13.11.06

Ada empat jemputan.


Empat jemputan yang harus dipenuhi pada hari yang serentak. Aku pesan pada awek aku pada hari tersebut tak payahlah masak. Kita pergi open house untuk melantak. Sampai perut kita naik senak-senak. Jadi, pagi itu kami anak-beranak bersiap-siap untuk bergerak. Masing-masing mengenakan pakaian yang penuh warna-warni bercorak-corak. Aku pula memakai baju kemeja berkotak-kotak. Tanpa tali leher. Tanpa songkok di kepala otak. Berbekalkan perut yang kempis, muka yang kacak.

Di rumah pertama kami dijamu nasi dagang dan roti jala. Lawannya kari ayam. Ada juga kuih-muih hari raya terhidang di atas meja. Tuan rumah menggunapakai konsep buffet. Aku suka. Boleh makan sebanyak mana kita suka. Lepas sepinggan, sepinggan lagi. Tuan rumah kata tambah lagi. Dia tak suruh kita balik. Dia suruh kita tambah lagi. Orang datang semakin ramai. Nampaknya ruang tamu dah semakin sesak. Perut pun dah naik senak. Akhirnya, sebelum tuan rumah halau kami, lebih baik kami beredar dulu. Setelah bersalam-salaman. Memohon ampun dan maaf. Manalah tau ada salah dan silap. Tak boleh nak cakap. Contohnya habiskan makanan ka, mengumpat ka dan sebagainya.


Angkat kaki. Tapi sebelum pulang, aku sempat menanyakan kepingan-kepingan cermin yang dilekatkan di dinding rumahnya. Cantik sungguh kepingan cermin yang disusun itu. Sama seperti rumah yang pernah aku kunjung beberapa hari lepas. Beli mana. Harganya berapa.

Di rumah kedua, ketiga dan keempat, juga perkara yang sama. Makan lagi kenyang-kenyang sampai perut penuh. Borak-borak. Makan lagi. Sambung borak lagi. Sebelum beredar maka sempat lagi aku menanyakan kepingan cermin-cermin yang dilekatkan di dinding di rumah-rumah mereka. Aku lihat tatahias ke semua rumah yang dikunjungi kami sungguh kemas dan teratur. Memang semua tuan rumah pandai menghias dan mengemas rumah di kala orang mahu berkunjung ke rumah. Adakah aku juga perlu membeli kepingan-kepingan cermin untuk dilekatkan di dinding rumah untuk menambah seri hiasan dalaman rumah? Atau untuk menutup lukisan mural yang dibuat oleh si kecil? Jika kita mahu rumah kita kelihatan kemas dan bersih, jemputlah orang datang ke rumah. Tak percaya, buatlah. Kecualilah kalau kita memang jenis yang tak kisah! Cerminlah diri kita sendiri.


"Oh Abang, keluarkan dan bentangkan karpet baru tu ye".
"Ngape?"
"Ada orang nak datang beraya.."

1 comment:

PC REMEDICAL said...

salam,

kawan2,i ni new blogger. tapi saja jer nak promosi pasal kitar semula peralatan komputer.

kalau ada sesapa yang berminat nak lupuskan komputer mereka yang dah rosak, dah buruk dan tak digunakan lagi bolehlah kol i. bukan apa daripada buang jer baik dapatkan duitkan.

manalah tau kat pejabat u all atau kat rumah ada barang komputer nak lupus. call i k.

016-6059088. i kat shah alam.