31.10.08

Terowong


Lubang gelap.


.

30.10.08

Baitun jumjumatun




Ini bukan rumah. Ini tempat letak kereta berbumbung istana. Lihat di balik tiang nombor tiga dari kanan. Ada jin bersembunyi.

.

29.10.08

Tempahan

Seberapa besar pun kita ada,
tidak sebesar mana pun kita kembali.


.

27.10.08

Ketidakpastian

Dalam kedinginan awal pagi, aku bangkit. Dari lena yang sangat membelai. Bersugi. Mengangkat wudhuk. Berdiri tegak menghadap kiblat. Memasang niat. Lalu mengerjakan solat. Secukup rukun.

Selesai salam. Maka, aku menadah tangan berdoa.

Ya Allah, sesungguhnya aku mohon pilihan-Mu dengan ilmu-Mu, dan aku mohon kepastian kepada-Mu dengan kekuasaan-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa, Engkau Maha Tahu dan Maha Mengetahui segala yang ghaib.

Ya Allah, jika Engkau mengetahui urusan ini baik bagiku, untuk agamaku, untuk penghidupanku dan akhir kesudahannya kelak, maka takdirkanlah dia bagiku dan mudahkanlah dia bagiku, kemudian berilah dia berkah bagiku.

Dan apabila Engkau mengetahui pekerjaan itu buruk bagiku, untuk agamaku, untuk penghidupanku dan akhir kesudahannya kelak, maka singkirkanlah dia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Takdirkanlah hal-hal yang baik bagiku di mana kebajikan itu berada, kemudian berilah aku menyenanginya.


.

24.10.08

Twis

Lama dah gua memandu kereta manual. Hampir-hampir lima tahun.

Dua hari. Kereta gua masuk bengkel. Gua diberi pinjam kereta automatik. Bila memandu kereta automatik. Asyik-asyik gua nak pegang gear. Asyik-asyik nak tukar gear. Wey! Auto la.

Sebelum gua pulang kereta automatik. Gua basuh kereta tu. Gua polish tayar dia. Gua bersihkan dalam dia. Gua lap bagi kilat. Kemudian. Gua memandu kereta manual semula.

Gua nak keluar undur. Mati-mati gua tekan habis-habisan pedal brek. Kemudian masuk gear riverse. Dengan ranap. Bunyi gear masuk tak tekan clutch. Pap! Ini kereta manual la dude!

Moralnya : Manusia ambil masa mahu berubah. Kalau dia mahu berubah sekalipun, dia kena banyakkan latihan. Practice make perfect!


.

23.10.08

Pendekar


Lokasi : Muzium Kesenian, Johor Bahru
Tahun : 2001

.

22.10.08

Sangat untung

Saya ada terima jemputan ke rumah terbuka. Saya nak pergi lah! Tak kisahlah, dia orang FELDA ke, FELCRA ke, KADA ke, KETENGAH ke, KEJORA ke, orang kampung ke, orang bangsawan ke, orang marhaen ke. Saya tak pilih 'bulu'.

Setakat ini, menu rumah terbuka rangking tertinggi di hati saya adalah satey. Tak tahulah kalau esok lusa ada lagi menu yang lebih menawan hati selepas ini. Daging rusa panggang misalnya.



.

21.10.08

Niat

Satu hari. Aku ke rumah terbuka. Aku pulang dari rumah terbuka. Hujan turun dengan lebatnya. Aku tiada niat langsung mahu merempuh air yang bertakung supaya terpercik ke penunggang motosikal di sebelah jalan. Apatah lagi membuatkan dia basah kuyup. Lalu, mentertawakannya. Tapi, aku faham sebagai penunggang motosikal, pasti dia sumpah-seranah aku. Kerana satu ketika dulu aku jua penunggang motosikal. Aku boleh terima itu. Sepatutnya, semakin besar kenderaan yang kita tunggang. Jiwa kita juga semakin besar. Bukan semakin besar kenderaan kita, otak kita makin sempit. Kawan aku kata, masuk MLM boleh dapat kereta besar. Aku lupa pula mahu tanya dia, selepas itu jiwa semakin besar atau otak semakin sempit.



