31.12.07

Transisi iltizam

Kalian bukan tak tahu. Aku suka lain dari yang lain. Aku tak senang kalau ikut gaya orang lain. Dalam hidup kita tak perlu serius memanjang. Atau sedih memanjang. Atau main-main memanjaaaangggggg. Hidup kan ibarat corak. Begitu juga halnya dalam berumah tangga. Sesekali kena ada ceria gurindam jiwa. Sesegar daun delima merah disapu minyak kelapa.

Malam ini, aku tak menjanjikan sebarang konsert untuk sambut tahun baru. Atau sebarang tahun transisi lama ke baru untuk sambut konsert. Atau kiraan menurun dari satu sampai sepuluh. Asal tahun baru je konsert. Asal tahun baru je konsert. Bodoh kan?! Kan bodoh?!

Dulu, semasa aku bercinta tak pernah pergi konsert-konsert begini. Bukanlah aku nak cakap aku baik. Tapi, aku tak sukalah! Sumpah! Aku tak pernah cakap pada awek aku, "jom kita pi konsert..." Kalau itu yang keluar dari mulut aku sekalipun. Bukan aku. Tapi Setan. Itu kerjanya. Awek aku pulak ada cakap "jom kita pi konsert pakaian lengkap Baju Melayu dan Baju Kurung masing-masing...Kita tak berfoya-foya" Aku percaya itu bukan dia. Itu jin Islam yang cakap.

Tapi, pada malam yang tak berapa sepi itu. Aku bikin konsert satu famili. Empat beranak. Bukan selalu aku dapat menyanyi pada malam-malam yang tak berapa sepi ini. Lagunya yang aku sampaikan lagu Nasyid. Sebagai vokalia, aku memulakannya dulu.

...Rukun Islam lima perkara... Wajiblah kita mengerjakannya... Taratatatatatat... taratatatatatat tarat tarat tarat...

Bahagiakan keluarga kami? Bagaimana keluarga anda? Bukan senang mahu bahagia dengan keluarga kita. Keluarga kita bukan senang mahu bahagia dengan kita.

Selamat tahun baru 2008 rakyat Malaysia!

Terima Kasih Pak Lah! Dan menter-menteri bersangkutan. Dari kad merah sudah tukar kepada kad biru. Huray! Saya boleh daftar mengundi. Ahirnya, surat yang saya hantar awal 2007 berbalas positif. Dan saya baru memegang kad biru tak sampai dua bulan. Bermula tahun 2008 dan seterusnya saya berazam dan beriltizam menjadi Warganegara yang berguna dan berjasa!

30.12.07

K4

:::: bukan mitos burung stoik dan cacing epikurian. Cepat beli buku ini. Hampir Sold-Out. RM15 senaskhah (termasuk harga pos/Malaysia sahaja) Hubungi: sinaganaga1547 AT yahoo DOT com dan katakan, "Hai Kate!" Ha ha.

Gwa blah dari kedai runcit. Nombor K3. Selepas Gwa membeli sedikit barang. Gwa masuk lagi satu kedai. Nombor K4. Ada tulis. Kedai Gunting Rambut. Maknanya tu Kedai Gunting Rambut la. Ada seorang pelanggan. Hampir selesai. Rambutnya digondol Ane. Gwa membelek-belek. Selak-selak sikit. Koran atas kerusi. Nampaknya, pelanggan itu dah nak hampir selesai.

Kemudian, gwa dengar pap-pup-pap-pup-pap-plop! Kuaaat sangat! Gwa pandang Ane sedang ketuk kepala pelanggan. Leher. Bahu. Dengan tangan. Pap-pup-pap-pup-pap-plop! Kuaaat sangat!

Gwa gerun beb! Ini bukan urut ni, ini nak bagi mampos!
"Okay siap!" kata Ane.

"Alamak, giliran gwa pulak kena ketuk lepas ni." Dalam hati.
Gwa duduk. Ane ambil mesin.
"Mau gunting macamana?" Ane
"Kasi potong sama itu budak hah. Botak."
"Okay. Tapak satu kalu." Ane.

Zreeet..zreeettt...Zreeet..zreeettt...

Siap! Tiba-tiba Ane sapu minyak atas kepala Gwa. Berangin beb! Dia ketuk kepala gwa guna belakang tapak tangan macam dia buat kat brader tadi. Pap-pup-pap-pup-pap-plop! Kuaaat sangat! Pukul keliling. Lepas tu Ane bedal leher. Lepas tu bedal bahu. Belikat. Bahu. Picit-tekan-picit-tekan.

"Woi! Sakitlah! Aaarghhh! Binawe..!"
"Tara sakitt.." Ane.

Ane pegang kepala gwa. Kanan pegang ubun-ubun, kiri pegang dagu.
"Dah makan belum?" Ane tanya.
"Dah. Praaaaak! kepala Gwa dipulas kiri. Aarrggh...
Ane tanya lagi " Dah makan belum?" Gwa malas nak jawab. Kalau Gwa jawab kena lagi nanti. Tapi Ane tanya dan tanya dan tanya lagi.

"Dah makan belum?" Ane tanya."Dah. Praaaaak! kepala Gwa dipulas. Aarrggh... Lepas tu Ane bedal bahu. Belikat. Leher. Picit-tekan-picit-tekan.
Sebelum aku belah Gwa bisik pada Ane.. "Psst lu jangan terlalu ikutin perasaan lu. Ikutlah fikiran yang waras!"

KOMA.

Gwa pulang. Bagi salam. Masuk rumah.
"Ayah botak! Ayah botak! Ayah botak! Hihihi..." sakat Fiqa sambil melompat-lompat macam monyet. Dia macam monyet. Tapi monyet tak macam dia! Maksud gwa, perangai lompat-lompat. Pertama kali dia nampak kepala gwa botak kot.

"Ayah botak! Ayah botak! Ayah botak! " Fiqah ulang lagi.

Selalunya, Fifah (anak bongsu kami setakat ini) tengok ayahnya sejurus sekembali ayahnya. Tetapi kali ni dia tak macam selalu. Agaknya dalam hati dia kata "Betul ke ni ayah aku,.."
Dia tengok kejap kemudian berpaling. Malu kucing dia. Kucing dia malu.

KOMA.

"Ayah.. Ayah, cubit ibu...Cubit ibu.."Fiqa menerpa Gwa.
"Ha' Iyelah. Nanti ayah cubit. Pukul 12 malam. Nanti."
"Eh, toloooooonglah! Hari Minggu cuti ye..."
"Erk eleh, apa pulak!"
"Takde..Takde.. Cuti eh..."
"Amendenya..."

Sebenarnya, wanita suka berfantasi yang menjangkaui dari minda laki-laki. Ya, mereka tak fikir kotor, tapi fikir sedikit bukan-bukan. Sedangkan lidah lagi tergigit. Apa pula suami isteri. Tergigit lidah sendiri sakit sungguh! Gigitlah lidah isteri/suami kita. Tak sakit beb! Hahaha...

28.12.07

Label

Biasanya, yang kemas, mudah kita nak cari. Sebaliknya, barang yang bersepah-sepah susah nak jumpa. Apabila kita bekerja di ruang yang dipanggil pejabat. Kita perlu tahu peralatan pejabat. Perlu!

Dipendekkan. Si Senna sibuk mencari-cari sesuatu. Barangkali terbuang ketika dia mengemas sebelum ini. Habis sampah-sarap kering di dalam plastik hitam digemburnya.

"Jumpa?" Hanni.

"Tak jumpaaaaa.." Senna geleng kepala.

"Kau cari apa?" Aku.

"Puncher... Tadi ada atas meja." Senna.

"Ini bukan?" Aku menunjukkan kepadanya.

"Bukan. Yang satu lagi. Kaler hitam." Senna.

"Ooo..." Aku.

Kedengaran Senna membebel di mejanya yang sudah dikemasnya itu. Pot-pet-pot-pet-pot-pet. Sesekali Hanni mencelah. Join sekali.

"Atok, puncher tu apa? Ini ke?" Ewann sambil mengajukan kepada aku. Senna menoleh.

"La... Kat kau rupanya. Kenapa dok senyap je. Dari tadi tak cakap! Pot-pet-pot-pet-pot-pet Aku cari dari tadi... Pot-pet-pot-pet-pot-pet." Tak pasal-pasal kena hamun carut.

"Lain kali di pejabat ini kita kena letak label untuk setiap barang. Ini stapler. Ini pencil. Ini pen. Ini paper clip. Ini computer.” Aku.

Hahaha... semua ketawa memenuhi ruang bilik pejabat yang sendat.

Alahai, setiap ketegangan menjadi kekenduran apabila ketawa. Selepas minum Tongkat Ali, kekenduran menjadi ketegangan.

KOMA.

"Bapak saya ituari datang rumah. Dia tanya. Mana dapat pen cantik ni?" sambil menunjukkan pen Hotel Holiday Inn yang dikebas. Senna memula cerita.

"Ermm... Bapak nak satu!"

Kemudian kau jawablah.."Bapak, itu bukan pen. Itu puncher..." Aku.

Bapak pun jawab "Oh ye ke... Sebenarnya bapak nak puncherlah..." Aku.

Hahahha, ruang pejabat sendat sekali lagi bergema hilai tawa.

Rakan ketawa senang dicari kan? Rakan menangis? Kena cari ke?...

