Di bumi Taiwan, saya belajar bahawa kemajuan bukan sahaja diukur melalui bangunan pencakar langit atau teknologi yang canggih, tetapi juga melalui amalan-amalan kecil yang diterapkan dalam kehidupan seharian. Ia berkait rapat dengan mentaliti, sikap dan cara berfikir masyarakat.
Di sini, apabila lampu lintasan pejalan kaki bertukar hijau, kenderaan akan berhenti dengan tertib, menghormati setiap individu yang melintasi jalan. Tiada hon yang dibunyikan kerana tidak sabar, tiada perlumbaan untuk mendahului beberapa saat lebih awal. Sebaliknya, yang wujud ialah rasa hormat dan toleransi antara sesama pengguna jalan raya.
Perjalanan dari satu bandar ke bandar yang lain juga memperlihatkan tahap keteraturan yang tinggi. Sistem pengangkutan awam di Taiwan sangat cekap, berkesan, bersepadu dan menepati masa. Lebih penting lagi, para penggunanya mempamerkan disiplin serta etika yang tinggi. Di permukaan, suasananya kelihatan tenang dan teratur. Namun di bawahnya, jaringan rel dan sistem pengangkutan yang kompleks sentiasa sibuk menggerakkan jutaan manusia setiap hari. Jika keseluruhan struktur bandar Taiwan dapat dilihat secara menyeluruh, pastinya akan terserlah bagaimana rangkaian rel, jalan raya, infrastruktur, utiliti dan kemudahan sokongan disepadukan dengan begitu baik bagi membentuk fabrik perbandaran yang memenuhi aspirasi dan keperluan penduduknya. Semuanya berfungsi dalam keadaan yang harmoni dan berdisiplin. Walaupun padat dengan manusia, suasana tersebut tidak kelihatan sesak atau berserabut, malah memberikan kehidupan kepada setiap sudut bandar di Taiwan.
Kadangkala, pengalaman paling berharga ketika mengembara bukanlah pemandangan yang dirakam oleh kamera, tetapi nilai-nilai yang dirasai dan disimpan di dalam hati. Saya berpeluang menaiki Taiwan High-Speed Rail (HSR) dari Taoyuan ke Taichung. Sepanjang perjalanan, pemandangan gunung-ganang yang menghijau menjadi latar belakang yang indah kepada landskap bandar dan luar bandar yang berkembang secara harmoni. Setiap hamparan tanah pertanian kelihatan dimanfaatkan secara optimum untuk aktiviti pengeluaran makanan dan hasil pertanian. Kehijauan yang terbentang ibarat sebuah lukisan hidup yang memukau. Namun di sebalik keindahan tersebut, terserlah usaha kolektif petani, komuniti, institusi dan pihak kerajaan yang berganding bahu membangunkan kawasan luar bandar mengikut acuan dan kekuatan tersendiri.
Melalui pelbagai inisiatif seperti Rural Regeneration 2.0, kerajaan Taiwan memberi penekanan kepada pembangunan komuniti setempat dengan mengintegrasikan elemen pengeluaran makanan, pemuliharaan alam sekitar, budaya tempatan dan gaya hidup masyarakat. Pendekatan ini berjaya mewujudkan komuniti luar bandar yang berdaya tahan, dinamik dan sejahtera tanpa menghakis nilai-nilai tradisional yang menjadi identiti masyarakat setempat.
Pertanian di Taiwan tidak lagi terhad kepada aktiviti penanaman semata-mata. Model pembangunan yang diamalkan menggabungkan sektor primer (pertanian), sektor sekunder (pemprosesan) dan sektor tertier (pelancongan serta pemasaran). Para petani digalakkan menghasilkan produk bernilai tambah tinggi melalui pemprosesan hasil pertanian serta mempelbagaikan sumber pendapatan melalui aktiviti agropelancongan.
Taiwan turut memanfaatkan kepakarannya dalam bidang semikonduktor dan elektronik untuk memajukan pertanian pintar (Smart Agriculture). Penggunaan penderia Internet Kebendaan (IoT), teknologi sistem siber-fizikal (CPS), dron pemantauan serta sistem pengairan automatik membolehkan operasi pertanian dijalankan dengan lebih cekap, produktif dan kurang bergantung kepada tenaga kerja.
Satu perkembangan yang menarik perhatian ialah kebangkitan semula komuniti luar bandar melalui penglibatan generasi muda. Ramai belia Taiwan yang berpendidikan tinggi memilih untuk kembali ke kampung halaman mereka. Mereka membawa idea-idea baharu seperti penjenamaan digital produk tempatan, pembangunan produk hiliran yang kreatif serta strategi pemasaran secara kolaboratif yang mampu meningkatkan daya saing ekonomi luar bandar.
