27.4.07

Patutnya jadi cuti yang panjang kalau tidak bermesyuarat di petang jumaat yang

Satu hari, di petang selepas hujan berderap, sebelum masuk ke bilik mesyuarat, ada perempuan gebu mengenyit mata pada aku. Aku menguntum senyum. Dia juga begitu. Senyumnya makin lebar, aku jadi terghairah. Dia beredar.

"Hoi, mesyuarat dah mula! Masuklah!" satu suara dari bilik mesyuarat, entah suara siapa yang lancang itu memberhentikan lamunan aku yang sedang berfantasi dengan gadis gebu.

Semasa mesyuarat berlangsung, aku dengar saja. Duduk diam sambil mencatat point penting. Kau pun tahu aku tak suka menulis apa yang orang cakap kan? Jadi, aku hanya berlakon memegang pen tapi mata aku meliar memerhati gelagat orang. Aku bayak diam dari bercakap dalam mesyuarat! Malas mau campur urusan orang itu yang hanya tau bercakap tapi belum pasti bagus dalam bekerja. Ada kan? Cakap meletus-letus, suruh buat kerja berdetus-detus habuk!

Aku mula hilang tumpuan, ada perempuan memperkenalkan dirinya dalam mesyuarat ketika sesi suai-kenal dijalankan. Woh! cantiknya dia! Aku terpana dan terpegun. Uish! aku mula berereksi. Dan berfantasi. Aku hilang tumpuan dalam mesyuarat. Dah kahwin dah perempuan ni.., detak hati aku. Dressingnya boleh tahan!


Mata aku mula menyelinap masuk dalam kemeja coklat cerah jalur menegak yang dipakainya, memang sengaja ditanggalkan tiga butang untuk memberi laluan kepada b**h d***nya yang menggembur itu. Aduh! nasib baik kau balut dengan baju dalam beropol benda yang montok itu. Kalau tidak mata lain juga akan menumpu ke jalur gemilangmu!

Selesai mesyuarat, aku tak boleh tahan. Akhirnya, ke tandas mengeluarkan cecair dalam pundi yang dah penuh kerana sejuk penghawa dingin di bilik mesyuarat. Kantungku penuh. kau jangan sangka aku beronani kerana berereksi kerana erotik. Pancut urinlah!

Wow! Aku terpandang perempuan tadi mengambil makanan sambil berjalan-jalan. Dia memakai seluar coklat gelap yang polos, ketat dan sendat menampakkan alur dan kemontokan buah p******gnya.

Toink... toink...toink..,

Buahnya ke, buahku yang berhenjutan? Aku rasa alat aku mahu meronta-ronta! Alahai perempuan, kau pakai tudung di kepala tapi dadamu terdedah, dan punggungmu tersendat untuk dipamerkan jadi santapan. Huh! Tipulah kalau kau tak ghairah kalau memandangnya! Tapi percayalah, testikal aku tak gatal! Aku juga tak pasang niat mahu onani di bilik air selepas ini. Tapi aku pasang niat mahu bergesel dengan punggungnya ketika mahu ambil makanan. Setidak-tidaknya, bagi dia bererotik dengan aksi pornografi aku. Mantap wo! Pang! Silap-silap aku kena pelempang jatuh tersungkur! Aku rasalah...! Tapi aku tak dapat rasa sebab aku hanya mengerling takut kawan aku syak aku gila seks semasa bini tak habis pantang. Ha ha ha...!

Pssst, kau jangan beritahu dia yang aku sedang memerhatikan buah atas dan bawahnya. Itulah silapnya, cara berpakaian semasa bermesyuarat. Lebih baik puan bertelanjang puan, pasti mesyuarat berjalan dengan segar, detak hati aku.

26.4.07

Pertabalan Agung dirakam oleh 'National Geographic Channnel'

"Hari pertabalan Agung kau kerja? nak kena tangkap!?" aku kata kepada dia kerana dia didapati terdatang ke pejabat ketika seluruh rakyat bercuti melihat siaran langsung pertabalan itu.

Kau tahu National Geographic pun buat liputan tau?" aku kata kepada dia untuk menjelaskan betapa pentingnya upacara itu dan diisyhtiharkan sebagai cuti.

"Agung tu manusia kan?" dia jawab dengan pertanyaan.

"Habis kau ingat National Geographic tu untuk haiwan je ke. Ia termasuklah makhluk yang ada di muka bumi ini. Kah kah kah. Kau nak kena pelempang dengan Agung!" aku kata kepada dia dengan nada yang tegas tapi mengekeh-ngekeh ketawa kerana pemikirannya yang cetek terhadap National Geographic yang dianggapnya untuk liputan bukan manusia.

24.4.07

Jangkauan berterusan

Dalam kerangka penulisan aku. Aku ikut stail aku sendiri. Aku editor, suka hati akulah! Ha ha. Aku mula dulu dengan menamakan watak-watak yang utama dan sampingan di dalam cerita itu, kemudian aku garapkan watak itu, peranan apa yang perlu dimainkan oleh watak itu. Biasa, dalam novel atau cerpen kau akan kesan dua, tiga atau kurang daripada lima watak. Dalam penulisan aku kali ini aku kemukakan banyak watak yang akhirnya membuatkan kau pening kerana watak dan plot cerita ada saling perkaitannya. Watak-watak dalam cerita itu yang aku maksudkan seperti di bawah:

Jimie : suami kepada Shima Gebu.
Shima Gebu : Isteri kepada Jimie, suri rumahtangga.
J.S Hattan : Anak kepada pasangan Jimie & Shima.
Mutthu a/l Maniam : Tauke kedai di taman perumahan di situ.
Semandol : Kawan Muthu
Sukiman : Kawan Muthu dan Semandol
Edward : Lelaki mat saleh yang pernah ditemui Shima Gebu.
Kutty Gelap : kawan Jimie
Rosli Gendut : kawan Kutty Gelap dan kawan Jimie.
Cikgu Suzy : Cikgu di sekolah J.S Hattan.
Cikgu Sarvan Singh : Cikgu disiplin di sekolah J.S Hattan.
Mama Som : Ibu Jimie dan mak mertua kepada Shima Gebu
Pak Dir : Suami Mama Som.
Ah Chong : kawan sekampung Pak Dir
Tok Cu Toh : Tok Bomoh di kawasan keluarga Pak Dir tinggal. Sudah berkahwin.
Rambai : Kawan sekampung Pak Dir
Suji : Kawan kepada Rambai yang duduk sekampung.

Di pertengahan cerita, watak Shima Gebu dimatikan.

Maria : bini kedua Jime, seorang janda yang sudah berkahwin dua kali sebelum ini.
Syafiza : anak Maria dengan laki kedua
Aina Emir : anak maria dengan laki pertama
Zahir Haziq : anak Maria dengan laki pertama
Salwa : isteri Zahir Haziq
Qistina Hanim : anak kepada Salwa
Syamsul Muaz : anak kepada Salwa
Kak Ani : ibu saudara Maria
Lebai Leman Busut : bapa saudara Maria
Lijah Gawang : isteri Lebai Leman Busut
Adila Abdullah : anak Maria
Ramli Sengal : jiran Lebai Leman Busut
Rafi : anak ketua kampung
Susan Tan : majikan Rafi yang pertama
Sunita : kawan sekolah Adila dan anak kepada cikgu Sarvan Singh
Hartini Bundar : jiran sekampung J.S Hattan dan anak kepada Makcik Seha.
Nurbainun : sepupu Rafi merangkap kepada kawan Adila

Kawan-kawan Adila yang lain; Idham Faris, Izzul Afiq, Mohd. Ghadaffi, Johari Johar, Ahmad Zulkifli, Bernard Chong, Linden Wong.
Cikgu Adila adalah cikgu Zaharah dan cikgu Zakaria.

Nantikan kemunculan seni penulisan erotik ini bagi memuntahkan onani seni yang mempunyai unsur kelopak-kelopak lavia dan bola-bola testikal. Tapi, intronya agak jiwanglah. Begini:

POHON ketapang tumbuh merimbun dan teguh berdiri megah. Sebaris melurus di kiri dan kanan jalan. Kicauan burung-burung dan unggas memecah keheningan di kala itu. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Langit berarak redup menutupi cahaya sang mentari. Terdengar keriuhan anak-anak kecil bermain di jalanan. Berkejar-kejaran bersama teman sepermainan. Sedang bermain pondok-pondok, kahwin-kahwin dan polis sentri lagaknya.

Tajuknya : Jangkauan Berterusan.
Anda berani menempah penulisan ini. Sesuai untuk bacaan 18 tahun ke atas. Ha ha ha. Ohya, cover depannya belum sipa lagi!

Siapakan hero dalam cerita ini? Siapa pula bapa kepada Adila? Apakah hubungan Lijah Gawang dengan Ramli Sengal? Cukup tiga soalan setakat ini.

Kalau betul anda faham, penulisan cerita ini boleh diteruskan untuk merangsang hormon testosteron dan klitoris anda. Setidak-tidaknya anda tidak berperang dengan masturbasi sendiri. Celahan dan kelopak anda akan terisi. Ha ha ha.

21.4.07

Lagi kurang

Part 3

Sebelum masuk bilik mesyuarat, berjela-jela kami menulis nota panjang dan konotasi di kotak minda masing-masing. Sudahnya, tak sampai lima minit mesyuarat itu dah habis, cuma nak dengar kata setuju atau tak setuju! Lebih lama menunggu daripada bermesyuarat.

