31.3.07

Jalan yang panjang

Minta maaf kepada pembaca sekalian kerana lambat memaklumkan. Penulis bercuti sempena isterinya bersalin. Cutinya bermula pada 21 Mac 2007 hingga 31 Mac 2007.

21 Mac - Lubang di MRR II
22 Mac - Klinik Desamu
23 Mac - Makan tidur
24 Mac - Jambu Madu
25 Mac - Malam sepi yang seram
26 Mac - Ayah Mithali
27 Mac - Kisah di Hospital
28 Mac - Menerima cahaya mata kedua
29 Mac - Jangan pandang belakang
30 Mac - Balik Hari
31 Mac - Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Penulis akan kembali bergiat pada 2 April 2007. Ada entri menarik akan menyusul (backdate). Harap pembaca sekalian dapat bersabar ya. Pastikan entri sepanjang seminggu sebelum kalian membacanya. Maklumlah, akses internet di kawasan FELDA ni masih lagi terhad. Harapnya, akan diperluaskan suatu hari nanti. Dato' Sri Najib Tun Razak, tolong saya ya.

26.3.07

Malam yang gundah-gulana

Fiqah memang manja dengan ibunya. Maklumlah, sepanjang masa berkepit saja dengan ibunya. Aku suka cara dia memanggil ibu. Bunyinya ermmbuu ana ermbu? Sekali imbas dengarnya macam lembu. Lucu betul kepelatannya. Perkara yang ayah paling risau ialah apabila ibunya dimasukkan ke wad hospital kelak. Dia bukan mahu dengan atuk dan neneknya. Atau dengan sesiapa saja yang ingin bermanja dengannya. Dengan ayahnya, hanya kadang-kadang saja mahu berdamping. Tengok keadaannya bagaimana. Kalau tidur, ingin saja bersama ibunya.

Pada 26 Mac yang lalu, ibunya dimasukkan ke wad kerana lewat dari tarikh luput bersalin yang sebenarnya. Sepuluh hari dah lewat. Sepanjang ibunya dimasukkan ke hospital, ayahnya lah yang menguruskan Fiqah. Soal makannya, tidurnya, karenahnya dan seumpamanya. Ayahnya memang bertanggungjawab. Pada malam itu, dia tak mahu tidur dan diusap-usap belikatnya oleh ayahnya sepertimana ibunya melakukan terhadapnya pada setiap malam. Tatkal dia hendak melelapkan mata.

Kemudian, malam itu dia merengek-rengek dan menunjukkan ke arah buai lalu bercakap-cakap dengan bahasanya agar diletakkan ke dalam buai. Sambil ayahnya menghayun buainya, Fiqah memejamkan matanya. Ayahnya sambil bertahmid dan berzikir dan menyanyi-nyanyi lagu da’wah Islamiah. Sedang ayahnya ingin menidurkan Fiqah, si ibu menghantar SMS :


"Fiqah macamana? Ok ke dia? Ibu rindu kat Fiqah. Ibu minta maaf kerana tak menjadi isteri seperti yang diharapkan. Maafkan ibu ya? Ibu ada kekurangan."

Si ayah dan si ibu saling berbalas-balas SMS. Tak perlulah diulas lanjut di sini. Panjang pula jadinya nanti. Malam itu, si ibu sudah rasa kesakitan dan perutnya rasa tak tertahan sakitnya. Si ibu meminta maaf banyak-banayak di atas kesalahannya yang dilakukan sebelum ini. Berulang-kali dia melafazkan ini. Manakala si ayah sentiasa dan memang memaafkannya. Jam 11.30 malam, Fiqah sudah nyenyak tidur di buaian. Si ayah masih lagi duduk bersetentang dengan buaiannya sambil menatap wajah anaknya. Entah bagaimana tanpa disedari si ayah yang gagah perkasa dan terkenal dengan ketegasannya dan kelantangan suaranya menitiskan air mata dan merasa sebak di hati. Beberap kali cuba mengusap air matanya namun tetap mengalir bergelinangan ibarat butir-butir kaca.


"Adakah aku ayah yang seperti diharapkan?" Katanya di dalam hati.

Malam itu, ayah tidak tidur dengan nyenyak seperti sebelum-sebelumnya. Mengenangkan si anak, kalau-kalau bangun lewat malam mencari ibunya. Sudahnya, si ayah terjaga setiap sejam sekali. Mujurlah Fiqah tidak buat perangai pada malam itu yang merupakan malam pertama ditinggal ibunya setelah ibunya ditahan dalam wad.

"Anakku yang bijak bestari, usahlah kau merajuk. Ibu akan pulang nanti membawa adikmu untuk dijadikan rakan sepermainan. Ayah sudah cuba yang terbaik (macam AF la plak!). Ayah akan jaga kamu. Kini, ayah menemanimu." Bisik si ayah seorang diri.

24.3.07

Tak kekok

Makan-tidur-makan-tidur.

