29.12.08

Gagasan hidup saya : desakan



Selamat Menyambut Maal Hijrah
1 Muharam 1430

.

18.12.08

Gagasan hidup saya : Prolog

Di sini saya ingin berkongsi target saya dengan kalian semua. Oh, lupa saya mahu memulakan intro. Ya, saya sekadar berkongsi. Saya bukanlah ingin menunjuk-nunjuk atau berbangga-bangga. Atau mempunyai niat yang lain. Saya juga bukan dilahirkan dalam keadaan yang senang. Bukan dari kalangan orang kaya-raya. Untuk info, saya orang susah! Hidup sederhana saja. Saya juga bukannya memiliki IQ dan EQ yang tinggi. Saya bukanlah terlalu pandai sangat dalam segala hal. Saya juga bukannya mahu melawan takdir. Tapi, saya tidak hanya sekadar menunggu takdir hidup saya. Apa yang tertulis di Loh Mahfuz juga saya tidak tahu. Sebab itu saya selalu berdoa, meminta kepadaNya.

Jadi, ia bukan sekadar tulisan-tulisan dan lukisan-lukisan yang dicoretkan dalam helaian-helaian kertas, lalu dikompilasikan menjadi "buku eksklusif gagasan hidup saya". Makanya, dengan cara ini ia boleh dikongsi dan apa yang tersimpan di hati kecil sanubari saya dapat dilepaskan beriringan bersama sang bayu. Bukan saya angan-angan kosong. Saya punya imaginasi yang punya noktah. Ingat! Seorang yang berangan-angan tanpa titik hanyalah mengikut khayalan mindanya sedangkan orang yang berimaginasi telah mereka satu skrip untuk ke satu matlamat.

Baiklah, saya tak pecah-pecahkan target saya ini kepada agama, politik, sosial dan ekonomi. Ia terangkum dan saling berintegrasi di antara satu dengan yang lain. Dan saya juga tidak menyusunnya mengikut keutamaan dalam hidup saya. Tapi, di dalam BUKU EKSKLUSIF GAGASAN HIDUP SAYA yang saya rangka draf pertama pada tahun 1995, ia di susun berdasarkan lojik, realisitik dan pencapaian tahunan. Kemudian saya semak semula pada tahun 2001. Sama ada realisitik atau yang mustahil untuk dicapai. Saya sudahpun berikan keutamaan padanya. Dan saya sasarkan mengikut tahun sehingga ke tahun 2050 (setakat ini). Tahun 2050 umur saya 27 tahun terbalik. Hehehe..!! Semoga saya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Bahkan sehinggalah perancangan ini dapat diWASIATkan kepada generasi saya nanti lagi bagus. Ada 25 target kesemuanya (wow! Banyaknya. Saya pasti boleh!). Ia menjadi keinginan, hasrat, kehendak (hajat), sasaran, kemahuan, azam, target untuk mencapai cita-cita / gagasan saya.


PERKARA

SASARAN

TINDAKAN

# Melaksanakan apa yang diPerintah serta menjauhkan apa yang diLarang ALLAH; Membaca al-Quran setiap hari

seumur hidup

  • Jangan tinggal solat
  • Membaca al-Quran seusai solat Maghrib & Isyak
  • Memahami isi al-Quran dengan berguru
  • Mempelajari tajwid dengan berguru

# Menjadi jutawan beriman

2015

  • Menambah pendapatan
  • Melakukan perniagaan
  • Menjadi perunding pro

# Memilik MPV sendiri

2010

  • Mengumpul wang dan emas
  • Meninjau spek yang dikehendaki

# Mempunyai seorang isteri comel

Dah dapat

  • Jaga dia sepenuh hati
  • Memberi nafkah zahir dan batin kepadanya.

# Mempunyai 5-6 orang anak (Kini, baru 2 orang)

Sebelum umur isteri menjelang 40 tahun. Saya dah bincang dengan dia. Haha!

