30.11.06

Hidup ini sepi tanpa dia

Kau bayangkan satu kisah gergasi yang kesepian. Itu kisah gergasi. Kisah dongeng dari negara Scotland.

Ini aku. Kisah aku sudah beberapa hari aku kesepian ni (kau jangan fikir yang bukan-bukan). Aku tinggal berseorangan di rumah. Awek aku telah pergi meninggal meninggalkan rumah dengan izin aku. Mahu bertemu dengan nenek katanya. bagus jika begitu.

Kau bayangkan, aku menjalani kehidupan seperti orang bujang. Tanpa belaian kasih sayang dan hilai tawa mereka. Kau pernah? Wuuuisyyh!... Sepi sungguh hidup aku tanpa mereka. Pulang ke rumah hanya masak Maggi. Bukan tak tahu nak masak. Kalau tinggal seorang, buang masa je kau masak. Nasib baiklah aku kuat motivasi diri. Boleh juga aku bertahan untuk beberapa hari ini walaupun tanpa mereka.

Aku rasa ruang tamu rumah begitu kosong! Pulang dari pejabat mati kutu dibuatnya. Oh, aku tak sanggup. Oh, bilakah mereka mahu pulang agaknya? Lebih-lebih lagi malam ini malam Jumaat kan? Biasa malam Jumaat aku baca Yaasin. Keh keh keh.


.

29.11.06

Seluar bercorak untuk cucu

Gambar Hiasan
Ini kisah benar. Benar kisah ini.

Datuk mempunyai seorang cucu. Nama cucunya Mohd. Ishak. Badannya agak gempal dan besar. Umurnya baru masuk enam tahun. Tapi, berat badannya 'MasyaAllah'. Sungguh berat! Mengalahkan seekor babi bunting. Entah berapa Kg agaknya. Kalau diberi ayam goreng seekor, habis diratahnya bersendirian. Memang habis.

Alkisah, datuknya Ishak ini orangnya kerdil, badannya kecil. Ala-ala Ibrahim Pendek. Tapi bukan. Dia bukan Ibrahim Pendek. Cuma fizikalnya agak kecil.

Satu hari, datuk si Ishak kelewatan mahu ke tempat kerja. Cari seluar dalam tak jumpa. Itulah tinggal satu-satunya seluar dalamnya. Lain semuanya basah di jemuran.

"Mana seluar dalam aku yang cantik ni. Semalam aku taruk sini. Dah hilang!" Dalam hati si datuk. Cari punya cari tak jumpa.

Sudahnya, datuk si Ishak tidak pergi kerja hanya kerana mencari seluar dalamnya yang hilang. Tak kan nak pergi kerja tak pakai seluar dalam. Katanya bersendirian.

Taraaa...

"Atuk atuk, tengok seluar Is pakai ni. Cantik tak?"
Kata cucunya yang baru pulang dari sekolah sambil berlari-lari menunjukkan seluar yang dipakainya.

Pap! Atuk menepuk dahi. "Aduh, cucu aku... Takda seluar lain ka? Itu seluar katok atok la"

"Kenapa tok?"

"Ini bukan seluar untuk ke sekolah sayang. Ini seluar untuk buat kerja ringan-ringan dan bersenggama."

"Tapi, kawan-kawan semua tanya beli kat mana. Semua kata seluar orang besar. Mereka kata saya namapak matang pakai seluar ni. Hehehe"

Si datuknya garu kepala. Mamposss...! Katanya dalam hati.


.

Tak mahu 'blackout' tanpa lilin lalu disuruhnya aku membeli lilin

"O Abangku cayang. Ada beli lilin?" Awek aku.

"Pap! Alamak lupa lah." Aku

"Kan Ayang dah pesan suruh beli. Lupa lupa lupa. Asyik lupa je." Awek aku.

"Entah. Macamana leh lupa erk?" Aku

"Tu la. Abang termakan semut banyak sangat tak?" Awek aku.

"Bila masa aku makan semut ni? Masa Abang makan semut datang ada la. Nak kena ni, tuduh-tuduh aku." Dalam hati aku.

"Okey. Esok Abang belilah." Aku menamatkan ayat.

"Ayah! Len. Len (dia maksudkan lilin)." Anak aku.


Aku senyum.

Yeay! Dia dah mula pandai bercakap. Pelat-pelat sikit. Ayah dan ibunya cakap, dia dengarkan memasang telinga. Kalau perkataan baru bagi dia, katanya "Ooo", diulang semula perkataan itu.


Contohnya, buah. Dia kata "Ooo uah, uah...

Sungguh melucukan puteri kecil ini. Muaks!


Nota kaki cagu : Aku dah beli lilin yang besar tu sebatang. Tak habis setahun. Harganya RM25.90. Kah kah kah. Nak sangat lilin.


.

28.11.06

Masih hairan selepas mesyuarat

Kami bergegas ke tempat mesyuarat kerana masuk 20 minit lewat. Sepatutnya jam 12 petang waktu Malaysia.

Ketuk pintu yang tak berkunci. Pulas tombol. Bagi salam. Masuk. Aku pasti ini ahli mesyuarat.

Semua hadirin terdiam. Mata-mata liar melihat kelibat kami berdua. Belum sempat menghela nafas dan membetulkan tempat duduk, pengerusi dah mengajukan soalan. Gelojoh betul pengerusi itu. tapi mukanya nampak baik.

"Kenapa datang lambat ni?" Pengerusi mesyuarat bertanya kepada kami.

"Errm... Ada kemalangan teruk tadi di Lebuhraya Tuan. Jalan jamn teruk." Aku kata menyalahkan keadaan merangkap cuba mereka alasan.

"Okey takpe. So, anything you want to report to us about submission? Tanya pengerusi lagi.

"Kami dari perunding Y dan nama saya YD. Ini staf saya Atok Saifuddin. Kita perlukan pelan ini, pelan itu, maklumat ini, maklumat itu. Bersekali dengan Pelan R&D Bla... bla...bla... Jadi, pada 4/12/2006 kita akan submit ke PTG dan jabatan teknikal yang berkaitan di negeri yang berkenaan." Bos aku menerangkan dengan panjang lebar. Semua orang dengar.

"Anything? Lain-lain ada soalan" Pengerusi tanya lagi.

Semua diam.

"Kalau semua tak ada soalan. Okey pastikan surat salinan diserahkan kepada kami." Pengerusi kata.