Balik umah mak mentua inilah aktiviti utama. Naik segan dibuatnya. Tapi, aku cukup suka kalau balik ke sana. Dapat merasa makanan yang segar-segar belaka. Tak seperti di bandar. Kau bayangkan ini dan telan air liur sendiri.
1. Ayam panggang atau ikan keli bakar di cicah air asam dimakan bersama nasi putih yang hangat;
3. Ikan patin masak gulai tempoyak;
4. Sambal belacan dengan ulaman daun pegaga, ulam raja, petai atau jering;
5. Buah jambu madu jika kena pada musimnya;
6. Buah kundang jika kena pada musimnya;

"Makanlah apa yang ada, jangan malu! Kalau malu lapar" inilah cogankata yang selalu keluar dari mulut pak mentua dan mak mentua. Cogankata ini lama-lama membuatkan aku tidak kekok bersama mereka. Ya, tidak kekok. Namun kadangkala aku terpaksa pandang ke lain apabila ahli keluarga mereka berkemban apabila selesai saja mandi. Berjalan dari bilik mandi ke bilik tidur.

Oh ya, selain makan-tidur sebenarnya ada juga pengisian aktiviti yang lain yang aku lakukan seperti mandi kolah, borak-borak, minum kopi, hisap rokok gulung dan sebagainya. Aduh! Tenangnya duduk di sini. Malam hari kedengaran bunyi cengkerik dan serangga lain mengalunkan muzik.

22.3.07

Sarapan di Klinik Desa

Satu pagi, aku menghantar Maharaniku ke klinik yang dipanggil Klinik Desa. Di klinik itu, ada dua orang misi. Berpakaian serba putih kemas dan tidak seksi kelihatannya. Aku tak pasti pula pakaian dalamnya. Putih juga barangkali. Ahaks!

Sedang kami menunggu giliran, ada pelanggan perempuan sedang berurusan memakai seluar jeans ketat dan baju sendat. Duduk membelakangi kami. Pagi itu, aku belum sarapan, tapi mata aku cergas melihat lurah punggung gadis muda itu yang sengaja dipamerkan untuk santapan orang semua. Lagaknya seperti memang sengaja didedahkan tongkengnya.

"Cik adik, lurah punggung cik adik nampak sangat!. Cik adik pakai seluar dalam yang getahnya sudah melondeh ke?" Aku tulis ini di kertas lalu aku selitkannya di dalam kasutnya yang diletakkan di luar. Aku pasti itu kasutnya kerana tiada orang lain di situ selain kami dan misi.

Harapan aku, dia terjumpa kertas itu dan membacanya. Setidak-tidaknya dia membeli seluar dalam yang baru untuk menutup lurah punggungnya jika dia benar-benar mahu mempamerkannya juga. Jika tidak, pakai saja seluar dalam yang getahnya sudah londeh semata apabila berurusan lagi.

Kenapa aku tulis, tidak aku sound direct je gadis itu. Sebab aku malu dan takut dituduh melakukan gangguan seksual pula.

"Amboi, sukalah tu. mata tak berkerlip tengok pungkok pompuan" pesanan khidmat masyarakat dari perempuan yang satu lagi selain misi itu dan gadis muda bergetah tu.

21.3.07

Hentakan di lubang

Pada waktu malam, aku tak berapa nampak sangat lubang di permukaan jalan di negara kita kerana turapannya gelap. Walaupun kerja-kerja penyelengaraan dan penurapan dilakukan acapkali oleh agensi yang bertanggungjawab namun lubang dan lopak tetap ada sana-sini. Tapi, walau gelap macam mana sekalipun aku tetap nampak lubang yang satu lagi tu. Ha ha ha.

Bercerita mengenai lubang di jalan raya, memang aku geram sungguh! Pernah sekali aku melanggar lubang ketika menunggang motosikal. Lubangnya kecil, tapi punyalah dalam. Jalan becak, lubang tu dipenuhi air dan lopak ketika itu. Kufikirkan permukaannya rata, tapi sebaliknya. Sudahnya, tayar motosikal terjelepok dengan hentakan bunyi yang kuat. Rim jadi bengkok dan lidinya tercabut-cabut bertaburan. Nasib baik aku tak terpelanting dari motosikal cabuk tu yang berkelajuan seratus kilometer sejam. Aku pulang di malam hari dengan bunyi kelantang keletung membentuk alunan irama muzik di jalanan.

Kali ini, di MRR II, entah di kilometer berapa aku tak ambil pusing. Ada lubang taklah berapa besar tapi dalamnya hanya sport rim tu je yang tahu. Dengan hentakan yang kuat aku dapat rasakan seolah-olah tayar kereta aku bocor. Tapi, tiada apa terjadi pada hemat aku, maka aku teruskan saja perjalanan membelah angin malam yang dingin di luar. Sudahnya, tiga hari selepas itu, ada benjolan dan ketulan besar di tepi tayar keretaku. Itupun aku perasan apabila mengada-ngada hendak mengepam tayar kereta. Aduh! Tayar sudah rosak. Pasti rim ada sedikit bengkok. Atau setidak-tidaknya fikiran aku yang melengkok nak menyelok wang di poket yang keronyok.


Soalan objektif. Apakah faktor keadaan ini berlaku
a) Aku memandu terlalu laju sehingga tak sempat mahu mengelak lubang.
b) Jalanraya di tanah air kita memang teruk dan banyak lubang.
c) Tayar buatan Malaysia memang tak tahan lasak.
d) Memang sudah ditakdirkan untuk melanggar lubang.
e) Kesemua di atas.

