1.2.15

Siapa kita meletak diri kita



Dalam sesi pengenalan diri di tempat bertugas yang baharu. Saya dipanggil ke atas pentas untuk memperkenalkan diri.

Dalam sesi tersebut saya pun tidak pasti mengapa orang ramai ketawa terbahak-bahak apabila saya memaklumkan bahawa saya jenis darah O+. Saya tak suka memperkenalkan diri secara konvensional. Dalam sesi itu juga saya bagi taula nombor chasis enjin saya. Ada yang gelak ada yang tak faham. Serius saya katakan, dalam sesi itu semua orang menumpukan perhatian.

Dalam penutup sesi tersebut, saya memberitahu semua profil diri saya boleh dikemaskini dari semasa ke semasa apabila kita bersua muka. Sekali lagi mereka ketawa. Itu bukanlah 'punchline' terbaik saya. Mereka ketawa melihat muka saya yang selamba. Namun, hati mereka kita tak tahu suka atau menyampah dengan kita. Maka, kita terima seadanya.

Selepas sesi itu, ramai yang datang bertemu saya. Ada yang mengatakan saya patut turut serta Maharaja Lawak Mega. Tak kurangnya ada juga yang memuji suara saya macam DJ. Ada lagi yang mengatakan gaya percakapan saya macam YB Menteri Besar. Nampak berkaliber dan berkarisma. Saya terima pujian dan komen daripada mereka. Demi memantapkan pengucapan awam saya.



.