31.12.13

Nama: Mekda | DOB: 23.12.13 | Kondisi: Sihat





Tanpa disengajakan aku telah terjebak dalam dunia roadbike. Wow! Ni semua Annuar Manan punya pasal. Tetiba Annuar Manan terbabit. Hahaha... Sebagai orang baru (newbie), tidaklah aku berhasrat untuk menjelajah 1 Malaysia. Apa yang aku hasratkan adalah menjalani sesi kayuhan setiap minggu. Asalkan kayuh.

Makanya, pada 23.12.13 satu transaksi telah berlaku dan servis telah bertukar tangan. Setelah membelek-belek dan mencuba kayuh. Tak sampai satu jam, aku menyatakan persetujuan untuk memiliki basikal berkenaan. Okey bang! Saya beli. Lupa pula aku nak minta stand dan kasut daripadanya. Tapi takpelah, itupun dah cukup murah dia jual. Semoga dia tak menyesal jual kat aku kerana brader tu pun baru dua kali guna kayuh keliling taman rumah dia. Semoga aku juga tidak menyesal!


.

30.12.13

Journey

.
Putrajaya MTB Nature Ride | 28 Dis 2013

Kayuhan kali ini adalah kayuhan geli-geli je kata otai yang dah lama menceburi dunia kayuhan. Geli-geli? Aku tanya dia balik. Dia senyum, lalu meninggalkan aku. Dalam hati aku, takpe. Asalkan kayuh. Laluan sejauh 47 km ini juga boleh basah ketiak juga dibuatnya. Apatahlagi di celahan peha.


Bermula seawal jam 08.15am dengan penuh bersemangat aku ambil di baris hadapan. kali ini tak ramai pula yang berebut di baris hadapan. Maklumlah takde hadiah. Just for fun. Aku pun kayuh bukan kejar hadiah, kejar pahala. Ekekeke... Tapi, setidak-tidaknya, muka aku ada jugak kat Cycling Malaysia (CM) Magazine nanti.Kredit untuk CM. Ko ade? Hahaha..

Kayuhan hampir 60% onroad. Selebihnya adalah offroad. Kayuhan ini memang best sebab kita tak dibenarkan memotong marshall penganjur sepanjang kayuhan. Hehehe... Sedikit mencabar mandaki bukit ke taman cabaran. Trek di taman cabaran juga menguji kemahiran teknikal.






.

22.12.13

Kayuhan berkubang




Harian Metro MTB Grand Prix 2013 | 22 Dis 2013
Video klik sini

Inilah kayuhan yang aku rasa benar-benar menyerang psikologi minda dan jiwa sampai kau rasa nak balik dan tidur di atas katil yang empuk. Sampai kau rasa satu penyesalan yang dahsyat. tapi, aku yakin dalam dunia kayuhan kau adalah melawan mental kau sendiri. Sebagai newbie dalam dunia kayuhan. Adalah perlu juga menghadiri kursus-kursus kaedah pengendalian MTB dan pengurusan mental dalam menyertai jamboree atau jamborace atau apa jua kayuhan yang ada di dunia ni. Barulah nampak professional. Lebih-lebih pengayuh mcam aku ni yang bukan selalu kayuh sebaliknya jamboree dijadikan sebagai platform untuk latihan kecergasan dan kesihatan. Memang masak! Masak beb!

Mulanya ingat trek jamboree kali ini mesti best giler.. Sudahnya, dah macam jadi peneroka kawasan baru dan menyerupai petani membajak sawah. Berair dan lumpur kau! Lagi pula, pakai tayar small block alamat menolaklah jawabnya trek-trek yang dipenuhi lumpur. Yang menariknya trek ni, hampir 7km dah nak habis pun dibaginya laluan berlumpur. Amik kau!! Hampir-hampir rasa putus asa dibuatnya. Di dalam trek offroad berkubang lumpur. Nasib baiklah aku kuatkan semangat. Kasi slow & steady kayuh. Akhirnya sampai juga. Pergh, dia punya penat. Tak terucap lah dengan kata-kata. Inilah yang aku rasa kelainan trek ini. Lain-lain laluan macam trek-trek yang pernah aku lalui. Bukit, alur, anak sungai, akar, batuan, downhill, ladang sawit, kebun getah, tanah merah, tanah gambut dan sebagainya. 




.