15.10.14

Ucapan tertangguh kepada peserta kursus


Bismillahirrahmanirrahim

Barisan konsultan
Azami Entertainment
Peserta kursus pengurusan diri dan gerak kerja berpasukan

Alhamdulillah...
Doa dan syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi.
Saya selaku wakil dan pegawai yang diberi tanggungjawab untuk mengendalikan kursus ini serta menjadi pemudahcara bagi kursus ini ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta kursus kumpulan II

Satu tepukan gumuruh untuk semua...

Semua selamat tiba dengan hati yang terbuka. Selesa dan gembira. Itu yang lebih penting.

Semoga perjuangan tuan puan dalam memberi komitmen kepada menjayakan program ini mendapat keredhaan Allah SWT insha Allah...

Saya yakin dan percaya. Tanpa tuan puan semua program ini tidak dapat dijalankan dengan jayanya. 

Keikhlasan dan kebenaran tuan puan dalam menghadirkan kursus ini semoga ia satu ibadah. 

Tuan puan sekalian,
Semoga kursus yang berlangsung selama 3 hari ini bermula pada 9-11 Okt 2013 ini memberi manfaat dan input yg berguna untuk tuan puan jadikan panduan dan seterusnya mengaplikasikan di tempat kerja. Di sebalik pengisian aktiviti yang dilaksanakan tuan puan boleh mencungkil ilmu dan pengalaman yang berguna dan dikenali sebagai TACIT KNOWLEDGE yang tidak ada ditulis dalam mana mana buku. Namun melalui pengalaman merasainya.

Saya yakin dan percaya dengan potensi yang ada pada tuan puan dapat disumbangkan kepada kemajuan jabatan. Dengan bakat dan potensi yang ada pada tuan puan disuntik dengan vitamin yang betul insha Allah, sesuatu yang luar biasa dapat dihasilkan oleh jabatan. Jadi, tuan puan gunakan platform ini sebaik mungkin sebagai satu batu loncatan untuk self improvement, self empowerment dan self confident. Bermula dari pengurusan diri, keluarga, komuniti seterusnya mengubah organisasi ke arah kecemerlangan.

Perlu dimaklum bahawa kursus ini dirangka selaras dengan Pelan Operasi Latihan tahun ini dan sudah pastinya ia mempunyai objektif-objektif yang khusus untuk dicapai. Antaranya :

1. Menggalakkan kakitangan bekerja secara bekerjasama dalam melaksanakan tugas

2. Meningkatkan kefahaman dan penghayatan peserta tentang konsep dan kepentingan budaya kerja cemerlang di tempat kerja

3. Membantu peserta membuat anjakan paradigma serta menjadi individu yang berfikiran lebih terbuka dan koperatif

4. Menjadi pekerja yang lebih positif dan proaktif

5. Menanamkan pada diri peserta paradigma menang-menang dan semangat kerjasama yang tinggi dalam pasukan

6. Meningkatkan tahap kepercayaan dan saling hormat menghormati sesama kakitangan dari peringkat atasan ke peringkat bawahan

7. Menjelaskan kaedah dan faedah menyelesai masalah secara berpasukan

8. Memupuk supaya individu mempunyai tanggungjawab terhadap penugasan yang diamanahkan

9. Mendisiplinkan diri dari segi tatatertib berpakaian, pertuturan bahasa serta hormat menghormati

10. Menanamkan sikap terhadap individu supaya menepati dan menghargai masa.

11. Mengutamakan tugas dari kepentingan diri.

Saya yakin objektif yang digariskan ini telah digarap dan diselit dalam pengisian aktiviti program yang direncanakan. 

Tuan puan tak perlu risau, rasa takut atau rasa bersalah.

Lapangkan dada, berfikiran terbuka, niatkan natijah dan laraskan pemikiran positif kerana kita menaiki gerabak yang sama. 

Tuan puan aset jabatan yang bernilai. Mari kita menuju matlamat visi dan aspirasi jabatan impikan. Maka, kenapa cermin depan kereta begitu besar dan cermin pandang belakang begitu kecil? Ini kerana masa lalu kita sedikit penting manakala amat penting masa hadapan kita. Maka, pandanglah ke hadapan dan majulah!

Tak perlu bimbang sangat. Kerana rasa bimbang tidak menghilangkan masalah hari esok, ia menghilangkan kedamaian hari ini.

Tuan puan sekalian.
Perlu saya maklumkan di sini bahawa jabatan berbelanja lebih kurang 60K di mana purata perbelanjaan per orang dianggarkan RM700. Ini bermaksud untuk purata belanja sehari RM230

Bilangan peserta asal 57 orang. Tolak 4 orang cuti bersalin. Tinggal 53 orang. Daripada jumlah tersebut diTolak 14 orang alasan bersebab.

Maka tinggal 39 orang;  16 lelaki, 23 perempuan. Suku daripadanya dikenalpasti tidak sihat. Jadi, berapakah jumlah peserta yang tinggal? Tak perlu jawab.

Jadi, tuan Azami Bin Jamil, saya serahkan anggota seramai 39 orang pada hari ini. 2 orang akan melaporkan diri pada hari esok kerana atas urusan tugas untuk tuan kerjakan, diamanahkan dan isikan dengan vitamin mengikut keperluan. Buatlah apa yang patut dibuat. Asalkan mereka tidak cedera.

Maka, saya sudahi ucapan aluan saya dengan wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum wbt.

Terima kasih.



.

No comments: