6.11.14

Mari kongsi ilmu.

Dalam Buku "The Healing dan Discovering the Power of the Water" (By: Dr. Masaru Emoto) disimpulkan bahawa :

1. MARAH selama 5 minit akan menyebabkan sistem imun tubuh kita menjadi lemah selama 6 jam.

2. DENDAM dan MENYIMPAN KEPAHITAN akan menyebabkan imun tubuh kita mati.. Dari situlah bermula segala penyakit, seperti Stress, Kolesterol, Hipertensi, Serangan Jantung, Rhematik, Arthtritis, Stroke (perdarahan/penyumbatan pembuluh darah)…..

3. Jika kita sering membiarkan diri kita Stress, maka kita sering mengalami Gangguan Pencernaan.

4. Jika kita sering merasa KHUATIR, maka kita mudah terkena penyakit Nyeri Bahu atau .

5. Jika kita MUDAH TERSINGGUNG, maka kita akan cenderung terkena penyakit Insomnia (susah tidur).

6. Jika kita sering mengalami KEBINGUNGAN, maka kita akan terkena Gangguan Tulang Belakang Bagian Bawah.

7. Jika kita sering membiarkan diri kita merasa TAKUT yang BERLEBIHAN, maka kita akan mudah terkena penyakit GINJAL.

8. Jika kita suka ber-NEGATIVE THINKING, maka kita akan mudah terkena DYSPEPSIA (penyakit sulit mencerna).

9. Jika kita mudah EMOSI & cenderung PEMARAH, maka kita terdedah terhadap penyakit HEPATITIS.

10. Jika kita sering merasa "SOMBONG" (tidak pernah peduli) terhadap lingkungan, maka kita akan berpotensi mengalami Penurunan Kekebalan Tubuh.

12. Jika kita sering MENGANGGAP MUDAH semua persoalan, maka hal ini boleh mengakibatkan penyakit Diabetes.

13. Jika kita sering merasa KESEPIAN, maka kita boleh terkena penyakit Demensia Senelis (berkurangnya memori dan kontrol fungsi tubuh).

14. Jika kita sering BERSEDIH dan merasa selalu RENDAH DIRI, maka kita boleh terkena penyakit Leukemia (kanser darah putih)

Kongsikan dengan rakan. Banyak faedahnya.


.

4.11.14

Semoga mencapai apa yang diimpikan

Alhamdulillah. Tahniah Afiqah (darjah 4) & Afifah (darjah 1). Membanggakan. Kekalkan prestasi kecemerlangan. Perbaiki subjek yang lemah. Baik dunia & akhirat. Perjalanan masih jauh. Hormat ibu bapa & amalkan akhlak yang terpuji. Terima kasih. Semoga menjadi pendorong.

Kepada Afiqah,
Tahniah! Pencapaian naik mendadak bagi kebanyakan subjek. Perlu memberi perhatian kepada subjek Bahasa Inggeris dan Matematik. dan lebih konsentrasi untuk dua subjek ini. Tenyata anda tidak minat pada pendidikan seni. Subjek lain nampak naik mendadak dan turun markah namun masih kekal secara agregat. Kedudukan 5/43 dan 26/548. Kekalkan prestasi dan usaha sedikit lagi untuk lebih cemerlang. Lebih cenderung dan potensi kepada aliran agama. In sha Allah..

Kepada Afifah,
Tahniah! Keseluruhan subjek mendapat A. Kedudukan 1/42 dan keseluruhan 1/596. Kebanyakan subjek skor, hanya kehilangan 16 markah daripada keseluruhan. Bahasa Arab naik 3 markah, Bahasa Inggeris naik 4 markah. Bahasa Melayu Pemahaman naik 2 markah. Bahasa Melayu Penulisan naik 5 markah. Dunia Muzik dan Dunia Sains & Teknologi masing-masing turun 3 dan 6 markah. Tiga subjek kekal full mark, Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Jasmani & Pelajaran Jawi. Nasihat ayah, pelajaran jaga juga, jangan lupa patuh kepada arahan dan nasihat ibu bapa. Jangan jadi orang malas ya. Potensi dan pengkhususan kita gilap ke arah mana.

30.10.14

5 to do list for first ride on your new bicycle

.

1. Familiarize yourself with the braking system of the bike
2. Practice shifting the gears
3. Check out the handling, pedaling response of the bike
4. Familiarize yourself with how the suspension responds
5. Usage of pedals & clipless pedals.





