30.8.07

Lima puluh

Selain dari doa selepas solat. Meminta dengan Tuhan apa yang ingin dihajati. Saya ska meluahkan atau menulis di blog ini tentang apa yang saya ingini atau apa yang saya hajati. Kata pakar motivasi pula, tuliskan seberapa banyak yang boleh apa yang dimatlamatkan. Kalau mahu kaya. Tulis saya mahu kaya banyak-banyak. Hari ini saya tulis.

Saya mahu senang dan bahagia di dunia dan akhirat.
Semoga keluarga saya dimurahkan rezeki dan diberkati olehNya.

Saya ingin memiliki rumah sendiri, perniagaan sendiri, kereta sendiri.
Saya tulis ini banyak-banyak.

Merdeka!

26.8.07

Kompleks

Wanita lebih kompleks dari lelaki. Betul tak? Percaya atau tidak. Ya, wanita lebih kompleks. Pantang nampak kompleks membeli-belah. Nasib baik, petang ni, awek aku tak ajak pergi kompleks membeli-belah. Cuma ajak beli perabot. Bukan itu yang saya mahu cerita pada hari ini.

Kebanyakan lelaki menyukai wanita yang langsing dan pinggang yang ramping. Bagi saya pula, saya tak kisah dia berisi atau kurus macam lidi. Itu tak berapa penting. Yang penting di sini ialah aspek kesihatan. Tapi, terus terang saya katakan, saya gemar wanita sedikit berisi yang sedang-sedang dan bentuk tubuh macam buah pear. Sebab itu, saya selalu ajak awek saya makan nasi lemak dan minum teh ais setiap kali bersarapan pagi supaya isinya tembam. Sedap dipeluk dan sedap digomol. Hahaha... Sejak akhir-akhir ini dia mengadu pula sering sakit pinggang. Saya kata pada dia, minumlah ais selalu. Badan nak pakai lama oi...

23.8.07

Pilih

"Apa maksud U dengan meletakkan sejambak bunga di atas meja I?"

"Adakah ini tandanya U cintakan I?"

Diam.

"Atau U mahu menutup kesalahan U selama ini?"

Sebenarnya saya sedang menghafal dialog untuk siri drama terbaru. Tajuknya, bunga plastik kekal lama. Sekarang saya dalam dilema, mahu jadi pelakon ke, perancang ke, penari ballad ke, pensyarah ke atau usahawan muda ke. Saya masih gusar mahu memilih. Argh! Susah-susah saya pilih jadi warganegara berguna sudahlah.

22.8.07

Betul punya marah


Perjalanan kapal layar ditentukan nakhodanya bukan? Juruterbang bertanggungjawab ke atas pesawat yang dikemudinya. Sebuah keluarga, ketuanya adalah lelaki yang bergelar suami atau bapa. Kalau kau penunggang motosikal sudah barang tentu kau yang bertanggungjawab untuk menentukan destinasi tunggangan kau ke destinasi yang ingin dituju. Kegemilangan negara terletak kepada pemimpinnya.

Satu-satu projek itu sangat bergantung harap kepada pengurus projek yang berwibawa dan berkaliber. Kejayaan projek sangat bergantung kepadanya. Ya, sangat-sangat. Jika pengurus projek tiada, siapa pula yang bertanggungjawab? Dah tentulah orang keduanya atau orang kanannya.

Seeloknya, projek itu adalah milik bersama. Bukan terletak sepenuhnya di atas batu jemala patik perunding semata-mata. Percaya atau tidak! Jika pengarah jabatan itu mengeluarkan kenyataan projek ini projek yang terburuk. Sepatutnya ia memberi motivasi kepada pasukannya. Tak kan tak paham kot. paham-pahamlah untk buat kerja dan meningkatkan prestasi. Bukan menuding kepada perunding. Perunding perlu pemantauan.

Lebih banyak perbincangan lebih baik daripada lebih banyak menyalahkan perunding tak sudah-sudah. Aku marah betul-betul di bengkel itu. Betul-betul marah aku di bengkel itu.

20.8.07

Manual baru

Aku menghadiri bengkel penerimaan manual baru draf Rancangan Tempatan di Kuantan. (Baca, habiskan duit kerajaan dan duit kompeni Y). Untuk tiga hari ini, aku sibuk berbengkel. Aku khuatir, nanti takut pula dicop perunding yang ketinggalan zaman. Tak ikut manual baru dan pendekatan baru. Orang lain dah ke depan, kita masih di belakang dengan cara lama. Orang lain dah sibuk mengunapakai teras/tema. Kita masih lagi mengikut sektoral cara lama. Err.. Sebenarnya, perkara ini dah lama aku war-warkan dulu. Tapi siapa yang peduli cakap aku. Hanya sebagai kuli dalam penulisan laporan.

Jadi, diharap kalian dapat bersabar ya. Atau kalian bacalah entri-entri lepas. Atau kalian tatap gambar kereta ini mana tahu kalian kenal dengan pemiliknya. Perhatikan sekelilingnya kereta model-model baru belaka. Dia tetap gah dan meluncur laju di atas jalan raya. Semoga selamat tiba. Dan boleh kembali semula.


Sumber gambar : Forwarded email

_____
Soalan kefahaman.
1. Adakah apa yang kita buat pada hari ini, mampu untuk dibawa pada masa depan?
2. Adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi hari muka dengan hanya makan tidur makan tidur tanpa usaha?
3. Apakah sumbangan anda kepada negara sebagai seorang Warganegara Malaysia?

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-50.

19.8.07

Q&A di Lebuhraya

Aku bercuti tiga hari menghadiri majlis kahwin di Johor Bahru. Dapat juga pulang ke kampung menjenguk orang tua. Bermula 17, 18 & 19 Ogos 2007.

Kami mengikuti Lebuhraya. Baru aku perasaan, duit dalam purse tak cukup untuk aku bayar tol apabila tiba di Tol Skudai. Tinggal RM20. Ah, kat mana-mana R&R nanti boleh berhenti cucuk duit. Dalam hati. Sepanjang kami berhenti di R&R semua mesin 'out of service'. Begitu juga di stesen minyak yang kami singgah. AGaknya sepanjang lebuhraya semua mesin tak boleh guna.

Sudahnya, kami mengambil keputusan exit Seremban. Cari mesin ATM di bandar Seremban. Tiba di stesen minyak aku pandu masuk. Bukan untuk isi minyak tapi untuk bertanya.
"Bang, mana tempat cucuk?" aku

"Hah, cucuk apa bang?" dia kebingungan kelihatan mukanya pucat dan panik.
"Cucuk duit. Hehehe" aku
"Woh, cucuk duit depan sanalah bang... Ingatkan cucuk apa."

Kami beredar meninggalkan pembantu pam minyak itu. Hajat murni kami ke bank berhampiran akhirnya tercapai.

Tiba di R&R Pagoh, kami diekori dengan motosikal yang membawa longgokan buah duku di motosikalnya. Kami parkir, kedengaran dia berkata, "Bang, buah bang. Buah bang." Aku mengangkat tangan tanda isyarat tidak mahu buah duku yang ditawarkan. Lagipun kami sekeluarga tak berapa sihat. Bukannya tak suka buahan tempatan. Selesai makan, mentol keluar dari kotak pemikiran aku. Sambil memimpin anak, awek jalan di belakang. Kami menuruni anak tangga. Orang jual buah dah bersedia untuk mempromosi longgokan buah duku dan langsatnya.

"Bang buah bang?! Manis manis..." abang buah menghampiri aku.
"Dah ada la bang!"
"Kah kah kah.." Abang itu ketawa

"Hih Hik Hih..." Makcik cun ketawa juga.

Awek aku tak ketawa. Tapi tiba dalam kereta dia ketawa mengekek-ekek mengenangkan jawapan aku. Entah apa yang kelakar aku pun tak tahu. Hanya soalan beserta jawapan.

16.8.07

Persona

Bang tengok bang! Kereta baru.

Aku pegang-pegang. Tengok-tengok bahagian dalam. Aku buka pintu.

Bang masuk bang. Boleh duduk dalam bang. Nak beli kontek saya. Ni kad saya.

Uiks cantik arr. Macam Gen2.

Bang! Ni bukan Gen2 bang. Ni Persona.

Lebih kurang je. Daripada 130 nama yang dicalonkan dia pilih nama Persona.

