4.1.07

Gadis genit sudah menjadi milik orang.

Aku memang minat gadis genit ni masa di sekolah rendah. Entah macam mana aku boleh minat aku pun tak tahu. Barangkali kerana pipinya yang tembam. Lesung pipitnya yang dalam. Tapi, minat aku pada dia aku tak luahkan padanya. “Oh, sayang, aku cinta padamu. I love U very much.” Aku kata dalam hati. Konon-konon aku malu-malu kucing gamaknya. Kadangkala, pulang dari sekolah kami saing berjalan kaki bersama dia. Maksud aku, jalan beramai-ramai dengan rakan lain tapi dia ada sama. Setidak-tidaknya, dapat juga aku curi-curi pandang. Aku rasa, boleh serasilah dengan dia. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, aku tertarik dengannya. Semacam ada kuasa magnet untuk aku mendampinginya. Entah kenapa aku pun tak tahu. Masa tu aku dah baligh lama dah. Maknanya, aku bukan budak hingusan lagi. Kiranya, dah dua tahun jagunglah! Dia seorang pengawas sekolah. Walaupun dia seorang yang garang dan jarang benar melihat dia senyum, namun aku masih suka padanya. Ini cinta monyet aku yang pertama kiranya.

Aku jadikan dia sebagai pendorong aku untuk pergi ke sekolah. Macam aku kata tadi, dia umpama magnet. Aku pasti mengintai kelibatnya ke mana saja kecuali kalau dia ke tandas. Nak mampus! Kehadiran aku ke sekolah sungguh memberangsangkan. Jarang benar aku memonteng. Di samping untuk menuntut ilmu, aku kata dalam diri aku, “Kalau pergi sekolah, aku dapat tengok mukanya pun jadilah. Seronok rasanya”. Kebetulan pula, dia sekelas dengan aku. Maka, sukalah aku bukan kepalang. Jika dia bermesra atau bergurau dengan lelaki lain, aku mula cemburu. “Hei jantan! Ini awek aku, kau jangan kacau hah! Terlintas di hati kecil aku. Apa tandanya itu? Entah. Aku ikutkan saja emosi dan perasaanku yang bergelodak pada ketika itu. Al-maklumlah dunia cinta aku yang pertama. Inikah namanya cinta? Tapi, aku tak pernah luahkan ini semuanya padanya. Ayat ini dua kali dah aku ulang. Maka, ia hanya terbuku di hati. Magnet tetap magnet dan dia tetap dia. Aku? Aku sudah gilakan dia. Aku bukan takut untuk berterus-terang tapi aku rasa masih segan-silu dan tersipu-sipu. Aku tunggu satu masa yang sesuai. Oh, tidak mungkin! “Sudikah awak menjadi awek saya?” Aku berimaginasi sambil menghulurkan bunga ros merah kepadanya.

Tiba masanya, kami berpisah kerana masuk sekolah menengah, kami sekolah berasingan dan tidak berhubungan di antara satu sama lain. Lagipun, aku tak pernah cakap padanya kan! Apa dia kisah mungkin. Salah aku juga. Tapi, kalau aku luahkan sekalipun, ada juga aku makan penampar tangan dia.

Walau apapun, di sini aku ingin meluahkan ucapan terima kasih padanya kerana minat aku terhadap dia, secara tak langsung mendorong aku untuk ke sekolah walaupun berjalan kaki sejauh 2 kilometer. Walaupun hari hujan. Walaupun aku demam. Seperti aku kata tadi, dia ibarat magnet. Aku? Aku samada magnet atau besi buruk tak berguna. Kini, aku luahkan terima kasih kepadamu. Kau masih tetap temanku yang tak berapa mesra sebab aku dah punya teman yang lebih mesra. Sudah berseketiduran pun! Aku tahu, kau pun dah menjadi milik orang. Semoga kita berjaya dalam bidang masing-masing.

No comments: