27.4.11

Ada gua kisah

Semalam seperti semalam-semalamnya, gua pulang dari kerja menunggang motosikal. Apa barang naik motokar. Tak mencabar langsung. Empat roda susah nak jatuh. Lu, bukan tak tahu gua sukakan yang cabaran-cabaran ni. Lebih-lebih lagi panjat gunung berbukit. Setakat orang kutuk dan sakat sikit-sikit apa ada hal. Setakat tekan pedal minyak dan kawal stering dan biarkan kenderaan lain memotong, itu pun nak berkira. Adoiii.. Kuatlah sikit mental tu. Semangat daya juang membelah angin mesti ada.

Berbalik kepada topik asal. Gua siap-siap pakai baju hujan masa nak balik tu. Sebab gua dongak ke langit kat luar dah mendung hitam. Hujan pun dah rintik-rintik mula turun. Kemudian, gua keluar parkir. Gua beredar membelah hujan dan angin. Sampai pertengahan jalan nak ke Klang rupanya tak hujan. Hujan setempat. Argghh,, malas gua nak lucut baju hujan. Satu kerje yang leceh bagi gua mengalahkan kerja-kerja penyelenggaraan dan menurap jalan. Gua pakai je sepanjang perjalanan. Ada gua kisah, apa orang nak kata! Tapi, setiap kali berhenti di lampu isyarat, diorang pandang serong dengan gua. Gua pandang diorang sambil bersiul-siul. Sudahnya, hampir tiba di rumah gua rasa macam satu kepanasan di bahagian dalam. Wo! gua kebasahan kerana pakai baju hujan di hari keperitan sang mentari memancarkan sinar mentarinya. bukan kebsahan disimbahi hujan tetapi kebasahan dalam kepeluhan yang amat dahsyat. Tapi, gua memang suka bab peluh-peluh ni. Badan ada nampak macam kilat-kilat dan kilauan emas.


.