31.1.07

Nilai 15K

"Kau ingat tak itu hari aku ada mintak kau sebut harga, berapa kau caj?" Lelaki yang gendut itu, rambutnya sedikit botak dan mukanya sedikit berlagak berkata.

"Errmmm..." Aku nak jawab teragak-agak

"kau ada cakap ngan bos kau tak?"Lelaki yang gendut itu, rambutnya sedikit botak dan mukanya sedikit berlagak bertanya.

"Ermm. Ada. Ada. Ada. Ada. Ada." Aku kata bersungguh yang memang ada aku bincang dengan bos aku.

"Berapa?"Lelaki yang gendut itu, rambutnya sedikit botak dan mukanya sedikit berlagak bertanya lagi.

"Bos kata 15K" Aku

"Kah, kah, kah, kah, kah. Adoi... 15k? Betul ke kau ni? Sakit perut aku dengar?" Lelaki yang gendut itu, rambutnya sedikit botak dan mukanya sedikit berlagak berkata.

"Hoi betul lah !" Aku herdik dia.

"Ye ke. Kah kah kah kah. Kau biar betul. Takpe la. Bair aku bos aku cakap ngan bos kau." Lelaki yang gendut itu, rambutnya sedikit botak dan mukanya sedikit berlagak berkata.

"Bodoh betul la kau ni!" Aku kata setelah meletak telefom kerana tak sanggup mendengar di ketawa berdekah-dekah dalam gagang telefon. Suranya bukan sedap sangat pun.

29.1.07

Takluki

Jawapan kepada entri lepas.
Semasa kita di pejabat, isteri kita bersendirian duduk di 'living room' itu, selepas letih membasuh baju (walaupun mesin yang basuh) dan memasak (kadangkala belum masak lagi), memerah otak bagaimana untuk menyusun semula suasana 'living room' itu agar nampak lebih professional. Sebab dia tahu suaminya professional.
Bersendirianlah dia mengangkat, mengubah kerusi, meja, rak-rak dan sebagainya. Pelbagai kedudukan dibuat agar TV itu sesuai tempatnya. Dan memang dia sedar kedudukan TV yang terakhir itu akan menyebabkan gangguan dari cahaya tingkap, tapi itulah yang terbaik untuknya.
Kadang-kadang dia berlakon sekejap menjadi suaminya, dengan beraksi buka pintu dan masuk ke 'living room' kemudian dia akan 'terkejut' kerana cantiknya susunan itu. Dia pun puas sendirian. Lepas itu dia ke dapur pula memasak untuk kita dan anak-anak kita.
Oleh itu, para suali yang dimuliakan, pandang-pandanglah dan dengar-dengarlah sekitaran dan dalam rumah sebaik sahaja kita sampai ke rumah. Terutama isterinya seorang guru maka berhati-hatilah pada hari Sabtu atau isteri yang bercuti sendirian, maka berhati-hatilah jika balik ke rumah. Yang lebih parah sekali ialah isterinya yang 'full-time house wife'. Bila nampak susunan baru atau lebih bersih rumah pada hari itu, maka janganlah kedekut untuk melahirkan kalimat-kalimat pujian dan sanjungan. Anda akan lihat kembang kuncup batang hidung isteri kita itu.
Jika kita dapati sesuatu susunan yang tidak sesuai pada pandangan anda, tahan dulu komen itu, biarkan dia sendiri yang menceritakan kelemahan rekaciptanya itu. Memang secara tabiinya, apabila kita puji susunan barunya itu, dia akan terus menyatakan kelemahan susunan itu. Untuk menggembirakan hatinya lagi kita boleh tambah, "nanti abang belikan langsir tebal warna hijau yang sesuai dengan kapet kita." (Tapi semak dulu poket kita, jangan sebarangan keluar kata-kata).
Yakinlah bahawa isteri akan sungguh gembira mendapat pujian dan terasa dirinya dihargai dan akan sentiasa menunggu kita balik dari pejabat. Kalau kita boleh memuji staf bawahan kita di pejabat yang proaktif membersih ruang pejabat kita, maka mengapa tidak kepada isteri kesayangan kita sendiri. Barulah kita dapat belaian kasih mesra dari isteri kita yang tercinta itu. Barulah kita dapat takluk hatinya juga . Puji-pujilah, jadikan ia sebagai budaya kita.

25.1.07

Takluk

Sekali-sekala kita balik ke rumah dari pejabat, dengan sifat kita yang sentiasa sibuk ni, masuk ke rumah dan lihat ada perubahan pada susunan kerusi, TV, rak buku dan gubahan bunga palsu yang nampak tersusun cantik.
Kita senyum sedikit dan terus masuk ke bilik tidur untuk menanggalkan pakaian. Mandi, solat dan terus ke dapur untuk minum petang. Masa minum petang itu, isteri kita duduk berhadapan melayani kita. Dia seolah-olah menantikan sesuatu dari kita. Apabila selesai minum, kita pun terus ke hadapan dan duduk di atas kerusi susunan baru itu.
Kedudukan baru itu menghala ke TV dan TV pula menghadap ke tingkap. Apabila kita switch on TV, maka jelas cahaya dari tingkap melantun di atas kaca TV. Ini mengganggu pandangan kita terhadap gambar dalam TV itu. Maka kita pun terus komen, yang TV itu tak sesuai kedudukannya dan diminta pindah semula ke tempat asalnya.
Bila isteri kita dengar sahaja komen dari kita, dia terus bangun meninggalkan kita tanpa sepatah kata. Mana-mana isteri yang 'daring' sikit, akan berkata sambil bangun, "Abang sendirilah buat". Kita pun terpinga-pinga. Apa salah kita?

Cakap sikit sudah merajuk! Maka, dari keadaan yang sepatutnya riang gembira suami-isteri menikmati kebahagian 'rumah itu syurga ku' telah menjadi 'rumah itu kembali menjadi cuka ku'

Mengapa boleh terjadi demikian? Anda punya jawapan?
Tunggu jawapannya entri akan datang.
__

24.1.07

Pengalaman Pertama

Sebaik sahaja anda baring, anda mula merasakan otot-otot anda mula menegang. Anda cuba mengelak dengan cuba memberi alasan, tetapi dia enggan menerima alasan anda bahkan semakin merapati anda. Dia bertanyakan adakah anda takut. Tetapi anda dengan berani menggelengkan kepala. Jari-jemarinya mula meneroka untuk mencari apa yang dihajati. Dan kali pertama jarinya menyentuh tempat yang betul. Semakin dalam dia menusuk semakin kuat anda mengerang. Tetapi dia masih dengan sikapnya dan melakukannya dengan selembut yang boleh sebagaimana yang telah dia janjikan. Dia merenung jauh ke dalam mata anda dan mahu anda percayakannya.

