31.3.08

Perakus alam sekitar

Expert talk oleh Mr. Karam Singh Walia dimulai dengan bidalan ini

Rumah terbakar sekampung tahu
Hati terbakar siapa yang tahu

Jika kucing tak ada gigi
Maka tikus menari-nari

Pengisiannya adalah berkisar tentang perakus-perakus alam sekitar yang patut digelar bangsat. Dengan memaparkan beberapa contoh-contoh berikut:

1/ Bagaimana tanah lapang (bekas lombong) di kawasan bandar dijadikan tapak pelupusan sisa berjadual dan toksik. Aktiviti pengorekan pasir yang dahsyat dan diurusniagakan pasir tersebut. Kualiti hidup penduduk terjejas. Pihak Berkuasa tidak peduli langsung.
2/ Bagaimana hutan simpan diceroboh dengan pembangunan sewenang-wenangnya tanpa mempedulikan implikasi kepada penduduk sekitar. Kerja-kerja pemantauan tidak dipantau. Penerokaan hutan mendedahkan kem askar bersebelahan kepada ancaman musuh. Dan bagaimana kelulusan boleh diberi oleh pihak atasan.
3/ Bagaimana kejadian banjir yang dahsyat berlaku di Batu Pahat walhal hujan turun dalam tempoh yang singkat. Kerosakan dan kemusnahan harta benda penduduk. Pelepasan air empangan tidak diberitahu kepada penduduk. Empangan tidak diselenggara dengan baik.

banyak lagi contoh-contoh yang beliau kemukakan seperti isu pembangunan Bkt. Gasing, Bkt. Cerakah. Isu pembinaan empangan Kelau. Isu terowong SMART. Isu kesesakan. Isu penyediaan rumah yang tidak berkualiti dan sebagainya.

Dan Mr. Karam Singh Walia mengakhiri ceramahnya dengan pantun ini

Burung terbang di awangan
Hinggap sejenak di dahan meranti
Kalau ada umur berpanjangan
Boleh kita berjumpa lagi

Audien memberi tepukan yang gemuruh. Tapi audien tak melihat tangan Mr. Karam Singh seperti membelah angin (sesekali naik-turun) sebagaimana dilihat dalam TV apabila beliau membuat liputan.

.

28.3.08

Love is CINTA, Hate is BENCI: part V

Sal dah lulus ujian memandu. Sal dah dapat lesen B2. Tapi tapi tapi.. Sal masih takut-takut untuk memandu kereta di jalan raya. Lebih-lebih lagi jalan yang sibuk. Penuh pancaroba.

"Pandulah kereta ni..." Rom.
"Tampal pelekat P dulu. Baru boleh pandu..." Sal.

Woh, Sal bukan beri alasan. Sesungguhnya Sal mengikut peraturan alam.

27.3.08

Love is CINTA, Hate is BENCI: part IV

Jo (bukan nama sebenar). Nama sebenar dia Johari. Jo dan aku sering duduk dalam satu kelas. Sekolah lama dulu pun aku sekelas dengan dia. Pindah sekolah baru pun, aku pun masih sekelas dengan dia. Tapi, kami bukan gay tau. Kami sahabat rapat ketika itu. Lagipun Jo dan aku sekepala dan sebulu. Ngam dalam banyak segi.

Tapi Jo anak orang berada sikitlah manakala aku anak kurang berada sikit. Jo duduk rumah teres dua tingkat dalam taman. Aku duduk rumah sesebuah dalam setinggan. Jo pakai barangan branded manakala aku pakai bundle je. Muka Jo ada iras-iras Cina. Mata sikit sepet. Sebaliknya muka aku iras Jawa kacuk Boyan. Hidung pesek banyak. Jo tak pernah wujudkan perbezaan dan diskriminasi itu, cuma aku je yang berprejudis begitu. Jahat aku. Tapi, belum tentu Jo baik! Itu dalam hal materialisme.

Dalam hal pelajaran pula, aku mendahului Jo. Bukan aku nak bangga tapi memang hakikat begitu. Aku suka masuk bakul. Kalau Jo dapat nombor empat dalam kelas aku dapat nombor tiga. Kalau Jo dapat nombor tujuh, aku dapat nombor enam. Entah kenapa nombor kami dekat-dekat selalu dalam kelas. Tak pernah sangat jurang perbezaan yang tinggi. Untuk pengetahuan kalian, Jo tak pernah dapat nombor satu. Haha!