27.12.07

artee


Saya sedang berfikir. Bagaimana mahu jadikan RT satu dokumen yang boleh diguna oleh PBT dan mesra pembaca. Persembahan pelan-pelan yang menarik dan cantik. Ya, saya berfikir. Berfikir merupakan satu kemahiran dan anugerah dari Ilahi. Gunakan sebaik-baiknya. Tapi setelah saya berfikir. Final output akhir RT terletak pada tangan 'end-user terakhir', maka ia tertakluk kepada kreativiti mereka. Lantiklah perunding grafik termasyhur di tanah air kita dan buatlah sesuka hati anda. Hahaha. Betul tak saya kata? Kan saya kata kita ada kemahiran berfikir. Kalian punya usul? Silalah.

26.12.07

Beku


Teknologi membolehkan saya berblog di mana saja saya berada. Saya bebas menghantar entri-entri yang saya tulis tak kira masa. Misalnya, dalam keadaan hujan yang lebat sekalipun saya boleh melakukannya. Di pejabat mahupun di rumah. Atau di mana-mana saya pergi bercuti sekalipun. Maklumlah tahun 2008 cuti di pejabat ini dibekukan.

Jadi, sekalipun saya pergi bercuti ke Cameron Highlands selama dua hari satu malam. Saya masih punya waktu untuk menghantar entri saya yang terbaru. Misalnya, untuk entri ini saya hantar melalui 'The HTC S710 Smartphones' yang belum saya miliki dari Tauke Kedai Henpon yang bukan berada di Cameron Highlands. Uiks! Cuaca sejuk di Cameron Highlands memaksa saya memakai seluar berlapis-lapis. Menjadi kesusahan bagi saya pada malam hari pula.

22.12.07

Perkataan

Sebanarnya...
Sebenarnya...
Sebenarnya...

Inilah perkataan baru dalam kamus Fiqah. Dapat dari Taskanya barangkali.

Walaupun...
Walaupun...
Walaupunkan...

Inilah perkataan lagi baru dalam perbendaharaan Fiqah. Dapat dari Taskanya barangkali.

"Ibu, seluar ayah koyak! Jahitlah bu..." Dia menjerit dari tangga atas melontarkan suara yang pelat ke bawah. Ibunya ada di bawah sedang menyidai jemuran. Hanya tersenyum megah.

Untuk pengetahuan kalian, umur Fiqah tiga tahun lebih. Manakala anak kami yang bongsu setakat ini, Fifah. Baru nak masuk sembilan bulan.
Klik sini

20.12.07

Qurban

Tahun ini Raya Qurban disambut di kampung sebelah awek aku. Apa yang kami korbankan?

Koma.

Sebelum tiba di kampung kami singgah di klinik kerana Fifah demam. Fifah adalah anak bongsu kami setakat ini. Badannya panas. Sebelah malamnya, badan Fifah bertambah-tambah panas sehingga suhunya mendadak tiga puluh sembilan darjah celcius. Dia batuk-batuk dan muntah-muntah. Badannya lemah dan lesu. Banyak air yang keluar dari mulut dan hidungnya. Aku syak dia dah banyak kehilangan air. Matanya yang bundar menjadi kuyu dan cengkung. Kasihan aku melihatnya.

Noktah.

Esok, kami pergi ke klinik semula untuk jumpa doktor semalam. Dr. Kiru namanya.

"Woit, kenapa awak datang lagi?" Dok kata.
"Badan anak kami semakin panas dok" (bunyinya macam anjing pulak! Tapi dia senyum tak marah).
"Okey takpe, Kasi bukak itu dia punya pampers," dok kata.

Sejurus selepas Fifah menonggeng dan pampers dibuka. Dia mengentutkan Dr. Kiru. Alahai, Dr. Kiru kena kentut dengan anak kami kerana nak sumbat ubat dalam punggungnya. Aku dan awek aku menahan gelak.

Noktah.

Masuk hari ketiga, kami bertambah risau kerana Fifah tak semakin sembuh. Kerap muntah apa yang dimakan. Badannya semakin tak bermaya.

Koma.

Kemudian, mak (kau sebut mak mertua) mencadangkan mandi air kelapa muda. Sapu daun kapal terbang yang dilumat dengan kunyit di bahagian dadanya. Banyak petua mak.

Kami ikut saja. Usaha itu kan tangga kejayaan.

Nampak ada kurang sikit. Tapi masih muntah-muntah dan keluar kahak yang banyak. Batuknya semakin kurang. Sudahnya, mak jemput Dukun datang ke rumah untuk dimandikan dengan air limau purut yang dijampi-jampi.

Koma.

Semakin kurang panasnya. Semakin bertambah seleranya. Tapi pagi-pagi dia batuk tahap kritikal. Sekembali dari kampung kami jumpa pakar kanak-kanak dan menanyakan masalah yang dihadapi oleh Fifah. Menurut doktor perempuan itu.

Aku rasa dia ada darah keturunan Jawa. Dr. Wong namanya. Tiada apa cuma batuk biasa yang mengakibatkan tekakknya sedikit bengkak. Jika tidak juga pulih, dikhuatiri asma. Kami diberi ubat selsema, buang kahak dan ubat batuk.

Semoga Fifah sembuh dengan kadar segara. Badannya semakin susut nampaknya. Inilah pengorbanan masa, waktu, tenaga dan wang ringgit yang kami lakukan untuk anak kami yang bongsu setakat ini.

17.12.07

OkayU

Tandas lelaki yang penuh memaksa aku bersabar seketika. Sabar, sabar juga. Perut dah tak boleh tahan. Rasa dah nak terkeluar pun ada. Silap-silap boleh terburai kat luar. Mampos! Blink! Aku dapat satu idea. Semasa masuk tandas lelaki tadi, aku nampak satu simbol lelaki juga, sedang duduk atas kerusi roda. Lalu aku buka pintu tandas menuju ke tandas yang satu lagi. Simbol lelaki duduk atas kerusi roda. Ah, legaa... Aku kata.

Tandas OKU bukan selalu digunapun. Luas sungguh tandas itu. Bersih pulak tu. Aku selesa hari itu. Lalu aku keluar setelah menunaikan hajat. Ada wanita di luar. Pandang aku semacam. Aku syak mungkin dia nak marah aku. Apa, dia ingat aku bukan OKU. Aku OKU juga tau! Lalu aku jalan di hadapan dia dalam keadaan tempang. Nasib baik dia tak panggil aku tempang. Kalau tidak, makan penampar dia... "U okay?" dia tanya. "okay U..." Aku jawab.

16.12.07

Umpan memancing

"Itu jam punya, saya selalu pergi mancing. Ada satu kali, saya duduk dekat dua jam mau pulang. Kawan kata dudok lagi satu jam. Saya dudok. Saya campak lagi jauh itu mata kail umpan katak. Lepas itu, saya dapat rasa ada berat. Dapat punya. Saya tarik itu kail. Saya tarik. Saya tarik lagi... Ada sangkut juga. Saya lepas, tarik lagi. Saya main itu joran. Saya lepas tarik lagi. Saya tarik. Dapat! Abang ingat ikan apa saya dapat?"

"Entah"

"Tangan orang bang! Tangan orang sekerat sudah kena potong. Terus saya dan kawan cabut itu jam kalu... Terus report polis. Tak mau datang lagi. Banyak takut woo...!"

"Pergh!"

"Saya kecik-kecik dulu biasa masuk itu estet kelapa sawit. Dulu pun ada duduk itu estet. Itu jam, saya dudok Ayer Molek, Alor Gajah, Melaka. Suka mancing itu jam. Biasala, budak-budak. Saya pasang itu umpan katak. Saya baling ta'da. Saya pasang lagi, saya baling ta'da lagi. Saya heran! Kawan saya toleh belakang dia nampak itu ular. Saya toleh, saya terkejut wo... Ular sawa berdiri kepala besar. Kembang wo. Ini macam. Nasib baik saya hidup lagi bang. Itu kawan saya baca semayang punya kalu. Ular lari. Saya demam wo. Gigil badan."

"Kenapa U demam?"

"Itu bapak saya, balik rumah tanya sama saya. Apa awak nampak sampai ini takut tak boleh cakap?"
"Besar punya"
"Apa awak nampak?"
"Besar pa."
"Apa?"
"Besar..!"
"Apa itu besar?"
"Besarrrr!!"

"Saya tak boleh cakap itu ular. Saya cakap nampak besar. Tiap kali saya jawab besar saya kena tampar. Saya demamlah!"

"O, U demam kena tampar bukan kerana badi ular. Hahaha..."

"Iyala..."

"Oi, itu U cerita tadi, ada buat itu wiring kan Boleh tengok itu lampu ada rosaklah. Kasi baiki.."

Aku terpaksa melayan India ini beberapa jam kerana menunggu kawannya yang membaiki rumah orang lain setelah habis rumah aku dibuat sepah dan habuk-habuk akibat kebocoran tandas. Binawe!

Umpan yang aku guna mengena juga. Walaupun India itu lebih pengalaman memancing dari aku. Dalam hati aku.

"Abang, itu air sejuk ada."
"Abang rokok sebatang... Sorry ar bang! Baru sedap bang itu borak-borak minum air isap rokok." sambung dia lagi.

Ceh! Rupanya aku kena akur, umpan dia lagi dahsyat. Umpon celup tepung!

