17.11.11

Putus


Dalam satu meyuarat.

Saya perlukan pandangan majoriti mengenai perkara ini. Tuan puan perlu bagi kata putus. YES or NO. Bukan hanya diam membisu.

28.10.11

Otak-otak bersalut niat murni sayuran berklip lidi








Tuan-tuan dan puan-puan,

Hari ini, Chef nak kongsi dengan U all semua cara nak membuat otak-otak. Resepi ini dinamakan otak-oatak bersalut niat murni sayuran berklip lidi. Sebelum menyediakan bahan-bahan, pastikan U all semua ada kelengkapan memasak yang mencukupi dan ada minat untuk memasak dengan didorong dengan semangat maju jaya dan maju kendiri yang tinggi. Ini pra-syarat utama untuk U all. Pastikan diri U all bersih dari hadas kecil dan hadas besar. Pakai apron dan pakai tutup kepala. Chef nasihatkan hendaklah membasuh tangan sebelum memulakan aktiviti memasak dan ambil wudhuk adalah lebih afdhal. U all mulakan dengan Bismillah. Baik, ini bahan-bahannya ye...

Tuan-tuan dan puan-puan,
Satu kilogram ikan tenggiri di ambil isinya. Kalau U all nak pakai ikan lain pun takpe. Sardin misalnya pun boleh. Ikan bilis tidak digalakkan. Satu kerja pulak nak mengupasnya. Kalau U all ada anak ikan lagi bagus. Kemudian, satu biji kelapa parut. Kelapa parut ye. Bukan tangan yang berparut atau muka berparut. Kalau U all nak nampak gangster masa masak, U all parut la sikit pipi U all bagi nampak ganas kat dapur. Enam biji cili merah ditumbuk. Cili merah tu jangan rigid sangat enam biji. Lebih pun boleh kalau nak pedas. Ada juga suka yang pedas ye.. Lima batang serai ditumbuk. Elok kalau serai ni serai yang ditanam sendiri ye. Beli serai di kedai seolah-olah membeli cat untuk cat rumah jiran. Tiga sentimeter kunyi hidup ditumbuk. Ukuran ini penting untuk mengekalkan warna kuning yang tidak terlampau dan tidak terlalu kuning yang mengakibatkan juandis (penyakit kuning). Faham semua?!!!

Tuan-tuan dan puan-puan,
Kita sambung bahan-bahannya. Satu gram jintan manis ditumbuk. Elok ditumbuk berbanding diblender amaun yang sikit begini. Sehelai daun kunyit dihiris halus. Daun kunyit cari yang segar. Jangan ambil dari rumah jiran. Garam secukup rasa. Daun kelapa. Lidi secukupnya.

Tuan-tuan dan puan-puan,
Itu bahan dia. Jadi, untuk membuatnya mulakan dengan Bismillah. Apa-apa perbuatan pun kita kena niat dan mulakan dengan nama Allah. Kemudian, doa untuk memulakan bagi memasak atau memulakan pekerjaan. Baik, tadah tangan baca ini.. "Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikan pekerjaan ini dan segala yang ada di dalamnya dan aku berlindung kepadaMu daripada keburukan pekerjaan ini dan segala keburukan yang ada di dalamnya.. Sesungguhnya di atas sesuatu itu, engkaulah yang Maha Berkuasa menentukannya." Seusai membaca doa, bolehlah U all memulakan aktiviti memasak. Mula-mula tumbuk ikan, kelapa parut, kunyit hidup, cili merah, serai dan jintan manis. Tumbuk di sini bukan untuk cari gaduh atau saja-saja tumbuk ye. Tumbuk di sini bermaskud semua bahan tadi agar dapat bergaul dengan mesra dengan halus. Kemesraan itu penting ye untuk mewujudkan suasana persekitaran yang harmonis. Gaulkan dengan garam sehingga rata ye.

Baik. Tuan-tuan dan puan-puan.

Sementara bahan gaulan tadi menjadi mesra, U all bolehlah buat kerja lain ye seperti draf surat kepada Pengarah Jabatan Kulinari Malaysia atau membuat memo dalaman kepada semua yang terlibat dalam GIS. U all janganlah membuang masa ye. Jadi, boleh dua kerja dalam satu masa. Baik, U all boleh sambung, ambil sesudu besar dan bungkus ikan dengan dua helai daun kelapa yang ditemukan dan klip kedua-dua sisinya. Semasa nak klip tu U all bacalah selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Buat sehingga habis dan panggang di atas api sederhana sehingga masak. Semasa memanggang eloklah beristighfar banyak-banyak memhon keampunan dariNya.

Tuan-tuan dan puan-puan,
Taraaaaa!!! Hidangan boleh disajikan. Tapi isunya di sini di mana kedudukan sayuran? Baiklah, Chef berpendapat sayuran tak perlu digaulkan sekali kerana semasa meratah otak-otak itu tadi silalah berulamkan ulam raja atau kacang botol sebagai pelengkap resepi. Itu saja. Baik, Chef undur diri dulu. Jumpa di lain rancangan.


http://www.attoch.blogspot.com/


.

24.10.11

Surat kepada pengarah urusan


Kumpulan Kesatuan Sekerja (KSS),
Syarikat Boleh Diharap Sdn. Bhd.

____

Pengarah Urusan
Syarikat Boleh Diharap Sdn. Bhd.
Malaysia.

Tuan,


MEMOTIVASIKAN PEKERJA DALAM PEKERJAAN.


Adalah dengan hormatnya, kami merujuk kepada perkara di atas. Perbualan telefon dan SMS di antara pegawai tuan dan pegawai syarikat ini juga di rujuk pada 1 Oktober 2011 jam 9.45 malam. Maklumbalas dari FB syarikat posting yang kedua belas juga dirujuk atas perkara yang sama.

2. Kami bukanlah mahu sangat gaji dinaikkan setiap bulan. Imbuhan dalam wang ringgit juga kami tak mengharapkan. Itu akan jatuh nombor empat bagi kami untuk memotivasikan seseorang pekerja. Jatuh nombor satu kalau ikut pendekatan teori motivasi oleh Fedrick Taylor yang menekankan faktor imbuhan atau ganjaran yang berupa pembayaran gaji kepada individu bagi menggalakkan prestasi kerja yang cemerlang. Apa yang kami harapkan adalah pujian yang paling komang pun dengan ucapan tahniah atau apa-apa bentuk ucapan yang menyemarakkan semangat kami untuk terus melaksanakan perkara atau tugas tersebut. Kami turut hairan dalam melaksanakan tugas di syarikat ini, pihak pengurusan sangat susah untuk melahirkan penghargaan dalam bentuk ucapan tahniah ke, syabas ke, bagus ke, well done ke, bravo ke dan apa jua yang seangkatan dengannya.

3. Untuk pengetahuan pihak tuan, kajian menunjukkan bahawa pekerja di satu-satu organisasi menjadi lebih bersemangat dan lebih seronok untuk datang ke tempat kerja apabila dipuji. Apabila mereka dihargai. Kalau mengikut teori Elton Mayo, faktor hubungan antara manusia yang sering memberi kerjasama antara satu sama lain menyumbang ke arah produktiviti organisasi. Selain itu juga, nilai penghargaan terhadap individu hendaklah diberikan bagi mewujudkan motivasi yang unggul kerana setiap pekerja wajar merasakan mereka perlu dihargai. Jadi, kami mengesyorkan kepada syarikat bahawa buatlah apa-apa acara yang di dalamnya diisi dengan penyampaian anugerah pujian atau ketahniaan. Bukan hanya tertakluk kepada Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) semata-mata.

4. Belum pula kami selitkan di sini motivasi kerja dalam Islam. Tak perlu la kami panjangkan di sini. Apa yang kami harapkan adalah agar pihak syarikat menghargai kami. Bagi yang pekerja yang mempunyai masalah sering tidak datang ke tempat kerja atau selalu tiada di pejabat, pihak pengurusan boleh memikirkan sesuatu untuk mereka kerana sebenarnya perlukan perhatian organisasi. Bolehlah dicadangkan seperti pekerja berpakaian kemas, kategori pekerja bekerja lebih masa dan sebagainya.

5. Sehubungan itu, kami memohon kebenaran tuan untuk mendapatkan maklumat mengenai aplikasi penggunaan GIS di Syarikat tuan. Dengan aplikasi ini, tahap motivasi pekerja dapat ditentukan setiap hari.

Segala kerjasama dan perhatian pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.