.

Sesi Sembang Bersama Saiful SWorks

.

1. Apakah petua supaya dapat menghabiskan kayuhan 160km dengan jayanya? Terutamanya untuk yang pertama kali mencuba?

Tentang 160km ride . Tertakluk pada apa yang kita target - ie ranking, personal best timing dsb. Apapun, persediaan yang perlu - latihan yang cukup. Latihan yang cukup ini maksudnya - event 160km tapi in order nak bagi badan tahan dengan jarak macam tu, latihan kena lebih dari 160km macam 170 or 180km, sebab dengan cara ni, badan akan immune dengan 160km. Mungkin cara atasi rasa beban, boleh juga buat latihan jarak 160km tapi kurangkan hentian atau break. Tidak dinafikan memang susah sebab badan bila above 60km, dah mula 'goyang' tapi tak mengapa, 160km mungkin boleh buat 3 atau 4 kali stop tapi setiap kali stop cuba jangan lebih 15min, max 10mins or best 5mins. Reason - bila lama stop, heart rate akan jadi rest zone, jadi akan ambil masa nak dapat rentak macam sebelum berhenti. So kalau dapat, masa latihan kurangkan masa stop. Antara lain, speed masa latihan kita semua tahu, bila dalam peloton, tambah-tambah di awal-awal, semua tengah fresh, jadi speed akan tinggi jadi kat sini ketahanan untuk recovery cepat bila dalam group penting. So masa latihan, pastikan speed kena pelbagaikan macam 28kmh, 30kmh - maintain walaupun climb sikit, 35kmh - walaupun flat dan angin, 40kmh - walaupun flat, 45kmh to 60kmh - kalau ada attack. Tengok pada nombor memang nampak gerun tapi sebenarnya kena latihan sikit lebih untuk yang ni. Lain-lain - soal pemakanan strictly kurangkan makanan berminyak dan pedas. Sebab dua ni musuh kepada pernafasan. Jadi pada hari event, kalau boleh 1 hari sebelumnya, tak kisahlah pagi atau petang, just rollout sekejap dalam 20 ke 30km, warm up & heat skit, then malam siapkan basikal untuk esok, makan awal dan rest. Pagi event datang awal kat start line dan kalau boleh duduk di hadapan penting, sebab walaupun ada rolling start tapi kalau start dari belakang , nak kejar kat depan memang susah sebabnya kalau depan speed dalam 30kmh , yang jauh kt belakang kena pick up speed at least 35kmh to 37kmh tapi rugi sebab dah bazir tenaga, ni kira taktikal play. Tak rugi start di depan, at least bila rolling start car dah ketepi, kita boleh tengok dan belajar taktikal dari group-group lain dan untung kalau group laju macam TSG or lain-lain sebab bila kita kat depan boleh tengok diorang mcmana. Diorang tak kisah pun kita slipstream belakang tapi andai kita folo breakway diorang, satu je nak ingtkan, larat atau tidak, wajib wat kerja, rolling lead lah. Tapi bagi saya dapat tengok pun cukup lah. Itu ajalah - latihan, speed, pemakanan, persiapan 1 hari sebelum tu sahaja. Tp utk KCR, khabarnya after 30km atau 40km lpas start, climb, so jangan lupa training lah skit tambahan di bukit ya.


2. Nak tanya stamina & minuman berais, ada kesan ka?

Kalau dari pengalaman sendiri dan info dari yang lagi otai, sbnrnya tak ada effect yang boleh merudumkan sangat prestasi. Stamina sebenarnya datang dari training endurance dan rehat yang cukup. Minuman berais ni sebenarnya tak elok andai di awal pagi aja. sebabnya takut ganggu pernafasan dan heart rate je . Tapi apa yang penting dalam mencari stamina minum, protein dan rehat yang cukup. Macam saya sendiri bedal je air, cuma pagi je saya memang tak ambil ais.

3. Kalau climb ada tips training? Ke memang kena kaki besi je?

Climbing selalunya babitkan power climb 53x13/14. Mula dari bawah climb, so steady pedal n cadence. Tak perlu laju tapi padat untuk setiap 1 putaran, kiri dan kanan kaki. Kena ulang-ulang atau boleh cuba di short climb macam contoh Dragon Back. Dari bawah ambil lajak dan climb lenjan sampai atas. Recovery - turun - ulang. Yang dibagitau yang tu lah, tapi selalunya tolak 10km untuk rolling.

