30.9.08

Kelapa

Suatu hari. Kami ke kebun Pak Mentua. Sebelum nak Raya Puasa yang bekal menjelang tiba.

"Bah, ni kelapa dah ditebuk tupai ni... Nak ke?"

"Takpe. Kelapa muda tak berminyak. Kelapa tua bagus! Heh heh.."

"Kelapa tebal sabut, terhempas ke batu tak pecah, dibuang ke laut tak tenggelam kan Bah?."

"Dah jom kita blah! Banyak nyamuk aedes sini."

"Baiklah Bah, kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan."


.

29.9.08

Lapan tat


Saya suka angka lapan.
Saya suka kuih tat.
Jumpa enam haribulan kalau sempat.
Hari Raya buat ketupat?


.

26.9.08

Slmt Hr Ry Adlftr Mf Zhr N Btn


Kami tak sempat nak pos.
Lagipun posmen dah cuti.
Kami hantar guna blog ajela ye.
Maaf Zahir Batin.


.

25.9.08

Penggera yang tak boleh cakap

Aku menuju ke kedai kereta. Meninjau-ninjau set penggera kenderaan. Maklumlah, nak dekat raya. Banyak pencuri nak dekat raya ni.

"Tauke, ini berapa?"

"Ini hah! Ini bagus punya wo. Taiwan mali."

"Taiwan bagus ka?"

"Wo, Taiwan tahan lama lo. Ala kualiti."

"Ini apa brand?"

"Plek Kopla"

"Apa tu?"

"Plek. Pelek Koplaaaa"

"Apa ntah. Jenama tak top langsung!" aku kata dalam hati.

Tauke membuka cermin. Mengambil set penggera kenderaan. Memberi kepada aku. Owh, Black Cobra jenama dia. Cakaplah.

.

24.9.08

Ayat tanpa insurans

Saya memandu kereta saya Caldina Turbo. Ingin ke pejabat pagi yang berkabus itu. Dalam pemanduan yang sederhana lajunya itu, selepas melepasi lampu isyarat. Kereta saya mengekori belakang lori, cuba curi angin. Entah berapa tan lori itu saya kurang pasti. Kemudian, sebiji batu besar bukan dari jenis batu nisan telah melantun dari lori itu terkena cermin hadapan kereta saya. Saya syak juga bukan batu lesung. Mungkin dari jenis batu sungai. Ya, batu sungai barangkali. Maka, saya termencarut dan termaki hamun lori di depan saya kala itu. Cermin hadapan kereta saya mengalami perpecahan yang teruk. Perpecahan ini mengakibatkan saya tidak dapat meneruskan perjalanan ke pejabat. Sebab semua orang tahu, perpaduan asas kejayaan. Perpecahan asas kemunduran. Nasib baik, di kala itu, pemandu di dalamnya tidak mengalami kecederaan. Hanya sedikit terkejut. Dan sedikit sakit. Sakit hati. Kemudian, saya membuat pusingan U untuk berundur lalu pulang ke rumah. Kan saya dah kata, dah pecah maka kena undur.


Nota : Saya dipaksa rela untuk mengarang ayat-ayat cinta. Kalau tidak syarikat insurans buat bodoh je. Kemudian, saya rasa berdosa. Lepas raya nanti saya nak pergilah ke syarikat insurans tu meminta maaf. Sebab di akhirat nanti tiada kaunter insurans disediakan. Sungguh!


.

23.9.08

Berbuka puasa di restoran mewah bawah tanah



Akhir-akhir ini banyak sangat jemputan ke Majlis Berbuka Puasa. Ada yang terpaksa ditolak kerana pertindihan masa. Di Putrajaya terpaksa ditolak kerana bertembung dengan di Hotel Concorde. Jadi, tak payahlah susah-susah nak masak. Dan tak payahlah menyibukkan diri untuk persiapan juadah. Silap-silap boleh membawa ke sahur. Alhamdulillah...