Orang yang duduk di sebelah kiri dan kanan pengerusi mengangguk-angguk.

Aku tengok bos bangun, lalu berkata "Okey kalau takde apa-apa saya minta diri dulu."

"Aiik! Dah nak balik dah? Cepat betul nak balik, baru sampai. Biar betul?". Aku terkejut sebab kerusi belum panas.

Bos bangun. Salam para hadirin keliling meja mesyaurat. Lalu beredar.

Aku juga terpaksa beredar sebab aku tumpang kereta bos. Tak kan aku nak tunggu. nanti aku nak balik naik apa? Aku juga terpaksa mengekori bos.

Di luar bilik mesyuarat aku pelik dan hairan. Pengerusi tak meminta kami beredar kalau tiada apa-apa perkara berbangkit. Lagipun mesyuarat ini yang pertama untuk berkenalan dengan perunding lain. Uiks... Kenapa pula bos nak cepat beredar. Aduhai... Aku masih hairan ini.

Sedang kami makan tengahari di bawah, salah seorang ahli mesyuarat baru turun untuk makan. Maknanya mesyuarat dah selesai. Uik, aku semakin hairan.


.

Bapak pergi berjumpa doktor

Satu hari bapak aku pergi berjumpa doktor. Katanya rimas tengok ketumbuhan daging di payu daranya pipinya. Tiba-tiba aje benda alah tu muncul. Entah datang dari mana. Makin diusik, makin membesar. Makin diusik, makin membesar.

Sudahnya bapak mengambil keputusan untuk berjumpa doktor. Bukan doktor haiwan. Itupun atas nasihat emak. Beriya-iya emak memujuk. Akhirnya, bapak akur dan mengalah dengan pujukan emak. Lalu pergi bertemu doktor tanpa sebarang temujanji.

"Sakit apa encik?" Doktor itu memulakan pertanyaan.
"Pipi saya ada daging terlebih. Ni hah." Bapak aku sambil menunjukkan lebihan daging itu.
"Ooo. Ini ke? Dah berapa lama ni?" Doktor itu ingin kepastian.
"Lama tak lama jugak la. Setahun lebih dah." Bapa aku berkira-kira.

Tak lama bapak sampai di muka pintu depan rumah.

"Siyalan punya doktor. Sebelum cucuk, tengoklah dulu. Sakit pipi aku! Luka plak tu." Bapak memarahkan sambil memaki doktor yang tersalah ubat enject ke arah pipi bapak.

Sudahnya, pipi bapak ada kesan parut dan ketumbuhan daging yang masih belum hilang. Setahu aku klinik itu, memang selalu tersalah bagi ubat. Entahla. Silap-silap orang batuk diberinya racun tikus.

27.11.06

Jangan kau berlagak hah!

Selepas saja Arkitek yang berlagak itu menelefon aku. Aku jadi panik dan resah. Mana tidaknya. Macam-macam dia kata tentang projek ini. Memomok-momokkan, menggertak, menakut-nakutkan dengan suaranya yang tak berapa sedap dan tak sempat aku nak bidas. Oh, kau tunjuk terror dengan aku ya. Nanti kau, aku akan kenakan batang hidung kau. Bukan nak balas-membalas. Tapi, kalau kau boleh buat aku pun boleh buatlah wahai Arkitek berlagak. Kau berlagak tak kena tempat. Cubalah berbudi-bahasa sikit kalau nak berbincang. Aku ajak berbincang kan? Kalau kau nak cepat. Kau buatlah sendiri! Aku ada kawan Arkitek lain jugak tapi taklah berlagak seperti kau! Har har har.
Dulu-dulu. Projek beratus-ratus ekar aku selia. Projek satu daerah tu... Itu dulu. Penuh tumpuan. Itu masa aku rajin. Rajin yang berlebih-lebihan. Malas yang amat kurang.

Kini, projek yang hanya sekangkang kera. Itupun nak kecoh satu dunia! Kau tak boleh nak urus! Aku kata untuk aku sendiri.

Aku naik aras satu. Entah. Mana? Tolak aras dua. Entah. Tanpa arah. Jumpa orang itu. Tak tahu. Tolak aras satu semula. Unit yang lain pula. Orang yang lain juga.

"Maaf encik, Puan Siti Zaleha takde"

Keluar minum agaknya. Aku kata dalam hati.
Entah. Aku bingung. Memang bingung. Macam bola dibuatnya diri aku. Tak jumpa orang yang 'benar' (the right person).

Kekadang aku merasa bingung. Bukan. Bukan aku tak tahu. Cuma aku tak berapa pandai agaknya dari segi pengurusan mental yang penuh berserabut.

Nota kaki kayu: Aku pun boleh berlagak dengan hasil karya digital aku. Cuba kau tengok sini >>>Fantasi-Aaa!<<< (lihat page 30,31,32,33 & 60).

26.11.06

Aku rasa ia penting.

Pernah dulu aku tak sempat nak tukar-salin baju pakaian seragam sekolah. Kepenatan tidak terhingga rasanya dari pagi hingga ke petang. Padat aktiviti sekolah. Balik lewat petang. Oleh sebab terlalu penat aku melabuhkan badan di pembaringan di atas tilam yang cukup empuk.

Zzzzz. Aku tidur dengan nyenyak. Tak sedar apa-apa.

Sedar-sedar esok pagi matahari dah terbit. Aku bangkit dari tidur. Tengok jam dah pukul 8 pagi. Aku terus bergegas ke sekolah.

"Hoi basuh muka, mandi dulu, siap-siap kemaskan dirilah..."Emak

"Dah lewat ni mak. Sarapan pun tak sempat. Pergi jela..." Aku

Hari itu aku ke sekolah macam bermimpi. Dengan pakaian yang kusut dan renyuk. Rambut kusut-masai. Semua kawan pandang. Hah, aku peduli apa! Janji aku ke sekolah. Pakaian kan kedua penting. Sekolah lebih penting kan? Menuntut ilmu niatnya. Tapi aku kantoi, aku ke sekolah tak mandi pagi.

Sudahnya, tiap-tiap hari kawan sekelas aku tanya. Kau tak mandi pagi ke? Walaupun aku bersungguh-sungguh mandi pagi apabila hendak ke sekolah. Sabun segala. Sikat rambut biar rapi. Maklumlah, zaman itu, aku belum pandai bergaya.