Ye bang. Tapi bang, tak sama bang. Gen2 lain. Persona lain.

Apa yang lain?

Nama dia bang. Persona. Macam wira dengan satria mana sama bang.

Kah kah kah.

Berapa harga ni?

Ha, amik ni bang. Down payment boleh adjust.

Kaler ni je ke ada?

Hah, abang amik ni.

Aku tengok. Dalam poskad itu. Iridescent white, metal grey, tranquility black, solid white, solid red, light gold, blueberry tea.

Takpela bang, nanti saya fikir supaya tak menyesal bila tak beli.

Sebenarnya, perbualan ini panjang lagi di antara lelaki penjual kereta dan pelanggannya. Takut kalian cemburu pulak apabila membacanya. Maklumlah, kalau ada rezeki penulis mahu tukar kereta baru untuk Hari Raya.

14.8.07

AK6337

Pergi.

Kalian bukan tak tahu, di dalam perut pesawat macam-macam boleh berlaku. Biasanya, saya paling suka melirik tag nama pramugari yang bertugas. Tag itu terlekat di dada kirinya. Niat saya bukan nak lihat buah dadanya. Tag namanya. Itu saja. Jalan tergelek-gelek menggayakan sut merah dan putih sendat. Tak mengghairahkan? Seorang tu namanya Naomi Shida, macam nama anak saya, Nur Afifah. Lagi seorang namanya Nurul Nabilah. Juga macam nama anak saya yang satu lagi Nur Afiqah. Sama kan? Setakat ini saya mempunyai dua orang anak. Baru seorang isteri. Kalian pun tahu kan, saya ni bukannya lelaki gatal. Tapi dalam pesawat itu saya terperangkap dengan keadaan. Bukan saya salahkan keadaan. Saya juga tak salahkan pramugari itu. Memang tugas dia. Dia sengaja tunduk menghulurkan makanan yang dipesan oleh penumpang sebelah saya. Dia sengaja merapatkan pehanya ke kaki saya. Saya syak dia ambil kesempatan untuk bergesel-gesel dan merapatkan dadanya di kepala saya. Alahai, nasib baik saya punya iman yang kental. Saya dapat kawal nafsu saya lagilah. Tapi terus-terang saya katakan. Saya stim juga. Ha ha ha... Jangan bagitahu isteri saya tau!

Pertengahan.

Di bilik itu.

"Contohnya begini. Dua ratus kali lima ratus... Kita dapat... errr.. err...
Koma bernoktah.

"berapa? berapa?
Koma.
"Sepuluh ribu? Sepuluh ribu?"

"Nak bagi contoh yang susah nak congak." dalam hati saya.

"Eh, seratus ribulah. Bukan sepuluh ribu" kata orang depan saya.


Kembali.

Kali ini saya malas mahu mencuci mata. Lagipun sebelum naik pesawat tadi saya dah ambil wuduk. Tapi sekali lagi saya terperangkap dengan keadaan. Dalam pesawat ramai orang-orang kafir yang mendedahkan auratnya. Kebanyakan mereka hanya memakai singlet dan seluar pendek. Harap-harap pesawat ini tidak dipanah petir. Itu doa saya. Mereka baru pulang berbulan madu dan bercuti di pulau-pulau peranginan di Terengganu barangkali. Jangkaan saya cuma. Aduh, saya pening dengan bau mereka. Bau keropok lekor pun ada. Bau ketiak hangit pun ada. Di sebelah saya, bau minyak kapak la pulak. Saya juga rimas dengan keadaan mereka yang tak malu. Ketika pesawat mahu mendarat, dalam pesawat didendangkan dengan suara kanak-kanak lelaki menangis sekuat-kuatnya. Hampir pula dengan saya. Mahu saja saya ketuk budak itu. Tapi saya sabar. Biasalah, budak kan. Puas emak dan neneknya memjuk. Tapi tak jalan. Saya pekakkan telinga saja. Pesawat berhenti, budak itu dah pun diam. Neneknya berjaya memujuk dengan mendendangkan melodi twinkle-twinkle litle star versi Cina bukit. Lagunya: Tang ting tung tang tang ting tung.., tang ting tung tang tang ting tung...