Tempohari. Kawan yang kau ajak untuk berbuka di pejabat. Tidak menolak langsung apabila diajak berbuka puasa di restoran mewah. Hah! Kan aku dah kata, insani kini mementingkan imej dan reputasi kemewahan. Kesibukannya boleh ditolak ke tepi. Di restoran mewah itu, ada diskaun untuk ahli pula. Apa lagi. Dan di dalamnya pula penuh penghawa dingin yang mewah. Pelanggan yang merokok akan dikenakan dengan dua ribu ringgit atau penjara dua tahun. Atau kedua-duanya sekali. Itu lah lambang prestij restoran mewah. Di mana rata-rata yang berbuka di situ, banyak makanan yang tak habis. Dan ada juga kaum-kaum lain berbuka puasa. Hey! Kitakan negara berbilang bangsa. Apa ada hal!

Sebaliknya, untuk dia bertindak jujur pada diri sendiri. Dia sebagusnya mengirimkan murtabak saja. Lalu ditinggalkan pergi untuk para tetamu merasa. Dan para tetamu membalasnya dengan ikan kerapu goreng garing disira kerabu mangga. Sotong celup tepung. Sayur campur. Tom yam. Taufu telur. Nasi putih. Wah! Dengan hanya murtabak. Masyarakat primitif yang mengamalkan sistem barter beroleh hasil yang lumayan. Sebab itu, sekarang banyak murtabak di jual di bazar Ramadhan. Tak sah kalau tak ada.

Pertama. Aku sangat beruntung di meja bulat yang satu lagi. Juadah-juadah yang sedap-sedap boleh dimakan dengan hati yang puas dan penuh nafsu terkawal. Apa tidaknya, pasangan satu lagi kalau berbuka tak makan nasi banyak sangat. Hanya empat lima suap je. Lebih gemar makan roti-rotian bermutu tinggi khususnya roti john. Sekalipun mahu mendapatkannya terpaksa beratur panjang nak mampos! Untunglah aku! Pasangan yang satu lagi pula, kalau berbuka mendahulukan kuih terlebih dahulu. Atau manisan seperti kurma, kismis, pajeri dan sebagainya. Fuh, berjayalah strategi aku duduk di meja bulat yang dimaksudkan. Sebenarnya, di restoran mewah itu, ada meja bulat dan meja bujur.

Untuk menikmati dengan jayanya. Percaturan strategi awal aku dah berjaya. Biasalah, hidangan depan mata di kala perut lapar. Semuanya nak dijamah.

Tapi. Tapi. Tapi. Aku lupa. Pasangan yang tak makan nasi banyak. Hakikatnya, suka meratah lauk-pauk dan sayur-sayuran yang khusus untuk vegetarian. Manakala, pasangan yang satu lagi mendahulukan manisan dan kuih-muih bertukar arus kerana pada hari itu tiada kuih-muih dihidangkan. Mereka ambil sotong celup tepung menggantikan cucur. Owh, si bujang-bujang wanita juga rupanya nafsu mereka sangat tinggi sampai kayangan. Peduli apa dengan kegemukan. Mereka kata!

Pang! Kelentang! Pinggan berhamburan. Tom yam mengalami kelelehan. Nampak sangat meja bulat yang satu lagi bertindak kegelojohan. Aduhai...

Restoran mewah bawah tanah itu, kami rahsiakan tempatnya. Sebab, kami kalau buat makan-makan mesti di situ.

Klik sini untuk berbuka di restoran atas kayangan.


.

22.9.08

Lala tak terkata

La la la la....

Saya tak pernah cakap depan-depan pada awek saya begini. Wow! Sedapnya darling sayang masak. Tak pernah! Sumpah! Saya cakap kalau yang tak sedap je. Kalau sedap saya tak terkata.

