9.9.08

Ramadhanatussolehah

Minggu lepas aku berbuka puasa dengan mak. Di kampung halaman.

Hari itu mak tak kebah-kebah dari demam. Tapi mak gagahi untuk berpuasa juga. Mak hanya berbaring di pembaringan. Tak larat nak masak. Tak larat nak bergerak. Apatah lagi membasuh kereta bapak. Kalau bergerak pun pergi solat je.

Aku tak suruh menantu emak, masak. Menantu emak sendiri yang rasa tanggungjawabnya untuk menyediakan juadah berbuka puasa.

Hari itu emak berbuka dengan penuh selera. Walau tekak rasa pahit. Mak makan suapan demi suapan.

"Siapa yang masak ni?" Emak menanyakan selepas selesai berbuka.
"Menantu emaklah. Siapa lagi..." Aku jawab.
"Erm... Sedap..."

Masa ni, menantu emak dah ke dapur mengangkat pinggan kotor. Harapan aku agar dia baca entri ini kerana aku lebih suka memuji begini. Dari memujinya di depan mata, lalu naik melambung tinggi. Terhempas berkecai kalau jatuh. Parah! Pernah sekali aku puji dia tukang jahit profesional, terus dia tersalah gunting. Begitulah contohnya.

Menantu emak adalah isteri aku yang solehah. Sekian.
Itu saja aku nak sampaikan. Harapnya sampai.

.

6 comments:

tasekM said...

bukan senang nk jd menantu yg baik tau... :)

Lily Abdullah said...

Aku lansung tak pernah masak kat rumah mertua...hampeh punya menantu kan?

::.. a t i q a h ..:: said...

Anak emak pun tumpang melambung gak la tu kan. He he he.

Adexx Boxx said...

wahhhh romantika seorang suami...

Brader Black said...

Musti bertakung airmata orang rumah ko klu tau ko puji dia kat dunia maya ni.

Dare To Dream said...

in a way, this is very romantic piece.
sweet~!