30.6.06

??

Entri ini diterbitkan atas dasar luahan hati kecil katanya. Katanya ada sedih, duka dan nestapa. Lebih kurang begini bunyinya.

Aku pemalas ke? Pemalas ke aku? Ke aku pemalas. Bukan. Aku bukan malas nak cari kerja. Kerja yang malas nak cari aku. Entahlah. Jangan pasrah. Tuhan itu Maha Adil dan Maha Mengetahui. Positifkan dirimu. Suatu hari pasti tiba. Bisikan kecil ditelinga. Kekadang rasa bosan duduk dalam rumah. Nak duduk luar rumah pulak. Nasib baik ada buah hati pengarang jantung si kecil ni. Bisa membuatkan aku asyik tertawa. Seronok juga tanam anggur berbanding tanam tebu. Hampir masuk 3 bulan. Dah berbunga agaknya.

Kalau Pakwe aku outstation. Aku boleh balik kampung. Bertemu embah lanang dan embah wedok. Kesayangan aku. Akhir-akhir ni kesihatan mereka terganggu. Maklumlah dah berusia. Dapat juga aku membantu. Meringankan beban makcik aku. Menjaga mereka. Sekurang-kurangnya mereka tak kesunyian dengan kehadiran cucu dan cicitnya. Begitulah kalau dah tanam anggur. Mudah sikit. Hasilnya bukan lumayan sangat. Hari-hari aku buat kerja yang sama. Memanglah. Dah itu tugas aku. Memasak, mengemas, melayan si kecil yang comel dan tidur. Semua ibadah tu. Kalau aku bosan aku membaca. Baca buku. Jiwa kacau. Sesekali buka majalah lama yang tak sempat dibaca dulu. Faham sajelah perangai si kecil. Suka ambil apa yang orang pegang. Lebih rela aku pegang barang mainan dia. Bukan main suka lagi kalau aku melayan dia. Dia perlukan perhatian dan kasih sayang rupanya. Syukurlah aku upaya berikan padanya. Agaknya, ini hikmahnya.

Malam ni telatah si kecil membuatkan aku ketawa berdekah-dekah. Mana tidaknya dia berjoget mengikut rentak yang dimainkan oleh Pakweku merangkap ayah dia lah tu. Kalau rancak, gah lah dia menggoyangkan badannya. Begitulah sebaliknya. Cukup dengan gaya dan pakej yang tersendiri. Semacam menari Zapin lagaknya. Terhibur lihat telatahnya. Ya Tuhan. Inilah nikmat dariMu yang tidak terhingga. Kebahagiaan ini tak dapat dibeli dengan wang ringgit. Tidak ternilai. Kalau ada. Belikan saya kebahagiaan boleh? Orang banyak duit tak senang nak duduk. Takut duitnya hilang dicuri orang. Adakah wang ringgit penting untuk mencapai kebahagian? Adakah tiada wang ringgit dapat mengecapi kebahagiaan?

Pagi-pagi makan bubur.
Makan bubur sampai berterabur.
Kalau suka tidur berdengkur.
Bakal cita-cita jadi penghibur

"Alo bos, ini lumah, sulah ale olang mau bili. Dia mau tengok ini lumah. You kasi bukak itu pintu hah." Tuan Rumah Cina.

Ya Allah, aku baru saja pindah. Takkan nak jadi kaum Nomad. Kabulkan permintaan aku agar mereka tidak jadi membeli rumah ini. Bukankah banyak lagi rumah di sekitar kawasan ini yang masih tidak berpenghuni. Kenapa mesti memilih rumah yang sudah ada penghuni.

Berperikebinatanganlah sikit. Bagi aku masa. Penat lama belum habis. Dulu kau sering telefon desak supaya beli rumah ini. Sekarang kau sudah tampal iklan RUMAH UNTUK DIJUAL. Suka hati kaulah ini rumah kau. Lagipun aku tak ingin nak beli rumah kau. Hanya menumpang di sudut dunia.

28.6.06

Kau tanggung di panggung

Satu ketika dulu. Dalam pawagam NIRA di KOMTAR Johor Bahru. Inilah buat julung-julung kalinya aku menonton wayang bersama rakan. Kali pertama. Kali kedua di pawagam LIDO. Tak tau beroperasi lagi atau tidak. Teruja rasanya. Kami berempat. Tak ingat judul wayang tu. Tapi berkisar tentang perang. Cerita luar negara. Orang kulit putih. Tahun 80an dulu, boleh beli makanan beraneka yang dijual di tepi panggung. Nak beli nasi goreng, kuih-muih. Nasi ayam pun boleh. Boleh piknik. Jadi, kami berempat beli air bikarbonat sorang satu. Pop corn dan makanan ringan untuk dikongsi dan dikunyah ketika sedang menonton.

Kami duduk di barisan tengah. Duduk dekat-dekat kami berempat. Hari tu penuh jugak panggung tu. Dari penelitian, ramai pasangan muda tonton cerita ni. Berpacaran. Termasuk yang duduk di depan kami. Tak tahu muda ke tua. Gelap. Kalau dengar suaranya macam macho. Apasal tengok cerita perang plak diorang. Nak perang saraf lah tu. Tak pun perang mulut. Lagi sedap perang dalam gelap. Musuh tak nampak.

Nak dijadikan kisah. Di pertengahan tontonan kami. Selesai mengunyah. Kawan aku ni nak minum air bikarbonat dia yang dibeli di luar tadi. Seperasan aku, air tin ni dah dicampak-campak dan dilambung-lambung di luar sana tadi. Si kawan aku ni plak, tanpa banyak bicara terus dia buka penutup tin. Hala ke depan plak tu. Mampus.

Tuuuss.. Bunyi gas diikuti dengan air bikarbonat memancut di dalam gelap. Habis.

"Hoi... Apa ni. Bukak tu elok arr sikit. Habis basah ni...Lekit kepala aku"

Orang sekeliling dah pandang semacam. Semua terkejut beruk agaknya. Apa yang bukak. Apa yang basah. Apa yang lekit di kepala. Maklumlah dalam gelap. Yang depan toleh belakang. Yang belakang memang dah pandang depan.

"Rilek arr brader. Sorry arr. Tak sengaja"

"Tak sengaja kepala hotak kau. Lain kali tengok arr dulu. Tak sekolah ke?"

"Ayang... Sabarlah Yang. Dah lah tu, kecik aje. Orang semua tengok ni.. Malu kita"

"Ooo... Macamni awak tau malu. Dengan Tuhan awak tak tau malu."

"Abang!"
Lalu teman wanitanya berlari menuju ke pintu utama dan beredar meninggalkan pakwenya. Malu barangkali dengan sikap pakwenya yang diperlakukan begini. Tak semena-mena makwenya yang terbabit sama.

Kami duduk diam saja dan buat selamba. Ketawa kecil terkekek-kekek. Si pakwe. Tak dapat tidak juga terus keluar untuk memujuk makwenya.

"Bagus jugak kau simbah brader tu. Agaknya bila kau simbah baru dia sedar dalam pelukan dan dakapan tak? Ini bukan sebarang air ni. Agaknya air mujarab ni."

"Mujarab kepala hotak! Ni air Root Beer lah bedol. Nasib baik aku tak kena hentak. Boleh bikin gegar ini panggung. Kau nak tanggung?"

Hahahaha. Kami tergelak besar. Nasib baik perkataan THE END dah muncul di layar. Jika tidak ada juga yang mandi air Root Beer.

PENTIUMku

Semalam. Petang yang hangat. Terdetik di hati mahu ke kedai komputer. Urusniaga Pentium. RAM boleh tahan. Hard disk power lagi. Cuma yang terbakar setahun yang lalu dia punya power supply. Pom! Meletup. Hangit bau menusuk hidung.

"Helo toke, sini buleh betul ini komputer arr?"

"Apa losak?"

"Ini arr. U engok arr.. Dia punya power supply sudah kong"

"Ini apa blen?"

