27.12.15

Berpasangan

Beri jawapan di tempat kosong di bawah ini dan mohon dijawab dgn jujur di dalam hati masing-masing..

1. Allah menciptakan tertawa dan ______
2. Allah itu mematikan dan ______
3. Allah menciptakan lelaki dan ______
4. Allah memberikan kekayaan dan ______

Kebanyakan kita tentu akan dapat jawab dgn mudah
iaitu :
1. Menangis
2. Menghidupkan
3. Perempuan
Tapi bagaimana no.4?

Adakah jawapan kita "kemiskinan"???

Untuk mengetahui jawapannya, mari kita lihat rangkaian firman Allah SWT di dalam Surah An-Najm ayat 43-45,
dan 48, sebagai rujukan:

ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﺿْﺤَﻚَ ﻭَﺃَﺑْﻜَﻰ
"dan Dia-lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis."
(Surah An-Najm : 43).

ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﻣَﺎﺕَ ﻭَﺃَﺣْﻴَﺎ
"dan Dia-lah yang mematikan dan menghidupkan."
(Surah An-Najm : 44).

ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﺧَﻠَﻖَ ﺍﻟﺰَّﻭْﺟَﻴْﻦِ ﺍﻟﺬَّﻛَﺮَ ﻭَﺍﻟْﺄُﻧﺜَﻰ
"dan Dia-lah yang menciptakan berpasang-pasangan lelaki-lelaki dan perempuan. "
(Surah An-Najm : 45).

ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﻏْﻨَﻰ ﻭَﺃَﻗْﻨَﻰ
"dan Dia-lah yang memberikan kekayaan dan kecukupan."
(Surah An-Najm : 48).

Ternyata jawapan kita semua betul dalam memberi jawapan dari no. 1-3, tetapi untuk jawapan untuk no. 4 ramai terkeliru dgn apa yg Allah SWT janjikan.

Jawapan Allah Ta'ala dalam al-Qur'an bukan "kemiskinan", tapi KECUKUPAN.

Subhanallah..

Sesungguhnya Allah Ta'ala hanya memberi Kekayaan dan Kecukupan kepada hamba-Nya. Dan ternyata yg "menciptakan" kemiskinan adalah diri kita sendiri.

Itulah hakikatnya, mengapa orang-orang yg sentiasa bersyukur; walaupun hidup serba kekurangan ia akan tetap tersenyum dan merasa cukup, bukan merasa
miskin!

Jadi, marilah kita bangkitkan rasa kesyukuran dan kecukupan di dalam hati dan fikiran kita, berhenti mengeluh, berhenti mengatakan rezeki kecil, agar kita
menjadi hamba-Nya yg selalu bersyukur.
Aaaaminnnn.

اللهم صل على محمد


.

13.10.15

Basikal ini nenek yang belikan


Terima kasih nenek!
Basikal ni dah sampai ajal. Arif tak boleh naik lagi.
Besinya tak tahanlah nenek..
Ayah dah jual basikal ni kat besi buruk.



.

17.9.15

Hebat



Setakat terpampang muka depan Buletin kita belum cukup hebat. Hebatnya kita sebenarnya terletak pada orang yang mendorong dan menyokong di belakang kita.



.

11.9.15

Tumpang


Takkan nak jawab tak boleh!


.

17.8.15

Pasukan bola sepak yang nombor jersinya di bahagian belakang tak ikut spesifikasi FIFA



Ini pasukan bola sepak. Pemain-pemainnya bukan bertaraf professional. Pemain separuh masa. Mereka dikumpulkan untuk membentuk pasukan yang terdiri daripada pelbagai kerjaya. Mereka terdiri daripada pengusaha bengkel, usahawan cencalok, peniaga cendol, pengusaha carwash, pemborong tembakau, peniaga online, cikgu tadika, tauke aksesori, pemilik bengkel kimpalan, pemandu pelancing, penghibur, jurufoto DiRaja, tukang jahit, usahawan kedai perabot dan broker saham.

Daripada rekod 5 perlawanan, pasukan ini mencatatkan 1 kali kemenangan selebihnya menanggung kekalahan. Walau bagaimanapun satu pencapaian yang baik kerana kekalahan semuanya adalah kekalahan yang tipis saja bukan kekalahan yang memalukan dengan jaringan bolos yang besar.

Sekarang di manakah pasukan ini?



.

10.8.15

Sematkan semangat



Apa yang penting menyematkan semangat patriotisme kenegaraan kepada power ranger merah, kuning, hijau dan biru. Power ranger pink sibuk memasak.



.

12.7.15

Ramadhon part 6

Jasa terhebat Dr.Mahathir. Kenapa ramai yang menyokong Tun M sekarang. Baca ni...

Serangan Waktu Subuh

Diterajui oleh mantan PM kita, iaitu Tun Dr Mahathir Bin Mohamed. Projek hebat yang berlaku pada September 1981 di mana Malaysia mengejutkan Kerajaan British dengan pengambil alihan Guthrie, Sime Darby dan Golden Hope (Ketiga-tiganya syarikat British pd masa tu) melalui projek khas dikenali sebagai Projek Serbuan Subuh dengan membeli saham di London Stock Exchange pada waktu subuh tanpa disedari oleh sesiapa. Apa yang menariknya projek yang diterajui oleh Tun Mahathir itu yang menghantar 4 orang antaranya (Tengku Razaleigh Hamzah dan Ghafar Baba) bukan saja berjaya membawa kembali beratus ribu ekar tanah milik Malaya, malah tanah-tanah lain kepunyaan ketiga-tiga syarikat perladangan tersebut di seluruh dunia dengan anggaran keseluruhan sebanyak RM36 Billion.