3. Kesedapan mengayuh tu letaknya kat mana?

Ok mcm ni. Frame - ngam ngan size = selesa dan power transfer padu. Groupset - perjalanan shifting lancar, boleh cepat bertindak bila perlu wheel - bantu dari segi aerodynamic dan jimat tenaga. Tapi kena ingat, posisi yang ergonomik dan saving jugak antara salah satu penyumbang kesedapan. Keseluruhannya, kalau saya - frame & groupset & wheel.



.

26.10.14

Pelumba Moden : Hamba tegar atau pembeli misteri?



Basikal adalah peralatan, tidak semestinya dimiliki. Sekali lagi, tidak ada yang betul mahupun salah, tetapi bagi mereka yang mencari serta ketagihan untuk menaiktaraf – 'Secret Shoppers' - ia mungkin memberi idea untuk menilai semula falsafah berbasikal anda. 

Siapa yang buat anda mengayuh? Untuk apa anda lakukan ini? Adakah dengan anda melabur RM5,000 untuk set rim dan tayar benar-benar membuat kayuhan lebih cepat? Jawapannya, lebih kepada tidak. Tidak. Hanya satu perkara yang benar-benar akan membuat anda sedemikian – iaitu penderitaan.

Pengumpulan barangan dengan semua ini, menyemakkan lagi kehidupan moden anda. Ia mungkin memberi idea untuk anda mengurangkannya sedikit, untuk mendapatkan kembali kepada asas. Jika matlamat anda adalah benar-benar untuk menjadi lebih baik, maka perlu anda memupuk 'falsafah Ninja' iaitu

'peningkatan melalui proses pengulangan',


juga untuk bertujuan kesederhanaan serta kecekapan dan bukan sebaliknya.

Saya ulang, falsafah ninja, 'peningkatan melalui proses pengulangan'.


.

Menjunjung



Alhamdulillah... Syukur kepada Allah S.W.T. Kejayaan dan kecemerlangan saya ini yang pertamanya adalah hasil sokongan daripada isteri tercinta yang memahami karier saya. Beliaulah yang banyak menyokong dan menggeleng kepala apabila saya kerap pulang senjakala dari pejabat.

Saya banyak mencuri masanya dan masa bersama dengan anak-anak. Tapi, saya tidak abaikan masa kualiti bersamanya. Hari ini juga saya perlu luangkan masa untuk mengucapkan selamat hari lahir yang ke enam kepada anak saya yang kedua iaitu Nur Afifah Mahirah atau nama manjanya Fifah. Kita sambut hujung minggu ini ya. Semoga ini terbayar. Kepada ibu tercinta, beliau adalah pembakar semangat saya dan sumber inspirasi saya. 

Ini semua juga tidak akan tercapai tanpa kerjasama dan sokongan padu dari pihak pengurusan atasan dan kumpulan sokongan yang banyak membantu melicinkan urusan kerja seharian di mana semua itu tidak tersebut setiap satunya. Mereka sudah saya anggap sebahagian keluarga saya juga. Mereka saya ibaratkan akar kukuh untuk saya lebih konsisten dan berdiri teguh bagi memberi tahap perkhidmatan yang terbaik secara berterusan.

Ini juga menjadi batu loncatan untuk saya agar tidak pernah kenal erti putus asa. Inilah titik permulaan saya yang sangat muda dalam perkhidmatan awam. Dan jauh lagi perjalanan ranjau berliku. In sha Allah.. Sesungguhnya, mahu cemerlang itu lebih mudah dari mahu mengekalkan kecemerlangan. Banyak lagi yang saya perlu belajar dan tunjuk ajar dari semasa ke semasa. Terima kasih semua. Terima kasih.



DOA TAKLIMAT PENGUATKUASAAN AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA



Ya Allah ya Tuhan kami, 
Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, 
kami berhimpun di majlis yang mulia dan bersejarah ini memohon rahmat dan hidayah dari sisi-Mu.

Semoga dengan rahmat itu,
Engkau berikan hidayah dan petunjuk dan menyatukan pemikiran kami, Engkau perkukuhkan perpaduan kami, Engkau hindarkan fitnah dan pertelingkahan di kalangan kami, Engkau memperbaiki urusan agama dan dunia kami.

