31.3.09

Lima perkara

Buat julung-julung kalinya gua masuk mesyuarat ketua-ketua kepala di sini. Gua bukan ketua. Tapi gua dapat surat jemputan itu. Jadi, mereka declare gua ketua mereka. Maka, gua pun bertindaklah macam ketua. Dalam kepala otak gua, dah berlegar dan berputar macam-macam point nak dilontarkan. Dan bermacam-macam benda juga gua nak memohon dan meminta apa yang patut. Sejarah tetap sejarah. Tak kiralah gua siapa sekalipun. Kesinambungan kepimpinan ketua lama secara dasarnya ada yang perlu dikekalkan, ada yang perlu dirombak. Dan ada yang perlu ditambah-baik. Walaupun gua orang baru di sini, gua bukan kira baru atau lama. Kalaupun gua baru di sini, sampai bila gua boleh dimasukkan dalam kategori orang lama. Setahun? Dua tahun? Sebulan kat sini macam setahun lu tau tak..? Masa bukan persoalannya di sini. Apa yang lebih mustahak, gua menyampaikan apa yang patut dibuat demi kesejahteraan semua. Kekhuatiran gua cuma manalah tau kalau-kalau mereka menyimpan dengki dan mengutuk gua belakang-belakang. Gua pun tak simpan prejudis ini. Gua juga tak fikir mereka senegatif itu. Baiklah. Gua positifkan minda gua. Mereka tak akan tikam gua dari belakang. Perasaan itu gua buang jauh-jauh.

Ketua-ketua kepala bercakap seorang demi seorang. Entah apa yang dicakap gua bukan faham sangat. Buat-buat faham sudahlah. Giliran gua akhir sekali. Sambil mendengar ketua-ketua lain cakap. Gua catat beberapa perkara yang perlu gua cakap nanti. Okey, ada apa-apa? Ketua punya ketua tanya gua. Okey, assalamualaikum semua. Saya nak maklum beberapa perkara di sini. Satu, pasal talian internet di sini. Saya rasa, talian di sini mempunyai masalah yang besar. Entah saya tak pasti kenapa. Tapi, apabila nak download emel atau upload tak boleh. U bukan tak tahu, banyak kerja-kerja saya yang melibatkan internet. Saya kena kemaskini portal. Bila dah isi je, saya klik, web page cannot found. Lagi satau, saya kena kemaskini blog. Jika tidak macam-macam sawang akan singgah nanti. Sudah beberapa kali saya cuba. Alahai... Minta diselidik perkara ini. Adakah kapasiti server kita atau memang talian di sini tak stabil.

Dua, kalau boleh saya nak menambah-baik pendekatan mesyuarat. Zaman IT la ni, kalau boleh nak guna slide show. Jadi, apa yang diperlukan adalah komputer riba, skrin putih dan projektor LCD. Itu saja alat. Saya tak mahu bila, siaap-siapa cakap seolah-olah macam terawang-awang kerana tak tahu di mana lokasi yang dibincangkan. Macam di atmosfera pun ada. Jadi, kita boleh pancarkan pelan-pelan lokasi yang berkenaan di samping ada disertakan sisipan seperti biasa.

Tiga, penyediaan kaunter khas di tempat saya. Bukan kaunter pembayaran. Bukan kaunter zakat. Sebagai ketua, saya bertanggungjawab memberi keselesaan kepada orang bawah saya. Mereka juga mahukan kesendirian dalam melakukan pekerjaan. La ni, pelanggan terus masuk ke meja pejabat tempat dia bekerja. Mereka rasa tidak selesa. Dan pelanggan seolah-olah menceroboh serta meninjau-ninjau mengikut sesuka hati mereka. Sepatutnya ada ruang khas dan disediakan meja untuk semakan pelan dan dokumen. Saya rasa, perkara ini sudah pun dinyatakan oleh DeeOhh. Penting tu.

Empat, permaidani di unit saya adalah bersifat multi-colour. Biru ada, merah ada. Macam-macam ada. Kerja-kerja pengubahsuaian dalaman perlu dilakukan kerana kenapa unit-unit lain ada yang terlibat dengan kerja ini. Dan saya jangkakan, unit saya juga terlibat. Maka, tak perlulah saya memohon untuk membuat pengubahsuaian dalaman bagi unit saya seperti penyediaan partition. Menukar kekisi tingkap yang reput. Mengganti pendawaian yang lama. Dan sebagainya. Sebab ini memang keperluan untuk mengubahsuai satu bangunan. Saya lihat juga, kemasan tandas yang bilangannya enam unit didahulukan. Agaknya, orang ke mari untuk pergi ke tandas kita. Dan barangkali selepas berurusan, mereka akan membuang air. Alahai...

Lima, saya pohon jasa baik untuk memantapkan unit perancangan/ bangunan/ kejuruteraan dalaman terlebih dahulu. Kerana unit saya juga bergantung kepada unit ini. Kekuatan unit saya adalah tertakluk kepada kesediaan dan kekuatan unit ini. Harap dipohon pengambilan untuk mengisi kekosongan dengan kadar segera. Saya rasa itu saja buat masa ni. Hehehe...

Selepas gua cakap. Ketua yang satu lagi ghoyak. La ni gini. Kalu buleh. Ambo nok mintok lektok untuk ketua-ketua sinni. Gi manno-manno, kawe malu sebak hok lain ade belake lektok. Keh keh keh...


.

26.3.09

Wakil

Sejak kekalahan bermaruah perlawanan badminton gua tempohari. Gua tekadkan semangat untuk berlatih sampai gua berjaya. Kalau boleh, gua dapat wakil peringkat DUN pun dah kira bagus. Sebab, pembelajaran yang bagus perlu bermula dari bawah. Lepas gua dapat wakil DUN, gua pergilah pulak PARLIMEN. Manalah tau gua dinaikkan pangkat dari Ketua Unit ke Ketua Bahagian pulak.

Untuk tujuan itu, hari Selasa petang kelmarin gua turun. Siap baju sukan, seluar sukan, kasut sukan, stoking sukan dan raket Fleet di tangan. Maka, gua pun mulalah menjalankan aktiviti memanas badan. Seterusnya gua melonggar-longgarkan otot-otot yang perlu. Kalau booleh gua nak minum 2T ke 4T ke untuk licinkan sendi-sendi yang berkarat. Tapi, gua fikir lapan kali, tu semua tindakan bodoh. Nak buat apa menyusahkan diri sendiri. Sudahnya, gua ambil keputusan sapu minyak kuda je la di seluruh anggota. Gua ulangi, minyak kuda. Bukan pil kuda.

Member gua satu pejabat pun panggil masuk gelanggang. Bulu tangkis datang melambung, gua tak lepas peluang. Terus gua smash menjunam. Gua bayangkan bulu tangkis tu masalah-masalah dan tekanan-tekanan hidup yang perlu gua tempuhi. Gua tak lepas peluang, terus kitai dan kitai. Gua peduli apa. Masuk set kedua, gua masih kool lagi. Tak tercungap langsung! Gua boleh kontrol lagi keletihan gua. Sebab malam tadi gua dah bedal pil kuat.

Gua sangkakan, cerah sampai ke malam. Rupanya hujan disebelah petang. Sudahnya, gua sangkut nak pulang ke rumah. Sangkut nak pulang takpe, tapi sangkut gaji ni gua tak boleh tahan. Nasib baik, orang tua gua dulu ada buat simpanan untuk gua sejak gua lahir. Sebulan lima puluh ringgit. Bayangkan! Setahun? Dapat enam ratus. Sekarang umur gua 31. jadinya, dalam bank tu seharusnya ada simpanan melebihi RM18,600.00 secara matematiknya. Itu secara matematik. Belum ikut hukum BODMAS lagi. Sebab bila gua pergi bank baki tinggal RM50.00 sahaja. Iyela, masa kecik mak gua jaga dah tentulah nak kena pakai belanja susu, pampers, makanan ruji, minuman, mainan, belanja sekolah dan banyak lagi... Maka, sebab tu gua rasa akaun tu menyusut. Berapa ramai Bumiputera yang melabur untuk jangka panjang kala zaman gawat-gawat begini?


.

24.3.09

Daya juang

Dah lama gua tak memegang raket. Dah lama juga gua tak berlari-lari gila babi sampai keluar air peluh masin dari rongga-rongga kulit yang terbuka. Dah lama juga gua tak mengamalkan minum air putih sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Maka, dah lama juga sistem perkumuhan badan gua tak stabil. Dan kondensasi anggota kacau-bilau. Dah lama gua tak mengamalkan cara hidup sihat. Uikks.., dah lama.