13.8.07

Sasaran

Awek yang aku suka sangat, sering menagih gelang tangan emas sempena tarikh hari lahirnya yang akan datang. Iaitu pada 19 Ogos yang jatuhnya pada hari Ahad. Aku memahami kerana awek yang aku suka sangat tidak boleh memakai material lain seperti besi ka, kuprum ka, aluminium ka, suasa ka, campuran zink ka, amonia teroksida ka atau mana-mana kumpulan logam dan bukan logam selain emas. Alergi dan gatal-gatal kulit katanya. Sebab itu aku risau kerana dari hujung rambut sampai hujung kaki aksesorinya emas-emas belaka. Lagipun aku tak mahulah awek yang aku suka sangat terkeruk-keruk macam beruk.

"Hari minggu kedai emas tak bukalah!" aku kata mencipta alasan.
"Eh, sape kata tak buka. Hari Ahadlah kedai emas tu buka." awek yang aku suka sangat menjawab.
"Apsal pulak?" aku balas lagi.
"Kedai Emas Hari-hari..." awek yang aku suka sangat mematahkan hujah.

Kalau dari awal sudah meletakkan satu sasaran. Fikiran kita akan ke arah sasaran itu dan lebih terfokus kan? Walau apa jua alasan datang atau muncul depan kita kan? Contohnya macam saya, sasaran saya masa depan adalah membawa keluarga saya ke syurga. Untuk membawa ke matlamat itu saya telah gariskan beberapa objektif. Antaranya, memberi didikan yang secukupnya dalam soal dunia dan akhirat kepada keluarga saya termasuklah jangan dalam soal menunjuk-nunjuk barang kemas kepada orang. Melampau tak sasaran saya.

Untuk pengetahuan kalian, sempena harijadi beliau, saya hadiahkannya infiniti kasih sayang yang diterjemahkan dalam bentuk gelang tangan emas. Sungguh!

11.8.07

Jangan pandang belakang


Masih tak bahagiakah kau? Masih gusarkah kau? Kau tak bersyukur ke? Inikan satu nikmat dan anugerah yang tak terhingga dariNya.

Aduh, alangkah bahagianya saya kerana bekerja sebumbung dengan awek yang saya suka. Alahai, buat kerja sama-sama. Bukan saja di rumah tapi di pejabat. Hah, kau jangan fikir yang bukan-bukan. Saya dan awek saya bekerja bersama-sama. Saya rasa nikmat akan anugerah ini. Awek yang saya suka itu selalu duduk di samping saya. Duduk sebilik dengan saya pulak tu. Wohaha.. Suka betul saya.

Semoga murah rezeki. Jalan mesti ke depan. Bukan ke belakang.

Oh ya! Terima kasih kepada jurufoto yang tangkap gambar ini. Tak payahlah disebut namanya di sini. Dia bukan boleh akses internet pun.

10.8.07

Sidang

Dalam satu sidang yang dihadiri oleh beberapa ketul orang. Kenapa ketul? Sebab orang yang hadir tu ibarat macam batu. Berketul. Dengar dan duduk diam saja. Tanpa mengeluarkan sebarang suara apa-apa.

Dalam satu sidang yang lain pula. Syarikat Y tidak pernah bermesyuarat di antara sesama kakitangan dalam setahun kebelakangan ini. Namun, petang itu bos memanggil semua kakitangan. Kakitangan yang bekerja penat lelah siang malam pagi petang tersenyum lebar. Sebelum ini ramai juga kakitangan yang mengeluh kepenatan untuk mencapai target. Sekurang-kurangnya mempunyai output pada satu hari bekerja.

Di meja panjang itu, semua kakitangan bersorak kegembiraan kerana bos mengumumkan sesuatu. Apadia? Semua kakitangan digalakkan untuk menghadiri majlis kahwin kakitangan syarikat Y dan boleh claim pada pejabat.

Yeay! Kita isi minyak banyak-banyak dan makan nasi minyak banyak-banyak. Boleh claim, asal ada resit
.

9.8.07

Membuahkan hasil

Lepas makan durian. Habis beberapa ulas. Awek yang aku suka terus kemas ruang lantai yang bersepah-sepah dengan kulit dan biji durian. Tak lama kemudian dia mengupas sebiji manggis untuk diberi kepada Afiqah. Aku malas nak layan mereka berdua kerana aku sibuk melayan Afifah. Kau bukan tak tahu aku kan ayah yang bertanggungjawab.