Jawapan yang betul akan menerima, sebiji tayar GoodYear buatan Malaysia 750/R50 untuk dijadikan penanaman pokok sebagai landskap di rumah kediaman anda.

Jadi, aku dapat pelajari bahawa jangan sesekali kita menyangka lubang yang kecil itu kurang impaknya berbanding lubang yang besar. Biasanya, lubang yang kecil itu dalam. Tapi, ada juga lubang yang besar itu dalam. Ada air yang banyak. Mulalah kau berfikir yang bukan-bukan. Lubang perigilah. Awas! Lubang di jalanraya tanah air kita sangat menyakitkan bila terhentak walaupun kau menaiki kereta Mercedez Kompressor.

Oh Kuala Lumpur

Sumber gambar : Utusan

Pada dasarnya aku bersetuju Kuala Lumpur menyekat kenderaan persendirian memasuki pusat bandar. Idea itu bagus. Memang bernas. Jika tidak, kereta akan bertambah sudahnya pada tahun 2020 Kuala Lumpur akan tepu dan sesak. Tapi, setuju aku ada syaratnya. Iaitu tingkatkan dulu sistem pengangkutan awam di kawasan Kuala Lumpur khususnya. Peningkatan sistem pengakutan awam ini termasuklah kadar tambang yang rendah, mesra pengguna, mesra OKU, efisien dan sebagainya. Fikirkanlah dan kajilah secara terperinci sebelum cadangan ini diimplimentasi. Aku rasa dah banyak cadangan dibuat sejak rahun 70an dulu. Walaupun nagara maju dah buat, tak semestinya kita kena ikut bulat-bulat.



Nota: OKU adalah Orang Kurang Upaya.

20.3.07

Bermalam-malam

Malam aku tak seperti malam-malam sebelum ini dapat tidur dengan lena dan berdengkur krooh... krooh...krrrooh dengan alunan irama tersendiri. Malam-malam sejak kebelakangan ini aku sukar mahu melelapkan mata. Kenapa ya? Sabar ajelah. Satu malam, aku tidur. Pukul dua pagi aku terjaga kerana aku merasakan ada seekor lipas datang merayap di kakiku lalu dia menggigit kakiku yang tak bercagu itu.

"Hoii. Sakitlah!" Aku bingkas bangun lalu menguis lipas itu jauh ke sudut dinding ruang tamu.
Aku sambung tidur semula kerana mata tak boleh nak celik.

Jam empat pagi, sekali lagi lipas datang menyilinap masuk dalam bajuku. Aku tak pasti lipas yang sama atau yang lain. Aku pula kurang periksa lipas itu lipas jantan atau betina. Sesungutnya aku terasa sangat tajam menyucuk-nyucuk tubuhku. Geli aku.

"Ishh. Pergi kau! Aku tak kacau kau tau! Tolonglah!" Lipas itu mencicit menyelinap masuk mencari tempat persembunyian. Aku bukannya takut pada lipas. Tapi aku geli.

Alahai! Beginilah malam-malamku diganggu sang lipas busuk kerana teman berseketiduran pulang ke kampung halaman untuk membersihkan laman rumah sementara menunggu kelahiran orang baru.

Pap! Terlupa aku. Ada makanan yang tidak di kemas sebelum aku tidur. Cuai betul aku.

Oh ya, aku pulang dulu ya kerana sudah berjanji dengan orang kampung untuk menjenguk mereka. Malu juga rasanya pulang dengan tangan kosong. Sudahnya, aku bawakan buah untuk mereka. Buah yang disalut skrotum.

P/s: Tikar buluh yang dipesan oleh maharaniku akan dijadikan hadiah untuk mereka di kampung.

17.3.07

Seloka

Aku duduk di atasnya,
aku rasakan kenikmatan,
empuk dan lembut menyentuh punggungku.
Dia menghenjut, dari kiri ke kanan, atas bawah, naik turun.
Ohhhh... Nikmatnya menaiki beca.
Sayangnya, beca semakin pupus di Malaya.

Basah aku dalam kedinginan.
Aku tempuhi jua dalam kesejukan.
Oh, aku basah.
Baiknya dia memayungi aku.
Sedang dia kebasahan.
Lupa aku hendak melihat ramalan cuaca!

Jangan korek dalam-dalam, sakit tau!
Jangan korek lama-lama, geli.
Tapi, jangan tak korek langsung, penuh pulak taik telinga.
Kalau susah nak masuk sangat,
jilat dulu hujungnya.
Kan masih lembik.
Bila dah keras dan menegang,
arahkan betul-betul ke lubangnya.
Hati-hati, jangan tersasar,
kang tension dibuatnya.
Jangan gelojoh tau,
tekan sikit-sikit supaya masuk dan tarik perlahan-lahan.
Selamat menjahit.

Bila lelaki cakap kotor pada perempuan,
itu dipanggil gangguan seksual.
Tapi, bila perempuan cakap kotor pada lelaki,
ianya RM3.00 seminit.
Pemuda : Keranamu, aku sanggup berjalan hingga ke hujung dunia, meredah hutan belantara dan ribut petir.
Gadis : Boleh tak kau terus tunggu aku di sana?