14.12.07

Mesyuarat yang kita suka

Satu mesyuarat yang memakan sehari itu, saya kesejukan di bilik Ballroom. Dah memang jadi kebiasaan, kalau sejuk-sejuk begitu selalu sangat bocornya. Itu normal bagi lelaki dan abnormal bagi wanita. Kalian faham-faham ajelah, tandas di hotel kadang-kadang boleh tersilap masuk kerana simbol lelaki dan wanita yang direkabentuk hampir-hampir sama. Lagipun pintu masuk dibuat satu, kemudian baru berpecah haluan lelaki dan wanita. Nasib baik saya tak tersilap masuk ke tandas wanita hanya kerana tersilap tengok simbol. Kalaulah saya tersilap, rezeki bagi saya. Manalah tau terpandang wanita bukan Islam kencing berdiri. Hahaha...! Sebenarnya bukan ini saya mahu cerita.


Mesyuarat yang satu lagi juga memakan masa satu hari. Di tengah kota Bandaraya Kuala Lumpur yang kita cintai. Kali ini hanya dengar dan menumpukan perhatian saja. Tak payah nak buat apa-apa. Kalau makan kita pergilah makan, kalau minum kita pergilah minum. Kena pula Hari Jumaat, punya masa rehat yang singkat untuk makan tengahari. Nasib baik boleh sambung makan lepas solat Jumaat. Aduhai, sedapnya! Bos ajak balik awal takut terperangkap dalam kesesakan lalulintas. Aku kata, kita bedal minum petang yang disediakan dululah. Dia kata, tokseh! Sudahnya, kawan Bos nak jumpa petang itu maka tak bolehlah dia balik awal. Huhu... Dan aku dapatlah minum petang dengan juadah yang disediakan. Isi ketam digoreng bersama tepung dengan penyepit ketam menjadi tempat pemegangnya, dicecah dengan sos. Itu yang aku dapat terjemahkan antara juadah yang disediakan. Aduh! Sepit ketam sangkut di bibir bahagian dalam. Khusyuk menikmati juadah.

12.12.07

Rumahku rumahmu jua

Hari itu, saya sengaja mengambil cuti. Melepaskan tekanan kerja. Tekanan kerja, saya ulangi. Strateginya, letak anak-anak kat taska. Saya dan dia pergi berfoya-foya. Huhuhu... Mulanya, dia mengugut saya untuk pergi menonton wayang. Maklumlah, hari Rabu kan ada diskaun harga. Lagipun selepas kami mendirikan rumahtangga tak pernah menonton wayang sehingga kini. Sumpah! Saya tak tipu. Alahai, bestnya menonton wayang dengan orang tercinta sambil memadu asmara. Hah! Fikir yang bukan-bukan la tu! Kami tak senggamalah sekalipun dalam gelap! Paling kuat kami gesel-gesel je.

Lepas jam sepuluh pagi, selesai mengemas rumah yang umpama kandang biawak. Kami pun berniatlah pergi ke mana-mana panggung yang berhampiran. 'Sahaja aku pergi menonton' Setelah rumah kami dikemas barulah nampak umpama istana kayangan.

Hari itu, tiba-tiba saya mengubah fikiran. Terus mengubah haluan.
"Nak ke mana ni?"
"Ikut sajalah..."

Nak tau kami ke mana. Taraaaaa... Kami berfoya-foya di IKEA. Jejak juga dalam 3-4 jam jalan-jalan. Keliling semua pelusuk. Kesian dia, kakinya penat minta diurut.

Yeay! Akhirnya kami berjaya bawa pulang lampu yang berharga RM38 satu set. Lihatlah! Cantik kan? Nak pergi lagilah. Nak beli kabinet kaca pulak. Harganya dalam RM129 je. Hari ini, rumah kami lebih hebat dari istana kayangan. Lebih terang dari semalam. Ya, rumah kami terang-benderang. Sebenarnya, saya minat bentuknya. Punggungnya besar! Wow!

10.12.07

Sampah


Hari ini, saya nak bercakap pasal sampah. Tapak pelupusan sampah di kawasan kajian yang kita suka dah nak penuh! Perlu kena ada satu tapak baru untuk menampung sampah-sampah yang baru dan yang semakin kian melambak-lambak di buang oleh masyarakat pada masa mendatang. Kerana tapak ini akan penuh dalam 2-3 tahun.

"Perlu ke kawasan kajian yang kita suka ada satu tapak pelupusan sampah yang baru? Dah lah kawasan kajian yang kita suka ni kecik!" tanya tuan haji.

"Tak boleh kita buang atau eksport ke tempat lain? ke Jepun ke, Indonesia ke, Singapore ke.." tambah tuan haji lagi.

Ahli mesyuarat tingkap takde respon. Diam membisu.

Dalam sembang-sembang pasukan kajian semasa makan tengahari. Ramai yang bersetuju untuk mengatasi masalah sampah ada dua alternatif saja selain jangan buang sampah. Satu : cadangkan incenarator. Dua : Program kitar semula. Siapa yang mahu terima sampah dari orang lain!

"Di Eropah, sampah-sampah dikutip mengikut kuantiti yang ditetapkan mengikut pengasingan sampah saja dan ada masa-masa tertentu untuk mengutip kertas, plastik, kaca dan sebagainya. Katakan satu orang satu beg. Maka satu beglah orang itu kena buang. Jika lebih sampah akan dipulangkan kembali. Dan jika pada hari itu adalah masa mengutip kertas dan sisa makanan. Buangan lain tidak akan dikutip. Itu di Eropah. Ya, Di Eropah.." terang Mr. IA

"Kalau kita buat di Malaya. Sampah akan dibuang ke rumah jiran pula. Lagi berat! Bukan boleh percaya. Lagipun di Malaya, sampah kita berbeza. Banyak yang basah dari yang kering. Meraka di sana, beli ikan, dah siap potong tinggal masak je. Lagipun singki rumah kita tak dilengkapi mesin 'grinder' untuk menghancurkan sisa." terang Mr. ETS.

"Jangan buang sampahlah!" tegas Mr. A

"Orang akan tetap buang sampah juga... Sebabnya, mentaliti..."

Perbualan kami tak habis-habis diselang-seli hilai tawa dan kepulan asap rokok. Sambil melihat view ke laut. Sudahnya jam pukul 2.30 petang. Woh! Mesyuarat dah mula. Kami meninggalkan meja bulat dengan beberapa helaian tisu dan puntung rokok. masuk ke bilik mesyuarat yang sejuk giler! Kami yakin semasa meninggalkan meja bulat tadi, kami tak tinggalkan sampah.

8.12.07

Blook U1 a gum soljah?

Siapa yang tak tahu blook, nampak sangat tak ikut peredaran masa.

Blook = Blog + Book.
Blood = Blog + Boot.
Bedog = Blog + Dog. Hahaha!

Panas! Blook ini baru saya diterima dari Encik Naga. Sangat efisien. Tahniah! Nanti saya ulas panjang! Tapi untuk pembacaan pertama saya suka mula dari belakang. Err.. maksud saya, muka surat akhir, BAB TUTUP GAM, entri terakhir berbunyi "Hidup ini macam gam. Didatangkan dalam pelbagai rupa bentuk dan fungsi. Want a gum, sol-jah? *Plop!*. Oh ya, lupa saya nak bagitau. Buku ini, maksud saya blook ini bukan menggunakan kata pengantar Bahasa Inggeris. Jangan risau. Tapi, ada beberapa ketul saja Bahasa Inggeris. Huhu...

Kalian boleh dapatkan blook ini dari sini >>> klik sini <<<

5.12.07

Sisa

Sebelum kalian baca. Kalian jangan telan air liur dulu. Foto yang dipaparkan adalah menu yang tinggal sisa. Saja bagi kalian cemburu. Syukurlah majikan saya baik hati. Beliau belanja makan yang sudah kian lama tertunda. Hari itu. Saya makan betul-betul. Betul-betul saya makan. Hari itu juga. Semua baca doa makan dalam hati. Saya tahu! Semua baca dalam hati.

4.12.07

Masak!

Kalau. Saya bilang kalau... Kalau perempuan tidak tahu memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita tak kata apa. Jangan diperbesarkan isu ini nanti mereka terasa hati pula.

"Apalah perempuan, tak pandai masak, siapa entah nak kahwin dengan dia!"

Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawablah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya disuruh menumpukan perhatian pada pelajaran. Setelah duduk di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

"Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya, saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering digunapakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumah tangganya.

Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk jemputan kenduri. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah handal boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak yakin menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

"Kau beli ke makanan ni?" tanya kawan saya.
"Eh, apa pulak. Isteri saya lah masak. Ermm.." saya menjawab.
"Untung awak dapat isteri pandai masak.."
"Kenapa?"
"Sebab isteri saya selalu cari helah untuk tidak masak."

29.11.07

Carum

Saya sibuk dengan urusan duniawi. Saya percaya kalian pun sama juga. Saya tidaklah menuduh kalian berfoya-foya di dunia yang fana ini. Itu cuma perkiraan saya aje. Mana tidaknya, kalian tidak pernah bertanya khabar pun kepada saya. Bukanlah saya mengharap sebab saya pun tak pernah bertanya khabar kepada kalian. Maklumlah di pejabat tak habis-habis saya mengemaskini peta. Di rumah saya pula sibuk mengemas barang-barang yang disepah oleh anak-anak saya. Nakal betul mereka. Hujung minggu sibuk pula membawa mereka berjalan-jalan. Adoi, letih betul rasanya. Nasib baiklah majikan saya mencarum SOCSO untuk saya. Terima kasih majikan!