Sementalahan menunggu giliran untuk masuk ke bilik mesyuarat besar, mereka dikuarantinkan di bilik mesyuarat kecil. Di mana semua perunding dilantik ada di situ. Perunding sesama perunding berborak mengorek rahsia. Bukan mengorek kelopak.


"Kau tahu kenapa kita terpilih mendapat kajian ini berbanding perunding-perunding lain?"

"Tahu. Aku tahu. Salah satunya, cadangan kewangan kita yang paling mustahak. Dan paling terendah!"

"Jadi, kau letak berapa?"


"Oleh sebab kos siling kajian adalah RM1 juta. Kami bubuh dalam cadangan kewangan kami kurang lima posen lagi nak satu juta. Akhirnya kami dapat. Yeay!"

Rupa-rupanya, perunding lain menyalah tafsir mengenai harga siling perundingan yang tercatat dalam T.O.R yang ditulisnya begini :

"Kos siling bagi perunding adalah tidak melebihi RM 1 juta"

Ada dua interpetasi maksud ayat di atas mengikut pandangan perunding.
Satu,
Kos keseluruhan kajian perlu tidak melebihi RM 1 juta. Termasuklah kos perundingan (professional), kos sub perundingan (separa professional) dan kos imbuhan-balik.

Dua,

Kos perundingan tidak melebihi RM 1 juta belum dicampur dengan kos sub-perundingan dan kos imbuhan balik.

Akhirnya, empat yang tewas itu barangkali menginterpetasikan penyataan yang kedua. Ha ha ha.., maka mereka di tolak mentah-mentah kerana tidak faham arahan. Aduhai! Menyesalnya kami kerana tidak bubuh kurang lima sen hampir RM 1 juta. Kah kah kah...Dalam bisnes 'every sigle cents kena kira'

"Eh, kenapa korang dah pilih kami tapi korang masih nak tawar-menawar cadangan kewangan kami. Kan kami dah terpilih di antara lima yang tersenarai. Pilih sajalah... Kalau tidak, kita bincang terus dari awal masa nak buat cadangan kewangan." getus perunding itu.

Tahniah bagi yang terpilih.
RKK Rantau - ZMD Planning Consult
RKK Lembah Bio - Cerana Design

RTD Segamat - Peers Consult
RTD Alor Gajah - YD Planners
RTD Jasin - Integrated Geoplanning

Oh ya, bagi kalian yang punya latar belakang urban & regional planning atau town & regional planning bolehlah terus menghubungi aku kerana di pejabat aku memerlukan satu jawatan kosong merangkap kepada pembantu aku juga melicinkan perjalanan kajian. Lagi bagus kalau kau apply, kau adalah lelaki. Tapi, kalau kau hantar gadis yang rekahannya basah aku terima tanpa bangkangan dan kangkangan. Hahaha. Ingat! Mesti yang sudah berpengalaman tau! Lagi bagus kalau pandai operate Map Info. Soal gaji boleh dibincang. hantar saja resume ke trio3 AT stremyx DOT com. Atau terus hubungi di nombor talian : 03-5512 5578 attn : Saifuddin.


Sekian. Bahang RTD sudah bermula! Rasakan!.

20.4.07

Menawar

Part 2

Dalam satu mesyuarat, pengerusi memainkan peranan penting untuk membuat keputusan dan mengawal suasana mesyuarat agar tidak menjadi bosan dan boring. Pengerusi ada kuasa mutlak untuk sama ada meneruskan, menyambung semula, memberhentikan dan sebagainya. Lebih-lebih lagi mesyuarat yang mencarut!

Pengerusi juga boleh buat sesuka hati dia nak kendalikan mesyuarat macamana. Asalkan ianya berjalan lancar dan disukai ramai. Tapi, di akhir mesyuarat perlu ada kata putuslah dari pengerusi jika mesyuarat itu tidak ditangguhkan.

Contohnya: "Baiklah, mesyuarat dah selesai pada hari ini. Saya dengan ini meluluskan laporan ini dengan sedikit pindaan yang perlu di hantar semula kepada urusetia dalam tempoh seminggu dari hari ini. Sekian, kita bersurai. Ada apa-apa soalan?"

Itu contoh. Pengerusi membuat keputusan sebelum meninggalkan mesyuarat. Tapi, kalau pengerusi rasa tak mau cakap begitu. Tak payahlah jadi pengerusi kalau tak ada satu ketetapan dan keputusan setalah bermesyuarat.

Tapi, dalam mesyuarat yang aku hadir kali ini. Pengerusi diperkotak-katikkan oleh ahli mesyuarat tingkap. Ketika pengerusi sedang bercakap dalam nada yang lemau, ada yang sedang berborak-borak, bermain-main, bertidur-tidur dan tak kurangnya juga keluar dari bilik mesyuarat menghisap rokok. Alahai! Pengerusi mesyuarat tak berkaliberlah!

Oh tidak! Bukan. Bukan! Sebenarnya pengerusi mesyuarat pada hari itu harus digantikan dengan orang yang duduk berhampiran dengannya yang lebih petah bercakap dan memberi pendapat yang bernas!

19.4.07

Tawar

Part 1

Sebelum masuk bilik mesyuarat untuk perlantikan dan tawar-menawar kerja-kerja perundingan bagi satu kajian. Aku, bos, kawan bos dan kawan punya kawan bos duduk di bilik menunggu borak-borak dan bincang-bincang tentang ketelusan dan cara perlantikan perunding.

Daripada lima perunding yang menghantar cadangan teknikal dan kewangannya, pihak urusetia dan konco-konconya memilih satu daripadanya. Yang satu itulah yang telah berjaya dipilih oleh mereka dan seharusnya dipersetujui dari segi harga.

"Pada dasarnya dato', saya bersetuju dengan perlantikan dan kos yang dicadangkan. Namun, ada beberapa perkara yang saya minta dipertimbangkan dato' dan ahli jawatankuasa."

Pum pam pum pam pum pam..

"Oklah, kita potong kos imbuhan balik RM15,000. Kita tambah 1.0 man-month untuk pasukan perunding U. Ok?"

Pegawai key-in maklumat baru.
Jumlah kos keseluruhan sama seperti tadi juga. Tak lari jauh.

Kami salam. Kami blah dengan senyum lebar. Dalam hati dan di mulut kami ucap terima kasih! Ini rezeki namanya.

18.4.07

Kalashnikov!

"Kami, lelaki-lelaki urban yang setia yang meneruskan tradisi lelaki Melayu; duduk-duduk dan sembang-sembang di warung kopi menjelang rembang-rembang merah di kaki langit kembali bergabung untuk memeranjatkan kamu dengan cerita-cerita liar kami.

Biar pun terdapat kisah dalam buku ini merupakan cerminan realiti atas sosial dan politik semasa, namun percayalah, kesemua kisah di dalam buku ini adalah fiksyen semata-mata. Tapi kalau kau suka frasa yang sedikit erotik (atau bagi sesetengah orang, lucah!), boleh aku katakan kisah-kisah yang terhimpun ini adalah onani seni. Sebahagiannya adalah ereksi imaginasi atau ejukalasi emosi. Selebihnya adalah bullshitasi. "

Petikan Prakata oleh Jigo.

Dengar saja prakatanya, menarik! Aku mesti dapatkannya. Tak sabar aku. Kalian juga harus begitu. Jika tidak, kalian gigit jari. Ha ha ha...
Belum kau tengok muka depannya lagi, oleh Enche' Naga. Lagilah menarik. Macam orang yang dah cukup matang masuk tahun yang ke empat puluh!

Eh!, Bukan. Bukan ini. Bawah lagi.


















Owh! Ini pun bukan. Bukan! Tapi, Ini Kalashnikov dengan MP3. Klik sini




















Ha ha!
Ya, Inilah dia. Kalashnikov sebenar.
RM15, antalogi cerpen, certot, fragmen novel.
Penulis-penulis kalashnikov: sinaganaga, op, amir, spyz, jigo, vovin, rimau, matjan, bukunota. Boleh pesan jika mahu! Amacam! Aku promo, kau terliur basah punyalah! Hanya orang bernafsu rasa ghairah mahu memilikinya. Lainlah kalau kau monopause!









17.4.07

Bisik

Hati ayah mana yang tak sebak meninggalkan anak-anak dan isteri-isteri tercinta di kampung halaman. Walau mukanya sebengis mana, percayalah... Hatinya sangat lembut!

Pagi tadi, sebelum Subuh. Jam 5 pagi. Satu kucupan untuk anak-anak yang masih lena tidur kusampaikan kerana aku mahu pulang menunaikan tanggungjawab sebagai pekerja. Cuti selama dua hari diambil seperti tidak memadai untuk bermesra dengan mereka. Oh! Kejapnya masa berlalu.

Pasti apabila mereka bangkit nanti, akan mencari ayahnya. "Ayah ane? Ayah ane?" Fiqah selalu kata begitu. Dari hari ke hari dia selalu bertanya. namun dia sekadar bertanya. Ke mana ayahnya pergi. Pandailah ibunya 'chong'kan dia. Manakala Fifah belum tahu apa-apa lagi. Tapi, malam tadi, aku melihat matanya sering mengekori aku, ketika aku berada di sampingnya. Aku yakin, dia berkomunikasi dengan aku. Dia tahu ayahnya memerhatikannya. Fifah... Aku tepuk-tepuk lengannya untuk melenakannya.

