Di dalam bengkel yang sengaja dianjurkan aku suka provok sesuatu. Bukan apa, untuk mengajak peserta semua berfikir. Tak kiralah, dia jurtera ke, bos aku sendiri ke, pegawai kerajaan ke, pakar ekonomi ke. Niat aku cuma satu: percambahan buah fikiran untuk sama-sama berbincang bagi menghasilkan idea yang boleh diterimapakai. Dan bukan untuk tunjuk 'terror'
Seorang jurutera berbadan tegap bersuara lunak membangkitkan satu isu yang berbunyi "kabel-kabel sediada dikorek dan dirosak oleh agensi-agensi infrastruktur dan utiliti yang lain semasa kerja-kerja penyelenggaraan." Aku tanya pada juretera itu. Kenapa ini dianggap isu ya? Adakah isu ini kita mahu selesaikan dalam RT? Apakah penyebab kepada isu ini? Jurutera itu terdiam seketika. Aku berkata lagi, agaknya bagaimana bentuk cadangan kita untuk menyelesaikan isu ini? Kalau jawapan Ir. lebih kepada mewujudkan satu pengkalan data khas yang boleh diakses oleh semua agensi atau mewujudkan badan penyeleras agar masalah ini tidak berlaku lagi, maka isunya adalah ketiadaan badan penyelaras atau ketiadaan pelan induk untuk panduan semua agensi semasa kerja-kerja penyelenggaraan. Betul juga, peserta lain kata. Aku tak minta semua bersetuju tapi meminta semua sama-sama berfikir. Alahai...
Kemudian bos aku membangkitkan satu isu walaupun sebelum ini dia sudah berbincang dengan aku di pejabat. Isunya berbunyi begini: "Perumahan berskala kecil yang dibangunkan secara 'piecemiel' tidak dilengkapi dengan ruang kemudahan masyarakat". Kemudian mentol menyala di benak fikiranku, blink! "Adakah menjadi satu isu perumahan yang dibangunan secara 'piecemiel', sedangkan salah satu cara untuk membangunkan tanah-tanah orang Melayu dan tanah MCL dengan galakan pembangunan secara uncit bukan besar-besaran. Jika ini dianggap isu maka tanah mereka tidak boleh dibangunkan. Atau kekurangan kemudahan masyarakat yang sebenarnya menjadi isu akibat daripada pembangunan perumahan secara kecil-kecilan yang akhirnya membentuk satu kawasan perumahan yang besar. Mana satu isu yang patut diselesaikan? Atau ada satu isu lain yang dikenalpasti sebab atau akibat daripada isu ini? Oleh itu, adalah penting bagi kita mengenalpasti isu induk iaitu isu yang menjadi isu ibu segala-galanya. Jika kita berjaya mengenalpasti isu ibu ini maka kita menyelesaikan ke arahnya lantas anak-anak isu dan masalah yang lain dapat diselesaikan.
Urgh! Semua ternganga. Tak faham barangkali atau malas mahu berfikir agaknya. Blink! Dalam masa yang sama juga aku berfikir sedalam-dalamnya. Apa? Apa yang menyebabkan semua ini berlaku? Aku buka soalan dan mula melukis-lukis buble diagram untuk melihat perkaitan isu. Woh, mereka dah nampak. Isu ini disebabkan isu ini. Isu ini akibat daripada isu ini. Sebenarnya ada satu isu yang lebih besar kita tak kenalpasti. Alahai pegawai kerajaan, marilah kita berfikir sama, jangan duduk saja di hari kita membuat bengkel isu strategik.
Kemudian, pakar alam sekitar atau sebenarnya wakilnya. Tak sudah-sudah membangkitkan isu pencemaran. Memanglah pencemaran itu satu isu dunia pun. Tapi adakah itu isu induk kita mahu selesaikan sedangkan puncanya kita tak selesaikan terlebih dahulu. Sudah, malas aku nak ulas. Fikirlah dahulu sebelum point ini diajukan. Dah banyak wang dan masa kerajaan dibazirkan untuk mengatasi pencemaran tapi tak selesai-selesai juga.
No comments:
Post a Comment