23.11.06

Surat yang belum terbalas

Aku jumpa ini. Surat dari kawan. Tulisan tangan. Macam cakar ayam. Sila baiki tulisan anda! Nak saja aku kata kat dia. Bagi memuaskan hati, aku taip semula tanpa melakukan sebarang penyuntingan dari yang asal untuk tatapan semua.

Dear ah tok & mahani (nek)

hai kawan, ni surat dari cucunda ni. apa khabar? saja-saja rindu dan nak kirim salam. eh, udah kahwin lah. tahniah banyak-banyak hari tu ada lah saya dapat kad jemputan, kirim sampai rumah. terharu betul saya rasa nak nangislah :). semoga sihat walafiat.

saya sekarang masih kerja di Kuching lah adalah selalu nampak ah tok cerita-cerita di sbp web. saya saja malas nak guna IT lah masih orang manual ni. rasa tulis surat mesra sikit ma... "aiyo ini macam ma...." Rasanya, lepas graduat sudah dekat 3 tahun lah. Masing-masing mengerja masa depan dan kejayaan dalam hidup ha.. gembira rasanya apabila seorang-seorang demi seorang menyampaikan berita gembira yang mereka nak kahwin ha. saya rasa bahawa alex tak dapat menghadiri majlis kahwin tapi, dlm hati turut gembira sebenarnya. Semoga ah tok dan nek juga bahagia dan mencapai apa-apa yang dihajati, eh bila nak beranak ni :) ada rancangan?

Saja rasa alex ini jarang berhubung/ contact balik kawan-kawan di semenanjung kadang-kala rasa bersalah jua, ha. tu talip dan jaja pun udah kahwin terasa gembira dengar tu. tapi, talip itu budak memang paling susah nak contact... Sham dan Toh Yean adalah saya selalu contact yang tinggal Talip aje (untuk budak Urban Design). Saya sekarang bekerja di sebuah syarikat Bumiputera (Melanau) dalam bidang perancangan dan landskap... erm, lepas graduat sampai sekarang, belum lagi nak tukar kerja... mungkin harap-harap akhir tahun ni ada peluang di tempat lain kot. ah tok dan mahani kerja kat mana?

Eh, lupalah nak kirim salam untuk anak kamu (kalau ada), juga lah. Hehehehe.

Jaga diri kamu berdua baik-baik kerana umur ah tok & nek semakin meningkatlah.

Alex Kee
7/6/2004
Budak SBP dulu-dulu..

*kalau free, bolehlah main contact-contact
alamat: 853 BDC, Lrg A1-C
Taman Satria, Stampin
93350 Kuching
hp : 016-8673643. 082-464721 (H). 082-460966 (O)
emel:
kkcalex11@hotmail.com




.

22.11.06

Siaran Tertunda Keputusan Rasmi GEJU2006

Siaran Tertunda.

KEPUTUSAN RASMI ANUGERAH GENG JURNAL 2006.

JURI PERINGKAT PERTAMA:
OP, Tokrimau, Rudy, Miecreation, Nettbiru, Mukeh, Basri, Effa dan Mat Jan.

JURI PERINGKAT KEDUA:
1. Rudy Bluehikari (AWET 2001) - KETUA JURI
2. Fajar Seluas angkasa (AWET 2002)
3. Mat Jan (AWET 2003)
4. Sultan Muzaffar (AWET 2004)
5. Tokrimau (AWET 2005)

1) Weblog Baru Terbaik
AFRO DAN TAPAI
http://afrodantapai.blogspot.com/

2) Entri Terbaik (Kategori: Merangsang Intelek)
HAIRIE EUSOFF
Tajuk Entri: Boikot Barang yahudi atau Tidak Perlu? - hujah guna Hadis dan Quran >>> http://www.hairieusoff.com/blog/index.php?itemid=27

3) Entri Terbaik (Kategori: Menyentuh Emosi)
ATTOCHSMART
Tajuk Entri: Mak Pengorbananmu Tetap Kusanjung >>> http://attoch.blogspot.com/2006/03/mak-pengorbananmu-tetap-kusanjung.html#links

4) Entri Terbaik (Kategori: Mencuit Hati)
SINAGANAGA
Tajuk Entri: Suatu Hari Di Lebuhraya >>> http://sinaganaga.blogspot.com/2006/05/suatu-hari-di-lebuhraya-yang-sibuk.html

5) Fotoblog Terbaik
UNSUNGHERO >>> http://www.flickr.com/photos/unsunghero/

6) Rekabentuk Terbaik
TOPED >>> http://cilopake.s0lidmind.com

7 ) Projek Terbaik (kategori: luar web)
Diablog oleh Bukunota a.ka Nazmi

8 ) Projek Terbaik (kategori: dalam web)
Lumba Foto oleh Nettbiru

9) Anugerah Khas Juri (Maksimum 3 orang)
tiada pemenang

10) Anugerah Weblog Terbaik 2006 (AWET '06)
SERA HONEYBIRU >>> http://www.honeybiru.org

11) Anugerah Penghargaan Geng Jurnal
1. BASRI >>> http://dugongsenyum.blogspot.com
(Selaku Presiden Geng Jurnal 2005)

2. OP >>> http://www.kroni.biz/fikirandalamkembara
(Orang yang sentiasa menjadi tulang belakang di sebalik aktiviti Geng Jurnal)

12) Anugerah Pakaian Terbaik Lelaki:
Attokz >>>http://attokz.cjb.net/

Pakaian Terbaik Perempuan:
Amyz >>> http://www.kroni.biz/amyz

ANUGERAH ECERAN:
ANUGERAH PUISI SANTAK RAPAT 2006 Kingbinjai



.

Tak lain tak bukan. Aku la orangnya.

Tak. Aku tak menang Anugerah Weblog Terbaik Geng Jurnal 2006. Tak. Aku tak cukup mantap!




Ya. Ya, aku menang Anugerah Entri Menyentuh Emosi Terbaik Geng Jurnal 2006. Ya, aku menang. Aku suka. Banyak juga aku dapat. Terima kasih. Selain tetikus. Aku juga dapat jam loceng dan senaskah buku eksklusif. Yeay!

21.11.06

Laporan pasal RAPAT

>> Mahu zine RAPAT! Klik sini untuk maklumat lanjut dan untuk order. Cepat!<<



Dulu, aku tak kenal sesiapa pun di kalangan blogger Malaysia. Itu dulu.


Kini, aku dah jumpa beberapa ekor daripada mereka. Aku kenal jugalah sikit-sikit. Geng Otai pun aku dah jumpa. Ensem-ensem dan cantik-cantik belaka rupanya mereka.


Dari rumah memang aku bertolak awal. Takut jalan sesak. Dalam hati tak sabar-sabar nak ke tempat kejadian. Mengenakan pakaian Baju Melayu lengkap. Hani kata kenapa kena pakai baju Melayu lengkap? Aku kata, dah lama aku tak pakai Baju Melayu lengkap. Nanti lipas gigit. Apa salahnya. Dia membebel entah kenapa aku pun tak tahu. Katanya, Hari Raya tak semestinya berbaju Melayu. Dia kata betul. Dia kata lagi, apa yang kau dapat join GEJU ni? Aku kata dua. Satu Kepuasan. Dua keseronokan. Eh! Tiga. Satu lagi cari kenalan. Dia tanya lagi. GEJU pertubuhan sah ke? Aku diam. Itu kena tanya Basri la. Penat Basri turun-naik bangunan 16 tingkat. Tup tup usaha Basri membuahkan hasil. GEJU daerah Petaling. Kenapa Petaling? Entah.


Sambung. Tapi aku mahu juga berbaju Melayu. Entah. Aku pun tak tahu. Bungkus juga baju ’spare’ berupa T-Shirt dan Seluar Jeans. Manalah tahu, kalau-kalau tiada yang berBaju Melayu. Kan janggal nanti. Aku sorang saja yang begitu. Tapi, aku mahu juga berbaju Melayu lengkap ke GATH 06. Haha. Punyalah semangat waja aku ni nak jumpa geng-geng Otai. Ramai yang berbaju Melayu rupanya. Bagus! kalian memang bagus.


Dalam perjalanan, dalam kereta Kelisa Emas, aku sempat bercerita dengan Hani dari mula aku join GEJU sehingga ke titik petemuan ini. Dari aku tak kenal sesiap sampailah aku mahu berkenalan dengan mereka. Ya, RAPAT. Tahun 2006. Antara blog yang awal aku baca ialah blog Tok R, Naga dan Basri. Kemudian blog yang lain-lain. Sebelum ini, aku hanya membaca laporan kalian. Memang seronok. Aku teruja. Mari kita rapat-rapatkan mana yang longgar. Uhuk.. Uhuk..


Sebaik meletak kenderaan di tepi jalan berhampiran cafe. Aku melangkah masuk melalui pintu masuk Cafe al’Amo Kelab Sultan Sulaiman. Dengan perasaan berdebar-debar juga la.. Tapi aku dapat kawal lagi kekacakan aku. Aku antara orang yang terawal rasanya. Depan tu, takde penyambut tetamu. Kalau ada, mesti dia pakai cantik-cantik, lontar senyuman, penunjuk arah dan meja pendaftaran. Aku hulur berjabat tangan memperkenalkan diri dengan mereka yang ada di depan tu. Kemat, Gitartong, Kingbinjai, Lanrambai. Empat orang pertama aku jumpa kerana mereka ada di pintu masuk. Wuish! Ini wajah-wajah mereka yang sebenar.


Majlis belum mula. AJK sibuk mengatur lagi. Orang pun belum ramai yang datang. Hehehe. Aku faham. Biasalah! Lain kali jangan buat lagi tau! Lepas tu, Kak Ungku tegur. Memang peramah Kak Ungku ni. Banyak sungguh kuih dia bawa. Sebelum majlis bermula, aku duduk dan meninjau-ninjau. OP kenalkan diri. Oh ini OP rupanya. Ini OP yang PO tu. Hehehe. Aku salam. Then ND perkenalkan diri. Oh ND (terbayang kereta sport merah), jumpa basri (taklah macam dugong tapi macam duyong. Jangan marah Bas), jumpa Awan Putih (pakai baju putih). Salam mereka. Berkenal-kenalan.


Orang dah semakin ramai. Siapa yang datang aku tunggu. Kalau dia tak datang aku maju. Ternyata lebih banyak aku yang maju. Hehehe. Kalau duduk diam membatu takde siapa yang tahu. Maklumlah orang baru. Kemudian aku salam Tok R. Borak dengannya. Aku tak gabra jumpa Tok R. Biasa aje. Eleh! Dia tak gigit aku. Kalu dia gigt aku luku kepalanya. Hehehe... Sinaganaga pun tak keluarkan api saktinya. Cuma pakai topi buruk. Kemudian, Rudy salam ngan aku. Oh, ini Rudybluehikari...Dia jadi MC. Aku pergi meja pendaftaran di belakang (ni lain dari yang lain ni. kena daftar dari belakang). Jumpa Amyz dan Nida. Adzlin pun ada. Memang cantik-cantik. Cantik sungguh pakaian mereka. Terutamanya Amyz. Memang juri tak buta warna pilih dia sebagai pemenang.


Cantik juga Zine RAPAT yang dicetak. Masa pendaftaran, memang sengaja tak mahu letak nama orang rumah. Nak test diorang ada tanya tak? Diorang tak tanya. Maka aku kosongkan. Sekali, orang rumah aku dapat cabutan bertuah la... Kemudian, Spyz datang bersama keluarga. Kuntuman senyum aku terima. Salam dia. Oh, ini Spyz. Rakan seeditor kiri untuk RAPAT Zine. Sibuk dia. Dia sibuk nampaknya. Tangkap gambar, beli buku, tangkap gambar lagi. Beli buku lagi. Dia sempat mebelikan buku Kasut Belang Hilang untuk anaknya.


Tempat kejadian semakin riuh. Happening ni... Aku rasa tak berapa janggal macam tunggul keras. Rasanya muka-muka diorang ni aku pernah tengok. Muka diorang macam orang semuanya. Buat apa nak takut! Tapi aku pernah jumpa muka diorang ni dalam mimpi dan dalam blog masing-masing yang mana mahu tunjuk kehensemannya. Aku datang jumpa Samurai dan Ahsuez. Borak sikit dengannya sebelum majlis nak mula. Pedang Samurai tumpul di kala itu. Hahaha. Selalu Ahsuez aku lihat dari belakang tapi kali ini dari depan. Oh, ini Samurai dan Ahsuez rupanya. Mereka nak kahwin tak lama lagi.


Di luar, masa aku keluar kejap. Aku nampak kelibat Mat Jan. Aku panggil dia “Oi Mat Jan! Dia toleh kebingungan. Agaknya dia rasa macam ada orang nak belasah dia. Atau ada orang nak jual dadah kat dia. Hahaha. Mat Jan terkejut. Terus aku salam. Kenalkan diri. “Kau cam aku eerk?”Dia kata. “Mana boleh tak cam kau, kau kurus dan tinggi. Hehehe. Lagipun aku mahu tuntut sesuatu kat kau” Aku kata dalam hati.


Sejurus selepas itu, Bukunota dan keluarga datang. “Huh! Ini Bukunota. Kelakar sungguh. Entah apa yang kelakar. Barangkali rambutnya”. Entah. Aku kata dalam hati. Duduk semeja dengan aku. Berborak dengan dia sekejap-kejap. Aku nampak ada dua mamat ni duduk kat meja. Hampir dengan tempat jual buku dan zine di atas meja. Aku datang salam. Rupanya Amir Mukhriz dan Vovin. Fuh! Ini diorang. Diorang macam orang! Lama aku cari. Kemudian, aku salam dengan orang ni, Wakdin rupanya. Presiden dulu-dulu GEJU. Salam lagi orang lain. Muzaffar. Oooh Aku jumpa Sultan Muzaffar. Ampun Tuanku. Dalam hati aku. Tak sempat ambil tandatangan. Dia dah cau! Pemalu agaknya. Hehehe...


Makin lama makin ramai. Acara pun dah mula. Aku jumpa mamat ni duduk meja tengah belakang. Salam ngan dia. Rupanya Qasseh. Baru semalam aku singgah blognya. Baru semalam juga dia singgah di blog aku. Jumpa juga dia di sini. Aku borak dengan dia. Ternyata dia lagi baru dari aku. Aku ke meja penjualan meninjau-ninjau. Ada banyak yang dijual. Buku AKB, JJ, Kudeta, Zine, Album Gitartong, Apologi buat Hidoyoshi. Narayuda (nasib baik aku tak beli. Aku dah dapat hadiah kategori menyentuh emosi terbaik 2006. Ada di dalamnya. Tenkiu. Tak sangka leh menang!). Aku capai Apologi. Aku capai Kudeta. Aku bayar. Aku baca di rumah. Huh, banyak juga projek senyap-senyap rupanya. Projek bawah tanah. Tak payah riuh-riuh. Tau-tau dah ada di pasaran gelap. Lain kali ajak akau sekali buat projek di tapak projek. Hahaha!


Aku tak senang duduk diam. Aku pergi lagi meja belakang. Ada Archiq. Mukeh pun ada. Dahsyat fesyen dia. Ala-ala Thailand kacuk Vietnam pun ada. Jumpa AttokZ. Ini juga dahsat. Siap ada manik-manik kat songkok. Apa kenama entah. Itu pasal dia buleh menang! Dia baca puisi. Memeng terer dia baca. Ada feel aku dengar. Salam ngan dia. Salam Zoulsz. Aku jumpa Ayares, salam dia. Jumpa Superdiman. Memang super. Lebih besar dari aku. Tapi, aku dah kalahkan dia! Hehehe. Jangan marah Diman. Nanti kena jual!


Aku rasa semua aku dah salam termasuk Mie (founder GEJU) sambil mendukung anaknya. Aku dengan Esis hanya berurusan sistem barter buku GOBLOG sebelum ini. Tapi jumpa di alam nyata. Elmaaniq... Aku sedar kehadiran kau. Aku tuju kepada kau. Berbual tentang NARAYUDA. Haha. Aku rasa aku salam ngan semua kecuali yang pompuan la. Takde yang tertinggal. Begitulah seadanya.


Oh itu, prettyugly. Oh itu Anne. Oh itu Nis. Oh itu Madulebah. Oh banyak arrr. Tak tersebut satu-satunya. Oh, itu Puteri Elaira. Aku cam dia. Dia tak cam aku. Aku memperkenalkan diri. Baru dia tahu. Hehehe. Dah jumpa Elaira. Aku enjoy jumpa kalian semua. Barulah mesra kan? Tapi jumpa kejap sangatlah. Dapat borak pun kejap-kejap je. Tak sangka plak aku leh menang. Eh! Berapa kali aku nak ulang ni. Memang tak sangka. Tenkiu. Tenkiu. Hehehe.


Banyak juga buku dan majalah aku bawa balik. Penuh dibuatnya kereta aku. Hahaha. Terima kasih semua. Aku suka. Hani Suka. Pkah pun suka. Hidup GEJU!

(1,207 patah perkataan tidak termasuk tajuk)




20.11.06

Oi oi oi. Ini hadiah aku

Kau lihat ini. Aku ambil ini. Sebeg hadiah juara JURING II. Aku bagi kau jeles!

Ini baru cenderahati dari Ireland. Rantai kunci.


Ini buku dah lama dapat. Buku baru.


Ini buku baru. Baru saja dapat.


Ini buku baru lagi. Baru lagi dapat.


Ini buku baru lagi satu. Baru lagi satu buku. Bukan satu.



Ini baju baru. Baju baru belum dipakai. T-Shirt eksklusif.
Itulah hadiah-hadiah yang aku terima semasa GATH06 di Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Baru, Kuala Lumpur. Hadiah Juara Juring2. Ada lagi hadiahnya. Ya, aku dapat wang tunai RM2,000 2,000 sen. Ada lagi. Ada lagi. Kau lihat saja.
Senarai semak tuntutan Blogger Terhebat:
wang tunai 2,000 sen[dah terima]
T-shirt eksklusif[dah terima]
Buku eksklusif[dah terima]
Domain eksklusif percuma selama setahun [belum terima]
VCD eksklusif filem Yasmin Ahmad bertandatangan beliau [belum terima]
Cenderamata eksklusif dari Ireland


Tak nampak?


Aku pulang. Dalam perjalanan hujan lebat. Cukup lebat. Sebarang kelibat kereta tak nampak.
"Hoi... Kita berenti sajalah di tepi jalan"
"Macam mana aku nak berehenti. Tepi jalan pun aku tak nampak!"
"Kau teruskanlah perjalanan. Biar lambat asal selamat."
"Isshk... Memang aku tak nampak apa di depan. Ni kalau aku tak longgar orang. Orang akan langgar aku"
Diam.
Perjalanan diteruskan.
Mulut masing-masing terkumat-kamit membaca sesuatu. Takut juga.

