19.7.10

Skrip 130710

.


SKRIP PERSEMBAHAN MALAM PEMBUKAAN PUISI KONTOT KELAS DUNIA (MAPUKONKEDU)

Skrip oleh : Ahtok merangkap Pengacara

Barisan Pelakon : Syukri, Munirah, Manisah, Haiza, Nurhisham, Hafiz, Razaini, Khaizal, Faisal, Suffian, Rosdi, Rahman, Annai

Perkara

Tindakan

Malam Puisi Kontot Kelas Dunia (MAPUKONKEDU)

## DARI PENANG BALLRROM. TERIMALAH PENGACARA ANDA.

##Pengacara :

Salam hormat VIP & para hadirin

Pengacara majlis menjemput hadirin & hadirat

Mengucapkan selamat datang kepada pertandingan malam puisi kontot peringkat antarabangsa.

Malaysia selaku tuan rumah pada kali ini.

Melibatkan 7 hari 7 malam. Malam pembukaan 4 pendeklamasi puisi (Korea Utara, Sepanyol, Uruguay, Indonesia, 1 kuota Bumi (Malaysia)

Syarat-syarat kontes perlu diterjemahkan dalam Bahasa Melayu

Menawarkan hadiah yang ckup lumayan. Wow! Pemenang akan diberi ganjaran seperti berikut


(Tukar suara) - Pengacara


Saguhati : Biskut tiger seorang sepaket beserta kertas mesyuarat


Ketiga : Barangan kelengkapan pinggan mangkuk untuk membuat keputusan dalam memberi Kebenaran Merancang


Naib Johan : Makan malam sampai muntah di restoran


Johan : Pakej Mesyuarat PPB pergi balik beserta tiket kapal terbang. Dan pakej penginapan di dalam negeri.


Sebagai permulaan, kita menjemput artis yang tidak asing lagi sejak zaman 70an

## Jemput artis nyanyi korus (Jamal Abdullah) -Syukri

Dengan lagunya Kekasih Awal & Akhir

Jamal nyanyi “Sekian lama berpisah

Akhirnya bertemu.. Mengenang dosa, mengenang rindu...

Dan ternyatalah Cinta ku Satuuuuu.. Kau Kekasih Awal dan Akhir...”


Sila buat tuntutan dari pihak urusetia dalam tempoh RMke-10. Jika tidak, peruntukan tersebut hangus. Kami bayar separuh. Nyanyi pun separuh


Baiklah, tuan-tuan dan puan. Tanpa membuang masa, kita menjemput peserta pertama yang dari Korea Utara


## Peserta dari Korea Utara Islam – Moon Yiew Rah


Tajuk : Kitakah Perancang

Peserta dari Korea Utara 1 berbangsa Islam (Munirah)

***Greetings***

Kitakah?

Berbual bicara berkongsi cerita

Duka dan nestapa suka mahu gembira

Kitakah?

Punya citarasa menggapai cita-cita

Di alam maya bukan mainan belaka

Kitakah?


## Pengacara memberi maksud puisi

## Pengacara menjemput peserta seterusnya.

## Peserta dari Spain (Nurhisham)

***Greetings***


Tajuk : Perancangkah Kita

Kita

Usah bersengketa pinggiri tuba dusta

Jangan ada yang terluka

Natijah murni semata


## Tuan-tuan & puan-puan. Deklamasi puisi ini berehat seketika untuk commercial break...


## Pengacara memberi laluan iklan


IKLAN : BERAS CAP RAMBUTAN (Hafiz & Razaini)

Beras cap rambutan.. Sejak 65-an. Makanlah, beras cap cap cap

Cap Rambutan! (1 orang)

IKLAN : ROTI GARDENIA (Khaizal & Faisal)

Ramai yang gemarkannnya, terasa segar sentiasa, resepi kusuka, tinggi kualiti Gardenia, sungguh enak dimakan begitu saja, cubalah rasa, memang ada bezanya gardenia, sungguh enak dimakan begitu saja.


## Pengacara menjemput peserta seterusnya.


Tajuk : Perancang Kitakah?