"KEBERANIAN, KEGIGIHAN, KETABAHAN"


Yang Benar,


(A. ASTAKONA)
Wakil Pekerja
Kumpulan Kesatuan Sekerja (KSS)
Syarikat Boleh Diharap Sdn. Bhd.


*Surat ini tidak perlu ditandatangani kerana dijana oleh komputer.

Nota : Sila abaikan surat ini jika apa yang telah disyorkan telah dilaksanakan.


http://www.attoch.blogspot.com



.

20.10.11

Ayah bukan bos. Ayah ada bos!



Satu pagi. Rambut gua serabut lupa nak sikat. Gua nak jumpa artis. Gua ketuk pintu. Suara dari dalam cakap "masuk!"

Gua pun masuk. Bagi salam. Rambut gua serabut lupa nak sikat. "Hah, skrip ni ada sikit pindaan. Sila Baiki.." Gua angguk sambil cakap, baik... Rambut gua serabut lupa nak sikat.

"I nak U tukar plot ni, masukkan plot ni, cari jumlah sebenar props yang nak pakai.., babak yang sini tukar sub plot ni. Jangan silap lagi tau.."

Gua cakap "baik!" Sambil angguk-angguk kepala. Rambut gua serabut. Lupa nak sikat.

"Lain kali sila datang sini." Dia kata.

"Jangan tunggu I panggil.. Baru nak datang.." Dia tambah.

Gua senyum. "Okey.." Rambut gua serabut lupa nak sikat.

"U baiki ini skrip. Sila datang semula."

Gua cakap "terima kasih bos!"

Dia bagi gua kerja, gua dah siapkan. Dia tak ucap terima kasih pun. Kemudian.
Dia suruh gua baiki. Gua pulak yang cakap terima kasih. Apa? Susah sangatkah nak menyebut perkataan terima kasih tu.. Kemon la...

Buatlah pada orang lain apa yang mereka hendak daripada anda walaupun mereka tak buat apa yang anda hendak buat.

Terima Kasseyy! - Alleycat


19.10.11

Sekelumit kamaafan tidak meniti di bibir. OMG!



Satu pagi yang hening. Tapi bingit dengan hiruk-pikuk kenderaan. Tak henti-henti berderu-deru. Udara sekeliling bertambah tercemar. Aduhai, masuk ke saluran pernafasan penghuni bumi. Semakin lama semakin banyak kenderaan bermotor yang malalui jalan ini. Kesibukannya, mengalahkan bandaraya besar seantero dunia. Masing-masing bergegas mahu cepat dan pantas. Menyempurnakan urusan duniawi dan ukhrawi. Nampak tak, penulisan ini menyelitkan islamik agar pembaca ada keinsafan. Juga mengingati penciptaNya. Kelihatan juga gerombolan pekerja-pekerja industri berjalan kaki. Menuju ke tempat kerja. Kanak-kanak sekolah melintas jalan. Urusan pengkebumian dengan kereta mewah pun ada. Yang mati, biarkan mati. Yang hidup teruskan hidup. Pekerja-pekerja makan gaji bergegas ke tempat kerja. Seolah-olah seperti esok tiada lagi.

Macam selalu-selalu. Aku menunggang kenaikan pacuan dua roda jenama HONDA. Pagi itu memang kenderaan bermotor sangat banyak berbanding basikal dan beca. Sejurus selepas lampu hijau, aku memecut dan memulas untuk pacuan dua rodaku pergi laju dan jauh. Jauh meninggalkan semua. Jauh meninggalkan kenderaan lain. Entah kenapa pagi itu aku memecut aku pun tak faham. Silap-silap boleh kena radang pundi kencing kalau membonceng bersama aku. Barangkali inilah yang dinamakan jiwa muda bergelora untuk merempit masih ada. Padahal, tiada siapa pun mengajak aku untuk berlumba. Tiada siapa juga yang akan menawarkan hadiah yang lumayan atau gadis comel kalau aku sampai ke destinasi yang dituju dengan cepat.

Dipendekkan cerita, tiba di satu simpang tanpa lampu isyarat. Aku di lorong kiri. Di depan aku YAMAHA. Sebelah kanan aku NISSAN. Ada TOYOTA dari arah yang bertentangan telah berniat mahu masuk ke simpang. Niatnya itu, tidak diketahui oleh orang sekitar. NISSAN berhenti memberi laluan. YAMAHA juga perlahan memberi laluan. Tidak semena-mena aku yang memacu HONDA perlahan pun menekan brek secara mengejut. Nah, datang SUZUKI meluncur dari belakang melanggar aku. Aik, main belakang nampak!

Skreeeeeeeettttttt... Bam boom bang!

Terus melanggar HONDA aku. Sempat aku menoleh belakang. SUZUKI hampir terjatuh. kalau jatuh tersungkur akan aku ucap "Hei, orang berjaya banyak kali jatuh tersungkur."
Aku lihat tempat pemijaknya tercopol. Tinggal lagi nasibnya pagi itu baik, tidak jatuh di pembaringan. Dia dapat mengawal SUZUKInya. Aku mengambil posisi ke sebelah kiri jalan. Tengok-tengok juga kalau ada apa-apa terjadi. Takut juga kalau SUZUKI tadi meletakkan bom di belakang. Sabotaj ke. Khianat ke. Hasad dengki ke. Manalah tau. Aku berhenti. Aku perhati plet HONDA sedikit tergeliat. Aku membetulkan semula.

Owh... SUZUKI tadi berlalu begitu saja. Macam tiada apa yang berlaku dan tak rasa bersalah langsung. Langsung rasa tak bersalah punn.. Aku bukan mengharapkan ganti rugi waima tuntutan insurans sekalipun. Berat sangatkah kau mahu berhenti sekejap meminta maaf dengan aku. Dan aku pasti jika tiada besi box di bahagian belakang HONDAku. Pelanggaran teruk akan berlaku. Sila-silap perut kau terodok kat situ. Usus kau boleh terburai. Besi itu menyelamatkan keadaan.

Tuntasnya, tak bolehkah kau berhenti seketika. Mengetahui kedudukan sebenar. Kalau kau berani langgar aku. Kenapa pula kau tak berani meminta maaf dengan aku. Jangan khuatir, aku tak akan buat laporan polis. Macamana yang terjadi ke atas diriku. Bagi aku, kau harus bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku. Tidak semestinya kau meminta maaf kau bersalah. Manalah tau, ketika itu kau dikacau tuju-tuju atau terkena buatan orang atau fikiran kau tidak tenang. Maka, aku boleh maafkannya. Buaknkah bermaafan itu amalan mulia.

Jadi, di sini jadikan kisah ini sebagai teladan. Responsif dan reaktif kepada persekitaran. Maka, di sini aku ingin mengambil kesempatan kepada semua yang membaca tulisan ini. Maafkan aku. Kemaafan dari kalian membuang prejudis yang menyatakan kita bermusuhan. Dan tiada tikaman dari belakang. Atau tiada duri dalam daging atau gunting dalam lipatan. Maafkan aku. Aku tak tunggu Hari Raya Aidilfitiri atau Hari Raya Aidiladha untuk meminta maaf dengan kalian. Kalian juga tak perlu tunggu nak menunaikan haji baru mahu meminta maaf dengan sesiapa. Apa salahnya kita saling bermaaf-maafan dan ampun-mengampunkan. Kepada yang ingin menunaikan haji pada tahun ini. Didoakan semoga memperolehi haji mabrur. Kirimkan doa kebahagian dunia dan akhirat untukku sekeluarga.


Selamat ulang tahun yang ke-8 Nur Afiqah Saifuddin.




.

18.10.11

Do the thing right


"Pernahkah anak awak masuk wad sebelum ini?" Tanya Doktor Pelatih perempuan yang rambutnya serabut itu kepada awek saya.


"Tak pernah." jawab awek saya.

"Berapa umur dia puan?" Tanya Doktor pelatih perempuan yang rambutnya serabut itu kepada awek saya.

"Lima bulan." Jawab awek saya.

"Dia ada demam ke.. batuk-batuk ke.. " Tanya Doktor Pelatih perempuan yang rambutnya serabut itu kepada awek saya.

"Ada. 2 hari lepas. Tapi sekarang dah ok. " Jawab awek saya.

"Pernahkah anak awak masuk wad sebelum ini?" Tanya Doktor Pelatih perempuan yang rambutnya serabut itu kepada awek saya.

[telefon doktor berbunyi...]

"Sekejap aaaa..." kata Doktor Pelatih perempuan yang rambutnya serabut. Kemudian, bercakap di dalam talian telefon bimbitnya.

Lamaaaaaaaa...... Kami tunggu. Dia ke hulu ke hilir. Entah apa urusan saya pun tak faham.

Kemudian.

Dia datang kembali. Melabuhkan punggungnya. Memulakan soalan.


"Ok Puan, Pernahkah anak awak masuk wad sebelum ini?" Tanya Doktor Pelatih perempuan yang rambutnya serabut itu kepada awek saya.

"Err, rasanya doktor dah tanya soalan ni kepada saya..." Jawab awek saya.


Lalu saya bangun. Saya cakap kat doktor itu. Hey, dari tadi Doktor asyik tanya soalan yang sama kepada saya. Mulai jam 10 malam sampai sekarang, jam menunjukkan jam 11.30 malam. Saya dah tak boleh tahan dah ni.. Kenapa lah tak efisien sungguh buat kerja. Apa pun tak boleh!!

[Ini saya tak buat. Penambah perisa cerita saja. Saya dan awek saya bersabar... ]

"Doktor, doktor graduan mana? Pernahkah doktor masuk universiti atau mana-mana institusi sebelum ini?" tanya saya ingin kepastian.

[Ini saya buat. Buat muka doktor berubah. saya dan awek saya berpandangan..]




.

11.10.11

Nukilan 1


Nukilan : Nur Afiqah
Umur : 7 tahun
Kelemahan : Perletakan dan ketiadaan tanda bacaan.
Kekuatan : Lapar sangat digariskan. Maknanya penekanan berganda.

.

7.10.11

Monolog Jumaat

Dah lama tak update blog ini. Rindu nak menulis.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kepada pemilik kenderaan BFY 9596
Sila alihkan kenderaan anda sekarang!!

Jika kau mempunyai kuasa. Janganlah kau mempergunakan kuasa itu untuk kepentingan kau sendiri. Jika kau mahu membuat keputusan, lebih elok kau pastikan keputusan yang kau buat itu tidak mengecilkan atau mencuit perasaan orang lain. Kau harus dengar dari kedua belah pihak. Bukan hanya satu pihak tanpa memanggil pihak yang sau lagi. Itu berat sebelah namanya.

Isu kenderaan tidak datang pada waktunya dan isu pengurusan masa yang kurang baik adalah dua isu yang berbeza tetapi saling berkait. Kau jangan sekali-kali menjatuhkan hukuman yang tidak adil. Adil di sini bermaksud meletakkan sesuatu di tempat yang hak. Kalau kau menyuap makanan kau melalui lubang hidung, itu tak adil namanya. Tapi kalau kau jatuh sakit atau gering yang tak boleh makan ikut mulut itu perkara lain.

Jangan tanya orang apa perlu dibuat jika sesuatu pelan A yang dirancang itu tak menjadi. Kau harus ada pelan B sebagai pelan alternatif. Jangan pula kau buat terpinga-pinga dan buat rasa tak bersalah. Sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat kepada manusia yang lain. Secara tuntasnya, hanya dengan mata orang lain dapat menilai diri kita ini siapa. Fikir-fikirkanlah. Sekian sampai jumpa. Dalam hari yang sama rancangan yang sama.


.

17.9.11

Nanti



Dalam satu mesyuarat (perlu dirahsiakan nama mesyuarat atas faktor keselematan)
Pengerusi bertanya apakah perkara ini sudah disemak? Telah ikut peraturan?


"Nanti saya semak tuan.." jawab pegawai itu.

"Takkan baru nak semak. Isu ini sudah lama..." kata hati kecilku.

26.8.11

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Tahun ini, giliran pulang ke Johor Bahru, Johor. Maklumlah, awek gua orang Lanchang City, Poland. Tak mungkin dapat beraya kedua-dua tempat dalam satu masa. Maka terpaksalah bergilir. Semoga gua bersikap adil.

Tak berapa banyak persiapan untuk tahun ini berbanding tahun sebelum. Tahun ini, lebih kepada keperluan anak-anak yang sudah berderet rupanya. Tanpa gua sedari. Alahai.. Sebagai seorang bapa yang mithali, gua lebih utamakan mereka kerana pada Hari Raya, kanak-kanak yang lebih gembira dan harus bergembira. Bukan orang dewasa macam gua.

Bagi menggembirakan awek gua pula, gua belikan sedikit kuih-muih yang datang terus dari kilang dan keperluan harian dia yang sedehana saja. Jangan biasakan dengan kemewahan. Tak bagus. Tapi, disebabkan awek gua ni rajin. Dia tetap buat kuih kerana memasak adalah hobi beliau selain menjahit dan membaca buku. Jadi, baju beliau dan laskar-laskar cinta gua beliau jahit. Begitu juga dengan langsir. Dapatlah jimat sikit. Gua tinggal bayar upah jahit je. Setakat ini, gua belum bayar. Gua ingat malam Hari Raya Kedua baru nak bayar. Haha! Gua tinggal beli baju gua sendiri je la. Jadi, gua nak ucapkan terima kasih kepada awek gua yang baik hati. Semoga dia terus baik hati dan melayan gua tiga kali seminggu.

Dah lama gua tak jumap mak gua di kampung. Apa khabar dia? Macamana persiapan hari raya beliau tahun ini. Tak apa, nanti gua sampai, gua akan tolong masak lontong dan ketupat untuk mak gua. Ketibaan gua nanti, harapanya dinanti dengan hati yang terbuka oleh mak gua. Mak, tahun ini kita raya bersama. Cucu-cucu mak akan menggembirakan mak di Hari Raya. Mak tidak akan kesunyian.

Kepada semua yang mengenali diri ini, diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. Segala salah dan silap harap dimaafi. Halakan makan minum dan hutang-piutang gua. Untuk info, saya akan berada di Johor Bahru sehingga 5 Spetember 2011. Wassalam.


.


17.7.11

Tiada

Tiada untungnya jika
kerja bertangguh

tiada untungnya jika
meludah ke langit



tiada untungnya jika
terlanjur kata daripada kerja




tiada untungnya jika
tepuk air di dulang




.

29.6.11

Buah karom part II

Julung-julung kalinya, gua mewakili pasukan karom dalam acara bergu campuran. Gua punya gigil mengalahkan seperti berada di kutub selatan. Ataupun di Australia. Tapak tangan gua jangan cakaplah, sejuk nak mampos! Macam keluar air sejuk. Tapi, gua tetap cool sambil menunjukkan muka yang selamba.

Perlawanan pertama gua dengan zon selatan. Mak aiii, sekali bertemu dengan pengurus projek gred J48. Ahh, apa gua takut. Bukan terer sangat pun, dalam hati gua cakap. Giliran team lawan memecahkan buah yang di susun di tengah-tengah board. Gua relax. Masa ni, buah merah dah diambil oleh umpire. Ishh, afsal tak masuk. Mungkin nerves yang tak sudah. Tag team gua jalan, gua bagi isyarat yang tu yang ni.. Sambil menundukkan kepala sedikit. Giliran gua jentik lagi, pergh, tak masuk. Pihak lawan jalan. Pun tak masuk. Malah, buah menjadi porak-peranda. Ah sudah! Ada dua buah shooter depan mata gua yang hidup. Dalam hati gua, kalau diorang tak kacau ni. Gua ambil ni. Buah shooter ni beb! Mesti masuk.

Tengok-tengok, diorang tak kacau. Apalagi, giliran gua jalan buah shooter. Gua ambil sebelah kiri dulu. Gua adjust striker, gua susun jari jemari. Mata gua fokus. Hati gua niat. Mulut gua terkumat-kamit. Zass, gua jentik. Keletup!! Meletup buah masuk. Gua senyum. Buah yang kedua sebelah kanan. Sekali lagi.., zass, gua jentik. Keletup!! Meletup buah masuk berturut-turut. Ingatkan gua nak buat hatrik, tapi buah tu gua dapat dekatkan kat tepi lubang je. Habis satu pusingan. Sampai giliran gua semula. Ada dua buah lagi yang muncul di depan garisan gua. Buah shooter. Pergh, memang faveret gua. Apalagi, gua ulangi sejarah letupan untuk dua lagi berturut-turut. Jentik dengan kuat dan tepat. Pasangan gua tersenyum. Buah tinggal 3 lagi di papan karom. Buah lawan masih 9. Hahaha.

Kedengaran meja sebelah riuh-rendah, pasukan gua memperolehi kemenangan yang ketiga. Lalu, pihak lawan bangun beritahu Umpire. Mereka nak tarik diri. Tak nak main lagi. Haiissssh,,, apa mereka takut ka? Hahaha, mereka tak mau meneruskannya. Gua dan tag team gua tersenyum lebar. Bangun dan bersalaman. Terima kasih kerana undur diri. Tak payah gua bersusah payah masukkan buah yang baki. Hahaha...


