27.2.09

Perancang utama pakai jersi nombor 11

Baiklah. Gua sebelum ni ada bagitau bagaimana implikasi penukaran posisi dalam barisan pemain boleh menjejaskan mutu permainan bola sepak negara kita. Negara Malaysia yang kita cintai ini. Seterusnya, implikasi ini menjejaskan permainan bola sepak negara lalu merosot sedikit demi sedikit. Meluat. Lalu barai terburai.

La ni, gua nak sentuh pasal pemain yang bertindak sebagai perancang utama dalam permainan. Ya, sangat perlu seorang pemain bertindak sebagai perancang utama. Jurulatih harus peka dalam hal ini. Ya, perancang utama dalam percaturan ini, jurulatih tak boleh memandang lekeh. Harus memandang serius. Jangan serius dengan memandang gender. Kerana perancang utama, dia ada kemahiran analitikal, berfikir secara kritis, pengatur strategi, stamina yang tinggi dan sangat agresif. Selalunya perancang utama pakai jersi nombor 8. Kadang-kadang nombor 9. Kadang-kadang nombor 11. Bergantung kepada satu-satu pasukanlah.

Jurulatih! Dengar sini baik-baik. Gua bukan nak provok mana-mana pihak. Gua pun bukan nak membidas arahan jurulatih. Tapi, barang diingat, perancang utama dalam permainan hang tak boleh main letak je, ikut mana hang suka. Lokasi yang paling strategik patut hang letak di wilayah tengah. Bukan di tengah-tengah dalam wilayah timur. Nampak tak perbezaan lokasi tu. Lakasi di atas kertas dengan lokasi realiti tak sama jaraknya tau. Ia memberi implikasi yang besar. Kalau hang jadi jurulatih bola jaring bolehlah buat lagu tu. Sebab, dalam permainan bola jaring setiap pemain boleh hang tukar-tukar mengikut kecantikan paras rupa. Kalau paras rupa cantik macam bidadari sikit maka posisi yang paling sesuai adalah bahagian shooter. Ini kalau ikut hang la. Gua tak tau apa-apa. Supaya apabila pemain itu mahu mencuba memasukkan bola dalam jaring, semua dapat tonton bahagian ketiak pemain yang bolen. Untuk melalaikan pihak lawan. Ini taktik kotor coach! Okey, berbalik kepada percaturan tadi. Jika, percaturan ini hang tersilap. Pemain yang bertindak sebagai perancang utama tadi ini boleh hilang stamina, otak jadi beku, fikiran boleh tak fokus, kemahiran sedikit demi sedikit akan luput. Silap-silap boleh kena batu karang yang pastinya akan diwajibkan melalui pembedahan oleh hospital kerajaan. Fikirkan baik-baik jurulatih. Itu kalau kena itu, ada kes pulak sampai kentut berdarah. Hah, bahaya tu. Jadi, apa justifikasi hang meletak seorang pemain itu di posisinya dan pada kedudukannya secara selesa.

Ada seorang pemain minta posisi penyerang, hang tolak rayuannya bulat-bulat. Entah apa alasan hang pemain itu pun masih tercari-cari. Sedangkan hang sendiri bagi alasan pemain itu harus menimba pengalaman. Tapi, hang tak tahu masalah sebenar pemain itu yang gatal pelir telur ka. Wo wo wo! Dalam masa yang sama, hang jadi jurulatih kepada permain bola jaring Kelab G. Boleh pulak hang pertimbangkan penukaran posisi dari posisi sayap kanan ke posisi tengah. Dari posisi tengah ke sayap kiri. Suka hati hang je. Apa kes jurulatih!? Ini boleh melibatkan kes mahkamah untuk dibawa ke Lembaga Rayuan di mana ada individu yang terkilan terhadap permohonannya di bawah Akta 172. Ini yang mendatangkan marah rakyat.


.

23.2.09

Terbang

Saya sibuk memikirkan bagaimana mahu membiasakan diri ini, awal pagi di Lembah Klang menuju ke sempadan Siam. Manakala di sebelah petang pula saya di Lembah Klang semula. Tak mustahil kan? Atau ada siapa nak bagi idea pada saya? Silalah.