Kajian membuktikan wanita lebih kuat dari lelaki.
Wanita mampu mengangkat dua buah gunung tanpa menggunakan tangan.
Lelaki pula nak bawa 2 biji telur pun tak larat,
kena minta tolong burung bawakan.
Kawanku seorang pelaut,
punya senjata di bawah perut.
Boleh membesar boleh mengecut,
sekali tembak, perutmu gendut.


Ha ha ha. Trafik blog ini akan meningkat dengan mendadak.

16.3.07

Pangkat

Anak saudara dari adik-beradik perempuan. Mempersembahkan.

Dia ni dulu...


Dia ni susul kemudian...

Kalian berdua, kena panggil aku pakcik. Eh.. Bukan, paman. Eh.. Bukan, obe'. Eh... Bukan, uncle. Err.. Bukan juga. Panggillah apa saja yang kalian berdua suka. Asal kalian hormat bapak saudara kalian sudahlah.


15.3.07

Kraf


Sepetang di Kompleks Kraf memang melenguhkan kaki aku. Maklumlah, dah lama tak berjoging dan melakukan senaman ringan. Seingat aku, yang terkini adalah bersenam di atas katil. Aku terpanggil untuk pergi ke Ekspo Kraf Kebangsaan 2007 tempohari kerana punya hajat tersendiri.

"Kak, ni berapa?" Aku tanya.

"Hok ni 38." Akak comei.

"38? 30 tak dapat?" Aku.

"Dokleh,." Akak comei senyum.

"Kaler lain takdok Kak?" Aku.

"Tinggal hok ni sa..." Akak comei.

Lama aku membelek-belek barang tu. Pusing kanan-kiri-atas-bawah. Sesekali mata aku mengerling replika kraf bot buatan tangan yang dibuat kemas dan dipamerkan di situ. Sebenarnya, aku lagi suka yang itu.

"Takpelah kak." Aku.
"Dok jadi ke?" Akak comei.
Lalu aku berlalu. Pusing keliling booth kraf yang ada di situ. Macam-macam ada. Dari bahan yang terbuang sehinggalah barang berharga dijadikan kraf. Tinjau dulu tempat lain, kalau-kalau barang yang aku tanya tadi ada lebih murah.

Sudahnya, aku ke booth akak comei tadi juga.

"Bolehlah la kak" Aku.

"Apa yang boleh?" Akak comei.

"Tu.. Bakul anyaman tu. Cakap betul-betul berapa harga." Aku.

"Oklah saya bagi 32." Akak comei

"Kalau 30 saya ambil beg galas ni pulok" Aku.

"Bolehlah." Akak comei.

Aku senyum dia pun senyum. Tapi mata aku masih mengerling replika bot itu. Harganya kau tahu berapa? RM300. Nantilah, aku kumpul duit dulu.

Keluar dari Kompleks Kraf aku meninggalkan akak comei. Sarat juga tangan aku memegang beg plastik berbondong-bondong sarat berisi kraf. Apa yang aku beli hah? Entah.

Seingat aku, ada beli kotak anyaman untuk diisi apa aku pun tak tahu. Blink! Mentol. Oh ya, aku boleh isi kunci, pen, telefon bimbit dan duit syiling apabila pulang dari pejabat. Supaya barang-barang ini tidak berterabur di atas meja bulat sebelah sudut kiri ruang tamu. Oh, inilah kraf yang aku sayang.

13.3.07

Mukhsin : pengertian sayang, cinta dan bahagia.

Puas hati. Itulah yang diungkap dalam lafaz setelah menonton filem Mukhsin arahan Yasmin Ahmad yang penulis kira tak punya banyak masalah dalam memplot jalan cerita, yang masih memperjuangkan tema kemanusiaan. Masih tentang kasih sayang dan nilai kekeluargaan. Filem ini patut diberi pujian kerana menonjolkan budaya dan cara hidup komuniti desa dan persekitaran kanak-kanak di tanah air kita dalam dua generasi dan digambarkan dengan cara hidup yang kontras. Ianya sangat berbeza pada zaman sekarang di mana kanak-kanak lebih cenderung bermain video game dan permainan moden.

Apabila menonton filem ini, penulis seolah-olah menyerap masuk ke dalam filemnya kerana apa yang digambarkan pada zaman kanak-kanak, penulis juga pernah merasainya. Seolah-olah penulis merupakan sebahagian daripada kanak-kanak di dalam filem tersebut. Cuma dengan persekitaran yang berbeza. Yasmin cukup bijak mengeksploitasikan subjek yang biasa-biasa saja ke layar perak. Sentuhan magiknya untuk menghidupkan setiap watak dalam Mukhsin terutama Sharifah Aryana (Orked), Mohd Syafie Naswip (teraju utama Mukhsin), Sharifah Aleya (Mak Inom), Irwan Iskandar (Pak Atan), Adibah Noor (Kak Som), Rozie Rashid, Nur Khiriah dan Sharifah Amani membuat filem ini boleh dibanggakan.


Penulis suka kerana mereka berjaya membawa watak ini. Watak Orked sangat berkesan dan bersahaja. Cuma watak Mak Inom yang diberi kepada Aleya agak kurang sesuai. Sungguhpun Aleya tampil hebat disebabkan wajahnya yang terlalu kebudakan menyebabkan peranan itu tidak dapat dihayati dengan sepatutnya. Kali ini, tiada aksi-aksi yang dianggap kontroversi dan menimbulkan suasana tegang di panggung berbanding filem Sepet dan Gubra. Cuma babak menyidai seluar dalam lelaki dan wanita di ampaian, sesetengahnya menganggap lucah sedikit. Bagi penulis, biasa saja. Lucu lagi ada. Ha ha ha.