Allahhumma yaa muhaiminu Yaa raqiibu Yaa zaljalali wal ikram

YA ALLAH YA TUHAN KAMI,

KAMI MEMANJATKAN KESYUKURAN KEPADA MU KERANA DENGAN IZINMU KAMI DAPAT MENGADAKAN TAKLIMAT PENGUATKUASAAN AKTA PERANCANGAN BANDAR & DESA PADA HARI INI. 

PIMPINLAH KAMI SEKALIAN KE JALAN YANG LURUS DAN BENAR YANG MEMBAWA KEPADA KESEJAHTERAAN. HINDARKANLAH KAMI SEKALIAN DARI SEGALA MALAPETAKA DAN SIFAT-SIFAT KEJI, HASAD DENGKI, BOROS DAN SEMUA SIFAT NEGATIF. 

YA ALLAH, SELAMATKANLAH KAMI SEKALIAN DARI PERSELISIHAN YANG BOLEH MEMBAWA PERPECAHAN DAN KEBINASAAN.


Allahhumma Yaa zaljuudi wal karam

KAMI MEMOHON KEPADA MU YA ALLAH, AGAR ENGKAU MEMBERKATI TAKLIMAT INI. SEMOGA SEGALA USAHA KAMI UNTUK MENINGKATKAN PEMAHAMAN KEPADA SEMUA SEGENAP PESERTA MENDAPAT  KEREDHAAN MU.
DI SAAT INI JUGA YA ALLAH,

KAMI MENADAH TANGAN KEHAMBAAN KEPADA MU, MENGHARAPKAN EHSANMU AGAR USAHA KAMI DI DALAM MENGURANGKAN KESALAHAN-KESALAHAN PERANCANGAN DI BAWAH AKTA 172 DAPAT DIREALISASIKAN DENGAN JAYANYA. SETERUSNYA BERIKAN KAMI PETUNJUK DALAM MELAKSANAKAN PROSEDUR-PROSEDUR PENGUATKUASAAN INI PADA LANDASAN YANG BETUL

YA ALLAH YA TUHAN KAMI,

KAMI MEMOHON KEPADA MU, AGAR ENGKAU PIMPINLAHLAH KAMI, DI DALAM SETIAP PERANCANGAN KAMI DAN PELAKSANAAN KAMI, DI DALAM MENJAYAKAN MATLAMAT KAMI.

KAMI POHONKAN LIMPAH RAHMAT, TAUFIQ DAN HIDAYAT BAGI PEMIMPIN KAMI DI SEGENAP LAPISAN DAN SELURUH RAKYAT NEGARA YANG TERCINTA. 

Rabbana atina fiddunya hasanah wafil akhirati hasanah
Waqina azabannar

Waadhilnal jannata maal abrar
Yaa azizu yaa ghaffar
Yaa rabbal alamin
Wasallahu ala saidina muhammad
Wa ala alhihi wasohbihi ajmain
Walhamdulillahi robbil alamin



.

22.10.14

Draf surat kepada jiran (hadapan) yang sambut deepavali tahun ini.

Uncle Maniam's Family


Per: Deepavali boleh meriah juga tanpa mercun.

Tuan,

Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

Tanpa menyentuh sensitiviti perkauman. Tanpa prejudia, selamat menyambut Deepavali. Ēṉ eṉ vīṭṭiṉ muṉ paṭṭācukaḷ viḷaiyāṭa vēṇṭum? Tīpāvaḷi tīm inta āṇṭu ākiṟatu. Aṇṭai paṭṭācukaḷ?

Sekalipun nak sambut Deepavali tak perlu la main mercun letop letop membingitkan telinga di kala waktu maghrib. Tolong hormati jiran anda dan waktu azan dilaungkan. Itu saja. Sekali saya boleh maafkan. Tapi berkali-kali itu sudah tahap melampau.

Kerjasama anda untuk bermain mercun di dalam rumah anda lebih digalakkan. Boleh cuba kalau mahu merasa kebingitannya.

Okey. "ennekke kadaike teh tanni kudingge" Babai.

Sekian, terima kasih.

Surat ini tak perlu ditandatangani kerana cetakan elektronik.


.

21.10.14

Hikayat (2)

"Anak sungai yang ke berapakah ini?" tanya baginda kepada bendahara.
"Ini anak sungai yang kesembilan puluh sembilan tuanku," jawab bendahara.
"Oh, jadi, kuala ni kurang satulah seratus," titah baginda.
"Kalau begitu kita namakanlah tempat ini Kuala Kurang Satu.. Tapi, oh ya panjang sangat. Kalau begitu kita pendekkan. Namakan tempat ini Kuala Kurang Sa."
Akhirnya melalui sebutan Kuala Kurang Sa itu menjadi Kangsar.


.

20.10.14

Hikayat (1)


"Apakah nama pokok tempat kita bersandar ini?" tanya baginda.
"Pokok melaka namanya, tuanku," jawab pengiring baginda.
"Jika begitu, kita namakan negeri ini Melaka," titah baginda.
"Eh, senang betul tuanku bagi nama ni.." detik hati kecil pengiring baginda.
"Ada masalah ke?" tanya baginda lagi.
"Oh, tidak ada masalah tuanku."


.

16.10.14

Seru

Ayah boleh tak belikan adik seruling
Warna hijau ayah beli macam kakak ye?
Ayah, ibu tak pernah bagi adik duit$




.

15.10.14

Ucapan tertangguh kepada peserta kursus


Bismillahirrahmanirrahim

Barisan konsultan
Azami Entertainment
Peserta kursus pengurusan diri dan gerak kerja berpasukan

Alhamdulillah...
Doa dan syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi.
Saya selaku wakil dan pegawai yang diberi tanggungjawab untuk mengendalikan kursus ini serta menjadi pemudahcara bagi kursus ini ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta kursus kumpulan II

Satu tepukan gumuruh untuk semua...

Semua selamat tiba dengan hati yang terbuka. Selesa dan gembira. Itu yang lebih penting.

Semoga perjuangan tuan puan dalam memberi komitmen kepada menjayakan program ini mendapat keredhaan Allah SWT insha Allah...

Saya yakin dan percaya. Tanpa tuan puan semua program ini tidak dapat dijalankan dengan jayanya. 

Keikhlasan dan kebenaran tuan puan dalam menghadirkan kursus ini semoga ia satu ibadah. 

Tuan puan sekalian,
Semoga kursus yang berlangsung selama 3 hari ini bermula pada 9-11 Okt 2013 ini memberi manfaat dan input yg berguna untuk tuan puan jadikan panduan dan seterusnya mengaplikasikan di tempat kerja. Di sebalik pengisian aktiviti yang dilaksanakan tuan puan boleh mencungkil ilmu dan pengalaman yang berguna dan dikenali sebagai TACIT KNOWLEDGE yang tidak ada ditulis dalam mana mana buku. Namun melalui pengalaman merasainya.

Saya yakin dan percaya dengan potensi yang ada pada tuan puan dapat disumbangkan kepada kemajuan jabatan. Dengan bakat dan potensi yang ada pada tuan puan disuntik dengan vitamin yang betul insha Allah, sesuatu yang luar biasa dapat dihasilkan oleh jabatan. Jadi, tuan puan gunakan platform ini sebaik mungkin sebagai satu batu loncatan untuk self improvement, self empowerment dan self confident. Bermula dari pengurusan diri, keluarga, komuniti seterusnya mengubah organisasi ke arah kecemerlangan.

Perlu dimaklum bahawa kursus ini dirangka selaras dengan Pelan Operasi Latihan tahun ini dan sudah pastinya ia mempunyai objektif-objektif yang khusus untuk dicapai. Antaranya :

1. Menggalakkan kakitangan bekerja secara bekerjasama dalam melaksanakan tugas

2. Meningkatkan kefahaman dan penghayatan peserta tentang konsep dan kepentingan budaya kerja cemerlang di tempat kerja

3. Membantu peserta membuat anjakan paradigma serta menjadi individu yang berfikiran lebih terbuka dan koperatif

4. Menjadi pekerja yang lebih positif dan proaktif

5. Menanamkan pada diri peserta paradigma menang-menang dan semangat kerjasama yang tinggi dalam pasukan

6. Meningkatkan tahap kepercayaan dan saling hormat menghormati sesama kakitangan dari peringkat atasan ke peringkat bawahan

7. Menjelaskan kaedah dan faedah menyelesai masalah secara berpasukan

8. Memupuk supaya individu mempunyai tanggungjawab terhadap penugasan yang diamanahkan

9. Mendisiplinkan diri dari segi tatatertib berpakaian, pertuturan bahasa serta hormat menghormati

10. Menanamkan sikap terhadap individu supaya menepati dan menghargai masa.

11. Mengutamakan tugas dari kepentingan diri.

Saya yakin objektif yang digariskan ini telah digarap dan diselit dalam pengisian aktiviti program yang direncanakan. 

Tuan puan tak perlu risau, rasa takut atau rasa bersalah.

