha...

11.7.08

Kita : apa yang kita main (part viii)

Tak sangka pulak hari itu, budak kampung dapat kumpul lebih dari dua puluh orang.
Gamaknya mereka rancang nak main baling selipar.

Lat ta li lat laili tamplong!

Kau sini. Team aku.
Kau team dia.
Kau team aku.
Kau team dia.
Hah cukup. Ngam!

Aku? Tanya Eymi.
Kau pengadil. Haha!


Obejus!
Hah!
Gua menang.
Gua jalan dulu hah.

Geng. Ready...

Bagi selipar. Bagi selipar...

Zaaas!
Satu kali.

Zaaas!
Dua kali.

Pedepek! Huhu... Kena!

Baling......!

Yol jaga sana...
Yim jaga situ.
Yom sambut!

Larrrrrriiiiiiiiii.....!!!!

Meh sini. Meh sini..

Hah! Kena.

Mati arr!

Phiyuuuuunggggggg.......!

Oit. oit, mana aci main baling kepala. Baling bawah je la. Dari paras pinggang ke bawah.

Okey. Okey...

Maka riuh-rendahlah kampung itu dengan suara budak-budak kampung.
Tak sangka pulak hari itu, budak kampung dapat kumpul lebih dari dua puluh orang.

Phiyuuuuunggggggg.......!

Kelenting..! Traaannng! Pang!

"Hallamak! Gulp!



"Hoi, sape pecahkan cermin arrrr! Main tempat laiiiiiiinnn...! Habis cermin tingkap hakuuuu...."

Larrrrrriiiiiiiiii.....!!!!

Tak sangka pulak hari itu, budak kampung dapat kumpul lebih dari dua puluh orang. Mereka bertempiaran lari lintang pukang. Tukar port main. Haha!

Esoknya mereka main lain pulak. Gasing ka, gundu getah ka, zero point ka, guli totok ka, guli lubang ka, sembunyi ibu ka, bola cop ka, baling tin ka, konda-kondi ka, laga spider ka, layang-layang ka, galah panjang ka, cakar ayam ka, polis sentri ka, kahwin-kahwin ka, masak-masak ka, pondok-pondok ka, batu seremban ka, tepuk gambar ka, tepuk batang aiskrim ka, tembak-tembak ka, chup tiang ka, captay ka, sepak yim ka, acah sepak kaki ka, milomi lomi ka, main jentik ka, congkak ka, enjit-enjit semut ka, main lima tutup botol ka, nenek-nenek ka, bola sepak kertas ka, rondes ka, teng-teng ka, lawan pemadam ka, lawan pen ka, main silang # ka, main kepung-kepung kat buku kotak-kotak ka.

Apa ada hal?

___
Bukan soalan kat kubur.
Apakah yang kau main masa budak hingusan?

10.7.08

Kita : apa yang kita main (part vii)

Saya dah cuba banyak kali. Jawapan ni takde la dalam pilihan la Cikgu.

Mana boleh! Mesti ada punya. Cikgu aku kata bersungguh.

Cuba cikgu buat? Takde. Takde jawapan! Aku cabar.

Lama kemudian.

Ni ada ni... hah!

Terima kasih Cikgu. Bagi saya jawapan. Hehehe!

Jangan main-main depan saya ye... Belakang saya apatah lagi, laung Cikgu aku.

Heh! Belakang?!

Err.. Belakang papan pemisah atau partition misalnya.

*****

Dulu. Saya ada kawan. Ramai kawan untuk gembira. Tidak untuk berduka. Abaikan itu. Berbalik kepada cerita asal. Satu hari, saya kemaruk nak main-maian sesuatu di studio teknikal tempat kami belajar. Hah, kebetulan kami di studio ketika itu. Di studio banyak papan pemisah (partition) untuk kegunaan pelajar. Lalu saya ajak Syam dan Talip. Kemudian, kami main tolak-tolak troli menghiburkan hati. Selepas kami boring main bola kertas. Entah siapa punya ide entah!