Jo tak berapa pandai sangat melukis berbanding aku. Kalau dia lukis apa-apa objek sekalipun nampak kaku. Sebaliknya aku tak lah pandai sangat melukis. Tapi, lebih baik dari Jo lah lukisan aku tu. Sebab itu, cikgu memilih lukisan meja aku untuk ditampal di papan kenyataan belakang kelas. Sebab itu juga cikgu memilih aku mewakili sekolah dalam pertandingan lukisan sempena kemerdekaan. Aku dapat hadiah saguhati. Haha, saja je aku lukis bagi comot. Untuk jaga hati Jo. Nanti Jo bengang pulak dengan aku. Jurang kami nampak sangat. Tak mahulah bagi Jo kecil hati. Aku mahu jaga hati kawan. Hati kawan lebih penting dari hati sendiri ketika itu.

Pernah, satu ketika dulu. Kawan aku yang satu lagi. Bukan Jo. Katalah nama dia Lan. Dia kata, aku lupakan budi kawan seorang kerana bertemu dengan kawan yang ramai dengan mudah. Oh ya, lupa aku nak beritahu Lan ketika itu. Hati aku lebih penting daripada menjaga hati seorang kawan di kala itu. Kerana kau berkawan atas dasar ada kepentingan dan agenda kau sendiri. Buat apa aku jaga hati kau tapi kau calarkan hati aku. Kau buat bodoh pulak tu..., "Hoi Lan! kau dah pinjam motosikal aku. Setitis minyak pun kau tak isi. Aku tak minta. Aku tak minta kau basuh pun motor tu. Aku pinta cuma penghargaan. Nak dengar secebis ungkapan terima kasih dari mulut kau. Malangnya. Tiada. Susah sangat ke nak sebut terima kasih. Tercalar beb hati gua!

26.3.08

Love is CINTA, Hate is BENCI : part III

Cikgu satu biru menitiskan air mata apabila mendengar berita mengenai perpindahan beberapa murid-muridnya yang pandai-pandai akan ke sekolah baru. Dikatakan sekolah baru itu lagi hampir dengan rumah mereka. Dalam radius 1-2 km saja. Temasuk aku juga. Sekolah baru yang kami nak pindah namanya Tanjung Puteri. Sempena mengambil nama asal-usul Negeri Johor. Ada yang takut mahu pindah kerana namanya sinonim dengan Tanjung Rambutan. Tapi, lencana sekolah itu ada lambang teko Aladdin. Itu aku suka. Ramai murid juga suka.

Hari terakhir adalah kelas lukisan di sekolah lama. Sekolah Kebangssan Larkin (2). Tak komersil betul nama sekolah ni! Cikgu lukisan yang merangkap cikgu kelas satu biru. Merapati aku. Lalu berkata,
"Awak jangan pindah sekolah erk?"
"Saya kena pindah gak cikgu. Sekolah tu lagi dekat, leh jalan kaki dari rumah saya."
"Sekolah la sini aje.."
Aku diam kerana terlalu tekun melukis objek meja yang disuruh oleh cikgu lukisan yang merangkap cikgu kelas satu biru. Dah siap, sambung mewarna.

"Ok kelas...hantar lukisan semua. Letak di meja saya di depan."
Selang beberapa minit.
"Semua dah hantar?"
"Daaaaaah!" jawab murid satu biru.
Cikgu lukisan yang merangkap cikgu kelas satu biru menuju ke depan. Dia membelek dan menyingkap satu-persatu helaian kertas lukisan murid-muridnya. Lalu ditariknya rapi sehelai.

"Saya suka lukisan ni, see..., meja budak ni dilukis dalam 3D. Sedang yang lain
saya tengok meja 2D berkaki lidi. Saya harap budak ni tak pindah sekolah.."
"Siapa cikgu?" salah seorang murid bertanya namanya Johari.
"Nanti saya tampal di belakang, semua tengoklah ye... Masa dah habis ni."
"Bangun kelaaaaaas, terima kasih cikgu!" ketua darjah
"Terima kaasihhhh cikgu!" murid-murid semua.

Sebelum meninggalkan sekolah aku ambil sehelai kertas lalu aku tulis.

Cikgu,

saya tak nak pindah sekolah. Tapi, ibu-bapa saya kata kena pindah. Nanti dia kata, tak payah lagi duit bas sekolah. Dapat jimat. Sebulan 12 hinggit. Sekolah baru boleh jalan kaki dia kata. Saya sayang sekolah ni. Sedih ni. Kawan saya Johari pun pindah sekolah. Saya minta maaf cikgu lukisan yang merangkap juga cikgu kelas satu biru. Harap cikgu jangan menangis.

anak murid cikgu,
Saifuddin


"Oit, lukisan kaulah cikgu tampal kat belakang..."Johari menyapa aku dari belakang.
"Takde apa nak dibanggakan Jo, bakat itu aku pinjam." aku.
"Pinjam?"
"Ha'ah la.. Diberi pinjam oleh Allah S.W.T.."
"Hallamak, ko guna bahasa tinggi ni. Insaf aku.."