'~^~~ \[oo]/ ~~^~ '
.

20.2.09

Tukar posisi

Gua selaku pemain simpanan. Gua duduklah menyaksikan perlawanan. Katalah, ada pemain yang pancit ke atau cedera ke atau mengada-ada tak nak main ke atau 'demand' gaji ke. Kira gua gantilah. Nasib-nasib dapatlah gua masuk. Kebetulan. Satu perlawan tu, jurulatih memilih gua untuk dimasukkan ke dalam padang. Yang ketika itu pemain posisi tengah telinganya mengalami pendarahan yang teruk. Gila kau, boleh tak dengar kalau pengadil tiup wisel. Lalu. Gua dikerah masuk. Biasalah, selaku pemain posisi tengah yang berstamina tinggi dan berkemahiran kelas pertama gua pun masuk dengan penuh bergaya. Penonton bersorak. Pemain lawan dalam padang juga turut bersorak. Penonon di rumah yang menyaksikan perlawanan melalui kaca tivi juga turut bersorak. Tapi, tapi, tapi. Pap! Ketika sedang gua melakukan perjalanan masuk ke padang. Mengambil tempat posisi tengah. Tiba-tiba seorang pemain di bahagian serangan sakit perut. Makan nasi mentah malam tadi. Perut memulas tak semena-mena. Kemudian. Jurulatih menjerit dari luar padang, mengarahkan gua mengambil tempat di bahagian serangan pula. Gila kau! Takkan gua nak lawan kata jurulatih. Ada pulak nanti gua tak dapat gaji untuk bulan depan. Walaupun gua dah lengkapkan semua borang-borang, pengesahan perubatan, maklumat bank, maklumat peribadi apa dia peduli.

Okey, okey.. Peranan jurulatih sangat mustahak dalam hal ini. Satu-satu pasukan yang menang atau kalah adalah peranan jurulatih itu sendiri. Jika kau dapat jurulatih yang sangap nak mampos. Maka, kepastian menghampiri kekalahan sudah pasti. Hah, inilah yang terjadi di banyak negara sedang membangun. Perancangan dan penyusunan pemain amat perlu. Tersilap letak percaturan. Silaplah strategi untuk capai kemenangan. Tapi jurulatih dah pilih pertukaran tiga penjuru. Gua terkedu, tak tau nak kata apa.

Ada ke jurulatih menukar gua di saat-saat genting. Dari posisi tengah ke posisi penyerang. Apa barang gua nak jadi 'scorer'. Berlatih dengan giat sampai ke negara Thailand pun bukan boleh pandai. Apa, Persatuan Bola Sepak Negeri Selangor tak boleh ajar gua ke? Bagus apa Selangor. Iyalah, gua cuma pemain simpanan. Itupun dah cukup baik jurulatih panggil masuk. Daripada hanya memanaskan bangku simpanan. Tak ke haru kalau gua duduk bangku simpanan je. Sampai kematu punggung gua.

Ya Allah, jika ini yang terbaik untuk pasukan gua. Gua redha belajar kemahiran bola sepak dari Stadium Bukit Jalil sampai ke Bangkok, Thailand. Permudahkan urusan gua agar segalanya berjalan dengan lancar. Sebagaimana yang engkau kehendaki Ya Allah. Amin.

Gua faham bola itu bulat. Yang gua tak faham, apa lojiknya gua diletakkan di posisi penyerang. Alex Furgeson pun tak buat gini gua rasa. Cuba lu bagitau gua, posisi apa yang lu suka main? Untuk main, posisi apa yang lu nak cuba?


.
Nota : Gua sedang menyiapkan kertas kerja bagaimana mahu memantapkan sistem penyampaian bola sepak di tanah air kita.

.