Plot cerita digarap dengan baik dan kemas dari satu babak ke satu babak terdapat kesinambungan dan saling berkaitan. Cuma agak perlahan bagi penonton yang tak sabar mengikuti kisah di akhirnya. Suasana kedesaan dan sawah padi menggamit keindahan dan kehijauan desa. Setidak-tidaknya, usaha promosi produk desa di ketengahkan oleh pengarahnya. Barangkali lokasi penggambaran sekitar di Kuala Selangor dan Sabak Bernam. Pun begitu, FINAS meluluskan filem ini tanpa sebarang pemotongan dan suntingan besar, malah diklasifikasikan sebagai U. Sekalung tahniah untuk filem ini juga mengungguli beberapa anugerah di luar negara. Maka seharusnya kita berbangga filem ini turut mendapat jemputan daripada penganjur festival filem antarabangsa dari Amerika Syarikat, Norway, Sweden, San Francisco, Korea Selatan dan Hong Kong.

Orked adalah anak kepada keluarga Pak Atan-Mak Inom. Ibunya berkelulusan dari England sering berbahasa Inggeris di rumah. Namun, jati diri kemelayuannya masih ada dan ditonjolkan dalam filem ini. Terutamnya ketika mereka solat berjemaah bersama. Cuba teliti maksud doa yang dibacakan oleh Pak Atan itu. Ibu bapanya menghantar Orked ke sekolah aliran Cina. Aspek ini sudah ada asimilasi dan unsur integrasi di tanah air kita tentang perkara ini di mana budak Melayu bersekolah di aliran Cina. Inilah mukaddimah kepada filem ini.

Di babak lain pula, Mukhsin bertanyakan kepada si Orked, "Kenapa awak sekolah Cina?" Orked jawab, "Sebab saya dah pandai cakap Melayu." Carilah maksud yang tersirat dialog ini. Penulis tak mahu ulas tentang itu. Carilah dalam dasar pendidikan kebangsaan barangkali atau pakej pembelajaran yang ditawarkan di sekolah Cina. Mukhsin pula, seorang budak kampung yang punya keluarga bermasalah dan bercerai. Dan kebetulan waktu itu cuti sekolah, dia duduk dengan ibu saudaranya. Maka Orked dan Mukhsin ditemukan dalam babak permainan galah panjang. Di mana Orked lulus ujian daripada Mukshin yang membaling bola ke arahnya. Manakala si Orked pula lebih gemarkan permainan lelaki berbanding main kahwin-kahwin dengan rakan perempuan yang sebaya dengannya. Ia menggambarkan tak semestinya wanita hanya perlu bermain masak-masak dan kahwin-kahwin saja. Dari situ bermulalah cinta monyet antara Mukhsin dan Orked sepanjang plot filem ini.


Sungguhpun Mukhsin boleh dianggap sebagai sebuah prekuel kepada ketiga-tiga buah filemnya yang terdahulu yang masih menggunakan watak Orked sebagai watak utama dan juga keluarga Orked sebagai latarnya, tetapi filem ini mampu berdiri sebagai satu kisah tersendiri. Sambil dihiasi dengan kehidupan jiran-jirannya yang suka jaga tepi kain orang. Keluarga yang bersifat kontras kepada keluarga Oked adalah keluarga Rozie (Rozie Rashid), mempunyai seorang anak perempuan sebaya Orked dan suaminya yang mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain. "Seronoknya kalau jadi motor ya bang..." Juga keluarga Kak Senah (Mislina), wanita kampung yang tipikal dan baik hati yang tinggal bersamanya adalah dua anak saudaranya iaitu Husein (Salehudin) dan Mukhsin (Mohd. Syafie Naswip).

Bagi penulis, Orked dan Mukhsin membawakan wataknya dengan baik dan ada keserasian ketika mereka digandingkan. Namun, sesekali mereka seolah-olah kelihatan kekok dan gugup. Entah. Mereka baru pertama kali di depan lensa kamera barangkali. Atau takut ketika berada di atas pokok. Penulis tak pasti. Tapi, ‘high angle shot’ ketika mereka berdua di atas pokok membuatkan penulis benar-benar gayat.


Watak Pak Atan (Irwan Iskandar) di luar jangkaan penulis. Wataknya, selamba, bersahaja dan seperti tiada perasaan dalam beberapa babak. Cool je orangnya dan bahagia dengan keluarganya. Sesekali mencuit hati terutamanya ketika babak jiran mereka mengadukan hal si Orked telah mencampakkan beg sekolah anaknya. Kemudian, si Orked masuk ke bilik dan berpura-pura mengerang kesakitan apabila ibunya melibas rotan di katil. Apabila ibunya keluar, bapanya (Pak Atan) bertanya, "hidup lagi ke budak tu?" Satu panggung gelak.


Pemergian jirannya selepas itu kerana meluahkan rasa kekesalannya kerana mengadu-domba, punya maksud tersirat yang tersendiri. Sedang jirannya keluar meningglakan rumah mereka, ibu dan pembantu rumahnya ketawa besar kerana mereka sekeluarga tertipu. Padahal, mereka hanya beberapa langkah dari rumah mereka. Ha ha ha... Adegan yang paling menyayat hati dan paling berkesan adalah ketika Husein bersama Mukhsin menangisi kematian ibu mereka. Begitu juga adegan Mukhsin memanggil Orked untuk bertemu sebelum balik ke kampung selepas berlaku perselisihan faham antara mereka semasa bermain galah panjang.

Penulis cukup menyukai watak-watak berikut;
1. Watak Irwan Iskandar (Pak Atan) ada kesinambungan dan filem Yasmin sebelum ini. Filem Rabun rasanya. Yang dilakonkan oleh M. Rajoli, Pak Atan dah tua.
2. Watak Mak Senah (ibu saudara kepada Mukhsin). Kaya dengan kasih-sayang terhadap kedua-dua anak saudaranya walupun hidup serba kekurangan.
3. Watak lelaki yang menyanyikan lagu Ne Me Quitte Pas (Don’t Leave Me) dengan penyembur racun serangga di tangannya sebagai microphone. Penulis tercari-cari backstory lelaki ini yang alih-alih ditonjolkan dalam adegan ini. Siapa dia dan di mana dia berada sebelum adegan ini tidak dapat dikesan.
4. Watak kanak-kanak perempuan yang petah dan suka 'bawa mulut' tu. Rakan sebaya Oked. “Mak kita kata kan…”
5. Watak abang Mukhsin. Kaki mabuk, hisap rokok, pulang lewat malam tapi join main galah panjang dengan budak-budak kampung.
6. Watak pengadil dalam perlawanan bola sepak yang terlanggar tiang gol. Patutlah dia meniup wisel semasa jadi kelindan bas sekolah.
Watak-watak ini bagi penulis, memeriahkan dan mewarnai lagi filem ini.

Sepengetahuan penulis, belum ada filem tempatan yang digarap sebegini, kecuali kalau penulis terlepas pendang. Trailer yang digunakan oleh Yasmin Ahmad untuk mempromosi filemnya sangat berkesan. Namun, segmen Orked di perhentian bas dan segmen Orked menendang bola terkena kepala budak gemuk tidak muncul dalam mana-mana plot filem. Ia khusus untuk trailer. Juga diselitkan unsur taboo masyarakat Melayu yang suka mengumpat dan menurunkan pusaka dan tradisi ini kepada anak-anak mereka. Juga kita belajar erti kasih sayang dan cinta melalui filem ini. Mungkin Yasmin cuba menggambarkan satu keluarga yang ideal untuk jadi ikutan kepada masyarakat kita. Pun begitu, tidak terlalu keterlaluan kerana keluarga mereka pun berhutang perabot.

Storyboard filem ini banyak menyuruh kita berfikir dan mencambah minda. Ada beberapa plot yang sengaja tidak diberikan penjelasan. Contohnya, "Apa dah takde jantan Melayu ke kat Malaysia ni lagi" lalu si perempuan itu berbisik sesuatu kepada Husein. Tulisan cina dan lukisan kapur di papan hitam didirikan di bilik Orked. Itulah ruginya tak sekolah Cina. Tak tahu maksudnya. Ha ha ha. Kucing dikerumuni keluarga Pak Atan di atas rumput dengan anak ayam bergelimpangan dan tulisan pada layang-layang yang diberikan oleh Mukhsin kepada Orked di hujung-hujung filem. Carilah ya. Atau anda dapat tekanya sendiri.

Teknik penggunaan lagu tema dengan berlatar keroncong di permulaan filem dan di akhiran filem satu teknik yang baik. Kena dengan setting pada zaman itu. Masih terlekat di fikiran penulis lagu keroncong hujan. Setidak-tidaknya, selepas itu, penulis kenal gambus dan beberapa alat muzik yang mengiringi irama keroncong. Melodramanya juga terkawal daripada menjadi terlalu sentimental. Mahu juga penulis menghafal liriknya.

Filem ini berjaya mengimbau nostalgia semasa zaman kanak-kanak yang kaya dengan permainan tradisi seperti galah panjang, kahwin-kahwin, batu seremban, layang-layang, panjat pokok dan sebagainya. Mukhsin-Orked duduk berdua seperti dalam filem Sepet masih diteruskan lagi dalam filem ini. Ada yang bosan. Lain orang, lain persepsinya. Terpulanglah... Jadi, apapun yang dibicarakan pasal Mukhsin, baik kekurangan atau kelebihan, hakikatnya Yasmin Ahmad, The Storyteller sudah mempunyai 'brand'nya tersendiri. Syabas!