25.3.08

Love is CINTA, Hate is BENCI : part II

Mesin merentas masa. Tahun 80-an.
Cinta itu tak boleh dipaksa-paksa. Ia datang secara sukarela. Tanpa banyak bicara.
"Hai, jalan sorang je ke? Boleh saya temankan."
"Tak boleh! Syuh.. Pergi sana! Syuh, sana!"
"Sombongla awak ni... Jangan macam tu, tak baik tau..."
"Eiiiuoo... Gelilah.. Tak suka!"
"Kenapa pulak geli. Tak geletek awak pun."
"Boleh tak, jangan kacau saya!"
Iyela, muka yang tak berapa nak ensem masa tu. Dengan berbekalkan hidung pesek cuma. Siapa yang mahu. Lagipun, diri ini bukan anak orang berada. Budak yang dok setinggan yang dapat Rancangan Makanan Tambahan. Siapa nak tahan! Perangai pun kebudak-budakan.

24.3.08

Love is CINTA, Hate is BENCI; part I

Saya dapat juga mencari CINTA di dasar laut Pulau Redang. Bersama spesis hidupan laut di sana. Inilah bukti CINTA saya kepadaNya dengan mengambil iktibar dari kejadianNya. Alahai, syukur saya kepadaNya juga kerana diberi CINTA untuk dicintai (saya rasa la..) dan mencintai. Kerana semangat saya yang berkobar-kobar untuk menangkap gambar bukti CINTA saya kepadaNya, kamera Olympus saya rosak kerana direndam air laut masin. Lupa saya nak pesan pada rakan saya, kamera yang saya beli itu bukan underwater camera. "Oit, kau bawak pergi berenang tu buat apa. Ni kamera darat saja. Bukan untuk dalam air punya. Aduish..!"

Maklumlah, selepas dikurniakan dua orang cahaya mata, baru berkesempatan untuk saya berbulan madu. Berbulan madu bersama anak-anak pun best juga. Lebih-lebih lagi dengan kawan-kawan yang kita suka. Kawan-kawan yang ketawa bersama, makan bersama, main sukan rakyat bersama, tangkap gambar bersama. Suka betul la kawan macam ni. Ramai saya jumpa di sana. Tapi, kawan yang berat sama dipikul sangat boleh dikira.

Surat CINTA saya yang pertama (barangkali dia renyukkan dan campak dalam tong sampah kerana sebarang kertas direnyuk dan dibuang layak digelar sampah). Di atas kertas itu tertulis begini :

Saya suka kat awak, sebab awak cute sangat.
Nanti, lepas sekolah, kita balik
sama-sama macam biasa. Boleh kan?
Walaupun awak garang jadi pengawas
sekolah, saya tetap suka kat awak.
Pen merah, pen biru; U marah, I luv U.
Pecah kaca, pecah gelas; sudah baca, harap balas.

19.3.08

Love is CINTA, Hate is BENCI: prolog

Hari ini saya akan bercerita mengenai cinta. Mulanya, saya pun tak pasti dan tak tahu apa itu dikatakan cinta? Adakah dengan menyukai seseorang atau menaruh minat kepada si dia dinamakan cinta? Dari mana datangnya cinta ini? Bagaimana kita mahu luahkannya?

Sebelum saya bercerita mengenai surat-surat cinta sepanjang bulan ini. Kalian diharap bersabar kerana dari 20 Mac hingga 23 Mac 2008, saya bercinta dengan sand, sea and sun. Saya akan mencari cinta saya kepadaNya di Pulau Redang. Bye...

18.3.08

Fail sulit hilang

BA Selangor. Kita sebut Barisan Rakyat (BR) sebab BA di sini dah jadi Kerajaan. Bukan pembangkang lagi. BR Selangor berjanji akan melaksanakan urus tadbir seperti berikut sekiranya berjaya menakluk Selangor:

Memastikan semua pemimpin bersih daripada rasuah;
Menyiasat penyelewengan pentadbiran tanah dan sumber negeri;
Menghentikan projek-projek membazir dan rugi;
Memastikan ketelusan pentadbiran negeri;
Menghentikan campur tangan politik dalam perniagaan dan
Melarang ahli-ahli exco terlibat dalam perniagaan.

