21.11.06

Laporan pasal RAPAT

>> Mahu zine RAPAT! Klik sini untuk maklumat lanjut dan untuk order. Cepat!<<



Dulu, aku tak kenal sesiapa pun di kalangan blogger Malaysia. Itu dulu.


Kini, aku dah jumpa beberapa ekor daripada mereka. Aku kenal jugalah sikit-sikit. Geng Otai pun aku dah jumpa. Ensem-ensem dan cantik-cantik belaka rupanya mereka.


Dari rumah memang aku bertolak awal. Takut jalan sesak. Dalam hati tak sabar-sabar nak ke tempat kejadian. Mengenakan pakaian Baju Melayu lengkap. Hani kata kenapa kena pakai baju Melayu lengkap? Aku kata, dah lama aku tak pakai Baju Melayu lengkap. Nanti lipas gigit. Apa salahnya. Dia membebel entah kenapa aku pun tak tahu. Katanya, Hari Raya tak semestinya berbaju Melayu. Dia kata betul. Dia kata lagi, apa yang kau dapat join GEJU ni? Aku kata dua. Satu Kepuasan. Dua keseronokan. Eh! Tiga. Satu lagi cari kenalan. Dia tanya lagi. GEJU pertubuhan sah ke? Aku diam. Itu kena tanya Basri la. Penat Basri turun-naik bangunan 16 tingkat. Tup tup usaha Basri membuahkan hasil. GEJU daerah Petaling. Kenapa Petaling? Entah.


Sambung. Tapi aku mahu juga berbaju Melayu. Entah. Aku pun tak tahu. Bungkus juga baju ’spare’ berupa T-Shirt dan Seluar Jeans. Manalah tahu, kalau-kalau tiada yang berBaju Melayu. Kan janggal nanti. Aku sorang saja yang begitu. Tapi, aku mahu juga berbaju Melayu lengkap ke GATH 06. Haha. Punyalah semangat waja aku ni nak jumpa geng-geng Otai. Ramai yang berbaju Melayu rupanya. Bagus! kalian memang bagus.


Dalam perjalanan, dalam kereta Kelisa Emas, aku sempat bercerita dengan Hani dari mula aku join GEJU sehingga ke titik petemuan ini. Dari aku tak kenal sesiap sampailah aku mahu berkenalan dengan mereka. Ya, RAPAT. Tahun 2006. Antara blog yang awal aku baca ialah blog Tok R, Naga dan Basri. Kemudian blog yang lain-lain. Sebelum ini, aku hanya membaca laporan kalian. Memang seronok. Aku teruja. Mari kita rapat-rapatkan mana yang longgar. Uhuk.. Uhuk..


Sebaik meletak kenderaan di tepi jalan berhampiran cafe. Aku melangkah masuk melalui pintu masuk Cafe al’Amo Kelab Sultan Sulaiman. Dengan perasaan berdebar-debar juga la.. Tapi aku dapat kawal lagi kekacakan aku. Aku antara orang yang terawal rasanya. Depan tu, takde penyambut tetamu. Kalau ada, mesti dia pakai cantik-cantik, lontar senyuman, penunjuk arah dan meja pendaftaran. Aku hulur berjabat tangan memperkenalkan diri dengan mereka yang ada di depan tu. Kemat, Gitartong, Kingbinjai, Lanrambai. Empat orang pertama aku jumpa kerana mereka ada di pintu masuk. Wuish! Ini wajah-wajah mereka yang sebenar.


Majlis belum mula. AJK sibuk mengatur lagi. Orang pun belum ramai yang datang. Hehehe. Aku faham. Biasalah! Lain kali jangan buat lagi tau! Lepas tu, Kak Ungku tegur. Memang peramah Kak Ungku ni. Banyak sungguh kuih dia bawa. Sebelum majlis bermula, aku duduk dan meninjau-ninjau. OP kenalkan diri. Oh ini OP rupanya. Ini OP yang PO tu. Hehehe. Aku salam. Then ND perkenalkan diri. Oh ND (terbayang kereta sport merah), jumpa basri (taklah macam dugong tapi macam duyong. Jangan marah Bas), jumpa Awan Putih (pakai baju putih). Salam mereka. Berkenal-kenalan.


Orang dah semakin ramai. Siapa yang datang aku tunggu. Kalau dia tak datang aku maju. Ternyata lebih banyak aku yang maju. Hehehe. Kalau duduk diam membatu takde siapa yang tahu. Maklumlah orang baru. Kemudian aku salam Tok R. Borak dengannya. Aku tak gabra jumpa Tok R. Biasa aje. Eleh! Dia tak gigit aku. Kalu dia gigt aku luku kepalanya. Hehehe... Sinaganaga pun tak keluarkan api saktinya. Cuma pakai topi buruk. Kemudian, Rudy salam ngan aku. Oh, ini Rudybluehikari...Dia jadi MC. Aku pergi meja pendaftaran di belakang (ni lain dari yang lain ni. kena daftar dari belakang). Jumpa Amyz dan Nida. Adzlin pun ada. Memang cantik-cantik. Cantik sungguh pakaian mereka. Terutamanya Amyz. Memang juri tak buta warna pilih dia sebagai pemenang.


Cantik juga Zine RAPAT yang dicetak. Masa pendaftaran, memang sengaja tak mahu letak nama orang rumah. Nak test diorang ada tanya tak? Diorang tak tanya. Maka aku kosongkan. Sekali, orang rumah aku dapat cabutan bertuah la... Kemudian, Spyz datang bersama keluarga. Kuntuman senyum aku terima. Salam dia. Oh, ini Spyz. Rakan seeditor kiri untuk RAPAT Zine. Sibuk dia. Dia sibuk nampaknya. Tangkap gambar, beli buku, tangkap gambar lagi. Beli buku lagi. Dia sempat mebelikan buku Kasut Belang Hilang untuk anaknya.


Tempat kejadian semakin riuh. Happening ni... Aku rasa tak berapa janggal macam tunggul keras. Rasanya muka-muka diorang ni aku pernah tengok. Muka diorang macam orang semuanya. Buat apa nak takut! Tapi aku pernah jumpa muka diorang ni dalam mimpi dan dalam blog masing-masing yang mana mahu tunjuk kehensemannya. Aku datang jumpa Samurai dan Ahsuez. Borak sikit dengannya sebelum majlis nak mula. Pedang Samurai tumpul di kala itu. Hahaha. Selalu Ahsuez aku lihat dari belakang tapi kali ini dari depan. Oh, ini Samurai dan Ahsuez rupanya. Mereka nak kahwin tak lama lagi.


Di luar, masa aku keluar kejap. Aku nampak kelibat Mat Jan. Aku panggil dia “Oi Mat Jan! Dia toleh kebingungan. Agaknya dia rasa macam ada orang nak belasah dia. Atau ada orang nak jual dadah kat dia. Hahaha. Mat Jan terkejut. Terus aku salam. Kenalkan diri. “Kau cam aku eerk?”Dia kata. “Mana boleh tak cam kau, kau kurus dan tinggi. Hehehe. Lagipun aku mahu tuntut sesuatu kat kau” Aku kata dalam hati.


Sejurus selepas itu, Bukunota dan keluarga datang. “Huh! Ini Bukunota. Kelakar sungguh. Entah apa yang kelakar. Barangkali rambutnya”. Entah. Aku kata dalam hati. Duduk semeja dengan aku. Berborak dengan dia sekejap-kejap. Aku nampak ada dua mamat ni duduk kat meja. Hampir dengan tempat jual buku dan zine di atas meja. Aku datang salam. Rupanya Amir Mukhriz dan Vovin. Fuh! Ini diorang. Diorang macam orang! Lama aku cari. Kemudian, aku salam dengan orang ni, Wakdin rupanya. Presiden dulu-dulu GEJU. Salam lagi orang lain. Muzaffar. Oooh Aku jumpa Sultan Muzaffar. Ampun Tuanku. Dalam hati aku. Tak sempat ambil tandatangan. Dia dah cau! Pemalu agaknya. Hehehe...


Makin lama makin ramai. Acara pun dah mula. Aku jumpa mamat ni duduk meja tengah belakang. Salam ngan dia. Rupanya Qasseh. Baru semalam aku singgah blognya. Baru semalam juga dia singgah di blog aku. Jumpa juga dia di sini. Aku borak dengan dia. Ternyata dia lagi baru dari aku. Aku ke meja penjualan meninjau-ninjau. Ada banyak yang dijual. Buku AKB, JJ, Kudeta, Zine, Album Gitartong, Apologi buat Hidoyoshi. Narayuda (nasib baik aku tak beli. Aku dah dapat hadiah kategori menyentuh emosi terbaik 2006. Ada di dalamnya. Tenkiu. Tak sangka leh menang!). Aku capai Apologi. Aku capai Kudeta. Aku bayar. Aku baca di rumah. Huh, banyak juga projek senyap-senyap rupanya. Projek bawah tanah. Tak payah riuh-riuh. Tau-tau dah ada di pasaran gelap. Lain kali ajak akau sekali buat projek di tapak projek. Hahaha!


Aku tak senang duduk diam. Aku pergi lagi meja belakang. Ada Archiq. Mukeh pun ada. Dahsyat fesyen dia. Ala-ala Thailand kacuk Vietnam pun ada. Jumpa AttokZ. Ini juga dahsat. Siap ada manik-manik kat songkok. Apa kenama entah. Itu pasal dia buleh menang! Dia baca puisi. Memeng terer dia baca. Ada feel aku dengar. Salam ngan dia. Salam Zoulsz. Aku jumpa Ayares, salam dia. Jumpa Superdiman. Memang super. Lebih besar dari aku. Tapi, aku dah kalahkan dia! Hehehe. Jangan marah Diman. Nanti kena jual!


Aku rasa semua aku dah salam termasuk Mie (founder GEJU) sambil mendukung anaknya. Aku dengan Esis hanya berurusan sistem barter buku GOBLOG sebelum ini. Tapi jumpa di alam nyata. Elmaaniq... Aku sedar kehadiran kau. Aku tuju kepada kau. Berbual tentang NARAYUDA. Haha. Aku rasa aku salam ngan semua kecuali yang pompuan la. Takde yang tertinggal. Begitulah seadanya.


Oh itu, prettyugly. Oh itu Anne. Oh itu Nis. Oh itu Madulebah. Oh banyak arrr. Tak tersebut satu-satunya. Oh, itu Puteri Elaira. Aku cam dia. Dia tak cam aku. Aku memperkenalkan diri. Baru dia tahu. Hehehe. Dah jumpa Elaira. Aku enjoy jumpa kalian semua. Barulah mesra kan? Tapi jumpa kejap sangatlah. Dapat borak pun kejap-kejap je. Tak sangka plak aku leh menang. Eh! Berapa kali aku nak ulang ni. Memang tak sangka. Tenkiu. Tenkiu. Hehehe.


Banyak juga buku dan majalah aku bawa balik. Penuh dibuatnya kereta aku. Hahaha. Terima kasih semua. Aku suka. Hani Suka. Pkah pun suka. Hidup GEJU!

(1,207 patah perkataan tidak termasuk tajuk)




No comments: