9.1.07

Samseng buka kelas mengajar

"Eh, kawan kita masuk paper.." Kawan aku

"Paper? Paper mana?" Aku

"Harian metro 10 Jan 07. Hari ini."

"Top jugak dia masuk paper. Apa cerita?"

"Dia dipukul nenek dia.."

"Hah!.. Biar betul kau"

"Kau pergi beli paper."

"Ok ok... nanti aku tak beli. Ha ha ha!"

"Kenapa dia masuk paper? Dia gigit nenek dia ke?" Kawan aku yang satu lagi.

Ini cerita dari media. Mari kita telusuri. Dahsyat juga ceritanya. Ada tendangan terbang, tumbukan padu dan hentakan di kepala. Aduh! Zaman sekarang, pensyarah juga telah 'diajar' oleh samseng tahi kucing. Simpatinya aku

Tajuk: Mangsa fitnah nenek
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md

Deninanbia@hmetro.com.my

SERDANG: Angkara mulut celupar seorang nenek yang menyebarkan cerita palsu kononnya dia dikasari, seorang pensyarah muda Universiti Putra Malaysia (UPM) diserang sekumpulan samseng sehingga cedera parah di kepala.

Kamaruddin Shamsuddin, 28, tidak hanya disepak dan ditumbuk, malah kepalanya dipukul dengan kayu cota sehingga menerima tujuh jahitan.

Lebih menyedihkan apabila mangsa yang berlumuran darah terpaksa diselamatkan isterinya, Maslizah Abdul Rahman, 25, yang sedang hamil lima bulan.


Kamaruddin berkata, kejadian berlaku jam 8.30 malam Sabtu lalu ketika dia dan isteri hendak membantu adik perempuannya, Ramlah, 20, berpindah dari rumah sewa di Pangsapuri Bayu, Damansara Damai, dekat sini.

Ramlah menyewa rumah itu selama sebulan bersama dua rakan. “Ketika mahu mengeluarkan barang Ramlah, berlaku pertengkaran apabila seorang wanita warga emas, iaitu ibu kepada dua penyewa lain cuba menghalang kami dari masuk ke rumah. “Dia memarahi kami tanpa alasan munasabah menyebabkan berlaku salah faham,” katanya.

Warga emas itu kemudian mengugut memanggil anak lelakinya yang didakwa bekerja sebagai anggota tentera di Jalan Ipoh untuk ‘mengajar’ pensyarah berkenaan.

“Saya yang membawa turun kotak berisi barang adik saya tiba-tiba didekati seorang lelaki berusia 20-an yang memperkenalkan dirinya sebagai Ijai. “Lelaki itu yang menghulur tangan untuk bersalam bertanya apa yang berlaku. Saya bagaimanapun memberitahu, ia hanya masalah kecil sebelum memasukkan barang ke dalam kereta,” katanya.

Mangsa yang bertugas sebagai pensyarah perancangan bandar Fakulti Alam Sekitar UPM, mendakwa sejurus selepas itu, lebih enam lelaki yang menaiki motosikal mengerumuninya.

“Mereka yang bertubuh besar itu mengepung dan bertanya apa yang sudah saya lakukan terhadap wanita tua terbabit. Malah, seorang daripadanya menunjukkan SMS dihantar anak lelaki warga emas itu yang mendakwa saya mengasari ibunya.

“Bimbang masalah itu berpanjangan, saya mengajaknya bertemu warga emas terbabit untuk mendapatkan gambaran sebenar. “Malangnya, warga emas itu sengaja menokok tambah cerita dengan mendakwa saya bersikap biadab dengan mengatakannya bodoh dan mahu mencekiknya,” katanya.

Mangsa yang terpinga-pinga terkejut apabila pipinya ditampar seorang daripada lelaki terbabit sekuat hati. “Dalam keadaan saya terhoyong-hayang, lelaki bernama Ijai itu melepaskan satu sepakan terbang yang mengenai tepat dada saya. Tidak cukup dengan itu, dia menyiku kepala saya sehingga hampir terjatuh.“Dia kemudian sekali lagi cuba menendang saya, namun tersasar sebelum terjatuh,” katanya.

Menurutnya, Ijai bingkas bangun sebelum mengeluarkan cota berpalang yang disembunyikan di belakang pinggang.

“Dia memukul cota itu tepat di kepala saya sebelum satu lagi pukulannya singgah di perut. Kepala saya turut dihentak sehingga berlumuran darah,” katanya.

Dalam keadaan hampir tidak sedarkan diri, mangsa dipaksa meminta maaf daripada warga emas terbabit. “Saya sempat mendengar seorang daripada lelaki samseng itu berkata “kau pergi junjung tangan mak cik tu!”

“Kerana memikirkan keselamatan isteri, saya akur memohon maaf. Namun, wanita tua itu menengking saya dengan berkata: `Baru hang tahu siapa aku! Hang buat la lagi!” katanya.

Isteri mangsa cuba menenangkan keadaan ketika suaminya dibelasah dengan teruk.Selepas itu, Kamaruddin dibawa teman lelaki adiknya ke klinik berhampiran untuk dirawat sebelum membuat laporan di Balai Polis Sungai Buloh.

Dia meminta polis mengambil tindakan segera agar samseng terbabit, termasuk warga emas itu yang dianggap licik menghasut.

Sementara itu, Maslizah berkata dia menangis sambil tangannya berlumuran darah ketika cuba menyelamatkan Kamaruddin daripada terus dipukul samseng terbabit.“Apa salah kami diperlakukan begini? Suami saya lelaki terpelajar dan tahu menilai buruk baik. Bayangkan apa yang terjadi jika nyawanya melayang begitu sahaja,” katanya.

Sumber : Harian Metro Rabu, 10 Januari 2007

P/s: Tuhan akan berada di sisi orang yang benar. Cobaan...

3 comments:

Azhar Ahmad said...

Kau tau attoch, aku selalu masuk sini dan tak bagi komen. Kenapa? Aku nampak ko tal apdet/ Tu yang aku tak bagi komen.

Makinlah aku takut nak jadi lecturer!

Anonymous said...

kau silap azhar. hari-hari aku apdate. Entri baru ada di bawah. Ha ha. Di atas iklan.

awan said...

sabar je lah. hmm. kita buat kenduri la kasi nenek tu makan ramai2 ngan samsengnya sekali.