Sedang kami bermain tolak sana tolak sini. Tolak sana sini troli. Tiba-tiba troli terlanggar partition. Lalu partition itu tumbang. Tanpa disedari di balik partition itu ada pelajar perempuan sedang tidur barangkali.

Gedebang..!!!

Partition itu jatuh. Mujur hanya kena pada kerusinya tempat dia duduk. Dan mengena sedikit badannya saja. Tak luka pun. Kedengaran suara menengking.

"Korang kalau nak main pergila padang! Kalau kena hempap benda alah ni badan awek gua ni. Boleh mampos tau tak? Sape nak tanggung! Blah!" dia sound macam nak bertumbuk.

"Hek eleh..!" Dalam hati kami. Awek dia tak kata apa pun. Dia lebih-lebih.


Tak mahu merumitkan keadaan. Saya meminta maaf mewakili kawan-kawan.

Bukan susah nak minta maaf kan. Maafkan kami penunggu gua..

9.7.08

Kita : apa yang kita main (part vi)

Satu petang mak dan bapak ajak kami pergi ke bandar. Mak, bapak, aku dan dua orang adik aku. Kami gembira gilerr masa tu. Tak pernah-pernah mak dan bapak ajak kami jalan-jalan. Entah apa mimpi mereka hari ni ajak pulak.

Di perhentian bas, kami terlonjak-lonjak kegembiraan macam monyet. Terlompat sana. Terlompat sini. Menyeberangi longkang yang lebarnya dua kaki. Dalamnya pula membawa ke tiga kaki. Sambil menyanyi-nyanyi.

"Jangan main situ! Kalau jatuh nanti, kita balik. Takyah gi!"

Tak lama lepas tu.

"Dah. Balik..!"

"Ni semua abang punya pasal. Kan dah.." Adik aku kata.

Dia tak tahu bukan aku senghaja masuk ke longkang tu. Ada Setan tolak. Kan dah janji Setan kacau anak-cucu Adam. Aduhai, kempunan kami nak ke bandar. Celaka punya Setan!
___
Dulu bandar JB kat tengah-tengahnya ada Pasar Awam. Sebelah bangunan KOMTAR. Sekarang sudah naik CITY SQUARE Shopping Mall. Budak kutu pergi mana entah.

8.7.08

Maskara 9 : Ulasan dari dalam

Ini ulasan MASKARA. Entri terbaru scroll di bawah.

Malam MASKARA 9 sangat best bagi gua. Tak macam sabtu malam minggu yang aku lalui. Lain juga dengan malam mengaji. Lain sungguh dengan malam pertama. Gua suka. Gua terhibur beb. Itu yang penting kan. Gua pergi tak rasa rugi la. Cuma gua terlepas separuh masa pertama. Tapi gua layan dan sangat enjoy separuh masa kedua. Pergh! Mantap beb. Sol-jah, lain kali buat peraduan lagi. Hadiah kereta kebal pulak. Cis! Gua silap teka. Patutlah nama gua tak menang. Heh!

Persembahan kugiran CMYK gua suka. Meaning CMYK. Sempoi... Mereka guna teknologi beb! Cuma mereka mengaku tak biasa dengan teknologi. Pengakuan jujur tu. Suara sedap! Mat Jan hos yang spontan. Best... Nasriah Abdul Salam, puisi dan ceritanya seronok! Hidup cerita dia. Sebelum dia cerita dia menyampaikan puisi ilham dari surah Yusof. Gemersik suaranya! Aduh...

Enche penyair dari UK Perdana mempersembahkan puisi romantik sedih katanya. Pun best, walaupun beliau dah lama tak baca puisi. Boleh juga beliau baca malam itu dengan jayanya.

