29.4.08

Love is CINTA, Hate is BENCI; part XII

Surat CINTA kali ini guna bahasa ganti diri aku.

Coretan ini tak pernah kurancang. Entah mengapa tergerak di hati ini untuk menulisnya. Mata belum nak lelap lagi. Uwarghhh! Tapi dah sangap.

Di kala ini aku sangat memerlukan kau. Tidakkah kau tahu aku perlukan romantis belaianmu? Haha! Aku sepi tanpamu. Tiada lagi teman di sisi. Hanya engkau penghibur hatiku di kala ini. Bila kau tiada aku sungguh merinduimu. Namun, bila kau ada di sisi, lain pulak jadinya. Ehem, ehem! Namun, pada malam (perkataan malam digunakan di sini) ini ingin kuluahkan hasrat di hati. Hatiku tidak terpaut pada yang lain. Hanya kau seorang. Cubalah baca hatiku. Aku ingin kau di sampingku. Tapi, mengapa ini tak berlaku.


Aku sukakanmu.
Aku cintakanmu.
Aku ingin memilikimu.
Sayang (perkataan sayang digunakan untuk memujuk), ketahuilah cinta ini sudah membuak-buak. Tunggu masanya untuk meletup. Bila agaknya? Maaf, jika diri ini keterlaluan terhadapmu. Maaf jika diri ini tak disenangi oleh dirimu. Sesunguhnya aku perlukanmu. Tak terkata rasanya untukku luahkan segalanya. Sering aku bertanya pada sang bulan. Dapatkah aku gapai bintang yang bersinar tinggi di awan? Dapatkah kupetiknya lalu kusimpan untuk dijadikan hantaran? Mana ada yang mustahil. Semua ketentuan, telah ditetapkan perjalanan oleh Allah SWT. Takdir penentu segala. Bisakah kupelukmu lalu kudakap dan mencium tengkukmu? (Jangan berfantasi yang bukan-bukan) Pasti kau kegeliaan kan? Pasti itu hanya mimpi. Kerana kita belum diijab kabulkan. Kerana kita belum disatukan.

Sudikah kiranya kau mencium tanganku? Pelajarilah ilmu rumahtangga. Pelajarilah bahagian erotik lelaki yang paling sensitif. Pelajarilah dari pengalaman. Pelajarilah dari kesilapan. Semuanya perlu kita pelajari. Suatu hari nanti aku akan memilikimu (menabur janji manis). Itupun aku tak pasti. Yang pasti selepas tamat pengajianku. Aku ingin memilikimu. Perancangan perlu dilakukan dengan rapi dan tersusun. Tersilap langkah parah jadinya. Banyak sekali kenangan yang kita ukir bersama.


Jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam.
Hari ini lebih mesra dari semalam.
Hari ini lebih intim dari semalam.
Hari ini lebih kasih dan sayang dari semalam.
Hari ini lebih cinta dari semalam.
Hari ini lebih sefahaman dari semalam.
Hari ini lebih bersatu dari semalam.
Hari ini mengukir kenanangan manis bersama.

Aku yakin kau juga rindukanku kan? Kau juga sayang padaku kan? Kau sering mengingati aku. Kau sering menjaga kesihatanku. Ketahuilah, walaupun tak diucap dengan kata-kata tapi hati ini sering berkata sesuatu. Hati ini sering berdamping denganmu. Kini, aku sedar, mungkin diri ini terlalu dibebani dengan pelbagai masalah maka perwatakan luaran diabaikan. Emosi dan fikiran terganggu.

Stres dengan kerja
Bebanan pelajaran dan buku-buku
Masalah kewangan
Perhubungan dengan orang lain serta rakan-rakan
Memikul tanggungjawab keluarga
Lain-lain
Lagi aku lupakan. Semakin sentiasa bermain di ingatan. Tapi, banyak buku ada menulis bahawa masalah yang disebutkan di atas tadi memberi kesan yang cukup besar terhadap diri ini. Jadi, aku ambil keputusan untuk membuat anjakan.

