31.7.07

Hazel

"Abang dah listkan barang-barang keperluan belanja?" tanya awek aku yang sungguh malu-malu apabila dingorat aku satu ketika dulu.

"Dah." jawab aku ringkas.

"Puting susu kuning?" tanya awek aku lagi.

"Ada ke puting susu kuning?" aku tanya kebingungan.

"Kenapa? Ingat takde ke? Dah anak dua pun tak tahu puting susu kuning?" awek aku.

"Bukan. Selalu kan puting susu kaler coklat." aku.

"Tak ar... Kaler hazel lagi sedap." awek aku sambil membasahkan bibirnya yang mungil.

"Hazel tu apa?" aku sambil menelan air liur.

"Hazel pun tak tahu? Kah kah kah.. Hazel tu coklat tua lah" awek aku.

"Ye ke. Hazel tu coklat tua? Nyam nyam nyam..." aku menjilat bibirku seolah-olah ada cecair coklat mengalir.

Pagi itu kami membelah kedinginan melintasi simpang empat di dalam kereta berhawa dingin sambil mengerling kepada polis trafik yang bertugas yang memberi isyarat tangan. Aku syak polis trafik itu cemburukan keintiman kami yang saling berkongsi hazel bersama.

30.7.07

Percambahan minda II

"Pelan digital guna tanah yang kita dapat hanya mengandungi satu layer. Sesiapa yang tak tahu layer ia juga dinamakan lapisan. Sedangkan kalau ikut format Bahagian Teknologi Maklumat, J*** HQ. Kita perlukan tiga lapisan pelan digital guna tanah. Contohnya begini: Guna tanah semasa : Institusi; Aktiviti : Pendidikan; Aktiviti2 : Sekolah Rendah; Catatan : Sekolah Kebangsaan Kubang Empat."

"Huh! Jangan kata satu layer. Tiga layer kita boleh kasi... Kalau nak suh kita buat kita boleh buat."

Aku dengar ada suara-suara sumbang di belakang. Aku syak suara tu dari kroni dan kumpulan sekongkol Pejabat P*****. Aku syak juga, mereka buat lawak kot. Ya, mereka buat lawak. Kah kah kah...

"Seharusnya penyerahan data kepada perunding hendaklah mengandungi maklumat-maklumat berikut; Peta Asas, Guna Tanah Semasa, Guna Tanah komited, Sempadan Daerah, Sempadan Mukim, Lain-lain lapisan data yang dikumpul & Metadata Pengkalan Data GIS..."


"Habis apa yang mereka serah? Mereka serah lot tanah yang mengandungi kod guna tanah satu layer saja yang hanya lengkap 50 peratus saja. Mampus!"

"Kalau Pejabat P***** tak boleh buat, cakaplah tak boleh buat. Kan boleh outsource kepada konsultan. Tapi, bukan guna peruntukan kajian sebab ini semua kerja-kerja di peringkat mobilisasi. Paham!.."

Aku jadi geram! Baju aku koyak. Rambut tercacak, badan bertukar berwarna hijau. Grrr.. Habis duit kerajaan dibazirkan kerana menyelesaikan isu yang bukan strategik. Dan buat kerja sambil lewa. Ha ha ha..! Nanti, kita juga yang disalahkan. Itu yang aku tak mahu.

Nota : Selepas kejadian ini, kami semakin erat bekerjasama.

27.7.07

Percambahan minda

Di dalam bengkel yang sengaja dianjurkan aku suka provok sesuatu. Bukan apa, untuk mengajak peserta semua berfikir. Tak kiralah, dia jurtera ke, bos aku sendiri ke, pegawai kerajaan ke, pakar ekonomi ke. Niat aku cuma satu: percambahan buah fikiran untuk sama-sama berbincang bagi menghasilkan idea yang boleh diterimapakai. Dan bukan untuk tunjuk 'terror'