18.2.09

Ribut di cangkir cuma

Satu hari, saya dicampakkan ke planet yang biasa saya kunjungi. Kawasan jajahannya luas. Saujana mata memandang. Sayup-sayup kedengaran kicauan burung. Tinggal lagi, mentaliti penghuni di sini masih di dalam kotak. Tidak di luar kotak (out of the box). Apa yang saya sedar di planet ini ada kompartmen-kompartmen yang jelas. Walaupun jelas. Namun kurang sinergi di antara satu sama lain. Yang sedihnya lagi, kompartmen-kompartmen ini dalam soal tugas sangat keakuan. Lebih menyendiri. Sebaliknya, dalam soal gosip panas, mengumpat, berita tergempar, khabar angin dan sewaktu dengannya sangat cepat merebak. Biasalah, sudah saya katakan tadi kan. Ia ibarat kotak. Tidaklah kekotakan sangat. Ia mirip dalam cangkir. Ya, lupa saya mahu beritahu di planet ini banyak cangkir, pinggan mangkuk, mangkuk tingkat, mangkuk hayun, senduk, sudu, garfu, pisau, parang, alas pemotong, penghiris sayur, penapis dan sebagainya.

Baiklah, apa yang saya cerita di sini tolong jangan sampaikan pada orang lain atau orang di luar planet ini. Syyy... Sebab ini SULIT dan rahsia tau. Lagi pula, ambion di planet ini hanya dalam cangkir kan. Sekali ribut. Habis! Pusing-pusing ke situ juga. Pusing-pusing kepeningan kita. Kemudian. Cerita dari mulut ke mulut sangat cepat. Lagi-lagi mulut yang bau bangkai. Cerita baik ditambah-tambah bukan lebih manis. Malah jadi masam dan pahit. Ada yang bertanya, ada air ke dalam cangkir tu? Kalau ada, air apa? Dalam cangkir tu tiada air. Kosong. Yang ada udara. Sesekali menjadi angin. Atau bahasa sains disebut oksigen. Angin itu bertiup kencang jadi macam ribut. Ribut dalam cangkir tertumpu dan pusing di situ saja. Sudahnya cangkir tadi pecah. Serpihan pecahan itu terkena pada orang lain. Lalu luka. Luka yang sangat dalam. Luka di tangan orang nampak. Luka di hati? Kau fikirlah sendiri.

Kemudian, ada yang bertanya cangkir tu kaca ke? Ya, cangkir itu kaca. Boleh juga dipanggil 'cup'. Masalahnya banyak 'cup' yang jenis sintetik. Dan mengandungi melamin. Cantik saja pandangan mata. Tidak disimpan betul-betul akan pecah berderai dengan sendirinya. Adoyai.. Nak buat guano. Ribut di cangkir cuma. Takkan nak lapor pada polis kot. Pak polis pun banyak kerja lain nak buat. Kemudian, ada yang bertanya lagi, Pernahkah anda mencarum dalam KWSP? Nombornya? Bila mula mencarum? Alahai... Pencarum dah mula mengeluarkan carumannya untuk dibuat berjoli. Haha!


.

13.2.09

Baca buku gunung di perpustakaan

Dalam ruang yang selalu kami kunjungi. Aku dikelilingi gadis-gadis yang manis senyumnya.
Kemudian. Kami mula terbuka topik panjat-panjat gunung. Sibuk ada yang bercerita pengalaman masing-masing panjat Gunung Kinabalu lah. Gunung Everest lah. Gunung Korbu lah. Kemudian. Timbul nama Gunung Lumut dan Gunung Lambak. Aku tahu di kepala mereka sudah membayangkan Gunung Lumut itu sifatnya licin. Gunung Lambak itu duduk selambak atau setempat yang terdiri dari beberapa gunung. Itu yang aku baca dari fikiran mereka.

Memang kena pada masanya. Ada soalan terpacul dari mulut salah seorang gadis tersebut.
"Apa beza Gunung Lambak dan Gunung Lumut tu hah?"
"Owh, kau nak tahu beza. Mudah saja." Aku kata.
"Apadia?"
"Gunung Lumut susah nak balut sebab licin. Gunung Lambak biasanya kena balut takut melambak-lambak."

Tak sangka pulak mereka boleh ketawa gila-gila lawak slapstik aku. Nampak sangat mereka kawan ketawa saja. Aku syak, nak jaga hati je. Mereka tak nampak hati aku menangis dan merintih. Aduhai..., kenapa ada orang di sekeliling kita yang mahu mempermain-mainkan perasaan kita di kala kicauan burung mula mahu memulakan iramanya.