Biasa. Lepas makan setiap apa yang dia masak. Saya hanya kata dalam hati. Ermmm..., boleh tahan dia ni masak! Tak rugi memperisterikannya. Saya tak terkata di mulut.

Jadi, pada hari ini saya nak kata-kata pujian dan kata-kata penghargaan kerana jaga makan-minum saya. Terima kasih. Lagi pula, saya makan bersuap dengannya lima tahun lalu. Lama dah! Honey, apa kata berbuka puasa nanti, kita makan bersuap-suapan? Kalau nak, taip ON MAKAN SUAP ke 35559. Nanti auto reply NAK JUMPA BPR? Tekan 1 YA. 2 TIDAK 3 TAK PASTI. Hahaha!

Sumpah! tak kan cari yang lain. Sini.

La la la la... La la la la..., kata Meet Uncle Hussien.

.

19.9.08

Resepi supaya sihat lalu menang pertandingan peringkat pejabat

1. Kurangkan makan daging. Lebihkan makan sayur

2. Kurangkan gula. Lebihkan makan buahan

3. Kurangkan garam. Lebihkan mengguna kicap

4. Kurangkan makan. Lebihkan mengunyah

5. Kurangkan kerisauan. Lebihkan berehat

6. Kurangkan marah. Lebihkan senyum/ketawa

7. Kurangkan nafsu tamak. Lebihkan memberi sedekah

8. Kurangkan pakaian yang tidak perlu. Lebih seringlah mencucinya

9. Kurangkan naik kenderaan. Lebihkan berjalan

10. Kurangkan bercakap. Lebihkan bekerja



Dah! Pergi buat kerja...


.

18.9.08

Sesegar buah kurma

Sesegar buah kurma. Dikulum sedap. Digigit. Aduh... Manisnya.

Hari ini saya nak berkongsi menu saya yang paling istimewa. Simple but nice! Nama menunya ialah ayam goreng kurma.

Masukkan potongan ayam ke dalam kuali panas yang sudah digaul bersama kunyit serbuk dan garam secukup rasa.

Hidangkan ke dalam pinggan cantik. Kemudian. Letakkan beberapa biji kurma, mengelilingi ayam goreng tadi. Siap untuk dihidangkan. Sesuai untuk juadah berbuka. Jika tak habis, bawa ia ke sahur. Cubalah! Lazzzzotttt.

17.9.08

Apalah air pun nak beli, di Bulan Ramadhan...

Gerai ini menjual beraneka air suci. Air yang suci tetapi tidak menyucikan yang lain. Gerai satu lagi menjual air tembikai saja. Ramai orang menuju ke gerai air yang menjual air tembikai saja. Aku syak, ramai pembeli lelaki tertarik dengan dua orang awek cun yang menjual air tembikai itu. Belum jam 5 petang, air tembikainya dah habis satu balang. Cuba kau bayangkan. Air tembikai tu...

Sampai sekarang aku cari air jus buah betik. Tak jumpa. Tentu sedap. Nasi lemak dah jumpa. Tapi, kenapa tak selera nak berbuka dengan nasi lemak? Entah.

Ikan talapia masak lemak dan paru bersambal dah jumpa. Belilah kononya. Kesuntukan masa. Banyak urusan duniawi. Sudahnya, sembilan kali aku keluar masuk tandas. Aduyai Bazar Ramadhan al-Mubarak. Nak naik rabak d*b*r aku. Aku syak, ini gara-gara paru bersambal.


.

16.9.08

Nak secawan

Aku terbangun seawal jam 2.30 pagi. Kebiasaannya bangkit jam 4.30 pagi untuk bersiap-siap bangun dan bersahur kira-kira jam 5.00 pagi.