Bagi siapa yang belum berkesempatan menonton. Pergilah tonton bersama rakan atau keluarga atau pergi seorang saja tayangan midnight, boleh juga cuci mata melihat anak muda masa kini di panggung. Sibuk juga mahu buat filem sendiri. Filem ini berjaya mengangkat slogan 'filem kita wajah kita' dalam eti kata sebenar. Filem tempatan dengan garapan senimatografi yang unik. Anda tak rugi menontonnya kerana segala ekspresi perasaan dan kehidupan seharian digauli dengan mesra yang berakhir dengan Mukhsin terpaksa pulang ke kampung setelah mendapat berita ibunya meninggal dunia membunuh diri. Sehingga Orked tak sempat bertemu dengannya yang hanya meninggalkan layang-layang dan sehelai baju yang disangkut di atas pokok oleh Mukhsin. Saksikanlah kisah cinta dan sayang mereka berdua dan persekitarannya.
Sumber gambar : Grand Brilliant

11.3.07

Ada kalanya silap

Hajat di hati mahu ke rumah PENA. Turut serta dalam wacana filem pendek Tok Rimau : KIRI. Acara diadakan pada 10 Mac 2003 Jam 2.00 petang. Tapi sedihnya, pada hari tersebut, aku terpaksa menyiapkan beberapa kerja sebelum aku dikerahkan bertolak ke Kuala Terengganu pada jam 5.30 pagi. Kunjungan ke Kuala Terengganu bukannya makan angin atau berfoya-foya tapi untuk membincangkan urusan projek kajian yang bakal dimulakan dalam temph tiga bulan saja. Kami tak masuk tender pun. Terus langsung jumpa pengarah kerana pengarah percaya pada syarikat kami. Direct nego. Ini semua untuk kelangsungan hidup sebuah syarikat yang kecil. Jika tidak, mana nak cekup duit gaji ooooiii!

Namun, ada cerita lucu yang aku nak kongsi di sini. Cerita lucu kami di terminal LCCT, KLIA. Masa penerbangan kami ditakdirkan jam 0635 pagi. Kami dah terpacul di terminal seawal jam 0530 pagi. Sempat juga kami solat Subuh di surau yang disediakan. Setelah selesai solat Subuh, aku terus ke pintu gate P2 kerana tertulis di tiket yang kami beli gate P2. Aku duduk di situ sambil menunggu bos yang tak kunjung tiba. Jam dah menunjukkan kul 6.20 pagi.

"Mana bos ni..." dalam hati aku.
Sesekali aku jengukkan kepala untuk melihat kelibatnya kalau-kalau ada di kawasan sekitar. Nak aku telefon dia, kredit tak ada pulak. Jam 6.25 pagi, bos tak muncul lagi. Lalu aku susul semula ke surau takut-takut bos tertidur di surau atau takut-takut bos ada di dalam tandas sedang menghisap rokok. Tapi, bos aku tak hisap rokok. Dia baik. Sedang dalam perjalanan ke surau aku nampak kelibat bos menuju ke pintu P12.

"Nak ke mana pulak bos ni" Dalam hati aku.
Mata bos melilau-lilau mencari aku barangkali. Sedang aku ada di belakangnya. Lalu aku menegurnya. Oi bos! takkanlah aku cakap gitu.

"Mana kita?" Aku tanya
"Pintu hujung tu P12" Bos jawab lalu berjalan menonong.
"Bukan pintu P2 ke bos?" Aku sangsi.
"Eh, bukan." Bos jawab. Aku malas pula nak bantah. Ikut saja. Sebab selalunya kalau aku bantah bos tetap dengan keputusan dan pendirian dia. Ikut sajalah, dalam hati aku. Mata aku pun dah mengantuk dah ni.

Bos beratur, aku beratur. Tiba di kaunter semakan sebelum masuk ke pintu penerbangan. Orang yang tukangsemak tiket tu kata begini, "Maaf encik, ni penerbangan ke Sandakan. Sila duduk dulu."

Bos duduk, aku pun duduk. Jam dah menunjukkan pukul 6.40 pagi. Aku duduk sambil menunggu dan terlelap sekejap kerana pagi tadi bergegas seawal jam 5.00 pagi.

"Bangun bangun.." Bos kejut aku.

Aku buka mata bos ajak beredar.

"Tengok tiket kau?" Bos tanya.

Aku bagi, bos tengok. Diam.

"P2. Aku salah tengoklah, aku ingatakan P12." Bos kata.
"Pap! Kan saya dah tanya bos tadi." Aku kata.

Sudahnya, flight ke Kuala Terengganu meninggalkan kami. Duit bos pun hangus. Aduh! Aku cuma sempat melihat dalam sayup-sayup di balik cermin boeng 737 membuat penerbangan ke Kuala Terengganu meninggalkan kami. Dalam keadaan samar-samar itu aku membayangkan ada penumpang yang melambai-lambai kepada kami. Seolah-olah mentertawakan kami dan mengejek kami. Bayangan aku cuma.

Kemudian bos bergegas mengajak aku naik flight MAS di terminal KLIA. Katanya, flight Air Asia pramugarinya tak cantik. Aku diam dan hanya tersenyum. Nasib baik ada tiket jam 8.40 pagi, kami pun beli tiket dan terus ke Balai Menunggu, takut-takut flight MAS pula meninggalkan kami. Atau kami memang sengaja untuk ditinggalkan oleh kapten kapal terbang bersama anak kapal dan kru kabinnya serta pramugari yang badannya seperti tabung haji tu.

8.3.07

Percambahan minda sambil memakan jeruk

"Kau bidas bahawa sebarang unjuran yang dibuat oleh Perancang dalam kajian Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan kurang tepat?" Konsultan yang mengamalkan kod etika Amalan Peracangan Terbaik.

