Showing posts with label kata motivasi. Show all posts
Showing posts with label kata motivasi. Show all posts

29.12.08

Gagasan hidup saya : desakan



Selamat Menyambut Maal Hijrah
1 Muharam 1430

.

18.12.08

Gagasan hidup saya : Prolog

Di sini saya ingin berkongsi target saya dengan kalian semua. Oh, lupa saya mahu memulakan intro. Ya, saya sekadar berkongsi. Saya bukanlah ingin menunjuk-nunjuk atau berbangga-bangga. Atau mempunyai niat yang lain. Saya juga bukan dilahirkan dalam keadaan yang senang. Bukan dari kalangan orang kaya-raya. Untuk info, saya orang susah! Hidup sederhana saja. Saya juga bukannya memiliki IQ dan EQ yang tinggi. Saya bukanlah terlalu pandai sangat dalam segala hal. Saya juga bukannya mahu melawan takdir. Tapi, saya tidak hanya sekadar menunggu takdir hidup saya. Apa yang tertulis di Loh Mahfuz juga saya tidak tahu. Sebab itu saya selalu berdoa, meminta kepadaNya.

Jadi, ia bukan sekadar tulisan-tulisan dan lukisan-lukisan yang dicoretkan dalam helaian-helaian kertas, lalu dikompilasikan menjadi "buku eksklusif gagasan hidup saya". Makanya, dengan cara ini ia boleh dikongsi dan apa yang tersimpan di hati kecil sanubari saya dapat dilepaskan beriringan bersama sang bayu. Bukan saya angan-angan kosong. Saya punya imaginasi yang punya noktah. Ingat! Seorang yang berangan-angan tanpa titik hanyalah mengikut khayalan mindanya sedangkan orang yang berimaginasi telah mereka satu skrip untuk ke satu matlamat.

Baiklah, saya tak pecah-pecahkan target saya ini kepada agama, politik, sosial dan ekonomi. Ia terangkum dan saling berintegrasi di antara satu dengan yang lain. Dan saya juga tidak menyusunnya mengikut keutamaan dalam hidup saya. Tapi, di dalam BUKU EKSKLUSIF GAGASAN HIDUP SAYA yang saya rangka draf pertama pada tahun 1995, ia di susun berdasarkan lojik, realisitik dan pencapaian tahunan. Kemudian saya semak semula pada tahun 2001. Sama ada realisitik atau yang mustahil untuk dicapai. Saya sudahpun berikan keutamaan padanya. Dan saya sasarkan mengikut tahun sehingga ke tahun 2050 (setakat ini). Tahun 2050 umur saya 27 tahun terbalik. Hehehe..!! Semoga saya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Bahkan sehinggalah perancangan ini dapat diWASIATkan kepada generasi saya nanti lagi bagus. Ada 25 target kesemuanya (wow! Banyaknya. Saya pasti boleh!). Ia menjadi keinginan, hasrat, kehendak (hajat), sasaran, kemahuan, azam, target untuk mencapai cita-cita / gagasan saya.


PERKARA

SASARAN

TINDAKAN

# Melaksanakan apa yang diPerintah serta menjauhkan apa yang diLarang ALLAH; Membaca al-Quran setiap hari

seumur hidup

  • Jangan tinggal solat
  • Membaca al-Quran seusai solat Maghrib & Isyak
  • Memahami isi al-Quran dengan berguru
  • Mempelajari tajwid dengan berguru

# Menjadi jutawan beriman

2015

  • Menambah pendapatan
  • Melakukan perniagaan
  • Menjadi perunding pro

# Memilik MPV sendiri

2010

  • Mengumpul wang dan emas
  • Meninjau spek yang dikehendaki

# Mempunyai seorang isteri comel

Dah dapat

  • Jaga dia sepenuh hati
  • Memberi nafkah zahir dan batin kepadanya.

# Mempunyai 5-6 orang anak (Kini, baru 2 orang)

Sebelum umur isteri menjelang 40 tahun. Saya dah bincang dengan dia. Haha!

  • Memberi pendidikan awal
  • Makan pemakanan seimbang
  • Menjaga kesihatan

# Memiliki pekerjaan yang stabil dengan pendapatan bulanan melebihi RM5k

2010

  • Usaha gigih tak kenal erti jemu
  • Jangan ikut nafsu syaitan
  • Jangan dengar cakap jin kafir

# Memiliki kelulusan tinggi dan budi pekerti yang juga tinggi

Dah dapat sampai Sarjana. Nak try sampai phD

  • Mencapai setakat mana mengikut kemampuan
  • Hormat pada semua orang
  • Berbaik pada semua orang

# Menerbitkan 1 buku setahun

bermula 2009

  • Membaca mengenai selok-belok ilmu penulisan

# Membeli 1-2 buku sebulan

seumur hidup

  • Membaca menambah ilmu

# Memiliki rumah sendiri

2010 (teres 1 tingkat)
2020 (banglo)

