31.8.09

Kecemburuan

Selepas kejadian itu aku beristighfar seketika. Teringat firman Allah dalam ayat seratus tiga puluh empat surah Ali Imran "Mereka menafkahkan harta benda mereka ketika senang ataupun susah, mereka juga mampu mengawal perasaan marah dan mereka juga suka memaafkan kesalahan orang lain."

Malam itu. Afifah mengada-ngada yang tak terhingga. Merengek-rengek mahukan sesuatu. Habis merengek. Minta pula untuk didukung. Setelah didukung. Mahu diletak tidak mahu. Kemudian aku mendukungnya ke mana saja aku pergi. Kasihan akan dia. Lagi kasihan aku ini. Dia senyap seketika.

Kemudian dia tak semena-mena dia menggigit tangan aku. Adoi! Aku kata kesakitan. Lalu aku letakkannya ke bawah. Bukan aku campakkannya. Makin dia melenting-lenting mahu didukung semula. Aku duduk. Ia semakin merengek berlagu. Ibunya merangkap awek aku cuba menakutkan dengan mengambil rotan. Rengekan makin menjadi.

”Letak saja di luar.” Ugut ibunya.

”Campakkan ia di luar ayah.” Tambahnya lagi.

Sebenarnya aku tak sampai hati memperlakukan begitu. Tapi. Masa itu aku pun tak berupaya mengawal emosi disebabkan perangainya sehingga aku sendiri gagal mengawal marah. Akhirnya aku angkat dia untuk tujuan menakut-nakutkannya untuk diletakkan supaya tidur di luar. Makin dia melalak dan meraung. Itulah kemuncak letupan dan ledakan emosi aku barangkali. Kemudian. Aku duduk. Afifah masih teresak-esak menangis. Kami biarkan saja. Buat tak tahu.

Lalu aku sendiri terfikir. Emosi diberikan Tuhan bukan untuk diletupkan tetapi untuk dikawal supaya dapat disalurkan pada tempat yang betul. Salah satu cara sepatutnya aku mendiamkan diri, memejamkan mata serta mengosongkan minda bagi meredakan perasaan marah. Imam Ahmad dan Baihaqi melaporkan kata-kata nabi yang bermaksud, "Apabila kamu marah maka diamlah." Kemudian, harus disusuli dengan zikir kepada Tuhan kerana ia mempunyai penawar yang mampu mendamaikan jiwa. Sehubungan dengan ini, dalam surah ar-Ra'ad ayat dua puluh lapan Tuhan menyatakan, "Ketahuilah, dengan berzikir kepada Allah hati akan tenang."

Afifah. Ayah sepatutnya lebih tenang tika itu. Ayah seharusnya cool. Sebaliknya bukan memperlakukan kamu begitu. Ayah akan beringat di lain hari. Bukan niat untuk marahkan kamu. Tapi ayah faham bahawa kamu perlukan perhatian yang lebih dengan disebabkan kehadiran adik baru kamu. Akif Hadif. Sebab itu kamu mengada-ngada. Ayah berdoa agar kamu tak mengada-ngada sampai ke tua. Cukuplah kamu masih belum dapat menerima setakat ini. Lambat-laun kamu akan faham.

Manusia yang gagah bukanlah dia yang mampu menjatuhkan lawannya. Sebaliknya, yang gagah adalah dia yang mampu mengawal perasaan marahnya. Sahabat nabi yang bernama Abu Darda' pernah menyoal nabi, "Ya Rasulullah, tunjukkanlah kepadaku satu amalan yang akan membawa aku ke syurga." Nabi menjawab, "Janganlah engkau marah!" Hadis ini dilaporkan oleh Imam Thabrani dan Ibn Abid Dunya dengan sanad yang baik.

Selamat Hari Merdeka. Merdeka!



.

25.8.09

Istana Hungga Machester (Part I)

Dalam Balairong Tarbiah Istana Hungga Machester. Macam selalu-selalu. Satu musyawarah ringkas berlaku. Telah genap musyawarah ke enam puluh untuk abad ini.

"Hadirin sekalian." Dato' Bentara Luar mula bicara.
"Sahaya ingin mencadangkan di sini supaya kelulusan lukisan pelan reban-reban sebijik-sebijik hanya perlu melibatkan kelulusan pentadbiran sahaja. Tanpa perlu dibincangkan secara terperinci dan hangat di Musyawarah Peringkat Dewa"

Melongo semua para hadirin. Termasuk Kepala Ketua Mafia Tuan Haji Zakaria Sempodia al-Buruqi. Sejurus mendengar saja akan usul itu. Seolah-olah beliau rasa kehilangan kuasa dan taringnya. Sedangkan kertas kerja yang molek hasilnya sudah diedar. Para perwakilan membelek-belek helaian itu. Entah faham. Entahkan tidak.