Lapangkan dada, berfikiran terbuka, niatkan natijah dan laraskan pemikiran positif kerana kita menaiki gerabak yang sama. 

Tuan puan aset jabatan yang bernilai. Mari kita menuju matlamat visi dan aspirasi jabatan impikan. Maka, kenapa cermin depan kereta begitu besar dan cermin pandang belakang begitu kecil? Ini kerana masa lalu kita sedikit penting manakala amat penting masa hadapan kita. Maka, pandanglah ke hadapan dan majulah!

Tak perlu bimbang sangat. Kerana rasa bimbang tidak menghilangkan masalah hari esok, ia menghilangkan kedamaian hari ini.

Tuan puan sekalian.
Perlu saya maklumkan di sini bahawa jabatan berbelanja lebih kurang 60K di mana purata perbelanjaan per orang dianggarkan RM700. Ini bermaksud untuk purata belanja sehari RM230

Bilangan peserta asal 57 orang. Tolak 4 orang cuti bersalin. Tinggal 53 orang. Daripada jumlah tersebut diTolak 14 orang alasan bersebab.

Maka tinggal 39 orang;  16 lelaki, 23 perempuan. Suku daripadanya dikenalpasti tidak sihat. Jadi, berapakah jumlah peserta yang tinggal? Tak perlu jawab.

Jadi, tuan Azami Bin Jamil, saya serahkan anggota seramai 39 orang pada hari ini. 2 orang akan melaporkan diri pada hari esok kerana atas urusan tugas untuk tuan kerjakan, diamanahkan dan isikan dengan vitamin mengikut keperluan. Buatlah apa yang patut dibuat. Asalkan mereka tidak cedera.

Maka, saya sudahi ucapan aluan saya dengan wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum wbt.

Terima kasih.



.

14.10.14

Rindu seorang ibu bertandang lagi

"Dik, ambilkan telefon genggam mak, ko tolong SMS abang ko di Scotland apa khabarnya... Mak rindu betul kat dia... " Pinta Puan Fareeda sambil membetulkan tali branya yang di bahagian belakang. Lepas itu mangkuknya pula di bahagian depan.

"Okey, mana telefon genggam mak?"

"Tu hah atas meja..." Puan Fareeda menunjuk. Kali ini dia menyisir pula rambutnya yang mayang mengurai.

"Ok tunggu jap." Si adik bingkas mendapatkan telefon genggam ibunya. Lalu, SMS kepada abangnya.

Beberapa saat kemudian.

"Mak, abang dah balas. Tapi dalam Bahasa Inggeris. Adik tak faham." Adik menggaru kepalanya yang tak gatal.

"Apanya? Cer baca.." Pinta Puan Fareeda sambil membetulkan tali branya yang di bahagian belakang. Lepas itu mangkuknya pula di bahagian depan.

"You have an insufficient account credit balance, please reload to stay connected" Adik membaca sebutir-sebutir patah perkataan itu.

"SMS balik, bagitau dia cakap melayu je lah dan jangan nak berlagak sangat baru seminggu di Scotland, bukan dia tak tau mak tak pandai Bahasa Inggeris." Sekali lagi Puan Fareeda tidak selesa. Sama ada branya kecil atau buah susunya semakin membesar.


P/s: Telefon la mak anda sekarang. Dan sedekahkan al fatihah bagi yang telah kembali ke Rahmatullah.


.

12.9.14

Masyarakat Malaysia kaya budi bahasa

Pagi.
Seperti selalu-selalu. Aku menunggang motosikal. Menuju ke tempat bertugas. Aku tahu orang akan kata. Aku peduli apa. Aku tahu aku tak pinjam duit mereka.

Sebelum sampai destinasi. Aku singgah di stesen minyak. Kalau kau tanya kenapa. Dah tentu aku nak isi minyak. Takkan nak beli kereta Grand Livina. Apa kejadahnya ada banyak Grand Livina tapi simpan dalam stor rumah. ...

