Gua pulang cuti berhari raya. Sangatlah terkejut bahawa siling tandas dalam bilik tidur gua bolos. Gua rasa, pecah itu disebabkan siling itu dah lembab disebabkan titisan air hujan dari atap rumah gua yang mengalami kebocoran yang serius. Tapi, pecah dia lain macam. Kalau kena air hujan pun takkanlah leh pecah macam tu dahsyat. Gua fikir punya fikir. Mentol tak muncul-muncul dari tengkorak gua. Dalam gua berfikir, gua dengar suara anak kucing mengiau. Iyela, tak kan mengaum pulak. Maka, tahulah gua bahawa pecahnya siling gua tu disebabkan anak kucing yang sediakala ada atas siling itu berjalan-jalan makan angin. Lalu anak kucing itu terpijak siling yang lembab itu dan terpelosok ke bawah. Dari atas siling bilik air gua. Sedangkan gua tak bela kucing. Gua bela ikan puyu je...
Weh! Gua bukan nak cerita pasal anak kucing hitam tu. Sebab kuku dia panjang ya Rabbi. Badannya seluruhnya hitam belaka. Masalahnya, bila siling dan pecah. Ada lubang. Kemudian, gua dengar suara ala-ala jin betina tepi telinga menyarankan supaya lubang tu ditutup dengan jaring atau dawai atau apa saja material asal tiada lagi anak kucing masuk ke rumah melalui lubang yang sama. Tak payahlah gua maklumkan nama jin itu di sini. Jin kata mungkin sejarah akan berulang. Gua kata, camne nak tutup jin? Suara jin itu kata, tutuplah dengan ikat tali kat tepi tingkap. Gua balas, tak paham la macam mana nak ikat? Jin kata, eeeiissshh, bangang! Betul-betul tepi cuping telinga gua, perkataan bangang tu menyerap masuk melalui saluran telinga ke gegendang dan terus dihantar ke neuron otak.
Gua bukan nak cerita pasal bangang dan jin betina tu. Terus, gua pergi hypermarket beli jaring buatan Malaysia dalam 10 kaki darab 5 kaki untuk menutup lubang siling yang dimaksudkan. Kemudian, jin dah pergi main jauh-jauh, gua meneruskan kerja gua untuk menampal siling yang pecah itu. Mulalah gua ketuk sana. Ketuk sini. Gua ambil kerusi, gua mendongak ke atas. Kalau di tampal lubang siling ni dengan jaring, nampak tak kemas. Macam kerja tak siap. Sudahnya, gua ambil keputusan pecahkan saja siling tandas tu membentuk kekotak yang lopong. Dalam gua mengetuk, jin sedari tadi tidur lalu terjaga. Lalu, jin menghampiri gua dan melontarkan bebelannya, "Issshhh, kenapa dipecah semua!? Senanglah orang masuk nanti. Tutuplah je dengan jaring.. Heeeiii, tak paham betul lah. Bla bla bla..., Kan suruh ditutup je..."
Gua meneruskan kerja gua. Dalam hati gua, jin pun pandai membebel. Gua kemas segala macam benda yang bersepah, dari pintu bilik air gua dongak ke atas. Pergh! Kemasan siling yang sangat kreatif. Deko Eric Leong pun kalah! Ada jaring antara siling asbestos. Lepas ni gua nak beli lampu. Nak pasang lampu. Dapat lampu kelap-kelip lagi bagus. Biar mata jin terbelolok bila tengok. Jin nak bebel, gua peduli hape! Buat pekak telinga je la... Hey jin, nasib baik kau jin. Kalau tak dah lama aku tempeleng kau!
.
11 comments:
Best! cerita hang...Aku syak, jin tu suruh hang tidoq luar. Tak pun tido kat sofa di ruang tamu...
ha ha.
Kasik chance la sm jin tu. Biasak ah, orang pompuan mmg camtu. Kalut bebeno.
Ooopss!
siri...
kucing...
bangang...
sungguh kebetulan n3 kita hr ni yek... :)
pandai jin tu berkata kata. lampu liplap-liplap dah tak laku. raya dah habis. haha
hu hu hu
hoho...ingatkan kene pecah masuk tdd..naseb baek hanyaa kuchingg..^-^
jin tu sure seksi,klu tk dah tentu engko lempang die..haha
hahhahaha... lucu-lucu
gua rasa seram! :-p
bikin suspen la lu!!!hahaha....
Cikgooden,
Jin takkkan buat begitu
Suparjo,
Bukan orang. Ini jin.
Tasikmerah,
Kebetulan.
Pecahkepala,
Selain pandai berkata-kata. Jin juga pandai menyanyi.
BP,
Ha ha!
Hanafana,
Kucing membahayakan
Artsoul,
Mana tau ni?
Ibrahim_n,
Hahaha! Lucu kau ketawa
Danielae,
Kalau seram bulu roma mesti naik.
Padelkopak,
Tak la suspen sangat. Stended cam filem je...
Post a Comment