16.10.08

Beraya di Bandaraya : ambil teladan

Satu hari, gua beraya rumah kawan gua. Dia jamu tetamu dengan nasi lemak ayam. Gua rasa itulah paling sedap gua makan nasi lemak ayam. Kena pulak madu dan ayam pandan. Nasi boleh tambah. Ayam takde nak boleh tambah-tambah lagi. Kena terajang kalau tambah. Jangan nak mengada-ngada! Kalau nak tambah nasi, makan dengan lauk telur. Makanya kau perlu bawa telur sendiri.

Gua ingat gua nak minta resepi pada dia. Lepas tu gua hilangkan salinan asal resepi itu dengan sengaja. Gua ulangi tiap-tiap tahun. Macam gua mintak resepi nak buat kek batik pada Chef Wan. Maka, gua ada alasanlah supaya orang tak datang rumah gua. Bila orang tanya, boleh datang rumah tak nak beraya? Gua jawab, tak boleh! Resepi hilang. Minggu depan kalau nak datang boleh. Ada makan sate. Hari Raya kan, datang berkunjungan itu paling utama. Menjamu tetamu yang datang perkara kedua. Basuh pinggan atau polystrene selepas makan sepatutnya sejurus sudahnya perkara kedua.

Oh ya, seperkara lagi. Gua pesan pada yang nak keluar beraya ke rumah sahabat handai atau taulan atau rakan yang disukai. Telefon mereka terlebih dahulu dikhuatiri mereka pergi ke K.L dalam keadaan senyap-senyap. Sekalipun kau dah beritahu mereka melalui apa saja medium seperti faks, emel, ym, sms, telefon, hantar isyarat, surat persetujuan hadir, memo, cakap mulut dan macam-macam lagi. Itu semuanya tak berguna kalau mereka dah keluar ke K.L berfoya-foya. Kau tinggal gigit jari saja.

Maka, gua berpesan pada mereka yang keluar beraya pastikan minyak kenderaan cukup-cukup untuk kau pergi sebuah rumah saja. Kemudian, kau balik ke rumah kau semula. Dah. Itu baru dinamakan beraya di Bandaraya. Sekonyong-konyong makhluknya, lebih mementingkan kesendirian yang sedikit angkuh. Dari kekitaan. Lainlah kalau kau beraya di Edinburgh, Scotland; Lakum City, Poland atau Karang Ville, Zimbabwe. Manusiawi di sana lebih mementingkan kerukunan dalam berniaga untuk tarik duit raya. Buluh emas misalnya. E-koleksi dot com misal kedua. Hi-O Marketing misal ketiga.


.

6 comments:

alif-mikail said...

wah! good entry bro!..

abis atok pergi beraya sebuah rumah aje la ye?

Brader Black said...

Ni bile aku bleh beraya kat umah ko ni?

tasekM said...

ayam tak leh tambah? ada jugak gitu...

fadzil hafiz said...

mana ade feel raya ky bandaraya!!kg la wei...

afandi said...

eihh bior betul

rudy bluehikari said...

aku dulu raya kat fukushima bertandang naik lif jerk. naik tingkat atas beraya umah senior. turun bawah rumah junior. ekekekeke jimat petrol.