3.11.07

Rumah terbuka

Sebulan kita berpuasa. Sebulan juga orang Malaya berhari raya. Al-maklumlah, raya pertama sampai raya ke sepuluh balik kampung. Manakala raya yang ke sebelas sampai ke tiga puluh berhari raya bersama orang yang dah balik dari kampung. Oleh sebab kesibukan urusan duniawi. Maka, yang ada hanyalah hari Sabtu atau Ahad. Mana ada masa nak datang beraya rumah jiran-jiran setaman. Selama mana ia terletak di dalam bulan Syawal maka dua hari itulah yang menjadi rebutan orang-orang taman membuat rumah terbuka. Kau bayangkan 22 Syawal itu setaman membuat rumah terbuka. Nasib baik sepuluh buah rumah saja. Senak perut saya dibuatnya. Alahai, 27 Syawal 1428 rumah terbuka kawan saya pula. Saya ingat, saya cup tarikh 29 Syawal untuk rumah terbuka saya. Jemputlah ya...

23.10.07

Angka cawan raya

Ramai juga yang bertanya pada saya.
"Bila mahu buat 'open house'?"

Tapi tak ramai yang bertanya.
"Nak buat 'open house' kena tunggu raya ke?"

Ramai yang risaukan angkasawan negara, bagaimana agaknya beliau hendak membuang air dan beristinjak. Namun tak ramai yang sangat risau bagaimana beliau mengambil wudhuk dan mendirikan solat di ruang atas sana.

Angkasawan.
Angkacawan.
Angkasawan.
Angkacawaaaaan.
Angkasawan lah!
Angkacawaann..., gigit ayah..!
Huh,..
___
Aku sedang cari movie ini. Sebab malam tadi ditayangkan di TV3 aku tak habis menonton. Tajuknya Dhoom2 http://www.youtube.com/watch?v=RkMN-iq13B0

10.10.07

Sampul

Di tanahair kita, ramai yang suka buat persiapan di saat-sat akhir kan? Saya tak tahulah di tanahair orang. Tapi, di tanahair kita ya. Contohnya persiapan untuk Hari Raya Aidilfitri.

Jarum panjang berdiri tegak di nombor dua belas. Jarum pendek di nombor sembilan. Ek eleh, cakaplah pukul sembilan pagi. Saya bergegas ke Bank cap harimau berhampiran. Hajat di hati mahu tukar duit tiga ribu Ringgit Malaysia. Bersekali ambil sampul duit rayalah kononnya. Biasalah bank. Tentu ramai. Tapi kali ini luar biasa ramai. Angka giliran saya yang sifar sifar enam sifar. Sedangkan saya masuk tadi nombor yang dipanggil baru masuk sifar sifar dua sifar.

"Dah habis...Habis!" kata pakcik itu keluar dari bilik di dalam bank cap harimau pertukaran duit raya sambil menunjukkan isyarat tangan dan menggelengkan kepala kepada rakannya.

Semua orang yang memerhatikannya jadi panik. Huh! Dah habis. Punyalah ramai orang beratur menunggu. Maklumlah hari ini hari terakhir bagi kebanyakan orang ramai. Maksud saya, orang kebanyakan seperti saya. Baru masuk angka sifar sifar dua lapan dah habis. Semua orang jadi terpinga-pinga. Itulah, tukar di saat-saat akhir. Ada suara-suara kedengaran dari belakang.

"Apa yang dah habis pakcik?" Brader itu menanyakan pakcik itu sambil mencuit bahunya.

"Sampul. Sampul duit raya." pakcik itu menjawab sambil berlalu di celah-celah orang ramai.

Laaa.. Keluh orang ramai yang menyangka duit raya yang dah habis. Rupanya kekesalan pakcik itu lebih ketara lagi rintihnya apabila sampul duit raya yang habis.

Selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Segala khilaf dan salah saya mohon kemaafaan. Salam lebaran. Jemput datang ke rumah ya. Tahun lepas saya ada bagi alamat di dalam blog ini. Malaslah saya nak tulis lagi. Tapi yakinlah saya ikhlas menjemput.

Nota : Penulis bercuti bermula pada 11-21 Oktober 2007. Hooray!

8.10.07

Biskut raya.

Yeay, hari ini bini bos bagi sebakul kuih raya untuk semua stafnya.

"Takde apa nak bagi Hari Raya ni. Bagi kuih je sorang satu ye."
"Terima kasih puan.."
"Sama-sama. Selamat Hari Raya ye.."

Saya dapat kuih makmur. Mmmphh. Nyum nyum... Sedap agaknya.

Kalau kalian tak sempat buat kuih raya. Beli aje...kalau tidak pun, beli biskut dalam tin tu. Yang timbang punya. Biskut lemak ka, biskut tawar ka, biskut merry ka. Dan hidang di hari raya. Biskut raya lah tu.

5.10.07

Usik-usik di bazar Ramadhan

Hari itu, saya saje suka usik-usik peniaga di Bazar Ramadhan yang saya kunjungi. Usikan pertama saya ialah begini. Memang saya dah nampak tertulis harga rojak buah di situ RM3.00.

"Rojak ni singgit erk?" saya tanya sambil acah dia.
"3 Singgit bang.." dia jawab kelam-kabut.
"Kalau 3 singgit mana lagi dua." saya balas.
"Eh, 3 singgit pulak.." dia melatah.
"Huh!" saya sengih, dia garu-garu kepala.
"Singgit 3 bang. Eh.. Eh.. Tiga hinggit bang.."

Tak tau pulak saya bahawa budak itu melatah.

Usikan kedua saya di gerai jual cendol.
"Bang, cendol dalam jug ni ada lalat. Tak jadilah saya beli..." Lalu saya beredar.

Ya, memang betul ada lalat. Abang tu jadi bengang lalu tukar cendol yang dipamerkan tu.

Usikan ketiga saya begini.
"Bang, beli bang.. Minuman Isotonic."
"Wo, apa ni?" Wo.. Sekaton Rm 10 je..."
"Ya, ya... mulah, mulah"
"Ni produk Singapore ka?"
Sambil membelek-belek tin minuman contoh yang diberi.
"Ini expired date 11 Okt 2007, Sudah expired lah."
"Cing cong cing cong...," dia tanya kawan dia.
"Ini bukan expired date. Ini best before..."
"O, best before. baik sebelum," awek aku bisik ke telinga.
"Tak payah belilah..." Dia kata lagi.
"Saya mahu beli, tapi tak tau apa rasa lah?"
"Ok, sikalang abang boleh ambil satu bagi laselah. Kalau suka esok boleh beli sekaton."
"Yeay!"

Aku dapat satu tin percuma.

4.10.07

Potong

Memang cukup membuatkan saya geram. Potong barisan tak tentu pasal. Alahai pakcik bertopi tarbus. Silalah ikut barisan dan masuk dalam barisan. Dengan selamba aje pakcik potong. Sekali saya luku. Nanti kata saya kurang ajar pulak. Takkanlah pakcik tak perasan barisan panjang. Orang lain pun nak cepat juga. Nak marah orang tua. Nak tegur tak sedap hati pulak. Cakap dalam hati je lah. Sabar ajelah. Tak rugi bersabar. Lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan kan. Lebih baik saya mengalah dari bertelagah kan?

Huh! lagi satu apa motif makcik depan pakcik bertopi tarbus masukkan duit secara uncit dalam akaun yang sama. Aduh, aku tak paham betul lah. Masukkan sekali harung tak boleh ke. Ini betul-betul menguji kesabaran. Ini menguji kesabaran betul-betul.

Kalian dah bayar zakat fitrah? Saya mengingatkan saja.

3.10.07

Roti jon

Awek yang saya suka, suka benar dengan Roti Jon. Katanya roti jon panjang wo... Memanglah roti jon panjang. Kalau pendek, bukan roti jon. Hot dog! Entah bila dia mula meminati roti jon yang panjang itu saya pun hairan. Setahu saya dia selalu beli roti yang satu lagi tiap-tiap bulan.

Semalam dia berpesan, jangan habiskan roti jon atas meja tu...
Ek eleh, macamlah saya nak habiskan. Tak nampak saya makan roti lain ni. Roti yang satu lagi. Alahai roti jon. Kawan saya panggil roti jong. Dia orang ganu. Patutlah.

Carilah ia

Tertidur awal hari ini. Malamnya sunyi dan tenang. Tidak panas dan tidak terlalu sejuk. Kucing pun tak berbunyi di sebelah rumah jiran. Agaknya malam Lailatul Qadar malam itu. Kalaulah betul. Terlepas dan melepaslah...

Ya Tuhan, ampunkan dosa-dosa keluargaku dan saudara-saudaraku serta ibu bapaku. Aku juga ingin memohon maaf ke atas sesiapa saja yang tersentuh atau terguris atau terasa apabila membaca entri-entri yang nakal ini. Ya, maafkan. Selamat Hari Raya, bos tak umum lagi cuti raya. Malu betul bos nak buat pengumuman. Hehehe...

2.10.07

Pengisian

Hari ini saya takut sungguh. Sungguh takut. Di pejabat. Menggigil saya. Perempuan yang lebih berani itu memaki-hamun syarikat insurans tut. Macam-macam perkataan tersembur keluar dari mulutnya. B***h! Tak guna! Itulah antara kata-kata yang kesat. Grrr... Saya menggigil kesejukan kerana talaan penghawa dingin tepat di kepala saya.

Kalau kalian di tempat dia, kalian jua pasti berbuat benda yang serupa. Bulan puasa ini banyak dugaannya kan? Karenah manusia yang tak tentu hala misalnya. Sebenarnya, saya mula-mula bercinta pun di bulan Ramadhan yang mulia ini. Entahlah, saya pun tak pasti samada saya bercinta dengan dia atau cinta pada bulan Ramadhan.

Kuih-kuih Raya yang kita rindu

Nak dekat-dekat raya begini, Maharani begitu sibuk mengira-ngira untuk membeli apa yang patut. Persiapan untuk Raya ujarnya. Misalnya tentang kuih raya. Kuih yang terbayang-bayang mahu dibelinya nanti adalah batang buruk, tat nenas dan kerepek. Alahai, kuih-kuih raya ini kena sebut betul-betul.

"Kuih apa?" Maharaja tanya

"Tat.."

"Apa?"

"Tat Tat!" Maharani menekan suara.


Maharani yang memilihkan sut baju Melayu untuk Maharaja. Kali ini tiada bertatahkan emas atau intan atau berlian atau kilauan labuci. Baju seperti orang kebanyakan. Warna hijau lemon katanya. Tapi Maharaja kata ini warna tanah kosong untuk kod warna kegunaan tanah di Semenanjung Malaysia. Maharani bukan apa, nak sepadankan sut baju kurungnya dan si puteri-puteri kononya. Yeay! Maharaja suka. Inilah baju baru Maharaja.


Soalan uji minda:
Dua orang sedang berjalan bersama-sama. Seorang darinya ialah dewasa dan seorang lagi kanak-kanak. Kanak-kanak itu adalah anak bagi orang dewasa itu tetapi orang dewasa itu bukan bapanya. Siapakah orang dewasa itu?

1.10.07

Ujian

Saya tak pasti saya makan racun atau saya keracunan makanan. Yang pasti hujung minggu lalu, saya banyak kehilangan air dalam badan.

Bbrrrrrb Trrrrr brrrrrrrrrrrr....... Menyembur. Barulang kali saya ke bilik air.

Betul-betul 18 Ramadhan 1428 menguji keimanan saya. Lemah badan saya. Cirit-birit memang melemahkan saraf saya. Alahai...

Soalan pemahaman
Sebuah akuarium telah dimasukkan sebaldi ekor ikan emas. Sejam kemudian 10 ekor ikan emas telah mati, iaitu 10 ekor daripada jumlahnya. Berapa ekor ikankah yang masih tinggal dalam aquarium itu ?

Baju Melayu yang kalian suka untuk dijual

Ini iklan. iklan ini kekal sehingga Hari Raya tahun depan. Entri terbaru ada di bawah.
Promosi. Promosi. Baju Melayu untuk dijual. Tidak terhad kepada orang melayu sahaja. Sila hubungi En. Ahmad (014-2608074). Harga sepasang untuk saiz dewasa RM69.90 Harga sepasa untuk saiz kanak-kanak RM49.90 (Saiz 2, 3, 4, 5, 6) RM59.90 (Saiz 7, 8, 9). Harga tidak termasuk kos pos. Pejabat pos jual sampul pos ekspress RM7. Jika mahu dipos sampai ke ambang pintu rumah kosnya perlu ditambah RM7. Atau kalian boleh tinggalkan menempah pesanan di alamat emel : atochsmart2@yahoo.com atau SMS maklumat berikut:

Taipkan kod produk JARAK bilangan kuantiti yang diperlukan JARAK D (untuk dewasa), K (untuk kanak-kanak) JARAK saiz yang dikehendaki. Cth : #001 Q1 D L. Pembayaran dibuat melalui Maybank2U di nombor akaun 101132436380. Terima kasih



Baju Melayu lelaki dewasa dan kanak-kanak. Teluk belanga dan cekak musang. Jahitan kemas.
Warna : Merah jambu muda (Soft pink)
Kod produk : #001
Saiz Dewasa : S, M, L, XL, XXL
Saiz kanak-kanak : 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9







Baju Melayu lelaki dewasa dan kanak-kanak. Teluk belanga dan cekak musang. Jahitan kemas.
Warna : Krim (Soft peach)
Kod produk : #002
Saiz Dewasa : S, M, L, XL, XXL
Saiz kanak-kanak : 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9





Baju Melayu lelaki dewasa dan kanak-kanak. Teluk belanga dan cekak musang. Jahitan kemas.
Warna : Ungu muda (Soft purple)
Kod produk : #003

Saiz Dewasa : S, M, L, XL, XXL

Saiz kanak-kanak : 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9





Baju Melayu lelaki dewasa dan kanak-kanak. Teluk belanga dan cekak musang. Jahitan kemas.
Warna : Biru laut (Blue turqoise)

Kod produk : #004

Saiz Dewasa : S, M, L, XL, XXL

Saiz kanak-kanak : 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9






Baju Melayu lelaki dewasa dan kanak-kanak. Teluk belanga dan cekak musang. Jahitan kemas.
Warna : Biru gelap (Blue black)

Kod produk : #005

Saiz Dewasa : S, M, L, XL, XXL

Saiz kanak-kanak : 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9




Baju Melayu lelaki dewasa dan kanak-kanak. Teluk belanga dan cekak musang. Jahitan kemas.
Warna : Kelabu asap (Soft Grey)
Kod produk : #006
Saiz Dewasa : S, M, L, XL, XXL
Saiz kanak-kanak : 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9





Baju Melayu lelaki dewasa dan kanak-kanak. Teluk belanga dan cekak musang. Jahitan kemas.
Warna : Hijau kebiruan (Aqua)

Kod produk : #007

Saiz Dewasa : S, M, L, XL, XXL
Saiz kanak-kanak : 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9





Baju Melayu lelaki dewasa dan kanak-kanak. Teluk belanga dan cekak musang. Jahitan kemas.
Warna : Hijau pucuk (Bright green)
Kod produk : #008
Saiz Dewasa : S, M, L, XL, XXL
Saiz kanak-kanak : 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9





Baju Melayu lelaki dewasa dan kanak-kanak. Teluk belanga dan cekak musang. Jahitan kemas.
Warna : Hijau daun (Green)

Kod produk : #009
Saiz Dewasa : S, M, L, XL, XXL
Saiz kanak-kanak : 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9





Baju Melayu lelaki dewasa dan kanak-kanak. Teluk belanga dan cekak musang. Jahitan kemas.
Warna : Hijau lemon (Lime green)

Kod produk : #010

Saiz Dewasa : S, M, L, XL, XXL

Saiz kanak-kanak : 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9





Baju Melayu lelaki dewasa dan kanak-kanak. Teluk belanga dan cekak musang. Jahitan kemas.
Warna : Jingga (Light orange)
Kod produk : #011
Saiz Dewasa : S, M, L, XL, XXL
Saiz kanak-kanak : 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9






Baju Melayu lelaki dewasa dan kanak-kanak. Teluk belanga dan cekak musang. Jahitan kemas.
Warna : Coklat (Brown)
Kod produk : #012
Saiz Dewasa : S, M, L, XL, XXL
Saiz kanak-kanak : 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9





Nota :
Sebagai panduan disertakan maklumat saiz untuk rujukan ukuran badan (dari bahu ke bahu) seperti berikut:
Dewasa [S (17 inchi); M (18 inchi); L (19 inchi); XL (20 inchi); XXL (21 inchi)]
Budak [2 (11.5 inchi); 3 (12 inchi); 4 (12.5 inchi); 5 (13 inchi); 6 (13.5 inchi); 7 (14 inchi); 8 (14.5 inchi); 9 (15 inchi)]

***

Cepat. Stok terhad!

27.9.07

Petua tahan lebih lama

KELAPA PARUT
Untuk lebih tahan lama selama 2 tahun. Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja. Gunakan pada 31 December 2007. Dan sebelah lagi pada 1 Januari 2007. Wah? tahan sampai 2 tahun kan?Jangan lupa hujung tahun nie cuba tau.

NASI/LAUK
Biar tahan lebih lama, jangan gunakan jari pasal jari kita ada bakteria. Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.

BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS
Barangan emas bila dah terlalu banyak dikenakan zakat. Tapi kalau untuk lebih 'tahan lama'...bayar la zakat untuk barang kemas tu. Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi. Padan muka korang... hahaha!

PAKAIAN
Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat dan elak guna washing machine... Jangan jemur bawah terik mentari elak guna bleach. Gantung bila disimpan. Cuci guna air jeram/hujan. Jangan bagi pinjam kat kawan! Kalau boleh pakai baju member, baju sendiri simpan elok-elok.

KERETA
Lepas beli, simpan kat garaj. Bungkus elok-elok. Jangan bagi angin masuk. Jangan bagi habuk masuk. Jangan bagi wap air masuk. Pagi-pagi panaskan enjin dan hari-hari lap kereta. Bayar loan bulan-bulan sampai abis loan. Gerenti kereta tahan lama.

KENYANG
Kalau nak tahan lama, sebelum makan baca bismillah dan doa. Akhir makan, doa dan ucap alhamdullillah. Jangan jadi macam setan.

UMUR
Umur nak tahan lama?. Jangan Merokok! Rokok nak tahan lama?. Jangan Hisap!.

TIDUR
Nak tahan lama tak tidur malam - senang aje jangan tidur.

HUBUNGAN
Bertahan lama dalam persahabatan/hubungan. Jujur dan ikhlas.

KUIH RAYA
Kuih raya kalau nak tahan lama, melantak bebanyak sikit. Kalau orang datang rumah beraya kasi tapaukan dia sekali kuih-kuih raya tu. Ini bermakna tak la membazir. Kalau simpan lama sangat nanti kuih jadi tengik. Lepas tu nak kena buang, jangan jadi setan, membazir amalan setan.

PUASA
Gerenti lapar kan, kalau nak "tahan lama" bebanyakan beribadat" jangan asyik nak bercerita pasal baju raya ke, kuih raya ke atau pun mengumpat.