  • Memberi pendidikan awal
  • Makan pemakanan seimbang
  • Menjaga kesihatan

# Memiliki pekerjaan yang stabil dengan pendapatan bulanan melebihi RM5k

2010

  • Usaha gigih tak kenal erti jemu
  • Jangan ikut nafsu syaitan
  • Jangan dengar cakap jin kafir

# Memiliki kelulusan tinggi dan budi pekerti yang juga tinggi

Dah dapat sampai Sarjana. Nak try sampai phD

  • Mencapai setakat mana mengikut kemampuan
  • Hormat pada semua orang
  • Berbaik pada semua orang

# Menerbitkan 1 buku setahun

bermula 2009

  • Membaca mengenai selok-belok ilmu penulisan

# Membeli 1-2 buku sebulan

seumur hidup

  • Membaca menambah ilmu

# Memiliki rumah sendiri

2010 (teres 1 tingkat)
2020 (banglo)

  • Membuat pinjaman
  • Mempelajari selok-belok jual beli hartanah

# Memiliki perniagaan sendiri

2015

  • Jurugambar pro
  • Tukang jahit pro
  • Perunding pro
  • Usahawan pro

# Memberi pendidikan terbaik pada anak-anak

seumur hidup

  • Memberi anak makanan minda
  • Mengajar anak pendidikan dunia dan akhirat

# Mencarum untuk pendidikan dan masa depan keluarga

seumur hidup

  • Memperuntukkan wang untuk pelaburan pendidikan

# Melaksanakan perancangan kewangan sistematik

seumur hidup

  • Membeli buku dan mendapatkan ilmu mengenai perancangan kewangan

# Menempa nama untuk kebaikan mengharumkan nama negara

2015

  • Hantar surat kepada PM untuk pengesyoran
  • Study buku Malaysia Book of Record

# Mempunyai rehat yang cukup

Seumur hidup

  • Gunakan 5 sebelum datang 5
    Tidur 7-8 jam sehari

# Membekalkan minda dengan suppliment yang hebat

Seumur hidup

  • Melakukan senaman 3 kali seminggu
  • Tidak merokok!
  • Makanan seimbang
    B-Complexs, Zat besi, Ginkgo, Herba

# Berekreasi / Bercuti / Melancong / Menghilangkan ketegangan setiap hujung minggu

Seumur hidup

  • Mengumpul duit
  • Membeli barang mengikut keperluan saja

# Menyiapkan apa jua tugas harian dengan penuh komited

Seumur hidup

  • Tanamkan sikap jangan puus asa.
  • Rajin dan kuat berusaha.
  • Jangan menangguh kerja.

Mencari seberapa ramai kawan dan tiada musuh langsung!

Seumur hidup

  • Senyum pada semua orang
  • Hormat pada semua orang
  • Berkawan dengan semua orang
  • Positif pada semua orang

# Memiliki komputer riba sendiri

2009

  • Kerja keras!

# Memiliki motosikal sendiri

2011

  • Mengumpul duit

# Menjadi seperti pepohon rendang, ahli keluarga dan ibu-bapa dapat tumpang berteduh. (abstrak target ni)

2012

  • Menjalin hubungan baik dengan semua makhluk

# Mengerjakan ibadat haji bersama isteri (akaun tabung haji pun takde lagi..)

2018

  • Buka akaun tabung Haji dulu. Aha!

# Dapat kumpul / menang duit sejuta

Bila-bila

  • Masuk pertandingan yang menawarkan hadiah lumayan


Saya niatkan usaha murni ini dilakukan semata-mata untuk menuntut keredhaan ALLAH, mengamalkannya untuk manfaat di Akhirat, keluar dari kalam jahil kepada cahaya ilmu, mendapat faedahnya di dunia, diberi pahala untuk Akhirat dan syurga adalah matlamat. Amin. Kalian doakan kejayaan saya.



.

17.12.08

Mari bercerita bersama Ustaz Masdun (part I)

Dalam sebuah kampung. Ada tiga orang pemuda. Masing-masing memahami bahawa, selepas di ajar oleh gurunya. Sesungguhnya bercakap itu membatalkan solat.

Satu hari. Tiga orang pemuda ini solat berjemaah bersama gurunya. Di sebuah masjid.
Sedang mereka mendirikan solat, dalam keadaan tahiyyat akhir. Ada seekor tikus lalu. Berhenti betul-betul di tangan pemuda yang di sebelah kanan sekali.

Pemuda itu berkata, "Tikus! Tikus!"

Pemuda di tengah berkata, "Isshhh.. Sembahyang mana boleh cakapla.. Biar je la.."

"Nasib baik aku tak cakap.." kata pemuda paling kiri.




.

16.12.08

Bermula Dengan Latar [p7.0]



p7.1 : Latar menampung kandungan karya
p7.2 : Latar dan karektor


.

