21.4.06

Ucapan Dasar: Kalau Aku Jadi PM.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan speaker dan ahli-ahli yang berhormat sekalian.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi dengan rahmat dan limpah kurnianya kita dapat berkumpul di dewan yang mulia ini.

Kalau saya jadi PM ada beberapa paradigma baru dan pembaharuan drastik yang saya lakukan mengikut keutamaan. Dengan syarat saya juga Menteri Kewangan dan merangkap Menteri Dalam Negeri.

Oleh sebab saya PM, saya mewakili golongan Bumiputera. Melayu. Islam. Saya lebih suka mulakan dengan rangka strategik negara terlebih dahulu baru atasi isu-isu di peringkat tempatan. Sebab apa? Sebab rangka strategik ini penting dalam memacu negara dan halatuju penduduk khususnya kaum Bumiputera yang perlu diberi perhatian khusus. Saya akan bentuk jentera pentadbiran ampuh yang benar-benar bebas dari rasuah, birokrasi dan yang seumpamanya hingga ke akar umbi. Tak percaya? Kita lihat nanti. Jika rasuah masih diamalkan, saya tak mahu ia duduk dalam jentera barisan kabinet saya. Nyah kau boleh blah. Saya mahukan ketulusan dan ketelusan. Say ikhlas ni...

Tuan speaker dan ahli-ahli yang berhormat sekalian,

Saya akan gubal dasar yang berpaksikan kepada boleh diimplimentasi, lebih praktikal dan mudah. Bukan No Action Talk Only (NATO). cakap ini kena bikin. Saya tak mahu juga cantik saja di atas kertas tapi perlu laksana di atas tapak. Teras dasar ini akan menjadi nadi dan tunjang kepada matlamat negara yang saya perintah. Sebelum itu, saya mahukan Hukum Hudud ditegakkan. Paling tidak perlu memberitahu rakyat, hukum ini akan dilaksanakan suatu hari nanti. Demi menjamin kesejahteraan dan keamananan rakyat. Masyarakat majmuk bukan alasan konkrit untuk laksana. Saya bimbang negara kita yang semakin bertambah kadar jenayahnya. Dengan dadahnya, bunuh, rogol, ragut, rompak, pelacuran dan sebagainya. Saya mahukan negara kita aman seaman-amannya.

Teras dasar yang saya maksudkan akan dibincang dengan pendekatan demokrasi terpimpin dan bermesyuarah. Hindarkan amalan diktator dan pemerintahan kuku besi. Perincian teras dasar itu nanti saya akan serah pada jentera pentadbiran yang dimaksudkan tadi. Letakkan kepercayaan, keyakinan dan harapan untuk dilaksana dan saya memantau hingga ke akar umbi. Ini saya cakap bukan main-main. Ini betul-betul. Tapi saya mahukan perubahan sikap penduduk Peribumi.

Sekarang negara dah memasuki pintu RMK9. Ada perkara-perkara yang masih tak kena walaupun dah sekian lama merdeka. Bukan saya salahkan Perdana Menteri terdahulu cuma saya bengang keadaan itu. Adakah 30 peratus ekuiti Bumiputera sudah tercapai? Mengikut kajian, pemilikan ekuiti korporat di kalangan bumiputera masih di tahap yang sama semenjak 1990, iaitu sekitar 19%. Malah, menurut suatu kajian akademik yang dilakukan, 8% dari jumlah ekuiti negara ataupun 50% dari ekuiti milik Bumiputera sebenarnya dipegang oleh mereka yang mempunyai kaitan dengan parti pemerintah. Ini bukan saya cakap tapi cuma menyampaikan dari hasil kajian. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa lain sedangkan jurangnya amat jauh. Tindakannya, bagilah subsidi dan hak istimewa kepada mereka untuk merapatkan jurang itu. Baru boleh bersaing. Saya akan lakukan. Mengapa isu air dengan Singapura masih dok takuk tu aja? Banyak lagi isu yang perlu saya selesaikan. Saya kena proaktif dalam semua hal. Sama-samalah kita perjuangkan ini.