KERJA
Kerja kalau nak "tahan lama" jangan asyik nak baca email atau blog aje macam korang. Dah tak ada kerja lain ke. Kalau Bos nampak tak pasal-pasal kena buang kerja. Padan muka!


Sebenarnya, saya nak kongsi dengan kalian yang sudah berumah tangga untuk bertahan lebih lama. Sungguh! Saya tak tipu.
KLIK SINI


Nota : Saya dapat bertahan lebih lama dari biasa. Dia tak boleh tahan! Saya suka. Dia gembira. Hahaha...




****
Solan pemahaman :

Dalam sebuah sangkar terdapat 44 ekor haiwan yang terdiri daripada arnab dan itik.
Jumlah kaki yang terdapat pada haiwan di situ ialah 100 batang.
Ada berapa ekorkah itik dan arnab dalam sangkar itu ?

26.9.07

Ditemubual oleh wartawan

Dalam satu sidang media, saya ditanya oleh seorang wartawan. Tabloid mana saya dah lupa. Saya jawab sejujur mana yang boleh. Soalannya berbunyi begini:

Satu. Apakah bidang kerja dan tanggungjawab yang dipikul oleh anda?

Soalan ini nampaknya ada dua kehendak. Satu, bidang kerja. Dua, tanggungjawab. Pertama, kita bercakap dulu mengenai bidang kerja. Bidang kerja saya ialah perancang bandar dan wilayah. Maksudnya, memikul profesion atau kerjaya sebagai pegawai perancang bandar dan wilayah. Tak kira apa pangkat sekalipun, saya mahu pertekankan di sini sebagai pengamal perancang bandar, skop dan bidang kerja yang dilakukan amat luas, lebih-lebih lagi dalam sektor swasta. Saya berada di sektor swasta atau dengan kata lain bekerja di firma perunding perancang bandar. Maka, bidang kerja yang dilakukan adalah tertakluk kepada projek-projek yang diperolehi daripada pelanggan yang terdiri daripada pihak kerajaan, badan berkanun, pemaju, pihak swasta dan orang-perseorangan. Itupun jika majikan memperolehi projek berkenaan. Bergantung kepada projek yang diperolehi. Apa yang saya lihat, bidang kerja utama yang saya lakukan. Maksud saya pengamal perancang banadar. Ia terbahagi kepada dua bahagian yang utama iaitu kerja-kerja penyelidikan perancangan dan kerja-kerja pemajuan untuk mendapatkan kelulusan kebenaran merancang. Perlu saya huraikan satu-persatu. Pertama, kerja-kerja penyelidikan perancangan. Bidang kerja ini lebih kepada kerja penyelidikan seperti membantu Pihak Berkuasa Tempatan atau Jabatan Perancangan Bandar dan Desa di bawah portfolio Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menyiapkan kajian-kajian seperti Rancangan Pemajuan sesuatu kawasan (Rancangan Stuktur, Rancangan Tempatan, Rancangan Kawasan Khas dan seumpamanya) jika diminta. Kajian-kajian ini selalunya besifat jangka panjang. Selain itu, kajian-kajian berbentuk jangka pendek seperti penyediaan garis panduan, kajian kualiti hidup desa, kemampanan bandar dan sebagainya. Yang mana peruntukannya di bawah 50k. Di mana kajian-kajian sebegini lebih fokus kepada subjek-subjek tertentu. Kedua, kerja-kerja yang melibatkan pemajuan untuk mendapatkan kelulusan kebenaran merancang daripada Pihak Berkuasa Tempatan jika diminta oleh pihak pelanggan. Dalam hal ini, dua skop utama perlu dilakukan iaitu penyediaan pelan susunatur seperti yang dikehendaki dan penyediaan Laporan Cadangan Pemajuan sebagai dokumen yang menyokong pelan cadangan tersebut. Begitulah secara ringkas bidang kerja saya selaku pengamal perancang bandar. Saya harap tidak lari jauh dan berada di landasan yang betul.

Kedua, tanggungjawab yang saya pikul selaku perancang bandar yang masih muda ini dan bekerja makan gaji maka sepenuhnya, maka tanggungjawab saya adalah tertakluk kepada arahan dan permintaan daripada majikan saya. Kendatipun, jika saya diberi tanggungjawab untuk mengendalikan satu-satu kajian misalnya maka tanggungjawab saya memastikan bahawa kajian itu dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan, mengendalikan bahan-bahan untuk dibawa ke mesyuarat, melaksanakan tugas yang diberi dengan penuh dedikasi dan rasa tanggungjawab. Maka, saya rasa itu tanggungjawab saya. Oleh yang demikian, saya akan memastikan majikan saya rasa berpuas hati dengan hasil kerja saya dan jika ada orang yang membantu kerja-kerja saya, maka saya akan memberi kerja-kerja yang bersesuaian dengan kemampuannya dan memantau kerja-kerjanya. Maka tanggungjawab saya memuaskan hati saya sendiri di samping majikan dan persekitaran saya. Selain daripada tanggungjawab itu, terdapat beberapa tanggungjawab lain yang saya pikul contohnya seperti urusan surat-menyurat, tuntutan kewangan projek kajian serta wakil majikan untuk menghadiri mesyuarat-mesyuarat dan sebagainya. Pendek kata, selama mana saya rasa saya boleh lakukan maka ia merupakan satu amanah yang besar bagi saya.

Dua. Kenapa suka dengan kerja ini?

Soalan ini bunyinya macam memerangkap. Buat masa ini, saya belum pernah ekpresikan lagi bahawa saya suka dengan kerja ini. Saya belum bertepuk atau saya melonjak kegembiraan kerana kerja. Tapi, apa yang boleh saya kata ialah saya bersyukur dan minat dengan kerja yang saya lakukan selama ini. Dalam jiwa saya berkata melakukan sesuatu kerja dengan penuh keikhlasan bukan keterpaksaan maka apa saja kerja yang kita buat pasti menjadi. Buat masa ini, nak kata suka sepenuhnya tidaklah. Sebab, kadangkala ada kerja-kerja yang saya terpaksa lakukan walaupun saya tak suka. Sungguh. Saya bercakap benar. Ada yang saya suka. Ada juga yang saya tak suka. Tak perlulah saya huraikan di sini agaknya. Sebabnya, dah masuk lima hingga enam tahun saya bergelumang dan belajar dalam dunia perancangan maka saya harus keluar dan perlu aplikasikan ilmu yang saya belajar dalam dunia sebenar. Jika tidak sia-sialah saya menuntut ilmu sebegitu lama namun tidak dipraktiskan. Maka, tidak dapat tidak saya tergolong dalam kerja-kerja yang melibatkan pelan. Bila disebut pelan ia bermaskud termasuklah laporan, lakaran, peta dan model. Sudah hampir enam tahun saya berkecimpung dengan arena kerja yang saya lakukan maka timbul lah rasa minat saya dan keikhlasan dalam diri saya untuk saya lakukan kerja-kerja ini secara konsisten dan berdisiplin. Apa yang lebih mustahak bagi saya adalah bukan suka kepada kerja tetapi suka kepada persekitaran kerja termasuklah majikan, rakan-rakan sepejabat, peraturan pejabat dan seumpamanya. Selain itu, sudah tentulah pendapatan atau gaji yang diperolehi adalah setimpal dengan kerja yang dilakukan. Maka, perasaan kita akan jadi gembira dan melompat bersorak setiap hari apabila datang ke pejabat. Untuk itu, buat masa ini bolehlah saya katakan saya berada di zon selesa untuk kerja yang saya lakukan. Barangkali saya perlu mencari zon yang lebih selesa untuk masa depan saya. Tunggu sajalah.

Tiga. Sikap anda terhadap kerja?

Soalan ini sangat subjektif. Jika ditanya mengenai sikap sudah tentulah saya menjawab yang positif belaka. Tak perlu saya huraikan yang negatif. Namun, secara jujur saya boleh katakan di sini, saya begitu optimis terhadap kerja saya. kalau diberi tugas, saya lakukan dengan bersungguh dan serius. Bukan main-main, sambil lewa dan carca-merba. Namun, kadangkala ada yang tidak menghargai hasil kerja orang lain. Saya bukan mencari pendapatan berlipat ganda tapi apa yang saya cari adalah kepuasan dalam bekerja. Buat apa kita bekerja dengan gaji empat lima angka tapi hati kita rasa tak tenang dan tenteram. Dan kita tidak dapat enikmati kehidupan sosial di luar sana. Lagi satu, saya rasa kerja yang diberikan kepada saya adalah milik saya bersama majikan saya. Jadi, saya sematkan dalam diri saya bahawa ini semua adalah untuk meningkatkan pengalaman diri dan untuk menyumbangkan sesuatu yang berguna kepada syarikat dan majikan saya. Itu yang saya pegang. Saya mahukan situasi menang-menang. Sudah tentu, dalam kerja ada stress atau tekanan tapi itu bukan halangan. Hadapi tekanan itu adalah biasa. Tapi, bagaimana kita menghadapinya itu kita perlu belajar dengan cara yang luar biasa. Saya juga, tidak boleh duduk saja kalau tiada apa kerja yang dilakukan. Ingat, kerja tak datang pada kita tapi, kita datang untuk mendapatkan kerja. Berpegang kepada itu, apabila saya tidak mempunyai kerja di pejabat, saya sering memomokkan majikan agar ada apa kerja yang saya lakukan untuk dilangsaikan. Apa yang penting kita perlulah positif. InsyaAllah, aura positif menghasilkan kerja yang memberangsangkan dan da-Bomb! Tebabo!