"Puteri-puteriku, ayah balik dulu sebab ayah nak kerja. Jangan nakal-nakal tinggal di sini ya. Jangan menyusahkan ibumu yang mengandungkanmu. Selalu ikut cakap ayah dan ibu. Ayah pulang dulu ya nak...," bisik hati kecilku dan melepaskan kucupan di pipi mereka.

Oh! Kosongnya terasa hati ini tanpa kalian semua. Aku rindukan kalian.

15.4.07

Kejutan

"Bang, bangun bang! Dah nak dekat Asar ni"

Tak bangun.

"Bang, bangun!"

Diam.

Kemudian.

"Huh, huh, huh.. Apa ni. Huh! Jengking!"

Aku bingkas bangun. Aku kuis jengking yang menjalar di tangan aku. Aku hempap ia dengan buku tebal terpakai. Pap! Huh! Amik kau!

"Itulah, orang kejut solat Zohor tak nak bangun. Kan dah Jengking datang. Tu baru solat Zohor. Belum Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh."

"Fuh! Nasib baik tak sengat. Macamanalah kat akhirat ye. Lebih dari seekor. Ggrrrr... takut aku." Getus aku lalu mengambil wuduk.
"Dari mana agaknya jengking tu datang? Tiba-tiba muncul je." Getus aku lagi setelah siap mengambil wuduk.
Kalian tak percaya? Ni hah, gambar jengking. Sempat aku tangkap.

12.4.07

Tanya

"Kamu ni pekerja baru kan?"

"Ya, saya."

"Nama kamu siapa?"


"Senah."


"Nama panjang kamu?"


"Sennaaaaaaahhhhhhhh"


"Besok saya gelak! Ha ha ha.."


"Itu encik gelak hari ini."


"Tu bukan gelak! Lontaran suara. Projection voice."

"Entah apa-apa entah..ekekek"

"Berapa lama nak kerja sini?"

"Kenapa?"

"Manalah tau, kamu dapat peluang jadi pelakon. Macam Darma Aizat yang masuk kerja kat sini sebelum ni...Tiba-tiba je hilang..."

10.4.07

Blogku

Tahun dua ribu tujuh saja, banyak sungguh lambakan mengenai isu blog dan penulis blog diketengahkan. Woh! Sehingga 10 April jam 5 petang, tinjauan yang penulis blog ini lakukan ke atas satu saja akhbar tanah air iaitu Utusan Malaysia terdapat lebih dari dua puluh mengenai isu blog. Hangatkan isu ini? Ermm, hangat sehingga PM dan Pak Menteri yang berkaitan tak senang duduk. Oleh itu, siapa yang tak punya blog lagi bolehlah menyertai komuniti blog atau menjadi blogger sambilan secara percuma seperti pemilik blog ini. Atau boleh juga anda menjadi sebahagian daripada komuniti penulis dan pembaca blog Malaysia yang dinamakan Geng Jurnal. Oh ya, antara isu yang anda mahu tahu, bolehlah anda baca di pautan di bawah:


1/ Penulis laman blog mohon batal saman NSTP

2/ Permohonan Jeff Ooi batal saman NSTP 6 Mac

3/ Blog lucah anak Melayu bertambah

4/ Kes Zulkipli disemak - Peguam Negara teliti semula kertas siasatan Ketua Pengarah BPR

Zulkipli sedia jawab

5/ Pemimpin politik terima sogokan RM5j disiasat

6/ Polis mula siasat kewangan, harta Zulkipli

7/ ‘Bukan Zulkipli seorang’ - Bekas Pengarah BPR Sabah dakwa beberapa pegawai kanan turut terlibat rasuah

8/ Siasat rapi kes Zulkipli – PM

9/ Siasat menyeluruh – TPM - Polis jangan teragak-agak walaupun melibatkan pemimpin berpengaruh

10/ Isu Zulkipli: Bekas Ketua Polis Negara boleh dipanggil beri penjelasan

11/ Tahanan Ordinan Darurat: Polis mahu bantuan penulis blog

12/ Perintah injunksi terhadap penulis blog dilanjut 23 April

13/ Berhati-hati ambil maklumat ruangan blog Internet

14/ Polis siasat pemilik blog sebar isu Johari

15/ Terima hakikat kesan Internet

16/ Fikirkan cara kawal laman blog

17/ Penulis laman blog diarah fail pembelaan tempoh sebulan

18/ Pengendali laman blog perlu bertanggungjawab

19/ Blog politik mesti didaftarkan

20/ Dulu surat layang sekarang ‘blog, bloggers’

21/ Penulis blog tak perlu daftar



Oh ya, untuk pengetahuan Datuk Seri, Dato'-dato' dan Pak Menteri. Di blog saya ini, saya menyajikan pelbagai entri-entri yang beraneka untuk dikongsi oleh pembaca sekalian. Contohnya, pada hari ini saya akan berkongsi entri satira yang bertajuk bekesudahan sedih. Ceritanya begini. pada satu malam yang sunyi sepi, terdengarlah dialog-dialog ini dalam sebuah bilik yang tak gelap.


"Kenapa sayang menangis?" suami.
"Saya telah baca dan teliti sebuah buku. Sad endinglah bang..." isteri.
"Buku apa?" suami.
"Buku bank abanglah..." isteri.


Anda terhibur? Hahaha. Kalau kurang terhibur pastikan ikuti entri yang seterusnya. Sebab entri diupdate setiap hari. Takut anda tertinggal pula. Blog adalah untuk penulis berhibur dan berkomunikasi dengan pembaca. Lagi pula, ia menjadi terapi minda penulis untuk meluahkan dan membuat komentar sosial tentang apa yang penulis lihat dengan mata dan hati. Maaf, blog saya bersih dan tiada unsur pornografi dan juga gambar-gambar lucah. Jika ada pun, sudah pastinya petua-petua mengenangi pendidikan seks.

Oh ya, di blog saya juga ada menawarkan perkhidmatan iklan tidak berbayar seperti di bawah. Menjual prapaid sambil menjana pendapatan. Tak percaya sila klik banner di bawah.





9.4.07

Tengah malam

Penulis dah lama tidak mengarang dan menyajikan entri berbentuk puisi. Kali ini, penulis membentangkan puisi untuk tatapan pembaca sekalian. Sila komen kalau dah baca ya. Terimalah...

Tengah malam
aku tersentak mengenang engkau
padamu, buah hatiku, aku merindu
argh... rahsia jiwa
tersiur, terserah di dalam buah dada

Tengah malam
mata mengelir, tubuh menggigil
menyerbu, sayu dan rayu, ke dalam kalbu
wah jahatnya kenangan
resah risau tiada ke mana

Tengah malam
aku mendamba kepada saat
yang membawa jiwa ke hadrat Tuhan
wah terbayar gembira aku
alam silam, malam bertakhta

7.4.07

Once upun a time...

Iqah umurnya 2 tahun lebih. Lebihnya tu aku malas nak kira. Aku tahu dia akan kira umurnya sendiri bila dia dah besar nanti. Pengalaman menjadi seorang ayah memang lain-lain di kalangan kita kan?. Ada unik tersendiri dan lucu yang berbeza.

Aku seorang ayah. Oh ya, lupa pulak aku ni ayah. Pertama kali mengajar si Iqah membuang air kecil dan air besar cukup melucukan. Kalau kita tak ajar ini, anak kita akan kencing dan berak hanya apabila dia memakai pampers. Sebab selama ini dia memang kencing dan berak di situ. Sejak kecil kita asyik tukar saja pampersnya tanpa meberitahu dia. Sebab itu, kita dapati apabila kita tukar pampers yang baru untuk anak kita, barulah dia mahu berak atau terberak atau dia selesa berak di pampers baru. Maka, kita pun naik geram dan hilang sabar.

"Eeeee... Geramnya aku, dah tukar pampers baru nak berak!"
Kita marahkan dia. Atau hati kita panas. Atau kita hilang sabar.

Kita tak boleh salahkan dia seratus peratus. Kita juga terlibat dalam soal ini.

Ada satu kes, anak jiran kampung. Anaknya, tak tahu nak buang air kecil dan air besar cara biasa. Setelah dipakaikan pampers baru dia boleh melakukan qada' hajat. Pelik kan? Apa yang nak dipelikkan. Sebab didikan awal mungkin tak diberi kepada anak tersebut. Yang dia tahu, kencing dan berak di pampers. Sebab itu, melentur buluh biar dari rebungnya. Ia makan masa, namun lama-lama ia berjayalah. Selepas itu, kau akan tersenyum kerana dia dah mengerti membuang air kecil dan air besar.

Lain pula dengan si Iqah. Untuk pertama kalinya dia tidak dipakaikan pampers dan dia diminta untuk memberitahu jika dia hendak buang air kecil. Maka, petang itu, dia tidak dipakaikan pampers sebaliknya hanya memakai seluar kecik. Dan bermain-main di luar rumah bersama ibunya.

Tiba-tiba...
"Bu... bu... Ni ape ni?" dia bertanya pada ibunya yang sedari tadi duduk di bangku luar memerhatikan pemandangan di luar sambil menghirup udara segar.
"Ni ape ni...?" sambil dia mengelak-elak air yang keluar membasahi punggungnya dan tempat duduknya.

Kikikiki... Ibunya gelak.