Pak PynHabib gua tabik. Puisi seluar dalam walau gua dah banyak kali dengar. Gua rasa pun jadi best jugak. Sebab suasananya yang kena. Kena dengan moodnya juga. Romen cara kampung gua pertama kali dengar. Lagi best rupanya... Alahai! Jemput lagi beliau. Hidup suasana!

Alina & geng pun best. Mereka bergelandangan. Satu-satunya persembahan duduk bersila dan bersimpuh. Dapat pujian. Dan patutnya dapat tepukan berdiri. Ili memang suaranya mengasyikkan. Serius! Dia boleh pergi jauh. Jauh ke persada antarabangsa. Rumah PENA dekat sangat. Haha! Ramai yang melongo dan bulu roma berdiri aku kira. Kagum dan terangsang selepas puisi Pak PynHabib. Hahaha..! Sampaikan jemputan duduk terpaku tak mahu berganjak dan ada yang menjerit nak lagi! nak lagi! one more! one more!

Dr. Zul, membuat gua tersentuh. Sangat terkesan. Improvisasi mandi bersama kalau tak silap. Cuak juga gua kalau-kalau beliau tepijak cawan berisi air ada lilin yang di depan tu. Ketika beliau mempersembahkan ritualnya. Bukan apa, takut terpercik ke muka gua yang duduk bahagian sof depan. Khuatir juga Dr. jatuh bergelimpangan. Tak pasal-pasal nanti. Tapi beliau berjaya. Ya, tepukan gemuruh untuk beliau.

Jonos menutup persembahan dengan entri berkata-kata sambil sambil mempromosi baju Sol-jah dalam hasil cetusan idea sajak seluar dalam. Baju dalam. Kelakar. Kelakar... Lu orang beli baju sol-jah. Cantik! Kainnya tebal. Dah pakai simpan. Sayang nak basuh! Hahaha! Maskara 9 memang best. Bagi mereka yang tak datang lagi, jemput ke Maskara akan datang.

Jumpa kita di Maskara X : 2 Ogos 2008 nanti. Let's gone!



____
Lagi bacaan lanjut :
1/ Ajami

7.7.08

Kita : apa yang kita pakai (part v)

Satu hari aku jalan-jalan di pasar malam. Ada orang datang menghampiri aku.

"Hoi Din apa khabar kau? Duk mana sekarang? Lama tak nampak?" Makhluk ini menegur dan bertanyakan tiga soalan serentak dalam satu nafas.

Aku merenung tajam tepat ke mukanya. Kemudian. Dia menepuk-nepuk bahu aku. Menggoncang-goncang kedua-dua bahu aku yang tak jatuh.

"Kau Tajuddin kan?" Dia bertanyakan soalan yang keempat.

"Bukan. Taklah..." Aku kata.

"Argh! Tajuddin, Tajuddin... Kau nak menyamar pulak?!" Dia mengeluh memasang ketidakpercayaan jawapan aku lalu bertanyakan soalan yang kelima.

"Ni IC saya." Aku menghulurkan Kad Pengenalan Malaysia aku kepadanya.

"Oooops sorry la ek. Salah orang. Sorry ye?" Dia tersipu-sipu lalu mengakhiri jawapan dengan soalan yang keenam.

Lalu. Kami beredar tanpa sebarang perasaan. Dan tiada sebarang prejudis. Memecah keheningan malam.

____
Kalau kita tak boleh bertindak seperti yang kita harapkan, maka kita harus bertindak seperti yang kita boleh lakukan. Itu saja. Kata-kata yang mungkin kalian boleh pakai. Atau. Kalian pakai kata-kata ini, dari bacaan dan percakapan, kita akan mendapat banyak pengetahuan mengenai orang mahupun benda, tetapi renungan kita sendirilah yang harus membentuk penilaian kita.

