21.4.21


AKU TERPAKU KAU TERTUNDUK PILU
(part 3)

Semasa kerja di firma perunding perancang bandar. Aku buat laporan. Aku juga buat slaid tanpa dikacau oleh sesiapa dengan menambah animasi, efek bunyi, jenis dan warna font serta grafik yang bukan-bukan. Bebas.

"Okey, pembentangan lima minit saja ya." kata pengerusi.

Dalam banyak-banyak slaid untuk pembentangan kawasan kajian yang luasnya melebihi Singapura mana mungkin pembentangan diringkaskan. Sudahnya, aku hanya tekan slaid awal, pertengahan dan penghujung. Enam slide saja digunakan. Tak sampai lima minit. Komputer tak heng dan weng. Fail tak korup.

Kemudian pengerusi tanya perkara yang tidak ada di dalam pembentangan namun ada di dalam slaid. Nasib baik aku sediakan pautan (link) dapat mencari slide dengan pantas. Sudahnya apa yang pengerusi tanya seumpama aku bentang semua slaid yang ada. Punah.. 🤪

planning uncertainty
dispute on planning

Selamat melipatgandakan amal ibadah di bulan Ramadhan.

Habis.

9.4.21

AKU TERPAKU KAU TERTUNDUK PILU (part 2)

.

Tahun akhir di IPTA. Antara yang terpilih diberi peluang untuk membentangkan projek disertasi. Pembentangan kepada pemeriksa luar (external examiner). Aku hairan. Walhal ramai sahabat yang lain tak kurang hebatnya. Namun aku tidak menolak mentah-mentah dan sahut cabaran ini. Aku anggap cabaran di dalam peluang. Peluang dalam cabaran. Walaupun Bahasa Inggeris aku bukanlah sebagus mana. "Bila lagi kita nak cuba," aku kata kepada kawan aku yang tahap Bahasa Inggerisnya piawai pelajar luar pesisir.

Seminggu sebelum pembentangan aku sibuk membuat persediaan slaid. Semua temujanji dan komitmen sosial dibatalkan. Kemudian sebagai sandaran, aku cetak slaid atas kertas lutsinar untuk digunakan ke atas projektor OHP. Manalah tau fail korup. Panik, susah nanti. Aku dah laluinya. Kalau panik tak jadi apa. Jadi Pelan B dan C aku sediakan. Bolehlah pancar di OHP nanti. Tak cukup dengan itu aku buat panel juga dengan menggunakan power point namun dicetak saiz A1. Manalah tau kalau elektrik pula tiada semasa pembentangan. Ia berguna. Ini semua luar jangka.

"What software that are you using to create these all your panels?  Tanya pemeriksa luar dari Hong Kong itu seusai pembentangan aku selesai.
"These all I'm using microsoft power point v1997 sir." Aku jawab.

Koma.

Aku keluar dari bilik pembentangan. Muka nampak macam terpancar kebanggaan. Lalu sahabat yang menunggu giliran di luar tanya.

"Wei dia tanya apa tok?"
Aku ambil bungkusan maruku ikan lalu aku makan sebelum menjawab.

"Dia nak tau korang guna software apa buat panel. Ermm kalau microsoft word kurang sikit markah kecuali buat layoutlah.."

Kah kah kah semua sahabat yang menunggu giliran ketawa berdekah memecah kesunyian. Dapat menghilangkan rasa kegugupan dan ketegangan. Aku sambung menikmati maruku ikan lagi.

Koma.

"Kenapa kau kecut sangat nak bentang dengan pemeriksa luar sampai tarik diri? Bukan susah pun." Aku cuba menenangkan sahabat aku pada sehari sebelum kejadian pembentangan. Namun apakan daya, dia memilih juga untuk menarik diri. Mentalnya sudah di set begitu. Mental koyak kalau istilah sains sukan.

Koma.

Power point bukan sekadar perisian 'single function' hati kecilku berkata sambil mengemas panel untuk dibawa keluar. Sampai sekarang aku simpan panel power point itu hasil projek disertasi. Bukan sebab ianya bagus atau infografiknya menarik sangat tapi ia menyimpan nilai estetik kekuatan mental dan punya cerita di sebaliknya.

Habis. Noktah.

.

7.4.21

AKU TERPAKU KAU TERTUNDUK PILU (part 1)

.

Aku mula berjinak-jinak untuk membuat slaid pembentangan menggunakan perisian power point semasa di IPTA. Memenuhi pembentangan projek subjek studio perancangan bandar. Cuba belajar sendiri butang-butang yang ada di perisian tersebut. Aku ulang, butang. Jangan salah. Aku tak pernah pun dapat latihan secara formal buat ni. Mana sahabat yang latar belakangnya ayahnya menghantar anaknya bermain piano mungkin pernah.

Satu hari kami dapat tugasan buat pembentangan secara berkumpulan. Setelah kerangka pembentangan dibincangkan, masing-masing memberikan idea untuk menyajikan slaid yang terbaik dan persembahan yang terbaik. Agih tugas. Adil dan saksama.

Keesokannya, slaid pembentangan sudah nampak bayangan kerangkanya. Apa yang tidak perlu dan apa yang perlu dilontarkan ketika pembentangan dibuat. Datang ahli kumpulan yang lain ditambahnya segala animasi, transisi dan bunyi-bunyian setiap slaid. Entah siapa punya idea memandai-mandai seronok tambah. Setelah digabung ada 58 slaid semua. Bangga mendabik dada semua sebab banyak slaid.

Ketika itu kami rehat secara bergilir sehingga larut malam. Bila larut malam tara kucha cha.. Kami balik makan dan berganti tempat secara berjadual.  Rehat, borak dan makan sekejap. Dah macam kerja dengan kompeni Jepun. Geng pecah dua. Geng pertama dan kedua silih berganti gigih menyiapkannya. Beginikah kursus perancangan bandar? Dah buat kena bentang. Dah bentang kena komen. Dalam hati kecil aku berkata. Kecil hati aku berkata dalam.

Kami pancar ujicuba slaid sepintas lalu. Keluar aneka bunyi dan aneka animasi. Kami tepuk tangan. Semua butang yang disediakan digunapakai seoptimumnya. Jakun ya amat. Terbang dari atas, bawah, keluar sebutir huruf-huruf pun ada. Begini gayanya macam nak bentang kepada anak pra sekolah. Ini slaid untuk pembentangan untuk kanak-kanak spastik ke? Tanya kawan aku. Aku diam tidak menjawab sebab dia guna perkataan spastik. Kecil hati aku. Lalu, meneruskan tekan kawal slaid apa yang keluar. Sampai slaid ke dua puluh. Komputer heng sampai weng. Fail korup. Korup! Tanpa sandaran. Aku tepuk dahi. Rakan lain geleng kepala. Huh, semua mengeluh bukan tahu nak bersyukur. Slaid pembentangan kena dibuat semula dari mula. Buatlah sampai ke awal pagi. Rasa nak menitik air mata. Manakala selebihnya hanya jadi pemerhati dalam kemurungan seperti kematian kucing jiran. Ada geng yang pulang juga kecewa acahan. Lagi pula sebab tak ada kerja sangat katanya. Agaknya dia tak nampak kerja kena buat semula. Padahal umur masing-masing telah melebihi 18 tahun. Boleh masuk kelab.

Habis.
.