"Mmm. Pentium"

"Haiya. Ini balang sudah lama ma. Talak balang punya."

"Tara barang ka?"
(macamana aku boleh iku loghat cakap dia plak ni)

"Ini arrr out of date. Sulah ketinggalan zaman. Susah mau cali sparepart wooo"

"Oklah takpa. Kalau tolak ini, U mau kasi berapa arrr?"

"Haiya.. Lu tolak sama wa pun wa tatak mau wooo. Lu simpan saja arrr"

"Tala papalah toke. Tenkiu arrr"

Malas aku nak pikul benda PENTIUM ni ke rumah semula. Buang je lah sini.
PUSAT KITAR SEMULA. Tepi tong hitam. Harapnya, generasi baru sedar. Sebelum kehadiran Pentium 4. Dah ada kemunculan PENTIUM R.

Buli Lagi

"Hoi, bile kau nak bayar hutang aku hah?".
Soal Bijan sambil tangannya menolak dengan kasar ke bahu Tompok.

Budak-budak panggil dia Bijan sebab nama dia Najib. Puas aku fikir kenapa jauh betul nama samarannya. Cuba kau songsang terbalikkan. Kan jadi Bijan. Ye lah. Ye tak iye.
Mengapa Tompok pulak. Macam nama kucing. Nama samaran itu dapat sebab dia banyak panau di muka. Bertompok-tompok. Ada-ada saja budak-budak ni.

Gamat seketika suasana di belakang dewan sekolah tu. Jelas. Namun tak kedengaran hingga ke perkarangan sekolah. Lagipun kebanyakan pelajar ada di kantin sekolah.

"Hoi, kau paham bahasa tak? Baruah...".
Kali ni makin kasar tolakan si Bijan.

Tompok tak respon. Dia tahu dirinya bersalah. Duit yang dipinjam dari Bijan itu sepatutnya dibayar semula semalam hari. Entah kenapa dia tak upaya tepati. Bukan dia tak mahu bayar. Bukan dia cari pasal. Dia belum ada dan belum punya. Dia datang dari keluarga miskin. Cuma belum dapat liputan dari rancangan BERSAMAMU TV3.

Dari sudut tepi dewan kelihatan segerombolan pelajar. Ganas. Kaki pukul. Tak lain tak bukan. Samseng sekolah. Seorang, di tangan mereka ada kayu 2x2. Seorang lagi, di tangan ada kayu berupa kaki meja. Lain, berbekalkan buku lima padu. Dahsyat mereka. Ada lah dalam lingkungan enam orang semuanya. Depan sekali tu Ketua dia. Jalan berkepak menuju ke arah Bijan dan Tompok yang sedang berantakan. Menagih hutang yang belum selesai.

"Hei, kau dengar tak aku cakap apa hah?"
Kali ni, bajunya dipulas dan ditarik merapati ke dada. Muka si Bijan memang geram. Berapi macam kepala setan gondol. Tompok tak melawan. Diam tunduk. Malu agaknya.

Gedebush! Tumbukan padu tepat ke pipinya.

Nampak darah mengalir keluar. Jelas bibirnya pecah. Dia meludah. Dia usap darahnya yang mengalir. Ada juga yang tak sempat diusap. Kena pada bajunya. Berguguran jatuh ke lantai.

Bukk! Kali ni perutnya di terajang. Tak sempat nak melawan. Baru nak mendongak. Senak perut si Tompok. Tunduk menahan sakit. Mengerang. Manakala si Bijan sudah menggenggam buku lima untuk siap sedia melepaskannya lagi. Tak sempat Tompk berkata-kata. Satu lagi tumbukan datang menerpa ke mukanya yang sudah sekian lama tumbuh jeragat dan panau tu. Habis. Terkulai budak itu dibuatnya. Memang Bijan nak tunjuk belang dan taringnya. Inilah masanya bagi dia agaknya.

"Hoi Jan, aku tahulah dia hutang kau. Tapi bukan ini caranya geng. Tak berperikebinatangan langsunglah kau ni".

Tegur salah sorang dari gerombolan pelajar tadi yang datang dari sisi. Ketua agaknya. Tapi, takde pulak pakai name tag KETUA. Oh ya, ada. Ada. Name tag Ketua Tingkatan. Perkataan Tingkatan dah dipadamnya. Jahat.

"Lain kali, kalau nak mintak hutang bukan begini..."

Bentak Ketua

Tapi.. Begini... Gedebuk.

Tak semena-mena si Tompok kena lagi. Makin ditambah.

"Geng.. Apalagi."

Sambil memberi isyarat kepala untuk mengizinkan pembelasahan berlaku secara besar-besaran. Tompok dikerjakan oleh mereka.

Parah berdarah. Hentak. Pukul. Terajang. Tendang. Karate. Semua ada. Lembik si Tompok dikerjakan enam jahanam. Badanya lemah. Kepalanya macam terasa berdenyut. Ada hentakan yang kuat. Sudahlah dia punya migrain. Sebahagian baju putihnya bertukar warna merah. Dia terperosok di dalam longkang belakang dewan sekolah. Umpama mayat terkujur kaku. Koma.
......

"Begitulah Tok saya dibelasah. Itu yang saya datang kemari untuk belajar Silat dan berguru dengan Tok. Sebagai anak murid Tok. Bukan untuk balas dendam. Tapi untuk mempertahankan diri. Ya, untuk mempertahankan diri. Harapnya Tok dapat terima saya"

"Baiklah nak. Tapi dengan satu syarat. Kau tak boleh menunjuk-nunjuk dan riak dengan ilmu persilatan yang Tok bagi. Ramai anak murid Tok yang kecundang sebab nak tunjuk terror. Jangan sesekali disalah guna. Guna ia jika perlu. Bantu orang dalam kesusahan. Ingat! Nah, ambillah tali pinggang crocodile dan sehelai kain pelekat cap gajah duduk seratus peratus cotton ni. Sebagai tanda persetujuan kau anak murid Tok"

"Terima kasih Tok"

"Mmmphh. Sama-sama. Bila nak mula ni?"

"Tahun 2007 Tok. Sempena Tahun Melawat Malaysia. Boleh?"

27.6.06

Siri Bercakap (1)

Aaaa yah

Iiii buuu

Saaa tuuu

Duuu aaa

Terdengar juga cakapnya yang pelat-pelat tu. Kalau tak keluar maknanya dia cakap dalam hatilah tu. Telatah si kecil menceriakan suasana ruang tamu di rumah aku. Aku suka. Aku gembira. Agaknya bila si kecil ni boleh bercakap dengan petah. Kalau dia boleh bercakap mesti kepoh ni. Gamat suasana dibuatnya agaknya. Sedangkan waktu ni pun mulutnya dah bising. Jeritlah, nyanyilah, kiralah, entah apa yang ditunjuknya.

"Ayah, bila saya nak ada blog sendiri..."

Agaknya itu yang dicakapnya nanti. Mungkin juga. Kata orang, kalau reverse psikologi bagi aje kemahuan budak tu. Contohnya budak itu tengah panjat kerusi. Perhatikannya dan jangan dimarahinya sebaliknya cakaplah "Ah, panjatlah.. Panjatlah lagi ayah tak marah. Budak kalau di marah makin menjadi-jadi dibuatnya. Maka suruhlah dia buat sebaliknya dia tak akan buat. tak percaya cubalah. Please try this at home.

Gemar si ibu melayan si kecil ni menyanyi. Habis lagu silibus sekolah tadika kindergarten dipelajarinya. Semua lagu Inggeris. London bridge, Twinkle-twinkle, old mac donald entah ape kejadah lagi. Kekadang dapat juga berhibur bersama mereka. Kekadang dimintanya pula si ayah menyanyikan lagu.

"Dah lah, asyik nyanyi je... Kita ngaji dan selawat plak"

Si ibu menjeling insaf agaknya. Si kecil ikut berirama ayah berselawat. Biarlah seimbang.