Empat. Harapan anda terhadap kerjaya ini pada masa hadapan?

Saya yakin dan percaya bahawa, bidang perancangan ini kerjanya tak pernah habis. Selama mana dunia belum kiamat dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa tidak dirombak. Namun, bagaimana kita mendapatkan kerja itu persoalan kedua. Maka, apa yang boleh saya letak di sini adalah saya perlu membina kerjaya saya sedikit demi sedikit untuk menimba seberapa banyak ilmu dan pengalaman bagi persediaan saya sendiri berhadapan dengan dunia luar. Manalah tahu satu hari nanti saya akan membuka firma perunding perancang bandar saya sendiri. Doakanlah saja. Sudah tentulah pada masa itu, sayalah majikan dan saya juga pekerja. Sebenarnya inilah peluang besar yang saya harus rebut untuk mengembangkan kemahiran dan keupayaan saya dalam kerja-kerja perancangan. Tak semua nampak ini. Cuma, saya ingin meletakkan harapan saya di sini bahawa semoga di masa-masa akan datang profesion perancangan bandar ini dianggap profesion yang cukup mustahak dan sangat penting dalam merencanakan sesuatu kawasan atau di mana ia duduk sekalipun. Di jabatan ka, di PBT ka, di swasta ka. Ia dianggap terulung dan terbilang. Dan semua orang tahu peranan yang dimainkan olehnya. Semoga kerjaya kita dapat dipertahankan dan dipromosikan agar ramai yang lebih mengenali kerjaya kita. Alhamdulillah, sekarang kerjaya kita diakui di Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) untuk mengendalikan Pusat Sehenti yang diletakkan di Pihak Berkuasa Tempatan. Kerjaya kita serba boleh pastinya. Saya harap pada masa hadapan, skop kerjaya ini lebih meluas agar banyak peluang-peluang yang diperolehi. Carilah kelebihan dan nilai tambah untuk bidang kerjaya kita.

Santap bersahur

Jam loceng sudah dikunci kira-kira jam empat pagi. Maharaja mendengar jam betul-betul hampir di gegendang telinga beliau. Maharaja tersentak lalu bangkit dari beradu. Kemudian, Maharaja mengejutkan Maharani yang masih lagi beradu dengan penuh sopan dan tertib. Sanggul yang dipakainya masih tertancap dibalutan rambutnya yang panjang.

Maharani bangkit.

Wajahnya berserabut kerana rambutnya mengerbang. Sanggulnya terlucut. Sambil menggosok-gosak mata. Maharaja mengajak Maharani bersahur bersama.

Maharaja mempersilakan Maharani untuk santap bersahur. Maharaja tak panggil dayang-dayang. Maharaja layan sendiri. Bukan Maharaja kata diri Maharaja bagus. Tapi entah kenapa sahur pagi itu Maharaja cukup bersemangat waja. Selepas sahur Maharaja memerintahkan Maharani untuk sambung beradu. Biarkan Maharaja yang urus segala. Maharaja harap, Maharani bersyukur dapat hidup sebumbung dengan beliau kerana tak selalu Maharaja buat begini. Hampir-hampir Subuh, Maharaja dan Maharani mahu bersiram. Seawal jam lapan pagi Maharaja mahu bersemayam pula.

25.9.07

R:179; G:255; B:64

Cuaca panas memaksa kami membeli air dua bungkus di bazar Ramadhan. Air kacang soya panas bewarna susu dan air buah naga yang warnanya magenta. Lagipun bukan selalu dapat beli air bewarna-warni begini. Semalam, kami beli air honey dew warnanya hijau pucuk pisang (Kod warnanya R:179; G:255; B:64). Sungguh.

Lalu kami berjalan-berjalan lagi mencari apa yang sedap di tekak. Awek yang ada tahi lalat menemani aku kata dia mahu beli murtabak. Aku rasa dia tak mengidam. Aku rasa juga aku tak buat dia. Jadi, aku layan. Sampai di gerai murtabak aku pandang papan tanda gerai. Murtabak ayam & daging RM2.50. Bang beli bang murtabak. Aku kata, bagi murtabak ayam & daging. RM2.50 kan? Tauke gerai murtabak tersengih. Dia kata salah tulis. Ah! Aku kata, tak kira. Aku nak jugak murtabak ayam & daging. Aku kata kat tauke, lain kali jangan silap tau ganti perkataan dan perlu ditukar kepada atau. Awek yang ada tahi lalat menemani aku, beli satu murtabak daging. Aku bayar. Aku kata pada tauke itu, selamat berbuka. Dia senyum. Maknanya, dia tak marah.

Berbalik kepada cerita air. Waktu berbuka aku lebih banyak minum air dari menjamah makanan. Lepas secawan, secawan air diteguk. Sudahnya satu jug aku tibai air kacang soya. Setengah jug air buah naga. Aku kekembungan air. Bila perut aku digoncang bunyi air soya dan air buah naga berkocak seperti ombak memecah pantai berbatu lagaknya. Kalau aku gemuk sekalipun, aku masih kecak kerana aku diklasifikasikan gemuk air. Bukan gemuk gedempol.
___

Soalan Kefahaman:

1) Pemberian bonus harus diberi kepada semua kakitangan kerajaan, swasta dan kilang-kilang akibat kos sara hidup yang semakin meningkat. Harga barang semua dah naik kan? Adakah anda bersetuju?

2) Benarkah seekor lipas boleh hidup selama tujuh hari walaupun kepalanya dah tertanggal?

24.9.07

Sejuk betul

"Kerja apa tu?"

"Ishk.. ishk.., kerja saya merbahaya pakcik."

"Kerja apa itu nak?"

"Siang malam tak boleh tidur..."

"Yela, kerja apa?"

"Supervisor. Menjaga Bangla."

"Kenapa?"

"Kalau tak dijaga mereka r***l anak gadis orang..."

Bukan ini yang saya mahu cerita. Saya mahu cerita yang ini.

Malam tadi hujan lebat. Lebat sungguh. Sejuk. Saya tidur. Merengkuk seperti udang dibakar. Saya tak berselimut. Kasihan saya tiada siapa yang memeluk. Grrr... Grrr... Sejuknya, getus hati kecil saya.

21.9.07

Mak Aji

Saya punya hajat juga selama ini. Hajat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD. Tapi saya fikir-fikir balik. Untuk apa ya? Entah. Kemudian apabila saya pulang ke tanahair dah tentu saya risau. Sebab ramai orang panggil saya doc konotasi untuk Dr. Bunyinya macam dog kan. Sebab itu saya malas nak sambung PhD. Takut dipanggil bull dog. Kah kah kah... Sebenarnya bukan ini saya nak cerita.

Begini. Dulu. Depan rumah saya. Ada orang warga emas tinggal situ. Sendirian. Namanya Mak Aji. Itu nama panggilannya. Nama betul saya tak tahu. Sebab tak pernah tanya.

Kadang-kadang dia bertandang ke rumah untuk sembang-sembang dan mengisi masa lapangnya. Dia tak nyanyuk dan masih boleh mendengar. Mak Aji gigi dah kurang. Hisap rokok jenama kuda putih.

"Mak Aji sekarang umur berapa?"
"Sepuluh tahun."

Menurut anaknya, umur Mak Aji hampir menjangkau seratus tahun.

al-Fatihah untuk Mak Aji. Mak Aji meninggal tidak dibunuh dengan kejam. Dia pergi dengan tenang.

***
Soalan kefahaman:
1. Berapakah umur sebenar Mak Aji ketika dia meninggal dunia?
Jawapan : 96 tahun.

20.9.07

Wirawati v1.1

Kali ini perigi yang satu lagi.

Airnya tiga suku penuh. Dalam sungguh. Perigi ini jarang orang kampung guna. Adik main jenguk-jenguk ke dalam perigi. Main gema suara. Hoi. hoi.. hoi.. Perigi jawab hoi hoi hoi. Ho ho ho, perigi jawab balik ho ho ho. Adik jakun dengar gema suara dalam perigi.

Sedang kepalanya menjenguk ke dalam perut perigi. Entah bagaimana adik terjerumus lalu tercebur. Emak nampak adik termasuk dalam perut perigi. Emak bergegas dan terus menyelamatkan adik walaupun ketika itu emak berkain batik dan kemeja T cuma. Emak tak sempat nak tukar swimming suit

Sekali lagi emak jadi wirawati kampung. Tak ramai yang tahu.

19.9.07

Wirawati v1.0

Balik ke mesin masa era 80an.

Emak sering membasuh pakaian di perigi. Setiap pagi. Perigi milikan bersama orang Kampung Sri Rajawali. Kalau emak pergi membasuh. Adik akan ikut bersama membontoti emak.

Emak sibuk membasuh. Adik pula sibuk main tarik-campak timba. Timba berat. Adik tarik. Adik terikut sama ditarik timba. Ditelan perigi. Adik melolong. Meronta kelemasan. Emak toleh adik dah hilang. Emak panik. Lihat adik terkapai-kapai dalam perut perigi. Emak terjun katak. Masuk sekali dalam perut perigi.

Gedebush!

Emak berjaya selamatkan adik. Umur adik panjang. Emak selamat. Adik selamat. Tercungap-cungap di tepi gigi perigi. Hua hua huu hua huu... Emak dan adik menarik nafas.