Sosio kebajikan rakyat:
Membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor (termasuk Melayu, Cina & India)
Memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri
Memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah
Memberi hadiah RM1000 kepada setiap anak Selangor yang mendapat tawaran ke universiti
Memberi bantuan dan biasiswa pelajaran untuk anak Selangor
Memberi bantuan kepada anak-anak muda untuk mendirikan rumahtangga
Membuka pusat sukan mini dan rekreasi bagi belia
Mencarum takaful bernilai RM2,500 untuk warga emas, orang kurang upaya dan anak yatim
Memberi elaun ibu tunggal yang layak
Memberi elaun khas suri rumah yang memilih untuk menjaga sepenuh masa anak-anak kecil mereka
Membantu setiap rakyat Selangor untuk mendapatkan kediaman sendiri
Mewujudkan institusi menyelaraskan hal ehwal agama selain Islam

Kesihatan Rakyat :
Memberi wanita bekerja 90 hari cuti bersalin
Memberi 14 hari cuti kepada suami yang isterinya bersalin
Memberi sebulan cuti kepada wanita yang kematian suami
Menyediakan perubatan percuma untuk warga 65 tahun ke atas

Ekonomi rakyat:
Menyediakan premis perniagaan yang cukup
Memberi bimbingan perniagaan kepada golongan belia dan wanita muda
Memberi galakan kepada belia dan wanita muda berniaga dengan sewa minima atau hanya perlu membayar air dan elektrik untuk dua tahun pertama
Mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20 peratus dan cukai premis komersil sebanyak 10%
Memberi bekalan air kegunaan domestik secara percuma bagi 20 meter padu pertama setiap bulan
Menjalankan program bagi membolehkan rakyat miskin terutama petani dan nelayan mendapatkan pendapatan yang lebih tinggi di atas garis kemiskinan

Keselamatan rakyat:
Menguatkuasa syarat perlindungan alam sekitar bagi mengelakkan bencana seperti tanah runtuh dan banjir
Menggantikan sistem Rukun Tetangga dengan sistem baru yang lebih berkesan
Mewujudkan pusat khidmat sehenti bagi menangani kes jenayah dan keganasan terhadap wanita.


Psst.., ada fail-fail sulit AF yang telah dilupuskan dan hilang terutama di Selangor dan Perak setelah bertukar kerajaan.
Bongkar!

17.3.08

Aduh


Tiada lagi alasan untuk kau kencing berdiri lagi! Tapi tak banyak mangkuk urin di tempat-tempat awam direkabentuk sebegini rupa. Aduh!

Bercakap soal alasan, kawan yang aku suka. Suka benar mencari alasan untuk tidak datang ke tempat kerja. Mulanya dia telefon tak dapat hadir sebelah pagi, kerja sekerat hari. Hadir lepas rehat baru sampai kampung pagi tadi. Kemudian, jam empat petang dia hantar sms. "Bro, aku tertidurla, tak dapat datang kerja harini..."

Aduh! "Lagi best kalau tidur selamanya kan." Atau "Esok, sambungla tidur lagi.."
Agak-agak kecik tak hati dia?

14.3.08

Idea gila

"Ok, sila bentang maksud pelan konsep ni?"

"Terima kasih tuan pengerusi. Keutamaan pembangunan di nukleus pertumbuhan yang bewarna oren diikuti dengan koridor-koridor pembangunan yang dikenalapsti bla bla bla..."

"Ada banyak kaler ni, pelan ni takde legend nampaknya?"

"Ok, saya terangkan yang kaler hijau berlorek tu, di bahagian kanan kawasan tadahan air bla bla bla.. kaler kuning ni bla bla.."

"Apa maksud kaler hijau cair ni?"

"Ok, yang hijau cair ni kawasan-kawasan tertakluk di bawah zon pemeliharaan tahap 3 bla bla.."

"Sebelum keluar pelan ini, kami melalui proses tindih lapis."

"Ok fine. Kena ada legend untuk beri kefahaman kepada orang lain."

"Sebenarnya, saya lebih suka pelan di muka surat sekian sekian dijadikan pelan konsep. Ini, saya saja je melontarkan 'crazy idea' untuk diperbincangkan."

"Itulah, saya baru nak cakap. Rasanya pelan ni lagi sesuai dengan sedikit modifikasi boleh dijadikan pelan konsep."

"Huh, kau ni buang masa aku je."