Lebih bersikap positif dalam segala hal
Bersikap ramah dengan semua orang
Senyum selalu
Komited terhadap semua perkara
Aku sedar, kau sentiasa meraguiku. Ku sedar kau sentiasa berjaga-jaga takut ditipu. Ku sedar kau sentiasa peka denganku. Kusedar kau sentiasa waspada tingkah-lakuku. Tapi, ketahuilah olehmu bahawa. Aku bangga! Memperolehi insan sepertimu; sentiasa ambil perhatian tentang diriku; sentiasa memuji akan kebolehanku; sentiasa memuji kerana ada bersamaku. Tahniah kerana kau perjuangkan aku untuk orang lain. Kau memuji aku di hadapan orang lain. Kau beri dorongan terhadapku walaupun tak seberapa.

Aku akan tunggu kehadiranmu dalam hidupku. Kekadang masa terluang aku baca surat darimu. Aku baca kad ucapan yang kau kirim. Indah sungguh kata-katanya... Hati ini sentiasa teringat saat manis bersama. Hati ini, tidak pernah berkata bosan apabila denganmu. Hati ini tak pernah mengeluh akan tabur budi yang diberi. Jika diri ini silap, tegurlah dengan hikmah. Begitu jua sebaliknya dengan dirimu. Sesungguhnya ada beberapa perkara yang ingin diperkatakan. Kata-kata ini mungkin kata-kata yang biasa dan selalu didengar olehmu. Selalu disebut oleh sesiapa yang enak bercinta. Kata-kata yang selalu juga boleh juga boleh terperangkap jika disalahguna. Kata-kata tersebut adalah

Aku sangat sayang padamu
Aku rindukanmu
Aku sukakanmu
Aku bangga denganmu
Aku ingin memilikimu
Aku.. Argh tak terucap rasanya.
Kau tahu sajalah
Di bilikku ini ada berapa banyak potretmu. Kusimpan dengan rapi. Ku ‘frame’ kan dengan sempurna. Itu baru gambar. Belum cerita soal perkara lain. Semuanya aku simpan dengan baik. Panilaianmu... Siapa aku, terserah padamu. Tapi, yang pastinya Aku CINTA kamu. Kini, kusedar siapalah aku tanpamu... Lupakan yang keruh. Buka lembaran baru. Bagaimana ingin kunyatakan di sini... Semenjak jatuh dari motor diri ini berubah

Tak berapa semangat untuk bekerja
Selalu mengingati mati
Ingin berbakti kepada kedua ibu-bapa
Hidup ini bersifat semntara
Fikiran sering terganggu
Tak boleh kerja lasak dan susah
Malas
Apa gunanya sayang jika kejujuran tidak berlaku. Apa gunanya sayang jika tidak sefahaman. Apa gunanya sayang jika melebihkan orang lain. Apa gunanya... Sebenarnya, aku dah gilakanmu. Aku gilakanmu. Aku inginkanmu... Uwek! Orang lain akan muntah mendengarnya. Tapi aku pasti kau tidak. Tidak sekali.

28.4.08

Kata-kata untuk mengingatkan diri saya dan awak

Walau apa pun keputusannya. Saya dan awak kena terima dengan hati yang terbuka. Untuk itu, saya dan awak sepatutnya senyum di bibir dan juga di hati. Paling tidak tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain. Saya suka bunga mekar sejambak! Kelopak-kelopaknya membuka selera saya. Tapi buat apa bunga yang mekar di luar. Busuk di dalam! Hak ptuui!



.

24.4.08

Kata-kata untuk mengingatkan diri saya sendiri

Satu hari, saya diberi pilihan. Samada saya duduk di dalam hutan. Dengan gaji lapan K. Dan tak boleh keluar ke mana-mana. Namun bekalan makanan diberi subsidi. Terutamanya beras. Atau saya duduk di kota metropilitan. Dengan gaji dua K. Saya bebas ke mana saya suka. Termasuklah ulang-alik ke tempat kerja dua tiga kali. Untuk shift siang dan malam. Bos tak paksa saya. Tapi saya yang paksa diri saya. Hahaha!


.

22.4.08

Love is CINTA, Hate is BENCI: part XI

Hari ini aku kecewa dengan tindakan aku.

Sepatutnya aku memberitahu kau kerana tak dapat makan bersama. Tak dapat jawab segala persoalan yang kau ajukan. Maafkan aku. Fikiran aku agak serabut waktu itu. Fikiranku tak tenteram. Hingga terlupa akan janjiku padamu. Maafkan aku. Aku jua turut kecewa setelah menelefonmu pada malam itu. Kau tak mau bercakap denganku. Jadi, aku tahu aku bersalah. Tapi janganlah hukum aku seperti itu. Walau bagaimanapun aku minta maaf. Kalau kau tak mahu maafkan aku, tak mengapa...

