18.8.09

Ikan Patin Aok


Sebenarnya bukan susah benar masak gulai tempoyak ikan patin ni. Lebih-lebih lagi kalau kalian memang sukakan menu ni sampaikan kalian sinonim betul dengan nama Patin. Hinggakan kucing kalian pun nama Patin. Oh ya, tiada salahnya. Bagi mereka yang menggemari menu ini di sini diperturunkan sedikit petua untuk bagi sedap masakan gulai tempoyak ikan patin. Untuk itu, hamba kongsikan sesama kita. Mula-mula sebelum mulakan sesuatu niat dan mulakan dengan nama Allah. Doa untuk masak kena baca. Hah! Ramai yang lupa la tu.

Kemudian, mulakan dengan membeli keperluan untuk gulai tempoyak ikan patin. Ingat! Jangan ada sebarang prejudis atau hasad dengki kepada sesiapa. Hati hendaklah bersih. Baiklah, sediakan bahan-bahan tersebut ikan patin 500g, cili api 200g, bawang merah 150g, kunyit sebesar ibu jari. Masukkan bahan-bahan ini ke dalam pengisar. Semua bahan ini hendaklah dikisar. Selawat ke atas Nabi semasa mengisar sebanyak mana yang mungkin. Apabila dah agak-agak tak halus sangat. Niatkan dalam hati bahawa kita masak ini adalah ikhlas. Bukan untuk memasuki Akademi Masakan tajaan Babas.

Set bahan yang kedua adalah, daun kunyit yang disiat-siat. Mengapa kata disiat-siat digunakan di sini. Rahsianya supaya kita insaf seketika apabila hati kita disiat dan rasa disiat. Serai 5 batang. Lima untuk untuk menggambarkan Rukun Islam dan Rukunegara. Bunga kantan sekuntum. Bunga kantan ya! Jangan bunga tayar pulak. Sudah tentu guna tempoyak. Tempoyak kira-kira dalam 500g. Tak perlu banyak sampai sepuluh kilo. Buat syarat je. Asam keping 100g. Biasalah masakan Melayu kan. Asam keping kena ada. Baru ada rasa masin, manis, masam dan lemak-lemak.

Maka, semua bahan dimasukkan dalam periuk dan direbus. Barang pasti periuk yang kalian yang nak digunakan hendaklah bersih dan tidak bocor. Apabila kuah mendidih dimasukkan ikan. Banyak kuah bergantung kepada kadar pedas yang dikehendaki. Isi ikan empuk apabila mula mengeluarkan aroma yang menyelerakan iaitu kira-kira 10-15 minit selepas dimasukkan ke dalam periuk. Semntelahan menunggu 10-15 minit tu jangan pulak menyanyi atau dok saja. Bacalah zikir munajat atau bertahmid atau asma ul husna.

Taraa!! Hidangkanlah bersama nasi putih hangat. Beserta minuman jagung. Pergh!


.

No comments: