7.8.20

Embargo


Embargo

Abah nak bagi pencerahan kepada mereka yang masih tak tahu maksud duduk. Maksud duduk menurut KAMUS DEWAN, edisi keempat adalah seperti berikut:

1. beristirahat di atas punggung (spt bersila, bersimpuh dll)
2. tempat letaknya
3. terletak berada
4. = kedudukan keadaan yang sebenarnya (bkn sesuatu hal dll)
5. tinggal (di), diam (di), menetap, berumah
6. terus berada (di sesuatu tempat), tinggal
7. berkahwin, bernikah, bersatu
8. hampas (kopi, teh dll)
9.= terduduk termendak atau mengendap (bkn serbuk kopi, teh, bauran dll)
10. mempunyai tempat atau kerusi (di Parlimen, majlis tertinggi dsb), berada
11. bahasa percakapan sedang (melakukan sesuatu)

Faham ke faham?

Jangan sampai abah jemput Pengarah DOSM dan Pengerusi LPPKN duduk bersama bagi membincangkan mengenai kependudukan pula.

Sudah pastinya dalam soal ini abah tidak boleh duduk diam. Abah nak pesan jangan biarkan kenderaan anda tidak dihidupkan enjinnya kerana terlalu taksub dengan duduk.

Abah sangat empati dan terkesan bagi mereka yang terpaksa bercuti tanpa gaji atau dibuang kerja di kala ini. Dalam soal ini kita harus bersatu. Lihat no. 7 di atas. Menangani wabak Covid19 bukan kerja satu agensi atau individu.

Kepada barisan hadapan negara abah tabik hormat kerana bertarung dan berjuang bagi menangani wabak Covid19. Didoakan semoga kekal konsisten duduk (lihat no.11) menjalankan tugas. Diberikan kekuatan yang luar biasa hebat.

SELAMAT HARI POLIS KE-213
"Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada"
Bantuan anda kami selamat di rumah.
Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

Moga penulisan ini punya jiwa dan sampai. Tidak terduduk menjadi hampas (lihat no.8 dan 9)

Tahukah anda apakah nikmat dan cabaran bekerja dari rumah? Abah akan bincangkan dalam entri selanjutnya. Cuma abah bagi pembayang bekerja dari rumah ni di samping melakukan kerja pejabat kita melakukan kerja rumah dan kerja sekolah. Dah abah nak duduk!

Maklumanmu

Saya kirim whatsapp kepada jiran kiri, kanan dan belakang.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Adalah dimaklumkan bagi pihak kontraktor kami akan membuat kerja kerja penyambungan belakang rumah.

Mohon izin kontraktor membuka pagar dawai (kiri dan kanan) dan penggunaan lorong belakang bagi melancarkan urusan kerja mulai minggu ni dan sehingga siap.

Segala kesulitan, kebisingan dan habuk sepanjang tempoh kerja amat dikesali.

Terima kasih daun pudina.

Saya syak mereka baca. Jiran yang sebelah kiri saja membalas dengan
Naik tembok sampai habis ke?

Saya tidak menjawab. Tembok sudah naik sampai atas.