Biarlah aku membawa diri ini. Biarlah aku membawa hati yang tercalar! Haha! Biarkan aku seorang. Rasanya lebih selesa jika kau biarkan aku dengan bayangku sendiri. Oleh yang demikian jangan lagi risaukan tentang diri aku. Tahulah aku bawa diri. Tahulah aku jaga kesihatan diriku. Tahulah aku uruskan diri aku sendiri. Ini bukan bermakna aku tak suka dan BENCI padamu. Tapi, jika keadaan begini berlaku aku sendiri pun rasa serba salah. Aku banyak komitmen lain yang perlu difikirkan. Keluarga misalnya, kerja pejabat dan seumpamanya.

Bila aku tak nak makan bukan bermakna aku tak suka pemberianmu. Tapi, ketahuilah, aku dah nekad pada diri ini ingin korbankan. Telah aku jelaskan hal ini. Maafkan aku jika pernyataan di atas mengganggu emosimu. Untuk itu, aku tak nafikan bahawa kekadang aku abaikan masa-masa yang perlu diagih-agihkan. Untuk itu, abaikanlah aku jika kau marah padaku. Biarkan aku dengan bebayang sendiri.

Wassalam.

16.4.08

Hujan-hujan begini

Suasana kedinginan menggigit-gigit liang roma kulit yang mulus. Hujan renyai-renyai di luar sana meratak bumbung rumah. Sesekali kuat, sesekali berderu bagai angin lalu. Kipas siling dah lama berpusing tak henti-henti sedari tadi. Kesejukan dua kali ganda menyengat hasilnya. Lapar pula membungkam seisi rumah bandar (town house) yang ada di situ. Barangkali. Kebetulan pula nasi sedang ditanak. Wo oh! Ada ikan terubuk masin di dalam perut peti ais. Sedap juga kalau digoreng berlada. Lebihan kuah kari kepala ikan bawal masih ada. Boleh diperhangat. Tapi kepala ikan bawal dah lesap semalam. Boleh juga dihirup dibuat kuah.

Di meja makan yang boleh memuatkan enam orang. Lapan orang kalau duduk berhimpit. Dua belas orang kalau duduk bertindan. Hidangan makan malam sudah tersaji. Sal baru selesai menghidang ubi kentang yang dibuat sup. Sup kentang namanya. Potong kentang. Campak dalam rebusan sup. Masukkan sedikit garam secukup rasa. Tunggu sehingga kentang empuk dan sup mendidih. Taraaaa! Siaplah. Kelihatan rebakan asap stim yang berterbangan dari mangkuk tanpa mengeluarkan sebarang aroma. Alahai, sedap tu hujan-hujan begini. Ditambah pula dengan kuah kari kepala ikan yang jika disimbah di atas nasi yang hangat. Aduhai, sedap tak terperi. Lawan ikan terubuk masin pulak tu. Pergh! Rom sedari tadi menikmati juadah itu dengan khusyuk. Sudah tambah dua tiga kali. Memang kebiasaannya begitu, jika Sal yang masak dia tambah dua tiga kali.

Rom bukan pelahap. Rom juga bukan jenis yang kuat makan. Rom tak suka membazir. Jauh sekali Rom tamak haloba seperti anjing dan bayang-bayang. Daripada dibuang lebih baik Rom habiskan. Getus hatinya.

"Bang, dah habis ke kuah kari kepala ikan?" Sal

"Daripada membazir! Elok abang habiskan!" Rom

"Masalahnya, saya belum makan...!" Sal

"Ayah..! Amboi-amboi...!" Fiqah Afara, anak sulung mereka bersuara sambil mencekak pinggang. Sementara anak bongsu mereka berkata pa pa pa! nak! nak! nak!

14.4.08

Kring kring






Year : 2000
Ericsson T182




















Year : 2001
Siemens C25

























Year : 2005
Nokia [ ]




















Year : 2006
Nokia [ ]















Year : 2008
PDA dopod 838

















Year : ?
???????