26.6.06

Lontarkan senyuman

Sejurus selepas keluar dari Bank. Jalan beberapa langkah.

Aku lontarkan senyuman kepada awek berbaju sendat itu.

Beberapa langkah...

"Assalamualaikum..."

"Waalaikumussalam..."

"Encik, ni kami buat jualan amal untuk mangsa bla-bla... bla-bla (sambil menunjukkan surat dan gambar-gambar mangsa)"

Aku melontarkan senyuman sambil mengangkat tangan kanan lalu beredar. Meninggalkan perempuan kusam.

Jalan beberapa tapak ke depan.

"Assalamualaikum bang"

"Waalaikumussalam"

"Hah, bang nama saya Firdaus (sambil menunjukkan tag nama yang digantung), abang dengar dulu bang. Kalau abang ada wang lebih boleh bantu untuk sumbangan anak-anak yatim (sambil menunjukkan buku kupon RM5). Tak banyak bang, ini paling minimum. bla-bla.. bla..

Aku melontarkan senyuman sambil mengangkat tangan kanan lalu beredar. Meninggalakan budak tak kacak itu walaupun bergaya segak.

Jalan beberapa langkah lagi menuju ke depan.

"Assalamualaikum encik"

"Waalaikumussalam"

"Encik, ada duit kecik tak saya nak tukar RM10?"

Aku melontarkan senyuman sambil mengangkat tangan kanan dan berkata takde. Meninggalakan gadis seksi yang solekannya tebal di muka.

Aku pandang baju aku tak ada pula tertulis tag "KAUNTER PERTANYAAN". Nanti aku periksa

23.6.06

Draf lakaran


Cantik lukisan ini. Aku suka. Ada maksud tersirat. Abstrak. Ada yang nampak, ada orang yang tak nampak. Bukan senang nak buat. Bernilai lukisan ni. Unsur air, api, angin dan makluk disatukan dalam kehidupan. Walaupun nampak simple tapi penuh makna. Lihat di belakang lukisan ini. Ada yang terselindung. Perhatikan betul-betul. Orang seni saja yang yang perasan. Kalau diperhati betul-betul pasti nampak. Lihat dengan hati. Hati nurani yang dalam.
__
Sumber lukisan: Afiqah yang baru nak masuk 2 tahun (draf lakaran pertamanya)

22.6.06

Bukan-bukan

"Kelas, Hali ini sambung minggu lepas punya bab. Muka sulat empat puluh".

Dalam makmal sains sekolah. Subjek Biologi. Dia duduk di depan. Pelajar duduk menghadapnya. Setentang. Duduk tersusun ikut baris meja makmal. Puan Yeo memang mengajar subjek Biologi setiap hari Selasa dan Khamis di makmal itu selain subjek sains, fizik dan kimia untuk kelas lain. Kala mengajar dia memang gemar duduk. Malas nak berdiri. Kalau dia mengajar, memang semua pelajar lelaki begitu tekun dan menumpukan perhatian yang sepenuhnya. Sekolah itu memang tak ada pelajar perempuan. Jarang pelajar ponteng untuk kelasnya.

Semua pelajar berebut mahu duduk kerusi hadapan bila dia mengajar. Pelajar yang tak minat subjeknya pun boleh jadi teruja. Seperti hari-hari biasa, Puan Yeo mengenakan skirt pendeknya. Faham sajalah bila duduk di kerusi makmal yang tinggi. Mata pelajar searas dengan kedudukan tempat duduk cikgu itu. Aha...

Memang menjadi tabiat cikgu ni agaknya. Kalau mengajar. Dia duduk. Terbuka luas. Mereka dapat tayangan percuma. Makin lama mereka makinlah suka. Maka nampaklah apa yang tersorok. Mana yang duduk depan nampak jelaslah. Siap tahu warna, jenama, corak. Mana yang duduk belakang, kurang jelas sikit. Kekadang, pelajar yang menjadi segan jika perkara ini berulang. Seolah-olah seperti dia yang memberi peluang. Macam dibuat-buat. Gatal agaknya.

"Hari ni, kaler pink, ada colak bunga-bunga ma...".
"Wah, dahsyat kau. Kalau gini boleh hilang konsentrasi aku..."

Itulah antara kandungan perbualan pelajar sejurus selepas keluar makmal. Tak lain tak bukan. Barang sulit diceritanya. Tayangan percuma diulas semula.

Sehinggakan ada pelajar yang alim pakai songkok di kelas tersebut rasa bersalah. Dia mahu menegur cikgu itu katanya agar duduk bersopan sikit. Ada pelajar yang intai katanya. Tapi, persoalannya macam mana pelajar alim ni nak mulakannya. Rakan sekelas hanya mentertawakan saja tindakan itu. Menempah maut katanya. Dia tak peduli. Nak juga ditegurnya cikgu itu.
___
Pagi itu, semua pelajar kecewa sebab Puan Yeo tidak mengajar lagi. Tempatnya diganti cikgu lelaki yang tak berapa tampan. Tak ada lagi tayangan percuma. Kelas jadi tak karuan. Tiada tumpuan. Keputusan pelajar banyak yang merosot. Pelajar alim pakai songkok tadi dapat markah tertinggi.

Puan Yeo minta ditukarkan ke sekolah lain rupanya. Pelajar alim cuma tanya boleh tak cikgu pakai pakaian pengantin yang rambu-ramba semasa mengajar. Cantik sikit. Itu saja. Tinggi sangat citarasa pelajar sekolah tu agaknya. Itu yang membuatkan Puan Yeo sedih lalu membawa diri.

21.6.06

Lorong Belakang?

Penyediaan lorong belakang perlu dilihat sebagai satu keperluan ruang yang bersifat pelbagai guna (multipurpose) yang lebih praktikal. Sesetengah pihak menyatakan bahawa penyediaan lorong belakang adalah hanya sebagai memenuhi keperluan Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi tujuan keselamatan dan juga disediakan untuk laluan utiliti dan servis.

Di bandar-bandar kecil, terdapat penyediaan lorong belakang ini disalahguna oleh sesetengah pemilik premis perumahan, perkedaian dan perindustrian (bengkel) yang digunakan sebagai tempat pengumpulan sisa buangan, barang terpakai, penyambungan premis tanpa kebenaran dan sebagainya. Bagi bandar-bandar utama, lorong belakang di kawasan perkedaian dijadikan sebagai laluan pejalan kaki, lingkaran hijau, taman linear, kafe terbuka, laluan kutipan sampah, tempat letak kereta, mengangkut dan menurunkan barang.

Bagi kawasan-kawasan pembangunan di mana harga dan nilai tanah adalah sangat tinggi, penyediaan lorong belakang perlu dipertimbangkan semula dari aspek keperluan dan kelebarannya.

-------

LAWATAN TAPAK

19.6.06

Hanya bebayangku

Nasib.
Ada rezeki, adalah tempat.

Takde rezeki, cuba lagi tahun mendatang. Kau jangan terlalu mengharap. Nanti kau boleh frust menonggeng.

Fuuh... Pagi tu tak aku duga dia datang temuduga bawa escort. Rakan karibnya. Barulah betul. Ini baru dinamakan sahabat sejati. Pergi ke mana saja bersama. Sudi menemani ke mana saja. Cayalah...

Pap! Aku ingat dia datang bersendiri, rupanya datang bersama isteri. Isteri tercinta agaknya. Dah sarat lima bulan. Tapi, kenapa ayah dan maknya datang bersama?

Hui, bukan aku cemburu pada dia sebab dia bersama rakan atau isteri tapi... memang dia yang satu lagi anak emak agaknya. Ramai yang kata anak kesayangan emaknya. Awalnya, kau bawa abang bersama untuk menghantar kau. Soalnya? Kau tak boleh berdikari ke? Atau kau sengaja mau dibelai manja. Huaaaks, petuuui. Kau bukan berdiri di atas kaki sendiri. Aha... Di ruang bilik menunggu, habis diceritanya tentang aku daripada orang lain. Dari sumber-sumber yang aku sendiri tak pasti dari mana. Rajin betul dia selidik hal peribadi orang. Alahai, janganlah serkap jarang dengan orang. Ha’ah, Cuma aku terlupa berpesan pada orang yang menyampaikan cerita kepadanya. Jangan sampaikan kepadanya kerana mulut dia mengalahkan mulut perempuan. Lebih besar dari mulut tempayan. Awas dengan dia, di luar manis bagai gula, di dalam pahit bagai hempedu. Hanya pandai menanam tebu di tepi bibir.

Ya Allah, jauhkanlah hidup aku dari orang semacam ini. Aku berdoa kepadamu, agar murahkan rezekiku dan permudahkanlah segala urusanku walau aku tidak ditemani rakan karib sebaliknya musuh dalam selimut. Walau aku tidak ditemani ayah, ibu dan isteri tercinta tapi aku yakin, doa mereka sentiasa mengiringiku untuk aku tempuhi dan hadapinya dengan tabah.

“Kenapa lambat sampai?”

“Tadi hujan lebat, terlajak... Tak nampak simpang...”

“Macamana tadi?”

“Semuanya berjalan seperti yang diharapkan”

16.6.06

Maha Adil

Sumber: http://www.astro.com.my/

Bang, malam ni ada bola ke?
Mmm.. Ada.. Kenapa?
Eleh, abang tengok TV kecik ye
Kite tengok TV besar
Bola kul berapa?
Setiap jam ada bola (senyum)
Kite nak tengok TV3
Abang nak tengok bola arrr
Bukan ke main kul 12.00 malam ke?
Nak tengok ulangan semalam punya
Semalam tertidur.
Huh, Siaran berapa?
Stadium Astro.
Huh, abang tengok arr malam nanti. Banyak game yang pengadil tak adil. Buta kayu!

Beberapa minit kemudian

Bang tolong kejap.
Kenapa?
Tolong angkat TV kecik ni gi luar?
Biar je lah kat dalam.
Nak tengok kat luar gak...
Suka hatilah... (sambil mengangkat TV)
Agaknya laku TV kat pasaran sekarang nih

Beberapa jam kemudian

Hurrrr. Harrrr..
Abang?
Nak tengok ke tak nak. Tak nak matikan!
Huh, abang tengah tengok la ni (mata terbuka kecik). Nampak samar-samar. Antara jelas dan tidak.

Jam berikutnya

Semuanya terbongkang depan TV dan Stadium Astro.
Mujur aku sedar jam 4.00 pagi. Niat di hati nak sembahyang tahajjud. Niat dah dapat sepuluh kebajikan. Sayang, aku lum lakukan. Sebab masih ada lagi kat Stadium, sambung perlawanan pagi tu. Lain dah balik. Tinggal aku sorang penonton. Makanan ringan pun takde, air pun takde. Lebih baik aku sembahyang tahajjud dapat jumpa pengadil. Pengadil yang Maha Adil. Arr.. buat arrr.

ALLAHU AKHBAR!

15.6.06

Ayah yang kusanjungi

Ayah, harapan anakmu di sini semoga ayah sihat selalu.
Anakmu menyusun sepuluh jari ingin
meminta ampun dan maaf di atas kesilapan lalu.
Yang lalu biarkanlah ia berlalu.
Anakmu ini tidak pernah menyimpan dendam di sudut kalbu.
Sesungguhnya ayahlah yang telah banyak memberi panduan selalu.

Ayah, kini anakmu baru sedar peristiwa dulu.
Walaupun ayah belasah mengkhinzir buta,
Anakmu sedar, itu semua semata untuk mengajar
bukan untuk membunuh, jauh sekali.
Ada hikmahnya itu wahai ayah.
Anakmu kini jadi orang bukan jadi hantu

Ayah, pendidikan dan pengajaran yang diberikan cukup
bekalan untuk hidup dan mati
Anakmu ini masih tidak puas bersama di sisimu
Bilakah lagi dapat kita solat berjemaah bersama
Bilakah lagi dapat kita berborak bersama.

Ayah, walaupun kau garang giler dengan anakmu
tapi anakmu tidak takut sebaliknya 'wa salute lu beb'
Ayah, doakan kehidupan anakmu supaya bahagia dan senang senantiasa
untuk menyumbang bakti khidmatnya pada nusa, bangsa dan negara.
Akhir kata, ayahku tetap kusanjung. Ayahku, memang 'world class'


.

Hipotesis

1: Semua GEJU adalah blogger Malaysia
2: Tak semua blogger join GEJU

GEJU terbuka kepada blogger Malaysia
Nak join GEJU perlu ada blog

1: Tak semua blogger ensem atau cute
2: Blogger dikatakan orang yang memerlukan perhatian

Orang yang memerlukan perhatian tak semestinya blogger
Orang ensem atau cute bukan blogger juga perlukan perhatian

1: Para blogger terdiri daripada orang yang bijak
2: Orang yang bijak perlu berilmu dan berinformasi

Blogger bijak blognya berinformasi
Blog tidak berinformasi tidak semestinya tak bijak

14.6.06

Nombor Dalam Filem

Terdapat beberapa filem di dunia yang menggunakan nombor sebahagian daripada tajuk filem. Di barat, penggunaan nombor dalam tajuk filem memang cukup digemari. Sebab mudah nak ingat dan ringkas. Contohnya seperti filem 101 Dalmatians, 7 days 6 night, Apollo 13, Article 99, Mr. 3000, Murder at 1600 dan sebagainya. Banyak ah kalau kau klik sini http://www.boxofficeguru.com/num.htm.

Tak kurang juga dengan filem tempatan kita. Penggunaan nombor dalam tajuk filem sudah bermula sejak era 30-an lagi sehingga kini. Tak caya. Meh aku senaraikan.

30an
3 Kekasih


50an
Jula Juli Bintang 3

60an
Antara 2 Darjat
2 Pendekar
Madu 3
Mat 3 Suku
3 Botak
2 Kali 5
A go go ’67
Pendekar 4
Keluarga 69
3 Abdul
6 Jahanam

70an
1 titik di garisan
Malaysia Five

80an
Detik 12 Malam
Anak Sulung 7 Keturunan
May 13
7 Biang Keladi
Ali Setan 2
Jasmin 2
Kolej 56
Keluarga 99
Rozana Cinta ’87
Tempo ’88
Antara 2 Hati
Pendekar Mata 1

90an
Abang 92
Sembilu 2
XX Tray 2
Maria Mariana 2
Puteri Impian 2

2000-kini
Syukur 21
Cinta 200 Ela
Gerak Khas The Movie 2
Mr. Cinderella 2
MX3
Aku No. 1
SH3
7 Perhentian
KL Menjerit
Pontianak Harum Sundal Malam 2
Sembilu 2005
The 3rd Generation
Misi: 1511

Nota: Tahun 40an tiada penggunaan nombor dalam filem manakala tahun 90an banyak penggunaan nombor 2

13.6.06

Otak

Masa zaman sekolah dulu, ada formula nak ingat sesuatu rumus ke, sistem ke, nama ke atau apa saja. Untuk meudahkan otak anda ingat. Hah, Contohnya, macam mana kau nak ingat formula tangen, kosinus dan sinus. Aha...

kalau nak ingat susunan siri elektrokimia

agaknya boleh begini:
Kalau = Kalium
Nak = Natrium
Kahwin = Kalsium
Mesti = Magnesium
ada = Aluminium
z*k*r= Zink
Besar = Besi/ferum
Supaya = Stanum
Power = plumbum
Hanya = hidrogen
cukup = kuprum
hebat = HIdragarium (merkuri)
Awww = Argentum (perak)
Awww = Aurum(emas)

atau begini:
kalau = K
nak = Na
cari = Ca
museum = Mg
atau = Al
zoo = Zn
beli = besi/ferum
satu = Sn
paket = Pb
hotdog = H
cap = Cu
ayam = Ag
australia = Au

atau begini:
kalau = kalium,K
nak = natrium,Na
cantik = kalsium,Ca
minum = magnesium,Mg
air = aluminium,Al
zat = zink,Zn
besi = besi/ferum,Fe
supaya = stanum/timah,St
pinggang = plumbum,Pb
cukup = kuprum,Cu
halus = raksa/merkuri/hidragarium,Hg
angkat = argentum,Ag
anak = aurum,Au
pula = platinum,Pt


Kalau nak ingat Sistem Suria di cakerawala jaraknya dari matahari

agaknya cara begini:
untung = Utarid
zahrah = Zuhrah
budin = Bumi
masih = Marikh
menunggu = Musytari
zahid = Zuhal
utus = Uranus
nak = Neptun
pinang = Pluto

Nota: Ikut caramu, ikut kaedah yang paling kau suka. Jika kau ada kaedah lain sila kongsikan

12.6.06

Teka-teki rakyat (1)

Teka-teki rakyat untuk hari ini:

1. Buah apa kena langkah dulu baru boleh makan?

2. Buah apa biji di luar?

3. Buah apa kadangkala ada di tengkuk

Tiga teka-teki dulu setakat ini

Lagu

Lagu zaman kanak-kanak yang memberi erti yang cukup mendalam.

Satu satu
Saya sayang ibu
Dua dua
Saya sayang Papa
Tiga tiga
Sayang adik kakak
Satu dua tiga
Sayang semuanya

Bangun pagi
Gosok gigi
Cuci muka
Pakai baju
Pergi sekolah
Pakai sepatu
Jumpa cikgu
Baca buku

Ada juga lagu yang kurang memberi maksud yang begitu mendalam.

Air pasang pagi
siram pokok bunga
pokok bunga melor
tanam tepi kolam
itik bertelur
ayam mengeram
cik baba jatuh dalam parit
cik aminah ketawa jerit-jerit
naik kerteapi pergi Kuala Lumpur
Nampak isteri comel terselit bawah dapur

enjit-enjit semut
siapa sakit naik atas
(diulang seberapa kali yang boleh)

11.6.06

Buta

Kau pilih satu sahaja. Mana yang paling kau tak mahu.

Buta mata
Buta kayu
Buta tuli
Buta hati
Buta tuli
Buta huruf
Buta IT
Buta celik
Buta buta
Buta malam
Buta perut
Buta warna
Kudis buta
Cina buta
Babi buta
Gaji buta
Gelap buta
Perigi buta
Tangkap buta

10.6.06

Kiri, kanan kiri

Kanan

Kalau kau langkah kanan katanya ada untung, bernasih baik, bertuah, murah rezeki, dapat makan. Walau kau masuk dengan kaki kiri.

Orang lama. Lebih otai. Orang kuat kompeni atau bos digelar orang kanan. Orang yang boleh diharapkan. Kalau pelajar senior disebut pelajar kanan. Pak Lah dan Tun Dr. M mana yang kanan?

Kalau kau nak masuk masjid atau mana-mana tempat kebaikan. Mulakan dengan kaki kanan.

Kalau kau nak memotong kereta di jalan raya, ambil lorong kanan.

Jalan di Malaysia, bila ada simpang tiga tanpa lampu isyarat, agak sukar nak belok kanan.

Kalau nak tahu, di bahu kanan amalan kebaikan. Malaikat menjaga hal kebajikan.

Kalau kau rasa kau tak boleh nak handle atau cope. Banyak kerja. Ada satu tekanan pada kau.

Dulu, aku ada kawan nama Kannan a/l Subramaniam. Ada juga Wong Kah Nan (Orang Jawa kacuk Cina)

Kiri

Kalau kau berbaris, selalu kau dengar begini:
Dari kir, cepat jalan
Kiri, kiri, kiri kanan kiri...
Dari kiri hentak kaki
Dari kiri, nombor...

Jika kau guna tangan kir, namanya kidal. Macam Man Kidal

Kenderaan berat ikut kiri.

Kalau kau nak masuk tandas, mulakan dengan kaki kiri melangkah masuk.

Jika kau tersasar dari arus perdana atau menyongsang arus. Kau dikata berhaluan kiri.

Kiri dan kanan, Kanan dan kiri

Kalau di Johor, Ada satu tempat nama Skudai. Satu skudai kiri, satu lagi skudai kanan.

Kalau kau sampai Perak. Ada Botar Kanan dan Botar Kiri.

Kata orang, di kanan madu di kiri hempedu. Pilih yang mana satu.
Dalam permainan sepak takraw, ada apit kanan dan apit kiri.

Kalau kau lihat diri kau, biasanya yang kanan lebih besar berbanding yang kiri. Baik lelaki, baik perempuan.

Tengok kanan, tengok kiri, tengok kanan lagi. Lintas...

Fuh kanan, fuh kiri. Berkat doa baginda Ali. Fuh kanan, fuh kiri, hilang gigi tinggal gusi.

Otak kanan, mengawal aktiviti kiri. Otak kiri, mengawal aktiviti kanan. Orang jarang guna otak kanan. Menurut kajian, otak kanan lagi berkesan kalau diguna.

Dalam huraian yang panjang. Aku nak sampaikan ini. Tangan kanan jangan percaya tangan kiri, luka tangan kanan kerana tangan kiri.

Cara...

Aku lebih suka begini...

Kalau ada tetamu datang ke rumah silakan ia masuk, jamu dengan seadanya, layan dan hormatinya. Manis mulut, pelawa ia bermalam di rumah kita. Kalau dia tak sudi, bilang jangan serik datang berkunjung.

Kalau ada orang menegur di tengah jalan. Salam dan kenalkan diri, walaupun kita tak mengenalinya atau tidak mengecam mukanya. Jangan tunjuk kita tidak senang dengannya.

Kalau ada orang datang minta sedekah. Dengar dulu. Kalau tak mahu hulur, suruh dia pergi dengan hormat. Kalau nak hulur, beri dengan baik. Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima.

Kalau ada orang nak pinjam duit pada kita, hulurkan bantuan setakat yang mampu. Jika tak boleh bantu, terangkan dengan berhemah dan bijaksana. Kata kat dia duit kita kurang cukup. Sebaliknya, jika dia berkeras juga. Pergi buat laporan polis.

9.6.06

Timbal balik

Sembahyang Jumaat
Berpasang-pasang kasut dan selipar baru dan lama. Tak muat rak agaknya.

Sembahyang Hari Raya
Berpasang-pasang selipar yang baru-baru belaka. Muat rak, kalau disusun.

Sembahyang Maghrib
Mungkin dua puluh pasang

Sembahyang Jenazah
Sepuluh pasang agaknya

Sembahyang Subuh
Dua pasang selipar saja

Kalu kau punya selipar kena curi, kau jangan ambil selipar orang lain. Nanti orang lain juga akan buat benda yang sama. Berangkai jadinya. Sudahnya orang yang terakhir ’berkaki ayam’ pulang dari masjid. Banyak orang yang hilang selipar.

Kalau kau jumpa sesuatu di jalanan atau di mana jua, kau jangan ambil nanti ada saja barang kau yang hilang. Sama ada barang yang sama atau barang yang lebih berharga. Pernah terjadi. Tuhan itu Maha Adil. Pasti dibalasNya. Terserah pada kau. Kau nak terima balasan di dunia atau kau nak pulangkan semula barang itu di Padang Mahsyar nanti. Lagi jauh kau nak pulangkan...

Kalau kau ada curi barang orang. Pulangkan segera kepadanya.

8.6.06

Demam Bola

Bila tiba je Piala Dunia memang tak dinafikan semua orang menantinya. Malah seluruh dunia menantinya. “Dunia di kaki kita dan gambar yang paling dinantikan oleh seluruh negara (akhbar Daily Star). Ia memang menjadi amalan ‘kaki bola’ menonton perlawan bola sepak. Aha... jangan leka sudahlah sehingga mengabaikan tanggungjawab di tempat kerja. Sempena Piala Dunia Jerman 2006 maka saya suka buat promosi ini.