Serangan tersebut dilakukan pada waktu subuh kerana dalam dingin subuh hatiku terusik. Kenang nasib diri di rantauan. Bergema takbir raya menitis air mata. Terbayang suasana permai desa. Rindu hati ini inginku kembali. Pada ayah bonda dan saudara. Tetapi aku harus mencari rezeki. Membela nasib kita bersama...

**ulang chorus
Sekian. Selamat berpuasa.

10.7.15

Ramadhon part 5

Berhati-hati semasa ke Bazar Ramadan. Semalam pergi niat dihati nak beli air tebu saja.

Semasa melalui gerai jual kuih dan muih, beraneka macam makanlah jangan hanya dipandang. Ketupat rendang sila nikmati kawan penat memasak malam ke pagi. Wajik dan dodol jangan lupakan peninggalan nenek zaman berzaman. Asyik bersembang pakcik dan makcik hai duit raya lupa nak diberi.



.

9.7.15

Ramadhon part 4

Info drp Ketua Polis traffik Jalan Bandar Kuala Lumpur. Berhati-hati apabila menggunakan highway utama di seluruh negara pada musim perayaan tahun ini.

Menurutnya lagi , pada kebiasaannya perjalanan jauh tak ku rasa, kerna hati ku melonjak sama, ingin berjumpa sanak saudara, yang selalu bermain di mata. Nun menghijau gunung ladang dan rimba, langit yang tinggi bertambah pilunya. Deru angin turut sama berlagu. Semuanya bagaikan turut gembira.. hoo.. hoo.. hooo... balik kampung... hoo..hoo..jgn sambung nyanyi..baca je..berhati2 dijalan raya...

8.7.15

Ramadhon part 3

Ade sejenis dinosaur macam cicak. Namanya kalau tak silap "Lizarthesorous".

Binatang yang berbahaya dan berbisa. Suka merayap di sepohon kayu daunnya rimbun.

Lebat bunganya serta buahnya. Walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya. Walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya!

6.7.15

Ramadhon part 2

Semalam di tempat kemalangan, saya dengar perbualan ni. Di antara budak tonto dengan Pak Haji nak pergi terawih
Apa eksiden?
Kereta ji..
Berapa buah kereta?
Sebuah
Oh kalau sebuah lantak diala asal tak nyusahkan orang

Rasa nk lempang laju2 pakcik tu
Kemudian saya berlalu dengan hati terkesan
Lupa pula minta alamat pakcik tu

29.6.15

Ramadhan part 1

Ade sejenis dinosaur macam cicak. Namanya kalau tak silap "Lizarthesorous". Binatang yang berbahaya dan berbisa. Suka merayap di sepohon kayu yang daunnya rimbun. Lebat bunganya serta buahnya. Walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya. Walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya.

Dia... Awek Luar Biasa (1)

Sedang aku sakit. Demam menggigil seluruh badan.
Aku meminta telur separuh masak padanya.


Ishh.. Banyak kolestrol tu. Tak payahla..

Aku akur. Tanpa sebarang bantahan.
Tanpa bahas, aku terus tidur semula.

Tapi tahukah kau, awek aku itu tak pernah merungut (ayat ini aku saja tambah untuk membeli jiwa dia). Moga-moga malam nanti aku dapat bersenggama dengannya. Kalau aku rajin semacam, kau janganlah tegur. Itu sudah pastinya aku memerlukan perkhidmatan yang sempurna darimu.

Kau sudah mula berfantasi.


.

12.5.15

Bantu pada mereka yang memerlukan


Kita bantu orang. Orang akan bantu kita.


.

1.2.15

Siapa kita meletak diri kita



Dalam sesi pengenalan diri di tempat bertugas yang baharu. Saya dipanggil ke atas pentas untuk memperkenalkan diri.

Dalam sesi tersebut saya pun tidak pasti mengapa orang ramai ketawa terbahak-bahak apabila saya memaklumkan bahawa saya jenis darah O+. Saya tak suka memperkenalkan diri secara konvensional. Dalam sesi itu juga saya bagi taula nombor chasis enjin saya. Ada yang gelak ada yang tak faham. Serius saya katakan, dalam sesi itu semua orang menumpukan perhatian.

Dalam penutup sesi tersebut, saya memberitahu semua profil diri saya boleh dikemaskini dari semasa ke semasa apabila kita bersua muka. Sekali lagi mereka ketawa. Itu bukanlah 'punchline' terbaik saya. Mereka ketawa melihat muka saya yang selamba. Namun, hati mereka kita tak tahu suka atau menyampah dengan kita. Maka, kita terima seadanya.

Selepas sesi itu, ramai yang datang bertemu saya. Ada yang mengatakan saya patut turut serta Maharaja Lawak Mega. Tak kurangnya ada juga yang memuji suara saya macam DJ. Ada lagi yang mengatakan gaya percakapan saya macam YB Menteri Besar. Nampak berkaliber dan berkarisma. Saya terima pujian dan komen daripada mereka. Demi memantapkan pengucapan awam saya.



.




18.1.15

4.1.15

Kelicinan






Aktiviti membasuh rumah. Lokasi terpaksa dirahsiakan atas faktor keselamatan.