.

26.5.11

Kalau kita tidak fokus. Apa pun tak boleh. (part I)

Kita jangan sekali-kali angkuh dan bongkak walaupun perkara itu dah biasa kita buat. Kita juga jangan mendabik dada sekalipun kita ada bulu dada. Atau dada kita bidang. Waima ada bonjolan sekalipun. Kita ambil sikap sederhana saje. Buat macam tak ada apa-apa berlaku.

Suatu pagi, gua terlalu sibuk dengan urusan-urusan duniawi. Gua juga terlalu banyak benda-benda yang hendak difikir dalam kotak pemikiran gua. Sampai rambut pun naik serabut.

Seusai menghantar awek gua ke hospital untuk bersalin. Gua bergegas ke rumah pula untuk ke pejabat dengan kadar seberapa segera. Maklumlah, mulut tempayan boleh ditutup, mulut orang tak boleh. Mulanya gua rasa lega sebab mahu hantar anak-anak ke Taska yang tak berapa friendly sangat. Tapi, mereka tak mahu dan berkeras mahu ikut gua ke pejabat yang gua sayangi. Makanya, gua terpaksa memandu kereta berbanding menunggang motosikal pada hari-hari sudah.

Dalam perjalanan gua ke pejabat, dalam perut kereta kedengaran mereka kegembiraan macam nak pergi ke Taman Tema. Walhal, mereka tak tahu gua menempuh kesesakan lalulintas yang amat dahsyat. gua rasa sedikit tertekan ketika memandu. Sila-silap kalau ujian memadu ni boleh jatuh gagal dibuatnya.

Gua teruskan pemanduan. Dalam pada itu, gua terfikir bagaimana awek gua di hospital. Bagaimana kerja di pejabat yang tak putus-putus. ikan-ikan di rumah, pokok-pokok yang tak disiram. Porak peranda dibuatnya. Ditambah pula dengan SMS masuk dan panggilan masuk bertalu-talu dari tadi.

Lalu, sebelum pintu tol, gua ambil lorong paling kiri. Damn! Gua dah masuk lorong motosikal. Baru gua sedar. Itupun gua dah separuh jalan yang jalannya semakin sempit. Gua pandang cermin belakang. banyak motosikal berhenti dan tersangkut kerana kereta gua menghalang laluannya. Ada yang geleng kepala dan ada yang buka topi keledar menepuk dahi mereka. Aarrrgghhh!! Gua relax. Dapat kawal situasi. Gua ambil keputusan kalau gua teruskan perjalanan. Kereta gua tak muat sebab devider jalan makin kecil dan meninggi. Jadi, gua ambil keputusan ke lorong sebelang kanan iaitu masuk betul-betul di penghalang laluan tol. Gua pulas stereng dan kereta gua sedikit tersangkut.

Jeng jeng jeng, kereta gua dapat selit sebelah lori yang sedang membayar tol. Gua selamat mencelah. Gua tak payah bayar tol! Hahaha, hari itu gua jimat membayar duit tol. Kah kah kah kah....

Kita jangan sekali-kali angkuh dan bongkak walaupun perkara itu dah biasa kita buat. Kita juga jangan mendabik dada sekalipun kita ada bulu dada. Atau dada kita bidang. Waima ada bonjolan sekalipun. Kita ambil sikap sederhana saje. Buat macam tak ada apa-apa berlaku.


.

25.5.11

Buah karom part I

Satu hari, gua cakap dalam hati. Gua nak naik bas awam lah.. Maka, gua pun beli tiket bas. Takkan gua beli tiket kapal selam pulak kan. Gua pun naik bas. Mula je gua duduk. Zas, gua tidur. Tau-tau je gua sampai Johor Bahru. Woah, sedap rupanya naik pengangkutan awam ni. Tapi lagi sedap kalau main karom mendapat kemenangan yang berganda. Wallau wey!

Kenapa? Lu orang tak percaya ke, muka ganas macam gua ni main karom. Apa lu orang ingat, main karom tu nak kena muka yang suci-suci je ke... Adoii..yai..