Okeylah, begini. Barangkali kau tak faham maksud entri ini. Okey okey. Aku bawakan analogi mudah ini. Katakan kau bayar duit booking MPV RM500. Kemudian. Penjual memulangkan kepada kau RM100. Sebab ada diskaun katanya kerana kasihan dengan kau. Kemudian. Dia menelefon. Dia kata dia dah terpakai RM150 untuk kegunaan sendiri membeli beras, gula dan belanja dapur misalnya. Secara matematiknya duit di tangan dia adalah RM250. Batul? Selepas itu. Kau bagitau dia pula. Kau tak jadi untuk membeli MPV yang dimaksudkan. Sepatunya, kau dapat wang RM400 kau kembali. Ini tidak, kau cuma dapat RM250. Penjual itu pula dapat RM150 untuk seorang pelanggan. Kalau 12 orang pelanggan. Tak ke, RM500+RM100 dia dapat?


.

12.2.09

Fana

Dalam hidup yang bagaikan roda. Kau tak sedar, kedangkala kau ada terambil atau mengambil sesuatu yang bukan menjadi hak kau. Meletakkan sesuatu di tempat yang hak itu adil namanya. Kemudian. Kau salahkan takdir. Itulah inilah semuanya serba-serbi kau kata tak cukup. Padahal kronologi sejarah yang kau alami adalah kau sendiri tidak berlaku adil pada diri sendiri. Simple kan. Life it simple. Kau tak adil. Itu saja. Maka ketidakadilan itu dibalas bukan di kala itu. Barangkali sepuluh tahun mendatang. Dua puluh tahun mendatang. Jadi, jika kau mula menghela nafas dan merungut sesuatu ketidakadilan berlaku kepada kau pada hari ini. Barangkali lima, enam, sepuluh atau dua puluh tahun lampau kau ada pernah buat tak adil.

Okeylah, kau masih tak faham dengan kenyataan ini. Tentunya ada kebengapan yang merasuk dalam hati dan minda kau. Begini, dalam al-Quran sendiri jelas menyebut bahawa ketentuan rezeki itu adalah ketentuan Tuhan. Dan Takdir dari Allah yang Maha Kuasa. Jika hari ni kau ditakdirkan untuk lima puluh not Ringgit Malaysia pendapatan kau. Maka, itulah rezekinya. Kalau segantang. Segantanglah ia. Kalau secupak. Secupaklah ia. Tapi, kau tak perlu pasrahlah! Pernah, pakcik gua sendiri balik dari kenduri mengepau anak saudaranya sendiri amaun yang disebutkan di atas. Dengan alasan yang tidak jujur diberinya. Pulang dari kenduri. Menunggang motosikal. Tup tup kena tahan polis. Tak pasal-pasal kena saman. Sebab musabab yang lojik. Lihat, malam itu dia tamak mahu membawa pulang RM50 sudahnya kena saman lebih RM50. Kalau dah bukan rezeki kita, apa cara sekalipun ia tetap bukan milik kita. Kalau dah nama rezeki kita, masuk mulut harimau pun boleh keluar semula.

Siapa sangka dengan RM500 boleh makan berbulan-bulan lamanya untuk seisi keluarga. Sebab ada keberkatan di situ. Sebaliknya dengan RM500 barangkali kita akan kerugian RM5,000 pada masa mendatang. Disebabkan keilapan kita dan tiada keberkatan di situ. Jadi, kita jangan sekali-sekali salahkan takdir. Cermin dulu diri kita. Gua cakap pada penjual MPV yang hangat diperkatakan sekarang ni begini, "Bang, saya rasa kalau saya angkat tak mampu saya nak bayar bulan-bulan." Kemudian. Dia jawab, "rezeki ada di mana-mana brader. Kalau dah kau milikinya nanti adalah rezeki dan bahagian untuk ini nanti."
"Bang, saya mahukan cuma kejujuran dari abang. Sebenarnya berapa rebet yang saya terima apabila membeli ini."
"Kejujuran?"
"Ya, kejujuran bang. Lima ratus, lima ribu atau sepuluh ribu rebet!"


.

9.2.09

sifar sembilan sifar dua

Ketika diri dihujani ucapan tahniah
Takziah mengekori bertubi-tubi dari penyampai
Kemudian. Tahniah dan takziah berselang ucap.