4.7.08

Kita : apa yang kita pakai (part iv)

Aku tinjau-tinjau kereta kancil 650 kelabu yang di parkir di bahu jalan. Aku jengukkan kepala masuk ke dalam. Aik.. Apsal kereta ni tak kunci? Cermin tak tutup plak tu. Senang betul nak kena curi kalau gini! Bisik aku.

Aku cuba buka pintu kereta itu. Dengan niat mahu mengunci pintunya.

Pap! Bahu aku disapa. Aku toleh. Awak apahal? Nak curi kereta saya ye? Errr.. Tak encik. Habis?! Errr... ni kereta adik saya lah.

Aku beredar. Malas nak bertekak. Dalam aku beredar, sempat aku toleh nombor pendaftaran kereta itu. Heh! Patutlah. Kereta orang!
_____
Moral of the story :
Orang yang membuat suatu kesalahan dan berdusta untuk menutupnya bererti membuat dua kesalahan. Sibuk tanpa menyelesaikan sesuatu, adalah suatu cabang kesenian.

3.7.08

Kita : apa yang kita main (part v)

Aku mahu mencetak beberapa helai muka surat. Maka, aku setkan seperti selalu aku mahu lakukan cetakanlah. Haik! apa fasal tak kuar plak ni.

Maka, aku hantar lagi. Tak berjaya. Dan aku hantar lagi. Tak berjaya juga. Aku tak pernah putus asa. Aku hanta lagi. Tapi tak berjaya juga. Ini dugaan ni. Sahut hati kecil aku.

Kenapa? Tak boleh cetak ke? Kawan aku menyampuk.

Entah aku kata. Dari tadi saya cuba tak boleh. Ada virus kot fail ni. Fail ni ada virus kot. Aku sambung sambil membalas dan mengulang fail ada virus.

Hah patutlah. Kau setkan muka surat berapa?! Kau print muka surat berapa? Cenggini sampai kiamat pun tak boleh kawan.

Owh tak boleh ye.

Mana boleh! dia marah aku.

Maknanya lepas kiamat boleh lah.

Kawan aku diam.

Belajar dari kesilapan itu lebih bagus daripada membuat kesilapan tanpa belajar apa-apa kan? Aku cuba memujuk diri sendiri. Uhuks! Orang yang pandai dalam belajar tak semestinya bijak di alam pekerjaan. Aku ulangi tak semestinya! Contohnya kawan punya kawan aku CGPA dia 3.52. Dia dah jadi Timbalan Pengarah pun sekarang. Pandai kan dia? Itu bukan kawan aku... Ha ha ha!

Oh ya, aku nak cabut gigi lah. Gigi aku sakit. Makanya aku kena jumpa pegawai bank yang bernama Mohaini. Sebab cek aku kena tendang. Haha! Oleh itu, aku kena ambil cuti lah. Mana-mana bank pun boleh asalkan jangan bank cawangan Melaka. Murekekekkekke... Taklah! Aku main-main aje.

2.7.08

Kita : apa yang kita main (part iv)

Satu petang. Saya lihat anak jiran saya mau main di taman. Dia main gelungsur, buaian, jongkang-jongkit dan basikalnya. Sehinggalah leka dia bermain. Alpa menyaluti dirinya. Saya kira.

"Dah dah balik..!" Saya dengar bapak dia kata dalam Bahasa Cina.

"Tak nak balikkk!" dia balas.

"Hah ni lah bila dah main taknak balik! Asal dah main taknak balik. Dah balik tak nak main." Heh bapak dia marah dia bahasa Cina.

Lalu menarik tangan anaknya. Yang melalak-lalak terpekik terlolong tak nak balik. Sedu-sedan menangis. Saya menterjemahkan percakapannya saja. Ceng cong ceng cong. Itu yang saya dengar.

Budak-budak tak boleh dipaksa. Ada cara mahu memujuknya. Heh!

1.7.08

Kita : apa yang kita makan (part ix)

Kan saya dah janji mahu perturunkan menu sayur kobis masak bening. Ingat tak? Okey. Sesuai dengan zaman kenaikan harga minyak. Menu ini tak guna minyak langsung!

