28.11.06

Masih hairan selepas mesyuarat

Kami bergegas ke tempat mesyuarat kerana masuk 20 minit lewat. Sepatutnya jam 12 petang waktu Malaysia.

Ketuk pintu yang tak berkunci. Pulas tombol. Bagi salam. Masuk. Aku pasti ini ahli mesyuarat.

Semua hadirin terdiam. Mata-mata liar melihat kelibat kami berdua. Belum sempat menghela nafas dan membetulkan tempat duduk, pengerusi dah mengajukan soalan. Gelojoh betul pengerusi itu. tapi mukanya nampak baik.

"Kenapa datang lambat ni?" Pengerusi mesyuarat bertanya kepada kami.

"Errm... Ada kemalangan teruk tadi di Lebuhraya Tuan. Jalan jamn teruk." Aku kata menyalahkan keadaan merangkap cuba mereka alasan.

"Okey takpe. So, anything you want to report to us about submission? Tanya pengerusi lagi.

"Kami dari perunding Y dan nama saya YD. Ini staf saya Atok Saifuddin. Kita perlukan pelan ini, pelan itu, maklumat ini, maklumat itu. Bersekali dengan Pelan R&D Bla... bla...bla... Jadi, pada 4/12/2006 kita akan submit ke PTG dan jabatan teknikal yang berkaitan di negeri yang berkenaan." Bos aku menerangkan dengan panjang lebar. Semua orang dengar.

"Anything? Lain-lain ada soalan" Pengerusi tanya lagi.

Semua diam.

"Kalau semua tak ada soalan. Okey pastikan surat salinan diserahkan kepada kami." Pengerusi kata.

Orang yang duduk di sebelah kiri dan kanan pengerusi mengangguk-angguk.

Aku tengok bos bangun, lalu berkata "Okey kalau takde apa-apa saya minta diri dulu."

"Aiik! Dah nak balik dah? Cepat betul nak balik, baru sampai. Biar betul?". Aku terkejut sebab kerusi belum panas.

Bos bangun. Salam para hadirin keliling meja mesyaurat. Lalu beredar.

Aku juga terpaksa beredar sebab aku tumpang kereta bos. Tak kan aku nak tunggu. nanti aku nak balik naik apa? Aku juga terpaksa mengekori bos.

Di luar bilik mesyuarat aku pelik dan hairan. Pengerusi tak meminta kami beredar kalau tiada apa-apa perkara berbangkit. Lagipun mesyuarat ini yang pertama untuk berkenalan dengan perunding lain. Uiks... Kenapa pula bos nak cepat beredar. Aduhai... Aku masih hairan ini.

Sedang kami makan tengahari di bawah, salah seorang ahli mesyuarat baru turun untuk makan. Maknanya mesyuarat dah selesai. Uik, aku semakin hairan.


.

2 comments:

Anonymous said...

Masih hairan lagi ke skrg ni? Tak jumpa2 lagi ke jawapannya?

Anonymous said...

Mungkin pengerusi tu bosan dgn sikap dan mentaliti perunding yang tidak ada idea baru. Perunding suka copy laporan-laporan lain.... SIKAP SUKA CUT AND PASTE yang tidak tahu yang berfikir. Bayar fees mahal-mahal tapi hasil hempas.