"Baik. Begini..." Dato’ Bentara Luar memulakan bicara kali kedua.

"Sahaya ingin menegaskan di sini bahawa cadangan ini bertujuan dengan harapan bahawa ia berupaya untuk mempercepatkan norma masa kelulusan lukisan pelan reban sebijik-sebijik. Daripada antara empat belas hingga dua puluh hari kepada tiga hari saja. Cepatkan?"

Tiada sebarang jawapan daripada hadirin musyawarah.

Dato’ Bentara Luar menyambung, "Dalam masa sehari pun boleh sekiranya Dato’ Bandar tidak mengalami sebarang alahan atau muntah berdarah & cirit-birit yang serius. Seperti amalan kita sebelum ini"

Nampak dari riak wajah perwakilan ada yang tidak puas hati. Lebih-lebih lagi Ketua Mafia sendiri yang punya agenda tersebunyi sendiri.

Usul disambung. "Tambahan pula, lukisan pelan sesimple reban seunit yang tiada masalah ini sepatutnya. Sahaya ulang suara, sepatutnya lebih cepat. Sengaja perkataan sepatutnya ditekankan suara. Lebih cepat kelulusannya berbanding projek reban ala-ala ladang.

Lagi pula, apabila kelulusan pentadbiran diperolehi ia hanya dimaklumkan dan hanya perlu pengesahan dalam Musyawarah Tertinggi Peringkat Dewa. Serta di’endorse’ dalam Musyawarah Tertinggi Peringkat Kayangan. Sahaya dah tinjau beberapa Pihak Tanpa Kuasa Di Dunia yang lain. Sebegitu jua diamalkannya. Pihak Berkuasa Di Akhirat Wallahu a’lam… Err, yang saya maksudkan Red Land Devil, Too Tereh Hill, New City dan Too Pack Township L.A.

Maka, jika tidak menjadi keberatan dan tiada ketegahan kita akan mengikut langkah yang sama. Model best practice bagi yang lain ke serata alam.

Ketua Mafia mencelah, "Ana ado sini cumo nok maklum. Kito ado Jawatankuasa Kecil Mangku Bumi. Setakak ni takdok kije jawankuasa tu. Entah berfungsi sebagai gapo Ana sendiri kurey pasti. Jadi, Ana nak cadey. Hok pley rebey tadi bawa ke musyawarah ini. Untuk dibincey. Hah, lagu tu.." Ketua Mafia ghoyak yang slanganya ada sedikit Arab kacuk Pantai Timur.



.

24.8.09

Keberkatan Ramadhan

Untuk langkah berjimat-cermat dan bersederhana pada Bulan Ramadhan tahun ini.

Beta berbuka di masjid sahaja.



Rupa-rupanya berbuka di masjid lebih mewah. Alahai...
Mereka layan beta seperti Sultan adanya. Makan dalam talam bertatahkan timah.


.

18.8.09

Ikan Patin Aok


Sebenarnya bukan susah benar masak gulai tempoyak ikan patin ni. Lebih-lebih lagi kalau kalian memang sukakan menu ni sampaikan kalian sinonim betul dengan nama Patin. Hinggakan kucing kalian pun nama Patin. Oh ya, tiada salahnya. Bagi mereka yang menggemari menu ini di sini diperturunkan sedikit petua untuk bagi sedap masakan gulai tempoyak ikan patin. Untuk itu, hamba kongsikan sesama kita. Mula-mula sebelum mulakan sesuatu niat dan mulakan dengan nama Allah. Doa untuk masak kena baca. Hah! Ramai yang lupa la tu.

Kemudian, mulakan dengan membeli keperluan untuk gulai tempoyak ikan patin. Ingat! Jangan ada sebarang prejudis atau hasad dengki kepada sesiapa. Hati hendaklah bersih. Baiklah, sediakan bahan-bahan tersebut ikan patin 500g, cili api 200g, bawang merah 150g, kunyit sebesar ibu jari. Masukkan bahan-bahan ini ke dalam pengisar. Semua bahan ini hendaklah dikisar. Selawat ke atas Nabi semasa mengisar sebanyak mana yang mungkin. Apabila dah agak-agak tak halus sangat. Niatkan dalam hati bahawa kita masak ini adalah ikhlas. Bukan untuk memasuki Akademi Masakan tajaan Babas.