18.11.06

Jom Rapat 06. Mari-mari...


Jumpa di sana. Di sana! Ini iklan promo terbaru.

15.11.06

Adakah anak buah Tok mahu berpindah?

Pada 16 dan 17 Oktober aku tiada.
Aku ke Pontian, Johor untuk jumpa Tok Batin dan Tok Penghulu.

"Tok, saya datang buat follow up. Tok sihat?"

Diam kejap

"Dua hari saya ada di sini Tok."

Tok diam saja. Diam seribu bahasa. Nak kena Tok ni. Menyombong dengan aku (dalam hati aku)

14.11.06

Sampai bila kita mahu makan gaji?

Aku selalu meniupkan kata-kata hikmat kepada awek aku. Kita perlu ada bisnes sendiri. Sampai bila kita mahu makan gaji? Belum tentu boleh sampai kiamat. Buatnya kiamat esok maka sampailah. Gaji bulanan, tak sampai hujung bulan dah habis. Bayar bil ini, bil itu, bayar hutang lapuk ini, hutang lapuk itu. Tinggal seciput. Pendapatan memang besar tapi pendapatan boleh guna sikit saja.

Pendapatan = gaji bulanan + elaun (jika ada)
Pendapatan boleh guna = gaji bulanan - (perbelanjaan tetap bulanan + hutang lapuk)

Adalah lebih elok kalau kita mula berniaga. Mulakan sesuatu dari yang kecil. Berdikit-dikit asalkan kita ada bisnes sendiri. Tak kiralah jual apa. Jual aksesori wanita ka, jual brooch ka, jual kerongsang ka, (brooch dengan kerongsang tak sama ke? Entah.) jual cincin ka, jual kain ka. Kini, abang dah mula berniaga sendiri. Abang jual buku biru. tapi belum ada yang laku. Tak lama lagi nak jual buku coklat ada gambar banyak kaki berbaris. Belum terbit lagi. Semalam, jual bateri lama dan surat khabar lama. Awak bila lagi?

Tiupan kata-kata hikmat aku akhirnya melekat juga. Melekat di mindanya. Maka, satu lembaran dan episod bermula. Awek aku ada menjual aksesori wanita seperti kerongsang yang cantik-cantik, cincin pelbagai rupa yang menawan, gelang tangan pelbagai pilihan. Banyak! Didatangkan dengan pelbagai harga dan pilihan. Kalau kalian mahu sila hubungi aku.

Ni harganya RM10
Ni harganya RM19
Ni harganya RM29
Ni harganya RM46
Ni harganya RM50

Ni harganya RM1,500

“Bang, esok tolong belikan buku lejar. Nak tulis stok dan buat kunci kira-kira”

“Hebat...! Dah nak buat kunci kira-kira. Cina berniaga tak pakai buku pun tau..”

“Ya ka? Tak jadilah buku lejar. Belikan saya buku tiga lima ajelah untuk tulis orang yang beli secara berhutang...”


.

13.11.06

Aku sudah bersedia.

Ini baru songkok. Belum Baju Melayunya lagi. Belum sampin songketnya lagi.

Ini baru butang Baju Melayu. Belum Baju Melayunya lagi. Belum sampin songketnya lagi.
Aduh! Kacak sungguh aku pada hari kejadian nanti. Kau pasti akan berkata. "Waaarghh! Segak sungguh lelaki Melayu itu. Siapakah gerangannya?"

Ada empat jemputan.


Empat jemputan yang harus dipenuhi pada hari yang serentak. Aku pesan pada awek aku pada hari tersebut tak payahlah masak. Kita pergi open house untuk melantak. Sampai perut kita naik senak-senak. Jadi, pagi itu kami anak-beranak bersiap-siap untuk bergerak. Masing-masing mengenakan pakaian yang penuh warna-warni bercorak-corak. Aku pula memakai baju kemeja berkotak-kotak. Tanpa tali leher. Tanpa songkok di kepala otak. Berbekalkan perut yang kempis, muka yang kacak.

Di rumah pertama kami dijamu nasi dagang dan roti jala. Lawannya kari ayam. Ada juga kuih-muih hari raya terhidang di atas meja. Tuan rumah menggunapakai konsep buffet. Aku suka. Boleh makan sebanyak mana kita suka. Lepas sepinggan, sepinggan lagi. Tuan rumah kata tambah lagi. Dia tak suruh kita balik. Dia suruh kita tambah lagi. Orang datang semakin ramai. Nampaknya ruang tamu dah semakin sesak. Perut pun dah naik senak. Akhirnya, sebelum tuan rumah halau kami, lebih baik kami beredar dulu. Setelah bersalam-salaman. Memohon ampun dan maaf. Manalah tau ada salah dan silap. Tak boleh nak cakap. Contohnya habiskan makanan ka, mengumpat ka dan sebagainya.


Angkat kaki. Tapi sebelum pulang, aku sempat menanyakan kepingan-kepingan cermin yang dilekatkan di dinding rumahnya. Cantik sungguh kepingan cermin yang disusun itu. Sama seperti rumah yang pernah aku kunjung beberapa hari lepas. Beli mana. Harganya berapa.

Di rumah kedua, ketiga dan keempat, juga perkara yang sama. Makan lagi kenyang-kenyang sampai perut penuh. Borak-borak. Makan lagi. Sambung borak lagi. Sebelum beredar maka sempat lagi aku menanyakan kepingan cermin-cermin yang dilekatkan di dinding di rumah-rumah mereka. Aku lihat tatahias ke semua rumah yang dikunjungi kami sungguh kemas dan teratur. Memang semua tuan rumah pandai menghias dan mengemas rumah di kala orang mahu berkunjung ke rumah. Adakah aku juga perlu membeli kepingan-kepingan cermin untuk dilekatkan di dinding rumah untuk menambah seri hiasan dalaman rumah? Atau untuk menutup lukisan mural yang dibuat oleh si kecil? Jika kita mahu rumah kita kelihatan kemas dan bersih, jemputlah orang datang ke rumah. Tak percaya, buatlah. Kecualilah kalau kita memang jenis yang tak kisah! Cerminlah diri kita sendiri.


"Oh Abang, keluarkan dan bentangkan karpet baru tu ye".
"Ngape?"
"Ada orang nak datang beraya.."