11.4.08

Love is CINTA, Hate is BENCI : part X

Di bilikku ini ada berapa banyak potretmu. Kusimpan dengan rapi. Ku ‘frame’ kan dengan sempurna. Itu baru gambar. Belum cerita soal perkara lain. Semuanya aku simpan dengan baik. Panilaianmu... Siapa aku, terserah padamu. Tapi, yang pastinya Aku CINTA kamu. Kini, kusedar siapalah aku tanpamu... Lupakan yang keruh. Buka lembaran baru. Bagaimana ingin kunyatakan di sini... Semenjak jatuh dari motor diri ini berubah. Tak berapa semangat untuk bekerja. Selalu mengingati mati. Ingin berbakti kepada kedua ibu-bapa. Hidup ini bersifat sementara. Fikiran sering terganggu. Tak boleh kerja lasak dan susah. Malas.

Apa gunanya sayang jika kejujuran tidak berlaku. Apa gunanya sayang jika tidak sefahaman. Apa gunanya sayang jika melebihkan orang lain. Apa gunanya... Sebenarnya, aku dah gilakanmu. Aku gilakanmu! Aku inginkanmu! Boleh kan kan kan? Tak tahu apa lagi nak tulis! Dah ketandusan idea. Rileks kejap la...

9.4.08

Love is CINTA, Hate is BENCI : part IX

Aku sedar, kau sentiasa meraguiku. Kusedar kau sentiasa berjaga-jaga takut ditipu. Ku sedar kau sentiasa peka denganku. Kusedar kau sentiasa waspada tingkah-lakuku. Tapi, ketahuilah olehmu bahawa. Aku bangga! Memperolehi insan sepertimu; sentiasa ambil perhatian tentang diriku; sentiasa memuji akan kebolehanku; sentiasa memuji kerana ada bersamaku. Tahniah kerana kau perjuangkan aku untuk orang lain. Kau memuji aku di hadapan orang lain. Kau beri dorongan terhadapku walaupun tak seberapa. Aku akan tunggu kehadiranmu dalam hidupku. Kekadang masa terluang aku baca surat darimu. Aku baca kad ucapan yang kau kirim. Indah sungguh kata-katanya...

Hati ini sentiasa teringat saat manis bersama. Hati ini, tidak pernah berkata bosan apabila denganmu. Hati ini tak pernah mengeluh akan tabur budi yang diberi. Jika diri ini silap, tegurlah dengan hikmah. Begitu jua sebaliknya dengan dirimu. Sesungguhnya ada beberapa perkara yang ingin diperkatakan. Kata-kata ini mungkin kata-kata yang biasa dan selalu didengar olehmu. Selalu disebut oleh sesiapa yang enak bercinta. Kata-kata yang selalu juga boleh juga boleh terperangkap jika disalahguna. Kata-kata tersebut adalah Aku sangat sayang padamu. Aku rindukanmu. Aku sukakanmu. Aku bangga denganmu. Aku ingin memilikimu. Aku.. Argh tak terucap rasanya. Kau tahu sajalah

7.4.08

Cukur jambul

Rehal dan kitab berzanji itu ditolak ke sana-sini. Semua tak mahu membacanya atau tak tahu membacanya. Baik yang muda mahupun yang tua. Apalah diorang ni... bikin malu betul! Aku kata dalam hati. Aku seperti biasa. Duduk di lokasi yang strategik dan berdoa-doa dalam hati minta-mintalah kitab itu tak sampai ke pangkuan aku. Bukan tak tahu. Gigil beb! Suruhlah orang lain baca.

Bacaan pertama dimulakan dengan *Paman Safi. Kemudian. *Paman Hassan. Kemudian. *Yusof. Kemudian. *Abdullah. Kemudian. Pak Ngah. Kemudian Aie. Kemudian *Abdullah semula (doa penutup).

Aku duduk selang seorang daripada Paman Hassan. Sampai pertengahan bacaannya, jemaah semua berdiri berselawat ke atas Nabi dan melagukan marhaban. Emak panggil aku untuk mengiringi bayi membawa dulang untuk keperluan bayi bercukur jambul. Atas dulang tu ada mangkuk berisi tanah, mangkuk berisi air mawar, mangkuk berisi beras kunyit dan lipatan gunting rambut. Adik aku Aie mengiringi di belakang membawa ole-ole atau buah tangan kepada para jemputan dan para pemotong jambul bayi. Adik ipar aku (Wan) menggendong anaknya. Kami bertiga pusing keliling para hadirin yang melagukan marhaban.

"Kau pusing tiga kali dulu..." Abdullah.
"Aie, buah tangan jangan bagi dulu. Pusing tiga kali dulu." Wan.
"Oit oit oit. Lajunya kau pusing. Pening aku. Slow slow la beb!" Aku.

Nota : *Pakcik aku.
Orang Taman itu, tak pandai baca berzanji dan tak tahu bercukur jambul. Alahai... Bila bayi diuhulur jawabnya, tak retilah. Tak tahulah. Tak pandailah! Sedihnya zaman ini. Apa salahnya, baca selawat dan doa. Kemudian hembus di kepala bayi atau seluruh badannya. Itu sekurang-kurangnya. Tak susah kan?

4.4.08

Meisatu

"Mayfirst!" AC Mizal dan Jalaluddin Hassan melaungkan. Kepada jutaan pengikut yang kuat bersorak. Di dalam tivi.


Kemudian.



"Pamperz!" Fqah. Anak sulung kami. Dia cuba nak ikut bersorak. Automatik. Di luar tivi.




.

3.4.08

Love is CINTA; Hate is BENCI: part VII

Sayang, ketahuilah cinta ini sudah membuak-buak. Tunggu masanya untuk meletup. Bila agaknya? Maaf, jika diri ini keterlaluan terhadapmu. Maaf jika diri ini tak disenangi oleh dirimu. Sesunguhnya aku perlukanmu. Tak terkata rasanya untukku luahkan segalanya. Sering aku bertanya pada.sang bulan. Dapatkah aku gapai bintang yang bersinar tinggi di awan? Dapatkah kupetiknya lalu kusimpan untuk dijadikan hantaran? Mana ada yang mustahil. Semua ketentuan, telah ditetapkan perjalanan oleh Allah swt. Takdir penentu segala. Bisakah kupelukmu lalu kudakap dan mencium tengkukmu. Pasti kau kegeliaan. Pasti itu hanya mimpi. Kerana kita belum diijab kabulkan. Kerana kita belum disatukan. Sudikah kiranya kau mencium tanganku?

Pelajarilah ilmu rumahtangga. Pelajirah bahagian erotik lelaki yang paling sensitif. Pelajarilah dari pengalaman. Pelajarilah dari kesilapan. Semuanya perlu kita pelajari. Suatu hari nanti aku akan memilikimu. Itupun aku tak pasti. Yang pasti selepas tamat pengajianku. Aku ingin memilikimu. Perancangan perlu dilakukan dengan rapi dan tersusun. Tersilap langkah parah jadinya. Banyak sekali kenangan yang kita ukir bersama. Jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam. Hari ini lebih mesra dari semalam. Hari ini lebih intim dari semalam. Hari ini lebih kasih dan sayang dari semalam. Hari ini lebih cinta dari semalam. Hari ini lebih sefahaman dari semalam. Hari ini lebih bersatu dari semalam. Hari ini mengukir kenanangan manis bersama. Aku yakin kau juga rindukanku. Kau juga sayang padaku. Kau sering mengingati aku. Kau sering menjaga kesihatanku. Ketahuilah, walaupun tak diucap dengan kata-kata tapi hati ini sering berkata sesuatu. Hati ini sering berdamping denganmu. Kini, aku sedar, mungkin diri ini terlalu dibebani dengan pelbagai masalah maka perwatkan luaran diabaikan. Emosi dan fikiran terganggu.

sambung...

2.4.08

Love is CINTA, Hate is BENCI; part VI

Syyy... Ini surat cinta saya yang ke-28 untuk tahun 2001 kepada awek saya. Saya dedahkan di sini. Jangan beritahu dia ye.


Coretan ini tak pernah kurancang. Entah mengapa tergerak di hati ini untuk menulisnya. Mata belum nak lelap lagi.

Di kala ini aku sangat memerlukanmu. Tidakkah kau tahu aku perlukan romantis belaianmu. Aku sepi tanpamu. Tiada lagi teman di sisi. Hanya engkau penghibur hatiku di kala ini. Bila kau tiada aku sungguh merinduimu. Namun, bila kau ada di sisi, lain pulak jadinya. Namun, pada malam ini ingin kuluahkan hasrat di hati. Hatiku tidak terpaut pada yang lain. Hanya kau seorang. Cubalah baca hatiku. Aku ingin kau di sampingku. Tapi, mengapa ini tak berlaku.

Aku sukakanmu.
Aku cintakanmu.
Aku ingin memilikimu.

sambung...