Sampai di pam lima kebetulan kosong. Di sebelahnya pam enam ada awek yang bulu matanya lentik. Aku tau itu palsu. Aku sempat melirik dari sisi. Memakai kemeja menampakkan tali branya. Tanpa bicara. Aku terus menongkat motosikal. Menuju ke kaunter untuk transaksi jual beli minyak. Dalam pada aku mahu melintas, awek di dalam perut kereta sempat aku toleh. Wau! Aku kata dalam hati. Awek itu memberi isyarat tangan bermaksud bagi laluan untuk aku lalu sambil tersenyum. Lalu aku balas senyuman beliau untuk beliau yang jalan terlebih dahulu. Aku tahu senyuman aku tidak palsu. Awek itu tetap mengutamakan aku sebab aku pejalan kaki. Aku syak awek itu seorang pemandu yang berhemah. Perkara ini berulang macam kau pernah dengar 'hidup satu pengulangan'.

Sudahnya, aku di situ. Awek di perut kereta jua di situ. Aku tau ini palsu. Kemudian, terdengar hon baru kami lerai. Awek itu meluncur. Kenderaan yang dipacunya dengan nombor pendaftaran BLU 738. Aku tau nombornya bukan palsu. Dan aku pasti kau juga akan cuba dapatkan nombor pendaftaran ini untuk kau mengorat awek ini. Aku tahu kau marah kerana merekacipta naratif yang berbaur porno dan mengaktifkan keinzalan.

Tapi, pernahkah kau tahu, inilah keja aku selepas bermesyuarat sebagai penenang jiwa selain membaca al-Quran. Sesungguhnya patut kau tahu masyarakat Malaysia kaya budi bahasa. Dan kau pasti tahu manusia dijadikan berbangsa-bangsa dan berpuak-puak lelaki dan perumpuan.

Pagi. Seperti selalu-selalu. Aku menunggang motosikal. Menuju ke tempat bertugas. Aku tahu orang akan kata. Aku peduli apa. Aku tahu aku tak pinjam duit mereka. Syukur, Malaysia masih aman.


.

5.9.14

This is Malaysia

Tadi. Hadir mesyuarat. Pengerusinya sempoi. Tanpa tekanan. Rilek. Sambil makan kuih. Takde hal.

Dalam ucapannya. Beliau pohon. Perkara dibincang dapat selesai. Sebelum beliau pencen. 3 tahun. Setidak-tidaknya, ada legasi yang beliau bawa. ...

Sedih.

Mesyuarat berjalan.

Beliau tanya, ni korang paham tak apa yang dibentang tu?

Diam.

Aku pun kurang paham... Beliau balas.
Semua ahli ketawa berdekah-dekah.. Kah kah kah! Termasuk ahli yang di depan.
Celahan giginya ada cili. Aku syak dia makan kuih tadi.

Sambung.
Ada ahli memberi respon. Di UK begini. Di Australia begini. Eropah begitu. Pum pam pum pam... (cakapnya tak henti cakap orang putih)

Pengerusi balas. This is MALAYSIA brader.. Not same mindset as you talk.

Apahal aku cakap orang putih ni? Semua ahli ketawa berdekah-dekah.. Kah kah kah!

Tadi. Hadir mesyuarat. Pengerusinya sempoi. Tanpa tekanan. Rilek. Sambil makan kuih. Takde hal. Aku syak kuih itu intinya cili.


.

17.8.14

Bayar

Dalam mesyuarat ini.

Oh, tak boleh!
Buat perjanjian. Bayar balik semula. Dalam tempoh masa yang ditetapkan.


kami sebulat suara...

11.7.14

Arnab dan kura-kura (1)

Pernah dengar atau baca kisah kura-kura versi 4.0 ?

Setelah versi 1.0 arnab kalah?


20.6.14

Kisah ular

Dalam sebuah belukar tinggallah tiga ekor ular yang paling berbisa. Ular itu ialah ular senduk, ular air dan ular tanah. Sekian.

28.5.14

Monolog

Saya merenung bulan dari jendela hotel. Indah sungguh bulan penuh. Sinarnya melimpah ke bumi. Kemudian, saya terpandang nota kecil di meja sebelah katil. Ada tertulis, "JANGAN BAWA DURIAN MASUK DALAM BILIK INI"


.

9.5.14

Perkenal

Satu hari aku memperkenalkan diri dalam satu majlis.

Nama saya Ahtok Astakona
Umur 28 Tahun
Darah O positif
No id 2553
Hobi saya suka main
Dulu saya tak ramai kawan.
Sekarang join komuniti ni saya ramai kawan.

Sekian terima kasih.

Para hadirin mengekek gelak. Entah aku pun tak paham apa yang diorang gelakkan.
Oh ya, diorang kata muka aku mempunyai tahap keyakinan yang tinggi.