Hah. Tengok! Dia dah belajar sesuatu. Hari pertama dia belum kenal air kencingnya sendiri yang mengalir keluar. Ini proses pembelajaran bagi dia.

Kah kah kah... Ibunya tergelak mentertawakannya.
"Mari sini.. Itu air kencinglah sayang...Iqah dah kencing, basahlah... Jom kita cuci..."

"Bertuah betul anak kau ni, gitulah kalau tak diajar. Sekarang, dia dah faham. Nanti dia taulah..." kata neneknya merangkap mak mertua aku.

Itu kes pertama.

Kes kedua pula, pertama kali dia dilepaskan tanpa pampers untuk buang air besar di bilik air. Kau bukan tak tahu, puteri sulung aku ni takut kucing. Asal datang kucing mengiau, mulalah dia takut dan lari mendapatkan ibunya. Belum lagi anjing atau katak. Lagi dia seriu berlari tak jejak bumi.

Satu hari, Iqah nak mandi pada siang tengahari yang panas. Ibunya pun membuka pampersnya dan menyuruhnya pergi ke bilik air. Dia bertelanjang bulat. Ibunya masuk ke dalam.

Beberapa minit kemudian.

Iqah berlari masuk sambil menangis. Ibunya ingat dia takutkan kucing agaknya. maklumlah, rumah neneknya banyak kucing miang.

Rupanya, dia terberak. Dia takut tengok tahi dia sendiri. Maklumlah, baru pertama kali tengok. Iqah iqah... Ha ha ha.. Ayah pun ikut tergelak.

Tak apalah Iqah. Lama-lama Iqah pandai membuang air kecil dan air besar sendiri. Iqah kan budak pandai... Ayah tahu Iqah boleh, cuma kadang-kadang Iqah manja sangat dengan ibu kan? Sekarang, Iqah dah tahu air kencing dan tahi sendiri kan? Itu najis tau?

Nanti. Tunggu. Iqah dah baligh, ayah ajar dan perincikan najis-najis yang ada di dunia ya. Termasuk najis dadah.

6.4.07

Retak

Kau sudah tentu kenal dengan seseorang yang cukup sibuk bila bicara pasal jalan dan bangunan-bangunan kerajaan. Kau pasti akan menyumpah-nyumpah apabila kereta yang kau pandu dalam keadaan hawa dinginnya begitu nyaman dan wangi dengan siraman ambi pur. Tiba-tiba kau terasa satu hentakan. Rupanya, ada satu lubang besar di tengah jalan kau tak sempat nak elak. Tayar kau terpelocok masuk. Itu masalah lain. Masalahnya, lubang yang kau langgar semalam, kau bukan sengaja mahu langgar pada hari ini. Sebab lubang itu tidak diperbaiki atau ditampal. Akibatnya, tayar dan rim kereta yang kau pandu akan rosaklah lambat-laun. Kalau kau menaiki kereta Mercedez atau Volvo atau Honda atau kereta import buatan luar negara. Tak apalah! Masalahnya, kau guna kereta keluaran tempatan yang tidak berkualiti langsung dan tiada nilai jika ditolak di pasaran. Nasib baiklah aku guna kereta Produa, ada juga nilainya.

Jadi, mulut kau tak akan berhenti lagi untuk menyumpah dengan tindakan yang kau lakukan menyebabkan sesuatu yang kau tak dingini berlaku. Bukan disebabkan kecuaian kau. Tapi disebabkan keadaan persekitaran misalnya. Disebabkan sesuatu yang tak duga misalnya. Atau memang sudah ingin berlaku barangkali. Atau paling tidak, kau perlu bersabar dengan ujian atau bala yang mendatang yang diberi ke atas kau.

Sedang kau mahu belok dari simpang tiga ke kanan misalnya. Dengan tujuan dan hasrat kau yang murni misalnya. Mahu pergi kerjalah misalnya. Dan kau sudah berniat mahu bekerja kerana Allah dan mencari rezeki yang halal. Tiba-tiba, kau membelok selepas kelibat lori yang kau ekori itu melantunkan batu kecil lalu terkena cermin hadapan kereta kau. Maka, berlaku keretakan kecil di cermin hadapan kereta kau. Kalau batu besar. Sebesar batu-batalah katakan. Habislah kau! Nasib baik, hanya batu kecil.

Sudahnya, kau hanya ada dua pilihan daripada empat. Satu, kau ganti cermin depan kereta kau yang sedikit retak itu. Dua, kau biarkannya saja sambil kau mengambil langkah berhati-hati memakai kacamata hitam apabila memandu. Sekalipun kau memandu pada waktu malam. Manalah tahu takut-takut cermin itu merebak rekahannya lalu pecah dengan sendirinya. Setidak-tidaknya, mata kau tidak terkena serpihan cermin itu. Tiga, kau tuntut insuran. Empat, kau kejar pemandu lori itu lalu kau kata. "Oi, lori kau membahayakan pemandu lain! Sebab lori kaulah cermin kereta aku meretak terkena batu. Haram J!"

Pilihan ketiga tak mungkin kau capai kerana kau ambil insuran yang melindungi badan pemandu dan badan kereta sahaja. Cermin depan kereta tak dilindungi. Itulah senario syarikat insuran yang berada di tanah air kita. Kau perlu ambil insuran berasingan untuk cermin depan kereta kau. Kahkahkah... Pilihan keempat pasti kau tak kuasa mahu lakukannya kerana benda itu sudah terjadi. Dan sukar untuk kau meminta ganti dari pemandu lori kerana ia boleh memanipulasi faktor keadaan persekitaran yang lain. Akhirnya, kau hanya ada satu pilihan iaitu membiarkan saja keretakan yang berlaku di cermin itu. Dan kau pandu kereta kau seperti sediakala.

Hujahnya, kau perlu berhati-hati apabila mengekori lori. Lebih-lebih lagi lori yang bawa batu kelikir. Atau lori yang bentuknya macam siput tu. Berhenti seketika apabila kau rasa lori itu cukup merbahaya. Kau buatlah seolah-olah kau phobia. Kau berhentilah di tepi jalan misalnya. Untuk minum air tin seratus plus. Bagi menghilangkan dahaga. Kau juga perlu pastikan bahawa tayar kereta kau dan mata kau peka dengan lubang yang terdapat di jalan berturap di tanahair kita. Kau bukan tak tahu yang tanahair kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaannya yang ke lima puluh. Sedangkan kereta yang kau guna baru empat puluh delapan bulan.

Latih tubi

Wan adalah adik ipar aku yang paling kecil. Umurnya enam tahun. Duduk dalam darjah 1. Malam itu, dia leka menonton TV, walhal pada keesokan harinya dia ada peperiksaan Bahasa Melayu kertas 1 dan kertas 2.

Kakaknya memang rajin bertanya tentang pelajarannya dan sering memeriksa bukunya apabila pulang ke kampung halaman.

"Adik ada periksa kan esok?" tanya kakaknya.
"Ha'ah" Wan jawab ringkas.
"Periksa apa?"
"BM"
"Abis, kenapa tak belajar?"
"Eleh, BM kacang..."
"Meh sini kakak tengok..."

Malam itu, kakaknya ambil buku kosong dan melihat contoh-contoh latihan BM yang dibuat dalam buku latihannya. Walau bagaimanapun, kakaknya ingin menguji perkara asas dalam mengeja terlebih dahulu. Dulu-dulu, kakaknya memang berminat menjadi cikgu. Tapi, entah. Sudah beberapa kali mohon KPLI tidak berjaya. Lalu disuruhnya aku melukis sesuatu agar si Wan boleh menulis perkataan di atas garisan di bawah objek yang aku lukis.

Aku lukis gambar daun
Dia tulis sambil mengeja D.A da. U.N un. Daun. Yeay!
Aku lukis gambar pensil
Dia tulis sambil mengeja P.E... pe.. P.E.N peng. S.I.L sil. Pensil... Yeay!
Aku lukis gambar pinggan
Dia tulis sambil mengeja P.I.N... pin.. G.A.N gan. Pingan.
Aku lukis gambar berbentuk kubus dan kuboid bersusun
Dia tanya, "ni apa?"
Bangunan. Aku kata.
Dia tulis sambil mengeja B.A.N.G bang... N.A.N nan. Bangnan...
Agaknya dia sudah jemu dengan latihan ini. Dia lukis sesuatu di kertas sebelah.

"Kau lukis apa tu?" Aku tanya
"Tok Imam." Di jawab sambil mengajukan lukisan itu.
Kakakakakah. Dia gelak aku pun gelak.

Kemudian aku membuat beberapa patah perkataan dan memintanya membuat ayat daripada perkataan itu.
Kereta - Buruk - Bengkel
Kereta yang baru itu masuk bengkel.

Glup! "Aku bukan suruh buat kata berlawan. Buat ayat!"
"Taknak kereta buruk..."
"Adoi...! Habis tu, kalau kereta baru apsal masuk bengkel?"

Dia diam berfikir sekejap.

"Kereta itu masuk bengkel buruk."
"Mampos!" Aku kata dalam hati. Ini baru adik ipar belum anak sendiri. Patutlah cikgu dia main tanda rait saja buku latihannya.

5.4.07

Labur lebur

MLM: Ustaz, Cendekiawan Diminta Mengkaji Hukum

(wawancara akhbar harakah 8 Mac 2007 )
Muhammad Azamin Muhammad Amin

Thu Mar 08, 07 03:44:48 AM



Hasil kajian Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman berkaitan 'multilevel marketing' dan pelaburan internet yang menyamai skim cepat kaya menjadi topik hangat yang diperbincangkan serta mendapat reaksi pelbagai pihak malah lebih meresahkan ramai umat Islam yang terlibat dengan skim jenis ini.