Untuk itu, saya akan pastikan penggubalan dasar harus ada penekanan elemen-elemen yang disebutkan tadi. Berorientasikan penyelesaian masalah. Apa nak risau saya juga Menteri Kewangan. Dasar yang saya maksudkan contohnya merapatkan jurang ketidaksamaan sosio-ekonomi di antara penduduk dan antara wilayah. Benda ni kritikal. Tindakan segera perlu dilakukan bukan tunggu sampai bulan mengambang. Galakkan pembangunan di kawasan luar bandar sebab ramai penduduk luar bandar adalah penduduk Melayu. Inilah caranya. Kalau nak suntik pembangunan bukannya dengan Projek Mega yang pelaburannya entah ke mana. Membazir. Berapa kali Pusat konvensyen Putrajaya yang gah itu digunakan untuk tujuan antarabangsa dalam setahun. Apa jadi dengan projek Multimedia Super Corridor? Takkan nak tunggu dibiarkan tumbuh lalang. I must do something... Hah, ni dah cakap orang putih payah lah. Baiklah, basmi kemiskinan dengan keutamaan penduduk luar bandar. Saya tak akan membantu negara lain selagi negara dibelenggu kemiskinan dan ada lagi yang makan siput babi dan batu. Jika nak bangunkan kawasan luar bandar dengan pertanian buatlah dengan bersungguh. Jangan duduk melopong. Macam Negara New Zealand mengapa sektor pertaniannya memberangsangkan. Walaupun lebih banyak kambing dari orang tapi masih ada Universiti ‘World Class’. Mari kita renungkan lakukan perubahan.

Tuan speaker dan ahli-ahli yang berhormat sekalian,
Saya tak mahu banyak universiti yang bertunjang politik. Saya mahu graduan kualiti yang bersesuain dengan pasaran kerja. Setiap universiti perlu mendukung kepakaran khusus bukan main longgok bersaing untuk tarik pelajar sebagai aset bisnes. Contohnya, UPM. Kalau fokus kepada pertanian kekalkan pengkhususan yang melibatkan pertanian termasuk R&D dan bioteknologi di UPM kursus-kursus lain hanya sampingan. Satu universiti satu kekuatan R&D.

Akhir sekali, saya amat yakin bahawa segala apa yang saya sebutkan tadi akan dicapai dalam tempoh masa yang ditetapkan dengan bantuan jentera pentadbiran yang saya idamkan. Marilah kita membuat iltizam baru dan anjakan paradigma dalam semua aspek pemikiran dan budaya kerja ke arah untuk mencapai kesejahteraan rakyat jelata dan kemajuan serta kemakmuran negeri kita yang tercinta ini. Semoga Allah mencucurkan rahmatNya kepada kita semua dan sentiasa melindungi kita agar dapat terus hidup aman dan harmoni. Terima kasih.

18.4.06

Tiada Maaf Bagimu...

Kata orang kalau suka membawa duka tapi masa tu aku taklah terlalu suka. Biasa aje...
Perjalanan menaiki kereta kecil dengan jalan yang sempit dan berliku-liku memang mencabar. Dalam hati memang dah terasa ada yang tak kena. Rasa tak sedap. Tak semena-mena satu selokoh tajam menaiki bukit kereta aku dilanggar. Dilanggar dengan sukarela oleh pemandu motosikal. Sedangkan waktu itu, aku bergerak menaiki bukit. Memang perlahan giler. Mata dia entah melilau ke mana. Nak mampus budak ni. Mata tak tengok depan tapi motor berjalan laju.
Budak tu tercampak. Siapa suruh hentam kereta aku. Nasib baik tak jatuh dalam gaung. Dia dah terbaring tepi kereta. Mulanya rasa kesian, buka cermin tingkap tanya, macamana kau bawak motor ni, ada lesen tak? Kau ok ke? Aku tarik handbrake, aku buka pintu, aku keluar. Tengok bumper depan dah terperosok ke dalam. Skirting depan koyak pecah. Ni buat aku tak boleh nak sabar. Aku naik marah tahap cipan ni. Biarkan...

