10.11.06

Tiga sebab kedua.

Ya, mungkin kadar upah atau gaji menjadi penyebab utama aku meletakkan jawatan. Peningkatan kos yang mendadak menyebabkan kita terpaksa mencari pekerjaan lain yang menawarkan gaji yang lebih tinggi. Jika faktor wang yang menjadi isu. Katalah aku seorang mata duitan. Seharusnya dia mampu mengatasi masalah ini. Bukan susah. Tawarkan skim gaji yang lebih baik. Maka tak larilah aku atau pekerja yang seangkatan dengannya. Logikkah kau fikir, seseorang itu sudah bekerja puluhan tahun tapi kenaikan gajinya tak memadai dengan kerjanya. Sampai kiamat baru mahi dinaikkan gaji. Paling tidak seharusnya dia menghargai. Cakaplah sesuatu yang memuji "Uh... baik sungguh hasil kerja awak setakat ini."
Soal menghargai aku kupas dalam perenggan berikutnya. Ini sebab ke empat.

Dalam bisnes, wang adalah wang. Wang sebagai insentif bagi meningkatkan motivasi pekerja. Kenaikan gaji, pembayaran elaun, komisen dan bonus merupakan sebahagian daripada kaedah yang digunakan untuk meningkatkan motivasi pekerja. Malah, ada majikan yang melihat wang sebagai satu-satunya faktor yang mempengaruhi tahap motivasi pekerja. Bukannya cukup sekadar keikhlasan. Siapa yang mahu kerja bermatia-matian tapi ia dikira sebagai kerja amal. Boleh pula dia kata usah berkira dalam soal kerja. Setiap yang bekerja harus diberi ganjaran upahnya. Apa upahnya! Wang la! Soal pekerja itu tak buat kerja ka buat ka. Itu soal lain. Kau harus mantau datang ke pejabat. Kau harus berdamping dengan pekerja. Kenaikan gaji pun setelah pekerja mendesak. Tak usahlah kau hanya mengukir janji. Tapi kau tak kotakan janji manis kau. Jadi busuklah ia. Oh ya, kita tak bagi dalam bentuk wang. Kita bagi pakej percutian. Tahi kucing! Ini sebab kelima.

Semua tahu. Aku juga tahu. Wang bukan segala-galanya. Tapi, aku cuma mahu dia berfikir adakah kadar upah yang dibayar kepada pekerjanya setaraf atau lebih tinggi daripada kadar upah pasaran semasa. Bukan aku tidak tahu bersyukur. Aku bersyukur. Ini semua aku bersyukur. Tapi, dia juga harus mempertimbangkan kehendak dan tahap motivasi pekerjanya. Dia juga harus melihat pelbagai faktor dari pelbagai sudut. Bukan hanya dari pandangan atas saja. Bagaimana tahap motivasi pekerjanya terhadap tugas yang dipertanggungjawabkan kepada mereka, serta tahap kesetiaan pekerja terhadap syarikat. Kan boleh bawa berbincang. Kan boleh dibawa berunding. Ini tidak. Kau umpama diktator. Beri sehelai nota kecil. Suruh patuh pada arahan. Bukan kau yang menyampaikan. Kau guna orang tengah. Bukan boleh diharap sangat pun! Ini sebab ke enam.


sambung...

2 comments:

Anonymous said...

Hidup ini sarat dengan pelajaran dan pengajaran. Yang tinggal samada kita belajar atau tidak. Sesuatu yang pernah satu ketika amat memedihkan dan hampir menghancurkan hidup hanyalah sekadar titik tolak untuk mencapai kebahagiaan. Itu pun jika kita telah pun belajar. Jika tidak, pengalaman pedih akan pasti berulang lagi...

Anonymous said...

Komen ini menusuk jauh hati ke dalam. Uhuks uhuks :(