Bagi merungkai permasalahan ini wakil Harakahdaily menemui dan mewancara Ustaz Zaharuddin yang juga Setiausaha Majlis Penasihat Syariah di sebuah institusi kewangan antarabangsa di Malaysia. Beliau berkelulusan Sarjana Muda (BA) Usuluddin dari Universiti Malaya dan Sarjana (MA) Fiqh dan Usul Fiqh dari Universiti Yarmouk, Jordan.


Berikutan artikel Ustaz keluaran Harakah cetak lalu, ada yang menyoal kredibiliti atau kapasiti ustaz seolah-olah tiada 'locus standi' (kelayakan) untuk membicarakan hal MLM dan riba yang mana ustaz sendiri bertugas di bank kemungkinan terlibat dalam urusan riba?


Dalam Islam tidak ada isu 'locus standi' , yang penting, ambil apa yang dikatakan bukan siapa yang berkata selagi mana ia menepati syariat Islam. Ibn Umar berkata berkata: "Ilmu itu ada pada tiga, al-Quran, Hadis dan menyebut 'aku tidak tahu' dalam perkara yang tiada ilmu dalamnya" , maka yang penting di sini adalah apa yang disampaikan dan bukan siapa yang menyampaikan" dan ALLAH SWT menyebut: 'Bilamana kamu keliru atau bertengkar dalam satu perkara maka rujuklah jawapannya di dalam al-Quran dan Sunnah.'


Yang kedua, sebenarnya kapasiti saya yang bertugas di sebuah institusi kewangan Islam menjadikan saya lebih layak dan 'advantage' bukan 'disadvantage'. Ini kerana saya terdedah dengan 'nature' kewangan semasa, instrumen kewangan moden, hal ehwal kontrak.


Di mana tugas seperti ini memerlukan saya menyemak kesahihan sesebuah produk kewangan dan kontraknya dari sudut Shariah. Malah di sekeliling saya juga terdapat pakar-pakar pelaburan yang boleh saya bawa berbincang berbanding dengan pihak lain yang mungkin tidak memahami apa itu 'fixed deposit', 'derivatif', 'indicative rates', bagaimana implementasi Mudarabah dan musharakah dalam bentuk praktis dan sebagainya, maka seseorang yang tidak terlibat dalam industri kewangan semasa, hanya akan terdedah kepada teori sahaja dan bukan pratikal, menyebabkan mereka boleh tersilap dengan mudah.


Tetapi alhamdulillah saya berada dalam industri kewangan Islam serta bergaul dengan ulama tempatan dan antarabangsa yang takhassus dalam bidang Muamalat Islam. Seorang graduan Syariah yang bertugas di industri perbankan Islam lebih berkapasiti daripada pensyarah yang mengajar teori berkenaan Fiqh Muamalat sahaja. Mungkin seorang ustaz itu boleh mengatakan 'jauhilah riba' tetapi kami di sini bukan sekadar teori tetapi kami juga berkata sahaja, tetapi juga menjadikan ke alam realiti dan membantu umat Islam.


Kita perlu faham bahawa bank ada dua jenis, satu bank konvensional dan bank Islam. Alhamdullilah saya bertugas di salah sebuah bank Islam antarabangsa yang membuka cawangannya di Malaysia. Bank ini adalah 100 peratus Islam dalam produknya malah dananya juga semuanya datang dari institusi kewangan Islam di Timur Tengah.


Manakala Pengerusi penasihat Syariah yang saya duduk ini pula adalah Syeikh Dr Abdul Sattar Abu Ghuddah (Ulama Syria) untuk cawangannya di Malaysia dan Sheikh Dr Yusof Al-Qaradawi bagi cawangan utamanya di Timur Tengah. Kedua-duanya adalah ulama tersohor dalam kewangan Islam di dunia dan hampir setiap minggu saya akan berbincang dengan mereka demi memastikan urus niaga di institusi kewangan Islam yang saya berkhidmat ini ini tidak terlibat dengan sebarang usnur riba, gharar, zalim dan lain-lain yang diharamkan.


Bagaimana timbulnya kajian ini, mengapa dan tujuan Ustaz mendedahkan MLM dan skim cepat kaya internet ini?


Kajian umum ini sudah lama dilakukan semenjak saya bertugas di sebuah bank Islam tempatan lagi, kerana di samping bertugas saya turut aktif memberi penerangan, seminar, penulisan dan ceramah serta kuliah tentang betapa besarnya dosa riba dan kesannya kepada rakyat khususnya umat Islam.


Hasil daripada itu, timbul respons, reaksi pelbagai serta pertanyaan-pertanyaan antaranya tentang pelbagai produk pemasaran, pelaburan internet dan termasuklah skim 'multilevel marketing' yang wujud di pasaran. Sebenarnya, instrument pemasaran dan kewangan ini terlalu banyak, sesetengahnya amat 'complicated', memandang sistemnya rumit, helah dan tipu dayanya sangat licik, penyokongnya pula sangat fanatik, saya tidak berminat untuk mengkaji tambahan pula tiada cukup masa kerana kesibukan, malah ulama dunia pun tidak sempat untuk menyemaknya.


Namun, ramai yang mendesak supaya saya menjawab dan menerangkan secara khusus syarikat-syarikat pelaburan internet ini dan akhirnya saya dedahkan antaranya saya muatkan dalam laman web saya sendiri dan artikel saya disiarkan dikeluaran Harakah lalu, tetapi artikel yang dikeluarkan itu hanya sebahagian sahaja daripada artikel penuh saya. Jadi ramai dah salah sangka mengatakan saya mengharamkan semua jenis MLM, pada hal saya dah sebut di hujung artikel penuh beberapa bentuk yang halal dan ia hanyalah sekadar pandangan saya yang boleh dibincang, bukannya telah putus.

Kajian ini adalah pandangan peribadi saya, saya bukan JAKIM bukan juga mufti dan terpulanglah kepada sesiapa yang nak menerima ataupun tidak. Sama sepeprti pensyarah dan cendekiawan di universiti yang kerap membuat fatwa sendiri dalam kajian ilmiah mereka, cuma tidak dipopularkan di kalangan orang awam sahaja. Mungkin juga mereka tidak berminat untuk mengutarakan kepada rakyat kerana tiada sebarang merit kenaikan pangkat (di universiti) boleh diperolehi pun.



Saya lakukan kajian itu adalah atas dasar tanggungjawab sebagai seorang Islam dengan bukti-bukti, dalil-dalil, dan fakta daripada ulama terkemuka dunia sekadar yang saya faham dan temui. Maka jika sesiapa tidak setuju, anda bebas untuk menulis semula di Harakah atau di mana-mana jua dengan dalil dan hujah anda. Saya tiada masalah kerana saya dah sebut ia masih terbuka untuk perbincangan. Kebaikannya adalah, tulisan saya itu membuka mata para ustaz dan ilmuan Islam yang lain untuk mula membuat kajian. Bagi saya itulah matlamat dan kejayaan tulisan saya itu...iaitu agar awam membuka mata tentang halal dan haram dalam bab kewangan yang boleh menyebabkan seluruh hidup dan darah daging mereka dipenuhi dosa.


Asas utama sesuatu MLM atau skim cepat kaya yang dikenali sebagai sistem piramid itu haram?


Saya bukan 'specialist' dalam bidang MLM atau skim piramid, dan ada masanya saya juga keliru kerana konsepnya hampir sama antara satu dengan lain, tetapi yang saya tahu sistem asasnya berkonsepkan sama ada 'jual produk' dan dapat komisyen atau tiada produk tapi komisyen atas 'kepala' , lalu terbentuklah 'upline - downline'. Yang jelas haram dan riba ialah sistem piramid yang menjual 'kepala' tanpa menjual sebarang produk. Ini disepakati ulama dunia iaitu Kesatuan Ulama Fii Sedunia yang pakar tentang kewangan Islam dan mereka telah kaji satu MLM di Indonesia, iaitu Biznaz Multilevel. Biznaz tiada produk, dia melantik orang lantik orang iaitu untuk dapatkan komisen bersandarkan lantikan orang atau wakil.


Maknanya, ini permainan duit, seseorang beri duit untuk dapat duit lebih lagi. Ini 'basic knowledge' iaitu duit bertukar duit yang menjadikan riba. Tidak perlu JAKIM atau mufti untuk keluarkan fatwa. Jenis sistem ini, jelas riba dan haram. Malangnya, untuk memberi faham kepada orang awam, ia agak sukar kerana ia memerlukan bebrapa 'basic knowledge' tentang apa itu riba dan pembahagiannya dan bagaimana sifat-sifat dan helah riba. Tidaklah saya mampu untuk meneybut dengan mudah dan ringkas di ruangan ini.


Macam orang tanya pada jurutera bagaimana cara buat bangunan sebesar KLCC dan tak runtuh, maka tidak bolehlah dijawab dengan begitu mudah, perlu belajar dan ambil masa yang lama untuk menerangkannya. Orang awam perlu faham, apa itu Riba Duyun' dan riba Buyu', dan Riba Qard, Riba Jahiliah, Riba Al-Fadhl, Riba An-Nasiah, Riba Al-Yad , helah-helah Riba dan banyak lagi. Selain memahami teori dan takrif-takrif itu, perlu juga faham bagaimana bentuk ia wujud dalam aktiviti harian dan perbankan. Jika tidak, ilmu teori itu tidak berapa dapat menolong.