23.4.14

Kayuhan Janda Baik Waterfall Ride II





Okey..Okey.. Saya mulakan coretan ini dengan mengah yang amat sangat memanjat bukit. Kayuhan yang betul-betul mencabar ketahanan mental dan fizikal untuk kali ini. Silap-silap boleh menangis air mata darah. Bagi yang dah selalu buat latihan bukit tiap-tiap malam, takde masalah. Alah bisa tegal biasa. Bagi orang golongan berpendapatan sederhana macam saya yang latihan tidak menentu. Tayar bergolek pun boleh dikira pusingannya.

17.3.14

MERDEKARIDE@Jambatan Kedua Pulau Pinang | 16.3.14


Hampir-hampir gua tak dapat kayuh ekoran dari tayar tiubless gua yang anginnya keluar. Mujurla bro Epul, ada bawak tiub. Maka, tayar tiubless gua dimasukkan tiub atas bantuan rakan-rakan seawal jam 7 pagi. Manakala, peserta lain sudah beratur di garisan permulaan. Dengan penyertaan 10,000 orang. Program kayuhan ini telah mencatatkan Malaysia Books of Record. Oleh sebab peserta adalah 10,000 orang kayuhan permulaan agak perlahan dan sangat santai. Laju lagi kalau sorong basikal. Lebih ramai yang mengambil gambar dari yang mengayuh. Lebih ramai yang main-main. Hahaha... Gua pulak beriya-iya nak berlumba. Sib baik dapat kawal.

Jambatan kedua ini dinamakan Jambatan Sultan Abdul Aziz Mua'adzam Shah. Ia merupakan jambatan terpanjang di Asia Tenggara. Dapat berkayuh di jambatan ini merupakan satu pengalaman yang menyeronokkan. Hal ini kerana, kami adalah merupakan kumpulan pertama yang terpilih untuk berkayuh di jambatan ini. Tapi jangan risau. Jambatan ini dah dibuka kepada kenderaan bermotor. Menghubungkan batu kawan ke batu maung. jangan risau juga, tak dapat lalu di jambatan kedua ni pun takpe. Tak ada signifikan apa-apa. View pun sangat menarik. Sepanjang kayuhan terasa tiupan angin bayu memukul badan. Terasa macam kayuh di New Zealand. Pagi itu pun kelihatan awan yang menarik ciptaan Tuhan.

Walau apa pun, medal pun menarik. Dapat sijil penyertaan. Jersi basikal pun dapat. Berbaloi juga event ni. Cuma takde tuah tak menang cabutan bertuah. Boleh cuba lain kali. Mana tau dapat hadiah lumayan maka bolehlah bersara dari kayuhan.




3.3.14

Tanah air api udaraku

Kemarau ini adalah bala' dr Allah.. bala' tu bkn maksud bala' semata2. Bala' dlm bhs arab maksudnya ujian. Ujian utk kita.. bila x hujan2 barulah kita mendongak ke langit.. lihat2 kot ada awan yg akn turunkn hujan.. bila tgok langit..br sedar.. fakirnya kita..sekaya mana pun kita d dunia x mampu turunkan walau setitis pun hujan..

kemarau adlh berpunca dr kezaliman.. 
Bila pemerintah mnzalimi rakyat
Bila peniaga mnzalimi pembeli
Bila manusia mnzalimi sahabat atau org lain
Bila diri sendiri mnzalimi dirinya sendiri dgn maksiat dan dosa..

Ketika itu Allah uji dgn kemarau..
Mengingatkn kita bhw x ada yg lebih berkuasa drpd diriNya
Memohon hujan bukan spt memohon bantuan dr manusia..
Bila tidak diberi bantuan oleh manusia, boleh kita condemn apa la kedekut.. tak da kmanusiaan..
Bila Allah menahan hujan.. apa daya nk komplen itu ini melainkan..
Titiskanlah air mata taubatmu..
Agar Allah titiskan hujan rahmatNya

Walaupun kedengaran berita hujan d beberapa tempat. Jgn dbuang air yg dtadah terdahulu. Batalkan niat juga utk mandi hujan semata mahu jimat air. Hujan menyirami bumi penuh dgn partikel kekotoran n kuman jahat! 

Oh, kurniaan Allah d shah alam hujan hanya sampai tol sg rasau. Semoga Allah menurunkan lbh meluas hujan rahmat d tanah air kita..


.

2.1.14

Pencapaian Kayuhan 2013



Tak perlu banyak bicara. Kayuhan baru setahun jagung.