"Saya rasa tak buang masa. Ada beberapa perkara juga yang boleh diperbincangkan dan diperjelaskan. Contohnya, dalam pelan ini kita menonjolkan wujud koridor-koridor baru pembangunan yang dilihat berpotensi. Jika tidak, dalam peta cadangan nanti, kawasan ini akan kekal sebagai kawasan pertanian."

"Ada gunanya juga 'crazy idea' ni.."

Dalam perbincangan itu, aku lihat, sepinggan karipap dan sepinggan kuih bom di atas meja semakin berkurangan. Aku syak orang yang duduk sebelah kanan aku membedal. Barangkali. Kawan aku duduk sebelah kanan. Bos aku duduk sebelah kiri.

Tanpa aku sendiri sedari. Sepinggan karipap dan sepinggan kuih bom di atas meja semakin berkurangan. Alahai...

12.3.08

Janji


Lembu dipegang pada talinya
Manusia dipegang pada janjinya
Parti dipegang pada janji manifestonya

Esok, saya akan bentangkan intipati manifesto mereka. Bukanlah harap sangat dalam seminggu dua ni. Tapi, bakal menjadi senarai semak generasi saya pada masa akan datang.
Apa peranan wakil rakyat? Dan apa pula yang kalian harapkan sebagai rakyat?

Dalam rancangan tibi1 rtm, ada pemanggil dari Kedah menelefon.

"Hello, ya. saya bla bla bla. La ni, pengundi bukannya bodoh. Dan pengundi atau rakyat bukan boleh ditemberang sesuka hati. Dulu, slogan Kedah Maju 2010. La ni, cuba pi Kedah. Apa ada? Tukaq pulak Kedah Gemilang. Saya rasa, tibalah masanya kita mengubah haluan dan citarasa. Kita tak mau pembangunan fizikal semata bla bla bla.."

"Hello, encik X. Sila jawab terus kepada persoalan. Apa yang encik harapkan sebagai rakyat daripada MB yang baru ni. Kita tak mau lagi cerita yang dulu-dulu. Kita cerita akan datang dan harapan encik."

"Hello, ni saya nak habaq.. "

"Terus kepada harapan encik ya. Kita kesuntukan masa ni."

Tut.... Talian terputus. Atau sengaja diputuskan. Tak pasti.

Rancangan diteruskan untuk memomokkan psikologi rakyat.

Baik punya....! mengambil kata Dafi AF.
___
Sumber gambar : Utusan Malaysia 10 Mac 2008

10.3.08

SPAM Pilihan Raya

Ini SPAM melanda PC saya selepas Pilihan Raya Umum ke-12 di bumi Malaya yang tercinta. Maklumlah saya bekerja kuat sehinggakan ada yang cemburukan saya.

Ini SPAM melanda Pocket PC saya selepas Negeri termaju di Malaya jatuh ke tangan pembangkang. Nampaknya, minda penduduk urban sudah terbuka seluas-luasnya.

sumber : sini

"Panas kusangka hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Kelantan kusangka mudah kutawan, rupanya kuhilang lima negeri. Sungguh malang nasibku ini, tiada kampung dan tiada negeri, Penang negeriku ditawan DAP, tak tau ke mana nak bawa diri. Ada baiknya kuundur diri, bagi peluang kepada Khairy, sambil kutumpu kepada isteri. Manalah tau kot-kot dapat baby! Selamat-Aman-Makmur."

Ini bukan SPAM dari SMS kawan punya kawan punya kawan punya kawan saya. Nampaknya, internet lebih cepat capaian maklumatnya.

6.3.08

PUNDAK tertinggi di P135:ALOR GAJAH

Dua hari sebelum pilihanraya, iaitu pada 6 Mac 2008 YB Ahtok selaku wakil PUNDAK (Parti Undi Rosak) untuk P135-Alor Gajah turun padang. Pelan koridor pembangunan sudah dispakan dan dimantapkan. Tinggal lagi untuk mendapat kelulusan dan perakuan oleh Ketua Menteri dan YDP Alor Gajah. YB Ahtok turun sendiri ke lokaliti penduduk dengan menjemput semua untuk hadir ke Hotel Sri Malaysia Ayer Keroh bagi membentangkan manifesto PUNDAK di sana. Makanan disediakan. Boleh 'tapaw'. Kehadiran ketika itu sangat memberangsangkan. Sampai sarat muatan bilik seminar. Intipati manifesto yang dibentangkan pada perjumpaan itu adalah seperti berikut:

1/ Menyelesaikan isu penternakan khinzir di Alor Gajah walaupun sebenarnya ia lebih banyak di Parlimen Masjid Tanah. Isu ini mengganggu kualiti hidup penduduk dan implikasinya juga kepada seluruh penduduk daerah. Jadi, pendekatannya Alor Gajah zero babi. Sebab babi subur;

2/ Membangunkan bandar Alor Gajah sebagai pusat perdagangan bertaraf separa wilayah dengan pelebaran kawasan bandar hingga ke Simpang Ampat. Menjanjikan penduduk tempatan 3,300 peluang pekerjaan dalam sektor industri dan perkhidmatan dan pusat pelaburan yang strategik;

3/ Pekan-pekan sediada akan dinaik taraf untuk memberi peluang kepada golongan Bumiputera berniaga. Dan pusat-pusat yang berpotensi akan dikenalpati untuk Pusat Pertumbuhan Desa untuk aktiviti IKS.

4/ Kawasan Durian Tunggal yang juga sebahagian daripada kawasan hang Tuah Jaya yang dicadangkan oleh parti dacing akan dimajukan. Durian Tunggal akan mengambil peluang ini untuk dimajukan sebagai zon kediaman. E&E Hub, CBD bagi Hang Tuah Jaya, Pusat Institusi dan IPTS terkemuka dan linear park;

5/ Pengangkutan awam akan dipertingkatkan yang akan meliputi keseluruhan kawasan supaya mobiliti penduduk dapat dipertingkatkan walaupun kurang permintaan buat masa ini kerana mahu menggalakkan pengurangan belanja petrol oleh penduduk. Manakala rezab laluan keretapi lama dari Pulau Sebang ke Kg. Gangsa akan dimajukan semula untuk kegunaan masa hadapan penduduk samada untuk monorel, tren, ERL atau LRT;

6/ Pendapatan minimum penduduk-penduduk Kampung Tradisi, FELDA dan Petempatan Orang Asli akan dipertingkatkan kepda RM 1,000 / keluarga dengan menyediakan pusat-pusat latihan dan kursus keusahawanan;

7/ Pembangunan akan diteruskan namun secara terkawal dan berdensiti rendah dengan ketinggian bangunan tidak boleh melebihi 5 tingkat di pusat bandar dan 2 tingkat di tempat lain dengan konsep 'greenery environment suasana kedesaaan'.

8/ Kawasan tadahan air akan dipelihara (mustahak untuk dipelihara) manakala empangan Durian Tunggal terus menjadi punca bekalan air bagi Negeri Melaka selain cadangan Empangan Sungai Jerneh.

Jika mahu ditulis di sini panjang berjela. Apa yang mustahak PUNDAK memperjuangkan kepentingan umum diutamakan. Untuk dua hari itu, penduduk disuapkan dengan manifesto ini. Penduduk sangat gembira. Ramai juga yang meminta salinan 'soft copy' manifesto kami selesai pembentangan termasuklah wakil dari parti-parti lain. Nak tirulah tu. Takpun nak senang kerja. Tidak ketinggalan juga pihak hotel selaku 'custodian' pelan-pelan yang kami bentangkan. Meminta juga. Dengan buat muka kesian. Terima kasih kepada jentera PUNDAk yang bertugas ketika itu. Hampir lima hari mereka tidur tak menentu.


Sudahnya, walaupun parti PUNDAK tewas di Alor Gajah, namun pencapaian yang memberangsangkan dan tertinggi bagi kesemua parti PUNDAK yang bertanding di Malaysia. Terima kasih pengundi Alor Gajah kerana mengundi PUNDAK dan mempercayai manifesto kami yang lebih realistik berbanding parti lain.

5.3.08

Tandakan [X] kalau rumah Kassim Baba

Sila tandakan [/] pada jawapan yang betul dan [X] pada jawapan yang salah.
[ ] Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj adalah Perdana Menteri Malaysia yang kedua.
[ ] Tarikh kemerdekaan Malaysia ialah pada 31 Ogos 1958.

Sila tandakan [X] di ruang yang disediakan pada pantun yang anda tak suka.
[ ] lauk dihidang bersama nasi
dihidang bersama si ayam panggang
dua bersaudara berebut kerusi
janji siapa hendak dipegang?

[ ] gendang tambur dentum bergegar
nyanyian diiringi acara tarian
poster bertabur bendera berkibar
terincikah nasib di pesta demikian?

Sila tandakan [ X ] juga pada parti yang anda tak suka pada hari mengundi 8 Mac 2008


[ ]




[ ]



Selamat mengundi.

4.3.08

Slanga

Satu petang yang skima. Gua mati kutu beb! Gua ingat nak layan merempit dengan geng-geng gua. Budak-budak samseng yang kerek tu. Bila gua cakap budak-budak samseng lu faham-faham sudah. Kerja diorang, selain pecah rumah dan pecah dara, selalu dok lepak tepi simpang tu. Diorang tu bukan boleh percaya sangat. Semua kaki kencing! Tapi takpe, sebab takde apa nak layan, gua layan jelah diorang. Dengan muka yang poyo gua datang port diorang selalu lepak. Bukan tepi simpang. Mana lagi? Kedai mamak hujung corner. Itupun kalau poket diorang berduit. Diorang dah janji tadi kat situ. Tapi gua tunggu punya tunggu. Diorang tak muncul-muncul beb. Frust menonggeng gua. Diorang ni memang hampeh la. Tapi, sebab gua dah duduk situ. Macha amik order. Gua tapau je lah. Gua pun blah dengan hati yang hancus. Cilakak punya fren. Janji nak datang. Balachi betul! Gua marah beb. Hati panas. Mana taknya, matahari atas kepala.

Sedang gua nak blah, gua nampak awek jalan pegang-pegang tangan dengan balak dia. Selamber dek je peluk-peluk. Dia ingat, dia sorang je ada balak. Macam kelas sangat. Muka kalau cun takpe. Macam tongkang pecah ada la. Gua rasa, diorang baru lepas projek kot. Rambut kusut je. Gua rasalah! Lagipun gua macam kenal awek tu. Gua nampak leher awek tu yang jinjang ada bintat merah beb. Gua syak diorang ada skandal. Awek tu boleh tahan gak. Macam pengkid pun ada. Dalam hati gua. Tapi bintat merah kat leher siapa punya kerja? Tapi pengkid ada jamban besar ke? Gua mula mencongak-congak. Bukan awek tu. Tapi kelebaran jamban awek tu. Huhu.. Tapi tang muka awek tu kureng sikitlah. Apa barang? Muka tak penting beb. Boleh tutup ngan bantal bila buat projek. Betul tak?

Fuuuyoh! Gerek beb gua cakap lu. Gua pun rapat sikit, usyah awek tu. Gua pun start mengayat. "Boleh abang comolot dengan u?" ayat power beb.

"Hoi lahanat!" Balak dia bersuara. Gua ingat balak dia bisu. Sia-sia gua dapat lahanat free. Habis tu, lu ingat gua buat muka sposen je.

"Bapak kau! Lu apa hal?" Gua sound dia balik. Anak ikan! Gua bukan bacul beb. Alang-alang gua dah lajak, pantang betul gua gostan. "Kerek kau eh. Awek lu bukan cun pun. Dah koyak la bro. Porah lah. Meh gua slowtalk ngan lu bro, untuk pengtetahuan lu, gua tai kor kawasan ni. Anytime gua boleh panggil geng-geng gua kasi pecah lu punya kepala."

"Hei bro, lu silap orang beb. Apa lu ingat gua takde telur ke.. Ingat lu terror sangat ke? Kalau lu rasa lu dah cukup amal. Malam ni kita race lah. Amacam? Jalan Merdeka masuk Jalan Perlimen keluar Jalan TAR."

"Bro, situ line tak clear la. Kalau lu rasa lu hebat meh mula Jalan Duta masuk Jalan Sultan Ismail keluar Highway PLUS ambil exit Seremban tuju ke Litar Sepang. Habis."



"Whoah! Tapi, apa barang jalan Duta sampai Litar Sepang. Tak gempaklah beb."

"Ek eleh... Abis tu, lu nak jalan mana?"

"Ok, kita main Jalan Klang Lama. Banyak lap sana. Kalau eksiden pun senang nak angkut."

"Ok. Allright.. ok"

"Kalau gua menang lu nak bagi apa?"

"Lu ambiklah motor gua sana tu."

"Whoap whoap whoap. Nanti dulu..."

"Gua nak awek lu. He he he..."

"Ek eleh, tadi lu kata awek gua dah barai."

"Walaupun dah barai tapi boleh pakai beb. Buat sparepart. Hahaha!"

"Hoi hoi hoi, apa kes! Apa lu ingat awek gua boleh sabo ke?"

"Jap. Jap Bro. Sabo tu apa? Sabotaj lah mangkuk! So hai punya budak. Tak sekolah arab."

"Tapi bro lu makan boleh sebarang makan tapi cakap jangan cakap cibai la, cipap la, klitoris la, kelopak labia la. Mencarutlah lu."

"Ek leh, bilamasa aku cakap..?"

"Tadi bukan lu cakap ke?"

"Hah, kalau lu nak tau bro, awek lu bekas kepada member gua beb. Kantoi tengah buat projek. Gua tak kencing bro. Kalau lu tak caya gua ada movie diorang projek masa gua skodeng. Err, tapi blur sikit arr... Untuk pengetahuan lu bro, puki awek lu dah kena kongkek dengan geng-geng gua yang banyak taik palat tu. Hak ptuih!

Amacam? Nampak ganas tak entri kali ni? Ada berani?

3.3.08

Huzkamelia Dang Kerpus

Rumah banglo itu bergema seketika dengan dering loceng. Ting tong! Ting tong! Ting tong! Ting tong! (begitulah bunyinya) Kiren Marcopolo membuka daun pintu hadapan dan Huzkamelia Dang Kerpus terus menerjah masuk tanpa diundang.

"Whoi whoi whoi, apahal ni?" Kiren Marcopolo di kala itu sedang enak melunjur kaki menonton ASTRO RIA. Bangkit mendadak gara-gara Huzkamelia Dang Kerpus menerjah masuk. "Argh! Kacau sajalah!" getusnya.

Huzkamelia Dang Kerpus berbaju biru corak lelangit, dengan jeans poket sisi berpotongan bell bottom jenama Guess. Berkaca mata gelap Gucci. Gayanya cukup menggiurkan dan seksi sekali. Auuww! Bajunya singkat. Nampak pusat. Kena pula dengan bentuk tubuhnya. Pergh!

"Bila U nak romen I, dan bunuh I ni hah?"

Kiren Marcopolo melongo melihat Huzkamelia Dang Kerpus. Dia tak dapat menahan ketegangan ototnya dari terus perkasa dan mencanak. Dan hormon lelakinya mengalir merembes ke sekujur tubuh. Tertancap di kepala rasanya. Lemas. Mungkin Kiren Marcopolo sudah jatuh cinta tetapi tidak bolehlah dinyatakan secara terbuka dan terang-terangan dalam fiksyen ini. Rahsia.

Dipendekkan cerita.

"Perlukah aku romen kau buat masa ni?" balas Kiren Marcopolo masih melopong mulutnya memerhati tepat ke dada Huzkamelia Dang Kerpus yang padat dan mampat. Sedikit membonjol.
"Bukannya betul ni, I Masukkan silikon. Ini semua plastik." ujar Huzkamelia Dang Kerpus jujur. Lalu melorotkan segera pakaiannya. Dan dia sudah berdiri telanjang di hadapan Kiren Marcopolo.

Woh! Memang cantik, putih melepak, dada gebu melayut-layut dan tiada cacat celanya. Bebas panau dan kurap. Owh! Terasa memanggil-manggil dada itu. Dan punat dada itu, Kiren Marcopolo spontan teringatkan kurma hitam basah dari Iran yang lazat dan manis. Lebih mirip kepada kismis sebenarnya. Aduhai...

"Cepatlah! U sudahkan dan kemudian bunuh I," ujar Huzkamelia Dang Kerpus menghampiri Kiren Marcopolo dan mendorong pemuda kacak berdarah kacuk itu menanggalkan pula pakaiannya. Kiren Marcopolo patuh, melorot satu demi satu sehingga tidak berbenang.

Dipendekkan cerita lagi.

"Mana katil? Atau kita buat projek kat sini saja?"

Kemudian Kiren Marcopolo menyarung semula seluar dalam Renomanya. Memasang semula jeans Levis dan menggeleng. No no nop... Dia kata.

"Tapi U telah berjanji untuk membunuh I! Cepatlah romen dan kemudian bunuh I. I dah tak tahan ni.." Huzkamelia Dang Kerpus separuh cemas dan khuatir jika janji dimungkiri.

"Aku tak boleh sentuh kau selagi kita tidak bernikah. Kita kahwin dululah. Aku sudahkan tanggungjawabku sebagai suami. Kemudian barulah aku tunaikan tugasku sebagai pembunuh itu."

Huzkamelia Dang Kerpus bersetuju.

Haha! siapa kata menulis fiksyen begini tidak dapat menyelitkan moral. Ada kan? kan? kan? Huhuhu...

1.3.08

Maskara VII


MASKARA VII
Tempat: Rumah Pena
Tarikh: 01 Mac 2008
Masa: 830 Malam

Semua blogger dijemput hadir! Memeriahkan majlis. Tidak dikenakan bayaran pun. Datang bawak buah je!. Maklumat lanjut.