1.4.08

Kongsi sepotong kek

Perkara-peraka berikut dicadangkan semasa mesyuarat Jabatan Paling Bagus Didunia (JPBD) dengan firma perunding.

1. Proses perlantikan dan pemilihan perunding

Perunding telah dikategorikan sebagai perunding A, B dan C berdasarkan justifikasi seperti bilangan pegawai perancang ahli MIP, pengalaman dan sebagainya. Dikatakan perunding kategori A saja yang berhak dipilih untuk kawasan yang berkategori A. Mohon ketelusan dari segi jenis-jenis kawasan yang dikategorikan sebagai A,B dan C. Serta peruntukan-peruntukan kajian bagi kategori tersebut. Masih kurang jelas. Sebagai contoh, adakah firma berkategori C hanya berupaya untuk membuat projek bagi kategori C sahaja?

Penukaran sub-perunding perlu ada justifikasi yang khusus. Bukan tangkap muat untuk digantikan. Jika perlu, maka ia harus berdasarkan kadar baru perunding yang dipilih bukan mengikut kadar perunding lama yang digantikan. Sebagai contoh, firma A (sub perunding) terpaksa menarik diri atas sebab-sebab tertentu dengan kadar gaji asas 20 ribu berdasarkan pengalamannya. Manakala penggantinya firma B diambil untuk digantikan firma A bukan dengan kadara gaji asas yang sama sebaliknya mengikut kadar gaji asas dan pengalaman firma B.

Man-month minimum untuk ketua perunding dicadangkan 4 man-month bagi projek yang mengambil masa 12 bulan; manakal 6 man-month bagi projek yang mengambil masa 15 bulan. Keperluan man-month ini mengambilkira kerja-kerja yang dibuat oleh perunding utama termasuk penyuntingan, penyelarasan dan sebagainya. Manakala jika ada tambahan kepada sektor kajian mengikut keperluan, keutamaan diberikan kepada konsultan dalaman terlebih dahulu.

Mon-month khas untuk ‘supporting staff’ perlu dimasukkan dan diambilkira bagi membantu ketua perunding bukan sebagaimana amalan sekarang ia termasuk dalam kategori sub-perunding. Perkara ini penting kerana dalam amalan jurutera ia dikira sebagai ‘supporting staff’ yang buat kerja sebenar.

Minimum man-month untuk perunding sektoral adalah 3 man-month untuk membolehkan perunding tersebut berdaya tahan, maju dan boleh hadir mesyuarat beberapa kali supaya berbaloi. Sekiranya, masih juga terdapat 1 mon-month untuk diambil perunding sektoral tersebut maka adalah lebih elok digabungkan sahaja sektor berkenaan dengan mana-mana sektor yang relevan

Firma-firma baru perlu diberi peluang untuk mendapat kajian walaupun tidak pernah membuat kajian sektoral tetapi kajian-kajian yang bersangkutan boleh dipertimbangkan. Namun, tempoh yang diperlukan untuk kematangan firma baru ini sekurang-kurangnya 3 tahun diperlukan;

Dicadangkan supaya perunding-perunding yang tidak berjaya membida sesuatu projek hendaklah dimaklumkan melalui surat kenapa perunding berkenaan tidak berjaya dan seterusnya menyebabkan ia tidak dipilih. Oleh itu, perunding yang tidak berjaya dapat mempelajari sesuatu dan memperbaiki CTK nya pada masa akan datang. Dan maklum projek berkenaan telah diperolehi oleh perunding lain;

Markah tambahan hendaklah diberikan kepada firma tempatan (local) jika sesuatu projek berkenaan adalah lokaliti di kawasan firma berkenaan. Sebagai contoh, jika projek di Melaka maka firma dari Melaka perlu mendapat markah tambahan berbanding firma dari luar;

Jadual tangga gaji asas mengikut pengalaman perunding diminta untuk dikaji semula.


2. Pengumpulan maklumat dan penghasilan laporan

Fee untuk kerja-kerja GIS perlu dimasukkan dalam kos kajian jika maklumat sediada di JPBD bukan data yang terkini. Dan perunding berhak mengemukakan kos verifikasi untuk mendapatkan peruntukan tambahan;

Kajian lapangan perlu setimpal dengan kos projek dan bukan hanya kos pukul rata keseluruhan. Manakala keperluan maklumat yang dikehendaki supaya dapat disediakan di peringkat mobilisasi dan bersifat lebih telus.