18.9.07

Bekerja itu satu ibadah

Saya suka pada bos saya. Bos saya memberi gam kertas bewarna kuning yang diberikan kepada setiap seorang kakitangannya. Dia juga memberi gaji tak pernah lewat. Bos saya tahu saya banyak kerja. Tapi saya tak pernah bagitahu dia bila kerja saya ini nak habis. Saya tak pernah bagi tahu bos saya saya bekerja di pejabatnya adalah ibadah. Dia pula sering menyangka saya makan gaji buta. Oh tidak! Bos saya orang yang baik. Dia tidak pernah berprasangka. Kerana dia dah pergi haji ke Mekah. Bersih dan suci dan tulus murni. Haji mabrur. Terima kasih kepada bos kerana memberi pulang awal sepanjang bulan Ramadhan. Untuk makluman pukul empat petang saya dah tiada di pejabat. Saya mahu bersiap pergi bertadarrus.

"Macamana bunyi ikan?" "Ikan mana pandai bercakap."


"Tauke! Ini ikan apa nama?" saya.

"Ini ikan nama tiger fish. Halimau." Tauke itu.

"Wow! Cantik arrr. Bagi saya sebelas ekor." saya.

"Kenapa mau sebelas ekor?" Tauke itu.

"Entah. Koma. Oh ya, bagi saya makanan dia sekali ya." saya.

"Ini bagus bos, tada keruh air punya." Tauke itu.

***
Dua hari saya dah bela ikan harimau (tiger fish) yang berenang-renang cantik di dalam akuarium yang baru saya beli guna duit saya sendiri. Malam saya tengok. Siang saya jenguk. Tenang jiwa saya tengok ikan-ikan itu berenang dan bunyi deruan mesin oksigen mengeluarkan buih-buih. Suka saya betul. Suka betul saya. Tak makan dan tak minum pun tak apa. Saya rela. Masuk hari ketiga saya pulang dari kerja saya lihat kesebelasan ekor ikan saya dah timbul. Bukan mati cuma wal kojolol kapus tertonggeng. Nampak sangat saya tak pandai lagi membela ikan harimau. Mereka mati kerana makan terlalu gelojoh dan berebut-rebut yang diberi oleh saya. Kah kah kah, awek yang saya suka giler mentertawakan saya. bukan nak beri semangat langsung pada saya. Tapi tak apa. Saya tak kecewa.

Soalan kefahaman.
1. Apakah punca sebenar kematian ikan itu walaupun anti klorin sudah dimasukkan dan mesin oksigen sepanjang masa dihidupkan?
2. Adakah membela ikan hiasan merupakan hobi baru penulis selain menternak ikan air tawar?
3. Macamana bunyi ikan?

16.9.07

Leleh

"Boleh minum lagi tak?"

"Orang kejut kul empat setengah tak nak bangun. Sekarang dah pukul lima setengah dah oi."

Pap! Empat Ramadhan saya terlewat bangun sahur, angkara malas nak bangun dikejut oleh awek saya. Adoi menyesalnya sebab saya termimpi-mimpi air sirap bandung malam itu.

14.9.07

Kaki

Ini kaki orang lama. Ini lama kaki orang.


Ini kaki meja dan kerusi baru. Ini baru kaki meja dan kerusi.

Hari ini tajuk khutbah Jumaat di tempat saya ciri-ciri orang yang bertaqwa.


12.9.07

Lahupa sepopit

Sebenarnya pada hari ini saya baru teringat bahawa pada 7 Sept 2007 adalah hari Anniversary kami yang ke empat. Lupa saya. Woh , lama juga kami bertahan. Ada petuanya untuk tahan lama. Pada hari itu saya terlupa kerana jam alarm di rumah tidak mengingatkan saya. Telefon bimbit pun tidak disetkan. Hari itu juga saya 'outstation'. Maafkan saya ya. nampak sangat tak berapa penting bagi saya. Tapi, kenapa hampir seminggu baru saya ingat semula. Itu pun kira bagus kan? Daripada tak ingat langsung. Macam kawan saya. Dah bercerai pun!

"Okey, okey... Apa pentingnya hari Anniversary kepada kita" aku bertanya pada awek aku yang bertahi lalat separa hidup rapat di bawah lubang hidung kiri.

"Pentinglah. Sebab segalanya bermulanya. Mmm.." dia kata.

"Habis apa yang awak mahu?" aku bertanya pada awek aku yang bertahi lalat separa hidup rapat di bawah lubang hidung kiri.

"Dulu, saya minta durian." dia kata.

**
Imbasan permintaan Anniversary ketiga.

Pada hari itu, saya singgah di tepi jalan yang menuju ke rumah saya untuk membeli buah durian yang dijual di situ. Lalu saya menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan (saya agak berdasarkan slanganya).

Saya : "Bang harga durian ini sekilo berapa?"

Orang Asli : "yang ini.. sepopit sebiji"

Saya kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa Orang Asli (kan saya dah kata) itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu. Lalu saya buat-buat tahu dan cuba menawarnya.

Saya : "Bang.. Boleh kurang sikit tak"?

Orang Asli : "Boleh aje, nak kurang berapa?

Saya : "Lahupa.. boleh ya!"

Penjual orang asli itu kebingungan. Lalu bertanya pada saya.

Orang Asli : "Lahupa itu berapa?"

Saya : "Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?"

**
Baiklah, untuk Anniversary kali ni, saya hadiahkan U (sebenarnya saya panggil sayang) bunga. Untuk bunga lebih tahan lama U bingkaikan sebagai kenangan ya (rujuk gambar bawah). Suka tak? Suka tak? Dia senyum sambil angguk-angguk. Sukalah tu maknanya.



Seiring dengan datangnya Ramadhan maafkanlah saya seadanya. Jika saya ada hutang dengan kalian tolong ingatkan saya. Kan saya ni pelupa orangnya.

Nin Jiom Pei Pa Koa


Hari ini saya kurang sihat. Saya batuk-batuk, tekak perit, selesema dan pening-pening. Saya bukan tak mahu jumpa doktor. Doktor yang tak mahu jumpa saya. Nanti kalau jumpa. Doktor pasti bagi ubat berbotol-botol. Selalu, kalau saya minum ubat saya guna picagari. Kalau saya minta doktor ubat dia tak bagi saya picagarinya sekali walaupun saya minta berkali-kali. Jahat betul doktor itu. Itu yang saya malas. Kalau anak saya jumpa pun begitu. Macamlah saya nak guna picagari tu untuk suntik hormon.

Akhirnya, saya ambil keputusan membeli ubat batuk cap ibu dan anak. Atau kalian sebut Nin Jiom Pei Pa Koa. Ia menjadi pilihan saya. Ikut kata hati. Lagipun anak saya semuanya batuk juga. Sesuailah kiranya. Saya cari juga kalau-kalau ada ubat batuk cap ayah dan anak. Sebab saya kan seorang ayah. Bukan seorang ibu. Untuk pengetahuan kalian, ubat batuk ini dibuat daripada 15 daun-daunan herba tradisonal Cina dicampur madu. Ayat ini yang bikin saya tertarik barangkali. Alahai.., kesudahannya batuk saya tak lega-lega lagi walapun ubat batuk cap ibu dan anak dah masuk separuh botol. Madu lebah juga dah habis suku botol. Air badak habis dua botol. Air masak berbotol-botol.

Janganlah batuk saya ini berlarutan kerana 13 Sept 2007 sudah mula berpuasa. Saya tak suka mencari alasan untuk tidak berpuasa. Lagipun saya sudah pecah rekod 22 tahun berpuasa penuh berturut-turut. Semoga saya masuk syurga. Agaknya itulah hadiah yang paling berharga buat saya kerana sepanjang puasa penuh saya tak pernah meminta dan diberi hadiah oleh sesiapa. Doakan saya. Akhir kata, selamat berpuasa. Semoga ia dapat meningkatkan amalan kita.


10.9.07

Belajar Mengenal Haiwan.

Kali ini penulisan bergambar. Mari belajar mengenal haiwan yang anak kita suka dan tak suka.
"Babi babi!"
"Ayah tengok budak ni cakap babi."
"Camne budak tau itu perkataan ko**r?"
"Tauke babi punya pasal"

Hippo. Badak Air.

Dog. Anjing.



Horse. Kuda.

Girraffe. Zirafah.




Snail. Siput.



Cow. Lembu.



Panda. Panda.



Sheep. Kambing Biri-biri.



Elephant. Gajah.



Koala. Beruang Kutub.



Camel. Unta.



Mole.



Bear. Beruang.



Bird. Burung.



Swan. Angsa.



Zebra. Kuda Belang.



Owl. Burung Hantu.



Rhino. Badak Sumbu.



Dino. Dinosaurus.



Peacock. Burung Merak.



Ladybird. Kumbang.



Parrot. Burung Kakaktua



Ant. Semut.



Kangaroo. Kangaru.



Cuttlefish. Sotong Kurita.



Spider. Labah-labah.



Crab. Ketam.



Chicken. Ayam.



Fox. Musang.



Whale. Ikan Paus.



Tiger. Harimau.



Goat. Kambing.



Frog. Katak.



Bees. Lebah.



Pig. Babi.



Anda boleh susunkan gambar-gambar ini secara menurun, haiwan yang paling popular dan sensasi masa kini letakkan di atas manakala haiwan yang paling kurang popular dan sensasi letakkan di bawah. Selian itu, anda juga boleh mencari bintang yang sebanr seperti yang ditunjukkan di dalam gambar untuk melabelkan haiwan tersebut samada halal atau haram. Banyaklah boleh belajar jikalau anda kreatif.