  • Membuat pinjaman
  • Mempelajari selok-belok jual beli hartanah

# Memiliki perniagaan sendiri

2015

  • Jurugambar pro
  • Tukang jahit pro
  • Perunding pro
  • Usahawan pro

# Memberi pendidikan terbaik pada anak-anak

seumur hidup

  • Memberi anak makanan minda
  • Mengajar anak pendidikan dunia dan akhirat

# Mencarum untuk pendidikan dan masa depan keluarga

seumur hidup

  • Memperuntukkan wang untuk pelaburan pendidikan

# Melaksanakan perancangan kewangan sistematik

seumur hidup

  • Membeli buku dan mendapatkan ilmu mengenai perancangan kewangan

# Menempa nama untuk kebaikan mengharumkan nama negara

2015

  • Hantar surat kepada PM untuk pengesyoran
  • Study buku Malaysia Book of Record

# Mempunyai rehat yang cukup

Seumur hidup

  • Gunakan 5 sebelum datang 5
    Tidur 7-8 jam sehari

# Membekalkan minda dengan suppliment yang hebat

Seumur hidup

  • Melakukan senaman 3 kali seminggu
  • Tidak merokok!
  • Makanan seimbang
    B-Complexs, Zat besi, Ginkgo, Herba

# Berekreasi / Bercuti / Melancong / Menghilangkan ketegangan setiap hujung minggu

Seumur hidup

  • Mengumpul duit
  • Membeli barang mengikut keperluan saja

# Menyiapkan apa jua tugas harian dengan penuh komited

Seumur hidup

  • Tanamkan sikap jangan puus asa.
  • Rajin dan kuat berusaha.
  • Jangan menangguh kerja.

Mencari seberapa ramai kawan dan tiada musuh langsung!

Seumur hidup

  • Senyum pada semua orang
  • Hormat pada semua orang
  • Berkawan dengan semua orang
  • Positif pada semua orang

# Memiliki komputer riba sendiri

2009

  • Kerja keras!

# Memiliki motosikal sendiri

2011

  • Mengumpul duit

# Menjadi seperti pepohon rendang, ahli keluarga dan ibu-bapa dapat tumpang berteduh. (abstrak target ni)

2012

  • Menjalin hubungan baik dengan semua makhluk

# Mengerjakan ibadat haji bersama isteri (akaun tabung haji pun takde lagi..)

2018

  • Buka akaun tabung Haji dulu. Aha!

# Dapat kumpul / menang duit sejuta

Bila-bila

  • Masuk pertandingan yang menawarkan hadiah lumayan


Saya niatkan usaha murni ini dilakukan semata-mata untuk menuntut keredhaan ALLAH, mengamalkannya untuk manfaat di Akhirat, keluar dari kalam jahil kepada cahaya ilmu, mendapat faedahnya di dunia, diberi pahala untuk Akhirat dan syurga adalah matlamat. Amin. Kalian doakan kejayaan saya.



.

15.12.08

Kenapa kau cepat bosan apabila buat satu-satu kerja

Albert Einstein bukan sebijak mana pun. Asyik gagal je masa belajar. Guru dia sampai benci yang amat pada dia sebab bodoh sangat. Ferdinand McGellan pun sama juga. Tak sebijak mana. Belayar mengelilingi dunia pun atas sebab nasib. Alahai... Alexender Graham Bell lagi la... Dalam kelas tak pernah pun dapat nombor satu. Okey okey, gua pun sama la macam diorang. Bukan pandai gila babi. Tapi, taklah sampai tahap dungu nak mampos. Sebenarnya, salah satu faktor yang menghalang kejayaan kita bukanlah disebabkan kita KURANG PINTAR tetapi kerana KURANG YAKIN dengan diri sendiri. Ya, ulang suara, KURANG YAKIN.

Kita selalu kata minda kita dah tepu la. Tak boleh fikir lagi la, berkarat la dan macam-macam lagi. Kemudian, kita bina alasan yang konkrit di mana masa bekerja kita yang kononnya mahu mengelakkan kebosanan dan ketepuan otak kita, kita buat kerja seperti di bawah :

1/ Kita melayari laman sawang mencari info. Serius! kita cari maklumat dan info. Padahal! Entah...;
2/ Kita menyusun dan mengemas meja dan buku di rak sendiri atau rak orang lain. Saja-saja suka-suka;
3/ Kita akan tampal apa-apa poster di dinding tempat kita duduk konon-konon jadual kita padat;
4/ Kita wujudkan tekanan jadual padat untuk diri sendiri. Keluar dari 'zon selesa' kita masuk 'zon lebih selesa'. Haha!;
5/ Kita pergi kedai buku kala waktu rehat atau selepas pulang pejabat. Padahal jam kita rosak, itu waktu pejabat sebenarnya;
6/ Kita balik rumah, apply cuti. Tidur. Sebelum tidur baca doa naik pangkat;
7/ Kita buat kerja lain dari rutin harian, menulis entri misalnya. Baca novel misalnya, update frenster, semak emel dan banyak lagi.

Sebenarnya kita hanya menggunakan atau meneroka 0.00001% sahaja daripada keupayaan otak kita. Sebab, 7 perkara di atas bukanlah berat sangat untuk difikir. Fikir-fikirkanlah...


Gua tag, 5 manusia pertama dan jin yang baca entri ni. 3 cara kau mengelakkan kebosanan rutin harian. Haha!.


.

24.11.08

Kenapa kau rasa mual hari ini

Sesuatu kerja itu. Lama-lama kalau diulang. Samaaaaaa je... Kau jadi jumut kan?! Perkara yang samaaaa je kau buat. Mulalah, kau akan rasa mual.

Otak kau pun boleh jadi buntu. Minda sedar dan minda separa sedar kau tak dapat menghantar maklumat yang tepat sekalipun kau dah lama buat kerja itu. Dia pula mengharapkan ketepatan. Alahai.., kau gunalah penaakulan. Asalkan logik. Logik. Logik. Logik. Kemualan kau kemudian membawa kepada kemuntahan berdarah yang dahsyat. Uuwwekkkkkk!!!! Minda dan otak kau jadi pening. Perhatikan di sini, perkataan minda dan otak digunakan.

Bukan! Bukan sebab kau keracunan makanan. Bukan juga sebab isteri kau mengandung. Bukan juga sebab kau senghaja mencucuk anak tekak kau. Jauh sekali sebab kau rasa loya.

Wo ho! Baru kau ingat, rupa-rupanya dalam kau menjalani kehidupan seharusnya kau perlu punya azam untuk menjadikan hari ini lebih baik dari semalam. Cukuplah, kau semat apa-apa jua yang kau buat harus ada peningkatan dan kemajuan. Bukan dok lagu tu je... Walapun ia sebesar butir pasir di tepian pantai yang tercemar. Ya, walaupun sudah dinodai. Kalau kau rasa mual dengan rutin harian kau, maka cubalah sesuatu yang di luar rutin pula. Apalah kiranya menceburkan diri dalam penulisan kreatif ke, lakaran rekabentuk kereta ke, pengiraan guna tanah daerah yang mudah ke, pengiklanan perniagaan ke, penampalan kaedah kolaj ke, mencuci tandas pejabat ke, ajak kawan-kawan minum ke, melibatkan diri dalam khidmat masyarakt ke, melakukan dekorasi bilik sendiri ke dan yang sewaktu dengannya. Supaya kau menggunakan otak kiri dan otak kanan kau. Jika tidak kau kebuntutan kebuntuan.

Sesuatu kerja itu. Lama-lama kalau diulang. Samaaaaaa je... Kau jadi jumut kan?! Perkara yang samaaaa je kau buat. Mulalah, kau akan rasa mual.

Sedang aku boleh melawan kesakitan. Menggagahi hadir untuk dua hari dua malam. Berhempas-pulas penuh kesabaran. Dalam persiapan sebelum menghadap Tok Ali di Melaka.
Apalah kiranya, kau cuba cari-cari kerja apa yang patut, sementelahan negosiasi perundingan belum dijalankan untuk projek yang nilainya jutaan ini. Gunalah minda dude! Use your brain babe!


Nota kepala : Sekalipun pahit kertas ini mahu ditelan. Kau jangan muntahkannya. Kau kemam dan terus telan untuk menjadi penguat dan lonjakan dalam diri.



.

21.11.08

aku yang suka memandai-mandai dan biarkan orang macam nampak tak pandai

Kata untuk difikir, lalu ditaakul.

"Lebih baik memandai-mandai daripada langsung tak pandai."

"Nak pandai belajarlah, tapi kalau nak memandai-mandai tak payah tunggu pandai."


Sekian, kata-kata hikmat untuk diri saya, insan sekeliling saya dan jin.

Jika kalian tak upaya memikirkannya. Ada satu kebengapan di otak kalian!

Ya, ada kebengapan yang harus kalian kikis.

Lalu, ia mendorong kalian malas untuk berfikir. Dan bermalas-malasan untuk bertindak. Cuba kalian bayangkan, terdapat 23 bilion neuron dalam otak manusia, setiap satunya bersambung dengan hampir 10,000 neuron yang lain. Jika kalian tak gunakan secara optimum neuron ini, ia akan mati dan terus tidur dan tidur dengan selesa. Puncanya kalian tak gunakan sepenuhnya neuron ini. Kalian fikirlah sendiri hah.

Jadi, berapa ramai yang bertindak selepas ini merujuk kamus. Apa itu maksud taakul. Selepas membaca entri ini. Jika malas bertindak dan malas mahu ambil tahu. Huh!

Ya, ada kebengapan yang harus kalian kikis!


.