15.12.08

Kenapa kau cepat bosan apabila buat satu-satu kerja

Albert Einstein bukan sebijak mana pun. Asyik gagal je masa belajar. Guru dia sampai benci yang amat pada dia sebab bodoh sangat. Ferdinand McGellan pun sama juga. Tak sebijak mana. Belayar mengelilingi dunia pun atas sebab nasib. Alahai... Alexender Graham Bell lagi la... Dalam kelas tak pernah pun dapat nombor satu. Okey okey, gua pun sama la macam diorang. Bukan pandai gila babi. Tapi, taklah sampai tahap dungu nak mampos. Sebenarnya, salah satu faktor yang menghalang kejayaan kita bukanlah disebabkan kita KURANG PINTAR tetapi kerana KURANG YAKIN dengan diri sendiri. Ya, ulang suara, KURANG YAKIN.

Kita selalu kata minda kita dah tepu la. Tak boleh fikir lagi la, berkarat la dan macam-macam lagi. Kemudian, kita bina alasan yang konkrit di mana masa bekerja kita yang kononnya mahu mengelakkan kebosanan dan ketepuan otak kita, kita buat kerja seperti di bawah :

1/ Kita melayari laman sawang mencari info. Serius! kita cari maklumat dan info. Padahal! Entah...;
2/ Kita menyusun dan mengemas meja dan buku di rak sendiri atau rak orang lain. Saja-saja suka-suka;
3/ Kita akan tampal apa-apa poster di dinding tempat kita duduk konon-konon jadual kita padat;
4/ Kita wujudkan tekanan jadual padat untuk diri sendiri. Keluar dari 'zon selesa' kita masuk 'zon lebih selesa'. Haha!;
5/ Kita pergi kedai buku kala waktu rehat atau selepas pulang pejabat. Padahal jam kita rosak, itu waktu pejabat sebenarnya;
6/ Kita balik rumah, apply cuti. Tidur. Sebelum tidur baca doa naik pangkat;
7/ Kita buat kerja lain dari rutin harian, menulis entri misalnya. Baca novel misalnya, update frenster, semak emel dan banyak lagi.

Sebenarnya kita hanya menggunakan atau meneroka 0.00001% sahaja daripada keupayaan otak kita. Sebab, 7 perkara di atas bukanlah berat sangat untuk difikir. Fikir-fikirkanlah...


Gua tag, 5 manusia pertama dan jin yang baca entri ni. 3 cara kau mengelakkan kebosanan rutin harian. Haha!.


.

5.12.08

Romlah : Delayed Stories (part IV)

“Eeee yacth! Hak ptuuuii... Apa nak jadi, jadilah. Aku tak mau babi!!!!,” sahut Romlah dengan berani. Babi itu bukan carutan. Dalam mana-mana laporan rasmi kerajaan pun sekarang ada perkataan babi. Di Melaka misalnya. Di Selangor juga.

“Hello Bos, ada mana?! Kami ada berhenti sini. KM 25” kata Aoh Kawn.

Tidak lama kemudian, dua buah kereta meluncur memecah kedinginan malam. Pemandunya keluar. Geng G-Spot masuk ke kereta yang satu lagi. Lalu beredar meninggalkan kawasan itu. Bos datang menghampiri Romlah. Lalu menarik Romlah keluar.

“Hah! James...?!’ Romlah terperanjat sedikit terkejut.

“Yup! My name is James. James Blonde. Ekekeke... Jom ikut I...”

“Pergi mana sayang...?”

“Pergi balik rumah kitalah... Haha!”

“Okey! Habis lelaki tua ni...”

“Arggh! Biarkan saja situ. Naik kereta I

Dalam perut kereta. Romlah menanyakan sesuatu kepada James, apa tujuan dia melakukan ini semua. Bukankah senang panggil saje dia sebelah rumah. James menjawab, I sukakan yang dramatik. Errr, I cintakan U sebenarnya sayang...

So?”

“Boleh tak U temankan I malam ni....”

“Mengadalah U ni... Selalu marahkan kucing I tau... Dia tak bersalah. Kenapa U buat gitu? Owh, rupa-rupanya ada udang di sebalik batu ye...” Romlah tersenyum kegirangan.

+++++

“Eh, Sham, aku tengok Kak Romlah tu rajin jugak ke surau yerk?”

“Ye ke?”

“Aku selalu perhatikan dia juga apa...”

“Errm.. Tapi, aku syak sesuatu lah dengan Kak Romlah tu...”

“Jadi, kau nak kita buat apa?”

“Begini... sok sek sok sek...” Sham membisikkan sesuatu ke telinga Kana untuk membuat perancangan mengintip gerak-geri si Romlah.

“Okey settt... Malam ni kita projek.”

Sham dan Kana bersiap-siap untuk turun menjenguk ke rumah Romlah. Membawa bungkusan di tangan. Dengan alasan untuk memulangkan kutang Romlah yang mereka sekawan mencurinya. Sham dan Kana mula mengetuk daun pintu rumah Romlah. Diketuknya beberapa kali tetapi tak berjawab. Jauh sekali hendak dibuka. Mahu saja mereka menendangnya. Kemudian, mereka berdua melihat daun pintu rumah James terkuak luas. Lalu mereka menghampirinya. Mereka menjengukkan kepala ke dalam.

Baru saja mereka mahu memanggil, mereka terdengar suara lelaki dan perempuan ketawa mesra. Dari arah dalam. Datangnya dari dalam bilik. Mereka syak itu suara James. Dan yang perempuan itu dah tentulah awek James.


sambung...


.

Pengumuman : Penulis bercuti mulai 6 Disember hingga 14 Disember 2008. Entri baru akan terbit pada 15 Disember 2008. Harap maklum.

.

4.12.08

Belajar dari kesilapan lebih baik dari buat kesilapan untuk belajar


Sekali lagi kita dalam rancangan...

[ Mari bercerita bersama Ustaz Saidin. Alhamdulillah.. ]

[ Assalamualaikum semua... ]

[ Waalaikum salam warahmatullahi wabarakatuh...]

[ Apa khabar adik-adik...? ]

[ Baikkkkk... ]

[ DIAM PENDEK ]

[ Ya adik-adik, ]

Al-kisah, lamaaaaa... dulu di Istana Kunta-Kinte. Istana apaaaa??

[ Kunta-Kinte]

Telah bersemayam tiga orang anak-beranak diRaja ya. Raja (Jinseng). Permaisuri (Jin two) dan si putera raja (Jintan). Adapun diriwayatkan kisah ini tiada kena-mengena dengan yang hidup mahupun yang telah mangkat dijulang. Ia fiksyen semata. Berlaku sekitar tahun gajah.

[ Ya adik-adik, ]

Sebermulalah si Jintan ini ada belajar mengenai ilmu perpaipan berdikit-dikit. Ya, dia ada belajar. Jika menurut catatan Hikayat Leman Panas. Pun begitu, Kemahiran Hidup Bersepadu : Pilihan A menjadi pilihannya. Misalnya mengenali jenis-jenis paip yang dipakai oleh Raja-raja, sistem perpaipan ringkas di dalam Istana, cara-cara memperbaiki kerosakan paip di terowong, mangatasi kerosakan perangkap di singki habitat serangga, penggunaan jenis-jenis perangkap dan lain-lain lagi. Pendek kata, kerja-kerja plumber la. Di kala itu, kalau si Jintan lulus peperiksaan perpaipan nescayalah beliau menjadi perintis. Dan kerjayanya sangat laku. Sangat apa???

[ Laku.. ]

[ Ya adik-adik.., Adik-adik nak tau apa terjadi selepas ini?]

[ Naaaaaaaakkkkk!!! ]

Arakian, satu purnama, kepala paip di Istana Kunta-Kinte telahpun rosak. Di singki bahagian dapur. Tempat cuci pinggan mangkuk di belakang istana letaknya. Sesendalnya dah rosak ke longgar lah, entahlah. Sayugia, dengan sekali kerling saja si Jintan sudah arif akan masalah itu. Belum disentuhnya lagi tu. Inilah baru dikatakan plumber hebat. Dalam hati beliau berbisik. Sekali tengok dah tau masalah. Aaaahhh.. Hebat tak?

[ Hebaaaaaatttttt... ]

Menurut Bondanya, paip itu tak boleh ditutup rapat. Airnya menitik tak henti-henti. Sudah disuruhnya Baginda Raja, Jinseng memperbetulkan akan hal itu tetapi ayahanda control macho pula. Jadinya, Jintan rasa tercabar dan terpanggil pulak melihatkan ayahandanya buat isyarat bahasa badan begitu.

[ Kemudian, apa permaisuri kata adik-adik??? ]

[ DIAM PENDEK ]

[ Dia pun berkata, ]

"Anakanda sangat arif ka dalam hal pulih-memulih dan baiki-membaiki kepala paip itu?"

"Ek eleh.. Apalah nak dimasyghulkan mengenainya. Anakanda sudah belajar selok-belok ilmu perpaipan ini semualah Bonda.. Ini baru kepala paip sebesar tapak tangan."

[ Uuuikkksss.. Angkuhnya si Jintan ya adik-adik.. ]

[ DIAM PENDEK ]

"Paip itu sudah tak berguna. Tidak boleh dipulas rapat. Barangkali sesendal getahnya sudah rosak agaknya." ujar Bondanya.

"Iya. Iya. Tak apalah Bonda, Anakanda sudah belajar fasal yang kelapan masalah yang terjadi ke atas paip-paip ni. Factory-factory, gudang-gudang, estet-estet dan ladang kuda sudah menjadi biasa anakanda membaikinya. Bonda usahlah runsing dan masyghul. Bonda duduk aja relaxlah. Biar Anakanda kasi settle lah."

[ Ding ding tekeding ding ding ding..! ]

Tiga puluh minit kemudian, Bonda menuju ke dapur.

[ Jeng jeng jeng... ]

[ Adik-adik tahu apa jadi selepas itu? ]

[ Taaaaakkkkk...!! ]

"Uiks! Apa barang? Apa yang basah lencun semua di serambi dapur ni Ananda?"

[ DIAM PENDEK ]

"Air terpancut-pancut keluar dengan laju tadi Bonda…"

Pap! Bonda menepuk dahi.

"Huh! Anakanda bilang sudah belajar! Selok-belok ilmu perpaipan. Bull shit! Lain kali tutuplah dulu kepala paip utama di luar Istana sana tu… Jika tidak, maka memancutlah air paip ni. Alahai... Ananda oii"

Jintam pun menunduk kaku. Hatinya remuk. Mukanya tebal menahan malu. Meminta ampun kurnia dari Bonda tercinta.

"Ampunkan patik Bonda. Anakanda belajar dari kesilapan. Kesilapan juga belajar dari Anakanda. Hehehe..."

Permaisuri bonda sudah tertawa mengekek-kekek.

[ Ding ding tekeding ding ding ding..! ]

[ Habis..!! Apa yang kita boleh ambil iktibar dari cerita ini adik-adik...?? Saaaaaaaangatlah banyak ye... Baiklah, sorang-sorang. Kita mula dengan Arif Danialdin ]

[ DIAM PENDEK ]

"Apa yang kita pelajari hari ini mungkin tidak berguna lagi pada hari esok, tapi kalau tidak belajar hari ini sudah tentu kita akan menjadi manusia sebodoh-bodohnya pada hari esok." Arif Danialdin.

[ Lagi.. ]

"Mana yang kita rela? Rela mencuba sesuatu dan gagal daripada tidak mencuba langsung dan dianggap berjaya." Anwar Kharil.

[ Lagi.. ]

"Hidup untuk hari ini ialah dengan mempelajari kelmarin, tapi sasaran untuk esok hari ialah dengan perancangan hari ini." Hazizah Derus.

[ Lagi.. ]

"Memiliki kepintaran sahaja sebenarnya belumlah cukup. Yang betul, memiliki kemahiran berfikir dengan kepintaran." Haliza Eliza.

[ Lagi.. ]

"Kejayaan adalah hasil penggunaan maksimum kebolehan yang ada pada diri kita." Zamborina

[ Lagi.. ]

"Kegagalan hanya satu persimpangan dan bukanlah satu jalan mati. Jumpa jalan mati, patah balik lah." Arif Faisol.

[ Lagi.. ]

"Mempercayai diri kita lemah sebelum benar-benar terbukti kita lemah adalah kelemahan kita yang paling lemah. Maka, lemahlah kita..." Siti Khatijah Hajar.

[ Lagi.. ]

"Ada dua orang yang paling gagal dalam hidup, orang yang tidak cekap membuat apa yang disuruh dan orang yang hanya membuat apabila disuruh." Nur Senahusna.

[ Lagi.. ]

"Kita sebenarnya tidak lemas kerana terjatuh dalam air yang dalam, tetapi kita akan lemas jika kita terus berada di dalamnya. Jin suka duduk di tandas." Dang Mahanum.

[ Lagi.. ]

"Satu kesalahan besar yang boleh kita lakukan dalam hidup kita ialah terus menerus bimbang yang kita akan lakukan kesalahan." Syakiratun Alamin.

[ Lagi.. ]

"Mengusahakan sesuatu adalah jauh lebih baik daripada tidak melakukan apa-apa walaupun ada kalanya yang diusahakan itu gagal." Hamimatun Sa'adiah


[ Ok.. Bagus. Bagaimana dengan adik-adik di luar sana?? Apa pengajarannya? Sila respon di emel Mari bercerita bersama Ustaz Saidin di TV10, Dekat di mata... ]

[ Alhamdulillah... ]

[ Assalamualakum, ba-bye, jumpa lagi... ]


Ini gambar di mana Ustaz Saidin mendapat pembelajaran awal di sekolah sekular sebelum melanjutkan pelajarannya ke Sidogiri, Jawa Timur (2 tahun), Mesir (1 tahun) Edinburgh, Scotland (2.5 tahun). Sekarang Ustaz Saidin penda'wah bebas lebih hebat dari Ustaz Akhil Hayy.


.

3.12.08

Bagaimana saya mahu memulakan cerita [p6.0]


p6.1 : Tema
p6.2 : Pengarang Perlu Banyak Membaca


.

2.12.08

Hantaran tinggi bukan jaminan kebahagiaan rumahtangga

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan, hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan? Cuba kita lihat, dan manakah pilihan kita?

Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan. Atau rajin hadir di SEX parti.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bangkrup.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana BEAUTY/BODY, pasangan bakal lari jika rambut beruban dan muka kerepot atau badan jadi gendut.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana ANAK, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika buah hati (anak) tidak hadir.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagi pula manusia yang dicintai pasti MATI / PERGI.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada alasan apapun di dunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.

sumber : forwarded email

*****

MAS KAHWIN YANG HILANG. KLIK SINI
Sumber imej : maskahwin.com



.

1.12.08

Romlah : Delayed Stories (part III)

Dalam perut kereta.

“Diam!” arah G. Maniam kepada lelaki tua itu.

“Kalau engkau nak selamat jangan cuba menjerit.!?” gertak G. Maniam lagi.

Romlah yang menggigil-gigil ketakutan sperti mahunya mengeluarkan cecair urin di situ juga. Tangannya dipegang erat oleh si Aoh Kawn.

“Aa.. apa yang kau nak hah!? Nak kena pelempang maut?” Kata lelaki separa umur itu.

Sambil ketawa G. Maniam menjawab, “Aku tak nak kau bangsat! Aku nak perempuan ini. Hahahaha...” gelak G. Maniam lagi.

“Ja...jadi, jadi apa yang kamu semua mahu dari aku huh..?!,” tanya Romlah lagi yang ketika itu mulutnya sudah dibuka dari lekup tangan si Kumar.

“Hahahaha kami mahukan apa yang semua lelaki-lelaki lain mahukan dari kau. Well, well, well..” jawab G. Maniam sambil menjelirkan lidahnya dengan buas.

“Kami mau buah gebu kau, Hahahahahaha!!!!!” gelak mereka bersama-sama.

Terkejut Romlah apabila mendengar kata-kata G. Maniam itu. Barulah mereka sedari bahawa lelaki-lelaki itu ingin merobek dara kesuciannya. Walaupun Sugar Daddynya beberapa kali berseketiduran dengannya. Tidur saja. Tapi tak buat apa-apa. Begitulah janjinya.

“Tidak..! jangan apa-apakan perempuan ini...” sampuk lelaki separa umur itu.

“Aku akan beri kau wang kalau kau semua mahu... Harta aku berjuta-juta. Asalkan jangan apa-apakan perempuan ini...”

Penjenayah-penjenayah itu ketawa, “Hahahahhaa... Bukankah aku dah kata aku tak mahu wang, kami dah banyak wang, kami nak zaaaas girlfriend kau!!!”

“Betul tak geng?”

“Betuulllllllll.... Ha hahahaha...”

“Errr....”

Dusyum!

Lelaki separa umur itu ditumbuk tepat pada mukanya. Lalu pengsan. Kereta diberhentikan pemanduannya. Tepi jalan yang suram sekali.

“Aku mahu kau dibolenkan now!! Adek manis... Kita buat projek kalu hah! Ingat..!! Jangan menjerit atau melawan, akan aku bunuh nanti...!!!! Paham.. ?!!!! Adek manis...” Perintah G. Maniam.

sambung...



.