Ini bukanlah kali pertama bagi dirinya. Dia terus tersenyum dan anda mamberi lebih ruang masuk kepadanya. Anda mula merayu agar dia mempercepatkannya. Tetapi dia masih lagi melakukannya dengan perlahan agar anda merasakan kesakitan yang paling minimum. Semakin dalam tusukkannya semakin anda merasakan tisu-tisu anda koyak. Kesakitan makin terasa diikuti dengan sedikit darah mengalir. Dia merenung kepada anda dan bertanyakan adakah ianya menyakitkan?.


Mata anda digenangi dengan airmata tetapi anda menggelengkan kepala dan mahu dia terus melakukannya. Dia meneruskan dengan apa yang patut dilakukan. Terus keluar masuk. Tetapi anda sudah mula merasa kebas dan tidak lagi merasakan apa-apa. Beberapa ketika kemudian anda merasakan sesuatu memancut dan dia mengeluarkannya dari anda. Anda terbaring dengan wajah yang pucat. Dia menghamparkan sekuntum senyuman kepada anda dan mengatakan anda adalah antara yang terdegil tetapi telah memberinya banyak pengalaman.

Anda hanya tersenyum tawar dan juga inilah pengalaman pertama anda. Dengan senyuman yang tawar andapun mengucapkan terima kasih kepada doktor kerana mencabut gigi anda. Terima kasih dok. Kata anda puas.

23.1.07

Cakap

"Ada apa-apa lagi yang awak nak cakap?"

"Oh, tak ada. Melainkan satu benda saja."

"Apadia?"

"Nanti saya cakap. Di dalam bilik mesyuarat ini tak sesuai rasanya."

'Kenapa plak?"

"Entah"

19.1.07

Hijrah

Ayuh kita berhijrah.
Aku berhijrah dari bawah ke atas.
Moga-moga aku naik pangkat.
Bertambah rezeki.
Melompat lebih tinggi.
Ayuh berhijrah dari baik kepada yang lebih baik.
Cepat hijrah sebelum kiamat.

17.1.07

Saini Saidina

"Ampun Tuanku, sembah Patik harap diampun. Patik pacal yang hina datang menghadap"
"Apa hajat tuan hamba datang ke mari."
"Hamba ingin meminta jasa baik Tuanku untuk membuka perniagaan, Tuanku.."
"Perniagaan apakah yang dimaksudkan itu?"
"Kalau diberi keizinan, hamba mahu buka pusat pelacuran pelancongan berkonsep ala hiburan keluarga yang infotenmen"
"Mmm.. Bagus tu... Patik akan beri permit dan lesen untuk tuan hamba beroperasi. Oh ya! Sebelum itu, hiburan ini ada mabuk-mabuk atau disko atau apa-apa yang melalaikan?"
"Tak ada Tuanku. Ia bersih. Pusat ini segmen marketnya adalah keluarga saja Tuanku. Di samping itu, hamba akan menyediakan 'Bookworm Cafe' berserta 'Cristal & Diamond Brooch Showroom' secara bajet tapi eksklusif. Urmp... Buat permulaan kecil-kecil saja."
"Baiklah... Kalau begitu Patik benarkan. Tapi, apa nama perniagaan tuan hamba?"
"Oh ya, terlupa pula hamba ingin maklumkan pada Tuanku. Namanya SAINI SAIDINA SDN. BHD. Boleh juga add YM atochsmart kerana 24 jam online. Ini bisnes kad hamba."
"Bagus benar tuan hamba. Tiga perniagaan dalam satu bumbung. Patik suka itu. Patik suka. Dayang-dayang tolong sediakan hidangan yang mewah-mewah untuk tetamu beta. Ayuh kita raikannya bersama tuan hamba. Ha ha ha..."
"Susah-susah aja. Patik tak payahlah susah-susah buat hamba. Jika dah sukses di kemudian hari nanti barulah kita raikannya. Barulah kita buat tarian singa. Lagipun hamba ingin buktikan pada orang kebanyakan. Jangan mengharap benar dari bantuan orang lain. Pendek kata, mengharapkan tongkatlah. Contohnya, jika mahu menerbitkan buku, tak semestinya di bawah DBP atau penerbit tersohor (Alaf 21 ka, Utusan Publishing ka, Creative Ent. ka, Karangkraf ka, Mak Itam Network ka atau apa saja). Terbitkan saja sendiri jika ada modal. Barulah dunia penerbitan kita berkembang. Sekarang, kerajaan sibuk menggalakkan orang untuk jadi usahaawan. Sektor pertanian misalnya banyak potensi. Kambing boer, ikan hiasan, ikan sangkar, buah-buahan tempatan dan sebagainya. Cukup sekadar air suam sudahlah Tuanku."
"Beta berkenan dengan sifat tuan hamba. Bolehkah tuan hamba menjadi menantu patik?"
"Adush! Maaf Tuanku, menjunjung kasih memohon ampun. Patik sudah punya seorang cahaya mata. Genap tiga purnama InsyaAllah patik dikurniakan lagi seorang...Sayang seribu kali sayang, kasih sayang bukan kepalang"
"Maksud tuan hamba?"
"Kalaulah Tuanku mewar-warkan kepada hamba seawal dari gerhana mentari. Tidaklah hamba melepas dan menolak hajat Tuanku."
"Baiklah, kalau begitu, patik lantik tuan hamba menjadi Ahli Nujum Nasional."
__
Lawatan sambil belajar : Kewibawaan Pihak Berkuasa Tempatan

C. Long kedai membaiki barangan elektrik

Aku pergi satu kedai bawa barang. Aku masuk. Banyak barang elektrik rosak terbongkang di situ. Nampak nyonya duduk sedang tulis-tulis.

"Sini ada betul Tibi ka?"

"Ala. Apa losak U punya TB?"

"Itu gambar ada keluar tapi kaler putih. Ada galis-galis manyak wo. Tapi Suale ale keluar"

"Woh. Kasi angkat itu barang. Kasi angkat sini ma. Mau tengok apa losak."

"Ada. Ada. Saya ale bawak. Nanti saya amik dari kleta arrr."

"Wukeh, letak sini itu balang. Saya mau tengok."

Nyonya tu buka resit. Tulis butiran. Suruh aku tandatangan beserta catat nama dan no telefon.

"Ini bila boleh siap?"

"Itu tengok balang dulu ma. Apa losak. Kalau sinang mau cali sparepart 2-3 ari ini macam buley siap. kalu susah mau cali sparepart 3-4 hali balu siap lorr."

"Itu kalo mau tukar itu sparepart tolong kontek saya dulu ah!"

"Kalau halege selatus bawah. Saya telus bikin. Itu selatus atas, balu saya kontek lorr.."

"Oklah ini macam. No telepon ada?"

"Dalam ini lisit ada tulih. Cakap itu sama ahlong"

Aku simpan resit dalam poket. Aku beredar.
Kenapa aku terikut-ikut dengan dialek Nyonya tu tadi bila berurusan dengannya? Patutnya aku mengajar dia berbahasa Melayu dengan betul tapi sebaliknya aku pulak ikut dialek dia cakap Bahasa Melayu agak tak betul.

___
Lawatan sambil belajar : Kehebatan motor vietnam

16.1.07

Terjemahan tiga lagu pop yeh yeh


Lirik Asal
Nga lompak ago go

Perian na bule
Atem mu paraben
Celen katerean
Ga ga moana
Ubukna lanceng
Senten anakna senten (2x)

Nyapa a bule
Semo malo-malo
Takok e tak tarema
Epaberem maa
Sangak orengna
Senten anak na senten (2x)

Anan ten...
Acek malo...
Nolleh nolleh
Nga lompak ago go
Nga lompak ago go
Nga lompak ago go
Nga lompak ago go

Klik sini download lagu

Lirik Terjemahan
Melompat ago go

Semalam saya
Berjumpa perempuan
Jalan bersendirian
Lawa wajahnya
Rambutnya panjang
Dia anak siapa (2x)

Nak tegur saya
Agak malu-malu
Takut tak diterima
Nak buat macam mana
Cantik orangnya
Dia anak siapa (2x)

Menari…
Jangan malu…
Cepat cepat
Melompat ago go
Melompat ago go
Melompat ago go
Melompat ago go


La a obe

Arapa
arapa alek
La a obe
tinaju bule

Atongku
tongku alek
Bule ngastabe
Setullu bule kaperakan
Nengkene bule la ngastabe
Setullu mareaberik mesem
Arapa bule tak tao
Bule tak tao (2x)

Klik sini download lagu

Sudah berubah

Mengapa
mengapa adik
Dah berubah
Kekasih saya

Menunggu
menunggu adik
Saya bersedih
Dahulu saya kesukaan
Sekarang saya kedukaan
Dahulu sudah bagi senyuman
Mengapa saya tak tahu
Saya tak tahu (2x)




Angkok-angkok bilis

Angkok-angkok bilis
Bilis mardaAkebei bengkoh (3x)

Angkok-angkok bilis
Bilis bithing maraje oloh
Tinaju bule la ngastabe
Sayo on atongku alek
Tojuk elabeng
Ngastabe bule
Tak nyaman arong-rong

Arapa tinaju bule
Lambek tak mole
Bule samalem
Tak nyeteh tedung
Takoklah alek bule
Ekecok oreng
Ulang angkok-angkok bilis


Angkut-angkut semut

Angkut-angkut semut
Semut api membuat rumah (3x)

Angkut-angkut semut
Semut Raja besar kepala
Kekasih saya bersedih
Saya menunggu adik
Duduk di pintu
Sedihnya saya
Tak senang hati

Mengapa kekasih saya
Lambat tak balik
Saya semalaman
Tak boleh tidur
Takutlah adik saya
Diculik orang
Ulang angkut-angkut semut


Lawatan sambil belajar : Pilih Lagu-lagu yang kau suka

15.1.07

Tiada halangan

"Kenapa mesti dirobohkan flat Balai Polis itu?"

Ahli mesyuarat tergamam mendengar soalan itu. Semua kelu untuk menjawab.

"Kalau saya... Saya kekalkan saja bangunan itu. Hanya buat renovasi dalaman. Dua unit dijadikan satu unit. Kan besar! Daripada saya mahu merobohkan bangunan sedia ada. Lalu mendirikan yang baru."

Ahli mesyuarat hanya mengangguk bisu.

"Saya tiada halangan. Tak ada msalah. Ini pandangan peribadi saya saja cuma. Ok. Apa pandangan yang lain?"

Semua ahli mesyuarat berkata "Kami tiada halangan Datuk!" secara serentak dan beriringan.

Lalu pembentang meloncat kegirangan seperti kera kena belacan. Hooray! Hooray!

"Hoi, kenapa kamu terlompat-lompat macam monyet? Tak reti duduk diam?

"Maafkan orang kami Datuk. Mulanya kami mahu bawa Baboon atau cimpanzi tapi yang ikut adalah monyet. Maaf ye datuk!" Aku kata.


Lawatan sambil belajar : BANJIR BESAR DI JOHOR

13.1.07

Nenek yang tidak bongkok

Udin hendak menghantar neneknya yang sakit gigi gerahamnya. Ke mana? Pastilah ke klinik pergigian. Takkanlah ke klinik haiwan atau ke kedai basikal. Dia bercadang untuk menghantar neneknya dengan menaiki motosikal. Udin belum punya motokar. Klinik itu tidaklah berapa jauh dari rumahnya. Tapi, lebih elok jika Udin menghantar nenek dengan menggunakan motosikalnya yang berkuasa tinggi itu. Lagipun bila lagi Udin nak berbakti kepada neneknya sambil bergaya bersama motornya yang baru itu.

Udin : Mari la naik nek, pegang kuat-kuat ye.. Nanti jatuh plak karang!
Nenek : Iya lah, nenek pegang kuat-kuat la ni...
Udin : Jangan lupa pegang kuat-kuat ye nek!!! (kata Udin lagi mengingatkan nenek)
Nenek : Iya, nenek dah pegang kuat-kuat la ni, takut sangat.

Udin : Pegang kuat-kuat ye... (kata Udin lagi mengingatkan nenek)
Nenek : Iya.Iya. Nenek udah pegang ni. (dalam hati nenek mencarut. Wadefak! Aku tahulah!)
Udin : Ok, kalau begitu kita berangkat ya, nek?

Kemudian, Udin 'merempit' motornya, lalu terdengar benda jatuh BUUAAAAKKK Gedebuk!!!!!
Udin terperanjat, lalu menoleh ke belakang dengan pantas, dan ternampak neneknya terjatuh dari motosikalnya dan tertiarap mencium tanah. Tekangkang si nenek.

Udin : La... Kenapa boleh jatuh jugak nek?!! Nenek tak pegang kuat-kuat ke?
Nenek : Nenek dah pegang kuat-kuat dah tadi!!!!
Udin : Nenek pegang kat mana?
Nenek : Pagar rumah.
Udin : "$%^&(#..... Nak kena nenek ni!" Dalam hati aku tak mencarut.



Lawatan sambil belajar : Ezine

12.1.07

Elarti 01: Nativiti

Jika kalian masih tercari-cari majalah non-konvensional. Nah! Projek Elarti telah menyajikan kepada pembaca senaskah majalah kulturpop tidak berkala yang terbit seperti bulan penuh berwarna amber. Sirkulasi yang terhad dan kalian tidak boleh jangka dengan tepat. Keluaran Disember 06 ini dengan tajuk Nativiti mengupas beberapa isu dan memaparkan beberapa karya hasil buah fikiran beberapa penulis yang berjiwa rakyat. Ia ringan. Boleh letak atas almari.

Nanti! Kalian pasti akan merasa teruja dan ghairah untuk terus menelusuri kandungan dalamnya. Apa yang ada? Ayuh kita kupas dan pulas. Persembahan yang sangat menarik membuatkan kalian pasti akan terus tertarik. Hasil grafik jemputan 'thoseamazingmalayboys!' memang tidak dapat disangkal lagi. Grafik hitam putihnya sedap mata memandang. Tak rugi jika kalian memilikinya. Ada karya dalam bahasa Melayu (60%). Ada juga dalam Bahasa Inggeris (40%). Agaknya... Cerpen, puisi, cerpenterpen, entri, centrilog. Arggh! Banyak lagi. Pendek kata, puas hatilah!. Itulah gambaran setelah kalian memilikinya.

Bagi aku majalah ini ada isi padat yang tersendiri. Isu yang ditonjolkan juga sangat menarik. Banyak perkataan baru yang kalian akan ketemui. Menambahkan lagi perbendaharaan kata di kamus peribadi anda. "Rasa gua kita hanya patut baca buku yang menggigit dan menyengat. Kalau buku yang kita baca tak kasi kejuts macam tengkorak kena hentak, apa kes beb?" Intro belakang kulit depan.

Editor jemputan
Ruhayat X memulakan isu babi terbang. Bombastik! Kalian pasti baca berulang-ulang. Majalah ini setebal 45 muka surat sudah cukup untuk menggugat kredibiliti dunia penulisan yang konvensional. Sudah cukup untuk membuatkan anda menyelak dari satu lembaran ke satu lembaran yang lain. Ranjang teks frinjan satu usaha promosi amal yang bagus. Promosi jaringan buku independen patut dipuji. Kalian akan terbaca ayat ini "Jiwa fragil kau kini kontang bahan bacaan? Resah dahagakan kehangatan korpulasi minda? Baca ini". Koleksi blook, buku dam zine yang bermacam.

Penulis yang menyumbangkan karya dalam majalah ini boleh dibanggakan. Kolektif Abu Zen (Rebiu buku dalam tiga babak dan beberapa baris puisi),
Muhammad Fadhli Al-Akiti (Filem Melayu merdeka), Tan Wan Peng (How philosophy has not changed my life), Animah Kosai (The Idiot’s Guide to Restricting Books, Denial), Monyet di mesin taip (Enam buku yang mesti kau baca – sementara masih halal), Diana Dirani (Nizam Zakaria sebab apa kau berkarya?, Jin), Ruhayat X (Menulis, dammit, menulislah!), Sufian Abas (Melah dan Jusuh, pasangan serasi, Mari menulis bersama Kak Anne, Ohhh Jimi!), Dina Zaman (TV tengok aku, Ilusi cinta), Natasya (Patah hati, Shahizam), Hati Kasih (Tharsis), Tok Rimau (Bumbungku lantai orang), Amaruhizat (That last blooming petal), Nazri M. Anuar (Dogma) dan Muslin Abdul Hamid (That shade of grey).
Aku tak bercadang mahu ulas karya mereka. Boleh tahan semuanya. Sungguh! Kalian perlu dapatkannya segera kerana penulisan mereka punya 'niche' tersendiri. Citarasa kita kan berbeza. Namun, aku baru lihat saja majalah ini 'grand' dan seksi. Di dalamnya ada seni, budaya, design, sastera dan isu sosial.

Majalah ini diakhiri dengan kotak-kotak iklan untuk dipajak. Kulit belakang anda ketemui jawapan untuk kulit depan. Ha ha. Wo.. Owh! Barangkali lembaran di tengah-tengah juga ada kesinambungannya. Syabas! Cepat! Jangan ketinggalan untuk dapatkan dengan kadar segera. Sementara stok masih ada! Jangan sampai anda gigit jari. Jari anda luka, anda tercari-cari. Jangan tunggu NATIVITI habis di pasaran. Elarti ini laju!
Nota: sesuai untuk minda matang sahaja. Juvenil sila dapatkan kebenaran ibu bapa dahulu. Katanya. Apa kau peduli!

11.1.07

Jiran

80-an dulu,

Belakang rumah kami. Keluarganya besar. Anaknya ramai. Dari yang tua sampai yang bongsu aku kenal anak-anak mereka. Along, Ijat, Is, Senget, Ketot, Shima, Didi & Nana. Riuh-rendah keluarganya. Namanya Pak Idris. Baik orangnya. Pernah menolong bapak aku meminjamkan vannya. Pernah menolong bapak menjemput adik di asramanya. Pak Deris tak kisah orangnya. Kuat betul hisap rokok Lucky Strike tanpa filter. Batuk memanjang. Tapi, panjang umurnya. Dia minat gusti. Pita video penuh satu gerobok di rumahnya. Perabot kayu patah-riuk dikerjakannya apabila menonton gusti. Berapa kali dia tukar sofa. Entah. Itulah Pak Idris.

Sebelah kanan rumah Pak Deris keluarga Pak Ayob. Muka garang, misai tebal. Pun kaki gusti juga. Ada anak dara cantik-cantik. Ina, Ita, Shida. Tapi, jarang keluar rumah. Anak bujang Pak Ayob rock-rock belaka. Satu, namanya Man. Bikin rambut petak. Belakang kepala ada ukir guntingan rambut tulisan Metallica. Dahsyat. Satu hari, dia lintas jalan lalu dirempuh bas. Dia tercampak. Orang berkerumun bukan mahu menolong. Jakun tengok ukiran pada rambutnya. Dia bangkit dan beredar dengan selamba. Masuk Metro. Hu hu... Man dah arwah. Al-fatihah... Dua, Ali. Rambut panjang. Badan kurus. Tengok dari sisi macam Amy Search. Banyak koleksi kaset rock heavy metal. Ali banyak beli syampoo Rejoice paket dari kedai mak. Rajin dia mencuci rambut. Patutlah rambutnya harum. Rajin juga trim misainya. Tiga, Rashid. Pun kaki rock juga. Layan Guns N Roses. Gaya sederhana. Tapi dia ada join budak fit. Tak payah aku ulas. Malas sikit nak bekerja. Kekadang gi jamming. Takde duit jammming pukul drum kat rumah neneknya di sebelah kiri rumah kami. Pekak telinga dibuatnya.

Itulah Pak Deris dan Pak Ayob. Oh ya, lupa pula nak bagitahu nama bini mereka. Bini Pak Deris namanya Mak Ani. Bini Pak Ayob namanya Mak Nah. Ramai lagi jiran kami. kami kenang jasa mereka. Memang mereka baik-baik belaka. Macamana jiran kau?