.

20.10.08

Beraya di Bandaraya : Datang makan je


Karamel. Sedap dimakan di rumah terbuka.

.

17.10.08

Beraya di Bandaraya : Menghadap TV sampai hari raya ke enam belas

Tiap-tiap pulang dari kantor. Gua kena layan Afiqah & Afifah layan DVD Upin dan Ipin. Gua cakap pada mereka, eh, korang tak jemu-jemu ke asyik tengok dok ulang lapan puluh ratus kali.

"Bertuah ahtok..." mereka jawab.

Inilah pengaruh rakan sebaya. Asal balik je tengok Upin. Asal balik je tengok Upin. Asal Upin je tengok balik.

"Betul betul betul..." mereka kata.

Alahai... [Asslamualaikum... Ahtok oh Ahtok.]
SMS masuk dalam telefon genggam gua. Tanpa gua sedari, gua juga dah terpengaruh dengan Upin dan Ipin.

Jadi, gua tak boleh salahkan mereka. Gua juga tak boleh salah gua.
Gua sokong animasi tempatan beb!


.

16.10.08

Beraya di Bandaraya : ambil teladan

Satu hari, gua beraya rumah kawan gua. Dia jamu tetamu dengan nasi lemak ayam. Gua rasa itulah paling sedap gua makan nasi lemak ayam. Kena pulak madu dan ayam pandan. Nasi boleh tambah. Ayam takde nak boleh tambah-tambah lagi. Kena terajang kalau tambah. Jangan nak mengada-ngada! Kalau nak tambah nasi, makan dengan lauk telur. Makanya kau perlu bawa telur sendiri.

Gua ingat gua nak minta resepi pada dia. Lepas tu gua hilangkan salinan asal resepi itu dengan sengaja. Gua ulangi tiap-tiap tahun. Macam gua mintak resepi nak buat kek batik pada Chef Wan. Maka, gua ada alasanlah supaya orang tak datang rumah gua. Bila orang tanya, boleh datang rumah tak nak beraya? Gua jawab, tak boleh! Resepi hilang. Minggu depan kalau nak datang boleh. Ada makan sate. Hari Raya kan, datang berkunjungan itu paling utama. Menjamu tetamu yang datang perkara kedua. Basuh pinggan atau polystrene selepas makan sepatutnya sejurus sudahnya perkara kedua.

Oh ya, seperkara lagi. Gua pesan pada yang nak keluar beraya ke rumah sahabat handai atau taulan atau rakan yang disukai. Telefon mereka terlebih dahulu dikhuatiri mereka pergi ke K.L dalam keadaan senyap-senyap. Sekalipun kau dah beritahu mereka melalui apa saja medium seperti faks, emel, ym, sms, telefon, hantar isyarat, surat persetujuan hadir, memo, cakap mulut dan macam-macam lagi. Itu semuanya tak berguna kalau mereka dah keluar ke K.L berfoya-foya. Kau tinggal gigit jari saja.

Maka, gua berpesan pada mereka yang keluar beraya pastikan minyak kenderaan cukup-cukup untuk kau pergi sebuah rumah saja. Kemudian, kau balik ke rumah kau semula. Dah. Itu baru dinamakan beraya di Bandaraya. Sekonyong-konyong makhluknya, lebih mementingkan kesendirian yang sedikit angkuh. Dari kekitaan. Lainlah kalau kau beraya di Edinburgh, Scotland; Lakum City, Poland atau Karang Ville, Zimbabwe. Manusiawi di sana lebih mementingkan kerukunan dalam berniaga untuk tarik duit raya. Buluh emas misalnya. E-koleksi dot com misal kedua. Hi-O Marketing misal ketiga.


.

15.10.08

Siri gua bercakap dengan jin goyang buah

Semua orang tahu. Gua seorang urban superhero. Selalunya, seorang urban superhero ada simpan jin untuk membantunya kerja-kerja menyelamatkan bandar yang tak sudah-sudah. Gua ulang, simpan ye, bukan bela. Disebabkan tangan gua ada dua. Telor ada dua juga. Maka kenalah ada jin. Lagipun semua kerja nak cepat dan tangkas. Terpulanglah pada urban superhero itu nak simpan jin jenis apa. Jenis aktif ka atau pasif ka atau terencat akal ka.

Tapi, untuk tujuan itu. Gua ada dua jin setakat ini. Dua-dua gua panggil jin giyang buah. Satu, jin goyang t***k. Dua, jin goyang p***r. Sorry jin, gua bagi nama lucah sebab gua tak dapat salinan surat beranak lu berdua. Jadi, boleh la gua kutuk depan-depan. Sebab gua tak suka tikam belakang. Lepas ni, gua belanja sup tulang. Haha! Tentu lu hepi gila.

Sebelum ini, gua ajak jin-jin ini pergi ke satu mesyuarat MMDJ a.k.a Mesyuarat Manusia Dan Jin yang diadakan di Bahrain, untuk dapat pendedahan. Pendedahan aurat misalnya. Maklumlah, pendedahan itu penting bagi mereka bagi menguji kekuatan mereka.

Satu hari, gua tak pelawa langsung jin-jin ini ikut gua ke MMDJ sebab hanya sekadar memenuhi ruang forum meja. Dan semak mata memandang. Lagipun, bayak lagi siri MMDJ yang akan diadakan selepas ini. Seantero dunia. Lagipun pengerusi dah 'sound direct' pada gua. Banyaknye lu bawak jin... So, gua buat keputusan tak perlu gua bawak jin goyang t***k dan jin goyang p***r bersama. Gua bawaklah jin bangsawan dan jin paranormal dan jin bukan sebarang jin saja. Al-kisah, jin goyang p***r memang suka kalau tidak dibawa. Sebaliknya, jin goyang t***k, punya biji yang sangat rapuh dan sensitif. Cepat stim dan tersentuh kalau diusik. Sebelum gua pergi, gua pasanglah CCTV dan sensor di komputer gua. Masa mesyaurat, melalui antena PDA gua. Ada maklumat sahih gua terima. Ada ke, jin goyang t***k kata dia tak tahu menahu. Dan tak diberitahu langsung mengenai MMDJ. Apa barang! Maka, jin goyang t***k mengadu domba pada jin malatop malar hijau dan jin-jin barisan hadapan.

Jin, lu pun dah pandai kutuk gua belakang-belakang hah. Kemudian, senang je lu ucap sorry, minta maaf kerana kutuk gua. Takpe, kalau lu nak join jin barisan hadapan, lu boleh pergi. Kemudian, lu goyang je t***k sampai layut. Tiap-tiap bulan dapat cek. Bagi jin goyang p***r pulak, gua tak kisah sebab lu nak sambung belajar. Niat yang murni. Lebih-lebih lagi pendidikan jarak jauh. Jangan sambung di universiti tempatan. Tak masuk langsung dalam rangking 200 dunia. UM pun yang ke 230. Pilihlah Harvard_University ka, Stanford_University ka, University_of_California,_Berkeley ka, University_of_Cambridge ka.

Daripada dok goyang p***r je, elok juga begitu. Haha! Gua tak heran jin. Nak goyang kaki ka, t***k ka, p***r ka itu hak kau. Kalau tak ikhlas nak bantu gua. Dan rasa terbeban hantar memo atau mesej alert pada gua. Cukup bulan jin yang cun akan muncul. Punya mata yang cukup redup. Hati yang cukup tulus. Jin.., jin.., takde niat langsung gua mempersendakan kau. Tapi, prinsip gua jelas. Gua kurang selesa bekerja dengan jin yang tikam belakang. Babai!


.

14.10.08

Siri gua bercakap dengan jin cap kompromi

Heritage City, Vietnam. Dalam bilik mesyuarat itu. Gua dan beberapa makhluk lain. Duduk.

Sampai satu bahagian, gua tenung satu peta dalam laporan. Gua tenung punya tenung, gua macam separa sedar. Mamai.

Biasalah. Kalau gua mamai, jin muncul depan gua. Kemudian. Suara jin hinggap ke telinga gua. Ahtok, sepatutnya peta ini begitu begini. Ada itu, ada ini. Kenapa takde ye? Kenapa? Kenapa? (Seakan bergema)

Kemudian.
Gua jawab. Itulah, Taraaa...! Gua tengah tenung peta ini, kenapa beberapa layer tak muncul dan terbit keluar. Cadangan jambatan misalnya. Cadangan empangan misalnya.

Jangan-jangan kau jangan hide kan dia. Jangan! Tak kuar la. Ekekeke. Jin satu lagi bersenda.

Hehehehe, gua senyum. Peta ini dihasilkan jam empat pagi, kepala dah weng! Badan dah letih. Jin yang bantu gua boleh balik tidur pulak. Nama dia jin goyang t***k. Gua nak kitai jin goyang t***k balik nanti. Kalau jin itu ada di sini, dah lama gua kerjakan. Cheh!


.

13.10.08

Volvo BJD 2223

Satu pagi. Gua berhenti dalam kereta. Tunggu lampu isyarat bertukar. Dari merah ke hijau.

Tengah sedap-sedap gua layan radio dalam kereta.


Gedegang!!!!!


Kontol! Gua pandang cermin belakang. Gua buka pintu kereta. Gua turun.

Apahal?! Buta kayu ke hape? Sape nak ganti ni...!?

Maaf encik! Sa sa saya tak sengaja. Saya tak sengaja. Saya tak sengaja.

Gua pun hangin satu badan. Dah langgar orang boleh cakap tak sengaja. Apa? Kau gentel pelir ke dalam kereta sampai langgar kereta cute aku.

Owh, saya pun tak sengaja menyatakan, keseluruhan ganti rugi harus dibayar oleh encik sepenuhnya.


P/s :
Kepada sesiapa yang mengenali atau mempunyai pertalian darah atau berjiran atau rakan sekerja atau pernah berurusan dengan Mohd Shafuan Bin Abd Samad (Pengurus, Jabatan Logistik & Pengurusan Harta). Bekerja di alamat No 6, Solok Waja 1, Bukit Raja 41050 Klang, Selangor.

Sila sampaikan pesan pada dia. Jangan membatukan diri. Dan buat bodoh je ye! Kalau kita tak jumpa di dunia. Kita akan jumpa di akhirat kelak.

Sesungguhnya satu hari di dunia bersamaan seribu hari di akhirat.


.

10.10.08

Siri gua bercakap dengan jin bukan sebarang jin

Gua pulang cuti berhari raya. Sangatlah terkejut bahawa siling tandas dalam bilik tidur gua bolos. Gua rasa, pecah itu disebabkan siling itu dah lembab disebabkan titisan air hujan dari atap rumah gua yang mengalami kebocoran yang serius. Tapi, pecah dia lain macam. Kalau kena air hujan pun takkanlah leh pecah macam tu dahsyat. Gua fikir punya fikir. Mentol tak muncul-muncul dari tengkorak gua. Dalam gua berfikir, gua dengar suara anak kucing mengiau. Iyela, tak kan mengaum pulak. Maka, tahulah gua bahawa pecahnya siling gua tu disebabkan anak kucing yang sediakala ada atas siling itu berjalan-jalan makan angin. Lalu anak kucing itu terpijak siling yang lembab itu dan terpelosok ke bawah. Dari atas siling bilik air gua. Sedangkan gua tak bela kucing. Gua bela ikan puyu je...