10.11.06

Tiga sebab kedua.

Ya, mungkin kadar upah atau gaji menjadi penyebab utama aku meletakkan jawatan. Peningkatan kos yang mendadak menyebabkan kita terpaksa mencari pekerjaan lain yang menawarkan gaji yang lebih tinggi. Jika faktor wang yang menjadi isu. Katalah aku seorang mata duitan. Seharusnya dia mampu mengatasi masalah ini. Bukan susah. Tawarkan skim gaji yang lebih baik. Maka tak larilah aku atau pekerja yang seangkatan dengannya. Logikkah kau fikir, seseorang itu sudah bekerja puluhan tahun tapi kenaikan gajinya tak memadai dengan kerjanya. Sampai kiamat baru mahi dinaikkan gaji. Paling tidak seharusnya dia menghargai. Cakaplah sesuatu yang memuji "Uh... baik sungguh hasil kerja awak setakat ini."
Soal menghargai aku kupas dalam perenggan berikutnya. Ini sebab ke empat.

Dalam bisnes, wang adalah wang. Wang sebagai insentif bagi meningkatkan motivasi pekerja. Kenaikan gaji, pembayaran elaun, komisen dan bonus merupakan sebahagian daripada kaedah yang digunakan untuk meningkatkan motivasi pekerja. Malah, ada majikan yang melihat wang sebagai satu-satunya faktor yang mempengaruhi tahap motivasi pekerja. Bukannya cukup sekadar keikhlasan. Siapa yang mahu kerja bermatia-matian tapi ia dikira sebagai kerja amal. Boleh pula dia kata usah berkira dalam soal kerja. Setiap yang bekerja harus diberi ganjaran upahnya. Apa upahnya! Wang la! Soal pekerja itu tak buat kerja ka buat ka. Itu soal lain. Kau harus mantau datang ke pejabat. Kau harus berdamping dengan pekerja. Kenaikan gaji pun setelah pekerja mendesak. Tak usahlah kau hanya mengukir janji. Tapi kau tak kotakan janji manis kau. Jadi busuklah ia. Oh ya, kita tak bagi dalam bentuk wang. Kita bagi pakej percutian. Tahi kucing! Ini sebab kelima.

Semua tahu. Aku juga tahu. Wang bukan segala-galanya. Tapi, aku cuma mahu dia berfikir adakah kadar upah yang dibayar kepada pekerjanya setaraf atau lebih tinggi daripada kadar upah pasaran semasa. Bukan aku tidak tahu bersyukur. Aku bersyukur. Ini semua aku bersyukur. Tapi, dia juga harus mempertimbangkan kehendak dan tahap motivasi pekerjanya. Dia juga harus melihat pelbagai faktor dari pelbagai sudut. Bukan hanya dari pandangan atas saja. Bagaimana tahap motivasi pekerjanya terhadap tugas yang dipertanggungjawabkan kepada mereka, serta tahap kesetiaan pekerja terhadap syarikat. Kan boleh bawa berbincang. Kan boleh dibawa berunding. Ini tidak. Kau umpama diktator. Beri sehelai nota kecil. Suruh patuh pada arahan. Bukan kau yang menyampaikan. Kau guna orang tengah. Bukan boleh diharap sangat pun! Ini sebab ke enam.


sambung...

Tiga sebab pertama

Kompeni dulu (kompeni Z), aku pekerja. Kompeni kini (kompeni Y), aku pekerja juga. Tiada bezanya. Cuma kini aku seorang pekerja yang bermotivasi berbanding sebelum ini di kompeni Z. Bukan tiada motivasi langsung! Motivasi ada di kala itu tetapi semakin hari semakin pudar. Kenapa? Ayuh! Aku mahu tinjau sendiri, mengapa pekerja itu lari atau meletakkan jawatan. Tentu ada sebabnya. Aku mengambil diri aku sebagai bahan kes. Bukan aku berniat untuk memburukkan nama kompeni dulu. Tapi, sendiri mau ingat la!

Bukan semua tak tahu. Semua orang tahu. Pekerja itu merupakan salah satu daripada aset yang amat penting sesebuah organisasi. Oleh sebab itu, kebanyakan majikan sentiasa berusaha untuk memastikan para pekerja yang dimilikinya akan terus berkhidmat di syarikat mereka. Apatah lagi jika seseorang pekerja itu merupakan pekerja mahir yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang khusus serta mendalam tentang tugas yang dilakukan. Dalam kes ini ada kompeni Z ambil pusing! Dia pusing ambil lagi ada la! Malah, dia pula mengaku pekerja dia yang dulu dia yang latih. Apa dia kisah! Bukan dia pandang pekerja dia aset. Tapi dia buat macam pita kaset. Habis side A tukar side B. Sampai kaset itu terputus pitanya. Jika tak mahu dicampakkannya ke mana dia suka. Ini sebab pertama.

Masalah perletakan jawatan di kompeni Z berlaku pada kadar yang agak kerap. Ini perkiraan aku. Sehingga menimbulkan tanda tanya yang besar. Masalah juga kepada majikan Z untuk mencari kakitangan baru yang dapat menggantikan tempat mereka. Apatahlagi sekiranya kakitangan yang meletak jawatan itu terdiri daripada individu yang menjalankan tugas khusus yang memerlukan kemahiran tertentu. Mungkin dia buat-buat tak nampak atau hanya memandang sebelah mata. Tidakkah dia berfikir dengan waras! Aku mengerjakan semua itu dalam keadaan tertekan namun semuanya dapat ditangani dengan tenang. Itukan kemahiran namanya. Sebaliknya, dia pula yang ego mengatakan keluar orang yang lama kita gantikan dengan orang yang baru. Ramai orang menunggu di luar sana. Ini sebab kedua.

Aku percaya. Kompeni Z mengalami kerugian. Berapa kerugiannya aku tak taulah! Kerugian kepada kompeni. Selain rugi kerana kehilangan pekerja mahir, dia juga terpaksa mengeluarkan kos untuk melatih pekerja baru. Dia cuba nak tutup dengan kain. Tapi dia menutup menggunakan kain compang-camping. Boleh tembus dan boleh nampak sebab ada yang koyak. Masakan tidak! Zaman aku saja ada lima hingga enam orang yang meletakkan jawatan. Seorang demi seorang. Tidakkah dia terfikir lagi. Sepatutnya, bagi mengelakkan perkara ini berlaku, pihak majikan seharusnya mengambil langkah mengenal pasti punca sebenar yang mendorong kakitangannya meletakkan jawatan. Bukan hanya mahu menegakkan benang yang basah. Ini sebab ketiga.


sambung...