Seorang jurutera berbadan tegap bersuara lunak membangkitkan satu isu yang berbunyi "kabel-kabel sediada dikorek dan dirosak oleh agensi-agensi infrastruktur dan utiliti yang lain semasa kerja-kerja penyelenggaraan." Aku tanya pada juretera itu. Kenapa ini dianggap isu ya? Adakah isu ini kita mahu selesaikan dalam RT? Apakah penyebab kepada isu ini? Jurutera itu terdiam seketika. Aku berkata lagi, agaknya bagaimana bentuk cadangan kita untuk menyelesaikan isu ini? Kalau jawapan Ir. lebih kepada mewujudkan satu pengkalan data khas yang boleh diakses oleh semua agensi atau mewujudkan badan penyeleras agar masalah ini tidak berlaku lagi, maka isunya adalah ketiadaan badan penyelaras atau ketiadaan pelan induk untuk panduan semua agensi semasa kerja-kerja penyelenggaraan. Betul juga, peserta lain kata. Aku tak minta semua bersetuju tapi meminta semua sama-sama berfikir. Alahai...

Kemudian bos aku membangkitkan satu isu walaupun sebelum ini dia sudah berbincang dengan aku di pejabat. Isunya berbunyi begini: "Perumahan berskala kecil yang dibangunkan secara 'piecemiel' tidak dilengkapi dengan ruang kemudahan masyarakat". Kemudian mentol menyala di benak fikiranku, blink! "Adakah menjadi satu isu perumahan yang dibangunan secara 'piecemiel', sedangkan salah satu cara untuk membangunkan tanah-tanah orang Melayu dan tanah MCL dengan galakan pembangunan secara uncit bukan besar-besaran. Jika ini dianggap isu maka tanah mereka tidak boleh dibangunkan. Atau kekurangan kemudahan masyarakat yang sebenarnya menjadi isu akibat daripada pembangunan perumahan secara kecil-kecilan yang akhirnya membentuk satu kawasan perumahan yang besar. Mana satu isu yang patut diselesaikan? Atau ada satu isu lain yang dikenalpasti sebab atau akibat daripada isu ini? Oleh itu, adalah penting bagi kita mengenalpasti isu induk iaitu isu yang menjadi isu ibu segala-galanya. Jika kita berjaya mengenalpasti isu ibu ini maka kita menyelesaikan ke arahnya lantas anak-anak isu dan masalah yang lain dapat diselesaikan.

Urgh! Semua ternganga. Tak faham barangkali atau malas mahu berfikir agaknya. Blink! Dalam masa yang sama juga aku berfikir sedalam-dalamnya. Apa? Apa yang menyebabkan semua ini berlaku? Aku buka soalan dan mula melukis-lukis buble diagram untuk melihat perkaitan isu. Woh, mereka dah nampak. Isu ini disebabkan isu ini. Isu ini akibat daripada isu ini. Sebenarnya ada satu isu yang lebih besar kita tak kenalpasti. Alahai pegawai kerajaan, marilah kita berfikir sama, jangan duduk saja di hari kita membuat bengkel isu strategik.

Kemudian, pakar alam sekitar atau sebenarnya wakilnya. Tak sudah-sudah membangkitkan isu pencemaran. Memanglah pencemaran itu satu isu dunia pun. Tapi adakah itu isu induk kita mahu selesaikan sedangkan puncanya kita tak selesaikan terlebih dahulu. Sudah, malas aku nak ulas. Fikirlah dahulu sebelum point ini diajukan. Dah banyak wang dan masa kerajaan dibazirkan untuk mengatasi pencemaran tapi tak selesai-selesai juga.

22.7.07

Angkat kain

"Dua tiga hari ni asyik hujan je bang!" kata perempuan itu yang aku suka.

"A'ah la, kain jemuran pun tak kering-kering kan?" kata aku yang belum tentu perempuan itu suka.

"Ni langit mendung lagi ni, mesti petang hujan punya membawa ke malam." kata perempuan itu yang aku suka.

"Hujan-hujan la best. Sejuk. Grrr... Nyum-nyum..." kata aku yang belum tentu perempuan itu suka.

"Apa abang ni... Mulalah tu.." kata perempuan itu yang aku suka.

"Ermm.. Tak! Maksud abang bila nak angkat kain tu? Nak hujan dah ni..." kata aku yang belum tentu perempuan itu suka.

"Sabar la bang. Pukul dua atau tiga pagi baru boleh... Sepertiga malam!" kata perempuan itu yang aku suka.

"@#$%^&!@^&*?..." kata aku dalam hati yang belum tentu perempuan itu suka tapi hati gembira tak terkata untuk menunggu perempuan itu yang aku suka mengangkat kainnya.

Kau jangan berfantasi yang bukan-bukan. Pukul dua pagi tiada acara mengangkat kain kerana perempuan yang aku suka memakai pijamas. Ha ha ha!

19.7.07

Malaya 50 tahun

Di Malaya sibuk dan heboh mengenai kekalahan teruk dan memalukan skuad kebangsaan. Sungguh menjatuhkan kemaluan. Satu-satunya pasukan dalam kumpulan Piala Asia yang hanya menjaringkan satu gol dan tidak mengutip sebarang mata. Nasib baik aku belum sah menjadi orang Malaya. Sebelum perlawanan terakhir menentang Iran, jurulatih kebangsaan dah letak jawatan. Naib presiden FAM pun dah letak jawatan. Ramai juga yang menjerit FAM patut dibubar. Aku rasalah kan, pemain kebangsaan kita patut dipilih semula pemain yang mempunyai cita-cita untuk mempertahankan negara dan berkaliber. Program pembangunan perlu ada.

Macam jugak helikopter NURI tu patut diganti saja dengan yang baru. Kalau aku disuruh naik heli tu pun aku tak mau. Takut terhempas lagi. Ganti sajalah dengan yang baru. Dah macam keranda terbang la plak. Satu demi satu kejadian berlaku. Alahai NURI... Malaya dah merdeka 50 tahun tau. Begitu juga isu babi di DUN Kuala Linggi, Alor Gajah Melaka. Liputan meluas dibuat oleh Karam Singh Waliah. Alahai babi. Babi masuk syurga tau... Baiklah, mari kita cari apakah penyebab dan akibat daripada isu ini? Berikut disenaraikan penyebab dan akibatnya. Untuk apa? Supaya kita tahu, kita nak selesai isu babi atau selesai isu pencemaran atau selesai isu ketelusan dan pembuat keputusan.


Isu :
Penternakan babi secara haram dan tidak terkawal

Penyebab :
Penguatkuasaan PBT yang lemah
Agensi teknikal tiada pemantauan
Dasar Kerajaan yang tidak jelas
Tiada peruntukan dan garispanduan khusus untuk mengawal

Akibat :
Pencemaran air sungai
Pencemaran bau
Masalah kesihatan penduduk
Kemerosotan perniagaan
Peniaga mengalami kerugian
Pelancongan terjejas
Penduduk sekitar kurang selesa
Pemilik chalet alami kerugian

18.7.07

Berhenti berharap

Kalau kau terlalu berharap pada sesuatu, janganlah kau terlalu mengharap dan meletakkan harapan itu terlalu tinggi menggunung. Nanti kau yang kecewa. Aku bukan mahu salahkan sektor awam ni, tapi aku sendiri sudah mengalaminya. Sebab itulah aku malas mahu masuk sektor awam. Nanti dituduh aku pemalas pulak! Tapi, aku tak bolehlah membuat rumusan semua sektor awam ni lembap.

Pengarah Jabatan X yang aku jumpa pada 15 Mei 2007 mengatakan begini. "Dalam 2 minggu, dokumen awak dah boleh disiapkan. Kita akan hantar surat atau awak boleh telefon sini." Aku jawab "baiklah, cukup 2 minggu saya akan susul. Harapnya menjadi realiti."

Aku sentiasa berharap selepas hari kejadian. Aku harap dokumen tu boleh siap seperti yang dijanjikan. Sebelum aku pulang dari Jabatan tu pun aku ada terbaca piagam pelanggan mengenainya. Maka, aku yakin dan percaya kepada Jabatan X ni. Dalam temph 2 minggu urusan dah selesai.

Jadi, 2 minggu selepas itu, aku terus menelefon Jabatan X iaitu pada 28 Mei 2007. Lalu aku disambungkan ke talian yang dikehendaki. Tiada orang angkat. Petang itu aku telefon lagi dan bertanyakan siapa yang urus pasal dokumen aku. Dia beri nombor telefon, aku telefon berkali-kali tetapi tidak berngangkat. Hati dah panas. Esok aku telefon lagi dan bagitau operator dah berkali-kali telefon tapi tiada orang angkat. "Dia tak kerja ke atau mengular" Lalu, dia sambungkan kepada orang lain. Aku tanya orang tu, "kenapa saya telefon tiada orang angkat encik?" Boleh dia jawab "Dia memang tak angkat telefon kerana dia sibuk. Tapi dia ada di pejabat di biliknya." Dia beri aku nombor alternatif talian untuk dihubungi.

Esoknya, aku telefon nombor yang diberi. "Boleh tolong semak dokumen saya dah siap ke belum? Pengarah bagitau boleh siap dalam 2 minggu je." Dia meminta nombor Kad Pengenalan dan nama. Aku beri. "Maaf encik, belum siap lagi. Telefon kami dalam seminggu lagi."

Selepas seminggu aku telefon lagi kerana aku terus berharap "Maaf encik belum siap lagi..." Aku dah bengang. "Habis bila boleh siap ye?" Dia jawab "Encik telefon seminggu lagi." Selepas seminggu aku malas nak telefon lagi tapi masih beharap. Sehingga pada 17 Julai 2007 aku telefon semula.

"Encik buat bayaran bila?" Dia
"Saya buat pada 14 Mei 2007. Sebanyak RM100" Aku

"Maaf Encik belum siap lagi." Dia
"Agak-agak bila boleh siap ni! kata 2 minggu. Tapi sekarang nak masuk 3 bulan dah. Susah sangat ke nak siapkan benda tu?" Aku

"Banyak dokumen encik kita kena siapkan. Encik baru 3 bulan. Sekurang-kurangnya 4 bulan boleh siap." Dia
"Kata 2 minggu. Tapi 4 bulan. Mana boleh macam ni! Apa yang susah sangat buat dokumen tu. Ada masalah ke?" Aku
"Bukan encik, kita kekurangan kakitangan ni, banyak dokumen nak dibuat." Dia
"Itu masalah Jabatan awak, kena selesaikanlah. Kalau macamni saya tulis surat pada Pak Lah lah" Aku terus meletak gagang telefon dengan hati yang panas dan terus berhenti berharap. Ya, aku berhenti berharap!

13.7.07

J41

Tahniah kepada kalian yang berjaya menjawat jawatan sebagai Pegawai Perancang Bandar dan Desa (J41). Aku sentiasa doakan kalian agar apabila dah menjadi pengarah jabatan masing-masing jangan lupa yang di bawah. Atau kalian dah jadi Ketua Pengarah selalulah pandang ke bawah. Jalan mesti ke depan tau! Kepada yang tidak berjaya teruskan mencuba jika kalian masih berharap untuk menjawat jawatan itu. Kan ada banyak lagi kekosongan. Itupun kalau kalian berharap sangatlah!

Aku harap profesionalisme Perancang Bandar dan Desa ada anjakan ke arah memartabatkan dunia dengan kemasukan kalian. Ingat! dulu kalian dari konsultan juga kan! Jangan sesekali memperlekeh kredibiliti konsultan tapi sama-samalah turut membantu. Dunia perancang ini kecil saja. Jika kita sendiri tidak memartabatkannya siapa lagi. Bagi yang ditempatkan di OSC di PBT yang berkaitan harap dapat mempersiapkan diri dengan pelbagai karenah 'stakeholders'. Semoga kalian dapat menangani dengan profesional dan bijaksana. Jangan ikut emosi tapi ikutlah kata hati yang tulus suci.

11.7.07

Mesyuarat yang menjengkelkan II

Kalau kau rasa kau yakin dengan apa yang kau buat. Kau tak perlu gusar dan rasa takut-takut semasa kau bercakap dalam satu sidang mesyuarat, yang mejanya disusun seperti kelas bilik darjah mahu belajar objektif kemampanan. Kau susun balik itu. Adakah kau yakin? Walaupun dalam mesyuarat itu ada yang berpangkat lebih tinggi dari kau, pengarah misalnya atau lebih pandai dari kau, doktor falsafah misalnya. Buat apa kau nak takut. Tak semestinya dia pengarah, dia lebih pandai dari kau. Tak semstinya dia punya PhD lebih pandai dari kau. Kadang-kadang dia lebih bodoh dari kau. Kerana dia sendiri menunjukkan kebodohannya itu tanpa dia sendiri sedari dalam mesyuarat yang sebelumnya disusun seperti bilik darjah pada awalnya.