Pembangunan luar bandar di Taiwan juga sangat menitikberatkan aspek pemuliharaan alam sekitar. Amalan pertanian mesra alam dipromosikan bagi memelihara biodiversiti dan perkhidmatan ekosistem selaras dengan prinsip Inisiatif Satoyama. Perancangan luar bandar berasaskan kepada jaminan keselamatan makanan dan kelestarian alam sekitar. Tanah pertanian dilindungi dengan ketat, manakala penukaran guna tanah kepada pembangunan industri atau perumahan dikawal secara sistematik. Konsep ekopelancongan dan pertanian pintar diberikan penekanan bagi memastikan golongan muda terus kekal di kawasan luar bandar tanpa menjejaskan keseimbangan ekosistem, khususnya di kawasan berbukit dan tanah tinggi.
Sejarah membuktikan bahawa Program Reformasi Tanah Taiwan pada tahun 1950-an merupakan antara reformasi agraria yang paling berjaya di dunia. Banyak pengajaran boleh dipelajari daripadanya, termasuk pelaksanaan reformasi secara berperingkat dan aman, jaminan hak milik tanah yang meningkatkan produktiviti pertanian, transformasi modal bekas tuan tanah ke sektor perindustrian, serta peranan penting organisasi petani dan koperasi. Pada masa kini, Taiwan terus memberi penekanan kepada perlindungan tanah pertanian dan pembangunan pertanian lestari sebagai teras pembangunan negara.
Masyarakat Taiwan secara umumnya dikenali sebagai masyarakat yang sopan, mesra dan suka membantu. Nilai keharmonian sosial, kepatuhan kepada peraturan dan rasa hormat terhadap orang lain menjadi amalan yang sebati dalam kehidupan mereka. Pelawat lazimnya dapat merasai sendiri keramahan masyarakat Taiwan sepanjang berada di negara tersebut.
Sebagai sebuah pulau yang kecil dengan kepadatan penduduk yang tinggi serta bentuk muka bumi yang bergunung-ganang, Taiwan berhadapan dengan kekangan sumber tanah yang ketara. Akta Perancangan Bandar (Urban Planning Act) dan Akta Perancangan Ruang (Spatial Planning Act) menjadi asas kepada perancangan pembangunan negara. Melalui Pelan Spatial Nasional, penggunaan tanah dibahagikan kepada empat zon fungsi utama iaitu Zon Pemuliharaan Alam Sekitar, Zon Sumber Marin, Zon Pembangunan Pertanian dan Zon Pembangunan Bandar-Luar Bandar.
Bidang perancangan bandar dan luar bandar berada di bawah tanggungjawab National Land Management Agency yang bernaung di bawah Kementerian Dalam Negeri Taiwan. Antara isu utama yang diberi perhatian ialah kepadatan penduduk, pembaharuan bandar, ketahanan terhadap bencana dan adaptasi perubahan iklim. Disebabkan kekangan ruang yang terhad, fokus utama Taiwan bukanlah membina bandar baharu, tetapi melaksanakan program pembaharuan dan regenerasi bandar. Melalui pelbagai mekanisme perundangan, bangunan-bangunan lama di bandar besar seperti Taipei dan Kaohsiung dibangunkan semula agar lebih selamat, cekap tenaga serta tahan terhadap gempa bumi dan taufan.
Walaupun Taiwan berjaya mencapai tahap integrasi bandar dan luar bandar yang tinggi, beberapa cabaran masih perlu ditangani.
Penuaan Penduduk dan Penghijrahan Belia (Brain Drain)
Ramai golongan muda berhijrah ke bandar utama seperti Taipei dan Kaohsiung bagi mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih baik. Akibatnya, kawasan luar bandar mengalami penyusutan penduduk dan peningkatan populasi warga emas. Pelbagai inisiatif kerajaan diperkenalkan untuk menarik semula generasi muda kembali membangunkan kawasan luar bandar.
Jurang Ekonomi dan Peluang Pekerjaan
Ekonomi Taiwan banyak dipacu oleh sektor teknologi dan pembuatan yang tertumpu di kawasan bandar. Keadaan ini menyebabkan sektor tradisional luar bandar seperti pertanian dan perikanan berdepan cabaran dari segi keuntungan, daya saing dan inovasi.
Kualiti dan Akses kepada Perkhidmatan Kesihatan
Walaupun Taiwan mempunyai sistem Insurans Kesihatan Nasional yang komprehensif, masih terdapat jurang kesihatan antara kawasan bandar dan luar bandar. Beberapa penyakit kronik didapati lebih tinggi dalam kalangan penduduk luar bandar berbanding kawasan bandar.