Selamat Hari Lahir Ahtok!
Elok, kalau kalian ucap tahniah pada saya. Ahaks!



___
Lawatan sambil belajar : KLIK SINI

5.2.09

[287] Bapak tidur buat selamanya

Ketika kita di puncak kegembiraan.
Bila-bila saja, Allah boleh beri kesedihan.
Ketika kita berasa sangat girang.
Bila-bila saja Allah boleh menganugerahkan kedukaan.
Ya. Bila-bila saja. Dan di mana jua.

Beberapa kegembiraan yang aku terima awal tahun 2009.
Rupa-rupanya, aku diuji dengan kehilangan yang barangkali menutup segala kegembiraan.
Ya Allah...
Ketika Allah memberi rezeki yang bertimpa-timpa.
Tidak aku menjangkaui ada hikmah dugaan di sebaliknya.
Atau ada cabaran yang diberi untuk digalas.
Tidak mustahil Allah bisa menarik semuanya dalam sekelip mata.
Oleh itu, dalam kegembiraan sebenarnya ada kesedihan.
Dalam kedukaan sebenarnya punya sekelumit keceriaan.

Ya Allah, aku redha dengan ketetapanMu.
Semoga roh bapak ditempatkan di kalangan golongan orang-orang yang beriman.
Permudahkan segala urusan kami adik-beradik dalam mengharungi hidup tanpa seorang bapak.
Aku akan mengambil tanggungjawab ini sebagai pengganti.
Saudara-saudaraku, bapak dah tiada lagi.
Sama-sama kita menjaga emak.
Mata aku sudah mula berkaca.
Fikiran sudah tidak karuan. Astagfirullah.

Al-fatihah untuk Allahyarham Hj. Maskur Bin Atmom. Al-fatihah...
Jemput datang ke rumah pada 7/2/09 Sabtu malam Ahad selepas Isya'.
Tahlil dan doa malam ke tujuh untuk Allahyarham.
26, Jln Bayan 64, Tmn Megah Ria, 81750 Masai, Johor.
___
Pautan :
Kongsi kedukaan yang sama.



.

4.2.09

Maskara

Ini iklan. Klik sini.
Entri baru sila scroll ke bawah.



Kalau kau sibuk, tak payah datang. Sesungguhnya, tiada paksaan dalam bersosial. Barangkali, kau menggalas tanggung jawab yang lebih besar dari acara ini. Tapi, siri acara MASKARA memang jadi buah mulut orang la ni.


.

3.2.09

Planet asing

Kepada penghuni planet WhyDee

Tanggal ini. Gua berada di planet lain. Gua pun kurang pasti nama planet ini. Sangat asing bagi gua. Dan gua rasa seperti alien. Walaupun gua tidak mengalirkan air mata. Meninggalkan planet yang satu lagi iaitu planet WhyDee. Hati gua luluh tau. Bukan. Bukan sebab gua meninggalkan orang yang gua cinta. Ya, gua pilu sebenar-benarnya. Bila gua cakap begini, hah mulalah lu pulak menuduh gua berlakon, bersandiwara dan hipokrit. Tapi, siapa yang tahu kan. Hati berada di dalam. Itulah saya sebenar-benarnya. Sesungguhnya, muka gua je nampak macam gangster pecah rumah dan kaki pukul macam nak mampos, namun gua punya hati yang lembut dan sensitif tau. Selain sayang pada isteri dan anak-anak. Gua sayang pada keindahan alam ciptaan Tuhan. Terumbu karang misalnya. Biasalah, orang seni. Dan barang diingat, gua peminat setia Elyana. Haha!

Selama hampir tiga tahun gua di planet WhyDee. Banyak benda yang gua pelajari. Contohnya gua belajar penggunaan saiz dan warna font yang sesuai dalam pembentangan. Tak kurang juga banyak benda yang gua lalui. Semuanya kool je. Salah satunya, gua kena naik tangga sebelum masuk ke sini. Mandur di planet WhyDee, cukup-cukup baik bagi gua. Gila bapak punya baik. Sehingga susah nak carik di planet lain. Lebih-lebih lagi di zaman pemerintahan kuku besi sekarang ni. Walaupun gua selalu kutuk-kutuk beliau. Bukan gua nak menjatuhkan air muka atau maruah beliau. Gua tidak punya niat lain. Hanya untuk bergurau senda. Lagipun, jarang gua bergrau dengannya. Asyik buat kerja dengan serius dan muka yang ketat. Apa barang muka ketat! Sekarang pun orang ramai dah sibuk keluarkan duit dari ASB masukkan ke Public Mutual. Sama jugak KWSP. Sorry, gua dah jauh tersasar.