Pagi itu, aku pergi ke dapur minum air susu secawan. Dibilas dengan air masak dua cawan. Makanan kala berbuka dah langsai. Apa aku nak makan ye, bisik hati kecil aku. Oh ya, tamar ada. Aku tenggekkan kuali dan nyalakan api di dapur. Mahu memanaskan tamar. Ah! Tak jadilah! Aku tidur semula. Ah! Lambat lagi nak sahur. Apa ada hal. Baru jam 2.30 pagi.

Aku sambung tidur semula. Kemudian. Lama. Aku sedar jam 6.00 pagi. Sedang azan Subuh berkumandang di corong surau. Ermmm... Untung juga aku minum air susu kala itu. Ha ha!


.

15.9.08

Prasangka Ramadhan

Satu hari kau mempelawa kawan kau berbuka puasa. Sebagai kawan, kau telah menjalankan tanggungjawab kau untuk mempelawa dia. Nanti kau tidaklah dituduh mementingkan diri sendiri.

Dia mahu menjawab dengan ekspresi muka yang sangat teruja. Kau perhatikan sambil menunggu jawapan darinya. Lalu, kau suka kerana bakal jawapan yang diterima menandakan ada tanda bibit-bibit ke arah setuju yang tidak berbelah bahagi.

Kemudian. Dia bertanya berbuka di mana?
Kau jawab pantas di pejabat saja. Ringkas.

Ekspresi mukanya bertukar. Lalu jawapan yang terpacul dari mulutnya.
Owh, takpelah... Mungkin saya nak sambung cuti sampai akhirat.

Kau menyumpah di dalam hati. Kalau di pejabat tak mau. Di hotel barangkali jawapan itu bertukar menjadi positif. Manusia sekarang lebih mementingkan kemewahan dan ke'gah'an. Sangat jarang kita dengar orang yang ingin menjadi anak angkat kepada pemandu lori. Padahal, keluarga itu memiliki lori yang besar. Wow!

Tak semestinya menunggu Hari Raya baru sibuk kita nak minta maaf. Minta maaf semua...



.

12.9.08

Kain sifon

Satu petang. Musim-musim kemeriahan mahu menyambut Hari Raya. Lagu raya sudah berkumandang di pejabat. Esok Hari raya... Esok Hari Raya. Dendangan Dr. Sam. Sibuk nak ke Nagoya textile.

Dalam perkiraan falak. Lagi lapan belas hari lagi. Ermm.., kira dah terasa bahanganya apa!?
Tiga ratus lima puluh lima jam lima belas minit lagi. Lupakan itu. Berbalik kepada apa yang saya mahu sampaikan.


Awek saya sedang memilih-milih kain.

Saya kata, jangan! Tiba-tiba apabila melihat dia seakan mahu menyalakan api.

"Sesungguhnya kain dibakar tiada berbau bangggg..." Dia balas.

"Heh! Kain lama dicampak buang, kain baru pula dicari. Jangan salahkan abangggg! Hahaha!"

"Inikan kain tidak bertepi bangggg!" Dia.

"Takpela... Kain pendinding miang, wang pendinding malu."

"Sehari selembar benang. Lama-lama menjadi kain." Dia.

"Hari dah gelap. Pergi la angkat kain... Saya angkat kain sorang-sorang selama ini."

"Errm,, gatallll!" Dia.

Mencubit pangkal peha saya. Entah dia atau saya yang gatal. Aduyai...

.

11.9.08

Kemuliaan Ramadhan

Gua mula-mula nak puasa, tiada seorang pun datang memaksa suruh berpuasa. Gua sedar sendiri. Atas kesedaran gua sendiri. Petunjuk tu datang masa gua tidur, lepas bangun ada basah sikit. Dari situ gua rasa lainnya. Gua syak itu tanda gua dah baligh. Lepas je gua masuk akil baligh, datang bulan Ramadhan gua terus puasa. Tak tunggu lama. Tak payah tunggu ujian urin. Gua kata, itu dah jadi tanggungjawab gua untuk memenuhi rukun Islam. Tapi, sebelum baligh lagi gua dah amalkan puasa sekerat-sekerat ni. Puasa yang yok, diorang kata.