Bermain bulu tangkis perseorangan memang gua pancit. Gua akui.. Tapi bukan gua takde kote! Gua tahu keupayaan gua sendiri. Lalu, gua mengisi tempat untuk bermain secara beregu. Gua yakin, kategori ni gua boleh pergi jauh. Masalahnya, nak cari beregu yang hensem macam gua pulak timbul. Bukan senang nak buat uji bakat cari pemain berkaliber lagi hensem. Lebih-lebih lagi kalau duduk di timur Semenanjung Malaysia.

Bermain atas dasar rela menjadi pilihan gua. Tanpa desakan dari mana-mana pulak tu. Tiada siapa yang paksa gua. Bukan senang mahu terima jemputan bermain sebegini rupa. Masalah mencari beregu pulak akhirnya bukan masalah besar bagi gua. Itu cuma masalah kecil bagi gua. Tengah gua makan-makan bersama teman-teman gua, gua open soalan. Siapa nak main beregu dengan gua? Main dengan gua Tok, mamat ni jawab. Lu biar betul nak main dengan gua? nak main siang ke malam? Haha! Ok, sila angkat tangan. Gua suruh mamat ni angkat tangan. Dia pun angkat tangan. Jadi, masalah mencari beregu dah selesai. Kan gua dah kata itu hanya masalah kecil.

Kemudian. Masalah lain pulak timbul. Kami tak pernah main beregu bersama sebelum ini. Err, maksud gua main badminton. Kami tak pernah merancang strategi nak patahkan pihak lawan. Kami juga tak pernah berbincang di kedai kopi mengenai taktik yang kami nak gunakan nanti. Kami baru jumpa. Hati budi pun belum kenal dengan mendalam lagi. Dalam masa empat belas hari kami tak pernah berlatih walau sejam sekalipun. Maklumlah, gua dan dia sibuk urusan bermain bola lisut. Kekadang, sibuk dengan urusan membangun tanah orang. Nak harap orang tempatan. Huh! Sampai ke sudah tak membangun.

Pendek cerita. Tiba pada hari perlawanan. Saat yang dramatik pun tiba. Gua jangka perlawanan pusingan pertama ni menjadi perlawanan pilihan penonton. Sebab gua dengar mereka bersorak dan bertepuk sakan. Bayangkan, betapa gigilnya kepala lutut gua. Nasib baik gua dah sapu krim angin perasa pudina. Untuk menutup kegigilan gua, gua buat-buita lompat dan longgar-longgarkan sendi. Bijak juga gua ni. Servis dah bermula. Sempat gua bisikkan pada telinga regu gua. Kalau boleh kita main jangan bagi peluang pada pihak lawan. Serang je... Elakkan pukul bola keluar. Lagi satu, kita bagi bola pada budak gemuk tu je... Main guna kepala otak, jangan guna kepala lutut. Dia angguk tanda setuju.

Perlawanan sengit berlaku. Balas-membalas. Rally yang panjang. Empat mata kami kutip. Masuk mata yang kelima. Gua tunjuk bulu tangkis pada lawan. Tanda isyarat mintak tukar bulu tangkis. Gua bagi pengadil. Bulu tangkis baru gua dapat. Nak kena budak ni, gua syak pengadil kata gitu. Nampak sangat muka pengadil tak puas hati. Gua peduli apa. Gua dah bayar yuran pertandingan. Maka, gua meneruskan servis. Bulu tangkis tak lepas di jaring. Tangan gua gigil tadi. Lagipun, gua ada simtom tapak tangan berpeluh. Hormon tak stabil barangkali.

Dua puluh mata akhir tujuh belas. Set pertama gua dan regu kecundang. Setelah berhempas pulas. Keringat mula membasahi muka dan seluruh anggota. Ketiak pula rasa tak selesa. Celahan kelangkang semacam entah kenapa. Rasa licin pun ada. Aduyai.. Set kedua regu kami tewas lagi. Kami dah melawan. Cuma tak tertawan. Kami dah cuba bangkit. Cuma kami pukul bola keluar berjangkit

Mana boleh menang bai, berlatih pun tak pernah. Nak harap menang... Sebenarnya, gua bukan mencari kemenangan. Gua cari semangat. Gua cari ikatan silaturrahim. Regu kami kalah bermaruah bai. Kalah, tapi memberi saingan yang getir pada lawan. Bayangkan, pasukan mereka tercungap-cungap sampai terbatuk-batuk hampir-hampir nak termuntah darah. Itu kami tak berlatih. Kalau kami berlatih sungguh-sungguh, entah apa jadi pasukan tu. Gua tak tahu. Mesti kena tibai... Hak hak hak. Kepada regu gua, terima kasih kerana sanggup jadi regu yang kalah bermaruah. Hahaha!

Dah lama gua tak memegang raket. Tempat pemegang grip raket pun dah naik reput. Habis melekat kat tangan gua kaler dia. Emosi gua tak stabil. Itu alasan kuat kekalahan bermaruah gua. Serius beb!



.

19.3.09

Bulu perantau

Siapa kata saya tak suka kerja saya. Saya cinta kerja saya. Tapi, cinta lagi saya kepada keluarga dan kedua ibu-bapa saya. Hei hei., saya tak kisahlah kalau Dato' nak campak mana sekalipun. Saya bersyukur dicampakkan di negeri Tuan Guru. Sangat bersyukur. Tapi keputusan Dato' haruslah berlaku adil pada semua orang. Itu saja. Kalau Dato' boleh mempertimbangkan seseorang perempuan cantik muka licin atas alasan yang tiada di dalam pekeliling. Orang mula bertanya dengan tanda soal yang besar.

Saya tak heranlah. Kalau Dato' membuat justifikasi yang berat sebelah. Ini semua hal dunia. Kalau tak kena di sini. Esok lusa akan kena juga. Lagipun, tiada masalah bagi saya. Sebab saya memang anak perantauan. Keluarga hidup merantau mencari rezeki. Dari kecil, sebelum tumbuh bulu ari-ari. Sampai sekarang. Bulu ketiak pun dah panjang, memang saya hidup merantau. Tau-tau dah jauh saya berhijrah. Dari Riau, Kijang, Indonesia ke Pulau Batam ke Woodlands, Bkt. Batok, Singapura ke Kuala Lumpur ke Johor Bahru kemudian ke Semabok, Melaka ke Shah Alam, Selangor. Alahai... Hidup ibarat roda. Kalau rodanya besar maka pusingannya lambat.


.

16.3.09

Rindu semalam

Aku mula bersiap-siap. Mahu kembali menjalankan tugas di pantai timur. Atas tujuan keselamatan, nama tempat terpaksa dirahsiakan. nanti diketahui pihak musuh. Setelah beberapa hari menghabiskan masa bercuti bersama awek tercinta dan puteri-puteri kesayangan. Aku sangat berpuas hati. Sekalipun tempoh dua puluh empat jam tidak cukup bagi aku. Seperti yang dijanjikan, sepatutnya kereta rakan aku akan tiba sejurus selepas Maghrib. Untuk menjemput aku. Hal ini kerana bas aku akan tiba jam 8.30 malam.

Seusai solat Maghrib, aku terus bersiap sedia. Ada masa yang terluang aku memanggil puteri-puteriku lalu mengucapkan selamat jalan kepada mereka. Jangan nakal-nakal. Lalu, aku menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan mereka. Mengucup pipi dan dahi mereka. Dengan penuh kasih sayang seorang ayah. Aku cium awek aku. Mmmmuaaakks! Beberapa adegan lanjut tak boleh diceritkan di sini. Rahsia kami berdua. Puteri sulung tak berapa kisah aku meninggalkannya. Sebaliknya, puteri bongsu mahu mengikut jejak aku pergi. Seperti kebiasaannya aku menyiapkan diri dengan wangi-wangian dan pakaian yang secocok. Puteri kecil dapat menghidu kelibat aku mahu meniggalkannya untuk sementara. Barangkali, dia berfikir, mengapa ayahnya mahu meninggalkannya. Lalu, dia melalak mahu meminta untuk didukung dan membawanya keluar dari rumah.

Takkan aku mahu membawanya bersama untuk menjalankan tugas. Selian tugas yang dipikul nanti. Puteri kecil pulak menambah pikulanku. Lalu, aku mengambil keputusan. Meninggalkan puteri kecil dengan tangisan yang sebak. Linangan air mata dari dalam. Aku menunggu rakanku di luar rumah. Dengan rembesan air peluh. Dan rembesan air liur disampaikan melalui telefon bimbit. Jam sudah menunjukkan 7.50 minit malam. Rakanku tak kunjung tiba. Sepatutnya waktu-waktu begini, aku sudah bertolak ke terminal bas. Puteri kecil masih kedengaran merengek dari kejauhan di dalam rumah. Alahai... Aku tak sanggup mendengar tangisannya, lalu aku mengambil keputusan untuk menjarakkan pendengaranku. Aku berjalan ke hadapan di jalan masuk taman perumahan. Jam sudah menunjukkan jam 8.05 minit malam.

Ada juga ditinggalkan bas nanti. Bisik hati kecilku sendirian. Fikiran masih melayang-layang teringatkan awek tercinta. Susah sungguh mahu diluputkan. Hati merindui puteri-puteri kecil di rumah kediaman. Gurauan senda mereka tak boleh dihapus begitu saja dalam ingatan. Sesampai rakanku dengan keretanya, tanpa banyak bicara aku terus mengarahkannya memandu dengan laju selajunya. Takut ketinggalan. Kereta yang kami naiki melompat lebih tinggi dari kebiasaan. Memotong segala kenderaan di jalanan. Aku peduli apa kerana hati dah panas, fikiran dah tak karuan. Dua garisan pun kami cantas.

Jam sudah menunjukkan jam 8.34 minit malam. Tiba di terminal bas. Biasanya bas di sini amat menepati waktu. Dari kejauhan aku melihat bas itu sudah sampai. Aku mengarahkan rakanku supaya menurunkan aku di tepi pagar, biar saja aku berlari-lari anak mengejarnya. macam orang bodoh jika dilihat sekali pandang. Tapi, mereka tidak tahu hal yang sebenar. Sebab kalau ke pintu utama memang dah tak sempat. Aku terus berlari bapak pula mendapatkan bas. Kemudian. Dalam larian aku menuju ke sana, bas itu sudah mula bergerak. Mujurlah aku sempat melambai-lambaikan tangan. Dengan tujuan supaya bas itu berhenti. Bas itu berhenti. Pintu bas dibuka. Aku masuk. Tiket diserah. Aku dimarah. Ah, bukan aku yang salah. Serik bertemujanji dengan kawan aku sudah. Elok kalau aku tambah dua jam sebelum bas bertolak pun lagi bagus.

Dalam bas, aku buang jauh-jauh kemarahan pemandu. Aku menenangkan debaranku dengan menyandarkan badan di kerusi yang paling belakang. Cis! Sangat terhimpit bila mana, penumpang depan menyandarkan kerusinya ke belakang semaksima mungkin. Aku sabar. Aku terus menghantar SMS pada awek tercinta. Sayang, abang selamat mengejar bas. Mujur tak terbabas. Duduk sejuk di dalam bas. Tak sama duduk berdua di dalam bilik. Hati sebak meninggalkan insan tersayang. Fikiran melayang-layang umpama belon gas. Terbayang pada wajah kalian semua. Bye.

Sesungguhnya terbuku kerinduan yang jitu di situ. Kau sendiri lihat kan.. Alahai... Rindu itu sukar mahu disukat. Mengapa ada insan yang tergamak memutuskan kerinduan kami setiap minggu. Mengapa ada yang cuba berusaha memadamkannya. Tapi, aku tak akan padam ini semua sampai bila-bila. Sekalipun ditelan kegelapan di dalam dan di luar bas. Hai sang bayu, sampaikan rinduku ini pada burung Cenderasari untuk diutuskan pada orang berkenaan. Semoga hati perutnya tidak sekeras batu kerikil.



.

6.3.09

Sepetang S.U

Guane dok keda kopi selalu.

Boh, saya tiga keh selesa dah. Dok keda kopi la ni. Kita kena gaul denge masyarakak boh. Baru buleh selesah. Dok pejabak tok selesah masalah gini.

Lantak demo la...

.

5.3.09

Kekuatan agung

Aku menyampaikan khabar mengenai kerjaya aku yang perlu melakukan pengorbanan cinta yang agung. Kepada seorang kawan yang boleh diajak ketawa.

Kemudian dia jawab, takpo, ado hikmah tu. Suh mu pi ngaji ngan tuan guru. Takpo be, mu gi sana mu jadi boh. Mace-mace bendo mu jumpo nanti. Tu kawe malas gi jabate. Lagipun kita dok kawase belake-belake buke apo tok. Allah suruh kaji diri nak rhoyat. Mu jadi boh tok dok di sane.

Keupayaan manusia sebagai khalifah memerlukan kepada beberapa kekuatan dan tumpuan kali ini akan memfokuskan kepada kekuatan emosi dan jiwa sebagai salah satu faktor penting kejayaan manusia meneruskan tanggungjawabnya untuk memakmurkan alam ini. Aku kata dalam hati.

Sesungguhnya kekuatan dalaman juga penting sebagai benteng pertahanan kukuh dalam menghadapi apa juga rintangan hidup. Allah SWT memberi jaminan beruntungnya manusia yang menjaga dan menyucikan hati serta kerugian mereka yang mengotorinya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya (yang sedia bersih) bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya (yang sedia bersih) itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).” (Surah al-Syams, ayat 9-10)


Bagaimana mereka yang bekerja sebagai tentera, pramugari, pramugara, P.A kepada Dato', Bonzer Dato', Doktor kecemasan, Polis, Guru di kawasan pedalaman. Arghhh! Banyakla kalau nak sebut sini. Lebih-lebih lagi kerja pakar sakit jiwa.


.

4.3.09

Mu rhoyak ada hanjing

Sedang aku. Sedap-sedap memandu. Dengan kelajuan 60 km/j. Di atas sebatang jalan. Lurus. Jalan berturap. Dua lorong. Dalam kelam malam. Menuju ke satu destinasi. Dalam kedinginan malam begitu. Tambah penghawa dingin kereta import. Pergh, silap-silap boleh hanyut. Dibuai mimpi. Wo! Malam yang dingin. Rupanya menjadi hangat. Dengan tidak disangka-sangka. Ada seekor anjing sengal melintas. Dan anjing itu tidak menoleh ke kiri dan ke kanan. Terus melintas ikut suka hati. Oleh sebab, aku pemandu yang baik. Aku tidak melanggar anjing itu. Lagipun anjing itu tak sekolah. Lalu, aku memperlahankan kenderaan. Tak semena-semena. Punggung kereta import yang aku pandu. Dicium dengan ganas oleh Nissan Frontier. Skkkreeeeet.. Kaboom! Damn!! Lagilah sengal pemandu Frontier ni.

Kemudian. Hanya beberapa saat. Proton Iswara pula merobek punggung Frontier. Tapi, tapi, tapi Iswara itu sangat malang. Aku syak jantina Iswara itu perempuan. Hancur. Remuk. Bonet depan terpelosok ke dalam. Cermin depan retak seribu. Aku cuma sekadar tinjau dari kejauhan. Orang kampung sekitar keluar. Memerhatikan kejadian yang berlaku. Umpama menonton pencak. Kesesakan lalulintas mula memuncak. Mujur tiada nyawa melayang. Alhamdulillah. Hanya serpihan-serpihan bekas pelanggaran bertaburan di jalan.

Aku buat-buat kewl. Kawal emosi. Kawal perasaan. Kawal kejantanan. Kemudian parkir kereta ke tepi jalan. Matikan enjin. Aku keluar dari perut kereta. Berdiri terpacak di tepi jalan. Jantung berdegup kencang. Hati berdebar-debar. Aku terus membuat panggilan kecemasan. Pemandu Frontier keluar.

"Guane bey? Ngantuk ke?"
"Eh, dok arr.. Anjing dok melintah."
"Adooiii.."
"Camne nak settle?"
"Kita cerita balai..."
"Wokeh"

Orang kampung semakin ramai. Dan suasana semakin sibuk. Mengalahkan pasar malam. Pemandu yang lalu-lalang di situ. Ada yang memperlahankan kenderaan. Ada yang berhenti untuk meninjau. Kalau-kalau ada nombor yang boleh dicatat. Ada juga yang macam polis. Ada juga yang melontarkan suara, kalau abey siye pamandu belakey. Mengaku saloh je.. Kemudian, sedang aku termanggu kepanikan. Masih memikirkan kemalangan yang sedikit kekartunan. Bey, takpo bey. Guane apapun. Kita bley kleng insureng kete hok belakey. Kete belakey tetak saloh.

[DIAM]

Kete abey dokleh jaley. Towing deh.. Sat gi, towing sampa. Amik gamba sumer. Repok polih. Arggh bey, tokseh bimbey. Kleng insureng.

Orang-orang yang datang kemudian. Tak paham kejadian yang berlaku. Kerana situasi dah berubah. Iswara masih duduk di belakang sekali. Kereta aku di tengah. Manakala, Frontier dah ke tepi. Tuju depan. Mereka melihat-lihat kereta aku tak remuk di bahagian depan. Tapi Frontier remuk di belakang. Manakala Iswara remuk teruk, belakang kereta aku tak seremuk mana. Kuak kete demo. Aku malas mahu menjelaskan kedudukan sebenar. Fikirlah sendiri. Demo demo. Demo la ni.. dalam hati aku. Kerana kereta remuk boleh diketuk semula. Hati remuk tak lena tidur dibuatnya. Lain kali, jangan main belakang. Luka nanti. Aduyai...


.