Weh! Gua bukan nak cerita pasal anak kucing hitam tu. Sebab kuku dia panjang ya Rabbi. Badannya seluruhnya hitam belaka. Masalahnya, bila siling dan pecah. Ada lubang. Kemudian, gua dengar suara ala-ala jin betina tepi telinga menyarankan supaya lubang tu ditutup dengan jaring atau dawai atau apa saja material asal tiada lagi anak kucing masuk ke rumah melalui lubang yang sama. Tak payahlah gua maklumkan nama jin itu di sini. Jin kata mungkin sejarah akan berulang. Gua kata, camne nak tutup jin? Suara jin itu kata, tutuplah dengan ikat tali kat tepi tingkap. Gua balas, tak paham la macam mana nak ikat? Jin kata, eeeiissshh, bangang! Betul-betul tepi cuping telinga gua, perkataan bangang tu menyerap masuk melalui saluran telinga ke gegendang dan terus dihantar ke neuron otak.

Gua bukan nak cerita pasal bangang dan jin betina tu. Terus, gua pergi hypermarket beli jaring buatan Malaysia dalam 10 kaki darab 5 kaki untuk menutup lubang siling yang dimaksudkan. Kemudian, jin dah pergi main jauh-jauh, gua meneruskan kerja gua untuk menampal siling yang pecah itu. Mulalah gua ketuk sana. Ketuk sini. Gua ambil kerusi, gua mendongak ke atas. Kalau di tampal lubang siling ni dengan jaring, nampak tak kemas. Macam kerja tak siap. Sudahnya, gua ambil keputusan pecahkan saja siling tandas tu membentuk kekotak yang lopong. Dalam gua mengetuk, jin sedari tadi tidur lalu terjaga. Lalu, jin menghampiri gua dan melontarkan bebelannya, "Issshhh, kenapa dipecah semua!? Senanglah orang masuk nanti. Tutuplah je dengan jaring.. Heeeiii, tak paham betul lah. Bla bla bla..., Kan suruh ditutup je..."

Gua meneruskan kerja gua. Dalam hati gua, jin pun pandai membebel. Gua kemas segala macam benda yang bersepah, dari pintu bilik air gua dongak ke atas. Pergh! Kemasan siling yang sangat kreatif. Deko Eric Leong pun kalah! Ada jaring antara siling asbestos. Lepas ni gua nak beli lampu. Nak pasang lampu. Dapat lampu kelap-kelip lagi bagus. Biar mata jin terbelolok bila tengok. Jin nak bebel, gua peduli hape! Buat pekak telinga je la... Hey jin, nasib baik kau jin. Kalau tak dah lama aku tempeleng kau!



.

9.10.08

Kala malam nampak bintang

Lepas gua beraya di Lakum City, Poland. Gua kena pergi beraya di Zimbabwe untuk mendapat pendedahan bagaimana kaum petani, peladang dan penternak menyambut Hari Raya. Tak seperti di Poland. Rumah agak rapat-rapat dan dekat-dekat. Di sini, rumah mereka jauuuuuh sangat. Tapi, dengar katanya dua minggu sebelum raya dah terasa bahang suasana Hari Raya. Dah ada ketupat. Dah ada rendang. Dah ada juadah-juadah itu semua.

Gua sebagai menantu yang baik. Tak mau ingkar dan diprejudiskan dengan apa-apa. Gua menurut perintah ajela seeloknya. Malam itu, mereka ajak gua pergi beraya rumah Wak Kancil. Jangan main-main, Zimbabwe pun ada orang nama Wak Kancil dan Wak Terowong-terowong Pura. Seusai ke rumah Wak Kancil, maka pergila ke rumah Mbah Nuri. Kira-kira memakan masa 31 minit ikut jam Casio Edifice jenis cermin saphire. Water resistant 100m. Kami sampai kira-kira jam 9 malam waktu Afrika Timur. Rumah Mbah Nuri ni jenis rumah panggung yang ada tiang seri tu. Dipanggil rumah kampung kalau kat Malaya. Tapi rumah sambung dia belah belakang, rumah bawah yang ditambah dan dimodifikasi. Kalau nak masuk, kau kena lalu bawah celah tiang. Tunduk kepala.