Tapi, korang faham-faham sendiri la kan. Pertama kali berpuasa takkan boleh lengkap sebulan. Mesti ada lopong sana, lopong sini. Kalau puasa penuh sekalipun bukan gua dapat duit juta-juta. Atau gua dapat hadiah kereta control. Paling kuat, gua dapat pahala. Itu lagi bagus. Sebab gua berpegang pada pahala tu la, gua tak banyak ponteng puasa. Kena pulak macam gua ni, iman bukan tahap tinggi stended kiyaii atau wali. Letak gadis telanjang bulat depan mata adanya nak tutup mata. Lagi suka ada. Kah kah kah! Makanya, gua belum boleh dikategorikan iman yang tinggi la tu. Itu baru cakap soal amalan. belum cakap soal dosa. Entah berapa banyak dosa-dosa gua, tentu tak sama dengan dosa ahli sufi. Atau dosa mufti-mufti.

Pernah satu hari gua puasa. Hari tu tersangatlah panas terik nak mampos. Mengalahkan suhu dalam ketuhar gelombang mikro paling maksimum. Kena pulak hari sekolah. Lepak beb! Tiap-tiap kali tengok jam. Afsal la jam ni lambat sangat. Salahkan jam. Alahai... Gua kata dalam hati, mungkin ni ujian untuk gua. Datang ujian baru teringat Tuhan. Ceh! Sebab hari tu panas sangaaaat. Tekak pun dah rasa dahaga sangat. Masa zaman jahiliah gua, sampai sekolah diorang cakap telan air liur batal puasa. Maka asyik meludah je setiap setengah atau suku jam. Padahal, tak perlu pun. Sebenarnya yang membatalkan puasa apabila memasukkan sesuatu ke dalam rongga yang terbuka. Ilmu dah tinggi sikit, asal nampak kawan masukkan tangan sikit dalam hidung sikit cakap arrr, batal puasa! Eeee.., korek hidung. Tak puasa! Haha. Jauh menyimpang dah ni.

Berbalik kepada panas terik tadi. Balik sekolah jalan kaki. Berkilometer jauh. Sampai rumah lepak. Gua dah tak boleh tahan. Dah la masa balik sekolah tadi nampak apek jual aiskrim calong Gila kau, tekak tengah kering. Terliur beb nampak aiskrim calong. Kemudian. Sampai rumah, gua pergi dapur secara senyap. Gua serang hendap. Tengok bawah tudung saji. Kalau-kalau ada pizza ke. Ikan goreng ke. Apa sajalah yang boleh jadi pemuas nafsu lapar ni. Gua tengok kiri. Gua tengok kanan. Takde orang. Pergh, bila gua buka tudung saji tadi. Nafsu nak batal puasa makin menjadi. Padahal, masa tu takde setan. Entah siapa yang hasut gua. Sampai sekarang gua musykil. Gua jenguk, fuh..., ada ayam goreng ala-ala ayam resepi KFC. Teruja beb. Warna dan tekstur ayam tu dah menyelerakan. Apatahlagi rasanya. Gua hulur tangan nak ambil seketul. Mak aaiii..., aroma dia punyalah membangkitkan hawa nafsu. Tiba-tiba...

Kedekang! Meow.. Meow..., kucing melompat dari atas kekisi dapur terus ke meja makan depan gua. Terkejut gua! Tak semena-mena, tudung saji terlepas dari pegangan. Bunyi bising kedengaran kat dapur. Mak gua pun syyyyuuuhhh... ssssyyyuuh..., apa kucing ni nak lagi... Gua pun tak buang masa. Terus seludup bawah meja makan. Takut kantoi, gua tunggu lama sikit. Kemudian, kucing tu boleh ikut gua gesel-gesel badan kat gua. Kalau senyap takpe. Bunyi pulak tu. Gua pun bengang! Terus gua bangun. Gedebang! Kepala gua terhantuk meja makan. Patutnya gua sakit bukan kepalang. Tapi, sikit pun gua tak rasa sakit.