Misalnya, dia menanyakan kepada kau. "Eh, kenapa objektif kemampanan U banyak sangat? Saya khuatir dan risaulah. banyak sangat ni!" Lalu kau malas nak menjawab kerana kau tahu apa jawapan yang kau beri sekalipun tetap akan dia bidas. Kau pun rasa malas nak berdebat dengannya. Lalu kau bagi kata laluan padanya. Tapi, tidakkah itu telah menunjukkan kebodohannya sendiri. Alahai, janganlah begitu! Objektif kemampanan tidak sama dengan obejektif pembangunan sayang! Lebih banyak objektif kemampanan lebih baguslah kerana setiap strategi dan cadangan yang kau buat nanti akan disilang dengan pencapaian objektif kemampanan yang kau bentuk itu.

Sekiranya kau kurangkan objektif kemampanan di awal-awal lagi maka ada kemungkinan cadangan yang kau bentuk nanti tidak mengambilkira ke arah penyelesaian isu strategik yang kau mahu. Contohnya, objektif kemampanan kau adalah untuk mengurangkan masalah pencemaran air di kawasan kajian. Katalah, kau buang objektif ini. Sudahnya, cadangan kau nanti tak timbul langkah-langkah untuk mengurangkan masalah pencemaran air. Kemudian, kau disokong dengan rakan perunding yang lain. Objektif ini dah kira okey berbanding tempat lain yang saya pernah alami. Kuala Lumpur misalnya ada tiga puluh lapan ratus objektif kemampanan (mahu menggambarkan bilangan yang banyak). Jadi, asas pembentukan objektif kemampanan adalah berdasarkan isu yang kau kemukakan. Ingat! kuantiti objektif barangkali tidak perlu dipersoalkan tapi adakah objektif itu boleh dicapai yang lebih penting.

9.7.07

Mesyuarat yang menjengkelkan

Di mesyuarat yang menjengkelkan itu ada khabar-khabar angin yang bertiup kencang membawa berita bahawa laporan yang dibawa ke mesyuarat itu tidak 'genuine'. Dituduhnya, perunding mempalagiat perunding yang satu lagi. Manakala perunding yang satu lagi sibuk membisik-bisikkan suara emas ke telinga pengerusi mesyuarat wanita itu. Mengadu domba yang konon-kononnya dialah yang terbaik dalam pendekatan baru yang dikatakan 'trial & error' itu. Sedang pendekatan baru cuba menggunapakai tema. Di mesyuarat yang menjengkelkan itu kita tak mahu mengguna tema. Kan kita menggunakan teras! Paham apa itu teras!

Di mesyuarat yang menjengkelkan itu juga, jabatan X sibuk mahu mencuri beberapa laporan yang dicetak untuk jabatan-jabatan yang tidak hadir dan terlalu sibuk dengan urusan duniawi. Berapa banyak salinan dia mahu? Barangkali dia mahu simpan di rak pusat sumber jabatannya untuk dijadikan bahan bersejarah. Atau barangkali dia mahu meberi kepada anaknya untuk dibaca.


Pengerusi mesyuarat itu bertanya, kenapa guna isu strategik kenapa tidak guna isu-isu, masalah dan potensi. Lalu, seorang lelaki kacak menjawab kita guna isu strategik kerana ia satu polisi yang fundemenatal atau cabaran kritikal yang perlu dikenalpasti untuk mencapai matlamat yang kita kehendaki. Apa guna kita kita bentuk matlamat & objektif kajian. Tidak semua isu kita ambilkira. Takkanlah isu paip pecah pun kita nak selesaikan. Lalu, kita namakan strategik isu kerana ia menjadi asas untuk pembentukan strategi. Jadi, strategik isu ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu isu kritikal dan isu strategik. Maka ternganga pengerusi wanita itu.

Isu kritikal adalah isu yang penting manakala isu yang strategik adalah isu yang bukan saja penting tetapi memikir kehadapan (forward thinking) dan mengambilkira peluang dan potensi semasa. "Nasib baiklah saya tak masukkan kajian ini untuk kajian yang boleh didahulukan pembayarannya." Itulah kata-kata akhir pengerusi wanita itu, lalu beredar. Yang pasti petang itu, aku kurang selera makan. Habis juga dua pinggan mihun.

6.7.07

Maskara II

Jom datang ramai-ramai. Masuk percuma!