10.11.06

Tiga sebab pertama

Kompeni dulu (kompeni Z), aku pekerja. Kompeni kini (kompeni Y), aku pekerja juga. Tiada bezanya. Cuma kini aku seorang pekerja yang bermotivasi berbanding sebelum ini di kompeni Z. Bukan tiada motivasi langsung! Motivasi ada di kala itu tetapi semakin hari semakin pudar. Kenapa? Ayuh! Aku mahu tinjau sendiri, mengapa pekerja itu lari atau meletakkan jawatan. Tentu ada sebabnya. Aku mengambil diri aku sebagai bahan kes. Bukan aku berniat untuk memburukkan nama kompeni dulu. Tapi, sendiri mau ingat la!

Bukan semua tak tahu. Semua orang tahu. Pekerja itu merupakan salah satu daripada aset yang amat penting sesebuah organisasi. Oleh sebab itu, kebanyakan majikan sentiasa berusaha untuk memastikan para pekerja yang dimilikinya akan terus berkhidmat di syarikat mereka. Apatah lagi jika seseorang pekerja itu merupakan pekerja mahir yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang khusus serta mendalam tentang tugas yang dilakukan. Dalam kes ini ada kompeni Z ambil pusing! Dia pusing ambil lagi ada la! Malah, dia pula mengaku pekerja dia yang dulu dia yang latih. Apa dia kisah! Bukan dia pandang pekerja dia aset. Tapi dia buat macam pita kaset. Habis side A tukar side B. Sampai kaset itu terputus pitanya. Jika tak mahu dicampakkannya ke mana dia suka. Ini sebab pertama.

Masalah perletakan jawatan di kompeni Z berlaku pada kadar yang agak kerap. Ini perkiraan aku. Sehingga menimbulkan tanda tanya yang besar. Masalah juga kepada majikan Z untuk mencari kakitangan baru yang dapat menggantikan tempat mereka. Apatahlagi sekiranya kakitangan yang meletak jawatan itu terdiri daripada individu yang menjalankan tugas khusus yang memerlukan kemahiran tertentu. Mungkin dia buat-buat tak nampak atau hanya memandang sebelah mata. Tidakkah dia berfikir dengan waras! Aku mengerjakan semua itu dalam keadaan tertekan namun semuanya dapat ditangani dengan tenang. Itukan kemahiran namanya. Sebaliknya, dia pula yang ego mengatakan keluar orang yang lama kita gantikan dengan orang yang baru. Ramai orang menunggu di luar sana. Ini sebab kedua.

Aku percaya. Kompeni Z mengalami kerugian. Berapa kerugiannya aku tak taulah! Kerugian kepada kompeni. Selain rugi kerana kehilangan pekerja mahir, dia juga terpaksa mengeluarkan kos untuk melatih pekerja baru. Dia cuba nak tutup dengan kain. Tapi dia menutup menggunakan kain compang-camping. Boleh tembus dan boleh nampak sebab ada yang koyak. Masakan tidak! Zaman aku saja ada lima hingga enam orang yang meletakkan jawatan. Seorang demi seorang. Tidakkah dia terfikir lagi. Sepatutnya, bagi mengelakkan perkara ini berlaku, pihak majikan seharusnya mengambil langkah mengenal pasti punca sebenar yang mendorong kakitangannya meletakkan jawatan. Bukan hanya mahu menegakkan benang yang basah. Ini sebab ketiga.


sambung...

No comments: