14.11.06

Sampai bila kita mahu makan gaji?

Aku selalu meniupkan kata-kata hikmat kepada awek aku. Kita perlu ada bisnes sendiri. Sampai bila kita mahu makan gaji? Belum tentu boleh sampai kiamat. Buatnya kiamat esok maka sampailah. Gaji bulanan, tak sampai hujung bulan dah habis. Bayar bil ini, bil itu, bayar hutang lapuk ini, hutang lapuk itu. Tinggal seciput. Pendapatan memang besar tapi pendapatan boleh guna sikit saja.

Pendapatan = gaji bulanan + elaun (jika ada)
Pendapatan boleh guna = gaji bulanan - (perbelanjaan tetap bulanan + hutang lapuk)

Adalah lebih elok kalau kita mula berniaga. Mulakan sesuatu dari yang kecil. Berdikit-dikit asalkan kita ada bisnes sendiri. Tak kiralah jual apa. Jual aksesori wanita ka, jual brooch ka, jual kerongsang ka, (brooch dengan kerongsang tak sama ke? Entah.) jual cincin ka, jual kain ka. Kini, abang dah mula berniaga sendiri. Abang jual buku biru. tapi belum ada yang laku. Tak lama lagi nak jual buku coklat ada gambar banyak kaki berbaris. Belum terbit lagi. Semalam, jual bateri lama dan surat khabar lama. Awak bila lagi?

Tiupan kata-kata hikmat aku akhirnya melekat juga. Melekat di mindanya. Maka, satu lembaran dan episod bermula. Awek aku ada menjual aksesori wanita seperti kerongsang yang cantik-cantik, cincin pelbagai rupa yang menawan, gelang tangan pelbagai pilihan. Banyak! Didatangkan dengan pelbagai harga dan pilihan. Kalau kalian mahu sila hubungi aku.

Ni harganya RM10
Ni harganya RM19
Ni harganya RM29
Ni harganya RM46
Ni harganya RM50

Ni harganya RM1,500

“Bang, esok tolong belikan buku lejar. Nak tulis stok dan buat kunci kira-kira”

“Hebat...! Dah nak buat kunci kira-kira. Cina berniaga tak pakai buku pun tau..”

“Ya ka? Tak jadilah buku lejar. Belikan saya buku tiga lima ajelah untuk tulis orang yang beli secara berhutang...”


.

3 comments:

Unknown said...

semoga maju bisnesnya. :)

~inilah saya~ said...

Yelah, 9/10 rezeki datang dari berniaga. marilah kita beramai-ramai start meniaga.

Qasseh: "Eh! apa benda yang aku nak jual ni?"

tumismenumis said...

Salam.
Semua orang dah start bisnes ker, aku jer yg masih tunggu gaji. Dah 37 hari dah ni gaji tak masuk ni.