Lihat! Betapa mulianya bulan Ramadhan. Hasil atau habuan bukan yang kita cari tapi kita mesti tahu dan arif apa yang kita buat. Baru dinamakan manusia berilmu. Bukan robot.

10.9.08

Air buah naga

Satu petang. Di bazar Ramadhan. Jalan-jalan cari juadah berbuka.

Kemudian. Saya menuju ke gerai air terdekat. Penjual minuman itu menawarkan kepada saya aneka air yang dijualnya. Saya kira, semua berorientasikan buah-buahan.

"Bang beli bang! Beli, air buah naga. Asli bang! Sedap bang!"

"Ermm.. Ada apa dalam dia ni..?"

"Yang hitam-hitam ni biji dia bang... Biji buah naga."

"Bagi satu la. Macam sedap je."


Satu malam. Di meja makan. Waktu berbuka sudah tiba.

"Biji buah naga hape!!? Air sirap campur sikit ribena campur biji selasih!?? Ceh! Penipu! Celaka! *&^%$#@! Hak ptui!"


Bulan puasa tak baik menipu. Dan tak baik mencarut masa berbuka.

.

9.9.08

Ramadhanatussolehah

Minggu lepas aku berbuka puasa dengan mak. Di kampung halaman.

Hari itu mak tak kebah-kebah dari demam. Tapi mak gagahi untuk berpuasa juga. Mak hanya berbaring di pembaringan. Tak larat nak masak. Tak larat nak bergerak. Apatah lagi membasuh kereta bapak. Kalau bergerak pun pergi solat je.

Aku tak suruh menantu emak, masak. Menantu emak sendiri yang rasa tanggungjawabnya untuk menyediakan juadah berbuka puasa.

Hari itu emak berbuka dengan penuh selera. Walau tekak rasa pahit. Mak makan suapan demi suapan.

"Siapa yang masak ni?" Emak menanyakan selepas selesai berbuka.
"Menantu emaklah. Siapa lagi..." Aku jawab.
"Erm... Sedap..."

Masa ni, menantu emak dah ke dapur mengangkat pinggan kotor. Harapan aku agar dia baca entri ini kerana aku lebih suka memuji begini. Dari memujinya di depan mata, lalu naik melambung tinggi. Terhempas berkecai kalau jatuh. Parah! Pernah sekali aku puji dia tukang jahit profesional, terus dia tersalah gunting. Begitulah contohnya.

Menantu emak adalah isteri aku yang solehah. Sekian.
Itu saja aku nak sampaikan. Harapnya sampai.

.

8.9.08

Lurah

Lurah dituruni, bukit didaki.


Lurah juga diturut air, bukit juga dilejang panas.

Bulan-bulan puasa begini.
Lurah tidak terturuni, bukit tidak terdaki. Letih! Serius!


Kisah Roti Jon

.

5.9.08

Bulan Ramadhan Memang Menguji Keimanan Kita

Situasi I

Kau dan awek ke bazaar Ramadhan. Mau beli roti John. Asal Ramdhan datang je beli roti John. Asal Ramadhan datang je Roti John. Tapi, memang menguji kesabaran betul la. Beratur panjang nak mampos. Beratur punya beratur. Tak gerak-gerak. Kemudian. Awek kau tak sabar. Sebab dia adalah orang yang ke seratus lapan puluh.
"Afsal kuar baris?"
"Ada orang depan beli roti John seribu.."
"Sabar je la..."

Situasi II

Di Bazar Ramadhan. Kau bukan terpandang juadah je. Selain juadah aneka ragam. Nasi lemak, kuih pau, air cincau, karipap dan sebagainya. Ada juga buah, tungking, perut, babat yang betul-betul terbayang di depan mata kau. Secara live. Tak dijual. For display only. Jadi, kau tak perlu mengusap dada. Atau menyebut astagfirullahalazim. Masa inilah ia menjadi aset bagi kau untuk menguji kertas litmus biru bertukar merah.

Situasi III

Kau balik rumah. Anak kau mau minta dukung je. Tak mau turun langsung! Kalau kau turunkan dia merengek. Rengekan dia bukan perlahan. Kuat. Dan kau rasa nak pelempang. Tapi, kau harus sedar. Bulan ramadhan ujiannya lebih besar. Bukan setakat mengajar untuk menahan pelempang. Juga mengajar anak bersyukur dengan apa yang ada.

Situasi IV

Kau tak ambil peluang Ramadhan. Kemudian. Ia datang dan pergi begitu saja. Sedangkan kau sudah berniat mahu buat itu ini yang baik-baik. Kau niat saja pun sudah mendapat sepuluh ganjaran. Seharusnya kau meminta maaf kepada semua orang. Termasuk kepada SWM yang malas nak kutip sampah. Kebersihan itu kan sebahagian dari iman. Keimanan kita sangat teruji

.

4.9.08

Pospak Ramadhan

Arahan : Calon diWAJIBkan menjawab SATU soalan SAHAJA untuk LULUS dalam ujian di DUNIA ini, sebelum datang UJIAN yang lebih BESAR di akhirat nanti.

Sila pilih jawapan yang PALING TEPAT.

Apakah kandungan dalam POSPAK seperti yang ditunjukkan di gambar sebelah. Supaya ada aplikasi 'give & take'?
A/ Bungkusan gula-gula kepada rakyat jelata.

B/ Baju raya yang dikirim kepada penduduk kampung.

C/ Bekalan makanan dan susu kepada rakyat Afrika.

D/ Senjata api dan surat penafian ke Mongolia.

E/ Kurma Yusoff Tayob untuk kaum peribumi tempatan.

3.9.08

Dalam semak ada duri, ayam kuning buat sarang

Satu hari.

Awek saya memilih-milih ketulan daging sejuk beku. Untuk dimasak. Juadah berbuka nanti.

"Suruh dia potonglah. Cincang ke. Ermm... Manalah tau kot-kot ada duri dalam daging tu."

"Ish ish.., merepkelah"


Tiba di rumah. Awek saya memotong daging yang dibeli.

"Kanda! Betul la, ada duri dalam daging ni."

"Mana?"

"Ni hah!"

"Ish ish, kalau makan boleh tercekik ni..."

.

2.9.08

Puisi terbuka

Matamu bak purnama
merindu bisikmu seperti syahdu
menusuk jiwaku merkah bibirmu
telaga madu manis di sudut senyummu
bungamu di bibir adalah sumber inspirasiku

Aku ingin mencintaimu dengan sederhana
dengan kata yang tak sempat diucapkan
kayu kepada api yang menjadikannya abu,
dengan isyarat yang tak sempat disampaikan
awan kepada hujan yang menjadikannya lenyap

Kita tak dapat berbuka berdua.
Ah! Kita berbuka berempat saja lah...
Aku, kau, Fiqa dan Fifa.


Anakanda harap bonda dah sembuh...
.

1.9.08

Hari pertama bersahur bersama

Ikan sepat dimasak berlada
Kutunggu digulai lautan seberang
Kutunggu-tunggu di masa muda
Sampai kini dah beranak dua orang


Kutunggu digulai lautan seberang
Kutunggu-tunggu di masa muda
Malam awal jemaah seinci tak kurang
Maklumlah nak kejar besar pahala


Bersihkan hati
Servis anggota
Perbaharui insurans mulut
Cuci deria mata
Tukar palam pencucuh lidah
Vakum rongga hidung

Selamat menyambut Ramadhan
Selamat berpuasa.

.