Peserta dari Uruguay berbangsa Cina (Suffian)

Kita

Sering juga diperkata bukan meminta-minta

Bual bicara media punya misi dan agenda

Berkongsi idea selama mana

Kita

Bukan hu ha hu ha bukan juga chokia

Fuh, jauh sekali hati buta

Kupas membuka minda

Canang segala idea


## Pengacara mengumumkan persembahan artis JAMADUL AKHIR – adik kepada Jamal Abdullah. Bajet tak cukup. Amik adik beradik. - Rosdi

Lagu Azura


## Pengacara jemput Peserta dari Jawa Timur (Rahman)


Tajuk : Perancangan kubur

Kita!

Teguhkan cara bulatkan suara

Rangkumkan gaya satukan tinta

Ayuh, bersama ke persada

Persada antarabangsa

Bukan layu saja terkubur begitu saja


## Pengacara jemput Peserta dari Malaysia (Annai)

Tajuk : Perancangan di tangan kita.

Kita

Kita, kita, kekitaan kita

Nah, kotakan kata di atas mata pena

Melangkaui fatamorgana pelan kita

Semestinyalah kita, hilai tawa gurau senda

Kita semua sama merancang sahaja tiada bezanya


## Pengacara masuk semula untuk menutup majlis

Memaklumkan keesokan peserta yang hebat-hebat dr negara lain pula akan bertanding. Terutamanya dari negara-negara membangun.

Menjemput semua peserta ke pentas untuk tunduk hormat. Sekian Terima Kasih


Beredar.

HABIS. Tepukan Berdiri

KLIK SLIDE 1











KLIK SLIDE 2







KLIK SLIDE 3


KLIK SLIDE 4



KLIK SLIDE 5


KLIK SLIDE 6




KLIK SLIDE 7















KLIK SLIDE 8

Pasang lagu Korea












KLIK SLIDE 9

Pasang lagu Spain













KLIK SLIDE 10





KLIK SLIDE 11







KLIK SLIDE 12

Pasang lagu Uruguay










KLIK SLIDE 13






KLIK SLIDE 14

Pasang lagu Indon








KLIK SLIDE 15

Pasang lagu Malaysia










KLIK SLIDE 16

Pasang lagu Penutup



KLIK SLIDE 17

2.7.10

Surat kepada tuan punya kucing yang biadap

Kepada

Jiran yang berkenaan

Y. Bhg. Dato' / Y.Berhormat Datin/ Tuan/ Puan,

KUCINGNYA BIADAP KERANA TUANNYA TIDAK MEMANTAU
- Satu luahan ketidakpuashatian

Dengan segala hormatnya gua merujuk perkara di atas.

2. Sukacita gua maklumkan di sini, sebagai jiran yang gua hormati. Gua tak mahu syak apa-apa langsung. Jiran di sini bermaksud empat puluh ke kiri, kanan, depan dan belakang dari rumah gua. Harap maklum. Semoga kau berada dalam keadaan yang paling bahagia bersama kucing kesayangan kau. Maaf, kerana gua terpaksa gunakan kekasaran dan kekerasan gua demi menunjukkan gua benar-benar tegas akan hal ini.

3. Tujuan gua menulis surat ini adalah untuk memberitahu bahawa tolong jaga dan perhatikan kucing kau selama ini membuang najisnya di mana. Ada kau kisah? Kalau di dalam tandas rumah kau, gua tabik spring. Toink, toink. Tolong! Jangan buat-buat tak tahu dan buat bodoh atau buat-buat alim kucing macam kucing kau sendiri. Kalau satu hari nanti, kau terlihat kucing kau bulunya bertukar warna-warni jangan tuduh gua simbah cat di badannya atau ekornya menjadi kontot, jangan tuduh gua trim menggunakan gunting rumput. Jangan salahkan jiran-jiran kau. Sebaliknya, tanya balik pada diri kau sendiri.

4. Gua bukanlah dalam kategori orang yang anti kucing. Gua sendiri takdelah membela kucing kerana gua tak mahu menyusahkan orang lain. Paling kuat pun gua bela ikan. Tapi, kalau dah kucing kau membuang najisnya di 'rock garden' gua. Ini betul-betul bolah mendatangkan marah. Kalau kau bela kucing, tolonglah ajar kucing kau cara dan kaedah membuang najis di tempat yang betul. Dan seperkara lagi, tolong sediakan tempat untuknya membuang najis di rumah kau sendiri. Itu saja. Tak susah kan.

5. 'Rock garden' gua bukan direkabentuk untuk kucing jantan waima kucing betina sekalipun untuk membuang najis di situ. Juga tiada papan tanda yang membenarkan kucing kau melepaskan qada' hajatnya di situ. Habis, kau nak salahkan gua kenapa tak pasang CCTV. Wei wei wei.., isunya sekarang kucing kau dah masuk teritori rumah gua. Kalau sekali gua jadi tukang membuang najis tak apa. Ini dah masuk berkali-kali apa hal. Kesabaran gua dah tak tertahan sekarang ni. Tinggal lagi sekarang ni, gua syak, kucing kau membuat kerja-kerja ini pada waktu malam di kala semua orang sedang lena beradu atau sedap bersetubuh. Kau jenguk-jenguklah sikit waktu malam atau seawal pagi kucing kau ada di mana. Oleh sebab itu, kekadang seawal pagi apabila gua mahu keluar mencari nafkah dengan harapan dapat menghirup udara yang segar tompokan najis ada di 'rock garden' gua. Sudahnya, aroma yang busuk menusuk ke hidung gua. Sekarang, gua belum dapat tangkap kucing itu. Dia hanya singgah untuk meninggalkan najisnya saja. Bila sekali gua dapat cam muka dia. Gua akan panggil kucing-kucing kat taman tu untuk sesi kawad cam. Jangan sampai kucing kau jadi mangsa. Tolonglah...

6. Sebagai langkah awal, gua dah pasang periuk api, lintasan dawai elektrik, jerangkap samar dan mercun roket untuk langkah berjaga-jaga kerana gua khuatir, dia ajak member-member dia untuk melakukan qada' hajat secara berjemaah. Ini nasihat gua, kau jangan menyesal di kemudian hari. Akhir kata dari gua. "Kau pandai bela seharusnya kau pandailah juga ajar kucing kau jangan bersikap biadap." Kucing ada otak, tuan punya kucing ada akal fikiran. Gua (jiran kau) punya sekeping hati dan perasaan. Semoga perhubungan baik sesama jiran kita sentiasa harmonis. Jangan kerana disebabkan kucing itu gua dan lu tak bertegur sapa lalu masuk neraka.

Sekian,

Yang Benar
Ahtok


.

1.7.10

Saya malas nak tukar lensa




Satu hari. Saya datang ke hari yang dikenali sebagai Hari Ilmu. Pada hari kejadian, semua pengunjung dikehendaki membawa buku sendiri untuk dibaca. Buku lima tak kira. Buku tiga lima pun tak dikira. Pada hari kejadian, saya pun berjalan-jalan untuk mengambil foto-foto menarik sambil memikul kamera DSLR saya. Saya bukanlah fotografer pro. Setakat amatur je untuk suka-suka. Kemudian,

"Encik dari mana?"

"Err.. saya dari jabatan..."

"Hah, elok sangatlah, tangkap gambar kami. Encik selaku urusetia patut menjalankan tugas. Ni Guru Besar kami. Sekolah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam."

"Oit, kau ingat aku jurukamera rasmi acara ni ke?" Saya cakap dalam hati. Tinggal lagi saya belum menyumpah kerana saya ikhlas tangkap gambar.

Saya pun klik sana. Klik sini. Klik situ. Minta maaf warga sekolah. Saya pakai lensa zoom 300m. Perlu jarak yang lebih jauh. Maka gambar kalian tidak penuh. Kalau kalian nak juga suruh saya tangkap. Maka inilah hasilnya. Ambillah... Ketidakpuashatian foto ini bolehlah diajukan kepada Guru Besar kalian.


.