Tok Batin & Zahir

Aku tak mahu lihat.
Itik mati di air.
Ayam mati di kepok padi.
Aduh!... Sakitnya.


Kalau saya atau kami dipindahkan ibaratkan itik
dilepaskan ke bukit.

Alamatlah...
Kami tak boleh hidup.

Sebab jauh
dengan air.

Begitulah rintihan Tok Seman. Tok Batin yang mewakili orang Asli di Kg. Pontian Besar Kiri.


Tok! Nanti kita runding. Saya akan telefon Tok untuk tindakan susulan. Cuma Tok jangan nakal-nakal. Jaga diri baik-baik. Jaga juga anak buah yang menggatal tangan nak mendaftar penempatan baru walaupun dia tidak duduk di sini. Tok kena telus. Kalau tidak. Tok kena jawab di akhirat kelak.

9.11.06

Dunia bisnes

Kuli :
Bos, kenapa orang Melayu bisnesnya tak berpanjangan berbanding Cina? Kalau ada pun, sikit sangat! Boleh dikira dengan kalkulator.

Bos :
Erm. Senang je. 'Sense of business' & 'Nature of business' kaum Cina itu sendiri. Mindanya memikir di sebaliknya berbanding orang kita. Bisnes dia bukan untuk hari ini tapi untuk generasi akan datang.

Kuli :
Maksudnya?

Bos:
Jika si bapa berniaga restoran. Katakan. Si anak tak mahu ambil alih tugas si bapa. Dia sanggup kerja kerani ke, jaga ke, kilang ke di bandar sana. Itu orang kita. Kenapa? Dia masih berharap kepada kerja 'makan gaji'. Duduk bersenang-lenang. Cukup bulan dapat gaji.

Kuli :
Adakah orang kita tidak berotak bisnes (business minded)?

Bos :
Ermm. Tamadun. Tamadun siapa lebih awal. Sudah tentu Tamadun Cina kan. Mereka ada turun-temurun berniaga. Susur-galur berniaga menjadi darah daging mereka. Sebab tu kalau nak kahwin. Kahwinlah dengan Cina. InsyaAllah. Kau boleh berniaga.

Kuli :
Tapi. Susur-galur saya tiada orang Cina. Orang Jawa ada la. Hehehehe. Saya nak bisnes. Cuma...

Bos :
Cuma apa? Adakah keluarga atau saudara-mara kau orang bisnes. Persekitaran terdekat kau ada yang membuat bisnes?

Kuli :
Mmpph... Ada. Bapak saya ada bisnes. Kenapa darah bisnes dia tak turun pada saya?

Bos :
Kau kena berdamping dengan bisnes bapak kau dari kecil. Kau tengok orang Cina. Kecil-kecil lagi mereka dah diasuh untuk menjaga kedai runcit, bengkel motosikal dan sebagainya walaupun sekolah tinggi.

Kuli :
Lagipun saya takde modal. Modak nak kena besar baru mantap.

Bos :
Gunalah modal insan (Lalalala...).

8.11.06

Sambutan ulangtahun Ketiga


Dah tiga tahun rupanya... Dah 108 hari bersama. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.
"Berapa tahun dah kahwin?"
"Tiga."
"Urrmm baru lagi..."
"Selamat Pengantin Baru. Errm.. Seronoknya malam pertama. Ada 108 malam semuanya."

Lawatan tapak:
SAMBUTAN HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA 2006. Klik sini


.

6.11.06

Mee kari pelengkap Hari Raya



Kuih raya yang bermentega. Rendang ayam dan daging mual di perut. Untuk mengelakkan perut memulas-mulas. Apa kata kita pekena MEE KARI SYAWAL. Jika kau mahu resepinya boleh hubungi aku dengan kadar segera. Cepat! nanti kau menyesal.


.

5.11.06

Layan Persatuan Nelayan

Apa perancangan Encik untuk nelayan kawasan ini?

Saya tengah buat kajian ni. Sama ada kemungkinan untuk membuat kelong membela kupang atau menternak udang. Tapi, bila sebut kelong membela kupang, ramai yang alergi. Semua jabatan alergi dan cepat melatah.

Jadi, bersama TEMU saya sedang mengkaji kaedah 'long-line'. Guna pelampung sepanjang pantai. tak tahulah samada ia tahan dengan angin barat atau tidak. Kita cubalah... Kalau kena lambung dek angin barat kira nasiblah.

Bagaimana tahap pendidikan anak-anak nelayan di sini?

Setakat ini, anak nelayan di sini masih belum boleh dibanggakan. Kalau tempat lain adalah. Sebab apa. Sebab pihak persatuan ada bagi insentif bagi setiap anak yang cemerlang. Jika merka dapat A, kita akan bagi imbuhan mengikut tahap peperiksaan mereka. Kalau UPSR misalnya. Satu A kita beri RM50. Jika anak mereka masuk mana-mana IPTA atau IPTS kita boleh beri wang pendaftaran untuk mereka berdasarkan tuntutan resit mereka.

Ada ke yang menghantar resit setakat ini?

Setakat ini takde lagi. Maknanya saya boleh simpulkan, masih tiada lagi anak-anak nelayan di sini memasuki mana-mana IPT dalam negara mahupun luar negara.

2.11.06

Bos is always right

Nak naik pangkat.
nak naik gaji.
Nak prestasi bagus.
Tiga benda ni bukan susah. Mudah!
Patuh arahan bos. Jangan membantah.
Jangan sekali-kali melawan.
Kalau bos suruh buat Buatlah... Jangan bidas macam-macam.
Tak susahkan! Kalau boleh kipas. Kipaslah!
Kau katalah
Yang menjalankan tugas atau
Yang menurut perintah.

Sibuk

Sedang bumi Malaya sibuk bergelumang dengan cera-berai artis tanahair. Kejelikan Ahli Majlis. Kekalahan skuad bola sepak M. Rajagobal. Kenaikan tarif air.

Aku pula sibuk memilih baju mengandung untuk isteri. Syyy.. Jangan cakap siapa-siapa. Biarlah rahsia. Aku sibuk. Aku sibuk.