Terdapat semacam semangat tinggi memandangkan kini kami buat pertama kali dalam 15 tahun melangkah ke pusingan akhir Piala Dunia
Oleg Blokhin, Jurulatih Ukraine

Ia membantu saya untuk melupakan persembahan buruk Perancis di Piala Dunia 2002 di mana Les Blues gagal menjaringkan sebarang gol.
Roger Lemerre, Jurulatih Tunisia

Ini adalah kumpulan pemain terhebat pernah saya saksikan selama sembilan tahun bersama skuad Sepanyol.
Raul, Penyerang Sepanyol.

Jurulatih Otto Pfister ialah pawang bola sepak yang akan menjelmakan keajaiban semasa Piala Dunia.
Gaga Tsibiakou, Penyokong Togo.

Saya yakin kami adalah pasukan yang begitu sukar untuk ditewaskan dan saya rasa lawan juga menyedarinya.
Dick Advocaat, Jurulatih Korea Selatan.

Apa yang saya impikan ialah selepas tamat setiap perlawanan, penyokong akan meninggalkan stadium dengan rasa bangga san senyuman kepuasan.
Raymond Domenech, Jurulatih Perancis.

Kini kami bukan setakat berpuas hati berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia. Kami mahu berjaya melewati peringkat kumpulan.
Koebi Kuhn, Jurulatih Switzerland.

Pasukan ini memerlukan Niko, rakan sepasukan memiliki keyakinan terhadapnya.
Zlatko Kranjcar, Jurulatih Croatia.

Mungkin Jepun dan Korea mempunyai pandangan lain, tetapi secara realistik kami mensasarkan menduduki tempat kedua kumpulan di belakang Brazil.
Guus Hiddink, Jurulath Australia.

Kami masih perlu mengharungi perlawanan dan memenanginya. Kita juga semua tahu ia bukan mudah kerana semua pasukan akan cuba sebaik mungkin.
Carlos Alberto Parreira, Jurulatih Brazil.

Jika kami berjaya melakukannya, maka saya mensasarkan untuk mara ke separuh akhir
Zico, Jurulatih Jepun.

Saya pasti kami akan mara melepasi pusingan kedua. Kami mahu buktikan kepada dunia apa berlaku pada 2002 bukan kerana tuah atau kelebihan gelanggang sendiri
Park Ji Sung, Pemain Korea Selatan.

Bola sepak adalah mengenai kini dan masa depan. Tiada tempat untuk nostalgia kerana permainan ini semakin berkembang maju.
Karel Bruckner, Jurulatih Republik Czech.

Boleh menewaskan Brazil? Sudah tentu. Kita harus lebih realistik tetapi kami mahu berada dalam situasi itu.
Landon Donovan, pemain tengah AS.

Kami tidak gembira dengan hanya layak ke sana, kami bukan ke sana hanya untuk bermain. Kami kini bersama banyak pasukan handalan dunia dan mahu menunjukkan kelayakan kami ke Piala Dunia memang bukan sekadar mencukupkan bilangan.
Fabrice Akwa, Penyerang Angola.

Saya pasti, semua orang mahu 26 pemain yang disenaraikan itu kekal tetapi malangnya kami terpaksa memberikan senarai itu kepada FIFA dan inilah cara yang sepatutnya.
Guillermo Cantu, Pengarah Persekutuan Bola Sepak Mexico.

Boleh saya katakan, kami berada dalam kelas yang sama seperti Sepanyol dan Republik Czech, kami memiliki pemain terbaik dan peluang untuk menang.
Deco, Perancang Potugal.

Kami pasukan bagus dengan ketahanan mental kental. Kami mampu menewaskan sesiapa saja.
Emmanuel Adebayor, Pemain Togo.

Saya amat gembira dengan kehadiran pemain dari Jerman in. Pengalaman mereka di Bundesliga amat bermakna buat kami kerana mereka benar-benar membantu kami memenangi perlawanan.
Branko Ivankovic, Jurulatih Iran.

Kekuatan pasukan itu adalah di benteng pertahanannya yang hanya melepaskan satu gol saja dalam 10 perlawanan pada pusingan kelayakan.
Ilija Petkovic, Jurulatih Serbia & Montenegro.

Jika anda bermula dengan kumpulan sukar, anda pasti tahu nilai anda. Kami tahu ia bukannya tugas yang mudah.
Marco Van Basten, Jurulatih Belanda.

Sekali lagi kami berada dalam kumpulan sukar. Namun kami mempunyai pengalaman yang secukupnya untuk menangani masalah ini.
Jose Pekerman, Jurulatih Argentina.

Sudah tentu ia satu bencana jka Rooney tidak dapat bermain dalam Piala Dunia.
Sven-Goran Eriksson, Jurulatih England.

Kepantasan adalah ramuan penting dalam membentuk corak bola sepak menyerang
Lars Lagerback, Jurulatih Sweden.

Keindahan Piala Dunia ialah apabila kami turun ke padang segala-galanya berkemungkinan
Leo Beenhakker, Jurulatih Trinidad & Tobogo.

Kini, pasukan ini jelas berbeza. Ia pasukan baru, dengan lima atau enam pemain yang dalam Piala Dunia termasuk pemain muda yang menyertai skuad baru-baru ini.
Carlos Gamarra, Pemain pertahanan Paraguay.

Kami mempunyai barisan cukup baik untuk sekurang-kurangnya menduduki tempat kedua.
Luis Suarez, Jurulatih Ecuador.

Ini bukan main-main, ini promosi sempena Piala Dunia 2006. Dapatkan koleksi jersi pasukan pilihan anda dengan harga yang amat berpatutan dan pakej istimewa. Hanya RM 39.90 sehelai (tidak termasuk kos pos). Jika order lebih dari 10 helai (RM 30 sehelai). Cepat! Sementara stok masih ada. Dapatkan segera. Anda boleh order melalui e-mail kepada atochsmart2 AT yahoo DOT com beserta dengan duit. Bank ini ke no akaun Saifuddin: 101132436380 (maybank)















Jerman Barat














Belanda













Itali


















Jepun



















Argentina














Brazil















Sepanyol

Dalam Hati

Waktu malam. Perbualan di Hang Tuah Walk malam itu, agak panjang juga. Hangat dan rancak juga perbualan kami. Sesekali, mata melilau dan memerhati persekitaran tingkah-laku manusia keadaan sekeliling. Ini, hasil pemerhatiannya:

Kenapalah beliawanis kini suka mengenakakan baju dan seluar jeans yang ketat. Bila tunduk nampak jalur (pandangan depan), bila duduk nampak alur (pandangan belakang)

Kenapalah belia dan beliawanis yang bukan muhrim bebas berpegangan tangan dan berpelukan di kala lampu terang benderang. Apatah lagi, di kala waktu gelap dan suram.

Kenapalah pakcik tu suka tukar sangat channel ASTRO di cafe yang kami minum ni. Orang lain nak tonton jugak TV tu.

Kenapalah belia kini suka tindik sana-sini. Telinga ada, bibir ada, hidung ada. Rosak.. Rosak...

Kenapalah masih ada orang berpeleseran minta sedekah...

6.6.06

Ekositem vs Egosistem

Pemaju dan perunding projek pembangunan yang tidak mematuhi laporan penilaian kesan alam sekitar (EIA) akan dikenakan hukuman lebih berat termasuk penjara mandatory apabila Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 dipinda tidak lama lagi.

Jika projek itu menjejaskan teruk alam sekitar, kedua-dua pemaju dan perunding mungkin menghadapi tindakan tegas termasuk denda dan hukuman penjara mandatori.

Kerajaan bercadang mewajibkan pemaju dan perunding membuat laporan EIA bagi semua projek tanpa mengira keluasannya serta bertanggungjawab terhadap sebarang kejadian tidak diingini.

Selama ini, semua tuduhan dilemparkan kembali kepada JAS dan Pihak Berkuasa Tempatan yang meluluskan projek, sedangkan tanggungjawab itu sebenarnya terletak pada pemaju atau perunding.

Huh, sudah terhantuk baru nak mengadah. Berikutan kejadian tanah runtuh yang mengorbankan empat sekeluarga di Hulu Kelang masing-masing menuding jari menyalahkan sesama sendiri. Sibuk penyiasatan dilakukan kononnya. Siapa salah, siapa betul, siapa memulakannya... Siasatan tinggal siasatan tetapi tidak membawa sebarang perubahan. Pokok pangkalnya sikap. Tak belajar ke dari contoh teladan kronologi peristiwa tanah runtuh ini:
Highland Towers (1993)
Athenaeum Tower (1999)
Bukit Antarabangsa (2000)
Taman Hillview (2002)
Kg. Pasir Tambahan (2006) yang terkini.
Ini tidak termasuk kejadian tanah runtuh yang lain-lain.

Pandangan peribadi saya begini:

Laporan EIA disediakan bukan untuk menyelesaikan masalah atau membantu pemaju dalam usaha sebagai perunding cara tetapi hanya untuk sebagai keperluan perundangan dan bersifat melengkapi prosedur semata.

Laporan EIA tidak menggambarkan perincian sebenar implikasi-implikasi dari segi ekonomi, fizikal dan sosial secara terperinci, sebaliknya semua implikasi ini ada langkah kawalannya. Jika pembangunan itu benar-benar memberi impak yang ketara terhadap alam sekitar. Katakan tidak. Berlakulah adil, jujur telus.

Kapabiliti dan kapasiti pegawai JAS yang kurang dari segi kemahiran dan pengalaman untuk menjangkakan atau mengunjurkan kesan pembangunan berbanding hanya menyemak dan menyunting laporan dari segi tatabahasa dan kesalahan ejaan. Mudahnya JAS meluluskan EIA bagi projek di kawasan tanah tinggi ye... Belum cerita masalah pencemaran lagi... Fikirlah ye..? Agaknya cukup ke kapasiti dan sumber yang ada pada agensi yang berkaitan untuk memantau dan menangani masalah ini. Tepuk dada, tanya selera. Bagaimana sistem amalan sedia ada.

Undang-undang, garis panduan dan peraturan dah cukup mantap tetapi mana perginya pemantauan pihak berwajib. Tak buat kerja ke, tak cukup kaki tangan? Ke buat-buat pekak-pekak telinga. Atau menutup mata yang tak buta. Inilah yang membimbangkan kita. Mana kerjasama yang terjalin di antara PBT dan JAS. Nampaknya, kerjasama ini tidak kelihatan.

Laporan EIA hanya sebagai alat atau tools dalam memberi pertimbangan kelulusan. Budi bicaranya adalah bergantung kepada pihak pembuat keputusan (decision making) tanpa dipengaruhi oleh apa-apa unsur termasuk political will. Menunjukkan betapa tidak cekapnya pihak berkuasa keseluruhannya (bukan saja JAS) menangani masalah ini yang semakin menjadi-jadi.

Pemaju sudah tentunya bermotifkan keuntungan
Perunding sudah tentunya berkacamatakan imbuhan projek
Kontraktor sudah tentunya tidak mengenal batasan dan tidak menghiraukan bencana yang boleh belaku.
Pihak berkuasa sudah pastinya perlu bijaksana dalam memberi pertimbangan kelulusan.
Orang ramai sudah tentunya jadi pemerhati dan pencadang yang bijak.

Semua ini tanggungjawab bersama. Berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Apa yang lebih penting adalah iltizam dan inisiatif untuk meningkatkan kesedaran ramai supaya lebih mesra alam dalam kehidupan harian. Alam sekitar milik semua dan perlu dilindungi oleh semua pihak, apatah lagi pihak yang dipertanggungjawabkan untuk tujuan tersebut. Akhir kata, jadikan minda lestari dan mesra alam dalam segala tindakan kita dan amalan harian. Jangan kerana asap putih, hidup kita menjadi hitam belegam.

SELAMAT HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA (5 Jun setiap tahun). Sudah lupakah?

5.6.06

Misyar atau Misha



FAKTA:

Sejarah perkahwinan misyar:
Dikatakan mula wujud dan dilaksanakan di tanah Arab pada 1825.
Perkahwinan seumpama itu banyak berlaku di kalangan wanita yang berkedudukan tinggi dan berpendapatan lumayan di negara Arab Saudi serta beberapa negara Teluk.
Bermaksud suami tidak perlu memikul tanggungjawab memberi nafkah zahir seperti wang ringgit dan pakaian, tetapi cukup hanya dengan memenuhi nafkah batin isteri.
Boleh jika mendapat keizinan daripada pihak perempuan yang perlu dibuat secara bertulis bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini.

Sokong perkahwinan misyar diamalkan:
Tidak seharusnya timbul persoalan mengenai penghinaan terhadap wanita kerana mereka sudah memberikan keizinan
Sesuai untuk wanita yang berharta.
Bagi mengatasi masalah wanita yang belum lagi mendirikan rumah tangga.
Mampu mengurangkan masalah berkaitan dengan kegiatan maksiat yang wujud dalam masyarakat.

Tidak sokong perkahwinan misyar diamalkan:
Tidak bersesuaian dengan corak kehidupan masyarakat di negara ini.
Jumlah wanita belum berkahwin tidak ramai sehingga menimbulkan masalah.
Dianggap menghina wanita kerana tujuan perkahwinan misyar hanya untuk menghalalkan hubungan seksual.
Suami terlepas dari tanggung jawabnya sebagai ketua rumah tangga kerana tidak perlu bayar nafkah zahir kepada isteri dan anak.
Kesucian ikatan perkahwinan tidak seharusnya dipermain-mainkan kerana ia adalah satu perjanjian yang dibuat antara wali dan si lelaki untuk mengambil seseorang wanita sebagai isteri bersama tanggungjawab yang sudah ditentukan syarak.
Dianggap lebih teruk daripada mutaah iaitu perkahwinan yang mempunyai tarikh atau tempoh tertentu bagi sesebuah perkahwinan memandangkan perkahwinan misyar tiada tempoh ditetapkan.
Jika si suami merasakan hendak meninggalkan isterinya maka dia boleh berbuat demikian. Si suami juga mempunyai kuasa dalam menentukan berapa lama dia hendak hidup bersama wanita yang dikahwininya.
Perkahwinan itu juga mungkin memberi peluang kepada pihak lelaki untuk bertukar-tukar pasangan kerana mereka boleh berkahwin dan meninggalkan isterinya pada bila-bila masa saja.
Pelaksanaan perkahwinan ini akan menambahkan lagi masalah perceraian di negara ini dan berlakunya pertambahan dari segi bilangan ibu tunggal.

Sumber: Citra 5/6/06

4.6.06

Bacalah...

Ramai orang kata membaca jambatan ilmu. Tapi berapa ramai yang membaca di luar waktu persekolahan? Berapa ramai yang membaca sambil menunggu bas/ teksi? Berapa ramai yang membaca jika ada waktu terluang? Di Malaysia budaya ini kurang betul. Di Jepun, budaya ini menjadi rutin.

Kita tidak akan maju setakat ilmu yang kita pelajari semasa kita dibangku sekolah. Ilmu sentiasa berkembang kerana ia dinamik. Jika kita tamat sekolah pada 1960-an, ilmu itu tidak akan bertambah sedangkan keadaan berubah. Bidang pengilangan, pengurusan, teknologi maklumat dan ilmu berniaga sentiasa berkembang pesat.

Jika kita tidak membaca, kita akan ketinggalan ketika orang lain guna alat saintifik dan kerana tidak ambil kisah serta tokok tambah ilmu, kita akan ketinggalan. Oleh itu, ibu bapa adalah orang penting dalam usaha mendidik anak generasi sekarang supaya berkawan dengan buku terutama pada masa cuti. Cuba lihat kedai-kedai buku di kompleks membeli-belah? Kaum mana yang mengambil kesempatan? Bangsa mana yang penuh di situ?