11.5.11

Santapan sebelum ke kayangan

Gua masuk dalam lif. Biasalah, kalau pejabat tinggi macam di kayangan. Dari bawah pastinya sudah terhidu aroma yang indah-indah belaka. Itu belum naik atas lagi. Asalnya, gua dua orang. Sorang brader tinggi dan sorang brader pendek. Campur gua tiga orang. Eh, apasala tiga orang pulak!

Lif naik. Kemudian, berasak-asak gadis-gadis masuk. Macam tak tahu apa erti lif. Mereka wangi-wangi belaka. Takde langsung yang bau ketiak hangit. Harum-harum belaka. Maklumlah, nak naik kayangan. Cuma yang gua tak tahan, mereka himpit gua. Sudahnya, gua terhimpit antara dua buah di depan dan belakang. Tipulah kalau gua tak stim. Gua saja cuba gesel-gesel siku gua yang tak buruk pada buah gadis yang belakang. Cis! Ada respon, sah, memang bukan gua je yang gatal. Maknanya, gua bertepuk dua belah tangan.

Biasalah, kalau pejabat tinggi macam di kayangan. Dari bawah pastinya sudah terhidu aroma yang indah-indah belaka. Itu belum naik atas lagi. Baru di bawah sudah ada dihidangkan buah-buahan tempatan.


.

27.4.11

Ada gua kisah

Semalam seperti semalam-semalamnya, gua pulang dari kerja menunggang motosikal. Apa barang naik motokar. Tak mencabar langsung. Empat roda susah nak jatuh. Lu, bukan tak tahu gua sukakan yang cabaran-cabaran ni. Lebih-lebih lagi panjat gunung berbukit. Setakat orang kutuk dan sakat sikit-sikit apa ada hal. Setakat tekan pedal minyak dan kawal stering dan biarkan kenderaan lain memotong, itu pun nak berkira. Adoiii.. Kuatlah sikit mental tu. Semangat daya juang membelah angin mesti ada.

Berbalik kepada topik asal. Gua siap-siap pakai baju hujan masa nak balik tu. Sebab gua dongak ke langit kat luar dah mendung hitam. Hujan pun dah rintik-rintik mula turun. Kemudian, gua keluar parkir. Gua beredar membelah hujan dan angin. Sampai pertengahan jalan nak ke Klang rupanya tak hujan. Hujan setempat. Argghh,, malas gua nak lucut baju hujan. Satu kerje yang leceh bagi gua mengalahkan kerja-kerja penyelenggaraan dan menurap jalan. Gua pakai je sepanjang perjalanan. Ada gua kisah, apa orang nak kata! Tapi, setiap kali berhenti di lampu isyarat, diorang pandang serong dengan gua. Gua pandang diorang sambil bersiul-siul. Sudahnya, hampir tiba di rumah gua rasa macam satu kepanasan di bahagian dalam. Wo! gua kebasahan kerana pakai baju hujan di hari keperitan sang mentari memancarkan sinar mentarinya. bukan kebsahan disimbahi hujan tetapi kebasahan dalam kepeluhan yang amat dahsyat. Tapi, gua memang suka bab peluh-peluh ni. Badan ada nampak macam kilat-kilat dan kilauan emas.


.

17.3.11

Sabar


"Sabarlah Din.." Akhirnya hanya kata-kata itu yang mampu aku ucapkan padanya. Sabar. Itulah kata yang pernah aku bisikkan pada diriku sendiri suatu masa dahulu. Bukankah sabar itu separuh daipada iman. Setidak-tidaknya pesanan ibuku suatu waktu dahulu masih melekat di benakku.



.

19.2.11

Panas


Sesuatu dengan spontan menerpa mukaku. Semacam angin panas melibas lalu ke seluruh ruang rumah yang kosong daripada roh itu. Aku rasakan bulu roma berdiri. Aku rasakan jantungku berdetak kencang. Aku rasakan juga kakiku yang tiba-tiba menggigil, dan serentak itu darah amarahku menyerbu pantas naik kepala.

Di luar, malam merangka juga, dan hujan mulai turun di tengah panasnya bahang haba.


.

17.1.11

Kecekalan


Amboi golok di atas puan,
Hendak berakit ke Kuala Kedah,
Usah dijolok sarang tebuan,
Badan sakit sesal tak sudah.

Burung pipit di dalam bakul,
Ambil seekor berikan saya,
Alang bukit lagi kucangkul,
Inikan pula tanah paya.