Dalam konteks tiada produk tapi jual kemudian dapat komisyen daripada duit. Ahli masuk bayar yuran, dia dapat komisen, maka dia ambil komisyen daripada duit itu. Ini dinamakan riba buyu' dan Riba al-Fadhl, 'nature'nya sudah berubah daripada komsiyen atau broker atau apa jua istilah topengnya kepada riba yang terhasil daripada jual beli duit dengan tangguh serahan daripada sebelah pihak, malah lebih pula jumlahnya.


Satu lagi, bayangkanlah kalau semua orang buat masuk skim pelaburan jenis internet yang letak duit, goyang kaki duit masuk selagi ada kepala yang masuk, maka semua orang tidak akan bekerja, hanya tunggu dapat duit sahaja, tiada sesiapa yang bekerja. Buat duit dapat duit. Tidak ada yang akan bina bangunan, jalan kerana semua orang tunggu duit masuk selepas 100 hari. Inilah yang amat bercanggah dengan Maqasid Shariah.


Bagi orang ramai yang 'naif' dan bukan ahli agama, apakah asas utama yang perlu diketahui sebelum menceburi sesuatu bidang pelaburan supaya ia menepati syariat dan diterima oleh Islam?


Saya suka mengingatkan masyarakat kata-kata Khalifah Umar Al-Khatab:" Jangan kamu masuk dalam pasar kami, kecuali kamu sudah faham hukum agama tentangnya." Ini bukan bermaksud tak boleh beli sayur atau susu di kedai.


Maknanya, kamu jangan masuk bab-bab kewangan yang keliru dan kompleks kecuali sudah faham bab hukum seperti MLM dan pelaburan internet yang kompleks dan rumit serta penuh dengan helah dan gharar.


Kedua, untuk memudahkan orang awam ialah sesuatu pelaburan asasnya tidak boleh ada riba. Riba ini panjang isunya dan pelajarannya di universiti ada yang mengambil masa satu semester untuk memahaminya.


Yang ketiga 'Gharar' iaitu 'uncertainty' (tidak jelas/ tidak pasti). Sebagai contoh pelaburan internet yang tinggi unsur ghararnya kerana tiada sebarang kontrak dibuat, semuanya bergantung kepada laman web. Seseorang itu masuk dan bayar melalui internet kemudian tunggu level atau 'kakinya'atau 'downline' keluar di situ. Bagaimana kalau laman web itu hilang? Maka, jadinya 'sekian terima kasih lah kot'(ketawa).


Ada individu yang hubungi saya dan sebut bahawa "pelaburan internet yang saya sertai ini tidak mempunyai sebarang kontrak atau sebarang perjanjian dengan pelaburan internet tersebut, maka kalau berlaku sesuatu, saya reda ditipu". Mana boleh begitu. Semua bergantung kepada internet, hilang sahaja laman web itu, habis. Inilah gharar, dan Allah sebut dalam al-Quran agar jika berhutang kena tulis, ia termasuk hal ehwal urusan kewangan yang besar-besar seperti pelaburan. Maka mesti ada perjanjian dan kontrak.


Selain itu, bagi sebahagian MLM pula, ada yang menjadi gharar apabila tiada akad dan jika ada akadnya pun atas wakil kepada wakil, kepada wakil yang lain. Syarikat ini nak jual barangnya, tetapi tak jelas barangnya dan tak jelas kegunaannya.


Malah yang beli sebenarnya bukan reti guna benda yang dibelinya, sebagai contoh, ada MLM yang jual lima laman web, apabila beli secara automatik dapat masuk 'line'. Tapi ada peserta yang masuk skim ini beritahu saya , internet pun dia tak tahu apa, apatah lagi nak guna lima web yang dia beli tu. Skim beginilah yang telah diputuskan oleh Kesatuan Fiqh sedunia sebagai haram.


Yang keempat dari sudut akad pula ada syarat. Rasulullah bersabda yang bermaksud: "tidak boleh buat dua transaksi atau urus niaga dalam satu akad." Seperti contoh akad yang betul menjadi haram apabila syaratnya ada unsur haram dan tidak munasabah.


Contoh akadnya seperti 'saya jual 'handphone' ini dengan harga RM100 kepada awak tetapi syaratnya jangan guna 'handphone' itu'. Akad yang pada mulanya halal menjadi batal apabila wujud syarat yang mengarut dan menyusah serta membebankan pembeli - sedangkan tujuan beli 'handphone' untuk guna dan pakai 'handphone' tersebut. Begitu juga sesetengah MLM, saya jual barang ini dengan syarat anda mesti menjadi ejen atau wakil syarikat kami dan kami akan bagi anda komisyen jika dapat cari ahli lain yang bayar. Awak nak beli barang saya, awak kena jadi ahli dan wakil saya.


Ini memaksa, sedangkan ada orang nak beli tetapi dia tidak mahu menjadi ahli atau menjadi kaki dan masuk 'downline' ini menjadi paksaan kepada peserta tadi. Ini bentuk yang disebut oleh hadis Nabi s.a.w. Boleh rujuk kajian terperinci oleh Prof Dr Nazih Hammad tentang erti dua akad dalam satu. Dan juga huraian hadis: "Larangan jual dan disertai dua syarat" yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad.


Banyak syarat dan terma yang perlu disemak. Tanya kepada peserta yang telah masuk MLM atau skim itu, sama ada anda semak syarat dan termanya. Pernah tak mereka tahu tentang halal dan haram dalam bab kontrak. Adakah mereka faham apa itu semua terma-terma yang ada dalam aqad mereka?.


Ini kelebihan dan 'advantage' orang yang bertugas di institusi kewangan Islam, iaitu lebih berkapasiti lagi untuk menbicarakan soal halal haram dalam urusan kewangan dan perniagaan seperti ini. Untuk menjelaskan secara detail perkara-perkara itu, tiada jalan mudah melainkan belajar ilmu tentangnya, tiada jalan 'simple' untuk faham.


Seperti di laman web ustaz, adakah ustaz hanya mengkaji sistem pelaburan ABB Fund sahaja atau ada syarikat lain lagi?


Saya tidak sekadar mengkaji itu sahaja, saya juga sumbangkan ilmu saya untuk kaji Swisscash, ABB Fund, Winlifund, Arabic Fund dan terbaru E-barrel. Ada pengharaman disebabkan oleh konsep yang sama.


E-barrel dan EM-PAY atau yang lain-lain, dari sudut perundangan negara, adakah ianya 'legal' atau sah di segi undang-undang dan bagaimana pula ada sesetengah program dan skim tersebut dilancarkan oleh menteri?


Itu bukan alasan walaupun ada yang sah dari segi undang-undang malah ada menteri merasmikannya namun itu tidak penting dan bukan fokus saya. Fokus saya ialah bab hukum Syariah. Kilang Carlsberg di Lebuh Raya Persekutuan itu juga sah dari sudut undang-undang Malaysia.


Orang ramai kena faham bahawa kajian saya bukanlah terhadap benar atau tidak sistem ini boleh buat duit, atau berkesan atau terjaminkah sistem ini, ada tipu muslihat atau sebaliknya tetapi fokus kajian ialah sama ada sistem MLM atau Skim tersebut menepati syariat Islam atau sebaliknya. Memang benar ada yang menelefon saya beritahu dah dapat RM2-10 juta dari skim-skim ini. Ia benar katanya. Memang benar, tapi sah ke dari sudut Syariah?. Itu fokus saya.


Saya beri pandangan haram beberapa skim tersebut 'base on my personal view' iaitu pandangan peribadi saya dan sebagai umat Islam yang bertanggungjawab. Kalau anda tahu dan ada ilmu tentangnya, anda perlu beri tahu kepada orang ramai.


Memang benar saya tiada 'authority' di negara untuk memberi fatwa sebagai mufti, sebagai orang Islam yang faham tentang kajian ini, saya kena jelaskan dan saya ada hujah. Kalau ada pihak yang tidak bersetuju dengan hujah saya terpulanglah atau sediakan dan nyatakan hujah anda pula, begitulah yang sebaliknya.


Dan jangan salah faham, bukan semua MLM, saya hanya sebut bentuk-bentuk yang syubhah dan boleh jadi haram. Jika terbukti salah, maka syarikat MLM itu boleh membetulkan sistemnya supaya tidak menjadi haram dengan memperbetulkan akad, syarat dan kaedahnya seperti contoh buat musyarakah, kena ada 'partnership' sesama ahli. Tapi persoalan, adakah pengarah syarikat atau bos-bos MLM ada usaha ke arah itu? Saya nampak seolah-olah tidak berminat untuk memperbetulkan sistemnya agar ianya menjadi halal dan merasakan sistem Islam ini menyusahkan mereka.


Kapasiti ustaz sebagai individu yang faham kedudukan kewangan dan pelaburan, adakah secara logik mahupun fakta, adakah sistem ini memang benar-benar memberi pulangan berlipat kali ganda? Adakah sistem ini sesuatu yang meyakinkan?


Memang sesetengahnya memang benar pulangannya malah ada yang telah mengaku telah berjaya memperolehi RM10 juta melalui sistem ini. Dari sudut undang-undang negara, syarikat tersebut memang sah , ada yang telah didaftar dengan Kementerian Kewangan tetapi persoalannya adakah sah dan halal dari sudut agama Islam.