"Ya kurang tepat, unjuran perumahan, kemudahan masyarakat, perindustrian misalnya tidak mengambilkira faktor migrasi. Jika faktor migrasi diambilkira sudah tentunya lebih tepat sedikit sebabnya migrasi menimbulkan kesan yang signifikan kepada sesuatu tempat." Pelajar PhD yang takut keluar malam.

"Woh, saya mengharapkan benar ketepatan unjuran hasil awak yang mungkin satu hari nanti boleh digunapakai sebagai satu formula oleh Perancang dengan mengambilkira faktor migrasi" Konsultan yang mengamalkan kod etika Amalan Peracangan Terbaik.

"Daripada tak ambil peduli langsung, lebih baik dan lebih tepat jika diambilkira. Cuma kekangan kajian saya adalah dari segi data." Pelajar PhD yang takut keluar malam.

"Kalau tak ada data bagaimana nak buat? Manipulate?" Pegawai Kerajaan berpengkalan di Alor Setar yang duduk di rumah mak mertuanya.

"Saya buat survey isi rumah." Pelajar PhD yang takut keluar malam.

"Berapa saiz sampel yang diperlukan?" Pegawai Majlis yang tak punya akses kepada internet.

"30 isi rumah sudah cukup jika ikut statistik." Pelajar PhD yang takut keluar malam.

"Uiks... Di mana kawasan kajian awak?" Konsultan yang mengamalkan kod etika Amalan Peracangan Terbaik.

"Errm. Lembah Klang." Pelajar PhD yang takut keluar malam.

"Apa kaedah atau metod yang awak buat? Hati-hati, jika metod salah, hasil awak jadi salah." Konsultan yang mengamalkan kod etika Amalan Peracangan Terbaik.

"Apa hasil kajian ini?" Pegawai Kerajaan berpengkalan di Alor Setar yang duduk di rumah mak mertuanya.

"Kalau tengok tren gunatanah kan dah nampak?" Pegawai Majlis yang tak punya akses kepada internet.

"Janganlah nak cong saya yang awak kata guna GIS. Statistik saja sudah memadai kan?" Konsultan yang mengamalkan kod etika Amalan Peracangan Terbaik.

Sudahnya, pelajar PhD itu meminta undur diri kerana dah lewat malam katanya. Anak kecil di rumahnya sedang tidur. Itu saja alasan yang sering diberi. Padahal, kajiannya perlu diperbaiki dan dilihat semula setelah sesi hentam-menghentam malam itu.

Sambil menghentam kami dijamu jeruk-jeruk dan air mineral oleh Pegawai Majlis yang tak punya akses kepada internet. Sedap juga acara begitu. Lontaran pertanyaan itu masam-masam manis rasanya.

Nota : Cerita ini tiada kena-mengena dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Jika ada pun, hanya kebetulan saja.

2.3.07

Tenggelam

Ada seorang anggota tentera angkatan laut. Baru saja habis bertugas beberapa hari di sebuah kapal selam angkatan laut. Dia dipecat dari kesatuannya atas tuduhan menenggelamkan kapal selam bersama awak-awaknya. Ketika diwawancara wartawan di sempadan perairan, dia mengaku tidak bersalah.

"Waktu kejadian kapal selam itu tenggelam, saya baru sahaja habis tugas. Sedang bersiap untuk tidur.", kata pemuda itu.


"Jadi apa yang anda lakukan sebelum tidur?" tanya wartawan.


"Ya seperti kebiasaan di kampung. Saya selalu buka tingkap sebelum tidur. Di kiri dan kanan kapal selam itu."


___


Lawatan sambil mengundi













Klik sini, tanda sokongan anda

1.3.07

Bingkisan

Suatu petang di dalam sebuah pasar. Penjual telur dan pelanggannya.

Penjual : Telur, telur, telur... Beli kak?
Pembeli : Dik, telur sebiji berapa?

Penjual : Telur ayam atau telur itik kak?
Pembeli : Telur ayam.

Penjual : Telur ayam biasa atau ayam kampung kak?
Pembeli : Ayam biasa.

Penjual : Yang tempatan atau yang import kak?
Pembeli : Tempatan punya.

Penjual : Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor, Tampoi atau Skudai atau?Pembeli : Argh! Bagi yang Ipoh lah... (Sambil terlihat kesal).

Penjual : Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan kak?
Pembeli : Adik ni jual telur atau nak cari pasal?

Penjual : Maaf kak, saya penjual ayam kat sebelah.
Pembeli : Errrmm...

(Kebetulan orang yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampailah dia datang.)

Petang tadi, aku turun ke bawah. Nak ke tempat parkir. Berjalan kaki. Ada sebuah kereta kancil parkir di bahu jalan bawah pejabat. Pintu kirinya terkuak sedikit. Ada dua orang di dalamnya. Lelaki dan perempuan. Bukan! Jantan dan betina. Sedang aku berjalan, mata aku melirik sedikit ke kereta berkenaan kerana kebetulan lalu di situ.

Kau tahu apa yang aku lihat?

Mereka saling berpelukan dan berciuman di dalam. Kaki si betina terkeluar sedikit. Jantan itu geromol si betina. Aku fikir positif. Barangkali laki bini sedang memadu kasih. Rupanya pelajar intitusi yang masih muda.

"Ok, bye sayang... Mmuaaks!"
"Bye..."

Aduh! Tolonglah jaga tingkahlaku di tempat awam.