Set bahan yang kedua adalah, daun kunyit yang disiat-siat. Mengapa kata disiat-siat digunakan di sini. Rahsianya supaya kita insaf seketika apabila hati kita disiat dan rasa disiat. Serai 5 batang. Lima untuk untuk menggambarkan Rukun Islam dan Rukunegara. Bunga kantan sekuntum. Bunga kantan ya! Jangan bunga tayar pulak. Sudah tentu guna tempoyak. Tempoyak kira-kira dalam 500g. Tak perlu banyak sampai sepuluh kilo. Buat syarat je. Asam keping 100g. Biasalah masakan Melayu kan. Asam keping kena ada. Baru ada rasa masin, manis, masam dan lemak-lemak.

Maka, semua bahan dimasukkan dalam periuk dan direbus. Barang pasti periuk yang kalian yang nak digunakan hendaklah bersih dan tidak bocor. Apabila kuah mendidih dimasukkan ikan. Banyak kuah bergantung kepada kadar pedas yang dikehendaki. Isi ikan empuk apabila mula mengeluarkan aroma yang menyelerakan iaitu kira-kira 10-15 minit selepas dimasukkan ke dalam periuk. Semntelahan menunggu 10-15 minit tu jangan pulak menyanyi atau dok saja. Bacalah zikir munajat atau bertahmid atau asma ul husna.

Taraa!! Hidangkanlah bersama nasi putih hangat. Beserta minuman jagung. Pergh!


.

12.8.09

Satu Dua Sifar Lapan

Nama sementara :
Ahtok Jr.

Tarikh lahir :
12 Ogos 2009 @ 12.03pm

Tempat lahir :
Titik tengah Semenanjung Malaysia

Kelahiran :
Normal

Berat :
3Kg 200g

Agama :
Islam

Bangsa :
Melayu Malaya

Darah :
Kacukan

Misi :
Amal ma'ruf, nahi mungkar

Motto :
Berkata jujur sekalipun pahit

Cita-cita :
Menjadi anak yang soleh

Kelebihan :
Minda dan mata yang tajam

Suapan pertama :
Madu dan kurma

Kalimah pertama didengar :
Azan & iqamah

Makanan kegemaran :
Susu ibu lemak berkrim

Makanan lain :
Makanan santapan akal, rohani & jasmani

Alahan :
Tiada

Titipan doa bapa :
"Aku berlindung dengan kalimat Allah yang amat sempurna dari segala gangguan syaitan dan juga dari segala haiwan yang berbisa dan juga dari pandangan mata yang jahat"
(HR Ibnu Sunni)


.

11.8.09

Dedikasi

Kalau ada pertandingan anugerah bapa mithali. Gua yakin, gua boleh menang. Tapi gua jadi bapa mithali bukan nak menang apa-apa anugerah pun. Gua ikhlas. Dan itu memang tanggungjawab gua sebagai bapa yang dedikasi. Untuk mencari keredhaan Ilahi.

Awek gua kena kuarantin di wad. Bukan dia saja-saja nak masuk wad tu. Dia pun tak hingin tidur situ. Tapi itulah yang berlaku setelah dia melepasi jangkaan hari bersalin selama seminggu. Jadi, sementelahan dia masuk wad sehari semalam. Entah mungkin jejak dua malam. Gua lah yang menjaga puteri-puteri kecil yang ditinggalkan. Bukan gua nak menunjuk-nunjuk bahawa gua ni bagus sangat. Itulah kebiasaan yang gua lakukan. Tapi, zaman sekarang mana ada lu jumpa bapa sehebat gua. Muda dan kacak juga pulak tu. Adoyai... Jaga kebajikan puteri kecil dengan penuh komitmen. Bagi makan, mandi, minum susu. Tukar pakai. Bagi tidur. Bagi hiburan. Yang penting bagi kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. Kasih sayang tak ada dijual di kedai-kedai beb!

Tapi gua akui, gua buat sehabis baik mana sekalipun, awek gua buat lagi sepuluh kali ganda lebih baik . Awek gua memang best of the best. Semoga awek gua selamat melahirkan untuk kali yang ketiga. Dan agar semuanya berjalan lancar. Sesungguhnya awek gua lah orang yang paling tabah di kaca mata gua. Harap-harap dia tak baca entri ni. Bukan apa, takut prestasi merundum dengan pujian.


.