"Ayah yah yah.. Sedaaaaaaaapp!" Afiqah.

"Baru dia tahu sedap. Semalam nak bagi tak mau!" Aku kata dalam hati.


Lalu awek yang aku suka mengajak Afiqah belajar mewarna buku. Aku rasa buku itu dibeli sejak umurnya setahun. Tak pernah ditulis apa-apa lagi. Dalam satu mukasurat. Gambar durian di atas dan gambar manggis di bawah. Awek yang aku suka menunjukkan cara-cara mewarna kepada Afiqah. Awek yang aku suka kaler manggis. Manakala Afiqah kaler buah durian.

Afiqah mengeluh kepenatan mewarna durian. Susah katanya sebab durinya tajam-tajam. Selalu tersasar apabila mewarna. Dia membandingkan buah manggis yang diwarna oleh awek yang aku suka. Dia menangis. Lalu datang mengadu pada aku.

"Hek eleh, kasi budak kaler yang susah. Dia kaler yang senang. Patutnya sape makan durian kalerlah durian. Sape makan manggis kalerlah manggis!" Aku.

Aku tak marah. Cuma tak puas hati sebab awek yang aku suka makan durian sorang-sorang tak ajak. Terasa aku. Ha ha.

Jangan ambil serius sangat!

Doa

"Macamana baca doa makan?" Awek aku.

"Allahumma bariklana fima razaktana wakina azabannaar. Amin" Afiqah.

"Macamana baca doa tidur?" Aku.

"Allahumma bariklana fima razaktana wakina azabannaar. Amin" Afiqah.

Pap! Doa tidur tak sama dengan doa makan sayang. Cikgu tak ajar lagi ye.

"Doa tidur cikgu tak ajar lagi ke?" Awek aku.

"Tak..." Afiqah. Geleng kepala.

"Doa tidur camni. Allahumma bariklana... Eh, salah la." Aku

"Salah la pulak!" Afiqah.

Aku dan awek aku ketawa berdekah-dekah. Tak pasti pulak, siapa ketwakan siapa.

"Allahumma bismika ahya wa amut.." Aku baca Afiqah ikut satu-persatu. Harapnya, dia tak lupa dan samakan doa tidur dan doa makan. Sasaran kami, satu minggu satu doa. Bagaimana dengan anda? Lepas ni nak ajar pulak dia baca doa memulakan pelajaran.

Ya Tuhan. Aku bersyukur kepadaMu kerana memberi kenikmatan ini kepadaku. Nescaya aku tak terbayar oelhku kepadaMu. Usahlah kau tarik kenikmatan kebahagian kami bersama. Aku bermohon juga agar kau mempermudahkan urusan hutang-piutangku di dunia ini terutamanya dengan Bank dan PTPTN. Amin. Jalan mesti ke depan tau!

8.8.07

Positifkanlah. Apa susah!

Satu. "Kajian awak adalah kajian yang terbaik setakat ini. Kita boleh jadikan benchmark untuk kajian lain."

Dua. "Kajian ini adalah kajian yang paling teruk (the worst study so far). Ishk, teruklah! Hak ptuui!"

Aku suka dengar ayat yang kedua kerana ayat itu ada unsur cemburu dan memberi maksud yang tersirat untuk suntikan motivasi. Pada hakikatnya. Ya, aku suka.

Untuk kes yang pertama. Kajian awak ni harus digantikan perkataan tema kepada teras. Kerana penggunaan perkataan teras lebih nampak kukuh dan mantap. Manakala perkataan tema macam main-main saja bunyinya. Baiklah. (Masukkan penyataan satu di sini)

Untuk kes yang kedua. Kajian awak sepenuhnya mengikut teras kajian orang lain. Kalau tak mau guna jangan dimasukkan. Be site specific! Okey okey (masukkan penyataan dua di sini)

Kesimpulan aku, penyataan yang dibuat adalah bias. Condong dan dipengaruhi faktor personaliti. Hahaha, aku tahu kau cemburu mendengar aku membentangkan kajian sedang prinsipal duduk sebelah kau dengan mukanya yang kewl tidak membidas sebarang persoalan yang diajukan. Dan aku syak juga satu masa dulu cinta kau ditolak bulat-bulat oleh prinsipal aku. Ha ha ha.