Setelah menjamah juadah, bersalaman, bermaafan. Gua dan mereka pun keluar mahu pulang. Gua pun jalan dengan menundukkan kepala sedikit sebelum keluar dari 'rumah induk'. Dalam gua tunduk tu. Entah macam mana kepala gua terhentak tiang kayu cengal yang dok melintang. Pergh! Gua rasa macam bergegar tengkorak gua. Macam mata tombak menghunus kepala hotak gua. Rumah dia tak gegar langsung dengan hantukan gua. Punyalah utuh rumah dia. Bunyi hentakan bukan main kuat, mengejutkan orang ramai dan isi rumah di situ. Gua pegang kepala gua, mata gua mula nampak dalam kegelapan. Gua pandang atas. Nampak bintang. Burung dua tiga ekor terbang. Kepala gua pening. Macam ada benda meleleh di kepala dan di kelopak mata.

Aarrggghh! gua mengerang. Dalam gelap, tak tahu darah ke apa benda. Mereka semua memerhatikan gua. Tanpa sebarang pertolongan cemas. Lalu, gua berdikit-dikit jalan. Sambil memegang kepala. Adoiii, gua meraung dalam hati. Menuju ke dalam kereta. Gua gosok-gosok bahagian yang terkena tadi. Bisa berbisa beb. Gua kena segera pulang ni. Benjolan makin nak membonjol. Sambil tangan sebelah memegang stereng. Tangan sebelah lagi memegang kepala. Sampai di rumah, gua tak kena jahitan. Tiada lelehan darah. Lelehan di kepala, adalah peluh gua. Lelehan di kelopak mata, air mata gua. Malam-malam memang ada bintang dan burung berterbangan dua tiga ekor. Haha! Gua masih boleh ketawa. Tapi, luka di kepala tiada siapa yang tahu. Apatah lagi luka di hati. Adoyaii...


.

8.10.08

Mercun itu racun


Awok jangan main mercun. Bakor duit je. Daripada awok beli mercun. Baik awok bakor duit tu macam orang Cina buat jika ada kematian. Tapi, tapi, kalau awok kerja askor bahagian pemusnah, maka awok ada banyak stok belerang yang perlu dimusnahkan. Musim raya, awok bawak balik main dengan anak-anak sedara awok. Dan kalau awok kerja kastam ke, mercun-mercun yang dirampas tu, awok bagilah sedara-sedara awok main. Jadi, mereka gembira di Hari Raya. Kemudian, jiran awok pulak sakit hati sebab awok main tak tentu masa. Kejap kabom! Kejap kabom! Sampai orang nak tidur pun tak lena. Orang sakit jantung pun boleh gugur jantung. Budak-budak kecik pun asyik kena sawan terkejut. Melalak menangis ketakutan. Budak terencat akal pun boleh gugur otak dia. Kemudian, jiran menjerit hey orang sebelah! Tak kiralah dia askara ke kastam ke. Atau pengurusi kepada acara pesta bunga api antarabangsa. Heh!


.

7.10.08

dari Lakum City, Poland


Dua tahun lepas, di Lakum City, Poland. Setelah usai solat sunat Hari Raya Aidilfitri yang bermula jam 9 pagi waktu Eropah. Saya mengikuti gerombolan penduduk di situ untuk berkunjung dari rumah ke rumah. Kalau di sana dipanggil bara'an. Tak tahulah di Tanah Melayu. Kalau di kediaman Menteri Perdana dipanggil rumah terbuka. Aturcaranya yang saya tahu terbahagi kepada dua sesi. Sesi untuk dif-dif kehormat. Dan sesi untuk orang kebanyakan. Kenapa dua sesi? Sebab guna konsep Islam Hadhari barangkali. Barangkali itu sesuatu yang tak pasti. Tapi yang pasti Islam tidak pernah membeza-bezakan taraf dan warna kulit. Berbalik kepada bara'an tadi. Pengalaman pertama di bara'an, semua hidangan saya jamah. Nanti orang kata saya menyombong pula. Nampak itu, nak itu. Nampak ini, nak ini. Naik rumah yang ke dua puluh lapan. Naik kembung perut saya. Sudahnya, esok. Saya terberak-berak. Keluar masuk jamban tak henti-henti. Huh! Sadis betul. Nak tidur pun susah! Dah la, di sana masih menggunakan tandas curah kala itu.

Tahun ini, dengan pengalaman tahun dulu. Saya dah boleh menafsir dan mengagak. Mana yang saya patut jamah. Dan mana yang tak perlu saya sentuh. Cukup sekadar cium baunya saja. Saya dah matang! Dari rumah pertama sampai rumah yang kelima terakhir. Paling kuat saya minum air. Atau jamah kuih seketul. Sebab saya pasti. Rumah yang keempat terakhir ada hidangan istimewa untuk dibelasah. Mana taknya, nasi dagang enak lauk ikan tongkol. Ada tapai segala macam. Kat situlah saya bedal. Pergh! Ko bayangkan. Hari Raya di Lakum City, susah nak dapat hidangan sebegitu rupa. Biasa saya nampak, lemang, ketupat, rendang, sup tulang, laksa, mihun sup dan nasi goreng kampung. Ini, makan tapai diselang-seli air bikarbonat yang sangat minimal gasnya, berperisa strawberi. Apalah Tok Imam sini. Buatlah solat sunat awal sikit. Pukul 9 pagi kan dah lewat. Kedengaran suara-suara penduduk yang merungut. Dan itulah antara topik perbualan pengisian aktiviti bara'an.

Mana tidaknya, sebelum solat. Seperti biasa ada ucapan dari pengarah itu, pengerusi ini, ketua itu ini. Mengalahkan khutbah selepas solat pula. Ha ha! Namun kerana kita masih di bulan yang mulia dan masih dalam suasana bergembira, maka tidaklah jadi saya menghuraikan perkara ini dengan lebih lanjut. Takut bertambah dosa pula.

Itu di Lakum City, yang sanak-saudaranya tak seberapa. Sudah memakan dua hari dua malam. Apatah lagi kalau awak beraya di Klang Bandar Di Raja, saudara sungguh ramai. Setakat dua hari dua malam tak cukup. Mau-mau makan satu bulan. Bersamaan dengan tiga puluh hari. Sebab, semua datang mengaku saudara kepada awak. Seibulah, sebapalah. Lain ibulah. lain bapalah. Saudara susuanlah. Saudara barulah. Saudara seIslamlah. Apalah kiranya kan? Nama pun Hari Raya. Maka cuti awak perlu disambung dan dianjakkan demi untuk bertandang dan menunggu saudara yang disebutkan itu tadi. Tambahan pula, semua jenis jalan. Baik jalan Persekutuan, jalan Negeri mahupun jalan alternatif sekitar Klang Bandar Di Raja ini macet kerana orang sibuk nak balik dari kampung menyambung tugas. Lebih-lebih lagi bertugas di Alam Shah. Kerana tugas sudah diberi. Nak balik tidur ka, nak hantar anak sekolah ka, nak pi shopping ka itu urusan awak dengan Tuhan. Namun sekali lagi saya terpaksa menghalang diri dari bercakap yang bukan-bukan bila mengenangkan kita masih berada di bulan yang mulia dan masih bergembira dalam suasana Hari Raya.

Jadi untuk tulisan kali ini, saya khaskan kepada kawan-kawan yang membaca secara senyap (silent reader), yakni yang membacanya dan tidak pernah meninggalkan apa-apa komen di sini. Saya tahu kalian membacanya. Kepada mereka saya ucapkan terima kasih dan Selamat Hari Raya. Jemput datang rumah.


.

6.10.08

Sekedai


Ini kasut barulah!
Ini barulah kasut!

Budak-budaklah yang paling seronok di Hari Raya.
Mak dan bapak budak tumpang seronok aje!
Fifa seronok pakai sepatunya bukan kerana lawa.
Dia suka akan bunyi-bunyian yang keluar dari sepatunya.
Maka, sengaja juga dia menginjak-injak tanah untuk dengarkan bunyi itu.
Alahai, comelnya...



.

3.10.08

Mari bermaafan

Nanti wang kertas ini sudah tak laku.
Semua nilai bersandarkan dinar emas.
Menjelang Hari Raya, dapatlah kau jongkong emas.


.

1.10.08

Ayahandaku apa khabar

Ketika entri ini mula ditulis. Setelah usai solat Aidil fitri. Lagu hari raya berkumandang di kaca tivi.

Seperti tahun-tahun sebelum. Sambutan Hari Raya menggunapakai sistem bergilir. Itulah kontrak sosial yang dimetrai. Tahun ini giliran di kampung halaman awek aku. Bagi aku, tak ada masalah sangat pun. Sebenarnya, raya di mana-mana pun sama juga. Sebelum ini pun kami beraya di perantauan seperti di Edinburgh, Scotland dan Rio de Jenerio, Brazil. Cumanya, kalau raya di kampung halaman awek aku. Raya pertama sampai raya ke enam belas. Duduk rumah sambut tetamu. Paling kuat, makan-tidur dan lepak-lepak.

Tapi, tahun ini. Ada satu rasa kerisauan dalam hati. Ayahanda di kampung halaman lagi satu kerap kali pitam sejak akhir-akhir ini. Tak berapa sihat orang tua tu. Dua minggu lepas, khabarnya jatuh pengsan. Kepalanya luka. Kena jahitan. Dan hari selepas itu, ayahanda pergi ke pasar menunggang motosikal. Seperti biasa, menjadi rutinnya awal pagi, sebelum membuka kedai runcitnya. Sampai di pasar ayahanda parkir motosikalnya. Lalu berjalan beberapa tapak. Kemudian. Ayahanda rasa pening. Penglihatannya gelap. Erm, ayahanda rasa berpusing-pusing. Ayahanda tinggalkan motosikal. Lalu balik menaiki teksi.

Ayahanda, ayahdanda kena rehat! Kalau sakit tak usah berniaga dulu. Duduk di rumah saja. Elok ayahanda berehat. Sesungguhnya, aku bukan mahu cari alasan mahu beraya di kampung halaman sendiri. Bukan! Giliran tetap giliran. Kerana aku harus berlaku adil pada diri sendiri dan awek aku. Kontrak sosial sudah dimetrai. Lagipun, mereka dah ternanti-nanti dan menunggu kepulangan kami.

Ayahanda dan bonda, maaf zahir batin. Halalkan susu bonda dan makan minum anakanda selama ini. Jika ada sebarang keterlanjuran tutur kata, tingkah laku, gerak-geri dan apa jua yang mengguris perasaan ayahanda dan bonda, apalah kiranya untuk memaafkan anakandamu ini. Anakanda sekeluarga kirim doa dari sini. Juga kirim kuih hari raya beserta kad raya. Harapnya sampai dan menjadi pengubat rindu untuk menggantikan kami sekeluarga di pagi Syawal yang mulia.

Ketika entri ini sampai ke penghujungnya, butir-butir kaca menyelaputi bola mata. Hati merasa sebak dan pilu. Terasa sesuatu mengalir di pipi.


.