Berbalik kepada isu tadi. Gua pun dah minta maaf kepadanya. Harapnya dia maafkan gua. Jika tidak, gua terpaksa jumpa dia di planet 'yang satu lagi'. Aduyai... Lu memang best la bos... Selain pandai buat lawak. Bos sangat sporting dalam aktiviti BBQ yang dianjurkan oleh siswa-siswi pointer sederhana. Tapi, sosej tu tersangat hitam legam.

Jadi, kepada penghuni-penghuni planet WhyDee. Gua harap, kalian buat seperti seolah-olah tiada apa yang berlaku. Buat biasa-biasa je. Ibarat membujur lalu melintang patah. Tiupan angin terasa menyapa di bahu. Tiada kocakan dan percikan apabila membaling batu di sungai yang mengalir jernih. Ibarat tiada perang di Gaza. Tiada penurunan harga kereta. Tiada kenaikan gaji secara mendatar. Itu je. Seperti biasa.

Kepemergian gua tiada memberi impak maksima sangat pun. Cuma, pesan gua. Jangan gaduh-gaduh. Jangan ada iri hati, berprasangka, berprejudis, bermain kata-kata manis dan nista, melontar janji-janji manis, tikam belakang, pemikiran negatif, mementingkan diri sendiri, talam dua muka, bermasam muka, tidak bertegur sapa, berpura-pura dan hipokrit. Ah, banyak lagilah kalau gua nak sebut satu persatu. Tapi, gua percaya itu semua tidak ada. Gua yakin ini semua syaitan yang punya.

Kalian bersatu dan bekerjasamalah dalam memajukan persekitaran planet kalian sendiri. Kalau kalian berlainan pendapat sekalipun, buat satu resolusi dan keputusan yang dipersetujui bersama pada akhirnya. Hormati sesiapa saja. Tak kiralah apa latar belakangnya sekalipun. Kalau latar belakang gelap, gunalah tulisan terang. Itu saja. Sepotong puisi untuk kalian.

Perkemaskanlah bahtere kaliang
sebak samudera yan dilalui amat dalann.
Ombak beso, Laukk hok Chine Selatang.
Perbanyakkanlah amalang kaliang
sebak perjalanang ini amak panjann,
ikhlaskang amalang kaliang
kerane pencatat di kiri dang kanang melakukang perkiraang.

Sekiang,


Wasiat Ahtok,
Dari Planet DBPJ
(Gua baru jumpa nama planet ini setelah dimaklumkan oleh penghuni di sini)


Kepsyen : Ini bukan planet yang dimaksudkan. Tapi saya bersama penolong pengarah planet Bumi hadhari campur bestari. Wallau weii... Nasib baik saya tidak terlantar di pesisir air.


.

2.2.09

Kek coklat

Seorang lelaki urban telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sepotong kek sempena hari jadi aweknya.

"Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?" Tanya si gadis manis berlesung pipit di pipi yang bertugas di kaunter kepada lelaki urban itu.

"Mmmm.., tulis saja 'Sayang tidak bertambah tua' di bahagian atas, kemudian sambung dengan 'Sayang cuma bertambah cantik' di bahagian bawah," kata lelaki urban itu.

Keesokannya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada aweknya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan aweknya dan tetamu undangan yang lain, lelaki urban itu sangat terkesima ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu:

'SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS.
SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH.'



.
P/s : Entri ini untuk mengingatkan pada kalian bahawa Hari Jadi saya bakal menjelang tak lama lagi. Pada 9 Februari. Jangan lupa bagi atau pos hadiah dan kek untuk saya. Saya hanya berpesan-pesan pada jalan kebaikan. Manusia kan mudah lupa.

SELAMAT HARI WILAYAH PERSEkutuAN


.