Cerita ini tiga suku fiksyen. Wataknya ada yang masih hidup. Dan ada yang sudah meniggal dunia. Al-Fatihah. Doakan kebahagian rumah tangga saya ye. Sebab saya duduk di tingkat atas. Setakat ini, tangganya kukuh lagi sebab dikonkrit.

7.8.07

Buahnya elok-elok belaka

Cerita ini separa fiksyen.

Minggu-minggu sebelum ini. Aku dan awek yang aku suka lebih banyak makan buah-buahan import. Epal, anggur, pear dan oren misalnya. Maklumlah kami dah terbiasa membawa amaln itu di Malaya ketika belajar di UK satu ketika dulu. Tapi dalam seminggu ini aku dan awek yang aku suka dilimpahi dengan buah-buahan tempatan seperti durian, rambutan, pulasan, manggis, duku, salak, langsat dan yang seangkatan dengannya. Terima kasih pada yang memberi. Aku sedar, tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima. Lebih senang dari mempunyai kawan yang punya dusun buah daripada mempunyai jiran yang sekadar memaklumkan betapa jemunya dia memakan buah tempatan. Alahai jiran!

Malam pertama kami bedal durian tiga biji. Elok-elok belaka isinya. Sedap!

Malam kedua. Awek yang aku suka tolong kupas buah durian sambil membuat kenyataan.
"Kalau kita makan durian ni, lepas tu kita biar je kulit dia bersepah-sepah sampai esok pagi. Tentu best kan?" awek yang aku suka berkata.

"Kita patut agih-agihkan buah ini untuk semua orang yang kita kenal merasa" Aku mula menukar topik bicara.

Oh ya, untuk pengetahuan kalian, anak kami tak berapa suka buah tempatan. Mereka lebih suka buah yang lain. Buah d**a misalnya. Nyam nyam nyam. Malam itu, aku makan saja durian itu tanpa mempedulikan apa yang awek aku kata. Aku tahu dia berkata sebenarnya menyindir jiran yang terbongkang membedal buah cempedak tiga biji lalu membiarkan kulit dan bijinya bersepah-sepah di hadapan rumahnya. Awek aku syak dia buat cekodok cempedak. Sebenarnya, ia memberi maksud yang mendalam bagi aku. Ha hah... Nanti kau!

Pagi itu, awek yang aku suka tolong kemaskan sisa-sisa malam tadi. Barangkali dia sakit hati. Atau dia terkena duri di jari ketika mengaut biji durian untuk membersihkannya. Lalu dia marahkan aku dengan sindiran sinisnya. Malam kedua itu terus dia mengeluarkan garis panduan umum. "Malam ini makan sorang sebiji aje. Jangan lebih! Lepas makan jangan lupa kemas."

5.8.07

SpongeBob itu sebenarnya Mambob

Fiqah lidahnya berbelit sikit bila bercakap. Umurnya nak masuk tiga tahun. Pertuturannya kedengaran pelat. Malam minggu itu, kami sekeluarga lepak depan ruang tamu sambil menonton TV. Tak seperti aku zaman bujang dahulu, selalu keluar malam. Fifah pula sedang berbaring leka sambil bemain jari-jemarinya. Aku memangilnya...

"Adik... Adik... Adik..." dengan telo dan intonasi seperti India.
Fiqah merapati lalu mengikut intonasi yang sama.

Koma.

"Teh tarik woney!" aku menuturkan sambil menunjukkan jari telunjuk berdiri.
"Milo satu." Fiqah meniru gaya tetapi menyesuaikan dengan seleranya pada malam itu. Empat botol Milo dia bedal.

Aku dan awek yang aku suka tertawa. Ha ha ha.

"Ni Mambob tatak...(merujuk kepada kakak: membahasakan dirinya)" Fiqah mencapai SpongeBob yang dibeli oleh ayahnya yang tercinta siang tadi.
"Bukan Mambob... SpongeBob..." Awek aku.
"Mambob tatak." Fiqah.

Koma.

"SpongeBob lelaki ke perempuan?" Aku.
"Pompuan. Hi hi hi.." Fiqah.

Koma.

