Ketika kita di puncak kegembiraan.
Bila-bila saja, Allah boleh beri kesedihan.
Ketika kita berasa sangat girang.
Bila-bila saja Allah boleh menganugerahkan kedukaan.
Ya. Bila-bila saja. Dan di mana jua.
Beberapa kegembiraan yang aku terima awal tahun 2009.
Rupa-rupanya, aku diuji dengan kehilangan yang barangkali menutup segala kegembiraan.
Ya Allah...
Ketika Allah memberi rezeki yang bertimpa-timpa.
Tidak aku menjangkaui ada hikmah dugaan di sebaliknya.
Atau ada cabaran yang diberi untuk digalas.
Tidak mustahil Allah bisa menarik semuanya dalam sekelip mata.
Oleh itu, dalam kegembiraan sebenarnya ada kesedihan.
Dalam kedukaan sebenarnya punya sekelumit keceriaan.
Ya Allah, aku redha dengan ketetapanMu.
Semoga roh bapak ditempatkan di kalangan golongan orang-orang yang beriman.
Permudahkan segala urusan kami adik-beradik dalam mengharungi hidup tanpa seorang bapak.
Aku akan mengambil tanggungjawab ini sebagai pengganti.
Saudara-saudaraku, bapak dah tiada lagi.
Sama-sama kita menjaga emak.
Mata aku sudah mula berkaca.
Fikiran sudah tidak karuan. Astagfirullah.
Al-fatihah untuk Allahyarham Hj. Maskur Bin Atmom. Al-fatihah...
Jemput datang ke rumah pada 7/2/09 Sabtu malam Ahad selepas Isya'.
Tahlil dan doa malam ke tujuh untuk Allahyarham.
26, Jln Bayan 64, Tmn Megah Ria, 81750 Masai, Johor.
___
Pautan :
Kongsi kedukaan yang sama.
.