9.1.07

Samseng buka kelas mengajar

"Eh, kawan kita masuk paper.." Kawan aku

"Paper? Paper mana?" Aku

"Harian metro 10 Jan 07. Hari ini."

"Top jugak dia masuk paper. Apa cerita?"

"Dia dipukul nenek dia.."

"Hah!.. Biar betul kau"

"Kau pergi beli paper."

"Ok ok... nanti aku tak beli. Ha ha ha!"

"Kenapa dia masuk paper? Dia gigit nenek dia ke?" Kawan aku yang satu lagi.

Ini cerita dari media. Mari kita telusuri. Dahsyat juga ceritanya. Ada tendangan terbang, tumbukan padu dan hentakan di kepala. Aduh! Zaman sekarang, pensyarah juga telah 'diajar' oleh samseng tahi kucing. Simpatinya aku

Tajuk: Mangsa fitnah nenek
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md

Deninanbia@hmetro.com.my

SERDANG: Angkara mulut celupar seorang nenek yang menyebarkan cerita palsu kononnya dia dikasari, seorang pensyarah muda Universiti Putra Malaysia (UPM) diserang sekumpulan samseng sehingga cedera parah di kepala.

Kamaruddin Shamsuddin, 28, tidak hanya disepak dan ditumbuk, malah kepalanya dipukul dengan kayu cota sehingga menerima tujuh jahitan.

Lebih menyedihkan apabila mangsa yang berlumuran darah terpaksa diselamatkan isterinya, Maslizah Abdul Rahman, 25, yang sedang hamil lima bulan.


Kamaruddin berkata, kejadian berlaku jam 8.30 malam Sabtu lalu ketika dia dan isteri hendak membantu adik perempuannya, Ramlah, 20, berpindah dari rumah sewa di Pangsapuri Bayu, Damansara Damai, dekat sini.

Ramlah menyewa rumah itu selama sebulan bersama dua rakan. “Ketika mahu mengeluarkan barang Ramlah, berlaku pertengkaran apabila seorang wanita warga emas, iaitu ibu kepada dua penyewa lain cuba menghalang kami dari masuk ke rumah. “Dia memarahi kami tanpa alasan munasabah menyebabkan berlaku salah faham,” katanya.

Warga emas itu kemudian mengugut memanggil anak lelakinya yang didakwa bekerja sebagai anggota tentera di Jalan Ipoh untuk ‘mengajar’ pensyarah berkenaan.

“Saya yang membawa turun kotak berisi barang adik saya tiba-tiba didekati seorang lelaki berusia 20-an yang memperkenalkan dirinya sebagai Ijai. “Lelaki itu yang menghulur tangan untuk bersalam bertanya apa yang berlaku. Saya bagaimanapun memberitahu, ia hanya masalah kecil sebelum memasukkan barang ke dalam kereta,” katanya.

Mangsa yang bertugas sebagai pensyarah perancangan bandar Fakulti Alam Sekitar UPM, mendakwa sejurus selepas itu, lebih enam lelaki yang menaiki motosikal mengerumuninya.

“Mereka yang bertubuh besar itu mengepung dan bertanya apa yang sudah saya lakukan terhadap wanita tua terbabit. Malah, seorang daripadanya menunjukkan SMS dihantar anak lelaki warga emas itu yang mendakwa saya mengasari ibunya.

“Bimbang masalah itu berpanjangan, saya mengajaknya bertemu warga emas terbabit untuk mendapatkan gambaran sebenar. “Malangnya, warga emas itu sengaja menokok tambah cerita dengan mendakwa saya bersikap biadab dengan mengatakannya bodoh dan mahu mencekiknya,” katanya.

Mangsa yang terpinga-pinga terkejut apabila pipinya ditampar seorang daripada lelaki terbabit sekuat hati. “Dalam keadaan saya terhoyong-hayang, lelaki bernama Ijai itu melepaskan satu sepakan terbang yang mengenai tepat dada saya. Tidak cukup dengan itu, dia menyiku kepala saya sehingga hampir terjatuh.“Dia kemudian sekali lagi cuba menendang saya, namun tersasar sebelum terjatuh,” katanya.

Menurutnya, Ijai bingkas bangun sebelum mengeluarkan cota berpalang yang disembunyikan di belakang pinggang.

“Dia memukul cota itu tepat di kepala saya sebelum satu lagi pukulannya singgah di perut. Kepala saya turut dihentak sehingga berlumuran darah,” katanya.

Dalam keadaan hampir tidak sedarkan diri, mangsa dipaksa meminta maaf daripada warga emas terbabit. “Saya sempat mendengar seorang daripada lelaki samseng itu berkata “kau pergi junjung tangan mak cik tu!”

“Kerana memikirkan keselamatan isteri, saya akur memohon maaf. Namun, wanita tua itu menengking saya dengan berkata: `Baru hang tahu siapa aku! Hang buat la lagi!” katanya.

Isteri mangsa cuba menenangkan keadaan ketika suaminya dibelasah dengan teruk.Selepas itu, Kamaruddin dibawa teman lelaki adiknya ke klinik berhampiran untuk dirawat sebelum membuat laporan di Balai Polis Sungai Buloh.

Dia meminta polis mengambil tindakan segera agar samseng terbabit, termasuk warga emas itu yang dianggap licik menghasut.

Sementara itu, Maslizah berkata dia menangis sambil tangannya berlumuran darah ketika cuba menyelamatkan Kamaruddin daripada terus dipukul samseng terbabit.“Apa salah kami diperlakukan begini? Suami saya lelaki terpelajar dan tahu menilai buruk baik. Bayangkan apa yang terjadi jika nyawanya melayang begitu sahaja,” katanya.

Sumber : Harian Metro Rabu, 10 Januari 2007

P/s: Tuhan akan berada di sisi orang yang benar. Cobaan...

Dua Momok Kegagalan

Sempena awal tahun 2007 dan bakal menjelangnya awal Muharram 1427. Mari, kita sama-sama membaca entri ini untuk kebaikan bersama.

Anda inginkan kejayaan dan kekayaan, tetapi, apabila anda ingin memulakan langkah pertama anda ke arah kejayaan, ada sesuatu tidak mengizinkan anda mencapainya? Seperti, terdapat sejenis "kuasa momok" yang menghalang anda untuk mengaturkan langkah. Ha ha ha ha... (suara momok di benak fikiran anda)

Ada dua bapak kepada bapak momok yang sering membuat kita tidak dapat mengorakkan langkah pertama ke arah kejayaan dan kewangan. Dua momok tersebut adalah bebayang kegagalan. Jika anda berani, tempuhilah.

Momok Satu : Fikirkan tidak boleh!
Perasaan ini sering berada pada majoriti masyarakat. Ramai memandang rendah dengan kebolehan diri sendiri- perasaan fikirkan tidak boleh.

