Sepetang di Kompleks Kraf memang melenguhkan kaki aku. Maklumlah, dah lama tak berjoging dan melakukan senaman ringan. Seingat aku, yang terkini adalah bersenam di atas katil. Aku terpanggil untuk pergi ke Ekspo Kraf Kebangsaan 2007 tempohari kerana punya hajat tersendiri.
"Kak, ni berapa?" Aku tanya.
"Hok ni 38." Akak comei.
"38? 30 tak dapat?" Aku.
"Dokleh,." Akak comei senyum.
"Kaler lain takdok Kak?" Aku.
"Tinggal hok ni sa..." Akak comei.
Lama aku membelek-belek barang tu. Pusing kanan-kiri-atas-bawah. Sesekali mata aku mengerling replika kraf bot buatan tangan yang dibuat kemas dan dipamerkan di situ. Sebenarnya, aku lagi suka yang itu.
"Takpelah kak." Aku.
"Dok jadi ke?" Akak comei.
Lalu aku berlalu. Pusing keliling booth kraf yang ada di situ. Macam-macam ada. Dari bahan yang terbuang sehinggalah barang berharga dijadikan kraf. Tinjau dulu tempat lain, kalau-kalau barang yang aku tanya tadi ada lebih murah.
Sudahnya, aku ke booth akak comei tadi juga.
"Bolehlah la kak" Aku.
"Apa yang boleh?" Akak comei.
"Tu.. Bakul anyaman tu. Cakap betul-betul berapa harga." Aku.
"Oklah saya bagi 32." Akak comei
"Kalau 30 saya ambil beg galas ni pulok" Aku.
"Bolehlah." Akak comei.
Aku senyum dia pun senyum. Tapi mata aku masih mengerling replika bot itu. Harganya kau tahu berapa? RM300. Nantilah, aku kumpul duit dulu.
Keluar dari Kompleks Kraf aku meninggalkan akak comei. Sarat juga tangan aku memegang beg plastik berbondong-bondong sarat berisi kraf. Apa yang aku beli hah? Entah.
Seingat aku, ada beli kotak anyaman untuk diisi apa aku pun tak tahu. Blink! Mentol. Oh ya, aku boleh isi kunci, pen, telefon bimbit dan duit syiling apabila pulang dari pejabat. Supaya barang-barang ini tidak berterabur di atas meja bulat sebelah sudut kiri ruang tamu. Oh, inilah kraf yang aku sayang.
No comments:
Post a Comment