17.8.15

Pasukan bola sepak yang nombor jersinya di bahagian belakang tak ikut spesifikasi FIFA



Ini pasukan bola sepak. Pemain-pemainnya bukan bertaraf professional. Pemain separuh masa. Mereka dikumpulkan untuk membentuk pasukan yang terdiri daripada pelbagai kerjaya. Mereka terdiri daripada pengusaha bengkel, usahawan cencalok, peniaga cendol, pengusaha carwash, pemborong tembakau, peniaga online, cikgu tadika, tauke aksesori, pemilik bengkel kimpalan, pemandu pelancing, penghibur, jurufoto DiRaja, tukang jahit, usahawan kedai perabot dan broker saham.

Daripada rekod 5 perlawanan, pasukan ini mencatatkan 1 kali kemenangan selebihnya menanggung kekalahan. Walau bagaimanapun satu pencapaian yang baik kerana kekalahan semuanya adalah kekalahan yang tipis saja bukan kekalahan yang memalukan dengan jaringan bolos yang besar.

Sekarang di manakah pasukan ini?



.

10.8.15

Sematkan semangat



Apa yang penting menyematkan semangat patriotisme kenegaraan kepada power ranger merah, kuning, hijau dan biru. Power ranger pink sibuk memasak.



.