Infrastruktur dan Pengangkutan
Perkhidmatan pengangkutan awam, khususnya bas, adalah kurang kerap di kawasan luar bandar berbanding bandar utama. Keadaan ini menyebabkan ramai penduduk bergantung kepada kenderaan persendirian untuk urusan harian.
Taiwan mengingatkan saya bahawa sebuah negara maju tidak dibina semata-mata melalui projek mega atau kemajuan teknologi, tetapi melalui jutaan amalan kecil yang dilakukan dengan penuh kesedaran, disiplin dan komitmen setiap hari. Kemajuan yang dicapai lahir daripada kesungguhan seluruh masyarakat untuk memastikan sistem yang dibangunkan benar-benar berfungsi dengan berkesan.
Pada masa yang sama, Taiwan masih berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti gempa bumi, taufan, tanah runtuh dan fenomena penuaan penduduk. Namun demikian, negara ini terus berada di hadapan dalam inovasi perancangan bandar melalui penggunaan teknologi Bandar Pintar (Smart City) berasaskan kecerdasan buatan (AI) bagi pengurusan trafik, sistem amaran bencana, serta pembangunan bangunan hijau yang lebih mampan dan berdaya tahan.
Secara keseluruhannya, program latihan selama 30 hari ini telah memberikan pemahaman yang lebih mendalam bahawa tanah bukan sekadar aset fizikal, tetapi merupakan asas kepada pembangunan ekonomi, kesejahteraan sosial, identiti komuniti dan kelestarian alam sekitar. Pengalaman yang diperoleh di Taiwan akan dibawa pulang bagi memperluaskan perspektif global, memperkukuhkan keupayaan analitikal serta menyediakan asas yang lebih kukuh untuk menyumbang kepada perancangan dan pembangunan tanah serta luar bandar yang mampan di Malaysia.
Sebagai refleksi peribadi, program ini boleh dirumuskan sebagai:
"Satu pengalaman yang memperlihatkan bagaimana dasar tanah, institusi, komuniti dan pembangunan mampan saling berkait dalam membentuk masa depan yang lebih inklusif, berdaya tahan dan sejahtera untuk masyarakat serta wilayah."
___
In Taiwan, I learned that progress is not measured solely by skyscrapers or sophisticated technology, but also by the small practices that are embraced every day. It is about mentality, attitude, and mindset.
Here, when the pedestrian crossing light turns green, vehicles stop in an orderly manner, respecting every individual crossing the road. There are no impatient horns and no rush to gain a few extra seconds. Instead, there is mutual respect among road users.
Travelling from one city to another also feels remarkably organized. The public transportation system is effective, efficient, reliable, and punctual. Equally important, its users are disciplined and considerate. On the surface, everything appears calm and orderly. Yet beneath the ground lies a vibrant network of railway systems bustling with activity every day. If Taiwan's urban areas could be viewed from within, one would see an intricate integration of railways, roads, infrastructure, utilities, and support facilities working seamlessly together. These elements form the fabric of cities and townships that reflect the aspirations and needs of their residents. Everything operates in harmony and discipline. Although crowded, the urban environment feels alive and dynamic rather than chaotic.
Sometimes, the most valuable experiences gained from travelling are not the landscapes captured by a camera but the values captured by the heart. I had the opportunity to experience the Taiwan High-Speed Rail (HSR) on the route from Taoyuan to Taichung. Along the journey, green mountains formed a magnificent backdrop to both urban and rural landscapes, illustrating the harmony between development and nature. Every stretch of agricultural land appeared to be carefully utilized and optimized for productive use. The lush greenery resembled a living painting. Behind this beauty lies the collective effort of farmers, communities, institutions, and policymakers working together to develop rural areas according to their own unique strengths and aspirations.
Through initiatives such as Rural Regeneration 2.0, Taiwan's government places strong emphasis on community-based rural development by integrating food production, environmental conservation, cultural heritage, and local lifestyles. This approach helps create vibrant and resilient rural communities while preserving traditional values and local identity.
Agriculture in Taiwan extends far beyond farming alone. The concept integrates the primary sector (agriculture), secondary sector (processing), and tertiary sector (tourism and marketing). Farmers are encouraged and supported to transform agricultural products into higher-value goods while diversifying their income through agrotourism and related activities.
Taiwan is also leveraging its expertise in semiconductors and electronics to advance Smart Agriculture. The use of IoT sensors, CPS technologies, surveillance drones, and automated irrigation systems enables large-scale farming operations to achieve high efficiency while reducing labour requirements.