Perunding hanya perlu menyediakan sisipan (addendum) kepada laporan utama jika terdapat sebarang pindaan selagi mana ia tidak dimuktamadkan. Maka, proses percetakan tidak perlu dilakukan untuk keseluruhan Laporan.

Kuantiti dan bentuk laporan pelu diselaraskan di antara kajian semalaysia dan di dalam peringkat-peringkat kajian (peringkat laporan awal, laporan penemuan dan laporan DRT). Sebab ada juga terdengar perunding hanya menghantar sisipan persembahan boleh meneruskan peringkat seterusnya;

Penghasilan Laporan Rekabentuk DRT oleh pasukan teras adalah mengikut keperluan ISO sahaja sebaliknya ia adalah dicadangkan mandatori untuk pasukan teras memaklumkan kepada perunding utama sebagai panduan untuk perunding meneruskan ke peringkat DRT;


3. Pengurusan bersama pasukan teras

Diperlukan meletakkan Pengurus Projek yang berpengalaman, berwibawa, berintegriti dalam menguruskan projek kajian. Dan beliau ada karisma dalam mengruskan perjalanan projek;

VO atau imbuhan-balik dibuat dan diperolehi sekiranya ada kerja-kerja tambahan yang diperlukan. Kerja-kerja retenetion hendaklah dikurangkan kepada tiga bulan;

Sebarang perubahan kepada matlamat ka, objektif ka atau tema kajian hendaklah tidak menjejaskan secara major keseluruhan laporan daripada yang asal. Ini boleh melambatkan kajian dan mengakibatkan kajian bercelaru;

Penentuan tarikh akhir perlu dipersetujui oleh pasukan kajian untuk mengemaskini gunatanah dan pembangunan terikat bukan setiap komponen perlu dimasukkan sebagai kerja mengemaskini. Itu mengemaskini namanya;

Penyelarasan tarikh mesyuarat utama oleh pasukan teras pejabat projek agar pengarah dapat mengetahui semua perjalanan projek. Dan semua projek perlu dipengerusikan oleh beliau juga bagi memastikan kelicinan sesuatu projek;


4. Pengurusan bersama perunding sektoral

Perunding utama adalah bebas dan bertanggungjawab ke atas perunding sektoral yang dilantik. Dan perunding sektoral perlu memberikan kerjasama yang sepenuhnya.

Masalah isi perut dan dalaman di antara perunding utama dna perunding sokongan tak perlu dihebahkan dalam mesyuarat. Cukuplah hal rumah tangga itu diselesaikan di peringkat sesama perunding;


5. Bayaran yuran perunding dan imbuhan balik

Segala urusan pembayara kepada sub perunding oleh perunding utama bagi setiap peringkat hendaklah dimaklumkan kepada pengurus projek samada salinan bukti pembayaran atau surat bertulis;

Perunding utama dan perunding sokongan hendaklah diberitahu terhadap sebarang apa jua perubahan sebelum menghadiri sesi rundingan;

Proses rundingan hendaklah telus dan dalam bentuk dua hala bukan sehala. Bukan diminta untuk bersetuju sahaja sebaliknya dibincangkan. Jika perlu ditambah, perlulah. Jika sebaliknya, sebaliknyalah.


6. Lain-lain aspek berkaitan

Laporan Penilaian SA dibuat selepas setiap peringkat kajian siap dan bukan semasa laporan diserahkan di setiap peringkat

Kos kajian secara keseluruhan perlu ada piawaian bukan bergantung kepada kos yang terendah

Kos data entri dan kos programmer EIS perlu dimasukkan

Pelan digital gunatanah didapati JPBD masih belum bersedia untuk dijalankan secara inhouse kerana kebanyakan kajian masih dibuat oleh perunding tanpa menagmbilkira kos tambahan yang terlibat;

Kos imbuhan balik untuk tiket kapal terbang bagi perunding yang berpengalaman diberi hak keistimewaan dalam hal ini;

Penyediaan TOR hendaklah menyampaikan maksud sebenar keperluan kajian dan perlu lebih teliti supaya tidak timbul masalah perubahan ke atas skop kajian apabila perunding telah dilantik.

Nota : Ambil maklum di Malaya terdapat 118 firma perancang yang berdaftar dengan MIP. Untuk RMK-9 hanya terdapat 82 projek kajian tidak termasuk kajian pendek. Kongsilah kalian sepotong kek itu.

.