Yang penting adalah hukumnya. Siapa penasihat syariah mereka dan berkaliberkah mereka? Bab hukum ini berkait dengan iman.Hukum ini satu perkara yang tidak nampak. Kalau beli 'handphone' betul dengan 'handphone' curi, tiada bezanya langsung. Sama warna, sama bentuk. Ia tidak bertukar warna sekiranya dibeli secara sah dan tidak juga berubah wajah jika 'handphone' tersebut adalah 'handphone' curi, 'handphone' tetap sama begitu. cuma dari segi hukum ia berkait rapat dengan iman. Apabila ada akad, ada perjanjian dan beli 'handphone' yang betul menandakan iman kita kepada Allah SWT.


Berkenan skim jual kad diskaun dengan plan A,B dan C, boleh jadi betul dan memang ada yang sudah dapat duit tetapi itu bukan 'point' saya. 'Point' saya bukan sistem itu tipu atau tak. 'Point' saya adalah dari sudut agama iaitu halal atau haram.


Boleh jelaskan lagi?


Bukan semua sistem yang mendatangkan wang jutaan ringgit atau berlipat-kali ganda semuanya haram. Islam menghalalkannya sekiranya kita melabur dan dapat duit banyak, tetapi yang menjadi haram ialah mereka membuat jaminan keuntungan yang pasti. Seperti contoh, yang mana kita boleh tengok web-web mereka, labur RM168 syarikat jamin keuntungan dalam sekian waktu umpamanya seminggu atau sebulan anda dapat dijamin dapat RM100,000.


Analogi saya mudah, jika anda membeli satu lot saham di Bursa Saham Kuala Lumpur, adakah anda diberi jaminan akan dapat keuntungan pada tempoh tertentu dengan 120 peratus dari wang modal anda? Sudah pasti tidak. Yang ada ialah jaminan risiko untung rugi.


Itu adalah konsep pelaburan Islam. Siapa beritahu, Nabi Muhammmad yang beri tahu iaitu 'alkharraj bi ad-Dhaman' ertinya 'keuntungan mestilah menanggung risiko yang berpatutan' dan itu adalah kaedah fikah atau dengan kata lainnya 'profit is by taking risk'. Tetapi apabila syarikat jamin sahaja keuntungan, itulah telah mengubah 'nature' akad, mengubah pelaburan Islam kepada riba.


Contoh saya melabur RM1000 sebab dijanjikan dengan jaminan RM1,500 sebagai pulangan dalam tempoh sebulan, duit untung RM500 itulah riba duyu' jenis al-Qard. Pelaburan dalam Islam ialah, saya beri dan labur RM1,000 untuk syarikat buat perniagaan, jika ada untung kita akan bahagikan mengikut peratusan seperti 20 peratus untuk kita atau 80 peratus untuk syarikat. Kalau rugi, lupus begitu sahaja atau ada perkiraan rugi mengikut peratus tertentu. Ini yang dibenarkan. Saya mahu beri duit itu kepada awak dengan syarat awak bagi duit itu dengan jumlah yang tertentu. Ini macam jual beli duitlah. Saya bagi RM100 dengan syarat awak bagi saya RM150 kemudian. Dalam pelaburan, apabila sahaja ada jamin keuntungan pada sekian masa, maka jatuhlah riba disitu.


Bagaimana kalau MLM dan skim itu mempunyai produk atau barang, malah ada yang halal?


Walaupun perniagaan halal seperti jual Quran. Itu isu kedua. Isu pertama tadi ialah akadnya mesti jelas sifatnya dan tidak terbatal. Barulah dinilai dari sudut barangnya pula. Jika akad batal atau haram, maka barangan yang diurusniagakan tidak menjadi isu lagi walaupun produk iu halal seperti Quran digital, ubat kuat dan sebagainya. Ada juga akad halal tetapi produknya haram pula, juga tidak terpakai pelaburan seumpama ini. Analogi mudah ialah si A curi duit kemudian dia beli Quran. Beli Quran itu perkara kedua, perkara pertama yang dilihat ialah cara dia dapat duit tu dulu. Kalau yang pertama sudah haram, maka tidak berguna langsunglah walaupun ianya adalah untuk beli Quran. Nabi pernah menyebut dalam hadis sohih yang bermaksud: "Tidak akan lepas kedua-dua kaki anak Adam sehingga ditanya dari mana dia dapat duit dan ke mana duit itu dibelanjakan."


Ada dua peringkat kena semak, pertama: cara anda letak duit itu kita kena semak, kemudian baru kita 'check' pelaburan produk itu sama ada halal atau tidak. Ada yang kata, kami terlibat dengan urus niaga minyak and gas. Itu tahap semakan kedua, tahap pertama adalah atas dasar apa duit itu diberi, apa akad dan cara anda laburkan atau beri duit itu macamana kaedahnya. Sudah selesai, baru semak produk apa pula yang dijual, namun itupun ada yang kena tipu juga.


Malah jika semak pun, sebenarnya macam ABB dan sekutunya , mereka bukan labur dalam 'oil' and gas semata-mata, bila anda 'check' betul-betul, anda akan lihat syarikat itu terlibat pula dengan 'forex trading' dan 'money market' yang begitu banyak boleh berlaku Riba. Memang ada FOREX yang halal, tapi dalam hal ia dikendalikan oleh puak-puak kapitalis Barat ni, semua mereka langgar je semua jenis.


Contoh lain juga berkaitan ABB Fund, bukan sahaja minyak dan gas tetapi juga terlibat dalam 'commodity features'(pasaran hadapan), iaitu pasaran hadapan yang telah disepakati oleh ulama dunia, haram. Contohnya mudah: Saya jual kereta yang belum saya beli lagi kepada awak pada masa akan datang. Kereta itu adalah aset atau 'commodity' manakala terma 'akan datang' ialah hadapan - pasaran hadapan. Ini yang Nabi kata "jual hutang dengan hutang" dan jangan jual sesuatu barang yang belum anda miliki. Ini 'confirm' haram, ijmak ulama.


Bukankah lebih baik menceburi pelaburan yang telah menjamin keuntungan, jadi orang ramai tidak risau malah yakin sudah 'confirm' ada jaminan untung berbanding ada risiko rugi disamping itu ada pula berpendapat sistem jenis ini perlu diberi penafsiran semula, sebab instrumen jenis ini tiada pada zaman Nabi?


Memang benar tiada pada zaman Nabi, tetapi Nabi telah meletakkan asas utama untuk dijadikan panduan untuk diikuti oleh umat Islam pada dahulu dan akan datang. Jangan kata pula Islam tu tak lengkap ye. Allah dah sebut Islam lengkap dan semua jenis instrument kewangan dan pelaburan ini dah ada garis panduannya. Kita perlu faham, bahawa Islam menjaga kedua-dua belah pihak, pelabur dan pengusaha. Bayangkan jika tiada pelabur mahu letak kecuali jika pengusaha menjamin untung tertentu.


Ini menyusahkan dan menzalimi pengusaha dalam melakukan perniagaan. Kerana terpaksa berisiko amat tinggi, jika ia rugi pun, masih nak kena bayar untung yang dijanjikan, inilah RIBA. Pelabur seronok, pengusaha mungkin susah hati ataupun seronok juga sebab dapat duit banyak. Memang benar mereka boleh jamin untung tertentu bila bisnes mereka hebat dan bagus, tetapi apa yang akan berlaku jika musibah akan datang, bencana alam seperti taufan yang berlaku sehingga mengakibatkan syarikat tersebut menghadapi masalah kewangan. Bagaimana jaminan untung itu? Bukankah sudah menzalimi satu pihak dan terpaksalah pengusaha berusaha mencapai jaminan itu atau melarikan diri, atau tutup perniagaannya.


Yang dibenarkan dalam Islam ialah syarikat menunjukkan prestasi keuntungan syarikat sepanjang tahun atau lima tahun, untung sentiasa dan berbeza-beza jumlahnya, itu tidak mengapa. Begitu jugalah yang ditunjukkan oleh bursa saham. Ada laporan kewangan. Ini untuk menarik minat pelabur. Ini boleh, sebab syarikat tersebut tidak menyatakan jaminan keuntungan pada tempoh tertentu dengan jumlah yang tertentu.


Kalau ada, 20 peratus untuk pelabur dan 80 peratus pengusaha ambil tetapi kalau rugi anda rugi sepenuhnya. Itulah risiko yang harus dihadapi dan ini risiko yang dibenarkan dalam Islam bukan risiko ditipu atau hilang wang dan sebagainya.


Pendapat yang menyatakan bahawa inilah masanya dan melalui MLM dan Skim inilah untuk menjana ekonomi umat Islam?


Menjana ekonomi umat Islam...sebagai orang yang memperjuangkan Islam, semua mesti faham bahawa kejayaan sesuatu umat itu bukanlah terletak kepada material atau harta. Firaun telah menunjukkan kekayaannya dan mampu membina piramid yang hebat dan juga mepunyai harta yang melimpah, tetapi Allah suruh utusannya berjumpa dengannya sebab apa? Sebab dia menderhaka, memang ramai yang menderhaka kerana duit. Mulut melaungkan kalimah Islam tapi terlibat dengan riba.