Menu ini disediakan untuk hidangan empat orang seeloknya. Dua dewasa. Dua kanak-kanak.

Bahannya : sebiji ubi kentang, separuh kobis, hirisan bawang putih dan hirisan bawang merah. Potong ubi kentang dan kobis ikut suka awak. Saya memilih untuk potong dadu bagi ubi kentang. Potong serong untuk kobis.



Jerang air dalam periuk. Tunggu sampai mendidih. Masukkan garam dan perasa yang dibenarkan secukup rasa.










Hirisan ubi kentang yang dipotong dadu. Masukkan ke dalam pinggan sebelum dimasukkan ke dalam air yang dijerang tadi. Untuk mengelakkan ubi kentang kotor.











Apabila air dah mendidih, bolehlah masukkan ubi kentang terlebih dahulu. Biarkan ia masak dan empuk terlebih dahulu. Bersama-sama hirisan bawang merag dan bawang putih tadi.









Sementara menunggu ubi kentang empuk. Takkanlah awak nak dok saja. Awak buatlah apa yang patut. Kerja tak datang cari kita. Kita datang cari kerja kan? Bagi saya, saya menyediakan pelengkap hidangan kepada menu ini iaitu air minuman. Maka saya mulakan dengan potongan buah limau nipis lah.






Hirisan buah limau nipis yang dipotong, diperah ke dalam bekas air. Perah sekuat hati dan seikhlasnya. Pilihlah bekas kaca seelok-eloknya. Kita boleh nampak. Lagipun ia telus! Kalau bekas tu jatuh pun, akan pecah berderai dan meninggalkan bunyi yang kuat. Barulah mencabar kan? Kemudian, masukkan sedikit air gula secukup rasa. Pemanis.








Campurkan ketulan ais. Ambil dari peti ais sendiri tau. Jika rumah awak masih tak ada peti ais. Sediakan saja air minuman itu suam-suam kuku.










Tuangkan air masak. Ya, pastikan air itu bebas dari sebarang kuman. Untuk mengelakkan sakit perut.











Siaplah air limau nipis ais sebagai pelengkap. Sangat menggiurkan. Nanti dulu! Jangan telan air liur sendiri.

















Oh ya. Takkan awak nak makan sayur saja-saja kan? Lainlah kalau awak vegetarian. Atau spesis herbivor.

Maka, belilah ikan bakar terubuk. Atau ikan bakar spesis lain. Ingat! Nak pergi kedai, jalan kaki atau naik basikal. Takyah masak. Tak berbaloi! Beli lagi berbaloi.






Kalau ikan tu dibeli. Pastikan awak minta air asam sebagai pencicah dan penyedap. Kalau masak sendiri nak kena buat air asam lagi. Kan leceh kan?










Hah, lupa plak tadi. Sebelum masak sayur kobis bening tu. Tanaklah nasi dulu ye... Nanti awak makan lauk saja.













Taraaa! hidangan dah siap. Sajikan ia di ruang makan rumah awak. Pasti menyelerakan. Bolehlah mulakan makan. Whoap whoap! baca doa dulu. Doa makan! Lebih manis lagi kalau makan bersama keluarga tercinta. Ketua keluarga yang baca. Atau didik dan pandu anak-anak baca doa makan.




See! Makanan dah licin. Tandanya hidangan ini sedap dan berkat. Atau memang awak jenis pelahap lainlah. Kemudian. Baca doa selepas makan.

Awak bolehlah cuba. Sangat menjimatkan minyak. Sekian. Menu saya kobis bening tanpa minyak langsung!


Muka awak akan bebas minyak. Tampak licin dah...


Keenakan makanan kita bukan terletak pada resepi yang panjang berjela. Tapi bahan yang berkualiti dan bersih yang kita gunakan. Sungguh!