Tidak kira buku cerita ke, novel ke atau apa saja, asalkan bahan bacaan yang berguna boleh jadi teman kita bantu isi ruang yang kosong dengan kegiatan berguna. Jangan dok melopong (ternganga) seorang diri, tidur, makan dan ke hulu-hilir tak tentu arah. Hanya dengan membaca saja kita akan dapat cekup ilmu yang ada. Tiada jalan pintas. Ayat yang pertama diturunkan kepada Rasulullah juga adalah Iqra' (bacalah...olehmu wahai Muhammad). Baca...

2.6.06

Kekadang kena pekak berbanding peka

Bukan diri ini tak hormat dengan jiran tetangga. Tapi kalau dah jiran memekak tak hormat orang lain. Camne plak?

Jalan kau block susah aku nak masuk rumah

Bukan aku tak hormat. Tapi dia kena faham hidup bermasyarakat. Faham situasi persekitaran.
Aku tahu ada kematian. Entah datuk dia ke. Nenek dia ke. Tapi kau janganlah memekak dengan gendang bingit dan tamborin zink tu. Dari pukul enam petang, langgar azan Maghrib berkumandang, hingga lewat malam. Dah masuk dua hari dah. Agaknya tujuh hari tujuh malam kau nak buat. Mampos.... Anak kecil nak tidur pun susah.

Dung dung ceh... Ceh ceng... (ulang banyak kali)

Nak aje aku baling ngan terompah atau tukul besi cap ayam ni... Tapi aku hormat kau sebagai jiran, cuma kau aje yang kurang hormat dengan jiran lain.

Lu suka lu punya latok mati ka? Kalau lu talak suka apa pasat lu bikin gendang-gendang. Manyak bisingla. Lu punya latok masuk nelaka tau... (bila masa slang cina plak ni)

Cuba prepare dialog ini kalau dia marah aku sebab aku baling terompah kat dia.

1.6.06

Kalau ada rezeki tak ke mana.

Situasi 1
Aku singgah blog Samurai dia kata ‘kalau tak ada rezeki nak wat cam mana...’ Ayat penyedap hati. Aku tatapi ayat ni. Nampak Samurai betul-betul frust kekalahan kali ni. Mungkin betul katanya. Lupakan kisah silam. Dia terpaksa menerima kekalahan kali ni sekadar tempat ketiga dalam JURING.

Aku singgah di blog Superdiman. Ternyata, penarikan dirinya dari menghantar tugasan bukan disengajakan. Alasan dia konkrit. Satu sejarah mungkin bagi dirinya. Mungkin ada hikmahnya. Jangan kecewa Diman. Semoga hidup kembali tenang. Ini rezeki aku agaknya. Tapi percayalah, kemenangan ini kemenangan Samurai dan kau juga. Kemenangan bersama. Kemenangan usaha Geng Jurnal. Cuma usaha dan komitmen yang membezakan kita. Sesungguhnya tiada yang lebih hebat di sisiNya kecuali orang yang lebih bertaqwa kepadaNya.

Situasi 2
Perjalanan dari Shah Alam ke Teluk Intan dan ke Seri Iskandar, Perak memang jauh tapi menyeronokkan dan rasa begitu puas di hati. Ini pertama kali aku sampai di Menara Condong, Teluk Intan Perak. Tapi, tujuan sebenar bukan ke situ sebaliknya ke Seri Iskandar, Perak. Menghadiri sesi temuduga peringkat pertama.

Dalam surat menyatakan masa jam 8 pagi. Aku bergegas awal. Seawal yang boleh. Tiba di sana lebih kurang jam 8.15 pagi. Rasa macam dah lewat sesangat. Rupanya... Taklah lewat. Calon disusun ikut aphabethical order. Fuhh... Lega. Aku calon ketiga belas daripada empat belas calon. Banyak masa lagi...

Ishh.. Gigil dan gugup juga aku dibuatnya.

Boleh pakcik duduk.
Sila cik
Penat ar diri je.. Kalau duduk je pun penat juga
Pakcik dari mana ni?
Pakcik dari JB
Hantar anak ke?
A’ah. Anak pakcik.

Dapat juga aku hilangkan gugup dan gementar sementara menunggu giliran. Pakcik tu hilangakan rasa gemuruh aku. Lawaknya juga boleh tahan tapi belum buat aku nak tergelak.

Assalamualaikum.
Waalaikum salam
Saifuddin Marsuk
Yes I’m
[Ada tiga orang panel, sorang kerani]
You’re the last person, so we have no much time. U can start now and I give U around ten minutes. U assume that, we all are students.
(Hah!.. )
Are U bring your lecture presentation?
Yes. I do in power point presentation.
(sambil masukkan thumb drive)

Can U pass your all original certificate to me.
(Issh.. Masa ni lah nak interrupt mintak sijil. Habis ni kan boleh)

Sebelum aku masukkan thumb drive ke laptop yang disediakan di meja bertentangan dengan panel aku dah nampak icon thum drive tu ada lagi. Maknanya orang sebelum ni tutup thumb drive tak proper. Thumb drive tak dapat detect.

Salah sorang panel bersuara. Arrr... Ni macam masalah tadi ni, thumb drive tak leh detect.
Rilexs.. rilexs. Give me a time to adjust this want. Aku tutup thumb drive secara proper dulu then aku sumbat balik. Baru leh detect. Dalam panik semua boleh berlaku. Nasib baik aku leh handle.

Can we start now class...
Semua panel mengangguk-angguk.
Assalamualaikum and very good morning.
Ok Class, before I start lecture today. I want introduce myself first. May name Saifuddin Marsuk ok.
Lecture today is introduction and undestanding town planning. Before I go further, today we want to discuss briefly town planning all about. My lecture are touching very broad about

• What is Town Planning?
• Town Planning Concept
• The Goal of Town Planning
• Who are the Town Planners?
• Town Planning System in Malaysia?
• Planning Control System

If, no much time, we discuss the two items first and another items later. Ok class.. Before we go detailed, anybody know what is Town Planning?

Semua panel geleng dan cakap NO.

Ok. Basically Town and country planning is more popularly known and referred to as ‘town planning’, ‘physical planning’, ‘urban planning’ or ‘land use planning’. These terms are different opinion and view base on their background and the use of terminology. There had some arguments there. But, in Malaysia. That term refer to Town and Country Planning or Jabatan Perancangan Bandar dan Desa. What ever term that U used it, either Town and country planning or town and regional planning or urban and regional planning or anything is refer to the same scope of works but different opinion definition maybe.

Panel mencelah…
What are different between Town and Country Planning and Urban and Regional Planning?
Pum pam pum pam pum pam… Berhabuk aku respon
Dia soal lagi..
Aku jawab...
Semua soalan dapat aku patahkan (jangan riak)
Ok, I think u can stop now.
Satu slide jer....


Kalau ada rezeki tak ke mana... (Pakcik tu kata di luar tadi... Tetiba teringat masa nak keluar dari bilik tadi.

Situasi 3
Kebetulan aku nampak kelibat Puan Rona yang datang mesyuarat bil 1/2006. Lalu aku mendapatkannya untuk menanyakan sesuatu.

Camner result untuk lantik perunding tu yerk..? Yang wat study tu...
Lum lagi meeting arrr. Sebab YDP sibuk sekarang ni, lagipun meeting tu sebulan sekali. Dalam pertengahan bulan ni, diorang meeting kot untuk sebut harga
Oh ye ke... So, takde lagi lah resultnya.
So far kita dah senarai pendek 2 perunding
Saper dia?
Perunding Y dan perunding P. U compete dengan perunding P sebab bajet lebih kurang sama...
Ok (senyum)
Kalau ada rezeki, tak ke mana... (dalam hati)

Kami berdua beredar meninggalkan sesi perbualan