A particularly encouraging development is the return of young people to rural areas. Many highly educated Taiwanese youths are choosing to return to their hometowns, bringing with them fresh ideas and entrepreneurial approaches. They contribute through digital branding of local products, development of innovative value-added products such as fruit snacks, and collaborative marketing strategies that strengthen local economies.
Rural development in Taiwan places strong emphasis on environmental conservation. Environmentally friendly agricultural practices are promoted to preserve biodiversity and ecosystem services, consistent with the principles of the Satoyama Initiative. Rural planning is grounded in the protection of food security and environmental sustainability. Agricultural land is carefully protected, and the conversion of farmland into industrial or residential development is strictly controlled. Significant emphasis is placed on ecotourism and Smart Agriculture as mechanisms to sustain rural livelihoods while preserving fragile ecosystems, particularly in hilly and mountainous regions.
History demonstrates that Taiwan's Land Reform of the 1950s was one of the most successful agrarian reform programs in the world. Important lessons can be drawn from its gradual and peaceful implementation, the provision of secure land ownership that enhanced agricultural productivity, the transformation of former landlord capital into industrial investments, and the important role played by farmers' organizations and cooperatives. Today, Taiwan continues to focus on land protection and sustainable agriculture as key pillars of development.
Taiwanese society is generally known for being polite, friendly, and helpful. Social harmony, respect for rules, and consideration for others are deeply embedded cultural values. Visitors often experience this friendliness firsthand.
Taiwan faces unique spatial challenges. As a relatively small island with a high population density and significant mountainous terrain, land resources are limited. The Urban Planning Act and the Spatial Planning Act provide the legal framework for guiding development. Under the National Spatial Plan, land is carefully categorized into four functional zones: Environmental Conservation Zones, Marine Resource Zones, Agricultural Development Zones, and Urban-Rural Development Zones.
Urban and rural planning falls under the responsibility of the National Land Management Agency within the Ministry of the Interior. Key planning issues include population density, urban renewal, disaster resilience, and climate adaptation. Given the constraints on physical space, Taiwan's primary focus is not on developing entirely new cities but on urban regeneration and renewal. Through dedicated legislation and planning mechanisms, older buildings in major cities such as Taipei and Kaohsiung are redeveloped to improve safety, energy efficiency, and resilience against earthquakes and typhoons.
Although Taiwan has achieved a high level of urban-rural integration, several challenges remain. With an urbanization rate of approximately 80% and projections suggesting it may reach 88% by 2050, the country faces a number of significant issues:
Aging Population and Rural Depopulation
Many young people continue to migrate to major cities such as Taipei and Kaohsiung in search of better employment opportunities. As a result, many rural communities are experiencing population decline and a rapidly aging demographic structure. Government initiatives encouraging youth participation in rural development aim to address this challenge.
Economic Disparities and Employment Opportunities
Taiwan's economy is heavily driven by technology and manufacturing industries concentrated in urban centres. Consequently, traditional rural sectors such as agriculture and fisheries often struggle with declining profitability and limited innovation opportunities.
Healthcare Access and Quality
Despite Taiwan's comprehensive National Health Insurance system, disparities remain between urban and rural areas. Certain chronic diseases have been reported at higher rates in rural communities, highlighting ongoing healthcare challenges.
Infrastructure and Transportation
Public transportation services in rural areas, particularly bus networks, are generally less frequent than in urban centres. This often increases dependence on private vehicles among rural residents.
Taiwan reminds me that a developed nation is built not only through major infrastructure projects or technological achievements, but through millions of small actions carried out with awareness, discipline, and commitment every day. Progress is sustained because people are committed to making systems work.
At the same time, Taiwan continues to face significant challenges, particularly natural disasters such as earthquakes, typhoons, and landslides, as well as the long-term implications of an aging society. Nevertheless, Taiwan remains at the forefront of innovation in urban planning through the application of AI-enabled Smart City technologies for traffic management, disaster preparedness, and sustainable high-rise building design.
Overall, this 30-day training program has reinforced the understanding that land is not merely a physical asset. It is the foundation of economic development, social well-being, community identity, and environmental sustainability. The experience gained in Taiwan will be brought home to broaden global perspectives, strengthen analytical capabilities, and provide a stronger foundation for contributing to sustainable land and rural planning and development in Malaysia.
As a personal reflection, this program can be summarized in the following statement:
"An experience that demonstrates how land policy, institutions, communities, and sustainable development are interconnected in shaping a more inclusive, resilient, and prosperous future for people and places."