28.6.06

Buli Lagi

"Hoi, bile kau nak bayar hutang aku hah?".
Soal Bijan sambil tangannya menolak dengan kasar ke bahu Tompok.

Budak-budak panggil dia Bijan sebab nama dia Najib. Puas aku fikir kenapa jauh betul nama samarannya. Cuba kau songsang terbalikkan. Kan jadi Bijan. Ye lah. Ye tak iye.
Mengapa Tompok pulak. Macam nama kucing. Nama samaran itu dapat sebab dia banyak panau di muka. Bertompok-tompok. Ada-ada saja budak-budak ni.

Gamat seketika suasana di belakang dewan sekolah tu. Jelas. Namun tak kedengaran hingga ke perkarangan sekolah. Lagipun kebanyakan pelajar ada di kantin sekolah.

"Hoi, kau paham bahasa tak? Baruah...".
Kali ni makin kasar tolakan si Bijan.

Tompok tak respon. Dia tahu dirinya bersalah. Duit yang dipinjam dari Bijan itu sepatutnya dibayar semula semalam hari. Entah kenapa dia tak upaya tepati. Bukan dia tak mahu bayar. Bukan dia cari pasal. Dia belum ada dan belum punya. Dia datang dari keluarga miskin. Cuma belum dapat liputan dari rancangan BERSAMAMU TV3.

Dari sudut tepi dewan kelihatan segerombolan pelajar. Ganas. Kaki pukul. Tak lain tak bukan. Samseng sekolah. Seorang, di tangan mereka ada kayu 2x2. Seorang lagi, di tangan ada kayu berupa kaki meja. Lain, berbekalkan buku lima padu. Dahsyat mereka. Ada lah dalam lingkungan enam orang semuanya. Depan sekali tu Ketua dia. Jalan berkepak menuju ke arah Bijan dan Tompok yang sedang berantakan. Menagih hutang yang belum selesai.

"Hei, kau dengar tak aku cakap apa hah?"
Kali ni, bajunya dipulas dan ditarik merapati ke dada. Muka si Bijan memang geram. Berapi macam kepala setan gondol. Tompok tak melawan. Diam tunduk. Malu agaknya.

Gedebush! Tumbukan padu tepat ke pipinya.

Nampak darah mengalir keluar. Jelas bibirnya pecah. Dia meludah. Dia usap darahnya yang mengalir. Ada juga yang tak sempat diusap. Kena pada bajunya. Berguguran jatuh ke lantai.

Bukk! Kali ni perutnya di terajang. Tak sempat nak melawan. Baru nak mendongak. Senak perut si Tompok. Tunduk menahan sakit. Mengerang. Manakala si Bijan sudah menggenggam buku lima untuk siap sedia melepaskannya lagi. Tak sempat Tompk berkata-kata. Satu lagi tumbukan datang menerpa ke mukanya yang sudah sekian lama tumbuh jeragat dan panau tu. Habis. Terkulai budak itu dibuatnya. Memang Bijan nak tunjuk belang dan taringnya. Inilah masanya bagi dia agaknya.

"Hoi Jan, aku tahulah dia hutang kau. Tapi bukan ini caranya geng. Tak berperikebinatangan langsunglah kau ni".

Tegur salah sorang dari gerombolan pelajar tadi yang datang dari sisi. Ketua agaknya. Tapi, takde pulak pakai name tag KETUA. Oh ya, ada. Ada. Name tag Ketua Tingkatan. Perkataan Tingkatan dah dipadamnya. Jahat.

"Lain kali, kalau nak mintak hutang bukan begini..."

Bentak Ketua

Tapi.. Begini... Gedebuk.

Tak semena-mena si Tompok kena lagi. Makin ditambah.

"Geng.. Apalagi."

Sambil memberi isyarat kepala untuk mengizinkan pembelasahan berlaku secara besar-besaran. Tompok dikerjakan oleh mereka.

Parah berdarah. Hentak. Pukul. Terajang. Tendang. Karate. Semua ada. Lembik si Tompok dikerjakan enam jahanam. Badanya lemah. Kepalanya macam terasa berdenyut. Ada hentakan yang kuat. Sudahlah dia punya migrain. Sebahagian baju putihnya bertukar warna merah. Dia terperosok di dalam longkang belakang dewan sekolah. Umpama mayat terkujur kaku. Koma.
......

"Begitulah Tok saya dibelasah. Itu yang saya datang kemari untuk belajar Silat dan berguru dengan Tok. Sebagai anak murid Tok. Bukan untuk balas dendam. Tapi untuk mempertahankan diri. Ya, untuk mempertahankan diri. Harapnya Tok dapat terima saya"

"Baiklah nak. Tapi dengan satu syarat. Kau tak boleh menunjuk-nunjuk dan riak dengan ilmu persilatan yang Tok bagi. Ramai anak murid Tok yang kecundang sebab nak tunjuk terror. Jangan sesekali disalah guna. Guna ia jika perlu. Bantu orang dalam kesusahan. Ingat! Nah, ambillah tali pinggang crocodile dan sehelai kain pelekat cap gajah duduk seratus peratus cotton ni. Sebagai tanda persetujuan kau anak murid Tok"

"Terima kasih Tok"

"Mmmphh. Sama-sama. Bila nak mula ni?"

"Tahun 2007 Tok. Sempena Tahun Melawat Malaysia. Boleh?"

1 comment:

test said...

ni sekolah mana punya budak arr nie, takde keperitumbuhan langsung.

http://tembakaujawa.blogspot.com