Aku tunggu dia bangun naikkan motosikalnya. Teruk juga. Ada yang pecah. Ada yang calar... Nasib baik kepala dia tak pecah.

Eh, budak! kau bawak motor macam mana haa? Dia tunduk bisu.

Kau ada lesen tak? Dia angguk menjawab perlahan, ada bang...

Hati aku memang dah panas, tangan tak sabar nak hentak kepala budak tu. Eeee... Geram pun ada. tapi memikirkan ada isteri anak-anak dan kengkawan dalam kereta aku tak jadi. Bukan masa sekarang nak tunjuk JANTAN dan nak tunjuk HERO. Ni saper nak ganti ni? Nak aku report polis ke?.. Tunduk dan geleng. Kawannya ada duk perhati, mungkin kawannya sedar kesalahan itu. Diam membisu. Aku tak kira, aku nak kau bayar ganti rugi ni... Ishhh... Walaupun sikit. Tapi dalam hati aku kesian sebab budak ni budak hingusan. Baru kenal dunia motosikal dan jalan. Mungkin baru dapat lesen agaknya. Di motornya masih tertampal P. WEY 5794 motor Honda EX5. Kau belilah nombor ni, aku yakin nombor SIAL. Dok tengok awek bersidai tepi jalan, diri sendiri hilang kawalan. Motor ke mana badan tak karuan. Bodoh! macam keldai.

Takpelah, Tuhan tu Maha Adil, biarkan dia pergi pasti ada pembalasan dariNya. Paling tidak kita jumpa di Padang Mahsyar kelak.

Belum tunggu pembalasan di Padang, aku dah terjumpa kawannya di tepi gerai dok sembang. Aku perasan mukanya. Perlahankan kenderaan. Aku perhati. Dia menjadi tak karuan. Ada sesuatu dia bisik dengan kawannya. Dengan perlahan-lahan dia meninggalkan meja gerai di situ. Aku yakin dia budak situ. Budak kampung tu. Pasti kita akan berjumpa. Kalau aku jumpa

TIADA MAAF BAGIMU...

14.4.06

Rutin

Hari biasa yang menjadi rutin utama aku berada

Di rumah

Di pejabat

Di surau

Tapi hari ini rutin tu bertukar aku akan berada di taman permainan kanak-kanak untuk menemani anak yang tak nak berganjak di kala pergi ke situ.

4.4.06

Tenuk Gemuk

SMS masyuk lagu Pop Yeh Yeh

[So, kitak sik dpt pg la? Pegi sana jem jugak n kena pegi awal. Kitak comfirmkan lepas asar samada boleh atau sik blh]

SMS ni aku terima dari sorang kawan berasal dari Kelantan yang duduk kat Shah Alam. Bunyi Sarawak sikit campur slang Inggeris. Wah, dah tau loghat Sarawak. Ada kemajuan. Bagus...

Semalam balik lewat sikit, Bos ajak pi minum, layan... Baik jugak Bos ni. Macam kawan aku plak. Bahasa kau-aku je. Tapi yang tak tahan, dia panggil nama aku dengan nama baru. Apadia? Dia panggil aku WAK. Suka hatilah Bos, janji sedap bunyi sudah. Aku tanya Bos habis-habis.

Panggilan masuk lagu Aduh Saleha

Assalamualaikum...

Hoi kat mana?

Aku kat opis lagi ni...

Amacam?

Bila ko nak pindah?

Aku tengah tunggu aku transfer ni. Amacam kerja?

Macam biasa je.

Ada projek bagilah aku

Hah, ada terima surat, aku nak bagi opis ko study.
Mana ada surat. Cakap dalam telefon punyalah kuat. Bos ada sebelah. Kalau aku cakap slow selalunya orang tak dengar dan cakap.

Hah.. Apa tak dengarlah, kuat sikitlah.

Perbualan berkahir dengan jemputan datang ke rumah dan ke pejabat.

SMS masyuk
[jangan lupa beli paper, sampul surat]
sampul surat saiz apa

[Yang kecik aje, yg biasa2 je. Kalau ade sampul yg bole muat kite ok gak. Beli 2. dah mkn?]
SMS tak dijawab
Tak lama tu ada lagi SMS masyuk

[Balik malam ke? Saje tanya/]
malas nak jawab

Ada lagi masyuk...
Batman
Macho & sasa
X pelik...
Manusia Jatuh cinta
X hairan...
TENUK Pandai picit h/p
Ajaib tu...!
Wah!
Picit lg hebat! Tersengih2 plak 2 =)

Cit kena aku, akibat SMS tak dilayan. Nanti ko... Aku balas dendam malam ni atas katil.

3.4.06

Baru & Lama

Tempat Baru
Komputer Baru
Persekitaran Baru
Suasana Baru
Motivasi Baru
Semangat Baru
Bos Baru
Jiran Baru

Segalanya serba-serbi baru. Tetapi jangan pula buang yang lama.
Dengan yang lama barulah muncul yang baru
Jika yang lama masih boleh diguna, sila gunakannya
Pendekatan yang sama cuma cara yang berbeza
Semoga yang baru ini ada satu paradigma yang boleh dibanggakan

Isteri masih lagi yang lama
Anak yang lama
Kereta lama
Banyak lagi yang lama boleh dipakai lagi
Jangan membazir...

2.4.06

Mesyuarat Tingkap

Perakam masa dan Waktu.

Di bahu kananku menggalas beg. Tangan kiriku membimbit penyangkut baju. Baju yang siap digosok untuk bermesyuarat. Mesyuarat yang belum sudah-sudah. Kakiku melangkah mengikut tanda arah yang ditunjukkan. Lobby Hotel. Kuterpandang nama the Zon Regency Hotel by the sea. Nama ini membuat aku bingung. Bertanya di hati kecil, adakah aku salah destinasi? Sedangkan kami perlu mesyuarat di Hotel Eden Garden.

"Ni lah hotel yang En. Nak tuju. Dia tukar nama je"

"Oh ye ke ?"

"Ha’ah. Ada apa erk"

"Saya ada mesyuarat. Terima Kasih"

Aku beredar meninggalkan pengawal keselamatan yang duduk di situ. Menuju ke kaunter. Check in. Sampai di depan kaunter. Penyambut tetamu senyum. Aku membalas. Bukankah senyuman itu satu sedekah.

"Erk. Saya nak Check in"

"Nama encik"

"Under Jabatan X atas nama company Y"

"IC Encik"

Setelah semakan dibuat.

"Ini nombor bilik Encik. No. 1027, tingkat 10 ye. Ini kuncinya dan ini untuk sarapan pagi"

"Terima Kasih"

"Yup"

Aku senyum lalu beredar dan menuju ke tempat yang diberitahu tadi.

"Malam ni dah start mesyuarat"

"Aarggh… Gila betul lah diorang ni. Buat meeting waktu-waktu begini"

Siapa yang nak bentang malam ni. Tekak aku rasa perit ni. Dah tiga hari tak keluar suara. Kalau keluar pun sangkut-sanngkut. Ni kena penangan buah limau Tahun baru Cina lah. Lagipun cuaca tak menentu. Kurang minum air masak pun ada juga. Asyik meneguk air manis je. Tapi memang aku berharap Bos dapat cover. Kali ni Bos kena cover. Pembentangan ni pun dah berulang kali dibuat. Sebelum ni dengan Datuk Bandar. Benda yang sama juga. Tak tahulah.. Issh…Macam mana nak cakap dengan Bos ni. Tak jumpa lagi batang hidung Bos.

"Assalamualaikum w.b.t semua… Ada yang bukan Islam sini ?"

"Semua Islam erk…"

"Terima kasih kepada pasukan perunding, pemangku pengarah, pemangku Pengurus Projek, Hah, En. S pun ada pemangku Datuk Bandar"

Suasana bilik gamat dengan gelak tawa ahli mesyuarat

"Ok, tujuan kita mesyuarat pada malam ni. Errgh, bukan mesyuarat lah tapi lebih kepada perbincangan sebenarnya"

Tuan pengerusi memulakan bicara. Keadaan di dalam bilik kelihatan semua ahli mesyuarat mendengar dengan teliti dan penuh konsentrasi. Beberapa orang sibuk memasang dan setup komputer dan projektor untuk dipancarkan…

"Baiklah… Since semua wakil dah ada. Sebelum memulakan agenda kita flash back peristiwa dan program-program lepas di mana kalau nak diikutkan kajian ni sepatutnya dah habis."