Perasaan ini adalah perasaan yang sering bercakap pada diri sendiri bahawa "Saya tidak boleh melakukannya. Saya akan gagal". Setiap kali peluang atau keadaan hadir di depan anda, pemandangan anda menjadi kelabu dan kabur dengan fikiran tidak boleh ini.

Pakar psikologist, Abraham Maslow mengatakan; memandang rendah dengan kebolehan sendiri terjadi adalah kerana secara sedar ataupun tidak, seseorang itu telah menerima di fikirannya bahawa tiada apa yang dia boleh lakukan untuk mengubah keadaan dirinya.

Teringat saya dengan cerita Eddy Murphy The Nutty Professor, di mana Eddy Murphy menjadi Professor Sherman yang amat gemuk dan ketika beliau ingin menurunkan berat badannya, beliau ke gym dan bersenam sambil berkata "Yes I can!... Yes I can!".

Attoch, anda juga perlu menjadi seperti ini. Bukan menjadi amat gemuk! Setiap kali anda ingin membuat perubahan kepada diri anda, lawan fikiran dalaman anda yang sering mengatakan "tidak boleh" kepada "Saya Boleh! Saya Boleh! Saya Boleh!".

Saya pula selalu membayangkan Professor Sherman setiap kali! Mesti saya tersenyum ketika berhadapan dengan keadaan "Fikirkan Tak Boleh"

Fikirkan tidak boleh ini berkaitan rapat dengan konsep kendiri kita. Konsep kendiri bermaksud bagaimana anda melihat diri anda sendiri. Sekiranya anda melihat diri anda mempunyai keyakinan diri yang rendah, maka, begitulah cara anda akan fikirkan tentang keseluruhan diri anda dan anda akan kaitkannya dengan apa sahaja anda lakukan.

Terdapat satu kisah ini di mana seorang wanita/ibu yang mempunyai keyakinan diri yang rendah, sering memencilkan diri di pejabat dan juga tidak bergaul dengan rakan-rakan dan jiran-jiran. Konsep kendiri dan keyakinan dirinya adalah amat rendah sehinggakan mengganggu kerjayanya dan tanggungjawabnya kepada keluarga.

Malang tidak berbau, satu hari, ibu tersebut mengalami kemalangan jalan raya. Beliau berada di dalam keadaan koma untuk beberapa bulan. Apabila dia tersedar dari koma, beliau mengalami amnesia (lupa fikiran) yang agak kronik. Beliau tidak tahu siapa dirinya sebelum kemalangan.

Hari berlalu, dan isu ini mengganggu fikirannya. Beliau mula menyelidik kes-kes amnesia yang lain. Beliau ke perpustakaan dan mengambil kelas perubatan untuk memahami kes-kes amnesia. Beliau juga menulis laporan pengalamannya dan penemuannya melalui penyelidikan dan berkongsikannya dengan pakar-pakar perubatan. Sering kali beliau dijemput memberi ucapan megenai amnesia kepada pakar-pakar perubatan.

Apa yang telah terjadi? Dari seorang wanita yang tidak mempunyai keyakinan diri, kepada seorang tokoh perubatan dalam bidang amnesia? Wanita ini telah berjaya mengubah konsep kendirinya secara tidak sengaja- iaitu beliau terlupa konsep kendirinya yang lalu melalui amnesia. Bagi kita yang tidak mempunyai amnesia (melainkan "buat-buat lupa") boleh mengambil pengajaran dari kisah ini. Iaitu, kita sendiri yang membentuk konsep kendiri kita melalui pengalaman hidup kita. Dengan fikiran yang positif, kita boleh mengubahkan konsep kendiri kita untuk mencapai apa jua kejayaan yang tidak pernah difikirkan.Ubahkan konsep kendiri anda!

Momok Dua : Zon Selesa
Momok yang kedua yang menyebabkan kita gagal mengambil langkah pertama ke arah kejayaan adalah kerana Zon Selesa kita. Semua orang mempunyai zon selesa. Iaitu keadaan di mana anda rasa selesa dan tidak mahu berubah. Boleh dikatakan keadaan anda sekarang ini sedang membaca blog ini. Anda terasa selesa di depan komputer. Mahu berubah dari keadaan zon selesa anda kini terasa berat. Oleh kerana anda selesa dengan keadaan semasa ini.

Hidup kita juga terdapat zon selesa. Iaitu kehidupan anda kini-anda terasa selesa dengan keadaan hidup anda. Walaupun momok ini dinamakan "zon selesa", sebaliknya keadaan yang tidak selesa (kekurangan), masih menjadi "zon selesa".

Momok Zon Selesa mengatakan, ia adalah amat sukar untuk seseorang itu keluar dari zon selesanya. Manusia adalah insan yang mempunyai tabiat. Tabiat akan membuatkan kita terperangkap di zon selesa.

Attoch, setiap kali peluang tiba untuk kita keluar dari zon selesa, tabiat akan menarikkan kita balik ke zon selesa. Setiap kali kita ingin keluar dari keadaan semasa, tabiat akan menarikkan kita dengan keadaan kita kini. Itulah akibat tabiat.

Berita buruknya, ia amat sukar untuk keluar dari Zon Selesa kita. Berita baiknya adalah, sekiranya anda berjaya keluar dari Zon Selesa anda, dan berfungsi pada keadaan yang baru (di luar zon selesa) buat satu jangka masa yang tertentu, Zon selesa anda juga akan turut berubah kepada keadaan yang baru. Tabiat anda akan berpegang pada zon selesa baru.

Sebagai contoh, sekiranya anda sering bekerja 8 jam sehari tanpa henti, ini adalah zon selesa anda. Apabila anda ingin bekerja lebih dari 9 jam sehari, anda terasa tabiat tidak membenarkan anda melakukannya oleh kerana ianya di luar zon selesa anda (malas lah tu!). Sekiranya anda berjaya memaksa diri anda keluar dari zon selesa tersebut, dan memaksa diri anda bekerja 9 jam sehari untuk satu jangka masa tertentu sehingga ianya menjadi tabiat, zon selesa kerja anda akan berubah kepada 9 jam bekerja! Dan pada ketika itu, sekiranya anda ingin bekerja 8 jam sehari, anda akan rasa tidak selesa kerana ia di luar zon selesa anda.

Momok ini boleh diaplikasikan kepada bermacam-macam keadaan. Pendapatan anda kini RM2,000? Mungkin itu adalah zon selesa anda dan berusaha untuk mendapatkan RM3,000 sebulan adalah di luar zon selesa anda. Anda ingin memulakan perniagaan tetapi asyik menundakan perancangan anda? Mungkin itu adalah zon selesa anda. Memulakan perniagaan adalah di luar zon selesa anda. Anda ingin menulis buku tetapi, tidak jumpa dengan masa untuk menulis? Mungkin itu adalah zon selesa anda- menulis buku adalah di luar zon selesa anda.
Namun sekiranya anda berusaha mendapatkan pendapatan RM3,000 sebulan, memaksakan diri anda memulakan perniagaan serta menyiapkan buku yang anda tulis, zon selesa anda akan berubah ke zon selesa baru. Keadaan anda pun telah upgrade ke keadaan zon selesa yang baru!

Sekiranya anda inginkan kejayaan, dan setiap kali anda ingin mengatur langkah anda tetapi terdapat sejenis kuasa yang menghalang langkah pertama anda, fikirkan dua momok ini. Ya, kini anda tahu apa penyebabnya langkah anda terhenti. Dengan mengetahui sebabnya, anda boleh memperbaiki di mana kesilapan anda. Oleh itu, jangan takut pada momok itu. Hadapinya dan bertwakkal kepada Tuhan.

Semoga berjumpa lagi. Salam cemerlang untuk tahun2007 dan Awal Muharram 1428!

Salam hormat,


Suntingan dari Dr.Irfan Khairi

7.1.07

Ketat lagi sendat

Mengapa perempuan suka berpakaian ketat atau fit? Aku meninjau dan melihat bahawa 83.5% daripada perempuan yang tidak bertudung memakai pakaian ketat. Namun, ada juga yang bertudung, berbaju ketat. Itu aku tak mahu ulas sebab aku bukan mata keranjang. Awek aku pula berpendapat perempuan bukan sengaja memakai pakaian ketat. Dia kata ini adalah kerana perempuan itu sudah ‘membesar’ dan pakaian mereka menjadi ketat dan disebabkan itulah pakaian mereka nampak ketat. Mungkin juga mereka memakai pakaian adik mereka yang bongsu. Itu awek aku kata yang cuba menyebelahi kaumnya. Aku pula bukan mahu menyalahkan seratus peratus kaum hawa zaman ini. Mungkin syaitan bersubahat juga.

Berbalik semula soal ketat tadi. Akibat daripada berpakaian ketat, timbul pula salah satu organ yang memang sudah sedia timbul tapi amat ketara sekali ketimbulannya kerana menonjol. Kau dapat tangkap maksud aku kan? Selepas ini, organ tadi aku sebut payu dara. Kau boleh sebut juga buah dada. Apabila payu dara yang montok itu tersembul dan menonjol, secara tidak langsung, ini akan menimbulkan nafsu jantina yang bertentangan dengan perempuan dan juga menimbulkan perasaan yang berkocak-kocak. Kau tipulah kalau nafsu kau tak berahi melihat bonjolan itu. Kau tipulah kalau kau tak terbeliak biji mata melihat belahan di bahagian dadanya yang montok itu. Lebih-lebih lagi, dia melintas lalu di hadapan kau dengan aroma wangiannya yang menggiurkan. Kemudian, kau nampak pula sarung payu daranya itu bewarna garang yang sungguh menguji keimanan kau. Silap-silap meleleh air liur kau! Lalu kau telan semula! Gulp...
Kalau payu dara tersebut sudah timbul secara padat dan ketat, kaum perempuan berasa tidak selesa apabila kaum lelaki melihatnya atau curi-curi melihat atau sesekali menjeling ambil kesempatan. Ada juga daripada mereka yang marah kepada kaum lelaki yang melihat payu dara mereka yang tertimbul. Pelik kan? Sedangkan mereka yang pamerkan. Bila mata keranjang melihat, tahu pula malu. Entah, di mana kemaluan mereka? Tak. Maksud aku malu mereka. Di buah dadanya ke? Oopps! Lebih manis kalau aku sebut payu dara. Hah, kau dah mula nak berfantasilah tu! Kau mulalah membayangkan di atas gunung ada bukit. Di antara gunung dan bukit ada salutan coklat yang lazat. Lucahlah kau ni!

Kau nak pakai ketat, pakailah. Tapi, cuba kau fikir. Adakah buah dada kau untuk dipertonton? Adakah kau bangga memiliki payu dara yang gebu dan mulus lalu kau hebat mempamerkannya untuk orang awam membuat ulasan? Walaupun kau berpakaian ketat, cuma segelintir sahaja yang terserlah ketimbulannya. Bukan keseluruhannya. Lainlah kalau berbogel. Tapi, kau harus ingat, berpakain ketat juga sesetengah pendapat mengatakan ia termasuk kategori bogel. Ha ha!

Lagipun awek aku pun ada. Tak hairanlah! Dia kan satu anugerah bagi aku. Sebab itu, awek aku tak marah bila aku melihat bonjolan orang lain punya kerana itu memang sudah tersedia dan dipamer dengan sengaja. Ha ha, bukan salah aku! Kalau aku tak menelitinya, macam mana aku nak komen, buat ulasan lalu menulis di sini. Tapi, tak semestinya aku tenung sampai gadis itu tersipu-sipu malu. Lalu terkemut-kemut tersandung batu semasa berjalan dan kain blousenya carik di bahagian belakang sehingga menampakkan apa yang tak patut. Kau masih mahu salah aku? Terserah pada kau!

6.1.07

Sekali air bah

Dahsyat sungguh orang itu bercerita tentang banjir. Kalah wartawan berita menyampaikan berita di media massa dan media cetak. Orang itu lebih telus dan jujur dalam menceritakan perihal pengalamannya mengharungi banjir. Sedangkan penyampai berita hanya sekadar menyampaikan saja. Aku lebih percaya pada orang itu yang menceritakan pengalamannya mengharungi banjir dan air bah.

Katanya, di Kota Tinggi STORM bergolek-golek ketika air bah. Rumah dua tingkat, tingkat satu hapus!

5.1.07

Kelibatmu aku gerun dan terus bangkit

Ada satu hari dalam satu bulan. Aku memang benar-benar malas mahu ke sekolah. Maksud aku, bangkit seawal pagi-pagi buta untuk ke sekolah. Entah kenapa! Sebab memang malaslah. Kalau rajin tak lah aku bangkitkan di sini. Atau ada setan nama pemalas duduk bertenggek di badan aku ini. Aku kurang periksa pula gamaknya.

Bangun seawal pagi subuh ketika mahu ke sekolah, memang liat. Sesiapa saj dalam dunia yang fana ini sekalipun memang begitu lumrahnya. Dah kejut beberapa kali pun masih tak bangun. Duduk kejap kemudian mata terkebil-kebil tidur semula. Sudahnya, ada suara-suara bebelan satu ruang pelusuk rumah. Tapi, tak dihiraukan juga kerana sengaja memekakkan telinga.