"What is your name?" aku tanya pada Fiqah.
"Mambob..."Fiqah jawab selamba.
"Bila ayah cakap what is your name. Fiqah jawab My name is Afiqah.. tau" Aku.

"What is your name?" Aku.
"My name..." Fiqah. Diam.
"My name is Afiqah." Aku meyambungkan ayatnya sampai habis.

Koma.

"What is your name. My name is Afiqah." Afiqah menutur dengan nada pelatnya berulang-ulang kali. Comelnya...

Sambil diselangkan pertuturan. "Ni Mambob tatak..."

Lepas ni elok juga kalau SpongeBob tukar nama kepada Mambob atu Mahbob. Kuat juga pengaruh si Mambob ni di Malaysia. Habis, jiran merangkap rakan karib SpongeBob si Patrick tu nak bagi nama apa ye? Wo, Fiqah tak kenal Patrick lagi.

Indah kan malam-malam kita dihiasi warna-warni telatah anak-anak. Seperti warna Spongebob misalnya. Aku rasa malam-malam yang aku lalui tak kosong! Bagaimana dengan kalian?

4.8.07

Maskara III

Anda sekalian dijemput hadir untuk memeriahkan program yang sungguh bermanfaat ini. Tidak rugi jika anda terlibat. Tidak. Ayuh ke sana!

3.8.07

Tazkirah Hari Ini

LIMA KUNCI UNTUK DAPAT BANTUAN ALLAH.

Ada banyak persoalan yang melingkari kehidupan kita, baik masalah peribadi, keluarga, kerja atau lebih besar daripada itu. Seiring dengan masalah yang dihadapi, banyak pula cara boleh kita lakukan untuk menyelesaikannya. Kita boleh mengatasinya menerusi kecerdasan akal, kemampuan fizikal, harta kekayaan, perhubungan atau apa sahaja.

Namun bagi saya sendiri, tidak ada yang paling ampuh selain meminta pertolongan Allah SWT sambil berusaha. Mengapa pertolongan Allah? Tidak ada satu masalah pun terjadi, kecuali atas izin Allah. Semuanya ada dalam gengaman Allah. Dalam keadaan demikian, alangkah mudahnya jika Allah membuka jalan kemudahan bagi sesiapa yang ditimpa masalah. Disebabkan itu, masalah terbesar dalam hidup adalah ketika kita tidak mendapat pertolongan Allah. Seberat mana persoalan akan menjadi ringan bila dibantu Allah.

Soalnya, bagaimana agar kita ditolong Allah? Jawapanya ada di dalam Al-Quran, surah Thalaaq, ayat dua dan tiga, bermaksud "Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya dia akan menyediakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah menentukan setiap sesuatu "Jadi, kunci pembuka bantuan Allah ada di dalam ketakwaan kita. Semakin takwa kita, semakin terbuka lebar pintu pertolongan Allah. Sebaliknya, semakin ingkar kita, semakin tertutup rapat pintu pertolongan Allah.

Pertama. Mencintai Masjid.
Masjid adalah rumah Allah yang ada di bumi. Pertolongan Allah akan datang kepada sesiapa pun yang cinta dan gemar memakmurkan masjid.

Kedua. Solat Tahajjud.
Sepertiga malam terakhir adalah waktu yang sangat dicintai Allah. Sangat rugi yang mensia-siakan waktu sepertiga malam terakhir. Sebab ia telah mensia-siakan datangnya pertolongan Allah.

Ketiga. Rajin Bersedekah.
Amalan ini sungguh luar biasa. Dengan bersedekah, rezeki, urusan menjadi mudah, kita pun terhindar daripada musibah. Jaminan daripada Allah demikian pasti kepada ahli sedekah.

Keempat. Bantu Orang Lain.
Sesungguhnya Allah akan menolong orang yang gemar membantu saudaranya dan permudahkan urusan orang lain, nescaya Allah akan permudahkan urusan kita.

Kelima. Banyak berselawat.
Berselawat kepada Rasulullah SAW adalah amalan yang terpuji. Cinta akan Rasul dan bila Allah sudah cinta, pertolongannya akan terbuka bagi kita.


Sumber: Ustaz Aziz

Untuk saya dan untuk kalian yang membaca. Harap dapat berkongsi