"Macamana?"

Semua diam membatu.

"Kita tak nak benda ni tanguh-tangguh lagi. So, dalam 3 hari ni kita mesti seattlekan untuk buat keputusan dan dimuktamadkan”

"Dah lewat dah ni"

Ahli mesyuarat mengangguk-anggukkan kepala. Tanda setuju agaknya.

"Kalau tak habis dalam 3 hari ni semua Jawatankuasa kena extend hari lain atau cari masa lain untuk diselesaikan"

"Tak kiralah kau nak buat mesyuarat kat mana?"

"Kat batam ke, Kat Tg. Balai ke… As long as benda ni selesai

Heh… Heh… Tn. Hj. Z, Eh, Hj. S. Eh, Tn. Hj. Mad
Habis semua dibantainya Haji. Entah Haji dam, entah Haji mabrur. Main belasah je… Asal boleh.
"Mad, ko dah pergi haji ke?"

"Lum lagi…InsyaAllah"

"Hah… Cepat-cepatlah pergi Haji"

Walhal tuan pengerusi sendiri pun belum pergi haji juga. Kalau macam ni punya gaya tuan pengerusi. Petanda baik untuk mesyuarat. Ada chance mesyuarat habis cepat. Ada chance juga mesyuarat jalan lancar. Sementara menunggu lif, aku terdengar perbualan dua lelaki. Bukanlah maksud aku hendak mendengar perbualan orang lain. Tetapi perbualan mereka sangat menggelikan hati menyebabkan aku tidak dapat menahan diri untuk terus mencuri-curi dengar. Seorang lelaki Melayu dan seorang lagi lelaki Cina. Rasanya dari cara berpakaian, mereka datang dari golongan pertengahan. Aku kurang pasti sama ada mereka sudah berkenalan lama atau hanya beberapa minit bertemu, ketika sama-sama menunggu lif.
Kemudian, si lelaki Cina bersuara, hai… Lambat sungguh lif ni.

Lelaki Melayu itu tersenyum dan membalas kata-kata itu yang kemudiannya berlanjutan menjadi perbualan yang pada aku sungguh melucukan dan memalukan. Perbualannya lebih kurang begini.

Lelaki Melayu itu membalas, "Lif ni memang selalu ini macammaa.. kadang-kadang itu ha.. budak-budak suka tekan semua tingkat"

Lelaki Cina membalas, "ada juga orang begitu ya.. tidak fikirkan orang lain."

Lelaki Melayu, "haiya.. Lu macam baru hidup… "

Lelaki Cina itu tersengih-sengih malu sebelum terjeda beberapa ketika. Lif akhirnya terbuka. Dan dia meneruskan perbualan.

"Sekarang cuaca agak tidak dapat diduga"

Lelaki Melayu membalas, betul maa.. kadang-kadang petang hujan lor…

Lelaki Cina: Betul kadang-kadang hujan. Lebih teruk lagi banjir. Kl mudah banjir.

Lelaki Melayu: haiiya… banyak betul. Itu hari, waktu saya balik kerja.. banjir maa.. jam teruk banyak susah. Sistem perparitan kita tidak betul atau bagaimana agaknya. KL ini macam selalu kalau hujan maa.. lu tarak perasan ka? Perasan juga. Susah nak mencapai kesempurnaan dalam semua perkara. Mana ada sempurna. Haiya… hidup manyak susah lor… Hidup mudah saja, makan tidur Makan tidor bukan hidup maa.. kita kena kerja, cari duit, tatak duit apa macam mau makan?

Perbualan itu berterusan sehingga membuat aku berfikir, perbualan yang berlanjutan lebih lima minit itu tidakkan mendatangkan kesan kepada dua lelaki itu?

Aku tergelak sendiri, nah… sekarang siapa sebenarnya yang tidak mengagungkan bahasa sendiri?