Suurr... Aku basah tiba-tiba. Bukan aku mimpi berfantasi dan membayangkan sedang berjimak. Bukan. Mak telah menyiram aku. Terus aku tersedar. Mak simbah aku macam jirus kereta bapak di laman rumah seawal pagi untuk mengusir embun jantan yang melekat di kereta bapak yang buruk itu. Bapak pun akui keretanya memang buruk. Jika tidak diusir, makin bertambah buruklah gamaknya. Ini semua hanya untuk menyuruh anaknya ke sekolah. Tapi, kalau aku tumpang kereta bapak, aku puji kereta bapak nanti aku dapat duit kocek lebih. “Kan saya dah kata pak, ada kereta yang lebih buruk dari kereta bapak” Aku kata kerana terlihat sebuah kereta Datsun yang dah reput dan karat-marat dipandu oleh apek lanjut usia.

Itu cara mak. Kalau bapak, lain pula caranya. Nak tahu? Kalau pagi-pagi, malas mahu bangkit ke sekolah, dia datang, kemudian dia sepak anak dia yang degil sambil menjerkah “Hoi, pergi sekolah lah! Nak jadi apa hah!” Kalau dia terlalu geram sambil berlari dia umpama menyepak bola. Cuba kau bayangkan, sedang kau lena tidur berselimut gebu dan bertilam empuk dengan beralaskan bantal kekabu yang original, ada pula kaki gergasi singgah di badan kau. Terkujat kau... Kau pasti membayang “Ahmad albab yang punya! Ha ha ha” atau ini “Hai manusia, akulah gigi lasi. Kah kah kah”. Ini gergasi cina misalnya. Sebab itu, seawal pagi nak ke sekolah aku tidur bersama baju besi dan bersalut karung guni dan memakai seluar dalam platinum berlubang di bahagian depan. Eh, tidaklah!

Apabila bapak bangkit, maka aku terus bangkit kerana nampak kelibatnya saja secara automatik diri ini terus bergerak menyiapkan diri. Lebih-lebih lagi di awal pagi hening yang sibuk Huh, takut sungguh aku dengan bapak. Anak sekarang? Errrm... Entahlah. Semoga anak aku dengar dan akur cakap aku. Itu pun dah kira bagus. Semoga dia baca tulisan ini satu hari nanti dan dia sedar datuknya suka menjerkah anaknya dengan kaki hikmatnya. Tidak mustahil cucunya pun kena begitu. Adalah lebih bagus kalau disuntik secara psikolgi motivasi diri. Dunia kan sudah berubah!

4.1.07

Gadis genit sudah menjadi milik orang.

Aku memang minat gadis genit ni masa di sekolah rendah. Entah macam mana aku boleh minat aku pun tak tahu. Barangkali kerana pipinya yang tembam. Lesung pipitnya yang dalam. Tapi, minat aku pada dia aku tak luahkan padanya. “Oh, sayang, aku cinta padamu. I love U very much.” Aku kata dalam hati. Konon-konon aku malu-malu kucing gamaknya. Kadangkala, pulang dari sekolah kami saing berjalan kaki bersama dia. Maksud aku, jalan beramai-ramai dengan rakan lain tapi dia ada sama. Setidak-tidaknya, dapat juga aku curi-curi pandang. Aku rasa, boleh serasilah dengan dia. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, aku tertarik dengannya. Semacam ada kuasa magnet untuk aku mendampinginya. Entah kenapa aku pun tak tahu. Masa tu aku dah baligh lama dah. Maknanya, aku bukan budak hingusan lagi. Kiranya, dah dua tahun jagunglah! Dia seorang pengawas sekolah. Walaupun dia seorang yang garang dan jarang benar melihat dia senyum, namun aku masih suka padanya. Ini cinta monyet aku yang pertama kiranya.

Aku jadikan dia sebagai pendorong aku untuk pergi ke sekolah. Macam aku kata tadi, dia umpama magnet. Aku pasti mengintai kelibatnya ke mana saja kecuali kalau dia ke tandas. Nak mampus! Kehadiran aku ke sekolah sungguh memberangsangkan. Jarang benar aku memonteng. Di samping untuk menuntut ilmu, aku kata dalam diri aku, “Kalau pergi sekolah, aku dapat tengok mukanya pun jadilah. Seronok rasanya”. Kebetulan pula, dia sekelas dengan aku. Maka, sukalah aku bukan kepalang. Jika dia bermesra atau bergurau dengan lelaki lain, aku mula cemburu. “Hei jantan! Ini awek aku, kau jangan kacau hah! Terlintas di hati kecil aku. Apa tandanya itu? Entah. Aku ikutkan saja emosi dan perasaanku yang bergelodak pada ketika itu. Al-maklumlah dunia cinta aku yang pertama. Inikah namanya cinta? Tapi, aku tak pernah luahkan ini semuanya padanya. Ayat ini dua kali dah aku ulang. Maka, ia hanya terbuku di hati. Magnet tetap magnet dan dia tetap dia. Aku? Aku sudah gilakan dia. Aku bukan takut untuk berterus-terang tapi aku rasa masih segan-silu dan tersipu-sipu. Aku tunggu satu masa yang sesuai. Oh, tidak mungkin! “Sudikah awak menjadi awek saya?” Aku berimaginasi sambil menghulurkan bunga ros merah kepadanya.

Tiba masanya, kami berpisah kerana masuk sekolah menengah, kami sekolah berasingan dan tidak berhubungan di antara satu sama lain. Lagipun, aku tak pernah cakap padanya kan! Apa dia kisah mungkin. Salah aku juga. Tapi, kalau aku luahkan sekalipun, ada juga aku makan penampar tangan dia.

Walau apapun, di sini aku ingin meluahkan ucapan terima kasih padanya kerana minat aku terhadap dia, secara tak langsung mendorong aku untuk ke sekolah walaupun berjalan kaki sejauh 2 kilometer. Walaupun hari hujan. Walaupun aku demam. Seperti aku kata tadi, dia ibarat magnet. Aku? Aku samada magnet atau besi buruk tak berguna. Kini, aku luahkan terima kasih kepadamu. Kau masih tetap temanku yang tak berapa mesra sebab aku dah punya teman yang lebih mesra. Sudah berseketiduran pun! Aku tahu, kau pun dah menjadi milik orang. Semoga kita berjaya dalam bidang masing-masing.

2.1.07

Mari dapatkan zine JURING ini!


Senaskah hanya RM15 (gaya pos). Hanya RM12 (gaya tangan). Nak order boleh order melalui emel saya atochsmart2@yahoo.com dan 'bank in' duit di akaun maybank berikut 101132436380. Sila sertakan salinan slip bukti transaksi dan alamat anda ke emel saya. Jika terdapat sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di talian 014-2608074. Cepat! Edisi Terhad. Siapa cepat dia dapat! Jangan memaki saya jika anda tak sempat memilikinya. Bye