Kesilapan yang dilakukan oleh umat islam meletakkan material sebagai segala-gala kepada jawapan masalah. Dua unsur untuk berjaya ialah material dan spiritual, mesti ada unsur berkat. Apabila material atau wang terlibat dengan riba maka keberkatan itu tidak ada. 'Allah menghancurkan keberkatan yang terlibat dengan riba' sila rujuk surah Al-Baqarah - ayat 278.


Kalau begitu, membina ekonomi umat islam tetapi buat perkara bathil seperti rasuah, merompak, mencuri dan terlibat riba maka adakah gunanya di sisi agama? Langsung tidak berguna. Duit riba sebenarnya tidak dimiliki oleh orang memiliknya, tidak sah dan tidak membawa sebarang berkat serta membawa kepada sifat tamak, pergaduhan, maksiat dan jauh dari Allah SWT.


Pendapat menyatakan urusan pembelian rumah dan kereta juga terlibat dengan unsur riba, maka apalah kurangnya dengan MLM atau skim ini?


Siapa kata semua pembelian rumah dan kereta sekarang semua terlibat unsur riba sedangkan masyarakat telah menggunakan pelbagai dana dan kaedah perbankan Islam yang tidak melibatkan sebarang riba untuk membeli rumah dan kereta. Ada konsep murabahah untuk beli rumah dan ada konsep ijarah untuk beli kereta, Akadlah dan penjagaan syarat-syaratnya itu akan menjadikan sesuatu perkara itu halal atau haram. Sebenarnya akad tersebut menandakan keimanan kita kepada Allah SWT.


Akad begitu penting. Menggunakan hujah bahawa semua bank dan urus niaga di negara ini terlibat riba sebenarnya mereka ini tidak faham dan tidak benar sama sekali. Ini panjang utntuk saya ulas, rujuklah di web saya.


Bagaimana caranya dan nasihat bagi yang sudah terlibat dengan MLM dan skim jenis yang haram ini?


Caranya ini, mengikut pandangan peribadi saya dan pelajaran yang saya ambil daripada para ulama, ia terdapat khilaf, kesimpulannya segala modal yang telah diletak layak untuk kita ambil semula kerana itu hak kita, ada sesetengah syarikat tidak mengizinkan. Tak mengapa, duduk dulu dalam sistem itu sehingga tempoh matang.


Sudah sampai masanya keluarkan balik modal itu kemudian untung yang diperolehi kena serah kepada fakir miskin atau badan kebajikan anak yatim atau kebajikan awam untuk bina bangunan dan sebagainya. Ini juga keputusan Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia dan juga Majlis Fatwa Eropah yang diketuai oleh Al-Qaradawi.


Tidak boleh guna wang keuntungan itu untuk tujuan dan kepentingan peribadi seperti bayar kereta, rumah ataupun cukai pendapatan apatah lagi guna untuk membayar zakat.Ada yang kata boleh guna untuk bayar zakat untuk membersihkan keuntungan, tidak boleh sama sekali. Zakat hanya untuk barang halal yang kita miliki, kita keluar.Zakat guna duit curi, tak boleh. Zakat mesti milik penuh kita sepenuhnya yang halal seperti gaji kita.


Bagaimana menangkis hujah dan saranan ustaz kepada individu yang 'naif' dari sudut hukum agama yang meletakkan sesetengah para ustaz,lebai atau orang yang arif dibidang agama sebagai 'benchmark' mahupun kayu ukur untuk memasuki dan menyertai MLM atau Skim ini?


Nasihat saya kepada pemimpin sesebuah organisasi, persatuan, pertubuhan, atau masyarakat ialah Nabi sebut dalam hadis sohih yang bermaksud: "Allah tidak melantik seseorang menjadi pemimpin melainkan untuk memberi nasihat kepada ahli ataupun rakyat tentang urusan agama termasuklah kewangan. Jika tidak, Allah haramkan syurga ke atas mereka."


Jadi janganlah main-main dengan urusan seperti ini, cari jalan bagaimana nak 'educate' mereka dan memberi penerangan apa itu halal dan haram mengenai kewangan Islam. Kepada para ustaz termasuk diri saya sendiri, saya nasihatkan cermin diri dan 'check'. Bidang mana yang anda ahli, pakar tentangnya malah bagi lepasan ijazah, 'check' diri sendiri, anda 'graduate' bidang apa. Jika bidang Syariah, anda faham tak instrumen pelaburan semasa yang dicipta kebanyakan oleh puak Barat ni?


Sebelum beri hukum kena faham dulu untuk aplikasikan ilmu dari kitab-kitab tu. Jadi buat sembarangan dalam hal kewangan ini, bila diri sudah ustaz, tidak bermakna kita boleh mengajak orang lain untuk menyertai kita. Bukan semua ustaz mahir semua bidang. Ada yang jadi ustaz kerana mengajar bahasa Arab atau mengajar mengaji muqaddam. Ustaz yang pakar bahasa Arab tetapi dia tidak mahir tentang fiqh muamalat.


Saya sendiri walaupun orang gelar 'ustaz', saya tidak pakar dalam urusan faraid dan menguruskan pusaka wasiat kematian. Ada yang tanya saya, saya minta mereka rujuk dan semak dengan ustaz-ustaz di Amanah Raya Berhad kerana mereka pakar tentang perkara itu. Jadi jangan bagi fatwa atau pandangan yang menyeleweng, kerana ia sesat lagi menyesatkan.


Kena tahu kemampuan diri masing-masing khususnya jika pakar tentang Fiqh muamalat barulah layak untuk memberi telahan, hujah, pandangan dan fatwa tentang kewangan Islam. Akhir sekali kepada orang awam atau oarang ramai ialah 'Kalau anda sakit jantung, jumpa pakar jantung jangan jumpa pakar tulang', walaupun namanya juga doktor, pakai stetoskop dan uniform pakaiannya putih nanti, di kemudian hari penyakit anda akan menjadi lebih parah.


Wallahualam.


_____
Lawatan sambil belajar & berda'wah

4.4.07

Dynotab: Jimat minyak wo!

Pandangan depan dan belakang produk

Hari ini saya cuma mahu berkongsi dengan kalian semua tentang satu produk. Mungkin kalian sudah pernah berjumpa atau terjumpa produk ini di mana-mana kedai yang menjualnya atau kalian sudah mencubanya. Namun, produk ini masih baru di tanahair kita. Ia buatan USA. Kalau kalian dah cuba produk ini, apa pendapat kalian?

Produk yang dimaksudkan adalah pil tablet DYNO-TAB Power Booster. Dijual dalam pek kecil yang mengandugi 6 tablet dengan harga sekitar RM30. Satu tablet lebih kurang RM6. Ia dikelaurkan dalam dua bentuk. Berbentuk bujur dan bulat. Bagi yang berbentuk bujur ia sesuai untuk kereta kecil, motosikal dan enjin berkuasa rendah. Aku telah cuba yang ini. Bagi tang berbentuk bulat dan lebih besar sedikit untuk kereta berkuasa tinggi 1000 cc ke atas.

Menurut penjual ia boleh mengurangkan asap kenderaan, meningkatkan prestasi kuasa enjin dan berupaya mengurangkan penggunaan minyak secara ekonomik. Ada tertulis pada setiap pek tablet. Setiap tablet melarutkan 15liter minyak dengan kadar yang pekat untuk lebih berkesan. Jika kalian menggunakan seberapa banyak tablet untuk setiap pengisian lagi bagus. Lebih pekat lagi baguslah.

Cara penggunaannya adalah dengan memasukkan sebiji pil tablet ini ke dalam tangki minyak kenderaan anda. Seeloknya sebelum memulakan perjalanan. Ia tidak memberi sebarang komplikasi atau kesan sampingan terhadap prestasi enjin malah meningkatkan keupyaannya. Dalam perkiraan saya yang menggunakan kereta kompak 1000cc dengan tangki pengsian RM40 bersamaan dengan 20 liter lebih. Saya dapat bergerak sejauh 420km apabila menggunakan pil magik ini. Jauh tu. Sudahlah kereta saya memang jimat minyak, ditambah pula dengan kehadiran rawatan pil ini. Makinlah jimat. Untuk lebih berkesan, kalian boleh masukkan pil ini terlebih dahulu bagi ia larut dalam minyak sebelum 2-3 jam memulakan perjalanan. Jika kalian mahu mencubanya, bolehlah menghubungi saya melalui emel atochsmart2 AT yahoo DOT com.
Selamat mencuba.
______
Lawatan sambil belajar

2.4.07

Dua lapan sifar tiga sifar tujuh

Gambar di atas: Hari ke empat.

Tepat jam 1.36 bertempat di Hospital Sultan Haji Ahmad Syah, Temerloh, Pahang. Maka telah ditakdirkan seorang bayi perempuan yang berkeadaan fitrah lahir di muka bumi ini dengan berat 3.2 Kg. Alhamdulillah, ibu dan bayi sihat. Dia adalah adik kepada Nur Afiqah. Nama dia Nur Afifah Mahirah. Syyy... Tak boleh tulis banyak-banyak, baby sedang tidur. Nanti apabila dia bangun, kita sambung lagi. Hidung ikut ibunya. Telinga ikut ayahnya. Mata ikut ibunya. Mulut ikut ayahnya. Dagu, ikut kakaknya.
Pesan ayah : Tidur ya nak, ayah nak pulang dulu untuk mencari rezeki. Jangan susahkan ibu ya. nanti ayah kembali lagi menjenguk Fiqah & Fifah.